Indah pemandangan di waktu senja,Bulan timbul nampak ketara,Menjaga kebersihan amalan mulia,Menjamin kehidupan aman sejaht...
        ertinya : Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari Rasulullah       SAW. Beliau bersabda : “Sesungguhnya Allah ...
oleh pihak kerajaan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Kembestari solat, mukhayyam dan kewujudan pusat tahfiz di...
Kita kenang sebentar sirah Rasulullah SAW sewaktu menghadapiPerang Khandak. Umat Islam pada waktu itu tekun dan bekerjasam...
Syarahan: kebersihan lambang keimanan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Syarahan: kebersihan lambang keimanan

7,707

Published on

2 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
7,707
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
128
Comments
2
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Syarahan: kebersihan lambang keimanan"

  1. 1. Indah pemandangan di waktu senja,Bulan timbul nampak ketara,Menjaga kebersihan amalan mulia,Menjamin kehidupan aman sejahtera.Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisankehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia denganmasanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.Assalamualikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,Sidang saksi yang saya hormati,Berdirinya saya pada pagi yang diberkati ini adalah untuk menyampaikansebuah syarahan yang bertajuk “KEBERSIHAN LAMBANG KEIMANAN”.Sebelum isi demi isi saya lontarkan, izinkan saya puteri dari Penambanguntuk mendefinisikan tajuk syarahan saya. Kebersihan bermaksud tidakkotor, kesucian dan kemurnian. Manakala keimanan pula bermaksudketeguhan hati dan keyakinan. Kesimpulannya “KEBERSIHAN LAMBANGKEIMANAN” boleh didefinisikan sebagai kesucian tanda orang yang teguhhati.Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman serta tunggak kepadasebuah kehidupan yang selesa dan harmoni selain menjadi manifestasiketeguhan iman seseorang kepada Allah SWT. Kita perlu diyakinkan bahawakebersihan adalah antara faktor penentu kejayaan diri dan negara.Kebersihan adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Islam sendiriadalah agama yang bersih.Oleh itu, pastinya penganut agama Allah ini dituntut untuk menjagakebersihan. Rasulullah SAW bersabda:
  2. 2.  ertinya : Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari Rasulullah SAW. Beliau bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal – hal yang suci, Dia Mahabersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Mahaindah yang menyukai keindahan, kerana itu bersihkanlah tempat – tempatmu.” (HR. Tirmizi) Kesihatan boleh dikatakan sangat mahal harganya dalam kehidupan kita.Badan yang bersih baru boleh melahirkan badan yang sihat. Walaupun kitamemiliki segalanya tetapi kita dalam keadaan sakit, segala yang dimiliki olehkita itu tidak berguna. Oleh demikian, kebersihan badan adalah penting danutama kepada kita.sesungguhnya akal yang cerdas hasil daripada kesihatanyang baik. Hal ini dibuktikan melalui apa yang diamalkan oleh rasulullah.Baginda sangat menitikberatkan pemakanan yang sihat sepertimengamalkan membaca doa sebelum dan selepas makan dan membasuhtangan sebelum dan selepas makan. Pada hari ini kita dapat lihat pelbagai program yang dianjurkan olehkerajaan. Misalnya program MySihat yang dianjurkan oleh kementeriankesihatan bagi menyedarkan rakyat tentang pentingnya kebersihan. Ternyatakebersihan mampu menyebarkan kesihatan yang hakiki.Tumbuh tinggi pohon kuini,Tempat bermain anak kedidi,Kebersihan asas pembangunan rohani,Melahirkan insan luhur peribadi.Sidang warga dewan yang saya kasihi, Kebersihan mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia danberbudi pekerti tinggi. Akhlak yang mulia adalah lambang keimanan. Akhlaksangat penting dalam agama Islam, kerana Islam mementingkan kelakuanyang baik yang terpancar dari keimanan seseorang. Akhlak dan iman sepertipokok dan buah. Antara kedua-duanya selaras. Akhlak yang baikmenunjukkan iman yang baik manakala akhlak yang buruk menunjukkan imanyang buruk. Antara Islam dan akhlak tiada pemisahan. Kedua-duanyamenunjukkan antara satu sama lain. Rasulullah SAW besabda yang bermaksud: orang yang palingsempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya. Oleh ituperbaikilah akhlak kita dengan mengamalkan kebersihan jasmani dan rohani.Kebersihan berkait rapat dengan akhlak seseorang sehinggakan RasulullahSAW sanggup memberi ganjaran yang lumayan kepada sesiapa yangmenghafaz al quran. Menyedari hakikat ini, pelbagai usaha telah dilakukan
