• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Presentation1 kognitif
 

Presentation1 kognitif

on

  • 576 views

 

Statistics

Views

Total Views
576
Views on SlideShare
576
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
6
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Presentation1 kognitif Presentation1 kognitif Presentation Transcript

    • TAJUK SOALAN : Rancang dan laksanakan satu aktiviti sains yang menggunakan pendekatan projek (Project Approach) PUAN ANEESHA BINTI HAMID
    • NOOR AISHA BINTI AHMAD PPG-PRA B/009/06/11 ROMNAH BINTI BUDIN PPG-PRA B/018/06/11 SITI NOORYAHMILAWATIMAH BINTI YAHAYA PPG-PRA B/022/06/11 NAMA PELAJAR :
    • PENDEKATAN PROJEK Definisi: • Satu kaedah pembelajaran yang dijalankan dalam tempoh tertentu • Melibatkan kutipan maklumat, analisis data, persediaan laporan. • Tugasan secara amali, • Penilaian dijalankan pada setiap tahap proses sehingga hasilnya siap. • Guru sebagai pembimbing dan perunding.
    • KONSEP - Aktiviti yang dijalankan secara individu/kumpulan untuk capai sesuatu tujuan -Mengambil masa yang panjang -Pelajar memainkan peranan yang aktif - Pelajar belajar melalui aktiviti - Perlukan penguasaan pengetahuan , kebolehan berfikir dan berketrampilan
    • PRINSIP - Penggunaan kemahiran - pemprosesan maklumat - Murid aktif dalam p&p - Guru hanya sebagai pemudah cara
    • PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG BERKESAN 1. Menyediakan perancangan yang baik untuk memastikan kelancaran projek yang hendak dijalankan 2. Tujuan dan aktiviti projek ditentukan berdasarkan kecenderungan pelajar 3. Memastikan keperluan dan alatan disediakan 4. Menentukan aktiviti manakah yang perlu bimbingan guru dan yang manakah perlu dijalankan sendiri oleh pelajar 5. Menentukan cara bagaimanakah sesuatu hasil projek dipersembahkan, dipamerkan, disimpan dan sebagainya.
    • TUJUAN PENDEKATAN PROJEK 1. Menggalakkan murid bekerjasama dan bertanggungjawab. 2. Memberi kebebasan kepada murid menunjukkan kreativiti dan inovasi 3. Memberi peluang kepada murid menggunakan bahan sumber yang terdapat dilar bilik darjah. 4. Memotivasikan murid 5. Memberi peluang kepada murid memainkan peranan sebagai pemimpin. 6. Membenarkan murid menentukan peranan masing-masing. 7. Membenarkan murid yang sama minat dan kebolehan bekerja pada kadar yang setaraf dengan kemampuan. 8. Memberi satu suasana pembelajaran untuk murid yang kurang yakin dan mahu menunjukkan kebolehan mereka.
    • PERLAKSANAAN Rangka Kerja 1. Soalan 2. Perancangan 3. Mentaksir 4. Mengawas 5.Jadual pelaksanaan 6. Menilai 7. Soalan
    • MERANCANG AKTIVITI PEMBELAJARAN AWAL SAINS Sebelum – Memperkenalkan aktiviti Semasa - Menggalakkan pemikiran saintifik dan kemahiran proses sains Selepas - Membincang, membuat refleksi
    • SEBELUM MERANCANG AKTIVITI -Tajuk dipilih oleh guru berdasarkan pengalaman murid, tahap kana-kanak. - Bahan haruslah murah dan mudah diperolehi - Rujuk kandungan KSPK, aktiviti yang sesuai dengan standard pembelajaran. - Guru perlu fikirkan pendekatan dan strategi serta bahan yang perlu digunakan.
    • SEMASA AKTIVITI DIJALANKAN - Guru menggalakkan kemahiran berfikir cthnya bertanyakan soalan, membuat pemerhatian, murid merekod. - Guru memberi kelonggaran kepada murid supaya murid tidak merasa terkongkong, galakkan pemikiran kritis dan kreatif. - Aktiviti berpusatkan murid, murid sepenuhnya dan murid mendominasikan pembelajaran
    • SELEPAS AKTIVITI DIJALANKAN - Guru mengadakan sesi pembincangan untuk ingat semula aktiviti dijalankan - Aktiviti sumbang saran, sesi soal jawab. - Seterusnya guru mengadakan sesi refleksi supaya murid dapat membuat perbincangan apa yang telah berlaku dalam aktiviti tadi serta menjelaskan kemusykilan mereka.. - Akhir sekali guru mengadakan sesi rumusan.
