Rooibos organic health

2,868 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,868
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
11
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Rooibos organic health

  1. 1. SELAMAT DATANG Ke Dunia Perniagaan HEALTH BUILDERS Pembina Kesihatan & Kewangan Anda
  2. 2. TEH ROOIBOS MUJARAB TETAPI MURAH!
  3. 3. Rooibos adalah tumbuhan natif di Afrika Selatan. Majlis Rooibos Afrika Selatan melaporkan bahawa daun-daun Rooibos mula-mula dituai sebagai teh lebih 300 tahun yang lalu di wilayah Cederberg, Afrika Selatan. Tumbuh sehingga ketinggian 2 meter, ranting-ranting muda lazimnya kelihatan berwarna kemerahan. Daun-daunnya yang berwarna hijau dan berbentuk jarum bersaiz 15 mm ke 60 mm panjang dengan ketebalan sekitar 1 mm. Bunganya berwarna kuning. Rooibos yang nama saintifiknya ialah Aspalathus linearis adalah berasal dari keluarga legum dan dibunyikan sebagai “ROY boss”. Benjamin Ginsberg, seorang pendatang berbangsa Rusia adalah orang yang pertama mengeksport teh Rooibos dari Afrika Selatan pada tahun 1904. Detik permulaan kepada sejarah teh Rooibos ini berlaku pada tahun 1968 apabila Puan Annetjie Theron menerbitkan sebuah buku yang mendedahkan nilai perubatan teh Rooibos ini.
  4. 4. Puan Theron pertama kali mendapati yang teh ini berjaya merawat masalah kembong perut pada bayinya dan kemudian melanjutkan pemerhatiannya kepada faedah kesihatan lain seperti penjagaan kulit. Hari ini, Rooibos telah dan sedang menjalani berbagai penyelidikan di seluruh dunia. HEALTH BUILDERS adalah syarikat tempatan yang pertama memasarkan teh Rooibos di Malaysia dan telahpun mengedar herba ajaib ini sejak tahun 1998. Herba yang menjadi rebutan syarikat gergasi di seluruh dunia ini terbukti selamat untuk digunakan oleh semua peringkat umur, termasuk wanita mengandung dan bayi baru lahir. NOT. KKM: Ruj. Bil (153) dlm BPFK/02/20/35 Bhg. 1(17 Okt. 1997)
  5. 5. “Tidak menggunakan racun serangga & baja kimia” Redbush Tea Traders 7 kali memenangi anugerah pingat emas sebagai pengeluar teh Rooibos erbaik di dunia Certificate No: 3842A9900Z01
  6. 6. ZAT MINERAL Besi (Fe) Kalium (K) Zink (Zn) Mangan (Mn) Kuprum (Cu) Kalsium (Ca) Natrium (Na) Magnesium (Mg) Fluorida (F) TOTAL mg/1 CAWAN = 200ml : 0.07 : 7.12 : 0.04 : 0.04 : 0.07 : 1.09 : 6.16 : 1.57 : 0.22 : 16.38mg
  7. 7. Tubuh kita adalah sistem yang kompleks dimana keseimbangan kimia sensitif perlu untuk semua bahagian dapat berfungsi dengan betul. Gangguan kepada sistem tersebut akan menyebabkan berlaku akibat yang negatif kepada beberapa bahagian tubuh yang mungkin akan timbul dalam bentuk penyakit atau kerosakan yang tidak dapat diperbaiki lagi. Pengawalan adalah lebih baik dari cuba merawat penyakit atau memulihkan kerosakan. Satu daripada bahagian paling penting dalam pengawalan ialah dengan memberikan nutrisi yang seimbang kepada tubuh anda. Memastikan supaya anda mendapat bekalan paras vitamin, mineral dan lain-lain nutrien yang mematuhi cadangan piawai adalah langkah pertama untuk mendapatkan fizik dan minda yang sihat.
  8. 8. ZINK BERFUNGSI: •anti-penuaan melalui peranan sebagai anti-oksidan •menghadkan pengeluaran radikal bebas yang dihasilkan oleh tubuh secara semulajadi •penting untuk penghasilan insulin, kekuatan imunisasi dan kesihatan kelenjar •meningkatkan deria persepsi •mempercepatkan penyembuhan yang perlu untuk kesihatan kulit •merupakan makanan otak/brain food dan boleh meningkatkan keupayaan minda •kekurangan Zink boleh menyebabkan badan berbau •Mengelak jangkitan dan pembesaran tidak normal prostat
  9. 9. BESI (Fe) – 0.07mg setiap 200ml Zat besi adalah mineral yang bergabung dengan protein-protein dan kuprum bagi menghasilkan hemoglobin untuk mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. KALIUM – 7.12mg setiap 200ml Purata keperluan kalium untuk dewasa ialah 4.7g setiap hari, menurut National Institute of Health, USA. Makanan yang kaya kalium antaranya ialah pisang, soya, yogut, susu, potato, kacang dan kacang tanah. Kalium adalah mineral yang memain peranan kritikal pada banyak fungsi harian tubuh. Dari memastikan jantung berdenyut dengan sempurna kepada penghasilan protein-protein tertentu.
  10. 10. Jika anda memakan makanan yang mengandungi terlalu banyak kandungan natrium dan jumlah kalium tidak mencukupi, maka tubuh anda mula menyimpan air. Jika berlaku penyimpanan air dalam tubuh, maka berlaku peningkatan tekanan darah kerana jantung mengalami tekanan dan tegangan. Jadi, kalium membantu mengimbangi natrium dalam tubuh dan oleh yang demikian, mengurangkan penyimpanan air dalam badan. Tanpa kalium, tubuh anda tidak akan mampu menghasilkan protein-protein tertentu atau metabolisma nutrien.
  11. 11. Kalium membantu dalam penghasilan enzim-enzim yang menghancurkan/mencerna nutrien-nutrien dan juga pengumpulan protein. Protein tidak dapat dihasilkan tanpa metabolisma bahan makanan yang sempurna. Oleh itu, kalium bekerja menghancurkan/mencerna bahan makanan dan juga membantu penghasilan protein-protein perlu. KALSIUM (Ca) – 1.09mg setiap 200ml Kalsium adalah mineral komponen penting dalam tulang. Ia berfungsi terutama dalam tubuh untuk menjadikan tulang dan gigi yang kuat. Yang lain berada dalam darah dan tisu-tisu lembut anda; ia membantu otot-otot anda mengecut/kontrak dan darah untuk membeku/klot. Kalsium juga membantu sistem saraf anda berfungsi dengan betul. Setiap sel memerlukan kalsium untuk hidup.
  12. 12. MAGNESIUM (Mg) – 1.57mg setiap 200ml Magnesium mengaktifkan lebih 100 enzim dan membantu fungsi-fungsi saraf dan otot, menukarkan gula darah kepada tenaga, antidepresi, tekanan darah, mengelak darah menjadi pekat, mengelak pembentukan batu karang buah pinggang dan batu karang hempedu, asma dan sistem pernafasan. Magnesium adalah mineral kritikal untuk osteoporosis dan struktur rangka atau skeletal.
  13. 13. FLUORIDA (F) – 0.22mg setiap 200ml Fluorida menghalang berlakunya kaviti (rongga) gigi pada kanak-kanak apabila paras kandungan fluorida dalam air tidak mencukupi. Menggangu tumbesaran dan perkembangan baketria yang menyebabkan plak gigi. MANGAN (Mn) – 0.04mg setiap 200ml Mangan adalah mineral yang menyuburkan otak dan pusat saraf, dan membantu metabolisma gula dan lemak. Mangan bertindak bersama-sama dengan kalsium untuk menyuburkan, tumbesaran dan pertumbuhan tulang.
