KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 3
KAJIAN TINJAUAN
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELA...
1.0 PENGENALAN
Dalam

bidang

pendidikan,

usaha

mempertingkatkan

penggunaanInformationCommunication Technology( ICT ) d...
dengan segala prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang
agakbaik dan makmal komputer. Pihak...
4.0 Persoalan Kajian

Persoalan utama kajian ini adalah seperti berikut:
i.

Sejauh manakah penggunaan ICT dalam kalangan ...
6.0 METODOLOGI
6.1 Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utaraiaitu tempat penyelidik bek...
6.3.1 Kaedah Temubual
Temubual adalah kaedah di mana responden dan penyelidik hadir bersama dalam proses
memperolehmakluma...
penyelidik

boleh

melihat

dan

menilai

sendiribagaimana

guru-guru

Bahasa

Melayu

mengaplikasikan ICT dalam proses Pd...
Dalam kajian kualitatif, kes dan sample bukan rawak dipilih kerana penyelidikingin
memahami keadaan tertentu secara mendal...
Dengan ini, pelajar dapatmengaplikasikan perkara yang dipelajari dan ini akan menjadikan
sesuatu pembelajaran itu lebihber...
7.2 Kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
Melalui temuramah yang dijalankan, re...
banyak usaha sedangdilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggunakan konsep kecerdasan
buatan dalam pembelajaran.

7.3 Masal...
Manakala responden D dan Epula perlu menunggu kehadiran semua pelajar untuk ke bilik
komputer.Sistem sekarang tidak member...
Penggunaan ICT oleh guruBahasa Melayu ini hanya digunakan untuk sesetengah tajuk yang
memerlukan daya imaginasi pelajar. M...
RUJUKAN
Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn Bhd...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Tugasan 3: Kajian tinjauan

847

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
847
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
47
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 3: Kajian tinjauan

