BM 012 UPPM3 2011 JPN - Johor      JOM ULANG KAJI           OLEH:    SITI AMINAH RAMLAN    SK BANDAR RENGAM KLUANG JOHOR
BAHAGIAN A- Bina lima ayattentang aktiviti dalam gambar.
Cadangan ayat:1. Murid-murid Tahun 6 Mutiara sibuk membuat kerja-kerjapertukangan di bengkel Kemahiran Hidup.2. Kalam , Li...
Bahagian B
Rangka karangan soalan 1:Kamu mempunyai seorang sahabat yang akrab.Tulis karangan tentang keistimewaan sahabat kamu itu.Pe...
Contoh penulisan lengkap:               Sahabat merupakan kawan yang rapat dengan kita  dalam keadaan susah mahupun senang...
Selain itu, Ahmad merupakan seorang yang pintar dalampelajaran. Dia selalu mendapat tempat pertama apabilapeperiksaan dija...
Kamu telah menyertai suatu pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahanitu ialah "Kebaikan Mengikuti Lawatan Sa...
Yang dihormati pengerusi majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar,barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan...
Selain itu, kita akan dapat mengisi masa denganperkara yang berfaedah. Biasanya, lawatan akan dijalankanpada masa cuti per...
Kamu pernah mengalami peristiwa yangmencemaskan. Ceritakan peristiwa tersebut.Rangka karangan:Pendahuluan- apa/bila/siapa/...
Contoh karangan lengkap:       Pada cuti sekolah yang lalu, aku sekeluarga pergi bercutike sebuah tempat peranginan di Por...
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat suatukemalangan yang ngeri berlaku di hadapan kenderaan kami.Kemalangan itu melib...
Bahagian C
Senarai kata bantu daripada teks  1. mendengar arahan- nilai patuh  2. melafaz ikrar- berazam  3. bersungguh-sungguh-nilai...
Contoh ulasan lengkap:          Antaranya , kita mestilah sentiasa patuh  dengan mendengar arahan daripada komandan  semas...
SEKIAN, TERIMA KASIH.Sila lawati laman web saya khas untuk BM sekolahrendah UPSRhttp://www.sitiami.com/ckg1.html
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

5,656

Published on

Published in: Education
3 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • hihi ok je...tp maaf ye de byk jg kslhan t/bahsa tu..contoh justeru...x perlu diikuti dgn itu....stu lg akhirnya...gantikan dgn akhir sekali.....yg slh tu dr kelemahn sy sdri...
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Terima Kasih..
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • alhamdulillah..
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
5,656
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
90
Comments
3
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bm 012 uppm3_2011_jpn_-_johor

