faktor penyebaran islam ke eropah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
4,498
On Slideshare
4,498
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
48
Comments
2
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. •nama:nur Izatuladawiyah binti jelani.. •Kelas:4 budiman.. Faktor penyebaran islam ke eropah..
  • 2. Pada tahun 1453,Mehmed Fatih berjaya menawan Constantinople (Istanbul).Islam disebarkan ke kawasan Balkan atau Eropah Timur. Tentera islam mempunyai semangat Ghazi (kepahlawanan) yang berani berkorban jiwa demi penyebaran islam. Orang islam mempunyai pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi Kerajaan Turki Uthmaniyah berjaya menyebarkan ajaran islam ke Eropah kerana:
  • 3. ***Kejayaan peluasan kuasa islam di Eropah membantu perkembangan agama islam ke Eropah.Kejayaan peluasan kuasa islam disebabkan oleh akidah yang tinggi, semangat ghazi, sistem ketenteraan yang tersusun, mempunyai tentera berkuda yang handal, mempunyai kumpulan infantri yang kuat, kumpulan armada laut yang kuat, dan mempunyai kumpulan Janissari, iaitu kumpulan elit yang terlatih dalam selok-belok peperangan. ***Keadaan politik di Eropah kurang stabil akibat peperangan.Ini memudahkan peluasan kuasa islam di Eropah.Pada peringkat awal,tentera islam Uthmaniyah masuk ke Eropah atas permintaan Maharaja John vi Cantacuzens.Maharaja John vi Cantacuzens membuat perjanjian dengan Orhan pada tahun 1346 untuk mendapatkan bantuan kerajaan Uthmaniyah dalam usaha menuntut takhta kerajaan Byzantine.
  • 4. Agama islam dapat disebarkan kepada masyarakat Balkan berikutan kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine. Ramai penganut kristian memeluk agama islam kerana Gereja Greek Ortodoks tidak mampu memberi perlindungan kepada masyarakat setelah kejatuhan kerajaan Byzantine, berlakunya penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpin, masalah kewangan dalam institusi gereja, mereka juga tertarik dengan keistimewaan yang terdapat dalam agama islam. Setelah menguasai kawasan Balkan, kerajaan Uthmaniyah menjalankan dasar diplomasi dan toleransi dalam hubungan keagamaan.ini terbukti apabila masyarakat Balkan tidak dipaksa memeluk islam, kedudukan perundangan dan harta Gereja Ortodoks juga diiktiraf oleh kerajaan Uthmaniyah,
  • 5. Gereja Ortodoks dibenarkan melindungi kepentingan orang kristian di Balkan, kerajaan Uthmaniyah juga tidak campur tangan dalam urusan keagamaan orang kristian. Ramai orang kristian memeluk islam kerana tertarik dengan sistem sosialnya yang berasaskan kecemerlangan Individu dan bukannya keturunan. Penghijrahan orang Turki ke kawasan Balkan turut mengembangkan agama islam ke Eropah,mereka berhijrah ke kawasaan Thrace, Lembah Marista, Utara Bulgaria dan Albania.Mereka membina petempatan di kawasan yang didiami oleh kumpulan Sufi,kumpulan Sufi yang menyampaikan ajaran islam melalui toleransi dan asimilasi dapat menarik ramai orang Kristian untuk memeluk Islam.
  • 6. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al- Khattab ,Amr ibn al-As telah menawan Mesir pada tahun 639 M.Dengan itu, tamadun islam bertembung dengan tamadun Yunani dan Rom yang sudah bertapak di Mesir. Tamadun Islam bertembung dengan Tamadun Parsi apabila berlakunya peluasan kawasan kerajaaan islam ke Baghdad. Tamadun Islam bertembung dengan Tamadun Eropah setelah kerajaan Bani Umaiyah menawan Qayrawan di Utara Afrika(670 M.) dan tiba di Pantai Sepanyol(711 M.). pertembungantamadunislam dengantamadunlaindidunia...