  1. 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3 KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN GURU-GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT UTARA. DISEDIAKAN OLEH: SITI ZULBIDAH BINTI HASAN M20121000516 DISEDIAKAN UNTUK: PROFESOR MADYA DATO’ DR ABDUL LATIF BIN HJ GAPOR TARIKH SERAHAN: 30 NOVEMBER 2013
  2. 2. 1.0 PENGENALAN Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaanInformationCommunication Technology( ICT ) dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagimelahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembanganteknologi semasa. Ia selaras dengan usaha dan dasar kerajaan Malaysia melalui KementerianPelajaran Malaysia (KPM) yang sedang memperluaskan kurikulum pendidikan berasaskan ICTdengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar, tenaga pengajardan juga personel KPM. Bermula daripada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yangmenggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang lebih canggihiaitupenggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera videodigital,interactive white boarddan lain-lain penggunaan ICT dalam bilik darjah. Dalam era digitalini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah.Salah satu penggunaanInformation danpembelajaran ialah melalui Communication penggunaan Technology(ICT) komputer. Istilah dalam pengajaran penggunaan komputer dalampengajaran dan pembelajaran diambil daripada istilah asalnya dalam Bahasa Inggeris iaituComputer-Based Instruction (CBI) yangbermaksud pengajaran terancang berasaskan komputer. Komputer dapat digunakan sebagai media pembelajaran kerana komputer memilikikeistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer.Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat di jalankan dengan lebihmudah,ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran danpersembahanmenarik serta mudah untuk di fahami.Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa jemu danbosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gayapersembahan yang ditunjukkan melalui penggunaan ICT. 2.0 Penyataan Masalah Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi maklumat dankomunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses PdP di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara sudah agak lama digunakan, maka sudah pastitimbul pelbagai reaksi mengenai penggunaannya. walaubagaimanapun Sekolah Kebangsaaan Sungai Siput sudahdilengkapi
  3. 3. dengan segala prasarana ICT seperti kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang agakbaik dan makmal komputer. Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar prosesPdP berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu fokus kajian adalah kepada mengenalpastisejauhmana guru-guru Bahasa Melayu mengaplikasikan penggunaan ICT disekolah. Adakah penggunaan ICT inidapat membantu para guru dan pelajar dalam proses PdP, sumber ICT yang digunakan dan masalah- masalahyang dihadapi oleh para guru dan pelajar dalam menggunakan ICT dalam PdP. 3.0 Objektif Kajian Beberapa objektif kajian telah dikenalpasti di dalam kajian ini; i. Mengenalpasti kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. ii. Mengenalpasti kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. iii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu dalam menggunakan ICT dalam prosespengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Objektif kajian ini ialah ingin mengetahui penggunaan ICT dalam kalangan guru Bahasa Melayu dalam PdP Bahasa Melayu. Penggunaan ICT ini dipercayai mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dalam menggunakan ICT dalam PdP Bahasa Melayu.
  4. 4. 4.0 Persoalan Kajian Persoalan utama kajian ini adalah seperti berikut: i. Sejauh manakah penggunaan ICT dalam kalangan guru Bahasa Melayu dalam PdP Bahasa Melayu? ii. Adakah penggunaan ICT inidapat membantu para guru dan pelajar dalam proses PdP? iii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi guru-guru dan pelajar dalam menggunakan ICT dalam PdP Bahasa Melayu? 5.0 Kepentingan Kajian i. Mendedahkan keperluan sebenar guru dan pelajar bagi menjayakan proses pengajaran dan pembelajaranseterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping memperoleh pembelajaran yang bermakna. ii. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan perisian yang bersesuaian dengan suasanapengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. iii. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaan ICT seterusnyamemperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka. iv. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dan pelajar dalam menggunakan ICT dalamproses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  5. 5. 6.0 METODOLOGI 6.1 Tempat Kajian Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utaraiaitu tempat penyelidik bekerja dan guru-guru yang dipilih sebagai responden ialah guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu di sekolah tersebut. 