Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012

  • 447 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
447
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1PEMARKAHANFAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNANSEMESTER 2 SESI 2012/2013MANUSIAPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ)KPF 3012:PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASARTAJUK ESEI ILMIAHDISEDIAKAN OLEHNAMA NO. MATRIKKHAIRIAH BINTI ABDUL KADIR D20121061507PUSAT PEMBELAJARAN: EL-AO3(A122PJJ)NAMA TUTOR E-LEARNING: DR KHALIP BIN MUSATARIKH SERAH: 28.4.2013FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
  • 2. 2FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANBil Isi Kandungan Muka surat1 Peta minda 32PendahuluanMaksud FalsafahKonsep FalsafahKonsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan43Pembentukan(Faktor Pembentukan)74Implikasi Falsafah Pendidikan KebangsaanImplikasi Terhadap Institusi Pendidikan.85 Peranan dan Sumbangan 106 Cabaran dan Halangan 147 Cadangan Pemantapan 158 Penutup 199 Rujukan 20
  • 3. 3FALSAFAHPENDIDIKANGURU1. Peta MindaFALSAFAHPENDIDIKANKEBANGSAANHURAIAN/PENDAHULUANFALSAFAHPENDIDIKANNEGARACABARAN &HALANGANPERANAN &SUMBANGANKONSEP &MATLAMATFAKTOR-FAKTORPEMBENTUKANPEMANTAPANIMPLIKASIAgamaSosialPolitikBudayaSekolahKepimpinan InstitusiPendidikKurikulumSejagatIndividuEkonomiDisiplinGuruKokurikulumpelajaribubapaglobalguru
  • 4. 42. PendahuluanFalsafah pendidikan merupakan panduan dan hala tuju sistem pendidikan sesebuahNegara. Setiap Negara mempunyai falsafah pendidikannya sendiri. Di Indonesia ,Falsafah Pendidikan adalah dibina berdasarkan Pancasila. Negara kita , FalsafahPendidikan Kebangsaan dibina berdasarkan matlamat Negara, dasar-dasar, prinsip RukunNegara, dan sebagainya. Sebelum 1988 Falsafah pendidikan tidak dinyatakan secaratersurat, namun matlamat pendidikan dinyatakan melalui penyata, akta, dan laporan sepertiPenyata Razak, Penyata Rahman Talib, Akta pelajaran 1962, dan Laporan Jawatan KuasaKabinet 1979.Halaman 12 (Modul KPF 3012) menyatakan Falsafah pendidikan merupakan perkarapenting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Menurut Abd. Fatah Hasan (2001),falsafah pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yangmembincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan disekolah atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia falsafah pendidikan menjadi nadi kepadapelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduankepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya bagipeningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Hakikatnya sesuatusistem pendidikan yang bertaraf dunia perlu mempunyai falsafah pendidikan yang unggulselain daripada kurikulum yang sentiasa mantap dan pelaksanaan proses pengajaran danpembelajaran yang berkesan. Sehubungan itu Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telahditulis pada 1988 dan menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selarasdengan pewartaan Akta Pendidikan 19962.1 Maksud FalsafahMenurut Modul 3012 .Falsafah (Philosophy) berasal dari dua perkataan Yunani iaituphilo dan sophia. Philo bermakna mencintai dan sophia bermakna kebijaksanaan ataukehikmahan. Jadi Falsafah bermaksud mencintai . kebijaksanaan Mencari kebenaran adalahsatu aktiviti penting yang dilakukan oleh manusia dalam kehidupannya dan kebijaksanaanadalah diperlukan dalam mencari kebenaran. Justeru, manusia berfalsafah dalam usahamencari kebenaran. Namun demikian, aktiviti ini hanya dapat dilakukan dengan beberapapertimbangan iaitu seseorang itu perlulah memiliki akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuanyang mantap dan nilai-nilai yang teguh .
