Penulisan resume
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Penulisan resume

on

  • 6,663 views

ni adalah cara nk buat resume utk nk mohon keje

ni adalah cara nk buat resume utk nk mohon keje
boleh diambil sbgai panduan

Statistics

Views

Total Views
6,663
Views on SlideShare
6,663
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
72
Comments
1

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • tq..
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Penulisan resume Penulisan resume Document Transcript

  • PENULISAN RESUMETiada sebarang format khusus dalam penulisan resume, tetapi perkara-perkara berikut diberiperhatian semasa menulis resume: Mulakan menulis resume dengan objektif permohonan dan kelebihan yang dimiliki untuk menjawat jawatan yang dipohon. Diikuti dengan butiran peribadi, kelulusan akademik dan professional, kursus yang pernah diikuti dan perancangan yang akan dibuat. Resume perlu kemas dan tidak mengandungi apa-apa kecacatan bahasa seperti kesalahan ejaan, tanda bacaan, tatabahasa dan sebagainya. Elak daripada menyatakan fakta yang salah dan berlebihan Resume perlu ditaip dengan komputer menggunakan Microsoft Word dan tidak boleh ditulis dangan tangan. Beri perhatian kepada Margin dan tulisan bersaiz 12. Resume perlu ringkas, padat dan berinformasi kerana kebanyakan bakal majikan tidak mempunyai banyak masa untuk meneliti resume yang panjang. Sebaiknya antara 2 hingga 3 mukasurat. Resume yang baik panjangnya adalah satu muka helai kertas A4 sahaja. Boleh ditambah apabila maklumat tambahan itu penting. Adakah perlu disertakan gambar? Terpulang sama ada ingin meletakkannya atau tidak. Sebaliknya yang diletakkan kerana ramai calon lain yang menghadiri sesi temuduga yang dihadiri, ini memudahkan pihak majikan dapat melihat selepas sesi temuduga. Jangan sekali-kali melipat resume dalam sampul surat yang kecil kerana ia kelihatan tidak kemas. Cara penulisan resume perlu disesuaikan dengan jawatan yang dipohon. Nama syarikat dan bakal majikan perlu dieja dengan betul.
  • Bahagian-bahagian penting resume PENULISAN RESUME Objektif Permohonan dan kelebihan yang dimiliki. Butiran peribadi, kelulusan akademik, professional dan kursus yang pernah diikuti. Kemas, tidak mengandungi kecacatan bahasa (kesalahan ejaan, tanda bacaan, tatabahasa, dan sebagainya. Elakkan daripada fakta yang salah dan berlebihan. Ditaip dengan menggunakan menggunakan computer (margin dan saiz tulisan, ringkas padat dan berinfomasi). Gambar (mudah, dikenalpasti), nama syarikat dan bakal majikan dieja dengan betul. Cara penulisan perlu disesuaikan dengan jawatan yang dipohon.
  • Bahagian Pertama – Tujuan Memohon Pekerjaan (Objektif) Tujuan memohon pekerjaan ini perlu bagi menyakinkan pihak majikan ataupun pihak penemuduga. Catatan mengenainya perlu tepat, lengkap, jelas dan ringkas. Sebaik-baiknya perlu dinyatakan jawatan yang dipohon dan juga jawatan yang ingin dicapai apabila diberi kesempatan atau kepercayaan daripada pihak jabatan atau majikan nanti. Contoh:- Jawatan dipohon: Juruteknik Rendah tetapi bercita-cita menjawat jawatan jututeknik Kanan dengan tanggungjawab yang lebih besar.Bahagian Kedua – Butiran Diri Catatan nama penuh dengan tulisan berhuruf besar. Alamat, sekiranya ada dua alamat yang boleh ditulis kedua-duanya (alamat rumah dan pejabat). Nombor telefon rumah/pejabat dan telefon bimbit. Alamat e-mel (jika ada).Bahagian Ketiga – Kelulusan Akademik Nyatakan kelulusan tertinggi yang dimiliki ( Sebaiknya 3 kelulusan yang terkini). Kelulusan perlu mengikut turutan waktu yang diperoleh iaitu tarikh mula dan akhir menuntut di institusi yang dinyatakan. Contoh :- 2002 – 2005 Politeknik Kulim, Kulim, Kedah. Diploma Kejuruteraan Elektrik. Boleh paparkan bidang-bidang utama dan pelajaran Efektif beserta himpunan mata gred (CGPA) yang diperoleh. Catatkan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang pernah diikuti bagi menyokong kelulusan yang ada. Catatkan kursus – kursus yang pernah diikuti sebagai bukti supaya dapat menambahkan nilai diri kita dalam resume itu.
  • Bahagian Keempat – Pengalaman Kerja Pengalaman kerja yang dimiliki adalah aset yang penting bagi kita apabila dibandingkan dengan kelulusan-kelulusan akademik. Sertakan lampiran salinan surat-surat akuan daripada majikan bagi membuktikan kenyataan kita diakui benar. Susunan perlu mengikut urutan sijil-sijil dan kelulusan yang diperolehi. Nyatakan pengalaman kerja yang Berjaya dan menarik terlebih dahulu diikuti pengalaman kerja kedua menarik dan seterusnya. Masukkan juga bahagian kemahiran teknikal, keahlian dalam persatuan professional ataupun anugerah-anugerah yang pernah diterima.Bahagian Kelima – Lain-Lain Kelebihan Kemahiran tambahan yang dimiliki. Kelebihan dalam aktiviti ko-kurikulum. Kekuatan dan peluang. Jangkaan gaji yang dikehendaki.Bahagian Akhir Nyatakan dua orang yang boleh dijadikan rujukan dengan mencatat nama penuh, alamat lengkap, nombor telefon dan alamat e-mel (jika ada). Dapatkan persetujuan terlebih dahulu sebelum mencatat nama mereka. Mereka yang boleh dijadikan rujukan kita dalam resume adalah orang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam jabatan/ pegawai divisyen A/ pegawai yang berjawatan tinggi dalam syarikat yang benar-benar mengenali pemohon. Kedua-dua pegawai ini pasti dapat menyokong dan menaikkan nama baik pemohon.Perkara Yang Perlu Dielakkan Dalam Menulis Resume Kesilapan ejaan, dan tatabahasa. Overskill Menyatakan perkara yang tidak betul tentang diri sendiri. Mengunakan kertas yang berwarna, terlalu tebal atau terlalu nipis. Jangan sekali-kali menipu dalam member maklumat. Contoh resume – Lampiran 1 dan 2)