6.2 Sampel Kajian Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan guru-guru yang sedang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Siput Utara.Dalam pemilihan sampel kajian, terdapat pelbagai pendapat mengenai jumlah persampelan yangsepatutnya digunakan oleh para penyelidik. Jumlah sampel yang diperlukan bagi mewakili populasidalam sesuatu kajian adalah sebanyak sepuluh peratus daripada jumlah populasi. Disebabkan penyelidik perlu menjalankan temubual dan pemerhatian secara individu dan terperinci, jadihanya lima orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Sampel kajian adalah guruguru yang mengajar Bahasa Melayu. 6.3 Instrumen Kajian Instrumen kajian adalah pemerhatian dan soalan temubual. Pemerhatian merupakan salah satu teknikyang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara langsung. Manakalatemubual pula sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari responden secara lansung dan terperinci(Mohd Najib, 1999). Temubual dan pemerhatian adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripadaresponden mengenai kelebihan dan kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaanICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
  6. 6. 6.3.1 Kaedah Temubual Temubual adalah kaedah di mana responden dan penyelidik hadir bersama dalam proses memperolehmaklumat. Temubual dapat menjelaskan tentang corak pemikiran seseorang responden. Sumber maklumat yang diperoleh dari temubual juga lebih kaya dan mendalam, terutamanya apabilamembincangkan mengenai proses pemikiran responden itu. Soalan temubual merupakan salah satuinstrumen yang akan digunakan dalam kajian ini, ianya digunakan bagi mendapatkan data berbentukkualitatif untuk membantu penyelidik menyokong hasil kajian deskriptif yang telah dijalankan ke atasresponden. Ianya juga digunakan untuk memperoleh maklumat mengenai teknik atau cara pengajaranyang telah dipilih oleh responden. Terdapat dua jenis temubual, iaitu temubual berstruktur dan temubual separuh berstruktur. Namun dalamkajian ini penyelidik hanya menggunakan temubual separuh berstruktur yang merupakan temubualtemubual yang melibatkan soalan-soalan yang lebih terbuka dan memberi kebebasan kepada respondenuntuk mengutarakan respon mereka. Jangkaan jawapan tidak disediakan dan segala kemungkinanjawapan daripada responden diterima. Penyelidik memilih kaedah ini kerana temubual bersifat fleksible. (Azizi, 2007 ). Penemubualberkesempatan memerhatikan responden dan situasi mereka memberikan jawapan. Melalui kaedah inijuga penemubual dapat memperolehi informasi yang lebih daripada responden apabila jawapan yang diperoleh tidak sempurna ataupun tidak relevan. Ini akan memudahkan penyelidik untuk menjawabpersoalan kajian iaitu mengenai kelebihan dan kelemahan penggunaan ICT serta masalah-masalah yangdihadapi guru-guru dalam menggunakan ICT dalam PdP Bahasa Melayu. Kaedah pemerhatian turut dijalankan bagi mendapatkan maklumat tambahan. Dalam kajian ini, menerusiproses pemerhatian, maklumat dalam konteks yang lebih luas dapat diperoleh. Pemerhatian yang telahdijalankan merupakan pemerhatian yang tidak melibatkan diri dan ianya telah dilaksanakan berdasarkanjadual tinjauan guru Bahasa Melayu semasa mengajar. Jadual tinjauan disediakan bagi memudahkan kerja semasamenjalankan proses pemerhatian. Di bahagian akhir jadual tinjauan, dapatan baru atau komen akan ditulisoleh penyelidik sendiri selepas menjalankan pemerhatian.Kaedah ini dibuat sebelum proses temubual dijalankan bagi menyokong maklumat yang bakal diperoleh dalam kaedah temubual. Melalui pemerhatian juga,
  7. 7. penyelidik boleh melihat dan menilai sendiribagaimana guru-guru Bahasa Melayu mengaplikasikan ICT dalam proses PdP Bahasa Melayu. 6.3.2 Kesahan dan Kebolehpercayaan Menurut Azizi Yahya (2007) perkara yang perlu difikirkan oleh penyelidik dalam menjalankanpenyelidikan adalah kesahihan data yang dikumpulkan, sejauh mana data-data itu dapat memberimaklumat dan pengukuran yang tepat serta bermakna dalam penyelidikan. Justeru, selepas penyelidikmembentuk alat ataupun instrumen kajian iaitu soal selidik yang sesuai, penyelidik perlu memastikan alatitu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang khusus. 6.3.3 Temubual Dalam kajian ini kesahan dan kebolehpercayaan soalan temubual turut diberi perhatian. Kajian kualitatif mementingkan huraian yang realistik bagi kes yang dikaji. Kesahan isikandungan dicapai dengan mengenal pasti tingkah laku yang signifikan dan dapat dikaitkan dengan sifat-sifatyang sedang dikaji. Dari segi kesahan konstruk, tingkah laku yang diperhatikan juga dipastikansupaya berkait rapat dengan konstruk yang menyokongnya. Dapatan kajian perlu dipastikan sah denganpelbagai sumber data dan kaedah pengumpulan data dengan tujuan untuk mencapai kesahan konstruk. Data dikumpulkan mungkin tidak konsisten dan bertentangan antara satu sama lain tetapi apayang penting adalah pemahaman yang holistik bagi situasi tersebut untuk membina penerangan yangmunasabah bagi fenomena yang dikaji. Disamping itu, untuk mengelakkan bias semasa menjalankan temubual, pengkaji sentiasa menjelaskananggapan, worldview serta orientasi teori bagi pengkaji, serta berkonfrontasidengan pendapat dan prejudis diri terhadap data. Penyelidik cuba mengawal prejudis dengan merekodnota lapangan secara terperinci yang merangkumi refleksi untuk menghuraikan pandangan sendiri.