  • 5. 52.3 Konsep FalsafahMenurut Mok Soon Sang (2012)pada amnya falsafah boleh difahamkan sebagaipemikiran atau pandangan yang benar, rasional, dan bernas. Tujuan falsafah ialah mencariserta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara=perkarayang penting dalam kehidupan.Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (2005) perkataan ‘falsafah’ berasal daripadabeberapa perkataan asing iaitu philo (cinta) daripada istilah Yunani dan sophos(hikmah,kebijaksanaan). Jadi, gabungan kedua-dua perkataan ini membawa maksud cintakepada kebijaksaan atau love of wisdom dalam bahasa Inggeris.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu,falsafah diertikan sebagai pengetahuan dan penyelidikan tentang sebab-sebab kewujudansesuatu ataupun mengenai kebenaran dan ertinya wujud sesuatu.Secara amnya, falsafah boleh didefinisikan sebagai pemikiran atau pemandangan yangbenar dan rasional. Pemikiran yang dihasilkan oleh para ahli fikir ini merupakan hasilpengemblengan buah fikiran hasil daripada kajian mereka menggunakan kaedah yangsistematik dan berunsurkan logik akal. Namun demikian, istilah falsafah terkenal denganperkataan ‘berfikir’. berfikir sahaja tidak mencukupi untuk mencakupi seluruh makna berfalsafahnamun perlu mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu untuk menentukan kesahihan sama adaperkara demikian ialah falsafah ataupun tidak. Tiga ciri tersebut ialah, berfikir secara kritikal,berfikir secara universal dan berfikir secara integral.Falsafah merupakan induk bagi setiap cabang ilmu memandangkan dari segisejarahnya, daripada falsafah, lahirlah cabang-cabang ilmu yang lain seperti matematik,perubatan, sains dan sebagainya. Hadirnya falsafah akan menjawab soalan-soalan danmenangani masalah yang tidak dapat dijawab oleh bidang ilmu yang terbatas .Perbahasanmengenai falsafah ilmu tidak pernah diabaikan kerana falsafah mengenai ilmu merupakanfalsafah yang boleh berubah-ubah mengikut perkembangan semasa dan bergantung kepadatahap ekonomi,sosial dan politik sesuatu tempat.
  • 6. 62.4 Konsep Falsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi garis panduan untuk semua aktivitipendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak lansung melonjakkan negara Malaysiauntuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pendidikan di negara-negara membangunyang lain. Pendidikan di Malaysia daripada peringkat pra-sekolah sehinggalah ke peringkatuniversiti mempunyai sistem tersendiri yang sistematik dan berperingkat . Berikut merupakanhasrat dalam FPK :"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara."Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini, dapatlah dirumuskan secararingkas bahawa proses dan asas utama dalam pembinaan modal insan berkualiti yang baik,seimbang dan bersepadu secara langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-citaNegara .FPK digubal berasaskan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, DasarPelajaran Kebangsaan 1979 dan juga Rukun Negara. Tujuan dan matlamat pendidikan, secarajelas dinyatakan dalam FPK iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia danbertanggungjawab serta menjadi warga negara yang baik.Konsep yang didokong oleh FPK bertujuan menyatupadukan rakyat Malaysia yangterdiri daripada berbilang kaum dan etnik demi melahirkan masyarakat yang berintegriti danmampu bermesra dengan pelbagai kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia mahupun diSabah dan Sarawak. Dengan adanya perpaduan, negara akan aman,sentosa dan bahagia danseterusnya menjana peningkatan produktiviti Negara.
  • 7. 73. Faktor pembentukan3.1 Faktor AgamaAgama Islam adalah agama rasmi Negara kita, namun terdapat juga agama lain sepertiKristian, Budha, Hindu dan lain-lain. Mereka bebas mengikut agama masing-masing. Faktor inipenting dalam proses penggubalan FPK dan dapat dilihat melalui pernyataan “mewujudkaninsan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.3.2 Faktor SosialMalaysia terdiri dari masyarakat majmuk iaitu mempunyai pelbagai kaum. Keharmoniandan kemakmuran Negara kita bergantung kepada sikap toleransi dan kerjasama, serta hormatmenghormati tanpa mengira kaum , agama dan kepercayaan. Sikap positif amat penting dalamusaha mengukuhkan perpaduan kaum ianya dinyatakan dalam FPK iaitu ~melahirkan rakyatMalaysia yang boleh melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran Negara.3.3 Faktor PolitikPengaruh politik memainkan peranan penting dalam menentukan dasar pendidikanNegara. FPK digubah berlandaskan ideologi Negara yang terdapat dalam Rukun Negara .3.4 Faktor EkonomiRakyat Malaysia yang terlatih dengan pelbagai kemahiran sudah tentu dapat membantumemperkembangkan ekonomi Negara . Mereka sudah tentu dapat merangka sesuatu yangterbaik untuk meningkatkan daya pengeluaran Negara yang sedia bersaing di pasaran global.Ianya dapat di natakan dalam “ melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berpengetahuan,berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadapkemakmuran Negara.
