Your SlideShare is downloading. ×
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Bcb
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Bcb

536

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
536
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
48
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2001
  • 2. Cetakan Pertama 2001 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Belajar Cara Belajar / Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bibliografi: ms. 83 ISBN 983-2340-36-5 1. Study skills. I. Judul. 371.30281 i
  • 3. KATA PENGANTAR Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan masa kini dan masa depan. Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut, Pusat Perkembangan Kurikuljum (PPK) telah menghasilkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan kurikulum. Modul (P&P) boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan. PPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat. Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia ii
  • 4. Isi Kandungan Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Objektif Modul 2 3. Rasional Belajar Cara Belajar 3 4. Apakah Belajar Cara Belajar 5 5. Peranan Guru dan Murid 6 6. Kemahiran Belajar 11 7. Kemahiran Maklumat 25 8. Strategi Metakognitif 39 9. Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran 51 10. Persediaan Peperiksaan 67 11. Contoh Rancangan Pelajaran 77 12. Bibliografi 84 13. Panel Penulis 85 iii
  • 5. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR PENGENALAN Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka. Modul ini dibina untuk membantu guru memahami kemahiran belajar dan seterusnya mengaplikasikannya ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Modul ini meliputi perkara yang berikut: Pengenalan - Objektif Modul - Rasional Belajar Cara Belajar - Objektif Belajar Cara Belajar - Apakah Belajar Cara Belajar - Peranan Guru; Peranan Murid Kemahiran Belajar Kemahiran Maklumat Strategi Metakognitif Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran Persediaan Peperiksaan Contoh Rancangan Pelajaran 1
  • 6. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 1. OBJEKTIF MODUL Selepas membaca Modul Belajar Cara Belajar (BCB), diharapkan guru mendapati beberapa idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran (p & p) di bilik darjah yang menyerapkan BCB. Ke arah ini, objektif modul ini adalah untuk: 1. Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru. 2. 3. Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran yang sesuai untuk murid. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid. 4. Membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara b l j d l & 6. Menyediakan contoh rancangan p & p untuk guru. 5. Membantu guru melatih guru lain menjalankan p & p berdasarkan Belajar Cara Belajar. 2
  • 7. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR Belajar Cara Belajar diperkenalkan kerana beberapa sebab : Masa di bilik darjah terhad. Pengetahuan dan maklumat yang diterima - Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu persekolahan. Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu. Kemahiran Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid. 3
  • 8. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti yang berikut: Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru. Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan & kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan. 4
  • 9. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR Pengertian Belajar Cara Belajar Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. 5
  • 10. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 5. PERANAN GURU DAN MURID DALAM BELAJAR CARA BELAJAR a) Peranan Guru Menentukan objektif pembelajaran. Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid. Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan p&p. Memilih bahan p&p yang sesuai. Berbincang dengan murid. Menilai secara formatif & sumatif dan merekod pencapaian murid. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 6
  • 11. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR b) Peranan Murid Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran. Menilai keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya. Menetapkan matlamat & diharapkan dapat menjayakannya. Berbincang dengan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu dicapai atau tidak. Merancang pembelajaran secara terperinci. Melaksanakan perancangan. Melaporkan kemajuan pencapaian. Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek, penguasaan kosa kata. Membuat refleksi dan menilai pencapaian. Memberikan ganjaran atas kejayaan diri. 7
  • 12. Kemahiran Belajar
  • 13. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti: Mendengar dengan berkesan Membaca Luncuran (Skimming) Imbasan (Scanning) Intensif Laju Mencatat Nota Menulis Laporan Cepat Mengingat 11
  • 14. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR a. Kemahiran Mendengar Dengan Cekap Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar melibatkan: Apa yang didengar arahan Pelbagai teks seperti puisi muzik ucapan lakonan lagu pengumuman berita syarahan Untuk mendapatkan maklumat, fakta, data, pengetahuan Mengapa mendengar Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik Untuk mengetahui perkembangan semasa Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu 12
  • 15. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Sesiapa sahaja yang: Siapa yang didengar Memberikan maklumat Memberikan penjelasan membuat pertanyaan memberikan pendapat Bagaimana mendengar dengan berkesan Dengan teliti dan penuh perhatian Dalam suasana yang tenang dan selesa Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar Motivasikan diri untuk memberikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu Memandang ke arah guru Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjuk dan ditulis 13
  • 16. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR b. Kemahiran Membaca . Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat jenis gaya bacaan, iaitu: i. Skimming (Luncuran) Skimming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Tujuannya untuk mendapatkan: maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen pandangan umum mengenai dokumen dengan segera Bagaimanakah membuat skimming: membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca ii. Imbasan (Scanning) Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Tujuannya adalah untuk : mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan. Bagaimana membuat imbasan: Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada 14
  • 17. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR iii. Bacaan Intensif Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan Intensif memerlukan: tumpuan ketekunan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna Tujuannya adalah untuk : mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut. iv. Bacaan Laju Memerlukan: kebolehan laju membaca kefahaman serentak membaca Tujuannya adalah untuk : menggunakan masa terhad dengan lebih produktif menjimatkan masa memperoleh kadar yang cepat 15 maklumat tambahan pada