  8. 8. Dalam kajian kualitatif, kes dan sample bukan rawak dipilih kerana penyelidikingin memahami keadaan tertentu secara mendalam, bukan untuk mencapai apa yang benar padapandangan umum. Pemerhatian bukan sahaja cuba menghuraikan apa yangberlaku dengan memberi perhatian kepada sebarang pembolehubah yang terkawal, tetapi juga kepadakeadaan tidak terkawal. Ciri peribadi dan juga perkara-perkara yang berlaku semasa pemerhatian dibuat.Untuk meningkatkan kebolehpercayaan pula, beberapa teknik digunakan bagi memastikan keputusanboleh dipercayai. Pertama adalah dengan menerangkan anggapan dan teori yang menyokong kajian,kedudukan pengkaji berkenaan kumpulan yang dikaji, asas untuk memilih huraian tentang sampel sertakonteks sosial bagi lokasi pengumpulan data. Teknik kedua pula adalah denganmenyemak pemerhatian dengan sumber data lain untuk mengetahui sama ada semua data tersebut selarasdengan konteks keseluruhan. Teknik terakhir ialah, untuk ditemubual, pengkaji menilaikonsistensi respon dari sampel dengan menyoal mereka soalan-soalan yang sama dalam bentuk yangberbeza beberapa kali. Dalam kajian ini, pengkaji tidak akan menganggu cara pemikiran responden sehingga menyebabkan bias,serta memahami keadaan yang dihadapi oleh responden. Pengkaji juga akan menanyakan respondensoalan temubual yang sama dalam bentuk berbeza-beza untuk mendapat kebolehpercayaan jawapanmereka dan memastikan jawapan yang didapatkan dari reponden adalah konsisten. 7.0 PERBINCANGAN 7.1 Kelebihan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut responden B contoh-contoh pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan harian bolehditunjukan dengan menggunakan komputer dan LCD. Jadi, pelajar boleh mengaitkan perkara yangdipelajari dengan kehidupan harian. Dengan menggunakan ICT, contoh-contoh penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dapat ditunjukkan dengan lebih menarik.
  9. 9. Dengan ini, pelajar dapatmengaplikasikan perkara yang dipelajari dan ini akan menjadikan sesuatu pembelajaran itu lebihbermakna. Ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk mengalami pembelajaran yang bermakna. Melaluipembelajaran yang bermakna, pelajar akan lebih mudah memahami isi pengajaran dan akan merasakankeseronokan mempelajari Bahasa Melayu.Komputer adalah peralatan yangideal untuk digunakan sebagai alat yang memberikan pengalaman yang berbeza. Pengalaman yangberbeza ini perlu untuk membina pelbagai jenis pembelajaran Bahasa Melayu yang bermakna. Penggunaan teknologi dalam kelas Bahasa Melayu membantu pengajaran guru untuk memahamkan pelajar. Pendapat ini tidak dapat dinafikan kerana menurut kajian yang dijalankan tiga daripada lima respondeniaitu responden A,B dan D menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam sesetengahtajuk terutamanya tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar.Manakala bagi responden D penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sangatmembantu kerana penggunaan ICT akan memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk yang dipelajari. Penggunaan ICT mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Inikerana menurut responden A dan C, penggunaan ICT seperti CD Rom dan Courseware mampu menarikperhatian pelajar dan pelajar lebih bersemangat untuk belajar. Dengan menggunakan ICT pelajar-pelajarsangat-sangat memberi perhatian kerana pelajar tertarik dengan apa yang dipaparkan. Disamping itu, pelajar juga boleh melakukan latihan dengan menggunakan Program Zoom A dan juga menonton Eduwebtv semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan oleh guru mereka.
  10. 10. 7.2 Kelemahan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Melalui temuramah yang dijalankan, responden C menyatakan bahawa kelemahan dalam menggunakanICT adalah penggunaan CD yang disediakan adalah objektif yang ingin dicapai dan objektif yang terdapatdalam CD yang disediakan tidak selari. Untuk sesetengah tajuk, CD yang disediakan mempunyai banyakobjektif yang ingin dicapai, jadi isi kandungan CD tersebut tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahanpengajaran kerana objektif yang ingin dicapai pada sesi pengajaran tersebut kurang arasnya berbandingdengan isi kandungan pengajaran CD tersebut.Perisian pengajaran yang memerlukan komputer berfikir sebelum bertindak sukar untuk dibangunkan. Kebanyakan perisian kursus padahari ini tidak mempunyai ciri kepintaran. Lazimnya perisian itu tidak mampu membezakan input pelajaryang hampir sama ataupun yang mempunyai maksud yang sama. Pembelajaran melalui komputer pada hariini lebih tertumpu kepada kaedah tutorial dan latih tubi yang bersifat objektif. Berdasarkan analisis data, pengkaji mendapati bahawa walaupun kebanyakan guru Bahasa Melayubersetuju proses pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan berkesan dengan menggunakan ICT,namun menurut responden ini hanya untuk sesetengah tajuk sahaja.Majoriti responden berpendapat untuk sesetengah tajuk, kaedah chalk and talk lebih berkesan berbandingpenggunaan ICT. Ada topik dimana penggunaan ICT tidak membantu. Contohnya tajuk-tajuk yangmemerlukan penerangan yang mendalam dan langkah penyelesaian lebih mudah di jelaskan melaluikaedah chalk and talk. Maksud kaedah chalk and talk disini adalah responden menerangkan isipengajaran dengan hanya berbantukan papan hitam. Responden menerangkan mengenai isi pengajarandan menunjukkan langkah-langkah penyelesaian masalah satu persatu tanpa bantuan komputer dan LCDprojektor. Pelajar juga lebih suka jika guru menggunakan kaedah chalk and talk.Ini kerana perisian kursus yang bermutu tinggi amat susah untuk dihasilkan. Beratus-ratus jam tenagamahir diperlukan bagi tujuan ini. Tenaga pengajar yang mahir mengendalikan komputer sukar didapati.Faktor masa dan kekurangan tenaga mahir adalah penghalang utama mengapa perisian kursus yangbermutu tinggi sukar untuk dihasilkan. Ia memerlukan pengetahuan kecerdasan buatan dan merupakan bidang yang masihbaharu. Penggunaannya masih terhad kepada sesuatu bidang sahaja sehingga kini,