  14. 14. Radikal bebas adalah molekul yang kehilangan satu elektron dalam strukturnya. Anti-oksidan pula adalah bahan makanan yang terkandung di dalam tumbuhan yang berupaya memusnahkan radikal bebas yang cuba menyerang sel-sel sihat. Jika kandungan anti-oksidan dalam tubuh menjadi kurang, maka akan berlaku kerosakan atau kematian sel-sel sihat secara berlebihan daripada lazimnya. Akibatnya, kita kelihatan lebih tua dan hodoh berbanding usia sebenar kita.
  15. 15. Semua jenis makanan herba, sayuran dan buah-buahan mengandungi kuantiti antioksidan masing-masing yang diukur di dalam unit ORAC = Oxygen Radical Absoprtion Capacity atau Keupayaan Penyerapan Radikal Oksigen berdasarkan 100gm sampel. ORAC merupakan ukuran kemampuan setiap jenis makanan untuk menghalang radikal bebas dari memusnahkan sel-sel sihat. Jumlah minima harian ORAC yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menghalang serangan radikal bebas ialah 5,000 ORAC.
  16. 16. JENIS MAKANAN DENGAI NILAI ORAC: 100g Kayu manis (serbuk) Kunyit (serbuk) Koko (serbuk-tidak dimanis) Kari (serbuk) Coklat (serbuk) Halia (serbuk) Lada hitam Goji Cili (serbuk) Kacang soya Epal Jambu batu Oren Pisang Teh Rooibos = 267,536 = 159,277 = 80,933 = 48,504 = 40,200 = 28,811 = 27,618 = 25,300 = 23,636 = 5,764 = 3,082 = 2,550 = 1,819 = 879 = 725–1,144 (setiap cawan = 200ml)
  17. 17. Para penyelidik di California State University, USA mendapati bahawa 1 cawan (200ml) teh Rooibos mengandungi antara 725 ke 1,144 ORAC. Ini bererti, untuk memastikan sel-sel tubuh kita mendapat perlindungan dari serangan radikal bebas, kita hanya perlu memastikan bahawa setiap hari kita telah minum antara 6 ke 8 cawan teh Rooibos berselang-selang sepanjang hari. Lebih banyak kita minum, lebih baik kerana lebih banyak kuantiti ORAC anti-oksidan yang berada di dalam tubuh kita.
  18. 18. Superoxide dismutase (SOD), aspalathin, nothofagin, quercetin, rutin, isoquercitrin, orientin, isoorientin, luteolin, vitexin, isovitexin, chrysoeriol, eugenol, caffeic acid, protocatechuic acid, ferulic acid, ascorbic acid, pcoumaric acid, p-hydroxybenzoic acid, vanillic acid dan syringic acid. TERDAPAT 21 JENIS ANTI-OKSIDAN SETIAP CAWAN YANG ANDA MINUM
  19. 19. SUPEROXIDE DISMUTASE (SOD) -- enzim yang berfungsi memperbaiki selsel dan mengurangkan kerosakan keatas mereka oleh superoxide, radikal bebas paling lazim dalam tubuh. -- anti-oksidan yang kuat -- anti-radang; mengurangkan bengkak dan kesakitan
  20. 20. ASPALATHIN -- hanya terdapat di Aspalathus linearis = Rooibos= ‘roy boss’ -- menurunkan paras kolesterol jahat (low density lipoprotein) dan meningkatkan paras kolesterol baik (high density lipoprotein) -- merangsang pengeluaran insulin di kelenjar penkreas dan menggalakkan penyerapan glukos ke seluruh tisu/badan -- sangat poten/kuat memangsa radikal bebas = anti-penuaan yang kuat
  21. 21. NOTHOFAGIN -- terbukti mengawal dari serangan jantung, kanser dan strok -- pemangsa kepada radikal bebas QUERCETIN -- menghalang penghasilan asid urik, cara sama seperti dadah allopurinol bertindak -- menyebabkan sel-sel kanser “membunuh diri” -- menghalang pertumbuhan sel-sel kanser usus dan tiroid -- mengurangkan pertumbuhan tumor -- menghalang pembentukan peroksida lipid
  22. 22. CHRYSOERIOL -- Menyerang radikal bebas -- Merendahkan tekanan darah tinggi -- melegakan sesak nafas -- anti-tumor, anti-virus, anti-bakteria -- anti-radang -- melegakan kekejangan RUTIN -- menghalang berlakunya penggumpalan platelet dan oleh itu menjadikan darah sentiasa lebih nipis dan memperbaiki peredaran darah -- anti-radang. Diguna untuk rawatan penyakit usus seperti buasir dan varises esofgeal -- menghalang penyakit dyskinesia -- mengawal kandungan kolesterol jahat (LDL) -- untuk kesihatan saluran darah
  23. 23. TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA: Penyakit tidak berjangkit semakin meningkat. Kajian membuktikan: 2.6 juta = diabetes 5.8 juta = hipetensi 6.2 juta = kolesterol tinggi 2.5 juta = obesiti TOTAL BERMASALAH: 17.1 JUTA
  24. 24. KAJIAN: 100 ORANG PESAKIT BARU SETIAP 1 JUTA PENDUDUK
  25. 25. Menurut kajian, dalam tahun 2013, kira-kira 1.31 juta orang – 737,000 lelaki dan 576,00 wanita akan mati disebabkan kanser di 27 negara Eropah. Kanser paruparu diramal mengambilalih posisi kanser payu dara sebagai pembunuh utama wanita.
  26. 26. ALOR STAR: 1 dalam setiap 6 orang lelaki didapati mengidap kanser prostat, menurut Konsultan Urologi Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Murali Mohan. Daily Express, 11 Mac 2012 Dr. Murali berkata kanser prostat merupakan penyebab nombor dua kematian kanser kaum lelaki selepas kanser paru-paru di Amerika Syarikat……..
