Your SlideShare is downloading. ×
Network bab1
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Network bab1

2,292
views

Published on

asas rangkaian komputer bab: 1

asas rangkaian komputer bab: 1

Published in: Education, Technology, Business

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,292
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
169
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BAB 1 :PENGENALAN KEPADA ASAS RANGKAIAN © Suria Hazni Kolej Komuniti Jelebu suriahazni@kolej komuniti jelebu
  • 2. 1.1 TAKRIFAN RANGKAIAN
    • Merupakan satu titik penyambungan diantara satu komputer dengan komputer yang lain yang dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya.
    • Satu koleksi komputer yang dihubungkan oleh laluan komunikasi.
    • Boleh dihubungkan kepada rangkaian lain dan mengandungi satu rangkaian lain ( sub-rangkaian).
    • Satu titik perkongsian alat (pencetak dan CD-ROM), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
    • Melibatkan fizikal pewayaran dan pemasangan peranti seperti hub dan switch, penggunaan protokol komunikasi dan perisian untuk menguruskan rangkaian dan sebarang operasi berkaitan rangkaian.
    suriahazni@kolej komuniti jelebu
  • 3. 1.2 KELEBIHAN RANGKAIAN
      • Berkongsi Fail - Berkongsi fail yang disimpan pada pelayan (server) atau komputer pusat.
      • Memindahkan Fail - Memindahkan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.
      • Berkongsi Perisian (Aplikasi) dan mengurangkan kos - Berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll.
      • - Mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
      • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data - Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi
      • - Pengguna yang lain juga dapat menggunakan data -data tersebut.
      • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom Dan Perkakasan lain
      • Menggunakan Mel Elektronik ( E-Mail ) Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.
    suriahazni@kolej komuniti jelebu
  • 4. 1.3 CIRI-CIRI KELAS RANGKAIAN
    • Terdapat 3 Jenis Kelas Rangkaian didalam Sistem Rangkaian :
    • 1) Rangkaian Kawasan Setempat
    • ( Local Area Network - LAN)
    • 2) Rangkaian Kawasan Meluas
    • ( Wide Area Network - WAN)
    • 3) Rangkaian Kawasan Metropolitan
    • ( Metropolitan Area Network - MAN)
    suriahazni@kolej komuniti jelebu
  • 5. RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)
    • Rangkaian yang terhad kepada batasan geografi yang kecil.
    • Rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan , sekolah, pejabat atau kampus.
    • Merupakan satu rangkaian yang menghubungkan sebilangan komputer di dalam kawasan yang terhad seperti dalam kampus universiti, di dalam sebuah bangunan dan di dalam bilik seperti dalam Rajah 1.1 .
    • Rajah 1.1 : Contoh Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
    suriahazni@kolej komuniti jelebu
  • 6. RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)
    • Komputer-komputer ini dapat dihubungkan dengan pelbagai kaedah seperti kabel pasangan terpiuh atau berpintal, gentian optik, talian telefon dan cahaya inframerah serta isyarat radio.
    • Situasi yang paling biasa ditemui oleh rangkaian LAN ini ialah mesej dihantar dari satu komputer ke satu komputer yang lain atau arahan untuk menjalankan aturcara yang tersimpan di dalam rangkaian.
    • Data aturcara yang diminta oleh mesej mungkin disimpan pada komputer dalam rangkaian atau pada komputer pelayan fail (File Server ).
    • Pelayan fail biasanya merupakan komputer berkuasa tinggi yang mempunyai storan ekslusif (cakera keras dan pemacu CD-ROM) bagi mengawal pengurusan rangkaian.
    • Pelayan fail wujud hanya untuk melayan semua komputer yang lain yang berada dalam sistem rangkaian ( workstation ).
    • Setiap satu komputer yang menggunakan khidmat pelayan fail seperti proses mencetak dikenali sebagai pelanggan ( client ). 
    suriahazni@kolej komuniti jelebu
  • 7. RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)
    • Rajah 1.2 :Contoh Rangkaian Kawasan Setempat dengan File Server
    • Terdapat 3 jenis rangkaian topologi yang biasa digunakan di dalam tatarajah LAN bagi rangkaian pelayan. Rangkaian-rangkaian itu ialah :
    • - Topologi Bas atau Bas Linar ( Bus/Linear Topology)
    • - Topologi Bintang atau Labah-labah ( Star Topology)
    • - Topologi Gelang Token (Token Ring Topology)
    suriahazni@kolej komuniti jelebu
  • 8. RANGKAIAN KAWASAN MELUAS (WAN)
    • WAN ( Wide Area Network ) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografi contohnya menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat. 
    • Rangkaian WAN ini agak rumit dan kompleks. 
    • Memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian bagi membolehkan rangkaian setempat (LAN) dan metropolitan berhubung secara global seperti internet seperti dalam rajah.
    • Rajah 1.3 : Gabungan Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) membentuk Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)
    suriahazni@kolej komuniti jelebu
  • 9. RANGKAIAN KAWASAN MELUAS (WAN)
    • Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir sama dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau MAN.
    • Dapat kita simpulkan bahawa WAN mewakili rangkaian komputer yang terpisah oleh jarak dan lokasi geografi yang jauh seperti dalam Rajah 1.4 . 
    • Rajah 1.4 : Contoh Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)
    suriahazni@kolej komuniti jelebu
  • 10. RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN)
    • MAN ( Metropolitan Area Network ) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan LAN dan meliputi suatu rangkaian yang sederhana besar bagi membolehkan informasi dan maklumat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan.
    • Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun daerah seperti dalam Rajah 1.5 . 
    • Rajah 1.5 : Contoh Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)
    suriahazni@kolej komuniti jelebu
  • 11. KATA KUNCI
    • Rangkaian Kawasan Setempat ( Local Area Network) LAN
    • LAN merupakan satu rangkaian data berkelajuan tinggi yang merangkumi kawasan geografik yang kecil. Ia menghubungkan komputer pelanggan ( workstation ), komputer peribadi, pencetak dan perkakasan lain dalam skala kecil.
    • Rangkaian Kawasan Meluas ( Wide Area Network) WAN
    • WAN merupakan satu rangkaian data yang berkelajuan tinggi yang merangkumi kawasan geografik yang besar. Ia menghubungkan komputer pelanggan ( workstation ), komputer peribadi, pencetak dan perkakasan lain dalam skala besar seperti internet.
    • Rangkaian Kawasan Metropolitan ( Metropolitan Area Network) MAN
    • MAN merupakan satu rangkaian data yang berkelajuan tinggi yang merangkumi kawasan geografik yang sederhana besar. Ia menghubungkan komputer pelanggan ( workstation ), komputer peribadi, pencetak dan perkakasan lain dalam skala sederhana.
    • Pelayan Fail ( File Server )
    • Pelayan fail biasanya merupakan komputer berkuasa tinggi yang mempunyai storan ekslusif (cakera keras dan pemacu CD-ROM) bagi mengawal pengurusan rangkaian (perkongsian data dan perkakasan)
    • Pengguna ( Client )
    • Komputer yang menggunakan perkhidmatan pelayan fail
    • Stesen Kerja ( Workstation )
    • Komputer yang dirangkaian ke pelayan fail
    suriahazni@kolej komuniti jelebu