  • 8. 83.5 Faktor IndividuPotensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan yang merangkumiaspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu akan menjana insan yang seimbang dan harmonis.3.6 Faktor SejagatPerkembangan sistem pendidikan antarabangsa mempengaruhi penggubalan FPK.Idea yang dihasilkan semasa seminar pendidikan antarabangsa boleh membantumenghasilkan idea yang berkesan. Cintoh seperti pendemokrasian pendidikan danpendidikan seumur hidup. Sewajarnya pendidikan Negara kita merangkumi semuaaspek yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu dan dapat membersumbangan kepada Negara serta member jasa ke arah kemajuan , keamanan dankestabilan antarabangsa.4 Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan4.1 Implikasi Terhadap Kurikulum.Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPK meliputi :-(a) Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu.(b) Perubahan bahan pelajaran yang mengutamakan nilai murni diserapkan dalamsemua matapelajaran.(c) Perubahan program pendidikan yang berorientasikan melahirkan insan yangseimbang dan harmonis.(d) Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan kearah pendidikan umum.(e) Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran murid dalambidang vokasional dan teknologi.
  • 9. 94.2 Implikasi Terhadap Pendidik.Perubahan sikap pendidik dan profesionnya untuk menjalankan tugas sejajar dengankehendak FPK meliputi :-(a) Perubahan sikap peribadi pendidik dengan misi dan visi yang positif sejajar dengankehendak FPK.(b) Perubahan profesionnya mengubah strategi dan teknik pengajaran bersesuaian bagimelahirkan insan yang berilmu, berpengetahuan,berketerampilan dan berakhlakmulia.4.3 Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.Perubahan organisasi sekolah kearah mewujudkan situasi yang sesuai mengikut hasratFPK meliputi:-(a) Perubahan kemudahan yang ada agar pelajar dapat peluang mengembangkanpotensi diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh.(b) Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondunsif untuk memupuk nilai murni dalamjiwa murid.(c) Perubahan iklim sekolah yang kondunsif untuk melahirkan murid yang cintakan ilmudan seterusnya membentuk budaya membaca dikalangan mereka.
  • 10. 105 Peranan dan Sumbangan Falsafah Pendidikan KebangsaanMenurut buku Mok Soon Sang (2012) Falsafah pendidikan kebangsaan MemainkanPeranan penting :- Sebagai suluh yang member i panduan dan arah tuju kepada segala usahamengembang dan memajukan pendidikan Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara Sebagaia rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan Negara. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugaspendidikan.. Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan-bahanpelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pengawal ke atas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan. Menghapuskan salah faham, keraguan dan pertelingkahan dalam sebarang usahamelaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.Menurut blogspot anak cikmaon yang saya baca, peranan dan sumbangan FPM dapatdilihat melaui berbagai aspek. Diantaranya melalui aspek kepimpinan, banyak teori telahdikemukakan. Ada teori yang dikemukakan berasaskan sifat peribadi manusia, yang diasaskankepada ”charisma” seseorang. Kepada setengah orang, perkataan ”kepimpinan” mempunyaierti yang mendalam di mana seseorang pemimpin itu dianggap orang yang boleh mendorongpengikut untuk bekerja kuat menghasilkan sesuatu yang agung. Walau apa pun pandangan,pada asasnya pemimpin adalah gabungan semua sifat berikut: pengarah, pendorong, danpembantu. Di sekolah, banyak cara boleh dijalankan untuk membentuk sifat kepimpinan dikalangan pelajar dan ia termasuklah latihan formal dan latihan tidak formal. Latihan formal ialahlatihan yang diperolehi dari kursus, seminar, bengkel dan sebagainya yang dianjurkan olehpihak sekolah. Sebaliknya, latihan tidak formal boleh didapati dari pengalaman aktitiviti ataukerja-kerja yang dibuat sehari-hariadalah dipercayai latihan-latihan ini akan meningkatkanpotensi memimpin seseorang murid.. Sekolah-sekolah boleh merancang dan mengadakanberbagai bentuk dan cara latihan. Walaupun cara latihan berbeza, tetapi tujuannya adalahsama iaitu membentuk dan menghasilkan pemimpin yang lebih berkesan.