  27. 27. ♥ Melancarkan peredaran darah ♥ Membersihkan sistem penghadaman ♥ Membuang lemak & kolestrol ♥ Melambatkan penuaan Pesakit kencing manis Obesiti
  28. 28. darah tinggi gout kencing manis sakit sendi migrain masalah kulit angin gastrik pusingan haid tidak menentu kolestrol tinggi sembelit resdung
  29. 29. ARKIB : 09/01/2011 Pesakit jantung muda meningkat Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH adawiyah.koh@utusan.com.my Di Malaysia terdapat seramai 141 orang menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun iaitu bersamaan 38,000 kes baru setiap tahun. UMUR: 25 TAHUN PENYAKIT: JANTUNG
  30. 30. UMUR: 46 TAHUN PENYAKIT: SERANGAN JANTUNG
  31. 31. Artherosclerosis
  32. 32. Satu pasukan penyelidik dari beberapa institusi penyelidikan Afrika Selatan telah menjalankan kajian keatas 40 orang sukarelawan dewasa yang berisiko penyakit kardiovaskular/jantung dengan meminum 6 cawan teh rooibos difementasi/keringkan setiap hari selama 6 minggu. Selepas tempoh kajian, pengukuran keatas jumlah lemak jahat LDL, lemak baik HDL, status redoks (total glutathion), jumlah peroksidasi lipid/lemak dan beberapa lagi parameter telah dilakukan. Keputusan penyelidikan telah mendapati seperti berikut; Lemak jahat LDL = telah menurun dengan ketara Lemak baik HDL = telah meningkat dengan ketara Jumlah glutathion = telah meningkat Peroksidasi lipid/lemak = menurun LDL= low density lipoprotein HDL = high density lipoprotein
  33. 33. Rumusan daripada kajian ini ialah bahawa meminum teh Rooibos keringkan/fementasi telah memperbaiki profail lipid dan status redoks, kedua-duanya ada hubungkait dengan penyakit jantung. Jeanine L. Marnewick* , Fanie Rautenbach, Irma Venter , Henry Neethlinga, Dee M. Blackhurst, Petro Wolmarans, Muiruri Macharia. Corresponding author at: Oxidative Stress Research Centre, Faculty of Health and Wellness Sciences, Cape Peninsula University of Technology, P.O. Box 1906, Symphony Way, Bellville 7535, South Africa. Tel.: +27 21(0)9538416; fax: +27 21(0)9538490. E-mail address: marnewickj@cput.ac.za (J.L. Marnewick). Effects of rooibos (Aspalathus linearis) on oxidative stress and biochemical parameters in adults at risk for cardiovascular disease Journal of Ethnopharmacology 133 (2011) 46–52
  34. 34. 7 MEI 2012: 1.3 MMOL/L
  35. 35. 6 OGOS 2012: 0.6 MMOL/L
  36. 36. PENYAKIT JANTUNG PEMBUNUH NO. 1 DI MALAYSIA JANGAN TAKUT! TEH ROOIBOS BOLEH MENJAMIN JANTUNG YANG SIHAT.
  37. 37. Penyelidikan yang dilakukan keatas manusia di Jepun menunjukan bahawa chyrsoeriol, satu daripada anti-oksidan yang ada pada Rooibos dengan jumlah yang sedikit sahaja, boleh menghalang dan merawat penyakit vaskular atau jantung pada manusia. Chrysoeriol berupaya menghalang pergerakan sel-sel otot licin di dalam aorta, satu penyebab utama anterklerosis (keadaan dimana arteri menjadi sempit dan mengeras). Para saintis dengan itu mengesyorkan penggunaan chrysoeriol bagi menghalang dan merawat saluran-saluran darah yang akan menjadi sempit semula selepas angioplasti koronari. Semasa angioplasti dilakukan, belon kecil diletupkan untuk memecah arteri jantung yang telah menjadi sempit atau tersumbat. Cha, B., Shi, W.L., Yonezawa, T., Teruya, T., Nagai, K., Woo, J. Chubu University, 1200 Matsumoto, Kasugai, Aichi 487-8501, Japan An inhibitory effect of chrysoeriol on platelet-derived growth factor (PDGF)-induced proliferation and PDGFreceptor signaling in human aortic smooth muscle cells. Journal of Pharmacological Science (2009) 110, 105–110.
  38. 38. 3 TAHUN LEMAH JANTUNG SEMBUH DENGAN HANYA 2 MINGGU MINUM TEH ROOIBOS ORGANIK HEALTH BUILDERS PUANA MADINDY UMUR: 34 TAHUN ASAL: KG. TIMBANG DAYANG KOTA BELUD H/P: 019-5329177
  39. 39. Saya menderita berbagai penyakit termasuk GASTRIK/DUGAL, MIGRAIN, TEKANAN DARAH TINGGI, SESAK NAFAS DAN SERING MENGANTUK. Apabila penyakit gastrik saya datang, saya sangat menderita sakit kritikal sehingga MUNTAH DARAH. Saya juga SELALU PENGSAN tak sedar diri di dalam bas dan apabila saya sedar, saya sedang berada di wad hospital. Penyakit migrain yang saya alami juga sangat menyeksa saya sehingga disyorkan oleh doktor untuk MEMAKAI CERMIN MATA bagi mengurangkan kesakitan kepala dan mata.
  40. 40. Dari semua masalah kesihatan di atas, penyakit yang sangat menakutkan saya ialah penyakit LEMAH JANTUNG. Doktor kata, injap jantung saya lemah dan perlu bantuan bateri. Sejak 3 tahun lepas, saya minum berbagai jenis ubat yang diberikan oleh doktor dengan kuantiti yang banyak setiap hari. Saya juga sudah mencuba produk kesihatan yang dijual oleh syarikat lain tetapi penyakit saya tidak juga sembuh. Pada akhir bulan MEI, 2012 saya diperkenalkan kepada TEH ROOIBOS ORGANIK keluaran Health Builders oleh sepupu saya, Julaini Bin Rosmin.
  41. 41. Pada mulanya, memanglah saya ragu-ragu kerana teh ini terlalu murah apabila dibanding dengan masalah yang saya sedang alami. Apa lagi, saya masih dibawah pengawasan doktor pakar jantung. Di dalam fikiran saya, mana mungkin produk kesihatan yang hanya berharga RM22.00 satu pek boleh merawat penyakit saya yang sudah berlarutan sejak 3 tahun lalu. Kerana rasa hormat, maka saya paksa diri untuk membeli 1 pek dan mula menggunanya seperti yang disarankan.
  42. 42. Saya merasa hairan kerana hanya beberapa hari minum TEH ROOIBOS ORGANIK, hampir semua masalah penyakit yang sedang menyeksa saya mula hilang. DUA MINGGU selepas meminum secara berterusan, saya membuat pemeriksaan di Hospital Queen, Kota Kinabalu, Sabah. Saya sangat terkejut dan gembira kerana doktor pakar yang memeriksa saya telah memberhentikan pemberian semua ubat untuk lemah jantung kerana menurut pakar tersebut, jantung saya sudah kembali normal.
  43. 43. Sehingga saat testimoni ini ditulis (8 Februari 2013), saya tidak lagi mengambil sebarang jenis ubat rawatan jantung dan terus mengamalkanya. Saya sudah jadikannya sebagai minuman harian untuk seisi keluarga kami. Masalah kesihatan saya yang lain juga telah sembuh sepenuhnya. Pada mula-mula saya mengamalkan teh ini saya sedang MENGANDUNG 6 BULAN dan menurut doktor, PARAS GULA DALAM DARAH SAYA AGAK TINGGI akibat dari beberapa komplikasi. Apabila saya membuat pemeriksaan pada 2 Julai 2012, bacaan paras gula dalam darah saya HANYA 4.10.
  44. 44. TIDAK MENGANDUNGI KAFEIN, REDAH KANDUNGAN TANIN, asli , tanpa pengawet dan pewarna. Menurut pakar pemakanan itu lagi, disebabkan ia kaya zat mineral, maka ia sangat baik untuk kesihatan bayi dalam kandungan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada HEALTH BUILDERS (M) SDN BHD kerana telah menyelamatkan saya.