  1. 1. BM 012 UPPM3 2011 JPN - Johor JOM ULANG KAJI OLEH: SITI AMINAH RAMLAN SK BANDAR RENGAM KLUANG JOHOR
  2. 2. BAHAGIAN A- Bina lima ayattentang aktiviti dalam gambar.
  3. 3. Cadangan ayat:1. Murid-murid Tahun 6 Mutiara sibuk membuat kerja-kerjapertukangan di bengkel Kemahiran Hidup.2. Kalam , Linda dan Zaki menulis nota sambil berbincang disebuah meja berhampiran tingkap di bengkel itu.3. Zaran menggergaji sekeping papan dengan menggunakansebilah gergaji sementara Kumar sedang asyik mengukur papandengan menggunakan sesiku.4. Bibah mengetam sekeping papan supaya licin manakala Manapmengetuk paku pada sebuah meja kecil yang dibuatnya.5. Cikgu Yazid memerhatikan dan mengawasi murid-muridnyamelakukan tugasan pertukangan di bengkel Kemahiran Hidup.
  4. 4. Bahagian B
  5. 5. Rangka karangan soalan 1:Kamu mempunyai seorang sahabat yang akrab.Tulis karangan tentang keistimewaan sahabat kamu itu.Pengenalan: *guna kata tanya (siapa, berapa, bila, di mana, mengapa)- ciri-ciri rakan anda- siapa nama/berapa umur/tinggal di mana/ sejakbila mengenalinya/mengapa memilihnya?Isi-isi:( Keistimewaan rakan anda)1. Baik hati- pandai mengambil hati/suka memujuk/pemurah2. Pelajar yang pandai- prestasi pelajarannya bagus/tidaksombong/turut membantu mengajar anda/suka berbincangtentang pelajaran/suka membaca buku/selalu mengingatkan andakepentingan pelajaran.3. Anak yang taat kepada ibu bapanya. rajin solat/tidak meninggalkansolat/tidak pernah melawan orang tuanya/rajin menolong ibu bapadi rumah memasak , mengemas, menghias rumah dll.Penutup: Gembira dapat rakan seperti ini./ menjadi idolaanda/harapan persahabatan berkekalan.
  6. 6. Contoh penulisan lengkap: Sahabat merupakan kawan yang rapat dengan kita dalam keadaan susah mahupun senang. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah. Persahabatan yang baik memerlukan persefahaman dan tolak ansur serta saling memahami. Saya mempunyai seorang sahabat yang sangat rapat. Nama sahabat saya ialah Ahmad.Dia berumur 12 tahun dan bersekolah di SK Seri Titian Alam. Dia tinggal tidak jauh daripada rumah saya. Saya sangat menyayanginya kerana dia mempunyai banyak keistimewaan. Bagi saya Ahmad ialah seorang yang baik hati. Dia seorang yang sangat mengambil berat tentang kesusahan orang lain. Ahmad selalu menolong murid-murid sekolah yang tidak membawa wang atau pun makanan. Dia akan memberi sedikit wang atau pun makanannya kepada murid-murid itu. Saya juga sering mendapat pertolongan daripadanya. Oleh itu, bagi saya Ahmad seorang yang pemurah dan tidak kedekut. Tambahan lagi, dia tidak pernah mengharapkan balasan daripada orang-orang yang ditolongnya. Semua pertolongan yang diberi itu adalah ikhlas.
  7. 7. Selain itu, Ahmad merupakan seorang yang pintar dalampelajaran. Dia selalu mendapat tempat pertama apabilapeperiksaan dijalankan. Ahmad sentiasa menunjukkan prestasicemerlang yang membanggakan guru-guru. Sungguh pun begitu,dia tidak pernah menyombong . Baginya semua orang bolehberjaya jika rajin berusaha. Semangatnya yang kental untuk majudalam pelajaran menyebabkan saya tertarik dan ingin menjadisepertinya. Ahmad sering mengajar saya, tajuk-tajuk mahupunsoalan-soalan peperiksaan yang tidak terjawab oleh saya. Diamemang rajin merujuk guru di sekolah. Di samping itu, Ahmad juga seorang anak yang patuh dantaat kepada kedua orang ibu bapanya. Dia sangat disenangi olehadik-beradiknya. Dia seorang yang ringan tulang.Di rumah, Ahmadsering menolong ibu dan bapanya mengemas rumah, memasak,menyapu sampah dan lain-lain lagi. Ahamd tidak pernah meninggikan suara terhadap ibubapanya. Dia sentiasa bercakap dengan lemah lembut danbersopan santun. Jika dia tidak dapat melaksanakan arahan,dengan segera dia akan memberitahu tanpa menimbulkankemarahan ibu dan bapanya.
  8. 8. Kamu telah menyertai suatu pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahanitu ialah "Kebaikan Mengikuti Lawatan Sambil Belajar". Tulis teks syarahan ituselengkapnya.Rangka karangan:Pendahuluan:- Format kata-kata aluan dan kata panggilan -kata-kata aluan kepada tetamu/ucap salam -penyataan tajuk syarahan` Isi-isi: 1. Meningkatkan pengalaman/pengetahuan - dapat melihat tempat/budaya orang lain - pengalaman dapat mengajar agar lebih matang 2. Mengisi masa dengan berfaedah - cara yang baik mengisi masa lapang/cuti - terhindar daripada gejala sosial yang negatif-merayau-rayau, melepak dan lain-lain 3. Menambahkan kenalan dan sahabat - boleh berkenalan dengan orang-orang yang ditemui (dalam/luar negeri) bertukar-tukar idea/pandangan Penutup:-penegasan terhadap tajuk.