  • 11. 11Murid yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi berkeupayaan untuk mencapaikesejahteraan diri. Mereka dapat berfikir dengan waras dan berjiwa tenang semasa inginmembuat keputusan atas perkara kerana segala keputusan yang dibuat adalah penting danadalah demi kepentingan bersama. Malah, mereka juga mempunyai daya ketahanan yang kuatuntuk menghadapi cabaran hidup ketika menghadapi masalah yang muncul tiba-tiba. Dayatahan fizikal dan mental yang tinggi juga dapat dibentuk agar mereka mempunyai ciri-ciriberkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.Selain daripada kandungan kurikulum dan operasi sistem pendidikan, suasana kognitif disekolah juga dipentingkan. Untuk mewujudkan aspirasi falsafah pendidikan negara, perludiwujudkan suasana sekolah yang selesa, tenteram, mesra, riang di mana proses pengajarandan pemelajaran boleh dijalankan dengan lancar.Budaya sekolah dibahagikan kepada tiga aspek iaitu fizikal, sosial dan penggunaanbahasa. Namun, guru dan pihak sekolah memainkan peranan penting dalam membentukbudaya sekolah. Dari segi fizikal, kebersihan dan keselamatan dipentingkan. Bangunan dankawasan sekolah yang bersih serta pakaian pelajar yang kemas dan keindahan kawasansekolah dengan adanya taman bunga atau hiasan lukisan dinding memberikan keselesaankepada orang. Keselesaan dapat diwujudkan dengan menjadikan gangguan-gangguan kepadaproses pengajaran dan pemelajaran pada tahap minimum. Malah, langkah-langkahkeselamatan harus diambil dan peraturan keselamatan harus sentiasa digubal demi menjagakeselamatan sekolah dan murid.Dari segi aspek sosial budaya sekolah pula, pelbagai nilai murni dapat dipupuk di kalanganmurid. Contohnya, guru boleh menerangkan kebaikan jika pelajar mengamalkan nilai murnitersebut serta kepentingannya melalui sesi moral atau aktiviti kumpulan yang dijalankan.Dengan itu, semua ahli yang terlibat dapat berinteraksi antara satu sama lain dan banyakpengalaman boleh dipelajari. Contoh nilai murni yang dapat dipelajari adalah seperti hormat-menghormati, kekitaan dan perpaduan, kemesraan dan keriangan serta keadilan.