  45. 45. 1 SETIAP 6 ORANG DI MALAYSIA MENGIDAP PENYAKIT HATI BERLEMAK JANGAN TAKUT! TEH ROOIBOS BOLEH MENJAMIN HATI YANG SIHAT
  46. 46. PASTIKAN HATI ANDA SIHAT SEPANJANG MASA FUNGSI HATI: • Mengawal paras glukosa darah • Menyimpan vitamin dan mineral garam tertentu • Mengawal-atur metabolisma karbohidrat, lipid dan asid amino • Menghasilkan hempedu yang disimpan ke dalam pundi hempedu. Hempedu penting untuk penghadaman • Menghasilkan protein-protein plasma tertentu seperti albumin • Menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti amnonia • Tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus • Menguraikan molekul hemoglobin tua • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan HATI YANG SIHAT
  47. 47. A Silent Disease Fatty Liver Disease ANTARA SIMPTOM PENYAKIT HATI ...anda mahu begini? Anda tidak sedar bahawa anda sedang mengidap FLD sehingga diperingkat akhir penyakit atau telah membuat pemeriksaan di makmal/pakar LEBIH DARI 1 SETIAP 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA MENGIDAP PENYAKIT HATI BERLEMAK (FATTY LIVER DISEASE-FLD)
  48. 48. PENYAKIT HATI BERLEMAK KENAPA BERLAKU? Penyakit Hati Berlemak berlaku apabila lemak berkumpul di dalam sel-sel hati anda (steatosis). PENYEBAB? Obesiti, diabetes, minum alkohol, dadah tertentu, dll. RISIKO? Menyebabkan hati membesar dan membengkak. Akhirnya cirrhosis dan diserang kanser hati/kerosakan hati. Hati yang sihat Hati berlemak Hati Berlemak Kanser hati akibat cirrhosis
  49. 49. Kajian para penyelidik di Sepanyol yang diterbitkan di dalam jurnal antarabangsa, PYHTOMEDICINE dalam tahun 2011 telah membuktikan bahawa Rooibos dapat melindungi hati daripada pengumpulan lemak dan boleh membantu mengelak penyakit-penyakit metabolisma. Kajian tersebut dilakukan oleh satu konsortium penyelidik di Sepanyol yang sedang bekerja di hospital-hospital dan universiti. Dalam penemuan mereka, Rooibos terbukti dapat menurunkan dengan ketara kolesterol TRIGLISERIDA (bentuk kimia dimana kebanyakan lemak terhasil) dan asid bebas lemak. Rooibos mengubah bilangan dan saiz sel-sel lemak dan mengawal sepenuhnya pertumbuhan penyakit hati berlemak.
  50. 50. Berdasarkan data kajian, para penyelidik percaya bahawa poliphenol (sebatian kimia dengan ciri-ciri antioksidan dalam tumbuhan) di dalam Rooibos membantu mengaktifkan satu enzim hati penting yang kemudian, membantu mengawal proses-proses metabolik di dalam sel-sel hati. Enzim tersebut yang dikenal sebagai AMPK (AMPK-activated protein kinase) membantu sel-sel hati bertukar dari pengeluar asid-asid lemak dan kolesterol kepada menjadi pengeluar glukosa dan mengoksida asidasid berlemak. Poliphenol adalah kaya di dalam Rooibos. Mereka telah mengenalpasti sebanyak 25 jenis sebatian phenolik. Beberapa penyelidikan di Afrika Selatan telah berjaya membuktikan bahawa meminum 6 cawan teh Rooibos setiap hari, sama ada panas atau sejuk, akan memberi faedah kesihatan yang optima.
  51. 51. TAJUK KAJIAN: Continuous adminstration of polyphenols from aqueous rooibos (Aspalathus linearis) extract ameliorates dietaryinduced metabolic disturbances in hyperlipidemic mice. JURNAL: Phytomedicine (2011), 18(5): 414-424. PENYELIDIK: Beltran-Debon R, Rull A, Rodriguez-Sanabria F, Iswaldi I, Herranz-Lopez M, Aragones G, Camps J, Alonso-Villaverde C, Menendez J.A., Micol V, Segura-Carretero A, Joven J. Centre de Recerca Biomedica, Hospital Universitari de Sant Joan, IISPV, Universtat Rovira i Virgili, Reus, Spain.
  52. 52. PARU-PARU MENJADI KERING, DOKTOR HOSPITAL SUDAH PUTUS ASA AMALKAN SECARA BERTERUSAN TEH ROOIBOS ADA HARAPAN UNTUK SEMBUH SEPENUHNYA!
  53. 53. Kesan teh Rooibos (Aspalathus linearis) keatas status antioksidan dan kerosakan hati telah dikaji menggunakan tikus yang sengaja dirosakkan hati menggunakan carbon tetrachloride. Setelah 10 minggu kajian dilakukan, maka didapati bahawa meminum teh Rooibos adalah selamat, meningkatkan penghasilan antioksidan, coenzyme Q9 (CoQ9) dan berkesan untuk memulihkan para pesakit yang menghidap penyakit hati. Kucharská J, Ulicná O, Gvozdjáková A, Sumbalová Z, Vancová O, Bozek P, Nakano M, Greksák M, Pharmacobiochemical Laboratory, School of Medicine, Comenius University, Hlboká 7, 811 05 Bratislava, Slovak Republic. jarmila.kucharska@stonline.sk Regeneration of coenzyme Q9 redox state and inhibition of oxidative stress by Rooibos tea (Aspalathus linearis) administration in carbon tetrachloride liver damage. Physiology Research (2004) 53(5):515-21.
  54. 54. PARU-PARU MENGECUT DAN KERING, SEMBUH SEPENUHNYA DENGAN 1 MINGGU MENGAMAL TEH ROOIBOS ORGANIK ANTARIK BIN SUMINGKAT UMUR: 52 TAHUN ASAL: KG. BALANTOS, NABAWAN, SABAH H/P: 019-8811537
  55. 55. Pada tahun 2009 saya menderita masalah sesak nafas dan bila tidur tidak boleh baring sebelah kanan kerana sangat sakit. Saya menjalani pemeriksaan x-ray tetapi doktor kata tiada apa-apa masalah. Sakit bertambah teruk. Pada 11/08/2011 saya sekali lagi menjalani pemeriksaan dengan memasukkan saya ke ‘terowong’ dan doktor mendapati bahawa paru-paru sebelah kanan saya kering dan mengecil. Doktor mengesahkan bahawa penyakit saya ini tiada ubat. Bagaimanapun saya terus diberi temujanji setiap minggu. Anak perempuan saya bertanya kepada doktor “kenapa tiada ubat kalau sudah dikesan penyebab penyakit?”.
  56. 56. Doktor menjelaskan bahawa penyakit begini belum ditemui cara merawat dan jenis ubat. Saya melihat anak saya menangis di depan doktor pada ketika itu. Paling menakutkan, doktor hospital di Keningau itu berkata bahawa saya juga ada masalah jantung dan tekanan darah tinggi. Menurutnya, tidak ada lagi cara lain untuk pihak hospital membantu. Pendik kata, saya hanya tunggu masa sahaja untuk mati kerana katanya penyakit begini tidak ada lagi peluang untuk sembuh semula. Pada 6/4/2012 anak saya sedang mencari ubat untuk penyakit saya di mana-mana farmasi di Keningau tetapi terserampak dengan seorang
  57. 57. pengedar Health Builders, Luciana Subok (H/P: 014-2830180). Setelah membaca risalah yang diberikan dan mendapati bahawa Teh Rooibos Organik boleh menyembuh berbagai penyakit, maka anak saya dengan serta-merta membeli 2 pek pada hari itu untuk saya cuba. Saya merasa sangat terkejut kerana setelah minum selama 2 malam, badan saya mula ringan dan masalah kesakitan bertambah kurang. SATU MINGGU selepas itu saya boleh sudah tidur nyenyak dan baring sebelah kanan. Semua kesakitan sudah hilang dan saya boleh sudah bernafas seperti biasa.