  • 18. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Tip Bacaan Laju (Speed Reading) Bagaimanakah membaca laju i. Menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Ini boleh dibuat dengan: membaca cepat seluruh buku membaca cepat senarai bab membaca cepat semua bahagian membaca cepat semua perenggan ii. Pembaca laju boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tandatanda perbezaan seperti: tulisan condong tulisan bergaris tulisan tebal fakta yang bersiri atau bernombor (1,2,3, …) fakta yang bersiri abjad (a, b, c, …) iii. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada perkataan atau rangkai kata awalan ayat seperti: Pertama…,Kedua…., Ketiga….. Sebaliknya… Contohnya…. Dengan itu …. Selanjutnya…. iv. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada bentuk grafik seperti: Graf Jadual Gambar rajah v. Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca: mengingat isi yang senang dahulu daripada isi yang sukar membaca laju diikuti dengan catatan nota kerana catatan nota memaksa pembaca berfikir berfikir dengan cergas untuk memahami dan mengingat isi utama bahan yang dibaca. vi. Mengaplikasikan atau mengaitkan bacaan dengan pengalaman pembaca. 16
  • 19. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR c. Kemahiran Mencatat Nota Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain. Mengapakah perlu mencatat nota ? Mencatat isi utama penting sebagai rujukan. Daripada isi penting boleh dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota dikumpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan. 17
  • 20. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Ciri nota yang baik Mengandungi rangka kasar sahaja. Terdiri daripada idea utama. Dicatat dalam buku atau kertas catatan yang khas. Catatan terang dan mudah dibaca. Menggunakan kata kunci, simbol (contoh: sama dengan =) dan singkatan perkataan (contoh:yang = yg, dengan = dgn). Ada lakaran dan grafik yang menyokong teks. Catatan di sebelah kiri dan kanan NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan. Tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting. Nota disemak semula supaya tidak tertinggal idea penting. Bagaimanakah mencatat catatan Berikan perhatian pada maklumat yang didengar, dibaca dan dilihat. Maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dicatat. Hanya fakta baru sahaja yang dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baru. Baca dan susun semula catatan. Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak panah, garisan, bulatan, dan sebagainya. 18
  • 21. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR d. Kemahiran Menulis i. Menulis Laporan Panduan umum untuk menyediakan laporan adalah seperti yang berikut: Memiilih topik sekiranya topik tidak diberikan Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik Membuat nota Menyediakan kerangka laporan Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik yang lain yang sesuai Menyemak draf Membuat pemurniaan dan menulis draf kedua Menerbitkan laporan 19
  • 22. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR ii. Kemahiran Menulis Cepat Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur: Kelajuan menulis Tulisan yang boleh dibaca. Kandungannya difahami. Mengapakah perlu menulis cepat? cepat? Banyak maklumat yang boleh dicatat. Dalam peperiksaan masa terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang boleh ditulis. Menjimatkan masa. Apakah praprasyarat menulis cepat ? Murid mempunyai banyak maklumat atau fakta dalam ingatannya semasa menjawab soalan peperiksaan. Murid boleh mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat. Murid menyediakan alat tulis yang sesuai seperti pen yang sempurna dan pensel yang tajam. 20
  • 23. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Latihan untuk menulis cepat Pilih satu topik untuk dikarang. Peruntukkan masa untuk mengarang topik. Tulis karangan itu dalam masa yang ditentukan. Minta rakan membaca karangan dan memberikan maklum balas dari segi tulisan dan isi karangan. Ulang latihan dengan mempercepat masa menulis. e. Kemahiran Mengingat Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama. Jenis Ingatan Ingatan jangka pendek sahaja. maklumat tersimpan sebentar Ingatan jangka panjang ingatan. maklumat yang kekal dalam 21
  • 24. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Proses Ingatan Proses ingatan terbahagi kepada tiga langkah, iaitu: Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingantan (encoding ) Menyimpan maklumat Mengingat kembali maklumat (decoding) Cara Mengingat Mereka cerita Mencipta irama atau lagu Membuat catatan Membuat lakonan Membuat senarai semak Mencipta akronim – contoh: HKL (Hospital Kuala Lumpur) Mencipta akrostik - contoh: MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) Membuat rantaian atau berlawan contoh: piring - cawan Melakar grafik dan ilustrasi - peta, graf dan peta minda Mengingat secara kumpulan - terutama nombor – contoh: nombor telefon: 795 88 345 Mengulang Melatih tubi 22
  • 25. Kemahiran Maklumat
  • 26. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR KEMAHIRAN MAKLUMAT Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting. Mengenal pasti sumber pembelajaran, cara mendapatkan maklumat daripada temu ramah, membuat rujukan, mengenal maklumat dalam buku, dan cara merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasai oleh murid. i. Definisi Maklumat Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. ii. Definisi Kemahiran Maklumat Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu. 25
  • 27. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR iii. Mengenal Pasti Sumber Pembelajaran Maklumat boleh didapati melalui sesuatu yang didengar, dibaca dan ditonton. Terdapat pelbagai sumber yang dapat memberikan maklumat iaitu: Sumber yang berasaskan manusia (Contohnya: ibu bapa, guru, pakar bidang, rakan) Bahan bercetak (contohnya: akhbar, buku, majalah, ensiklopedia, atlas, almanak, kamus, direktori, buku tahunan, buku panduan, buku bibliografi, indeks, jurnal, abstrak dan buku teks). Bahan audiovisual (contohnya: piring hitam, radio, pita video, kaset video, mikrofis, filem, slaid, lutsinar, dan cakera laser). Sumber berasaskan komputer (contohnya: disket, CD ROM, dan Internet). Setiap sumber maklumat yang dinyatakan mempunyai kelebihan dan kelemahan sebagai akibat sifat fizikal, tenaga, harga dan cara penggunaan bahan tersebut. Walau bagaimanapun, faktor penentu ialah kuantiti dan kualiti maklumat yang terkandung dalam sesuatu sumber. iv. Jenis Sumber/Bahan 1.Jurnal . 2.Laporan 3.Kertas Kerja 4. Paten 5.Standard/Piawaian 6.Tesis/Disertasi 7.Katalog Perdagangan 8.Ensiklopedia 9.Kamus 10.Tesaurus 11.Atlas 12.Gazetiar 13. Buku Tahunan 14. Almanak 15. Indeks 16. Abstrak 17. Bibliografi 18. Ulasan/Resensi 19. Direktori 20. Biografi 21. Buku Panduan /Manual 22. Pangkalan Data Dalam Talian 23. Internet 24. CD-ROM 26
