Teori kognitif

4,930 views
4,771 views

Published on

2 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
4,930
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
200
Comments
2
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teori kognitif

  1. 1. Teori Kognitif Teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran adalah perubahan dalam pengetahuanyang disimpan di dalam memori. Teori kognitif ini bermaksud penambahan pengetahuan ke dalamingatan jangka panjang atau perubahan pada skema atau struktur pengetahuan. PengkajianterhadapTeori belajar kognitif memerlukan penggambaran tentang perhatian, memori dan elaborasireheashal, pelacakan kembali, dan pembuatan informasi yang bermakna. Manusia memilih, mengamal, memberi perhatian, menghindar, atau merenung kembali danmembuat keputusan tentang peristiwa- peristiwa yang berlaku dalam persekitaran untuk mencapaimatlamat secara aktif. Pandangan kognitif yang lama utamakan perolehan pengetahuan.Pandangan yang baru pula mengutamakan pembinaan atau pembangunan ilmu pengetahuan.Maka, dalam proses pembelajaran kognitif ini melibatkan dua proses mental yang penting iaitupersepsi dan pembentukan konsep (penanggapan). Salah satu tokoh dalam teori kognitif iaitu Jerome Bruner telah mengemukakan satu teoribelajar iaitu Teori Pembentukan Konsep. Penemuan Jerome Brunner ini sangat menarik untuk dikajilebih dalam bagaimana upaya beliau untuk memperbaiki sistem pendidikan di Sekolah Dasar danMenengah. Oleh kerana itu, Jarome Bruner melihatnya sebagai proses pembentukan konsep danproses penemuan. Bruner menekankan teori pembentukkan konsep dalam aliran kognitif. Menurut beliau,konsep adalah penting bagi seseorang kerana ia berfungsi untuk membolehkan kita mengenal pasti,memahami, mempelajari serta mengingati konsep dengan mudah. Contohnya melalui carapengkategorisasi. Malah, konsep juga berfungsi untuk menyusun maklumat kepada sifat-sifat umumbagi sesuatu kumpulan objek atau idea. Ini dapat memudahkan pengurusankeadaan yang beraneka kepada yang ringkas lalu menjadikannya lebih mudah difahami,mempelajari serta mengingati. Dalam teori belajar Jerome Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapatdiajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anakserta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah denganmengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itusesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikankesempatan kepada murid dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah. Tiga konsep telah dikemukakan oleh Bruner. Konsep konjuntif menerangkan gabungan duaatau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan. Konsep disjuntif pulamerupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yanglain. Ketiga ialah konsep hubungan yang bermaksud atribut-atribut dalam konsep mempunyai
  2. 2. hubungan khas antara satu sama lain. Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalanpembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru dengan murid dan kedua-duamemainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran. Selain itu, Bruner juga menegaskan bahawa mata pelajaran apapun dapat diajarkan secaraefektif, dengan kejujuran intelektual kepada anak, bahkan dalam tahap perkembangan manapun.Dalam hal ini Bruner telah membedakan perkembangan menjadi tiga tahap. Ketiga-tiga tahap ituadalah: (1) tahap informasi: tahap awal untuk memperoleh pengetahuan atau pengalaman baru; (2) tahap transformasi: tahap memahami, mencerna dan menganalisispengetahuan baru serta ditransformasikan dalam bentuk baru yang mungkin bermanfaat untuk hal-hal yang lain, dan (3) tahap evaluasi: untuk mengetahui apaha hasil tranformasi pada tahap kedua tadi benar atau tidak. Bruner mempermasalahkan seberapa banyak informasi itu diperlukan agar dapatditransformasikan . Perlu diketahui, tidak hanya itu saja namun dalam proses belajar juga ada empattema pendidikan yang perlu diperhatikan iaitu: a) mengemukakan pentingnya arti struktur pengetahuan, b) kesiapan (readiness) siswa untuk belajar, c) nilai intuisi dalam proses pendidikan dengan intuisi, d) motivasi atau keinginan untuk belajar.siswa, dan guru untuk memotivasinya Dalam teori Burnner juga mengemukakan bentuk hadiah atau pujian dan hukuman perludifikirkan cara penggunaannya dalam proses belajar mengajar. Beliau mengakui bahawa suatuketika hadiah ekstrinsik, bisa berubah menjadi dorongan bersifat intrinsik. Jadi semasa dalamamalan pengajaran di sekolah, guru dapat menjadi dorongan yang bersifat ekstrinsik, dankeberhasilan memecahkan masalah menjadi dorongan yang bersifat intrinsik. dengan ini dapatmembolehkan tujuan pembelajaran tersebut menjadikan kanak-kanak merasa puas. Discovery Learning amat ditekankan dalam teori pembelajaran Jerome Bruner. Teori inidiangkat dari teori Piaget yang mengatakan bahawa seseorang harus berperan aktif dalam prosespembelajaran. Ini merupakanpemberian kesempatan kepada seseorang kanak-kanak untuk menjadiseorang problem solver. Keadaan ini membolehkan mereka menemukan erti bagi dirinya sendiriserta memungkinkan mereka untuk mempelajari konsep-konsep dalam bahasa mereka sendiri.