  58. 58. Pemeriksaan di hospital Keningau pada 23/7/2012 melalui x-ray telah mengesahkan bahawa paru-paru saya sudah bersaiz normal, tidak lagi kering dan sudah ada darah kembali. Jantung saya juga sudah berfungsi dengan normal dan tekanan darah dibawah paras selamat. Doktor sangat hairan keajaiban ini dan bertanya apa yang saya makan sehingga berlaku kesembuhan sepenuhnya. Saya katakan bahawa saya mengamal TEH ROOIBOS ORGANIK dari Health Builders. Dengan nada dan riak muka yang tidak percaya, doktor tersebut meminta saya untuk membawa kepadanya Teh Rooibos Organik tersebut untuk dia melihat secara peribadi. Keesokan harinya, saya bawa teh tersebut dan setelah melihat gambar dan tulisan
  59. 59. pada kulit pembungkusan, doktor yang berbangsa India itu berkata “inilah yang saya mahu kau minum”. Saya lucu dan hairan kerana sebelum ini dia tidak pernah sebut tentang Teh Rooibos Organik dan sayapun belum pernah cerita tentang itu. Akhirnya, doktor tersebut menasihatkan saya supaya terus mengamalkan Teh Rooibos Organik. Malah sekarang, mungkin melalui cerita doktor-doktor lain yang pernah merawat saya, ada seorang lagi doktor berbangsa Cina mahu berjumpa dan minta saya membawa Teh Rooibos Organik untuk dia lihat. Teh Rooibos Organik sungguh hebat. Ia telah menyelamatkan saya dari maut. Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Luciana Subok dan Health Builders.
  60. 60. ADAKAH ANDA INGIN MENJADI KEMBALI MUDA? AMALKAN SECARA BERTERUSAN TEH ROOIBOS ANDA AKAN TERKEJUT DENGAN HASILNYA!
  61. 61. Para penyelidik di Republik Slovakia telah berjaya menunjukkan kesan anti-penuaan Rooibos pada burung puyuh Jepun. Burung-burung tersebut telah diberi minum dengan Rooibos. Rooibos yang dikisar halus juga dicampur pada makanan mereka. Burung-burung betina yang diberi minum dan makan Rooibos bertelur lebih banyak dan terus bertelur sehingga lanjut usia, berbanding burung puyuh betina yang diberi minuman dan makanan biasa. Juráni, M., Lamošová, D., Máčajová, M., Kostál, L., Joubert, E., Greksák, M., 2008. Effect of rooibos tea (Aspalathus linearis) on Japanese quail growth, egg production and plasma metabolites. British Poultry Science (2008) 49 , 55–64.
  62. 62. SETELAH 12 TAHUN, TIBA-TIBA MENGANDUNG KERANA MINUM TEH ROOIBOS ORGANIK SALLIAH BINTI AWANG UMUR: 41 TAHUN ASAL: KG. MEMPAGAR, BEAUFORT, SABAH H/P: 013-5506064
  63. 63. Saya menderita selama beberapa tahun penyakit migrain yang kronik sehingga seakan-akan keluar biji mata saya apabila datang sakit. Pada masa yang sama, saya menderita penyakit gastrik sehingga muntah-muntah. Saya juga menderita masalah masuk angin. Tekanan darah saya sangat rendah sehingga selalu pengsan. Pada pertama kali diperkenalkan dengan Teh Rooibos Organik oleh Puan Myilsih Michael pada awal Februari 2013, saya takut-takut kerana saya percaya jika saya minum sebarang teh, penyakit gastrik saya akan bertambah teruk. Oleh kerana penjelasan yang diberi bahawa ia bukan teh biasa tetapi herba dan tidak mengandungi kafein, maka saya memberanikan diri untuk minum seperti yang disaran.
  64. 64. Sangat menghairankan, semua masalah yang saya alami telah hilang dan sembuh sepenuhnya dalam masa TIGA MINGGU mengamal secara berterusan. Apa yang paling menggembirakan kami suami-isteri ialah apabila tiba-tiba saya disahkan oleh doktor bahawa saya sedang mengandung setelah tidak subur selama 12 tahun. Pada masa testimoni ini ditulis (7 Sept. 2013), saya sedang mengandung 7 bulan anak kami yang ke 6. Sekarang kebahagian kami suami-isteri semakin bertambah. Saya sangat terhutang budi kepada Puan Myilsih Michael kerana telah berusaha meyakinkan saya untuk mencuba teh ajaib ini. Terima kasih Myilsih!
  65. 65. ADAKAH ANDA INGIN BEBAS DARI PENYAKIT KENCING MANIS? TEH ROOIBOS TELAH TERBUKTI BOLEH MEMBANTU ANDA!
  66. 66. Satu kajian di Jepun pada tahun 2009 telah mendapati bahawa aspalathin yang terkandung di dalam Rooibos dapat membantu meningkatkan penyerapan glukos oleh sel-sel otot dan dengan demikian dapat mengekalkan paras darah normal pada tikus kajian yang menghidap diabetes–jenis 2. Aspalathin juga merangsang sel-beta pankreas untuk merembeskan insulin dan membantu memulihkan gangguan penyerapan glukos pada haiwan-haiwan ini. Kawano, M., Nakamura, H., Hata, S., Minakawa, M., Miura, Y., Yagasaki, K. Hypoglycemic effect of aspalathin, a rooibos tea component from Aspalathus linearis, in type 2 diabetic model db/db mice. Phytomedicine (2009) 16, 437–443.
  67. 67. LEBIH SATU TAHUN BERJARUM INSULIN 2 KALI SEHARI SEMBUH KERANA MINUM TEH ROOIBOS ORGANIK JAMATIN BIN EDIH UMUR: 47 TAHUN ASAL: KG. MEMPAGAR, BEAUFORT, SABAH H/P: 012-8210076
  68. 68. Sebelum menemui Teh Rooibos Organik keluaran Health Builders, saya sudah berjarum sendiri insulin 2 kali setiap hari di rumah sejak lebih setahun yang lepas kerana menurut doktor, kalenjar pankreas saya tidak lagi mengeluarkan insulin yang cukup. Penglihatan saya juga semakin hari semakin kabur dan berat badan begitu cepat bertambah sehingga 85 kg. Saya juga mengidap penyakit tekanan darah tinggi. Saya mula mengamal minum Teh Rooibos Organik awal bulan Februari 2013 melalui Puan Myilsih Michael.
  69. 69. Teh Rooibos Organik keluaran Health Builders ini betul-betul ajaib kerana setelah mengamal selama DUA BULAN atau pada pek yang kedua, saya tidak lagi berjarum atau memakan ubat hospital. Sekarang saya hanya meminum teh ajaib ini tanpa merasa sebarang komplikasi kesihatan lagi. Tekanan darah saya juga sudah berada pada paras normal. Tanpa saya sedari, berat badan saya juga telah menurun dari 85 kg ke 70 kg tanpa berdiet. Semua rakan-rakan saya merasa hairan kerana saya seolah-oleh telah kembali muda. Sungguh ajaib. Terima kasih Health Builders!