  • 12. 12Dari segi aspek penggunaan bahasa pula, bahasa-bahasa asas haruslah diajar agarmurid dapat menguasai asas bahasa untuk bertutur dan menulis. Contohnya penggunaanBahasa Melayu yang baik dan betul di dalam dan di luar bilik darjah mendatangkan faedah.Malah, penggunaan Bahasa Inggeris pula sesuai dalam keadaan yang tertentu.Unsur intelek dapat diperkembangkan dengan budaya sekolah di kalangan pelajar. Sebagaicontohnya budaya membaca buku, membaca surat khabar dan bahan rujukan luar, budayakaunseling atau budaya sukan, ia dapat membentuk kemahiran asas 3M dalam murid iaitumembaca, menulis dan mengira. Dengan mengamalkan amalan tersebut, mereka akan seringberusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Malahan, mereka akansanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran demi menyebarluaskan ilmu.Lama-kelamaan, mereka juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif.Budaya sekolah juga dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Merekamempunyai perwatakan diri yang baik serta sering berpegang kepada nilai-nilai murni danmoral sebagai prinsip hidup seperti yang telah dipupuk dalam budaya sekolah.Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti ko-kurikulum kinimenegaskan kesepaduan di antara domain kognitif dan domain psikomotor selaras denganpenerapan nilai-nilai murni agar dapat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbangdalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum adalhberkait rapat kerana ia menentukan corak serta mutu kehidupan individu. Ko-kurikulummerupakan suatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorangmurid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanamdan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.Penglibatan murid dalam ko-kurikulum dapat memupuk perkembangan diri pelajarmelalui aspek psikomotor, kogmitif dan efektif. Ini juga dapat mengembangkan bakat, potensidan minat dalam bidang atau kegiatan yang dipilih. Selain itu, dalam objektif perlaksanaan ko-kurikulum, ia dapat meningkatkan penguasaan kemahiran asas murid dalam bidang-bidangyang dipilih, kebolehan mengurus dan kepimpinan. Penglibatan dalam ko-kurikulum turut
  • 13. 13membantu proses penyuburan diri bagi menjadikan pelajar warganegara cemerlang yangberilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran asas, kebolehan mengurus, dan kebolehanmemimpin. Ini boleh memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan,pengalaman, kemahiran asas, keboleahan mengurus dan kebolehan memimpin.Guru dan pihaksekolah boleh menerapkan nilai murni dan melahirkan insan yang seimbang dan harmonisAktiviti kokurikulum boleh membentuk pelajar sebagai rakyat Malaysia yang dapatmemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Melaluiko-kurikulum, mereka dapat memupuk perpaduan rakyat menerusi sifat toleransi, kekitaan,hormat-menghormati kerana kebanyakkan aktiviti dijalankan dalam kumpulan besar yangmerangkumi pelbagai bangsa dan kaum. Dengan adanya nilai-nilai dan sifat tersebut, merekadapat mengekalkan kestabilan politik negara serta mempertahankan maruah diri, profesion,agama, bangsa dan negara. Malah, mereka juga berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraandiri dengan mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi yang dipupuk semasa aktivitikokurikulum. Ini menjadikan mereka berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.Masyarakat merayakan sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun bagi mengiktirafsumbangan besar mereka dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunggak dalampembinaan masyarakat madani. Peranan guru adalah sesuai dengan tema sambutan hari guruiaitu " Guru penjana modal insan cemerlang". Guru merupakan arkitek sosial bukan sekadarmemberi pendidikan dan menyampaikan ilmu malah berperanan untuk merealisasikantransformasi pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 14. 146 Cabaran dan Halangan6.1 PelajarFalsafah Pendidikan Kebangsaan berusaha memperkembangkan potensi disi setiappelajar di sekolah. Pelajar diharapkan dapat melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiranyang disediakan disekolah. FPK juga membentuk cirri-ciri keperibadian dan perspektif hidupyang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi Negara dimata dunia. Adakah pelajar dapat melaksanakan perkara tersebut dengan sempurna? Adakemungkinan pelajar mempunyai masalah sewaktu proses pembelajaran berlangsung. Perkarayang biasa menjadi halangan pelajara adalah factor kemiskinan yang memungkinkan pelajartidak hadir kesekolah. Masalah kenderaan juga boleh menjadi halangan kepada pelajar untukhadir kesekolah. Kemungkinan pelajar ini tinggal dikawasan pedalaman yang tiada kemudahanpengankutan awam. Seterusnya masalah salah memilih rakan juga menjadi faktor yang bolehmenghalang pelajar dari terus mendapat kan pendidikan yang berteraskan FPK. Terdapatibubapa yang hanya menghantar anak-anak kesekolah tanpa memantau hasil kerja mereka.Mereka menyerahkan 100% tanggungjawab kepada guru disekolah. Ini juga merupakancabaran guru di sekolah bagi menghasilkan anak didik yang boleh merialisasikan objektif yangterkandung dalam FPK.6.2 GuruTugas seorang guru adalah untuk mendidik anak bangsa agar menjadi pelajar yangcemerlang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek sebagaimana yang terkandung dalamFPK. Cabaran guru di era globalisai ini adalah kemajuan dunia teknologi yang mana guru mestimempunyai sifat berani, mahu mencuba idea baru dan inovatif. Namun dengan cabaran yangdasyat dengan bebanan yang bertambah, kualiti pengajaran guru berkemungkinan bolehberkurangan. Kualiti perkhidmatan guru menurun atas sebab-sebab guru tersebut mempunyaikurang rasa kepunyaan, kekurangan sokongan pengurusan, pertambahan beban yang diluarjangkaan, berlaku perubahan pada dasar, budaya sekolah yang kurang memuaskan, kurangpengetahuan, tidak menguasai dunia teknologi, dan juga sikap guru yang sentiasa berfikirannegatif didalam melaksanakan tugas. Seorang guru berupaya memimpin perubahan di sekolahdimana guru tersebut bertugas. Guru tersebut juga boleh menyahut cabaran sekiranyamengutamakan daya pengeluaran dalam kerjayanya. Guru yang positif boleh Berjayasekiranya sentiasa mengikuti peredaran semasa dan memahami perkembangan teknologi.