  9. 9. Yang dihormati pengerusi majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar,barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan. Saya akan menyampaikan sebuahsyarahan yang bertajuk Kebaikan Menyertai Lawatan .Hadirin sekalian, Lawatan merupakan suatu aktiviti luar bilik darjah yang sangatdigalakkan dilakukan oleh pihak sekolah. Lawatan boleh di buat untuktujuan memberi peluang pelajar-pelajar keluar daripada lingkungantempat tinggal. Biasanya lawatan sekolah boleh dibuat pada masa cutipersekolahan mahu pun hujung minggu. Guru-guru akan turut serta dalamlawatan yang diadakan oleh pihak sekolah demi menjamin keselamatanperjalanan pelajar. Menyertai lawatan pelajar banyak kebaikannya. Dengan menyertai lawatan sekolah, kita akan dapatmenambahkan pengetahuan dan pengalaman. Apabila keluar daripadatempat tinggal, kita akan dapat melihat persekitaran yang baru. Ini akanmemberi pengalaman baru kepada kita. Bak kata pepatah, janganlahmenjadi katak di bawah tempurung. Oleh yang demikian pengetahuan kitajuga bertambah. Kita dapat mempelajari sesuatu yang tidak pernah kitaketahui sebelum ini. Tambahan pula, jika lawatan itu pergi ke tempat-tempat yang bersejarah .
  10. 10. Selain itu, kita akan dapat mengisi masa denganperkara yang berfaedah. Biasanya, lawatan akan dijalankanpada masa cuti persekolahan atau pun hujung minggu. Olehitu, masa akan terisi dengan baik. Hal ini demikian kerana,dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan kegiatanyang neagatif seperti melepak, merayau-rayau dan lain-lain.Rakan-rakan dan hadirin sekalian, Di samping itu juga, pelajar-pelajar dapatmenambahkan kenalan dan sahabat. Semasa lawatandijalankan kita akan menemui ramai orang sama ada daridalam mahu pun luar negeri. Apabila kita berkenalan, makakita akan dapat bertukar-tukar idea dan pandangan. Jadibanyak perkara baru yang akan kita dapat daripada kenalanyang ramai. Jelaslah bahawa menyertai lawatan sekolah akanmemberi banyak kebaikan kepada kita. Oleh itu, ambillahpeluang untuk menyertai lawatan yang dianjurkan olehsekolah. Sekian, terima kasih.
  11. 11. Kamu pernah mengalami peristiwa yangmencemaskan. Ceritakan peristiwa tersebut.Rangka karangan:Pendahuluan- apa/bila/siapa/di manaIsi-isi: mengikut peristiwa yang anda pilih- detik permulaan peristiwa- detik pertengahan peristiwa- detik akhiran peristiwa.Penutup:-Kesudahan peristiwa yang andaceritakan.
  12. 12. Contoh karangan lengkap: Pada cuti sekolah yang lalu, aku sekeluarga pergi bercutike sebuah tempat peranginan di Port Dickson Negeri Sembilan.Kami bertolak pada pukul 8.00 pagi. Kami menaiki kereta MPVyang dipandu oleh ayah. Sebaik sahaja kenderaan kami melaluiplaza tol lebuh raya, ayah menayangkan filem melalui paparanmini LCD dalam kenderaan kami. Aku menonton sambil berbual-bual dengan abang dan kakak. Di sudut hatiku terasa tidaksabar untuk tiba ke destinasi dengan segera. Tiba-tiba, kedengaran bunyi brek kenderaan .Kemudian, disusuli dengan bunyi letupan yang amat kuat. Ayahberhenti di bahu jalan. Aku, kakak dan abang di tempat dudukbelakang berpandangan. Kami panik dan terdiam seketika.Persoalan demi persoalan menerpa di fikiranku. Adakah kamiterlibat dengan kemalangan? Ayah segera keluar daripadakenderaan. Diikuti oleh ibuku pula. Aku melihat keluar untukmencari kepastian.
  13. 13. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat suatukemalangan yang ngeri berlaku di hadapan kenderaan kami.Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta yang diseret olehsebuah lori tangki minyak. Kelihatan api begitu marak. Keretayang diseret lori telah terbakar. Lalu lintas tergendala. Orang ramai berhenti untuk membantu mangsa.Walau bagaimana pun kebakaran begitu cepat. Mangsa yangtersepit di tempat duduk penumpang kereta terbakar.Ayahkudan orang ramai tidak dapat melakukan apa-apa. Hatiku pilumelihat peristiwa cemas itu berlaku. Ibuku memeluk akumenahan perasaannya. Sebaik sahaja anggota bomba dan penyelamat tiba, apipun dipadamkan. Malangnya , kesemua mangsa di dalam keretagagal diselamatkan. Ketiga-tiga mangsa mati hangus. Hanyapemandu lori sahaja yang terselamat dan mengalami kecederaankecil. Selepas peristiwa itu, kami meneruskan perjalanan. Ayahkelihatan memandu dengan lebih berhati-hati. Aku masihteringat-ingat akan peristiwa cemas yang berlaku tadi.
  14. 14. Bahagian C
  15. 15. Senarai kata bantu daripada teks 1. mendengar arahan- nilai patuh 2. melafaz ikrar- berazam 3. bersungguh-sungguh-nilai berusaha/gigih- menjadi juara 4. dia tidak medabik dada- nilai merendah diri 5. menyampaikan hadiah-nilai tanggungjawab/menghargai 6. menyanyi lagu Negaraku-nilai patriotik
  16. 16. Contoh ulasan lengkap: Antaranya , kita mestilah sentiasa patuh dengan mendengar arahan daripada komandan semasa perbarisan. Selain itu, kita patut berazam dengan berjanji semasa membaca ikrar kejohanan. Di samping itu, kita perlu berusaha gigih dengan bersunguh-sungguh untuk menjadi juara. Justeru itu, kita wajar merendah diri walaupun telah berjaya berulang kali. Akhirnya, kita hendaklah menghargai setiap kejayaan orang dengan memberikan hadiah.
  17. 17. SEKIAN, TERIMA KASIH.Sila lawati laman web saya khas untuk BM sekolahrendah UPSRhttp://www.sitiami.com/ckg1.html
  1. A particular slide catching your eye?

    Clipping is a handy way to collect important slides you want to go back to later.

×