  70. 70. SAKIT TULANG DAN KEBAS TANGAN SELAMA 13 TAHUN SEMBUH DALAM MASA 3 MINGGU OLEH TEH ROOIBOS ORGANIK MARYIN WONG UMUR: 43 TAHUN ASAL: KG. AMBATUAN, BONGAWAN, SABAH H/P: 016-8182447
  71. 71. Sejak tahun 2001 saya menderita kebas tapak tangan dan sakit kronik dari jari sehingga seluruh lengan. Saya merasakan sakit tersebut sehingga ke tulang. Sakit yang begitu menyiksa ini serta seakan dicucuk-cucuk jarum menyebabkan saya tidak boleh tidur nyenyak waktu malam. Saya juga tidak dapat melakukan kerja-kerja rumah dengan selesa. Sejak bermulanya penyakit ini semasa saya bekerja di Kuala Lumpur sehingglah balik ke Sabah pada tahun 2007, saya diberi berbagai jenis rawatan oleh doktor hospital. Ini termasuklah menyuntik ubat ke pangkal lengan yang menurut doktor untuk menghilangkan bengkak dan kesakitan. Selepas disuntik, tangan saya bertukar warna menjadi putih. Kesakitan bukan berkurang
  72. 72. malah bertambah. Setelah beberapa kali diberi suntikan dan ubat, doktor tidak lagi memberikan rawatan sedemikan kerana menurutnya ia sangat merbahaya. Antara rawatan lain ialah menjalani terapi fizikal di hospital Papar, Sabah pada tahun 2012 dengan memanaskan tangan saya dengan menggunakan ‘lazer’ sambil menggengam bola. Semua usaha ini tidak mendatangkan hasil. Saya tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan kerana pihak hospital tidak lagi memberikan ubat penahan sakit atau suntikan. Mereka juga tidak lagi mencadangkan apa lagi cara rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit saya. Saya sudah berputus asa.
  73. 73. Pada masa yang sama, gula dalam darah dan kandungan kolesterol juga bertambah naik. Bacaan kandungan gula saya sebelum ini ialah 11.00 mmol/liter dan paras kolesterol ialah 7.00 mmol/liter . Saya mula mengamal minum Teh Rooibos Organik pada akhir bulan Mac 2013 melalui seorang pengedar Health Builders. Sangat ajaib, setelah masuk MINGGU KE 3, semua masalah saya telah hilang. Tulang tidak lagi sakit, tapak tangan tidak lagi rasa kebas dan saya sudah boleh tidur nyenyak. Bacaan gula dalam daraj saya juga menurun dari 11.00 ke 6.00 mmol/liter. Paras kolesterol saya sekarang telah turun dari 7.00 ke 4.57 mmol/liter.
  74. 74. Saya sangat yakin bahawa kesembuhan ini adalah disebabkan oleh amalan saya minum tej ajaib tersebut kerana saya tidak lagi makan apa juga jenis ubat hospital. Sekarang saya sudah boleh ketawa riang dan hidup bahagia bersama keluarga tersayang. TEH ROOIBOS ORGANIK Health sesungguhnya HEBAT, tiada tandingan! Builders
  75. 75. PENYAKIT PELIK DIMANA TANGAN DAN KAKI SEPERTI DICUCUK-CUCUK JARUM DAN KENCING MANIS DISEMBUH OLEH TEH ROOIBOS ORGANIK JOSEPHINE LAKU BALANG UMUR: 59 TAHUN ASAL: PRUSIA, LAWAS SARAWAK H/P: 019-824 9455
  76. 76. Saya seorang jururawat dan menderita berbagai penyakit termasuk LEMAH JANTUNG, KENCING MANIS, TEKANAN DARAH TINGGI, KEBAS-KEBAS serta NGILU TANGAN dan KAKI. Paling pelik, tangan dan kaki saya seperti DICUCUKCUCUK JARUM dengan sakit sekali diwaktu malam dan ini menyebabkan saya tidak dapat tidur dengan nyenyak sepanjang malam. Penderitaan ini saya terpaksa tanggung sejak berumur 48 tahun.
  77. 77. Saya mula makan ubat hospital sejak berumur 49 tahun. Saya juga sudah berbelanja beribu ringgit untuk membeli berbagai produk kesihatan yang dipasarkan oleh beberapa syarikat. Semua usaha ini gagal menyembuhkan penyakit saya.
  78. 78. Pada pertengahan bulan Disember 2012, En. Labo Parir telah memperkenalkan TEH ROOIBOS ORGANIK Health Builders. Saya mula merasa kesan penyembuhan keatas masalah kesihatan saya setelah SATU MINGGU mengamalkannya. Sangat menghairankan, semua penderitaan penyakit yang telah menyeksa saya bertahun-tahun telah sembuh sepenuhnya setelah masuk MINGGU KETIGA, termasuklah tangan dan kaki saya yang seakan dicucuk-cucuk jarum dengan sakitnya waktu malam serta kebas-kebas dan ngilu.
  79. 79. Pada pertengahan bulan Januari 2013 saya telah pergi ke hospital untuk pemeriksaan kandungan gula dalam darah dan saya sangat gembira kerana paras gula dalam darah saya telah turun dari 18.75 ke 5.40 dan ini berlaku dengan hanya mengamalkan TEH ROOIBOS ORGANIK selama TIGA MINGGU sahaja. Sekarang saya seolah-olah mendapat hidup baru. Saya akan terus mengamal teh ajaib Afrika Selatan ini. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada En. Labo Parir kerana memperkenalkan TEH ROOIBOS ORGANIK kepada saya.
  80. 80. MASALAH ALAHAN/ALERGIK HILANG KERANA TEH ROOIBOS ORGANIK NURSIAH BINTI MOHD RASHID UMUR: 54 TAHUN ASAL: PEKAN LAWAS SARAWAK H/P: 016-820 4380
  81. 81. Sejak LIMA TAHUN lepas saya tidak pernah lagi makan makanan kegemaran saya seperti telur, ayam, daging lembu, ketam dan udang. Setiap kali saya termakan makanan kegemaran saya ini, SELURUH BADAN SAYA GATAL-GATAL, MENJADI MERAH seluruh badan saya gatal-gatal, menjadi merah dan KULIT MENGELUPAS. Saya juga tidak boleh makan buah durian kerana badan akan menjadi PANAS. Saya juga menghidap KENCING MANIS.
  82. 82. Saya mula minum TEH ROOIBOS ORGANIK Health Builders pada 30 November 2012. Sangat mengejutkan, selepas SATU MINGGU minum herba ajaib ini, masalah alahan saya telah hilang dan sekarang saya tidak lagi makan berpantang. Saya sudah boleh makan semula makanan kegemaran saya. Pemeriksaan terakhir saya untuk kandungan gula dalam darah sangat menggembirakan kerana kandungan gula semakin turun. Saya akan jadikan TEH ROOIBOS ORGANIK sebagai minuman harian sepanjang hayat.
  83. 83. KUDIS BUTA SEMBUH SETELAH MENGAMAL TEH ROOIBOS ORGANIK USOP BIN BRAHIM UMUR: 84 TAHUN ASAL: LAWAS, SARAWAK H/P: 019-453 1240
  84. 84. Saya mengidap penyakit kulit sejak 1 tahun lepas dimana kaki kanan saya telah menjadi gatal-gatal sehingga berkudis (gambar bawah). Masalah kegatalan ini telah menyebabkan saya tidak boleh tidur malam. Saya sangat bimbang kerana semakin lama kudis di kaki saya semakin membesar dan masuk ke dalam. Rasa gatal jugal sudah menebus ke dalam kulit (isi). Saya sudah berusaha berbagai cara termasuk ubat-ubat hospital dan juga perubatan cara tradisi (kampung) tetapi tidak ada perubahan.