  • 15. 156.3 GlobalCabaran Globalisasi dalam pendidikan adalah dari segi keperluan terhadappembelajaran berterusan, inovasi dalam perlaksanaan kurikulum, penggunaan telekomunikasidan maklumat, pengurusan pendidikan dan pembentukan jatidiri pelajar. Dalam dunia yangmencabar ini ibu bapa, guru dan pelajar sepatutnya mempunyai budaya mengamalkanpembelajaran sepanjang hayat. Mereka juga seharusnya berkebolehan untuk berkomunikasidalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa.6.4 IbubapaTerdapat ibubapa yang menghalang anak mereka melibatkan diri dalam aktivitikokurikulum atas alasan mengabaikan pelajaran. Disini guru-g uru akan mengambil tindakanuntuk membuat kelas tambahan untuk pelajar tersebut. Ibubapa yang kurang perhatian tentangsahsiah pelajar juga boleh menghalang pelajar dari menguasai hala tuju yang berlandaskanFaisafah pendidikan Kebangsaan.7 Cadangan PemantapanSebagaimana sedia maklum peranan sekolah sangat besar dalam melaksanakan FPK.Sekolah adalah tunggak utama bagi menjayakan matlamat FPK berjaya melalui Guru Besar,guru , pelajar dan juga tidak ketinggalan kakitangan dan PIBG. Bagi merealisasikan FPKberkesan beberapa cadangan pemantapan seperti ;-7.1 Aspek Kepimpinan.Pengetua dan Guru Besar adalah pemimpin di sekolah yang mana tugas utamanyaadalah memastikan orang bawahannya melaksanakan tugas disekolah dengan betulberlandaskan FPK. Segala PDP yang dilaksanakan oleh guru-guru sepatutnya dipantau agarlebih kreatif dan inovatif. Perhubungan antara guru, pelajar dan kakitangan juga semestinyadalam keadaan yang sangat baik. Visi dan Misi sekolah juga sejajar dengan FPK danditerapkan didalam sanubari setia warga sekolah agar hasrat FPK dapat difahami dandilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas.