  • 28. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR v. Mengenal Pasti Masalah Dan Maklumat Yang Diperlukan • • • • • • • Memahami tugasan Menggunakan pelbagai sumber rujukan Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat Membina soalan asas Menentukan maklumat yang diperlukan Mengenal pasti skop sumber Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah vi. Menilai Dan Mengumpulkan Maklumat • Gunakan teknik imbasan dan luncuran. • Pilih bahan, baca, dengar dan tonton. • Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder. • Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta. • Kumpulkan buktii alasan dan butiran yang dapat menyokong pandangan/hujah. • Menilai sumber maklumat dan laman web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dengan tugasan. 27
  • 29. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR vii. Kemahiran Menemu Ramah Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa. Tentukan maklumat yang diperlukan. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemu ramah. Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya). Buat temu janji dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat). Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki. Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan. 28
  • 30. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Tepati janji temu. Beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima kasih). Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat. Adakan hubungan mata dan mendengar dengan penuh perhatian. Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu. Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan. Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain). Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan. Rangka persembahan maklumat dan tulis draf pertama. Lengkapkan persembahan dengan mendapatkan maklumat tambahan daripada sumber lain atau hubungi orang yang ditemu ramah semula. Lengkapkan persembahan dengan bahan grafik, gambar, lampiran dan senarai rujukan. 29
  • 31. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR viii. Kemahiran Membuat Rujukan Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya. Kaedah Mengesan Maklumat & Merujuk Bahan di Pusat Sumber Perpustakaan dengan menggunakan kad katalog dengan alat baca mikrofis dengan komputer OPAC. yang berasaskan sistem pengelasan yang tertentu misalnya Library of Congress atau Sistem Perpuluhan Dewey Menggunakan Laci Kad Katalog laci kad pengarang kad perkara kad judul Ada tiga jenis laci kad katalog Anda boleh menggunakan satu daripada laci tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara atau / dan judul. Anda boleh menggunakan mana-mana laci yang anda ada maklumatnya. 30
  • 32. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu: 000-099 100-199 200-299 300-399 400-499 500-599 600-699 700-799 800-899 900-999 Karya Am Falsafah Agama Sains Kemasyarakatan Bahasa Sains Tulen Teknologi Kesenian dan Hiburan Kesusasteraan Geografi, Sejarah dan Biografi ix. Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu. Pada kulit hadapan tertera tajuk buku dan nama pengarang. Pada halaman judul terdapat maklumat tentang judul buku, judul kecil, nama pengarang sepenuhnya, nama penyunting (jika ada) dan nama penerbit. 31 Penterjamahan oleh A.M.Mohd.Ali Virginia M. Hooker Sejarah Melayu-Islam Virginia M. Hooker
  • 33. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Pada bahagian halaman verso (belakang halaman judul) terdapat maklumat hak cipta, tahun hak cipta, tempat terbitan, catatan tentang halangan menyalin semula, alamat penerbit dan maklumat pengkatalogan iaitu nombor kad katalog. Bertentangan dengan halaman ini kadangkala disertakan pengenalan atau kata aluan. Jadual kandungan ialah bahagian yang penting dalam buku. Dalamnya terkandung nama bab, nama tajuk, perincian tajuk dan halaman yang selaras dengan tajuk. ISBN 983-622-2123-9 Cetakan Pertama 1991 Karya –V.M. Hooker Terjemahan: A.M. Mohd. Penerbitan: DBP Dicetak oleh DBP Untuk mengingati guru-guruku. Kandungan Pengenalan 1 Masa Lalu dan Kini 3 Dua Versi Teks 5 Bibliografi Bibliografi terdapat selepas tajuk akhir sesebuah buku atau pada akhir bagi setiap bab. Dalamnya terkandung senarai pengarang, tahun penerbitan, tajuk buku/majalah/jurnal, penerbit dan tahun terbitan disusun mengikut urutan abjad. Sesetengah buku memperuntukkan ruangan daftar kata atau glosari yang mengandungi keterangan atau makna tentang istilah dan singkatan yang digunakan dalam buku tersebut. 32 Asraf Wahab 1979. “Rumusan Pola-pola Ayat Inti”, DBP 1979. Brown C.C. 1956. Studies in Malay. London: Luzac. klausa satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek & satu predikat. konsonan bunyi-bunyi bahasa penggalan...
  • 34. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Sebelum kulit belakang terdapat ruangan indeks sama ada indeks perkara atau indeks pengarang yang disusun mengikut urutan abjad. Pada senarai perkara atau pengarang disertakan nombor halaman yang memperincikan maklumat tersebut. Pada kulit belakang kadangkala diberikan maklumat tentang isi buku misalnya sinopsis cerita dan biodata pengarang. Saka, 111 Salehah, 39 Sayid Umar, 53 Sejarah Bugis, 28, 32-4, 39-40, 69 Universiti Riau,13 Universiti Leiden, 6 Universiti Malaya, 91 Sinopsis Cerita ………………………… ………………………… ………………………… ………………………. Biodata: ………………………… ………………………… ………………………… …………………….. 33
  • 35. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR x. Kemahiran Merujuk Ensiklopedia Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku dan CD ROM) yang mengandungi maklumat bagi semua bidang ilmu pengetahuan. Maklumat ini termasuklah definisi, keterangan, sejarah, perangkaan dan bibliografi yang disusun mengikut urutan abjad. Setiap edisi ensiklopedia biasanya dibahagikan kepada beberapa jilid yang berurutan. Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu am dan khas. - Contoh ensiklopedia am: Oldham’s Encyclopedia Illustrated (ensiklopedia am kanak-kanak) dan Oxford Junior Encyclopedia. - Contoh ensiklopedia khas: Encyclopedia of Animals dan Encyclopedia of Art. Mengesan Maklumat daripada Ensiklopedia Ada ensiklopedia mempunyai jilid maklumat umum atau kasar yang disebut makro. Jilid yang menerangkan secara terperinci disebut jilid mikro. Perhatikan barisan ensiklopedia di rak khas dan lihat tulang belakang setiap jilid. Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan. Kata utama seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN dicap dengan huruf besar diikuti keterangan tentang perkataan tersebut. 34