  85. 85. SEBELUM – 30 Nov. 2012 SELEPAS – 24 Feb. 2013 Anak saya Mohd Zaini telah membawa pulang TEH ROOIBOS ORGANIK pada awal bulan November 2012 dan menasihatkan saya untuk mencuba. Pada mulanya saya merasa ragu-ragu dan tidak yakin kalau herba yang murah ini dapat membantu mengatasi masalah saya. Oleh kerana ia diberi secara percuma, maka saya mula minum sekurangkurang 6 cawan setiap hari. Pada waktu tidur, saya guna uncang yang sudah dipakai untuk ditampal pada kawasan kudis. Pada mulanya saya tidak melihat sebarang perubahan tetapi saya terus mengamalkanya.
  86. 86. Akhirnya pada awal bulan Februari 2013 saya melihat perubahan yang ketara kerana kudis kaki saya tidak lagi gatal dan isi mula tumbuh semula. Pada masa testimony ini ditulis pada 24 Februari 2013, kudis kaki saya hampir sembuh sepenuhnya (lihat gambar). Saya sangat gembira sekarang kerana sudah bebas dari masalah kaki berkudis. Anda yang sedang menderita penyakit kulit seperti yang telah saya alami, jangan ragu-ragu, mulalah minum teh ajaib ini.
  87. 87. 10 TAHUN MENGHIDAP BERBAGAI PENYAKIT KRONIK SEMBUH DALAM MASA 4 MINGGU MINUM TEH ROOIBOS ORGANIK HEALTH BUILDERS JELINAH BINTI GAAPAI UMUR: 48 TAHUN ASAL: RANAU, SABAH H/P: 014-851 8851
  88. 88. Saya mengalami penyeksaan berbagai penyakit sejak 10 tahun lepas. Penyakitpenyakit tersebut boleh disenarai sebagai berikut: MASALAH RAHIM – tidak kuat atau istilah biasa disebut RAHIM PANDAI JATUH. JANTUNG TIDAK NORMAL - cepat penat dan sakit dada OKSIGEN TIDAK NAIK KE KEPALA – selalu pengsan tak sedar diri kerana tidak cukup oksigen.
  89. 89. KAKI BERAIR – kaki berair sehingga membesar secara tidak normal dan berjalan TEMPANG. DUGAL, MIGRAIN, MASUK ANGIN, KURANG DARAH, TANGAN DAN KAKI SERING KEJANG, SAKIT SENDI-SENDI TULANG. Akibat dari berbagai kombinasi penyakit diatas, saya sering diusung ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Saya sudah berputus asa dan merasakan lebih baik mati dari terus hidup terseksa tanpa mengetahui bila akan sembuh.
  90. 90. Saya terjumpa risalah mengenai TEH ROOIBOS ORGANIK HEALTH BUILDERS awal September 2011 dan tidak melakukan apa-apa kerana ragu-ragu dengan harga yang terlalu murah dan senarai faedah kesihatan yang terlalu banyak. Setelah berfikir panjang, saya merasa tidak akan rugi apa-apa jika mencuba lalu saya menghubungi nombor telefon yang tertulis dalam risalah tersebut untuk membeli SATU PEK. Saya mula minum herba ajaib tersebut akhir bulan September 2011.
  91. 91. SATU MINGGU selepas itu saya rasa BADAN SAYA RINGAN. Sebaik masuk MINGGU KE EMPAT semua masalah telah hilang sepenuhnya sehinggalah hari ini, 2 Februari 2013. Saya sugguh bertuah kerana telah menemui risalah tersebut tanpa sengaja. Sekarang saya tidak lagi berhenti minum TEH ROOIBOS ORGANIK kerana satu sedar ia telah menyelematkan saya dan memberikan saya hidup baru.
  92. 92. ANAK BARU BERUMUR 4 BULAN SUDAH BOLEH BERCAKAP KERANA IBU MINUM TEH ROOIBOS ORGANIK SEMASA MENGANDUNG RITAH AIMELIEA OSIKAL UMUR: 36 TAHUN ASAL: PAPAR, SABAH H/P: 012-866 5176
  93. 93. 3 bulan sebelum mula mengandung anak kami yang ketiga pada bulan Oktober 2011, saya sudah mengamal TEH ROOIBOS ORGANIK Health Builders sebagai usaha untuk menyembuhkan beberapa masalah kesihatan seperti SAKIT-SAKIT DADA sehingga menembus bahagian belakang, DUGAL, SAKIT-SAKIT TULANG DAN SENDI dan SUSAH TIDUR. Semua masalah ini telah sembuh sepenuhnya setelah minum herba ajaib ini secara berterusan selama KURANG DARI SATU BULAN.
  94. 94. Saya melahirkan anak kami yang ke 3 itu pada 13 Ogos 2012 dengan berat 2.95kg. Pada umur SATU BULAN 2 MINGGU saya sudah melihat tindakbalas yang sangat menghairankan kerana dia sudah boleh bertindakbalas jika dipanggil. Pada umur 3 BULAN, dia sudah BOLEH MENGANGKAT KEPALA DAN SEPARUH BADANNYA seperti orang dewasa yang sedang buat latihan pemanasan badan. Sangat ajaib, masuk BULAN KE 4 dia sudah boleh bercakap dengan perkataan “MAMA, PAPA dan MOMOM”.
  95. 95. Saya sangat yakin bahawa keajiban pada anak kami ini adalah hasil dari amalan saya meminum TEH ROOIBOS ORGANIK Health Builders sepanjang 9 bulan mengandung kerana saya tidak memakan sebarang tambahan makanan lain sepanjang tempoh itu. Jika anda sedang mengandung sekarang, inilah peluang anda untuk mendapat anak yang LUAR BIASA PINTARNYA dengan mengamalkan herba ajaib dari Health Builders ini.
  96. 96. JANGAN BERI PELUANG KEPADA SEL-SEL KANSER TEH ROOIBOS TELAH TERBUKTI BOLEH MEMBANTU ANDA!
  97. 97. Kemampuan teh herba Afrika Selatan (ekstrak Rooibos dan Honeybush) untuk bertindak sebagai penghalangkemo pada kanser kulit telah diselidik oleh satu pasukan penyelidik Afrika Selatan menggunakan model haiwan. Mereka berjaya menunjukkan bahawa penggunaan pada kulit (luaran) teh tersebut dapat membantutkan pertumbuhan tumor dengan signifikan pada tikus kajian yang menghidap kanser kulit apabila menggunakan sama ada teh diproses atau tidak.
  98. 98. Jeanine Marnewick. PROMEC Unit, Medical Research Council, P.O. Box 19070, Tygerberg 7505, South Africa..Tel.: +27 21 938 0289; fax: +27 21 938 0260., Elizabeth Joubert. ARC Infruitec-Nietvoorbij, Private Bag X5026, Stellenbosch 7599, South Africa. Shamiel Joseph. PROMEC Unit, Medical Research Council, P.O. Box 19070, Tygerberg 7505, South Africa. Sonja Swanevelder. Biostatistic Unit, Medical Research Council, P.O. Box 19070, Tygerberg, 7505, South Africa Pieter Swart. Department of Biochemistry, Stellenbosch University, Private Bag X1, Stellenbosch 7602, South Africa. Wentzel Gelderblom. PROMEC Unit, Medical Research Council, P.O. Box 19070, Tygerberg 7505, South Africa Inhibition of tumour promotion in mouse skin by extracts of rooibos (Aspalathus linearis) and honeybush (Cyclopia intermedia), unique South African herbal teas. Cancer Letters (2005) 224, 193–202.
  99. 99. TUMOR RAHIM 11.80CM MENGECUT KE 7.60CM SETELAH 12 HARI MINUM TEH ROOIBOS ORGANIK SUHANA BINTI SAILI UMUR: 31 TAHUN ASAL: PEKAN LAWAS SARAWAK H/P: 014-594 8424
  100. 100. Pada 27 Oktober 2012, saya mengalami kesakitan teruk dibahagian bawah perut, pinggang dan muntah-muntah. Pada masa itu, doktor di Hospital Lawas mengatakan bahawa ia hanya masalah gastrik/dugal dan tidak membuat pemeriksaan lanjut. Kerana tidak lagi tahan kesakitan yang semankin bertambah, maka pada 3 November 2013 saya membuat pemeriksaan di klinik swasta Lawas, KLINIK DR. NGUI.
  101. 101. Selepas pemeriksaan dibuat dengan merujuk kepada cetakan imej, saya sangat terkejut sehingga hampir jatuh pengsan kerana TUMOR/KETUMBUHAN RAHIM saya sudah bersaiz 10.90cm x 9.30cm. Dua hari kemudian, pada 5 November 2012, saya membuat pemeriksaan rapi di Hospital Lawas dengan pakar puan dari Hospital Miri. Setelah siap membuat ‘scanning’ dan pemeriksaan lain, doktor mengesahkan bahawa tumor tersebut sudah bersaiz 11.80cm x 8.70cm.
  102. 102. Selepas pemeriksaan dibuat dengan merujuk kepada cetakan imej, saya sangat terkejut sehingga hampir jatuh pengsan kerana TUMOR/KETUMBUHAN RAHIM saya sudah bersaiz 10.90cm x 9.30cm. Dua hari kemudian, pada 5 November 2012, saya membuat pemeriksaan rapi di Hospital Lawas dengan pakar puan dari Hospital Miri. Setelah siap membuat ‘scanning’ dan pemeriksaan lain, doktor mengesahkan bahawa tumor tersebut sudah bersaiz 11.80cm x 8.70cm.
  103. 103. Imej imbasan yang menunjukkan tumor rahim bersaiz 11.80cm x 8.70cm
  104. 104. Seperti yang telahpun dijadualkan, saya telah membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 12 Disember 2012. Setelah siap, saya begitu terkejut dan gembira kerana saiz tumor tersebut telah mengecil ke 7.60cm x 3.50cm. Saya sangat pasti sekali bahawa ini adalah kesan positif yang saya perolehi dari mengamalkan TEH ROOIBOS ORGANIK kerana saya tidak memakan sebarang ubat hospital ataupun produk kesihatan lain sejak 3 November 2012 sehingga sekarang (26 Januari 2013).
  105. 105. Pemeriksaan saya yang seterusnya di Hospital Likas ialah pada 27 Februari 2013 telah menunjukkan pengecilan saiz tumor ke 6.60cm x 2.30cm. Temujanji saya seterusnya ke Hopsital Likas, Kota Kinabalu ialah pada bulan Mei 2013 dan saya berharap saya akan disahkan bebas sepenuhnya dari ketumbuhan rahim yang menakutkan ini kerana semakin hari saya merasa semakin sihat dan tiada lagi sebarang rasa sakit. SEMOGA SEMUANYA OK PADA MEI 2013 NANTI. TOLONG DOAKAN UNTUK KESEMBUHAN SAYA!
  106. 106. CARA GUNA TEH ROOIBOS YANG BETUL Masukkan 1-2 uncang teh Rooibos (lagi pekat, lagi bagus) ke dalam cerek berisi 1.5–2.0 liter air bersih dan masak bersama sehingga mendidih. Kumpulkan ke dalam ‘water dispenser’ untuk air minum seisi keluarga sepanjang hari. Minum suam atau sejuk. Boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk. Boleh diminum oleh semua peringkat umur, wanita mengandung, bayi baru lahir dan warga emas.
  107. 107. 40 t-bags WM RM20.00 EM RM22.00 100 t-bags WM RM 41.00 EM RM43.00
  108. 108. PENYELIDIKAN ANTARABANGSA ROOIBOS
  109. 109. Satu berita dramatik mengenai teh Rooibos ialah penemuan penyelidikan saintifik di Jepun yang mendapati bahawa oligosakarida yang terkandung di dalam Rooibos adalah selamat dan dapat membantut jangkitan HIV. Oligosakarida tersebut didapati terlibat didalam mekanisma pengikatan virus oleh sel-T, iaitu askar-askar imun yang menjadikan penyerang tidak dapat mendekati sel-sel sihat. Nakano M, Nakashima H, Itoh Y, Institute for Medical Science of Aging, Aichi Medical University, Japan. Anti-human immunodeficiency virus activity of oligosaccharides from rooibos tea (Aspalathus linearis) extracts in vitro. Leukemia ( 1997)11 Suppl 3:128-30.
  110. 110. Pasukan penyelidik di Jepun telah berjaya menunjukkan bahawa bahan aktif di dalam Rooibos dapat mengembalikan fungsi imunisasi. Keputusan ini sangat penting bagi penyelidikan seterusnya untuk faedah pesakit HIV/AIDS. Ichiyama, K., Tai, A., Yamamoto, I. Augmentation of antigen-specific antibody production and IL-120 generation with a fraction from rooibos (Aspalathus linearis) tea. Bioscience, Biotechnology and Biochemistry (2007) 71, 589–602.
  111. 111. Satu kajian di Jepun telah menunjukan bahawa Rooibos boleh mengurangkan radang atau bengkak usus pada tikus yang menghidap penyakit kolitis (sakit usus) melalui peningkatan aktiviti antioksidan yang menyebabkan pengurangan kerosakan DNA akibat oksidasi. Keputusan kajian juga menunjukkan peningkatan kandungan superoxide dismutase (SOD) pada tikus yang diberi Rooibos. Para penyelidik ini juga mencadangkan Rooibos sebagai satu cara mengurangkan tekanan oksidatif dengan selamat. Baba, H., Ohtsuka, Y., Haruna, H., Lee, T., Nagata, S., Maeda, M. Yamashiro, Y., Shimizu, T. Studies of anti-inflammatory effects of Rooibos tea in rats. Pediatrics International (2009) 51, 700-704.
  112. 112. MENGHALANG KEGUGURAN RAMBUT Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah makmal bebas di Perancis selama 90 hari untuk menguji ekstrak Rooibos yang diadun pada losyen rambut menggunakan satu kumpulan individu sihat yang mengalami masalah keguguran rambut. Efikasi/kemujarabannya kepada sukarelawan diukur selepas 90 hari menggunakan ‘videotrichogram ‘ seperti berikut: > 89% peserta = berlaku 41% pertambahan kelajuan pertumbuhan rambut berbanding kumpulan ‘placebo’ > 67% peserta = 0 atau sedikit rambut gugur > 67% peserta = mendapat kesan positif pada tekstur rambut > 63% peserta = rambut lebih licin dan berseri > 45% peserta = sedikit atau sederhana pertumbuhan semula rambut Keputusan kajian ini menjelaskan bahawa Rooibos boleh menghalang keguguran rambut dan dapat mempercepatkan pertumbuhan rambut dengan ketara sekali. www.segalsolutionsindia.com/research_studies.html D0– hari 0 ; D2–hari 2
  113. 113. TAMAT

×