  • 16. 16Selain dari itu Pengetua dan Guru Besar juga sewajarnya memastikan bahawa aktivitiko-kurikulum , budaya sekolah, sahsiah pelajar, hubungan dengan masyarakat luardilaksanakan dengan baik oleh semua guru dan pelajar yang terlibat. Penekanan tersebutadalah bagi memastikan kejayaan sekolah dapat dicapai berpandukan FPK yang jelasmenitikberatkan kesemua aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi.Menurut Wilson dan Cororan (1988), segala kejayaan dan kegagalan pelajar adalahbergantung kepada pihak sekolah . Sebagai pemimpin sikap proaktif dan sentiasa membuatperubahan adalah sangat diperlukan bagi menghasilkan pencapaian yang tinggi dan berkesan .7.2 Aspek Budaya Sekolah.Aspek ini lebih dikenali sebagai iklim sekolah. Tidak dapat dinafikan iklim sekolahmember impak besar kepada kejayaan sekolah merialisasikan FPK. Iklim sekolah yangterbuka, ceria dan selesa menggalakkan pelajar bebas berinteraksi antara satu sama lainsamada dengan pemimpin, guru, rakan atau kakitangan yang lain. Pada waktu yang sama iklimyang sebegini membolehkan guru bekerja dalam situasi yang gembira,selesa dan tenteram.Perkara sebegini sangat perlu bagi membantu guru melaksanakan tanggungjawabnya dalammerealisasikan kehendak FPK .Iklim yang terbuka ini membantu pelajar mencapai inspirasi, membentuk pelajar lebihberdedikasi, berinisiatif, mesra , kreatif dan berhemah.Iklim sekolah juga merangkumikebersihan ,keceriaan, keselamatan, kelengkapan prasarana dan peralatan PDP. Sesebuahsekolah akan dapat berfunsi dengan baik sekiranya penitik beratan terhadap perkara tersebutdiutamakan. Sekolah ceria pelajar gembira , guru-guru suka dan sejahtera.Memperkukuhkan program Nilam akan membudayakan pelajar kepada minat membaca.Pelajar perlu digalakkan membaca bukan sahaja dalam Bahasa Melayu malah perlu membacadalam Bahasa Inggeris. Program ini secara tidak langsung akan mengembangkan dayapemikiran pelajar menjadi lebih kritis dan kreatif . Menurut Ee(1944) tamadun bangsa ataunbahasa dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Budaya ilmu bolehdilaksanakan melalui tabiat suka membaca. Penggunaan MBMMBI perlu dipertingkatkansejajar dengan matlamat FPK yang boleh melahirkan modal insan yang mampu berdaya saingdiperingkat global.
  • 17. 177.3 Aspek Ko-KurikulumBagi merealisasikan matlamat FPK berjaya aspek ko-kurikulum tidak kurang pentingnyakerana dengan mengikuti program ini, pentadbir, guru dan pelajar bersama-sama melakukanaktiviti terancang yang bercorak tidak formal. Gerak kerja ko-kurikulum dapat menyemai sifatkerjasama, tolong menolong, sedia berkhidmat, patuh kepada arahan, boleh member arahandan mesra dikalangan pelajar. Mereka dapat mengembangkan diri mereka dari segi sosial,jasmani dan tidak ketinggalan rohani. Pelajar dan guru perlu bergerak aktif dalam aktiviti inikerana ia mampu melahirkan pelajar yang mempunyai semangat kekitaan dankewarganegaraan juga rasa tanggungjawab berkidmat untuk masyarakat yang lain. Kesemuaperkara yang dinyatakan adalah keperluan utama dalam perlaksanaan FPK.7.4 Aspek GuruGuru adalah tunggak utama dalam merealisasikan kejayaan FPK. Tanpa guru siapakahpelajar? Apa yang berlaku kepada sekolah sekiranya guru mogok besar? Gurubertanggungjawab dalam memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh danbersepadu agar menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani , jasmani dan emosi.Bebanan guru semakin bertambah dari hari kesehari. Ia semakin hebat dengan pertukarandasar yang dilaksanakan umpamanya PPSMI sedang guru menguasai dengan baikdimansuhkan ditukar pula dengan PBS/MBMMBI. Kesemua perubahan memberi tekanan tugaskepad warga pendidik dan dikhuatiri akan menjejaskan kualiti PDP mereka di dalam kelas.Ditambah pula dengan berbagai program wajib dalam kokurikulum , ianya juga menjejaskantugas warga pendidik. Bagi merealisasikan FPK dengan baik adalah diharapkan agarkementerian mengkaji semual segala dasar yang di bebankan kepada guru. Guru adalahtenaga pelaksana dalam proses pendidikan Negara.Kementerian sedang melaksanakan program LINUS. Guru diarah berusahamenghapuskan linus sebaik mungkin. Bagi guru yang mengajar di sekolah kurang murid,mereka agak bernasib baik kerana tidak diganggu dengan tugasan berat mengajar pelajardengan bilangan yang ramai. Begitu juga dengan PBS, ketidak adilan tenaga seorang guruberlaku apabila seorang guru mengajar di sekolah kurang murid dengan mengajar di sekolahyang pelajar berjumlah lebih 35 orang. Saya ingin mencadangkan agar kelas matapelajaranteras dilaksanakan seperti kelas j-Qaf, seorang guru bertindak mengajar seperti biasa seoranglagi membantu yang kurang pantas menguasai kemahiran. Sekiranya ini dapat dilaksanakankemungkinan pelajar CICIR dapat segera diatasi dan beban kerja guru juga dapat menjadiringan.
