KoKurriculum FAQ

1,768 views
1,695 views

Published on

Bahagian Sekolah FAQs

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,768
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
79
Actions
Shares
0
Downloads
62
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

KoKurriculum FAQ

  1. 1. Soalan-soalan lazim (FAQ) 10 % Markah Kokurikulum Kemasukkan Ke IPTA Bil Soalan/Jawapan 1. Apakah peraturan atau penalti yang boleh dikenakan kepada murid yang tidak menyertai kegiatan kokurikulum ? Murid yang tidak menyertai kegiatan kokurikulum dianggap sebagai ponteng, justeru menjejaskan prestasi markah kokurikulumnya. 2. Rumah sukan, apakah dikira sebagai ahli kelab sukan dan boleh diberikan markah ? Kegiatan dalam rumah sukan adalah diiktiraf sebagai kegiatan sukan. Maka penglibatan murid-murid diiktiraf telah terlibat dalam bidang sukan/permainan, layak diberi markah. 3. Bagaimana pengiraan jika kehadiran lebih daripada jumlah yang pertemuan yang ditetapkan? Murid-murid layak mendapat markah penuh jika kehadiran mereka mencapai jumlah minima. Kehadiran melebihi jumlah ini tidak membawa penambahan markah. 4. Memanipulasi jawatan kapten dalam pasukan (kegiatan sukan). Satu jenis sukan tetapi ada banyak kapten. Sebuah pasukan sukan hanya mempunyai seorang kapten. Jika ditubuhkan banyak pasukan, maka layaklah setiap pasukan ini mempunyai kaptennya masing-masing. 5. Jika ketua kelas / pengawas atau pelajar dengan jawatan khas yang berpindah sekolah selepas beberapa bulan (tidak cukup setahun) ke sekolah baru, bagaimana penilaian harus dibuat di sekolah baru? Markah memegang jawatan ini hanya layak diterima jika jawatan disandang ialah untuk tempoh satu tahun. 6. Bagaimana penilaian kokurikulum untuk tahun 2006 dilakukan untuk kemasukan ke IPTA tahun 2007? Rakaman prestasi murid-murid dalam bidang kokurikulum yang sedia ada di sekolah hendaklah dijadikan asas pengiraan. Untuk tujuan pengiraan tahun 2007 pengiraan hendaklah diperolehi sekurang-kurangnya bagi prestasi 2005 dan 2006 (2 tahun). 7. Bagaimana pengesahan harus dibuat bagi penyertaan pelajar di peringkat daerah atau sekolah yang tiada sijil , tetapi ada tercatat dalam sijil berhenti sekolah? Sebarang bentuk dokumen rasmi yang mengesahkan penyertaan atau pencapaian boleh diterima sebagai sokongan sah.
  2. 2. 8. Jika sijil hilang, adakah perlu perakuan dari pihak yang mengeluarkan sijil? Pengesahan menerima dokumen yang hilang perlu diperakui oleh pengeluar dokumen berkenaan. 9. Adakah perlu suatu panel khas atau jawatankuasa untuk menyemak dan mengesahkan kesahihan maklumat dalam borang penilaian? Menubuhkan panel atau jawatankuasa bagi menyemak maklumat borang penilaian dianggap sebagai usaha tambahan sahaja. 10. Bagaimana penilaian bagi seorang murid di sekolah pedalaman yang hanya hadir untuk sesuatu tahun sahaja (tidak penuh tingkatan) contoh: hanya hadir untuk tingkatan 1, 3 dan 5 sahaja. Murid hanya dinilai mengikut tahun penglibatan mereka sahaja. 11. Bagaimana penilaian harus dibuat jika bilangan perjumpaan untuk aktiviti tidak mencapai had minimum yang ditetapkan Markah kehadiran dinilai berdasarkan kepada jumlah kali kehadiran sama ada menepati jumlah yang ditetapkan ataupun tidak. 12. Bagaimanakah penilaian dilakukan sekiranya murid terlibat dalam aktiviti masyarakat di luar sekolah? Murid perlu mengemukakan dokumen pengesahan penglibatan untuk pertimbangan mendapat markah. 13. Bagaimana hendak menilai pelajar yang belajar di luar negara (dengan sebab mengikut bapa dan sebagainya) dan masuk ke tingkatan 5 di Malaysia pada pertengahan atau pada penghujung tahun . Murid perlu mengemukakan bukti-bukti (dokumen perakuan) penglibatan dan pencapaian dalam kegiatan kokurikulum untuk dijadikan sebagai asas pertimbangan. 14. Markah untuk pencapaian perlulah juga diberi kepada murid yang tewas / kalah / tiada memenangi anugerah dalam aktiviti yang disertainya. Markah murid yang tewas dalam sesuatu peringkat pertandingan akan merujuk kepada markah pertandingan di peringkat sebelumnya. 15. Bagaimanakah penilaian murid di sekolah di pedalaman yang tiada kemudahan/ prasarana untuk menyertai aktiviti kokurikulum? Bagi membolehkan murid mempunyai peluang untuk memperolehi markah kokurikulum, pihak sekolah hendaklah mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai aktiviti dan mewujudkan pelbagai jawatan untuk membuka ruang penyertaan mereka di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi.
  3. 3. 16. Pelajar yang aktif sukan tidak mempunyai masa untuk menghadiri latihan bersama dengan ahli pasukan yang lain kerana sering terlibat dengan sukan yang disertainya. Kehadiran murid menyertai latihan di luar sekolah dalam bidang yang sama adalah juga diperakui kehadirannya. 17. Guru menurunkan kuasa kepada pelajar (Pengerusi/Setiausaha) untuk menandatangan kehadiran pelajar dalam perjumpaan. Guru hendaklah mengesah sendiri kehadiran murid dalam kegiatan kokurikulum. 18. Surat tidak hadir oleh penjaga menyatakan anak mereka tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Adakah ini diterima sebagai pengecualian? Sebarang dokumen pengesahan ibu bapa atau penjaga murid boleh diterima sebagai rujukan pengecualian. 19. Pengecualian bagi pelajar yang menyertai kelas agama pada sebelah petang Penyertaan dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib. Penyelarasan perlu dilakukan bagi mengelak berlaku halangan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum. 20. Bagaimana cara penilaian pada pelajar yang tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum? Murid yang tidak menyertai kegiatan kokurikulum akan kehilangan markah kokurikulumnya.

×