    • Nama Kelas : Prasekolah Ibnu Khaldun Bil Murid : 25 orang Umur : 6 tahun Tarikh : 14/ 08/ 2012 Masa : 8.30pg – 9.00pg Tunjang : Sains dan Teknologi KBKK : Mengelas item mengikut kategori. Std Pembelajaran : ST 3.4.1 Menamakan haiwan yang biasa dijumpai. ST 3.4.2 Mengecam bunyi haiwan yang biasa dijumpai. ST 3.4.3 Memerhati dan meniru pergerakan haiwan. ST 3.4.6 Mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya.
    • Objektif : 1. Murid dapat menamakan dua haiwan jinak dan dua haiwan liar. 2. Murid dapat membunyikan empat haiwan yang diketahui, 3. Murid dapat memadankan haiwan dengan habitatnyanya dan mengelaskannya dalam mini zoo. Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melihat haiwan-haiwan jinak dan liar di televisyen dan zoo. Penerapan Nilai : Bekerjasama, bertolak ansur dan kasih sayang Penggabungjalinan : Fizikal dan Kreativiti. ABM : Kostium haiwan, kad gambar, blok bergambar haiwan dan habitat, model haiwan, model rumput, lidi, plastisin.
    • Langkah Isi Pelajaran Strategi/Aktiviti P&P Sumber /Bahan Catatan Set Induksi (5 minit) Menamakan haiwan, mengecam bunyi haiwan dan meniru pergerakan haiwan 1. Kostium haiwan dipakaikan pada empat orang murid secara sembunyi dengan bantuan PPM. 2. Guru meniup wisel, empat orang murid keluar sambil membuat pergerakan dan membunyikan haiwan yang berkaitan. 3. Murid-murid lain meneka nama haiwan berdasarkan pergerakan dan bunyi dan bersoaljawab tentang jenis haiwan iaitu haiwan jinak dan haiwan liar. Kostium singa, gajah, musang dan lembu. Penerapan nilai: gembira
    • Langkah 1 (10 minit) Mengelaskan haiwan liar dan haiwan jinak. 1) Murid-murid ditunjukkan dengan gambar- gambar haiwan dan menamakan haiwan-haiwan tersebut. 2) Murid menampal kad gambar haiwan mengikut jenisnya pada papan putih yang telah dibahagi dua iaitu haiwan liar dan haiwan jinak. Kad gambar Penerapan nilai: Menunggu giliran
    • Langkah 2 (10 minit) Bersoaljawab tentang haiwan dan habitatnya berdasarkan bongkah bergambar haiwan dan habitat. 1) Murid-murid dan guru bercerita dan bersoaljawab tentang haiwan liar dan haiwan jinak berdasarkan gambar. Contoh : haiwan liar – garang, kuku panjang, gigi bertaring dan sebagainya. Haiwan jinak- manja, boleh dibelai dan sebagainya. Kad gambar.. Penerapan nilai: Menumpukan perhatian.
    • Langkah 3 (10 minit) Memadankan haiwan dengan habitatnya 1) Murid-murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. 2) Murid-murid menjalankan aktiviti memadankan gambar haiwan pada bongkah dengan gambar habitatnya. .. Bongkah kayu bergambar Penerapan Nilai : bekerjasam a
    • Langkah 4 (20 minit) Membina Mini Zoo 1) Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan. 2) Murid-murid diberi bahan-bahan untuk membina mini zoo 3) Murid-murid membina mini zoo dengan mengelaskan haiwan.mengikut jenis haiwan jinak dan haiwan liar. Model haiwan, model rumput, lidi, plastisin, Penerapan nilai : Bekerjasam a, Bertolak ansur. bertanggun gjawab.
    • Penutup (5 minit) Murid-murid mempamerkan hasil kerja, Melawat mini zoo yang dihasilkan . 1) Murid-murid mempamerkan mini zoo kumpulan masing- masing yang telah siap. 2) Murid-murid melawat mini zoo yang telah dihasilkan oleh rakan. , lidi, plastisin, Mini zoo yang telah siap Penerapan nilai : Memberi pujian dan menilai secara positif.
    • BAHAN BANTU BELAJAR
    • KOSTUM YANG DIGUNAKAN
    • MODEL HAIWAN
    • HUBUNGAN TEORI KOGNITIF DAN PENDEKATAN PROJEK (KESIMPULAN) Jean Piaget (1869-1980) pakar biologi Switzerland,memperkenalkan teori-teori perkembangan kognitif yang berkaitan mengenai skema,asimilasi dan akomodasi. Beliau berpendapat ,skema ialah struktur kognitif yang terbentuk idea dan konsep yang digunakan oleh individu untuk mentafsir persekitaran. Melalui aktiviti ini skema terawal di sini ialah pengetahuan kanak-kanak tentang haiwan yang pernah dilihat oleh mereka. Contoh; kanak-kanak pernah melihat kucing yang dipelihara oleh keluarganya dan melihat harimau melalui televisyen.