  • 18. 187.5 Aspek DisiplinAspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawabuntuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaransekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspekjasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalahdisiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin,guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagimemastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolahmelalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatan kuasamenangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiridaripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplinmurid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalahdisiplin.Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khasdaripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlakupengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah. Peranan gurubimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplinmurid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankanbimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengantujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling jugaberfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yangmempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Disiplin yangbaik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid seperti pengajaran dan pembelajarandapat dijalankan dengan licin dan teratur, keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapatditingkatkan lagi, murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin, keselamatanmurid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan sekolah,kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan, segala tugasan dapatdisiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat dan sebagainya. Masalah disiplin perluditangani dengan sebaik mungkin.
  • 19. 198 PenutupKonsep asas yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah mengenainilai ilmu dan peranan ilmu dalam membangunkan insan dan masyarakat secara am nya. Nilaiilmu bukan sahaja menerangkan kepada manusia mengenai sesuatu perkara, malah hal yanglebih penting adalah bagaimana ilmu tersebut boleh mempengaruhi, mengubah danmembentuk seseorang individu dan masyarakat. Nilai sesuatu ilmu adalah tinggi apabila iaboleh mengubah diri serta masyarakat dan proses ini adalah proses sepanjang hayatFalsafah pendidikan Islam adalah berasaskan al-Quran. Pernyataannya seperti berikut:“Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek,emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak danbertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati danbantu membantu antara satu sama lain.”Pernyataan falsafah itu menunjukkan bahawa pendidikan merupakan suatu prosesyang berterusan, bermula sejak seseorang dalam kandungan lagi sehingga ke liang lahad.Fokusnya ialah terhadap perkembangan individu secara bersepadu. Seperti FalsafahPendidikan kebangsaan yang merupakan pendidikan yang berterusan dan melahirkan pelajarberilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Persamaan hasrat ini menunjukkan bahawabetapa pentingnya setiap individu yang terlibat dapat melaksanakan hasrat tersebut.Pendidikan ialah satu usaha berterusanMemperkembangkan lagi potensi individuPerkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepaduInsan yang seimbang dan harmonisKepercayaan dan kepatuhan kepada TuhanRakyat Malaysia yang berilmu pengetahuanRakyat Malaysia yang berakhlak muliaRakyat Malaysia yang bertangungjawabRakyat Malaysia yang berketerampilanRakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
  • 20. 20Berdasarkan Falsafah Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirumus bahawa pendidikanbukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri tetapi ia juga merupakanpembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu , keluarga, masyarakat danNegara, Kesan akhir pendidikan adalah menghasilkan individu yang berilmu,bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti kearah keluarga, masyarakat dan Negarayang aman, damai dan bersatupadu.9 RujukkanSharifah Alwiyah Alsagoff. (1985). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann.Mok Soon Sang (2012) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Ipoh : MultimediaKementerian Pelajaran Malaysia (2001) Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi,Modul KPF 3021 (2013) Perkembangan Pendidikan di Malaysia : Falsafah dan Dasar ,Pusat Pembangunan Kurikulum, Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.Anan Nur (2010) Filsafat Pendidikan Essensialisme Retrieved on August 16, 2010,http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialismehttp://www.slideshare.net/Syahir89/isu-globalisasi-pendidikanhttp://nidapink90.blogspot.com/2011/07/falsafah-pendidikan-kebangsaan-dan.htmlhttp://belognilam.blogspot.com/2011/03/falsafah-dan-hala-tuju-pendidikan-di.htmlhttp://www.slideshare.net/normalaprasekolah/2-falsafah-pendidikan-kebangsaanhttp://www.slideshare.net/sifatpgsr/25880966konsepdanmatlamatfalsafahpendidikankebangsaanhttp://edutecnovasipdd.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.htmlhttp://www.slideshare.net/Syahir89/isu-globalisasi-pendidikan