  11. 11. banyak usaha sedangdilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggunakan konsep kecerdasan buatan dalam pembelajaran. 7.3 Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam menggunakan ICT dalam prosespengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Masa adalah amat berharga bagi seorang guru.Guru memerlukan lebih masa flexible agar gurudapat menggunakan software dalam apa jua keadaan yang berisiko serta menjalankan proses pengajarandan pembelajaran dengan menggunakan peralatan yang disediakan pada masa yang telah ditetapkan tanpaperlu adanya penangguhan masa pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana masalah utama penggunaan ICT adalah masalah dari segi kekangan masa. Hasil daripadakajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati melalui penggunaan ICT dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu ini masa pengajaran yang sebenarnya akan berkurang.Guru-guru Bahasa Melayu didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas beberapafaktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalahdari segi masa penyediaan untuk memulakan PdP. i. Untuk memulakan pengajaran di dalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari kelas kemakmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masapengajaran sebenar berkurang. ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini kerana peralatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas. Responden A dan B hanya perlu memasang peralatan-peralatan iaitu komputer dan LCD projector sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana peralatan-peralatan ini telah disediakandidalam kelas. Tetapi responden perlu mengambil masa selama lima hingga sepuluh minit masapengajaran. Responden C pula perlu membawa peralatan-peralatan yang ingin digunakan ke kelas yang berkenaankerana peralatan-peralatan tersebut tidak disediakan di dalam kelas tersebut.
  12. 12. Manakala responden D dan Epula perlu menunggu kehadiran semua pelajar untuk ke bilik komputer.Sistem sekarang tidak memberi guru dan pelajar peluang untuk menanam minat yang lebih mendalammengenai subjek yang diajar kerana masalah masa.Mereka juga kurang menggemari menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran keranatiada kemudahan yang disediakan atau kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projectorLCD yang tidak berfungsi dan bilangan bilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempahterlebih dahulu sebelum digunakan. Masalah lain yang dihadapi oleh responden adalah masalah program komputer yang diserang virus danmenyebabkan komputer tidak dapat berfungsi dengan baik. 8.0 RUMUSAN Melalui penganalisaan dan perbincangan mengenai hasil dapatan, dapat dirumuskan bahawa penggunaanICTdalam kalangan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu semasa mengajar di sekolah bergantung kepada kemudahan yang disediakan disekolah.Guru-guru Bahasa Melayu didapati kurang menggemari kaedah pengajaran menggunakan ICT atas beberapafaktor. Salah satu daripadanya adalah dari segi kekangan masa. Kekangan masa yang dimaksudkan adalahdari segi masa penyediaan untuk memulakan PdP. i. Untuk memulakan pengajaran didalam makmal komputer, pergerakan pelajar adalah dari kelas ke makmal komputer tersebut mengambil masa dari lima hingga sepuluh minit. Ini akan menyebabkan masa pengajaran sebenar berkurang. ii. Penyediaan peralatan dan perkakasan komputer seperti pemasangan projector LCD. Ini keranaperalatan tersebut perlu dibawa dari bilik persediaan ke dalam kelas.Kerosakan kemudahan peralatan ICT yang ada seperti projector LCD yang tidak berfungsi dan bilanganbilik multimedia yang terhad dan bilik ini haruslah ditempah terlebih dahulu sebelum digunakan.Penggunaan ICT ini juga turut dipengaruhi dengan tajuk-tajuk yang diajarkan.
  13. 13. Penggunaan ICT oleh guruBahasa Melayu ini hanya digunakan untuk sesetengah tajuk yang memerlukan daya imaginasi pelajar. Melaluipenggunaan ICT dalam tajuk-tajuk yang tertentu ini akan membantu memudahkan pemahaman pelajardalam tajuk yang diajarkan.Semua ini merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT dalam kalangan guru Bahasa Melayu dalamproses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
  14. 14. RUJUKAN Azizi Yahaya (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Kassim bin Abbas (2006). Media Dalam Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Majid Abdul Ghafar (1992). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, penerbit UTM. Rozinah Jamaludin (2000). Asas-asas Multimedia Dalam Pendidikan. Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd. http://eprints.oum.edu.my/173/1/Konsep_sains.pdf http://psasir.upm.edu.my/6401/

×