  • 36. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR xi. Kemahiran Merujuk Kamus Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa sesuatu perkataan yang disusun mengikut urutan abjad. Terdapat dua jenis kamus iaitu: Kamus umum Kamus khas atau kamus istilah Mengesan Maklumat Daripada Kamus Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad. fabulous Pada sudut atas kiri setiap halaman dalam kamus tertulis kata pertama. fast pada sudut atas kanan tertulis kata terakhir bagi halaman tersebut. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah mendapat halaman tersebut, cari perkataannya. perkataan contoh frasa Fabulous fabulous – wonderful, a fabulous day It was a fabulous week. Everything went well. contoh ayat 35 keterangan makna perkataan
  • 37. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR xii. Kemahiran Mencari Maklumat Melalui Internet SENARAI ENJIN PENCARIAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. Infoseek Alta Vista Yahoo Google Lycos Cari (http://www.go. com) (http://www.altavista. com) (http://www.yahoo. com) (http://www.google.com) (http://www.lycos. com) (http://www.cari.com) CARA MENCARI MAKLUMAT 1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netscape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama. 2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan. 3. Taip kata carian (search word/ search term) yang berkait Dengan perkara, topik atau tugasan yang dicari. 4. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat tugasan tentang keris taipkan keris jika enjin carian yang dipilih menyediakan versi Bahasa Melayu atau taip dagger sekiranya tiada. Pilihan Bahasa Melayu. 5. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan lamanlaman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan. 6. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki. 7. Cuba kata carian yang lain sekiranya masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap. 36
  • 38. Strategi Metakognitif
  • 39. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR STRATEGI METAKOGNISI Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses yang berikut: i. Merancang apa yang hendak dipelajari. ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri. iii. Menilai apa yang dipelajari. 39
  • 40. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR i. Proses Metakognitif a. Proses Merancang Proses ini memerlukan murid: Meramal apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari; Menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi; Membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara. b. Proses Memantau Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara yang berikut: Adakah ini membawa makna kepada saya? Apakah soalan yang boleh saya Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Mengapakah saya tidak memahami cerita ini? 40
  • 41. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR c. Proses Menilai Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui: Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya? Mengapakah saya mudah/sukar menguasainya? Apakah tindakan/ pengubahsuaian yang harus saya ambil? Dengan pengetahuan ini, murid dapat memikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru. 41
  • 42. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR ii. Cara Mengajar Metakognitif Metakognitif tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran atau strategi secara berasingan. Oleh itu Metakognitif sepatutnya diajar secara infusi iaitu dengan menyerapkan metakognitif dalam kaedah kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan. iii. Kesan Daripada Penerapan Metakognitif Dengan penerapan ini, amalan menerapkan Metakognitif dalam setiap tahap pembelajaran secara spontan dan tanpa disedari dapat dipupuk. Murid diajarkan menggunakan strategi Metakognitif untuk membantu menyelesaikan masalah secara bersendirian atau berbincang dengan rakan. 42
  • 43. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR iv. Strategi Untuk Meningkatkan Metakognitif Yang berikut ialah beberapa strategi untuk meningkatkan Metakognitif: Terdapat 3 peringkat: a. Merancang Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan, guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut dipatuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan tuju hala yang harus diikuti. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan yang diajarkan itu dipatuhi. b. Menyoal Pada Semua Peringkat Menyoal ialah satu teknik penting untuk menjelaskan fikiran. Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu. 43 Apa ? Mengapa? Bagaimana?
  • 44. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR c. Memilih Secara Sedar berbincang dengan murid tentang pemilihan dibuat oleh murid dari segi kesan baik dan nya sebelum keputusan dibuat. d. Menilai Berdasarkan Pelbagai Kriteria Metakognisi boleh dikembangkan dengan memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebih kriteria penilaian. Contohnya: mengenal pasti dan membezakan apa yang dilakukan sama ada sesuatu itu membantu atau menghindar mengenal apa yang disukai dan tidak disukai menyenaraikan baik dan buruk sesuatu aktiviti. e. Mengambil Kredit Guru harus minta murid mengenal pasti apa yang positif atau baik daripada tindakan murid. Murid juga boleh mendapatkan maklum balas daripada rakan mereka dengan mengajukan soalan seperti : Apakah tindakan ini membanggakan diri anda? Bagaimanakah tindakan itu sepatutnya diberi Melalui cara ini, murid akan menyedari tingkah laku yang baik dan akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan. 44
  • 45. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR f. Mengelak Daripada Menyatakan ‘Saya Tidak ‘Boleh’ Cara yang boleh diaplikasikan ialah murid memikirkan beberapa soalan: “Apakah informasi yang diperlukan?” “Apakah alatan yang diperlukan?” “Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?” Soalan-soalan ini akan menimbulkan kesedaran tentang pengetahuan batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Kesedaran ini akan membangkitkan keyakinan murid bahawa mereka boleh melakukannya. g. Menggalakkan Idea Daripada Murid Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan memparafrasa pernyataan yang diutarakan oleh murid Contohnya: a) GURU: Apa yang ingin anda katakan ialah … b) GURU: Saya rasa anda ingin mem beritahu saya bahawa … Melalui cara ini, mereka dibimbing agar menjelaskan, memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan lebih mendalam. 45
  • 46. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR h. Memberikan Label Bagi Sesuatu Tindakan Guru boleh menyedarkan murid mengenai tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan yang diambil. Contohnya: Guru boleh memuji dan memberi pengiktirafan dengan; “Bagus, awak sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi …..” “ Apa yang kamu semua ialah satu eksperimen yang baik.” “Awak telah memberikan kerjasama kepada rakan kamu, dan itu satu sifat yang terpuji.” i. Menjelaskan Maksud Perkataan Tertentu Kepada Murid nya murid mengeluarkan perkataan seperti “tidak adil’, “Dia sangat tegas.” ‘tidak baik’, perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan adil”, “tidak baik”, atau “sangat tegas” agar murid lebih sedar dan bertanggungjawab terhadap impak kata-kata mereka. j. Main Peranan Dan Simulasi Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah laku secara metakognitif terhadap peranan tersebut. Simulasi memberikan peluang kepada murid untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan. 46