  • 7. CARAPERTEMBUNGAN:
  • 8. 2. Melalui hubungan diplomatik: a) Kumpulan peneroka islam dari kerajaan Bani Umaiyah telah menjalin hubungan diplomatik dengan masyarakat bukan islam di Selatan Sepanyol seperti di Cardova, Valencia, dan Rhonda. b) Hubungan diplomatik ini membolehkan berlakunya pemahaman secara aman antara orang islam dengan orang bukan islam tentang pentadbiran, ekonomi, keagamaan, dan cara hidup. 3. Melalui penaklukan dan ketenteraan: a) Dasar peluasan kuasa dijalankan oleh kerajaan Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Abbasiyah, dan Uthmaniyah. b) Apabila kerajaan islam menguasai Iran dan Iraq, tamadun islam bertembung dengan tamadun Parsi.
  • 9. c) Apabila tentera islam menguasai kawasan Mesir dan Afrika Utara, tamadun islam bertembung dengan tamadun Eropah, khususnya tamadun Rom. Iaitu Empayar Byzantine. 4. Pertembungan kebudayaan: a) Pertembungan kebudayaan antara tamadun islam dengan tamadun lain berlaku berikutan peluasan kawasan penyebaran islam . b) Setelah islam bertapak di Sepanyol, munculnya kebudayaan yang baru: i) Bahasa Arab menjadi bahasa utama di Sepanyol ketika zaman pemerintahan Umaiyah yang berpusat di Cardova. ii) Lahirnya golongan Mozarab, iaitu orang tempatan yang beragma Kristian tetapi berbahasa Arab dan mengamalkan kebudayaan islam.
  • 10. 5. Pertembungan intelektual: a) Penyebaran islam di Eropah membolehkan para intelek islam mendalami keilmuan tamadun Eropah. b) Mereka mengembangkan keilmuan tamadun Eropah mengikut pandangan intelektual islam.
  • 11. Pertembungan tamadun islam dengan tamadun lain di dunia meninggalkan pelbegai kesan, a) Pertembungan itu memberi sumbangan yang besar dari segi keagamaan, islam mengubah cara hidup umatnya, membawa nilai akidah, iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t., dan menyediakan sistem perundangan berasaskan al-Quran dan hadis yang menjadi pendoman umat islam. b) Islam mudah diterima kerana bersifat universal, tidak terbatas kepada bangsa dan kawasan geografi, dan tidak menghapuskan cara hidup, adat, dan budaya masyarakat setempat. Kesan pertembungan:
  • 12. Peluasan empayar islam dan kawasan penyebaran islam; a) Lahirnya pelbagai bentuk kerajaan di dalam dunia islam. b) wujudnya masyarakat islam di China sehingga kini. c) Amalan politik dalam dunia islam berasaskan akidah dan syariah. Kerajaan-kerajaan islam yang menjalankan peluasan kuasa telah membolehkan orang islam menguasai ekonomi, khususnya perdagangan: a) Untuk memastikan kegiatan ekonomi dan perdagangan berjalan dengan lancar, pemerintah islam menjaga keselamatan laluan perdagangan di kawasan naungannya.
  • 13. b) Kerajaan Uthmaniyah mempunyai armada laut untuk mengawasi keselamatan kapal-kapal pedagang di Teluk Parsi, Laut Mediterranien, Laut Merah, dan Laut Hindi. c) Istanbul, Iskandariah, Aden, Basra, dan Siraf menjadi pusat kegiatan ekonomi. d) Pedagang islam menjalankan perdagangan dengan India, Ceylon, Kepulauan Melayu, dan China di sebelah Timur. Mereka juga berdagang sehingga ke Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia, dan benua Afrika di sebelah Barat. Perkembangan islam di Eropah mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar sekitarnya. Tamadun islam mempengaruhi perkembangan pendidikan berbentuk Agama, Sains, matematik, dan teknologi.
  • 14. Orang islam, khususnya golongan, Mudejar mempengaruhi tatatertib kehidupan harian masyarakat Eropah, cara berpolitik, bertutur, berfikir, berpakaian, dan berdagang. Di kawasan penaklukan islam, para cendakiawan islam dan bukan islam dapat bertukar-tukar pendapat; a) Para cendakiawan islam mengumpul maklumat dan hasil penulisan Para cendakiawan dari zaman awal seperti Aristotle, Plato, Galen, dan Hipocrates. Karya mereka diterjemahkan oleh cendakiawan islam. Khalifah Harun al-Rasyid telah menubuhkan sebuah perpustakaan, iaitu baitulhikmah. Penubuhan baitulhikmah membolehkan proses perkembangan penterjemahan dalam intelektual orang islam dipertingkatkan.Hasil karya daripada tamadun lain disimpan dan dikaji oleh cendakiawan islam. Orang islam telah dapat menghasilkan satu budaya keilmuan dan intelektual yang sangat tinggi melalui proses penterjemahan hasil karya tamadun lain. Tempoh antara abad ke-8 hingga abad ke-13 merupakan Zaman Kemuncak Keilmuan Islam.