  3. 3. Secara kesimpulannya dalam teori belajar Jerome Bruner, mata pelajaran dapat diajarkansecara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak, serta untukmengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan modelpenyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkatkemajuan anak, dan guru harus memberikan kesempatan kepada muridnya dalam menemukan ertibagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dierti oleh mereka. Tokoh Robert Gagne juga telah mengemukakan teori beliau dalan bidang kognitif iaitu teorimengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.Mengikut teori beliau, rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melaluideria manusia dan seterusnya ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada storingatan jangka panjang. Akhirnya, ia akan dihantar kepada penggerak tindak balas melalui sistemsaraf. Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangkapanjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru demimemudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Berdasarkan kepada teorinya, Gagne kemudianmengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam prosespembelajaran. Fasa motivasi. Ia adalah fasa pertama dalam proses pembelajaran. Kita belajar keranadidorong oleh motivasi tertentu. Motivasi memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran.Dalam pengajaran di sekolah, guru boleh menggunakan motivasi untuk menimbukan motif muridsupaya berusaha belajar. Jadi, tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan menjadi bermaknadan berkesan. Fasa Tanggapan melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat danrelevan. Dalam fasa ini, murid-murid akan menumpukan perhatian terhadap rangsangan yangdimotivasikan, dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya.Semasa dalam pengajaran di sekolah, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktivitipengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan-rakansekelas. Dalam Fasa Penyimpanan, apabila seseorang kanak-kanak berjaya memilih rangsanganyang relevan dan mempersepsikannya dengan tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistemsaraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Seterusnya ialah Fasa Penahan. Selepas rangsanganyang dipilih dikodkan dalam ingatan jangka pendek, ia akan disalur dan disimpan dalam dalam storingatan jangka panjang dan ditransformasi menjadi sistem yang lebih mudah dan kekal dalamingatan.
  4. 4. Fasa Mengingati Kembali merupakan tindakan mencari maklumat yang telah simpan dalam stor jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran ataupun melalui motif dalaman. Dalam proses pembelajaran, murid-murid akan berusaha mengingati kembali apa yang telah dipelajarinya supaya menjawab soalan guru. Fasa Generalisasi pula merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi, di mana seseorang individu boleh mengingati kembali maklumat dalam stor ingatan panjang dan menggunakannya untuk situasi yang serupa atau sama. Asa Prestasi pula dikenali sebagai fasa perlakuan. Gagne mengatakan bahawa fasa ini boleh diperlihat dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Dan akhir sekali ialah Fasa Maklum Balas. Fasa ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Dalam proses pengajaran, guru haruslah sering memberikan pujian kepada murid yang memberi jawapan yang tepat. Ini boleh membentuk peneguhan positif dalam diri mereka dan meningkatkan prestasi mereka pada masa hadapan. Ratna Willis Dahar (1996) mengatakan, sebagai pelopor aliran kognitif, David Ausable mengemukakan teori belajar bermakna (meaningful learning). Belajar bermakna adalah proses mengaitkan dalam informasi baru dengan konsep-konsep yang relevan dan terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Selanjutnya dikatakan bahawa pembelajaran dapat menimbulkan belajar bermakna jika memenuhi pras syarat, iaitu:- Materi yang akan dipelajari melaksanakan belajar bermakna secara potensial- Anak yang belajar bertujuan melaksanakan