  • 47. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR k. Menyimpan Jurnal Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian/diari sepanjang pengalaman itu. Ini dapat membantu murid: - mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbol atau grafik - melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru - mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan - mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan dalam sesuatu percubaan l. Memberikan Teladan Contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh guru sebagai ikutan oleh murid adalah sangat berkesan. Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana beliau merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah laku beliau supaya murid dapat mencontohinya. 47
  • 48. Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran
  • 49. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR PENGURUSAN MASA Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu dan perancangan yang tersusun dan sistematik. Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang terperinci yang merangkumi: sesi pembelajaran, dan aktiviti-aktiviti lain dalam sehari. Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain. i. Bagaimanakah Menghasilkan Jadual Waktu Persendirian? Tentukan tempoh masa yang harus anda peruntukkan masa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran. Pilih keutamaan mengikut susah senang sesuatu mata pelajaran atau topik. Berikan tumpuan dan masa yang lebih kepada mata pelajaran dan topik yang anda rasakan sukar. Pastikan masa belajar seboleh-bolehnya dibahagikan sama rata sepanjang minggu, mengikut kesesuaian. Keupayaan minda menerima sesuatu pelajaran adalah terhad. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda belajar selama 2 jam sehari sepanjang minggu berbanding dengan belajar selama 10 jam hanya untuk satu hari dalam seminggu. 51
  • 50. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR ii. Penggunaan Masa Untuk Aktiviti Lain Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan untuk: - berehat membuat kerja rumah bersukan membantu ibu bapa melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati atau menghadiri kelas tambahan. iii. Apakah Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu ? Jadual waktu persendirian harus disediakan supaya: Mengurangkan pembaziran waktu Lebih memberi fokus kepada pelajaran Pengurusan masa lebih teratur Mengambil kira semua mata pelajaran Memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sukar Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja 52
  • 51. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR GAYA PEMBELAJARAN i. Mengapakah Perlunya Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran? Setiap individu tersendiri. mempunyai gaya belajar Apa yang penting bukanlah gaya tersebut tetapi hasil daripada pembelajaran yang telah dilakukan. Setiap minit yang diperuntukkan akan hanya bermakna sekiranya murid itu dapat memahami dan mengingati fakta dan konsep penting pelajaran berkenaan. Sebaliknya seseorang murid itu akan hanya kerugian masa sekiranya apa yang dipelajari tidak dapat dihayati sepenuhnya dan mereka tidak langsung dapat memahami atau mengingati perkara-perkara penting tentang pelajaran berkenaan. Murid harus mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar murid dapat memberikan fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari. 53
  • 52. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR ii. Apakah Gaya Pembelajaran? Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka. Pada asasnya dua model gaya pembelajaran yang dibincangkan di sini: Gaya VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik ) Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn 1. GAYA VAK Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik 1.1 Gaya Pembelajaran Visual Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. 54
  • 53. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu. 1.2 Gaya Pembelajaran Auditori Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. 1.3 Gaya Pembelajaran Kinestetik Murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktivitimelalui hands-on. 55
  • 54. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 2. GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN Gaya pembelajaran Dunn & Dunn mengandungi beberapa aspek penting yang diperincikan seperti yang berikut: STIMULUS UNSUR CIRI Bunyi Cahaya Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya. Suhu Suka belajar di tempat yang nyaman atau di tempat yang panas. Pola Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai. Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu diransang oleh guru. Ketabahan Alam Sekitar Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik. Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek. Tanggung jawab Bertanggungjawab untuk belajar atau perlu bimbingan guru. Struktur Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya diberikan lebih masa untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara. Emosi 56
  • 55. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR STIMULUS UNSUR CIRI Sendiri Suka belajar sendiri. Pasangan Suka belajar secara berpasangan. Rakan sebaya Suka belajar dengan rakan sebaya. Pasukan Suka belajar dalam kumpulan . Guru Suka belajar sebelahnya. Pelbagai cara Suka belajar dengan kombinasi beberapa cara di atas. Persepsi Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak. Makan Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar. Waktu Suka belajar pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa sahaja. Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar. Sosiologi Fizikal 57 dengan guru di
  • 56. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR STIMULUS CIRI Global atau Analitik Murid global suka belajar secara menyeluruh; murid analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis. Otak kiri atau Otak kanan Psikologi UNSUR Murid ini lebih cenderung memproses maklumat di otak kiri , suka belajar sesuatu bahagian demi bahagian, meminati bahasa dan membuat pengiraan dan analisis; murid yang lebih cenderung memproses maklumat di otak sebelah kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Impulsif atau Murid yang impulsif bertindak secara Reflektif spontan manakala murid yang reflektif berfikir sebelum bertindak. 58