    • Asimilasi berlaku sewaktu guru meneruskan pengajaran dengan memberi penerangan lanjut tentang jenis-jenis hajwan liar dan jinak. Proses kognitif ini berlanjutan di mana kanak-kanak menyatukan pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada,iaitu penyerapan maklumat baru kedalam struktur yang sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman Contohnya; kanak-kanak mengetahui gajah dan singa merupakan haiwan liar dimana habitat mereka adalah di tempat yang lebih luas dan bebas iaitu di hutan.
    • Pada peringkat yang seterusnya berlaku akomodasi, iaitu apabila kanak-kanak bertembung dengan pengalaman baru dan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tiada skema yang sesuai ( disequilibrium) ketidakseimbangan. Oleh itu terdapat dua pilihan : •Mengubahsuai (modification) skema sedia ada untuk menerima • pengalaman baru •Membentuk ata skema baru untuk menerima pengalaman baru
    • Contohnya ; kanak-kanak yang telah mengalami skema haiwan liar ,melihat zirafah yang tinggal dalam hutan. Dalam skemanya ,ia termasuk dalam kumpulan haiwan liar tetapi memakan pucuk –pucuk pokok tidak memakan haiwan lain seperti singa yang memakan pelanduk. Melalui pengalaman baru ini , kanak-kanak perlu mengakomodasi maklumat yang ada dalam skema haiwan liar sebelum ini ,untuk mengambil kira haiwan liar yang tinggal di dalam hutan tetapi tidak makan haiwan bahkan memakan pucuk-pucuk pokok kayu. Pengecualian inilah yang berlaku melalui proses akomodasi.
    • Kesimpulan Akomodasi adalah penciptaan skema baru atau pengubahsuaian skema yang sedia ada lalu membentuk skema baru dan meningkatkan skema yang sedia ada. Proses akomodasi dan asimilasi sentiasa berlaku sehingga wujudnya keseimbangan atau equilibrium.
    • Lev Semanovich Vygotsky Seorang ahli psikologi Rusia merumuskan bahawa perkembangan intelek adalah berdasarkan interaksi sosial antara murid dan guru dan juga dengan rakan sebaya Menurut beliau, faktor-faktor yang berpengaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalah berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu. Melalui perkembangan dan pertumbuhan individu ,beliau membahagikan fungsi mental kepada dua iaitu; fungsi asas mental (elementary functions) yang merangkumi perhatian, persepsi dan memori yang kemudiannya berubah menerusi konteks dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit dikenali sebagai fungsi mental peringkat tinggi.
    • Dalam pembelajaran berasaskan projek, guru memberi panduan supaya murid menghayati fungsi asas mental. Apabila kemahiran ini diperolehi, kanak-kanak mendapat cara tertentu untuk pembelajaran terarah-kendiri (self guided learning) amalan pembelajaran dengan bantuan dan panduan dikenali sebagai scalfolding.
    • Sewaktu menjalani aktiviti pendekatan projek ini, bantuan , petunjuk,tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran telah berlaku. Bantuan diberi lebih banyak di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung sebab kanak-kanak telah boleh membuatnya sendiri. Di sini berlaku zone of proximal development (ZPD).
    • Konsep ini ialah “ tahap jurang atau jarak yang dikenalpasti antara tahap perkembangan sebenar individu dalam menyelesaikan masalah tanpa dibantu dengan tahap maksimun potensi perkembangan individu yang dibantu oleh orang dewasa atau yang dibimbing secara kolaborasi daripada rakan sebaya yang lebih pandai atau berpengalaman”.
    • Guru menjadi penyelia di sisi, menyelia bagaimana kanak-kanak menyiapkan tugasan. Guru memantau dan memberi panduan serta campur tangan mengikut keperluan tersebut agar mencapai hasil masteri tugasan.
    • RUJUKAN Modul Pembelajaran, Perkembangan Kognitif. (2012) Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.scribd.com/ http://www.skdua.blogspot.my http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/08/teori- perkembangan-kognitif-jean-piaget.html http://www.blog.tp.ac.id.com 2 Ogos 2012