  3. 3. oleh pihak kerajaan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Kembestari solat, mukhayyam dan kewujudan pusat tahfiz diharapkan dapatmelahirkan anak-anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat. Tegasnyakebersihan mampu melahirkan generasi yang berakhlak mulia. Selain itu kebersihan juga merupakan syarat penrimaan ibadahseseorang mukmin. Allah SWT berfirman dalam surah al Maida ayat 6“Hai orang-orang yang beriman, bila kamu hendak mengerjakan shalat, makabasuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapuhlahkepalamu dan (basuhlah) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jikakamu junub maka mandilah. (Q.S al-Maidah: 6). Adanya kewajipan solat 5 waktu sehari merupakan jaminanterpeliharanya kebersihan badan secara terbatas, kerana ibadah solat itubaru sah kalau kita terlebih dahulu membersihkan diri dengan berwudhu’.Demikian juga ibadah tersebut baru sah jika pakaian dan tempat dimana kitamelakukannya ternyata bersih. Rasulullah SAW pernah menegur sahabatnyayang berpakaian kusut masai dan mulutnya disuapkan dengan yang harambahawa doanya tidak diterima oleh Allah SWT. Sesungguhnya jiwa yangbersih menjadi asas kekuatan ibadah. Suasana yang bersih juga akanmenjadikan kita lebih khusyuk melakukan ibadah dan seterusnya diterimaoleh Allah. Program sumur dan Rakan Masjid yang dianjurkan dapat mendidikmasyarakat tentang pentingnya kebersihan terhadap ibadah. Benarlahkewajipan menjaga kebersihan menjadi syarat utama penerimaan sesuatuibadat.Subur mewangi di dalam taman,lalu dipetik si bunga kekwa;Kebersihan separuh daripada iman,Itulah tanda orang bertaqwaHadirin yang saya hormati, Kebersihan juga menjamin keutuhan budaya kerja individu. Insan yangmengamalkan kebersihan kebersihan hati dalam melaksanakan tugasanharian dapat membersihkan jiwa daripada sifat mazmumah. Jiwa yang bersihmelahirkan insan yang jujur dan amanah dalam setiap tindakan. Kebersihanjiwa juga dapat menjauhi daripada mengikut hawa nafsu dalam membuatkeputusan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud; sesungguhnyaAllah menyukai seseorang yang bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Oleh itu, untuk menjadi hamba yang disukai oleh Allah, kitaharuslah tekun dan gigih dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
  4. 4. Kita kenang sebentar sirah Rasulullah SAW sewaktu menghadapiPerang Khandak. Umat Islam pada waktu itu tekun dan bekerjasamamembuat persiapan dengan menggali parit bagi menghadapi PerangKhandak. Ketekunan dan kesungguhan mereka membuahkan hasil apabilaumat Islam menang dalam peperangan tersebut. Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA yang dilancarkan olehPerdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakansalah satu usaha kerajaan bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.Tuntasnya kebersihan merupakan unsur penting bagi menjamin kualitibudaya kerja. Penjagaan kebersihan juga mampu menjamin kemantapan ekonomi.Iman yang luhur akan menghapuskan unsur riba dan kapitalis. Allah SWTberfirman dalam al Quran yang bermaksud; dan Allah menghalalkan jual belidan mengharamkan riba. Ekonomi yang bebas riba akan menguntungkansemua pihak. Harta boleh dibersihkan daripada unsur riba melalui zakat dansedekah. Hal ini dibuktikan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Azizyang menngalami ekonomi yang stabil sehingga tiada yang layak menerimazakat pada zaman pemerintahan baginda. Menjadikan kisah pada zamankhalifah umar abdul aziz, negara Malaysia pada hari ini masih mengalamipertumbuhan ekonomi yang rancak walaupun dunia mengalami krisisekonomi yang teruk. Benarlah bahawa kebersihan menjadi pencetus kepadakemantapan ekonomi.Sidang warga dewan sekalian, Berdasarkan syarahan tadi, saya dapat simpulkan bahawa kebersihanmenjadi asas keutuhan dan keunggulan ummah. Sebagai umat Islam kitaseharusnya mengamalkan kebersihan walau dimana kita berada keranaIslam itu bersih, janganlah kita mengotorinya dengan perkara yang buruk.Hal ini demikian kerana kebersihan lambang keimanan. Si dara termenung ditepian telaga, Menanti si putera membawa bulan, Kebersihan harus kita jaga, Itulah tanda orang beriman. Sekian sahaja daripada saya. Semoga apa yang saya sampaikan padahari ini menjadi pedoman kepada kita sebagai umat islam menghadapi harimuka.Sekian wabillahitaufikwalhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

×