  • 57. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 3. SOAL SELIDIK GAYA PEMBELAJARAN Soal selidik yang berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai bagi seseorang murid. Nama : …………………………………………………….. Kelas : ………………………………………………………. Arahan : Baca setiap pernyataan dibawah dengan teliti. Lengkapkan ruang di bawah memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap pernyataan itu berdasarkan skala yang berikut: SS Sangat Setuju S Setuju TP Tidak Pasti TS Tidak Setuju STS Sangat Tidak Setuju 5 4 3 2 1 Bil. Item SS (5) 1. Apabila guru memberikan arahan, saya dapat memahaminya dengan baik. 2. Saya gemar belajar dengan cara melakukan sesuatu di kelas. 3. Saya dapat menyiapkan lebih banyak tugasan jika saya melakukannya bersama dengan murid lain. 4. Lebih banyak yang saya pelajari jika saya belajar dalam kumpulan. 5. Di dalam kelas, saya belajar dengan lebih baik apabila bekerjasama dengan murid yang lain. 6. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca apa yang ditulis oleh guru di papan tulis. Saya belajar dengan lebih baik jika seseorang memberitahu saya bagaimana melakukan sesuatu. 7. 8. Jika saya melakukan sesuatu di kelas, saya belajar dengan lebih baik. 59 S (4) TP (3) TS (2) STS (1)
  • 58. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 9. Saya lebih mengingati perkara yang saya dengar dikelas daripada perkara yang saya baca. 10. Jika saya membaca arahan/panduan, saya mengingatnya dengan lebih baik. 11. Lebih banyak yang saya pelajari dengan membuat model bagi sesuatu perkara. 12. Saya lebih memahami sesuatu dengan membaca arahan/panduan. 13. Saya lebih mengingati sesuatu dengan belajar bersendirian. 14. Lebih banyak yang saya pelajari dengan melakukan sesuatu bagi projek kelas. 15. Saya berasa seronok melakukan eksperimen di kelas. 16. Saya belajar dengan lebih baik dengan membuat lukisan semasa mempelajari sesuatu. 17. Saya belajar dengan lebih baik jika guru menyampaikan penerangan. 18. Jika saya belajar bersendirian saya belajar dengan lebih baik. 19. Saya lebih memahami sesuatu perkara apabila saya mengambil bahagian dalam main peranan. 20. Saya belajar dengan lebih baik jika saya mendengar sesuatu perkara. 21. Saya genar membuat tugasan bersama dengan dua atau tiga orang rakan yang lain. 22. Jika saya membina sesuatu, saya lebih mengingati sesuatu yang saya pelajari dengan lebih baik. 23. Saya lebih gemar belajar dengan seseorang. 24. Saya belajar dengan lebih baik dengan membaca daripada mendengar sesuatu. 25. Saya seronok membuat sesuatu untuk projek kelas. 60
  • 59. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 26. Saya belajar dengan begitu baik di kelas apabila saya mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan. 27. Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya melakukannya sendiri. 28. Saya lebih gemar menjalankan sesuatu projek secara bersendirian. 29. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca buku teks daripada mendengar penerangan guru. 30. Saya suka bekerja bersendirian. (Diubahsuaikan daripada Joy Reid, 1984) Lembaran Permarkahan Kendiri Terdapat lima pernyataan bagi setiap jenis gaya pembelajaran. Pernyatan di atas dikelompokkan berdasarkan gaya tersebut. Setelah anda melengkapkan jadual di atas, jumlahkan semua skor bagi setiap kelompok gaya pembelajaran dan darab dua jumlah tersebut dan catatkan jumlahnya pada ruang yang betul. Visual Pernyataan Skor 6 10 12 24 29 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Kecekatan Tangan Pernyataan Skor 11 14 16 22 25 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Auditori Pernyataan 1 7 9 17 20 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Skor 61
  • 60. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Berkumpulan Pernyataan 3 4 5 21 23 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Skor Kinestetik Pernyataan 2 8 16 15 19 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Skor Bersendirian Pernyataan Skor 13 18 27 28 30 Jumlah Skor = Jumlah x 2 SKOR Gaya pembelajaran utama 38-50 Gaya pembelajaran kedua 25-37 Gaya pembelajaran yang tidak penting 0-24 62
  • 61. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Penerangan Tentang Gaya Pembelajaran Utama Gaya Pembelajaran Utama 1. Visual 2. Auditori 3. Kinestetik 4. Kecekatan Tangan 5. Berkumpulan 6. Bersendirian Penerangan Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat perkataan dalam buku dan papan tulis, tidak memerlukan penerangan lisan yang banyak, dapat belajar bersendrian dengan membaca buku, dan perlu mencatat penerangan atau arahan lisan yang disampaikan sekiranya ingin mengingati sesuatu maklumat. Pelajar belajar daripada perkataan yang diujarkan, dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat atau dengan menggerak-gerakkan bibir ketika membaca, serta mendapat manfaat daripada mendengar pita audio, syarahan, dan perbincangan kelas. Pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman, dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan, dan main peranan. Kombinasi rangsangan seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar memahami perkara baru. Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabila berpeluang membuat latih amal (hands-on) dengan bahan seperti melakukan eksperimen di makmal, membina model, dan menyentuh dan menggunakan bahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar memahami maklumat baru. Pelajar belajar dengan lebih mudah sekiranya berteman, dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan bekerjasama dengan orang lain, mengingati maklumat apabila bekerja dengan rakan pelajar yang lain, dan stimulasi daripada rakan membantu anda memahami perkara baru. Pelajar belajar, berfikir, serta memahami dan mengingat maklumat baru dengan lebih baik apabila bekerja atau melakukan sesuatu bersendirian. Gaya pembelajaran minor menunjukkan bahawa pelajar masih dapat belajar dengan baik melalui gaya pembelajaran tersebut, manakala gaya pembelajaran yang tidak penting bererti pelajar menghadapi kesulitan belajar melalui gaya tersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya yang lebih membantu pelajar dalam pembelajaran. (Diubahsuaikan daripada Instrumen Gaya Pembelajaran, Murdoch Teacher Center, Wichita, Kansas). 63
  • 62. Persediaan Peperiksaan
  • 63. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN Kebiasaannya peperiksaan tidak digemari murid. Setelah belajar bersungguh-sungguh, setiap murid mengharapkan keputusan yang baik dalam peperiksaan. Menghadapi sesuatu peperiksaan memang berat dan masalah yang berkaitan dengannya memang banyak. Kemahiran belajar cara belajar membantu murid beranggapan positif terhadap peperiksaan dan seterusnya menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin. MENGECEWAKAN MENDUKACITAKAN Peperiksaan memberikan pelbagai pengalaman kepada murid seperti MENGGEMBIRAKAN MENDEBARKAN MENAKUTKAN MERISAUKAN 67
  • 64. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR GURU BOLEH: Memotivasikan murid agar tekun belajar. Membantu murid untuk memberikan tumpuan pada pelajaran. Menggalakkan murid agar sentiasa berminat dengan kerja sekolah. Mengajar murid teknik belajar yang betul. Mengajar murid cara mengulang kaji dan mengambil nota yang betul. 68
  • 65. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR MURID PERLU : Sentiasa bersedia dan membuat ulang kaji untuk mengekalkan ingatan jangka panjang. Tidur secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan Hadapi peperiksaan dengan perasaan yakin diri Elakkan menduduki peperiksaan dengan perut yang kosong. Makan makanan yang berzat dan seimbang. 69
  • 66. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Datang awal dengan persiapan yang secukupnya. Bawalah peralatan yang diperlukan seperti pen, pensel, pemadam, jam tangan, pembaris dan lain-lain. Berdoa dan tenangkan diri sebentar sebelum memulakan peperiksaan. Ingatkan diri bahawa anda telah bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan dengan baik. Jangan sesekali cuba membuat ulang kaji pada saat-saat akhir. 70
  • 67. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Jangan gementar dan panik. Ubah sedikit posisi duduk supaya anda berasa selesa. Membaca arahan dan soalan terlebih dahulu - Luangkan sedikit masa untuk membaca soalan-soalan secara mendalam. - Putuskan tempoh masa diperlukan untuk menjawab setiap soalan. - Jawab soalan yang mudah dahulu. - Ketika membaca soalan, tandakan kata-kata kunci. - Catatkan idea-idea yang timbul yang boleh digunakan sebagai jawapan. 71
  • 68. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Strategi menjawab soalan - Jawab soalan mudah yang anda ketahui jawapannya dan diikuti dengan soalan yang susah. - Jika ada pilihan, hindari soalan susah yang anda tidak pasti jawapannya serta diperuntukkan jumlah markah yang sedikit. Ketika menjawab soalan aneka pilihan: - abaikan jawapan yang anda tahu salah. - buat pilihan kepada baki jawapan sedia ada. Ketika menjawab soalan berbentuk karangan, fikirkan dahulu jawapannya sebelum anda menulis - Buat kerangka jawapan. Catatkan idea. - Gunakan perenggan pertama sebagai gambaran keseluruhan. - Gunakan perenggan berikutnya untuk membincangkan isi-isi penting secara mendalam. - Perlihatkan pertautan antara perenggan. - Berikan contoh tertentu. 72
  • 69. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Sisihkan 10 peratus masa yang diperuntukkan untuk memeriksa jawapan anda - Periksa semula jawapan anda. - Hindari perasaan ingin segera meninggalkan dewan atau kelas setelah anda menjawab semua soalan peperiksaan atau ujian. Selepas peperiksaan : Kenal pasti kelemahan dan baiki cara pembelajaran Ini dapat menajamkan minda anda dan mendapat ilmu pengetahuan yang baru. 73
  • 70. Contoh Rancangan Pelajaran
  • 71. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Masa Tajuk Bidang : : : : 4 80 Minit Berita / Laporan Sukan Maklumat Dan Interpersonal Hasil pembelajaran: 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi penting tentang pelbagai bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan berdasarkan konteks. 1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras. Kemahiran bahasa Sistem bahasa Peraturan Sosiobudaya Kemahiran bernilai tambah : Mendengar, membaca dan menulis : Kosa kata : bekerjasama, bertolak ansur dan patriotisme : - Belajar Cara Belajar (merujuk kamus, membuat nota ringkas dan metakognisi) - Kajian Masa Depan Langkah pengajaran dan pembelajaran: 1. Murid mendengar rakaman audio muzik montaj rancangan sukan TV, dan bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang didengar. (set induksi) 2. Guru mengemukakan soalan sebelum memperdengarkan rakaman audio laporan sukan dan mencatat isi penting kepada murid. (metakognisi) 3. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan dan format laporan sukan yang didengar. 4. Murid mendengar rakaman audio temu bual dengan seorang ahli sukan terkenal dan menyenaraikan isi penting. (kemahiran mencatat isi) 5. Murid menyenaraikan isi penting dan membandingkan jawapan dengan senarai isi yang disediakan oleh guru. 6. Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara mengesan isi penting dalam teks tersebut .(kemahiran mengenal isi penting) 7. Murid membaca teks yang diedarkan dan mengesan perkataan sukar serta merujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan mengikut konteks. (kemahiran merujuk) 8. Murid menjalankan main peranan sebagai pemain badminton negara dan wartawan. Murid mengulas tentang teknik penyoalan dan kata yang digunakan dalam temu bual. Guru membuat ulasan dan rumusan. 9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti dalam bentuk dialog. 77
  • 72. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Lesson Plan for English Topic : Target Group : Proficiency : Lesson: : Sports Form 2 Beginner to Intermediate Lesson 3 in the week Objectives: By the end of the lesson, students should be able to: (a) understand subject-verb agreement rules; (b) identify errors in subject-verb agreement exercises. LHTL Strategies: Learning grammar rules by Identifying patterns and errors in language use. Procedure: 1. 2. Provide 10 sentences in a worksheet. (Worksheet 1) Students try and work our for themselves the similarities and differences in sentences. Examples: I write to my brother once a week. They jog every evening. She sleeps in the afternoon. Singular subject Plural subject I / You 3. 4. 5. 6. = singular verb (verb + -s or -es) = plural verb (verb -s) = plural verb (verb -s) Teacher explains the ‘rules’ relating to subject-verb agreement. Students are provided with a worksheet of 10 – 15 sentences ( worksheet 2). Students fill in the tables in the worksheet. Students are provided with another worksheet (worksheet 3) with sentences that contain errors in subject-verb agreement. Students identify the errors and correct them. 78
  • 73. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR WORKSHEET 1 Building Language Awareness LOOKING FOR LANGUAGE RULES Look at the sentences below. 1. My brother plays football once a week. 2. My friends and I jog every evening. 3. He plays tennis every afternoon. 4. They take swimming lessons once a week. 5. Azmi and Ah Kow play hockey every evening. 6. He hurt his foot while kicking the ball. 7. Mei Mei scores a goal. Well done! a) In small groups, discuss the structure of the sentences above. Are there any similarities in the way these sentences are formed? b) Try to write a rule to explain the common structure in these sentences: c) Write a few sentences using this ‘rule’. WORKSHEET 2 1. The boy kicks the ball. 2. My sister scores a goal. 3. She hit the ball hard. 4. They train every evening. 5. Ali drinks a glass of orange juice before a game. 6. He wears shin guards to protect his shins. 7. The hockey stick cost him RM 90.00. 8. We need another player for our team. 9. He wears a black jersey, white shorts, and red stockings. Use the sentences above and complete the table. SUBJECT SINGULAR 1. The boy VERB kicks PLURAL 79 the ball.
  • 74. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR WORKSHEET 3 Identify and correct the errors in these sentences. 1. Mariam grow a lot of flowers. 2. The boys is always doing things together. 3. Lalita’s grandparents lives on a farm 4. We gets starch from tapioca. 5. Encik Mohamed burn the padi stalks. 6. Dadah bring danger to our lives 7. These is the eyes and this are the nose. 8. Firemen rescues people in a fire. 9. Mrs. Tan teach in a secondary school. 10. Rohani and Rohana is twins. 80
  • 75. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR MATEMATIK Contoh 1: Berpandukan gaya pembelajaran kinestetik. Mata Pelajaran Tingkatan Tajuk Bahan : : : : Hasil Pembelajaran Matematik 2 Bulatan Bekas berbentuk silinder berbagai saiz, benang, pembaris, kertas mahjung, : 1. Mengukur lilitan dengan menggunakan benang. 2. Menganggarkan nilai dengan mencari nisbah lilitan kepada diameter bagi beberapa bulatan, 22 atau 3.142 sebagai 3. Menyatakan 7 penghampiran kepada 4. Mengira lilitan suatu bulatan, apabila diberikan diameter dan jejari 5. Mengira diameter dan jejari apabila diberikan lilitan bulatan. Aktiviti 1 (Berkumpulan) 1 Murid mengukur lilitan dan diameter beberapa bekas (sekurang-kurangnya 5. Nilai-nilai yang didapati dicatatkan ke dalam jadual 2 Murid mencari nisbah lilitan kepada diameter bagi setiap ukuran yang telah dicatat. Mereka digalakkan menggunakan kalkulator. 3 Murid membentangkan dapatan mereka kepada kelas dengan menerangkan secara terperinci proses yang telah diambil dan juga kesimpulan yang telah mereka buat tentang nisbah litlitan kepada diameter. 4 Di akhir sesi pembentangan, guru perlu memprkukuhkan konsep dengan menerangkan bahawa nisbah lilitan kepada diameter sebenarnya adalah ‘sama’ bagi sebarang bulatan. Nilai tersebut dinamakan 5 Lilitan = Diameter 6 Terbitkan juga rumus l = l=2 7 d j Berikan beberapa contoh yang berkaitan. 81 .
  • 76. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Contoh 2: Berpandukan gaya pembelajaran Visual Mata Pelajaran Tingkatan Tajuk Hasil Pembelajaran : : : : Matematik 2 Persamaan Linear 1. Menentukan sama ada suatu kuantiti dalam situasi tertentu yang diberikan adalah suatu pembolehubah atau pemalar. 2. Menentukan pembolehubah dalam situasi yang diberikan dan mewakilkannya dengan huruf abjad yang sesuai. 3. Menyatakan nilai-nilai yang mungkin pembolehubah dalan keadaan tertentu. bagi 4. Membentuk rumus berasaskan data yang diberikan atau data yang diperoleh daripada aktiviti. 5. Menyelesaikan masalah yang melibatkan rumus. Murid diminta membincangkan lembaran berikut dalam kumpulan kecil. 82
  • 77. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Biji benih yang anda semai sudah bercambah. Hari pertama anda ukur tinggi anak semai tersebut ialah 2.4 cm. Setiap hari anda ukur anak semai itu dan mendapati ketinggiannya adalah seperti berikut : Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 2.4 cm 3.8 cm 5.2 cm 6.6 cm 1. Sekiranya anak benih itu membesar dengan kadar yang sama pada setiap hari, berapakah ketinggian yang akan dicapai setelah 4 hari ? 2. Berapakah ketinggiannya selepas 5 dan 6 hari ? 3. Bentukkan satu rumus yang mengaitkan ketinggian anak benih dengan bilangan hari selepas ketinggian anak benih itu mula diukur. 4. Gunakan rumus anda untuk mencari ketinggian anak benih tersebut selepas 7 hari. 5. Gunakan rumus anda untuk mencari bilangan hari yang diambil untuk anak benih itu mencapai ketinggian 32 cm. 6. Berikan alasan anda kenapa rumus yang dibentuk itu tidak lagi tepat digunakan untuk menentukan ketinggian pokok tersebut selepas tempoh yang tertentu. 83
  • 78. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Bibliografi Ab. Rahim Selamat, 1989. Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Ab. Rahim Selamat, 1989. Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Blosser, P.E., 1991. How to Ask the Right Questions. Washington, D.C.: National Science Teachers Association Burley-Allen, M., 1995. Listening:The forgotten skill. New York: John Wiley & Sons Fogarty, R., 1994. How To Teach For Metacognitive Reflection. Victoria: Hawker Brownlow Education Freeman, R., 1982. Mastering Study Skills. Surrey: The Macmillan Press Ltd. Geddes, Doreen S., 1995. Keys To Communication: A Handbook for School Success. Thousand Oaks, CA: Corwin Press Rowe, Mary Budd. 1986. Wait Time: Slowing down may be a way of speeding up. Journal of Teacher Education. 37, 736-741 84
  • 79. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Panel Penulis Penasihat : Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pengerusi Ahli : Dr. Rohani bt Abd Hamid Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum : Cik S. Sivagnanachelvi (Ketua) En. M. Govindan Tn. Hj. Ibrahim bin Sakimin Cik Norkiahanum bt Mohd. Noor Pn Noraziah bt Ahmad Ghazali Pn. Rozita bt. Mat Zain En. Khiruddin bin Ahmad 85

×