  • 15. Zaman tersebut telah melahirkan ramai cendakiawan yang pakar dalam pelbagai bidang, misalnya; a) Bidang perubatan; Zakaria al-Razi (865 – 925 M.) memberikan sumbangan penting dalam perubatan klinikal, menghasilkan lebih daripada 20 karya, antara karyanya yang terkenal ialah kitab al-hawi, sebuah ensiklopedia perubatan, dan merupakan penterjemah utama hasil karya Galen, seorang ahli perubatan Yunani yang terkenal. Al-Zahrawi (936 – 1013 M.) merupakan pakar dalam kajian perubatan dan farmasi. b) Bidang matematik dan astronomi: i) Al-Khawarizmi, al-Battani, Abu Ishaq, al-Biruji dan al-Bitruni, memberikan sumbangan yang amat penting dalam bidang ini dan perkembangan intelektual dunia.
  • 16. Bidang pemikiran politik dan undang-undang; i) al-Farabi, al-Miskawayh, dan al-Mawardi menghasilkan karya- karya penting dalam bidang ini. ii) Hasil karya mereka memberi kesan terhadap pemikiran politik dan perundangan dalam sejarah orang islam dan masyarakat barat. Bidang falsafah dan ilmu mantik; i) Ibn Sina, al-Kindi, Fakhral-Din, al-Razi, Ibn al-Arabi, Ibn Rushd, dan Imam Ghazali memberi sumbangan penting dalam bidang ini. ii) Hasil karya mereka memberi kesan terhadap perkembangan falsafah sains, pemikiran kritis, usuluddin dan kesedaran agama. Bidang kesusasteraan; i) Omar Khayyam menghasilkan Ruba’iyah ii) al-Jahiz menulis kitab al-Bayan. iii) Jalal ad-Din Runi banyak menghasilkan puisi tentang ketuhanan. iv) Rabi’ah al-Adawiah, seorang penulis puisi wanita yang terkenal banyak menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan tuhan.
  • 17. Tamadun islam memberikan sumbangan dalam bidang kesenian, khususnya seni bina; a) Masjid Cardova di Sepanyol , Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di istanbul dan Istana Alhambra dapat melambangkan keindahan seni ukir dan seni bina orang islam. b) Kebanyakan cendakiawan islam memaparkan unsur -unsur yang terdapat dalam kepercayaan akidah dan tauhid. Ramai cendakiawan islam mengembara dan meneroka ke kawasan di luar naungan islam pada zaman kemuncak kegemilangan tamadun islam.Misalnnya, a) Ibn Battuta (1304 -1377 M.) telah mengembara ke Afrika, India, dan China.Cacatan beliau dihargai kerana memberikan fakta yang tepat tentang kawasan yang dilawatinya.Hasil cacatan beliau masih menjadi rujukan sejarawan sehingga kini. b) al-Mascudi (945 M) mengembara ke Parsi, India, Timur Afrika, dan China. c) Ibn Fadhlan menggembara ke utara Eropah.
  • 18. Keilmuan islam memberikan manafaat kepada masyarakat Eropah sehingga berjaya membawa mereka keluar daripada Zaman Gelap dan mempengaruhi perkembangan Zaman Renaissance di Eropah. Kemunculan, perkembangan, dan kejatuhan kerajaan islam dalam sejarah perkembangan tamadun manusia memberikan banyak pengajaran kepada manusia pada hari ini.Zaman kerajaan islam di Madinah terutamanya selepas kewafatan Nabi Muhanmmad s.a.w. mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam menentukan penerusan sesuatu ummah.Perkembangan kerajaan islam juga menunjukkan bahawa pemerintahan dan kepimpinan kerajaan sangat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah tamadun.