belajar bermakna. Kebermaknaan materi pelajaran secara potensial tergantung dari materi itu memiliki kebermaknaan logis dan gagasan-gagasan yang relevan harus terdapat dalam struktur kognitif siswa. Bedasarkan Pandangannya tentang belajar bermakna, maka David Ausable mengajukan 4 prinsip pembelajaran , iaitu: 1. Pengatur awal (advance organizer) Pengatur awal atau bahan pengait dapat digunakan guru dalam membantu mengaitkan konsep lama denan konsep baru yang lebih tinggi maknanya. Pemggunaan pengatur awal tepat dapat meningkatkan pemahaman berbagai macam materi , terutama materi pelajaran yang telah mempunyai struktur yang teratur. Pada saat mengawali pembelajaran dengan prestasi suatu pokok bahasan sebaiknya “pengatur awal” itu digunakan, sehingga pembelajaran akan lebih bermakna. 2. Diferensiasi progresif
  5. 5. Dalam proses belajar bermakna perlu ada pengembangan dan kolaborasi konsep-konsep.Caranya unsur yang paling umum dan inklusif diperkenalkan dahulu kemudian baru yang lebihdetail, berarti proses pembelajaran dari umum ke khusus.3. Belajar superordinat Belajar superordinat adalah proses struktur kognitif yang mengalami petumbuhan kearahdeferensiasi, terjadi sejak perolehan informasi dan diasosiasikan dengan konsep dalam strukturkognitif tersebut. Proses belajar tersebut akan terus berlangsung hingga pada suatu saat ditemukanhal-hal baru. Belajar superordinat akan terjadi bila konsep-konsep yang lebih luas dan inklusif.4. Penyesuaian Integratif Pada suatu saat siswa kemungkinan akan menghadapi kenyataan bahawa dua atau lebihnama konsep digunakan untuk menyatakan konsep yang sama atau bila nama yang samaditerapkan pada lebih satu konsep. Untuk mengatasi pertentangan kognitif itu, Ausable mengajukankonsep pembelajaran penyesuaian integratif Caranya materi pelajaran disusun sedemikian rupa,sehingga guru dapat menggunakan hierarki-hierarki konseptual ke atas dan ke bawah selamainformasi disajikan. Penangkapan (reception learning). Belajar penangkapan pertama kali dikembangkan olehDavid Ausable sebgai jawaban atas ketidakpuasan model belajar discovery yang dikembangkanoleh Jerome Bruner tersebut. Menurut Ausubel , siswa tidak selalu mengetahui apa yang pentingatau relevan untuk dirinya sendiri sehigga mereka memerlukan motivasi eksternal untuk melakukankerja kognitif dalam mempelajari apa yang telah diajarkan di sekolah. Ausable menggambarkanmodel pembelajaran ini dengan nama belajar penangkapan. Tokoh yang seterusnya ialah Wolfgang Kohler yang mengemukakan Teori PembelajaranCelik Akal. Teori ini merupakan kebolehan mental yang mendorong manusia mempersepsikanperkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba demi menolongnya menyelesaikanmasalah yang sedang dihadapi. Teori beliau ini melibatkab aspek persepsi dan struktur pemikiranuntuk penyelesaian masalah dengan menggunakan celik akal. Dengan menggunakan celik akal, kitaboleh memikirkan tentang alternatif-alternatif yang lain lalu fikir tentang struktur dan persepsi yangbaru. Kohler menggunakan pendekatan kognitif untuk mengkaji bagaimana seekor cimpanzimenyelesaikan masalah untuk mengkaji sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya.Akhirnya cimpanzi tersebut menggunakan celik akal untuk mendapatkan pisang tersebut. MenurutKohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, iaitu mendapat pisang yangtergantung, disebut sebagai celik akal.
  6. 6. Sama juga semasa dalam pembelajaran di sekolah, guru haruslah selalu menggalakkanpelajar agar menggunakan celik akal mereka untuk menyelesaikan masalah pelajaran. Selain itu,boleh juga kita membimbing pelajar untuk menggunakan persepsi mereka untukmenghubungkaitkan unsur-unsur dalam persekitaran. Malahannya, kita sebagai guru juga harusmenggunakan contoh-contoh khusus yang berkaitan untuk membimbing pelajar supayamenggunakan celik akal mereka, demi mendapat kesimpulan atau generalisasi. Secara kesimpulannya, pembelajaran melibatkan 2 proses mental yang penting iaitupersepsi dan pembentukan konsep. Kohler menggunakan persepsi perkaitan unsur-unsur dipersekitaran, celik akal. Gagne pula melihat proses pembelajaran sebagai langkah-langkah memproses maklumat. Ausubel melihatnya sebagai pembelajaran resepsi serta bermakna danakhirnya Bruner pula melihatnya sebagai proses pembentukan konsep dan proses penemuan. Isi KandunganTajuk Muka suratIsi Kandungan iBorang Koloborasi ii1.0 Pemerolehan Pengetahuan 1 1.1 Pembentangan Kumpulan (Teori Kognitif)2.0 Penguasaan Ilmu 12 2.1 Tugasan Bertulis Individu (Teori Kognitif) 2.2 Refleksi Kendiri 20Bibliografi 21Lampiran -

×