• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kbsr
 

Kbsr

on

  • 1,396 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,396
Views on SlideShare
1,396
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
63
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kbsr Kbsr Document Transcript

    • KBSRKurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu SekolahRendah.1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh LaporanJawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan padatahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap KurikulumLama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapatibahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi.Antaranya termasuklah 1. isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. 2. dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. 3. guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan 4. ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. 5. ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharuiaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yangberlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya.Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, muriddapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagaialat perpaduan dengan baik dan memuaskan.Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitumembaca , menulis dan mengira.Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru SekolahRendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir program Bahasa Malaysia, muridseharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dantajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluanseharian.Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya.
    • Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secaramenyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbandingKLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadiunsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletakpada guru agama sahaja.KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaandengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu.Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yangmengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris sertamata pelajaran Matematik.Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaituKerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaranyang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran PendidikanIslam dan Pendidikan Moral.Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponenKesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni danPendidikan Jasmani.Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikanKBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dariaspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selarasdengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara danmenyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikanyang tersusun dan bersistematik.Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainanserta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahamibudaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dankerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai-nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasinasional.Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSRBilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buahsekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabilapelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkandengan bilik darjah tradisi.Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusunmengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaransecara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajarsangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifatberpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran danpembelajaran amat digalakkan.Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR
    • disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktivitipembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruangtersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang prosespengajran dan pembelajaranCiri-ciri bilik darjah KBSR1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif4) Menggunakan kaedah pengajaran danpembelajaran berpusatkan pelajar5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar6)Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif7) Pelajarsentiasa berada dalam keadaan aktif.Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapatdijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan.Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)untuk murid-murid KBSR, tahun 6.Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialahPenilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atauSijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM).Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiranyang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiranmenulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatiktetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelaspemulihan yang dijalankan.Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif.Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnyaadalah seperti ujian akhir tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaianyang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab.