Asement edu
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Like this? Share it with your network

Share

Asement edu

on

  • 2,982 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,982
Views on SlideShare
2,982
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
145
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Asement edu Document Transcript

  • 1. 1 BIODATA PELAJAR NAMA : FASIHAH BT. MAHAMAD MADANI NO.KAD PENGENALAN : 900127-02-5912 NAMA AYAH : MAHAMAD MADANI B. HAJI IBRAHIM NAMA IBU : SITI BEDAH BT. ABDULLAH ALAMAT : 152, KAMPUNG BATU HAMPAR KANAN, 06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN. TEMPAT LAHIR : KAMPUNG PAYA NEDAM, GAJAH MATI, 06700 PENDANG, KEDAH TARIKH LAHIR : 27 JANUARI 1990 HOBI : MEMBACA DAN MELUKIS NO.TELEFON : 019-5640840 PRINSIP : KEGAGALAN TIDAK AKAN MEMBUATKAN KITA PUTUS ASA TETAPI MEMBERI PELUANG KEPADA KITA UNTUK TERUS BERUSA
  • 2. 2 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai sistem pendidikan yang bersistematik dan berintegriti. Pendidikan yang diterima di negara ini telah menjadi tonggak kejayaan dan keupayaan kepada seseorang individu untuk membentuk dirinya menjadi insan yang berilmu dalam setiap bidang yang diceburi. Maka dengan sebab itu, pihak kerajaan telah merencanakan pelbagai program pendidikan bagi memastikan rakyat menerima serta mendapat pendidikan yang sama rata tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, budaya dan etnik. Pendidikan amat berkait rapat dengan sekolah, guru dan pelajar kerana tanpanya ia tidak dapat berjalan dengan sempurna. Sekolah yang mempunyai guru yang berkemahiran, berkepimpinan serta mampu mendepani cabaran semasa dapat melahirkan pelajar yang berkualiti tidak hanya dalam peperiksaan bahkan dari aspek tingkah laku mereka. Justeru, guru memainkan peranan penting untuk membentuk pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa dan budaya dengan menjadikan pendidikan sebagai wadah utama dalam mencapai kehidupan yang baik dan seimbang. Meskipun Malaysia boleh dianggap sebagai negara yang maju dalam sistem pendidikan, masih terdapat golongan yang kurang diberi perhatian dan pendedahan mengenai pendidikan. Hal ini telah memberi satu cabaran yang besar kepada para guru khususnya untuk memastikan golongan yang tercicir dalam arus pendidikan ini mendapat kesamaan dan peluang yang adil serta berkesan.
  • 3. 3 Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk sama-sama meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan agar ianya setaraf dengan kemajuan yang telah dicapai di negara ini. Negara yang mundur adalah disebabkan rendahnya pendidikan yang diterima namun, negara yang berkembang pesat adalah bergantung kepada kemajuan pendidikan yang dikecapi secara berterusan.
  • 4. 4 ISU-ISU UTAMA YANG TIMBUL BERKAITAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1.0 PENGENALAN Dewasa ini, perkembangan pendidikan di Malaysia telah menjadi topik perbincangan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan merupakan asas utama untuk membentuk masyarakat yang seimbang, harmonis dan bertamadun. Tanpa pendidikan, sesebuah negara bukan sahaja akan mundur bahkan rakyatnya juga akan menjadi malas serta menganggur. Jika dilihat kepada sejarah pendidikan di Malaysia, pihak kerajaan telah menggubal serta melaksanakan dasar-dasar pendidikan yang selaras dengan keperluan rakyatnya. Hal ini menunjukkan bahawa, pihak kerajaan begitu prihatin terhadap bidang pendidikan walaupun negara mengalami beberapa perubahan dalam masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Penyata Rahman Talib, Dasar Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia Kedua hingga Rancangan Malaysia Keenam telah mengadakan pelbagai rancangan yang membolehkan setiap rakyat sama ada yang tinggal di dalam dan di luar bandar mendapat kemudahan pendidikan yang secukupnya.
  • 5. 5 1.1 KONSEP KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA Sebut sahaja ketaksamaan peluang pendidikan, fikiran kita sudah pasti akan tertumpu kepada penduduk di luar bandar kerana kekurangan kemudahan dan infrastruktur di kawasan tersebut. Hakikatnya, ketaksamaan merujuk kepada pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapat perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti aspek peralatan, kemudahan, peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. Menurut kamus dewan edisi ketiga, ketaksamaan adalah berkaitan dengan perihal iaitu sifat atau keadaan yang tidak sama antara gambaran dan hakikat. Dalam erti kata lain, ia juga membawa erti implikasi daripada taburan sumber, kuasa dan autoriti yang tidak sama rata. Dari aspek sosiologi, ketaksamaan bermaksud keadaan di mana manusia tidak mendapat ganjaran sosial yang sama (Noran Fauziah Yaakub, 1987). Kemudahan dalam pendidikan juga dianggap ganjaran sosial kerana masyarakat sememangnya mengharapkan ganjaran sosial yang diberikan oleh pihak kerajaan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, ketaksamaan merupakan situasi atau keadaan dimana tidak wujud akses kepada pendidikan yang disebabkan beberapa faktor. Antara faktor yang menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan adalah seperti latar belakang pelajar, kedudukan sekolah, status sosioekonomi, pencapaian pelajar, peluang hidup, perbezaan bahasa dan sebagainya. Jadi, berdasarkan definisi di atas, dapatlah disimpulkan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan adalah keadaan yang menyebabkan pelajar tidak mendapat kemudahan
  • 6. 6 pendidikan yang lengkap dan sempurna walaupun mereka berada di sebuah negara yang maju dan serba moden. 1.2) ISU YANG TIMBUL BERKAITAN KETIDAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN CARA MENANGANINYA. Isu merupakan sesuatu perkara yang difikir dan dibincangkan secara terbuka oleh semua orang. Ia adalah sesuatu masalah atau sesuatu perkara biasa. Merujuk kamus dewan edisi ketiga, isu bermaksud.perkara pokok atau persoalan. Dalam hal ini, isu yang ingin dibincangkan adalah berkait rapat dengan ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia yang semakin rancak diperkatakan oleh semua pihak terutamanya bagi mereka yang mengambil berat terhadap bidang pendidikan. Terdapat pelbagai isu yang berlaku yang adakalanya mengundang ketidakadilan peluang pendidikan kepada para pelajar di sekolah. Antara isu tersebut ialah kekurangan tenaga pengajar di sekolah luar bandar. Kita sedia maklum bahawa, peluang pendidikan bagi penduduk di kawasan luar bandar amat terhad jika dibandingkan dengan penduduk bandar kerana kebiasaanya mereka mengalami kekurangan kemudahan seperti infrastruktur dan peralatan, kekurangan guru mahir dan sokongan daripada ibu bapa serta masyarakat setempat. Jika dirujuk kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 iaitu pada teras kelima ada dinyatakan bahawa jurang pendidikan antara lokasi, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar akan dirapatkan. Namun, sejauh manakah usaha ini dapat diteruskan apabila pelajar-pelajar di sekolah luar bandar menghadapi masalah untuk belajar dalam subjek-subjek tertentu
  • 7. 7 disebabkan kurangnya guru di sekolah tersebut. Malah, mereka juga tidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar kerana tidak ada guru yang dapat memberi nasihat serta membimbing mereka dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) , pada tahun 2000 sebanyak 61.8 guru terdiri daripada guru perempuan dan KPM menghadapi masalah menempatkan mereka di sekolah luar bandar, terutamanya di kawasan pedalaman dan pulau. Manakala, sekolah di kawasan pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Rentetan ini menyebabkan guru yang kurang berpengalaman terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Hal ini sudah pasti akan mewujudkan ketidaksamaan pendidikan dalam kalangan pelajar di sekolah luar bandar apabila mereka perlu menguasai mata pelajaran yang sukar dalam tempoh yang lama disebabkan guru kurang berkemahiran dalam mengajar subjek tersebut. Berbeza pula bagi pelajar di sekolah bandar yang mempunyai guru yang berkemahiran serta arif dalam setiap mata pelajaran yang diajar. Jika di luar bandar, sesebuah sekolah menghadapi masalah kekurangan guru tetapi di bandar mempunyai lebihan guru. Keadaan ini telah mewujudkan peluang yang lebih baik kepada pelajar di sekolah bandar kerana mendapat pendidikan yang sempurna berbanding pelajar di kawasan luar bandar yang terpaksa bertungkus lumus serta bersungguh-sungguh mempelajari sesuatu ilmu. Jika diperhatikan, isu atau masalah ini timbul apabila terdapat guru-guru yang mahir serta mendapat latihan daripada Institut Pengajian Tinggi berat hati untuk menerima
  • 8. 8 penempatan yang telah ditawarkan oleh pihak KPM. Malah, ada juga yang kecewa dan tidak berpuas hati jika penempatan mengajar tersebut tidak menepati kehendak pilihan mereka. Lebih menyedihkan apabila mereka sukar menerima jika dihantar bertugas di kawasan luar bandar kerana mereka mempunyai persepsi negatif seperti kemudahan terhad serta lokasi yang jauh dari kawasan bandar. Akhbar Harian Metro pada 28 Mac 2009 ada melaporkan bahawa guru-guru yang telah mendapat penempatan mengajar di kawasan luar bandar sanggup memilih jalan menganggur dan menukar profesion daripada dihantar bertugas nun jauh di pedalaman. Akibatnya, pihak KPM terpaksa menghantar guru yang kurang latihan khususnya dalam bidang pendidikan ke sekolah luar bandar yang sememangnya mempunyai masalah kekurangan tenaga pengajar dalam setiap mata pelajaran. Menyedari hakikat permasalahan ini, maka Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PIPP telah menggariskan beberapa langkah untuk mengatasi fenomena kekurangan guru di sekolah luar bandar iaitu dengan meningkatkan bilangan guru terlatih mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman. Antara strategi yang akan dilaksanakan ialah termasuklah dengan mewajibkan guru baru berkhidmat di kawasan pedalaman serta menambah baik insentif khusus kepada guru yang berkhidmat di pedaman. KPM juga akan menyediakan ansurans kepada semua guru yang berkhidmat di luar bandar di samping menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Di samping itu, bagi guru yang terpaksa mengajar subjek di luar kepakarannya tidak boleh berputus asa mahupun berasa kecewa kerana keadaan seperti ini bukanlah perkara baru dalam dunia profesion keguruan. Masalah ini mungkin bersifat sementara
  • 9. 9 dan juga berpanjangan. Untuk menangani masalah ini, guru tersebut terlebih dahulu perlu meneliti sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang akan diajar. Contohnya dengan mendapatkan pelbagai maklumat mengenai skop pelajaran serta bertanyakan masalah yang dihadapi kepada guru-guru yang berpengalaman. Melalui cara ini, mereka akan berasa bahawa mata pelajaran tersebut tidaklah begitu sukar seperti yang dijangkakan. Selain itu, mereka juga perlu meneliti buku latihan pelajar bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang aktiviti dan jenis latihan yang diperlukan. Malah, bahan rujukan amat diperlukan agar guru tersebut berasa yakin dengan pengajarannya meskipun subjek yang diajar itu adalah perkara baru dalam hidupnya. Dengan demikian, pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih menarik dan berkesan, malah pelajar pula tidak akan berasa bosan untuk belajar. Kesannya, pelajar di sekolah luar bandar dapat menikmati pendidikan yang baik dan sempurna sepertimana pelajar di sekolah bandar. Isu seterusnya adalah mengenai kesesakan pelajar di dalam kelas yang sememangnya menjadi masalah kepincangan dalam sistem pendidikan negara. Fenomena ini sudah lama dibincangkan di dada-dada akhbar dan media rentetan daripada rungutan atau aduan ibu bapa yang membangkitkan masalah anak masing-masing yang terpaksa belajar di dalam kelas yang tidak selesa. Hakikatnya, masalah ini berlaku di sekolah bandar yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan padat. Akhbar Berita Harian pada 27 Julai 2009 ada menulis mengenai isu ini dimana Sekolah Kebangsaan Saujana Utama (SKSU), Sungai Buloh, Selangor telah menjadi salah sebuah sekolah yang dipantau oleh pihak Berita Harian. Hasil tinjauan yang dilakukan, mereka mendapati
  • 10. 10 kesesakan pelajar jelas meruncing apabila berlaku lebihan 1,000 murid berbanding kapasiti sekolah yang hanya mampu menampung 2,400 berdasarkan kemudahan infrastruktur yang ada. Masalah ini berlaku akibat daripada kepesatan penduduk di sesuatu kawasan dan tidak banyak sekolah yang didirikan di kawasan tersebut. Apabila ibu bapa yang bekerja di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk, mereka hanya mahu menghantar anak-anak ke sekolah yang menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya. Pada mereka, dengan cara demikian lebih mudah untuk mereka menghantar dan membawa anak- anak pulang ke rumah kerana jarak sekolah dengan tempat kerja yang tidak terlalu jauh meskipun anak-anak mereka terpaksa belajar di dalam kelas yang sesak. Mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mat Dom mengatakan bahawa masalah kesesakan bilik darjah majoritinya berlaku di Lembah Klang dan beberapa bandar besar yang melibatkan kawasan pinggiran bandar seperti Kajang, Sentul, Klang, Rawang dan Subang. Menurut beliau lagi, keadaan ini adalah disebabkan pembangunan projek perumahan yang begitu pantas di kawasan terbabit. Di samping itu, kekurangan bilik darjah di sekolah-sekolah bandar juga antara faktor yang menyebabkan wujudnya kesesakan di dalam kelas. Dalam hal ini, pihak sekolah terpaksa menetapkan jumlah pelajar yang begitu ramai di dalam satu kelas. Akibatnya murid terpaksa belajar dalam keadaan yang tidak kondusif, malah susunan meja yang padat di dalam kelas turut menjejaskan tumpuan terhadap pengajaran. Bayangkan apabila kelas tersebut mempunyai 45 orang murid yang mempunyai tingkah laku yang berbeza-beza, sudah pasti suasana kelas akan menjadi bising dan seterusnya mewujudkan sikap agresif yang keterlaluan dalam kalangan sebilangan pelajar.
  • 11. 11 Umpamanya, menganggu rakan-rakan yang sedang membaca buku, bergaduh dan berlari hingga berlakunya perlanggaran sesama rakan-rakan lain. Hakikatnya, fenomena ini bukan hanya melibatkan murid bahkan turut menyumbang perkara negatif kepada guru. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan guru mengaitkan beban kerja mereka dengan masalah berdepan murid terlalu ramai dalam sesebuah kelas yang sesetengah mencecah 45 hingga 50 orang. Jadi, guru akan hilang fokus untuk mengajar, malah mereka turut mengalami tekanan emosi akibat daripada kerenah dan telatah murid yang tidak terkawal. Bagi murid pula, pengajaran guru tersebut tidak mampu membuatkan mereka untuk memberi fokus yang sepenuhnya sekaligus menyebabkan mereka hilang minat untuk bersungguh-sungguh menuntut ilmu. Jika masalah ini berterusan, sudah pasti murid tidak mendapat peluang pendidikan yang lebih sempurna meskipun mereka belajar di sekolah bandar yang biasanya mendapat kemudahan yang lengkap. Bagi menangani isu seperti ini, pihak kementerian telah mengambil tindakan dengan menyediakan bilik kabin bagi menampung bilangan pelajar yang ramai. Bilik kabin ini adalah sebagai tempat pembelajaran sementara sebelum kerajaan membina bangunan tambahan di sekolah yang mengambil masa sekitar setahun hingga 18 bulan. Walaupun bilik kabin yang disediakan ini tidak mempunyai kelengkapan yang baik seperti di dalam bilik darjah, namun ia mampu mengurangkan masalah kepadatan dan kesesakan murid untuk belajar dengan suasana yang tenteram. Langkah yang seterusnya adalah dengan mengehadkan bilangan murid sebanyak 25 hingga 30 orang di dalam kelas bagi semua sekolah di seluruh Malaysia. Cara ini bukan
  • 12. 12 sahaja dapat mengatasi masalah kesesakan murid di dalam kelas, bahkan beban guru juga dapat dikurangkan. Hal ini kerana, guru dapat mengawal kelas dengan efektif apabila mempunyai bilangan murid yang tidak terlalu ramai serta keadaan kelas yang selesa dan tenteram. Dengan demikian, murid dapat memberi tumpuan terhadap pengajaran guru sekaligus mampu mendorong mereka untuk belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Kita sedia maklum bahawa negara kita mempunyai pelbagai kelompok masyarakat yang berbeza agama, budaya dan adat resam. Dalam konteks pendidikan, kerajaan sentiasa memastikan semua masyarakat mendapat pendidikan yang adil dan saksama. Namun di sini, isu yang ingin diketengahkan adalah mengenai pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang merupakan penduduk peribumi di Malaysia iaitu tentang masalah keciciran murid Orang Asli dalam arus pendidikan. Menurut laporan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) iaitu pada tahun 2006, 24.31 peratus murid Orang Asli yang tamat tahun enam tidak meneruskan persekolahan ke tingkatan satu dan 46.28 peratus yang memasuki sekolah menengah pula tidak menamatkan pendidikan sehingga tingkatan lima. Laporan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Orang Asli hakikatnya tidak mempunyai minat yang tinggi untuk menerima pendidikan seperti masyarakat lain yang ada di Malaysia. Antara sebab permasalahan ini adalah kerana ibu bapa Orang Asli tidak mempunyai kesedaran tentang pendidikan. Maka, dengan sebab itu, mereka tidak menggalakkan anak-anak mereka bersekolah walaupun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Malah, anak-anak Orang Asli juga
  • 13. 13 tidak mahu ke sekolah kerana mereka tidak sanggup berjauhan dengan keluarga apabila terpaksa tinggal di asrama. Hal ini demikian kerana, Orang Asli mempunyai hubungan kekeluargaan yang kukuh dan rapat antara ibu bapa dan adik beradik lain. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Khas KPM, Bang Muk Shin pada Disember 2008, kebanyakan murid perempuan tidak menyambung pelajaran ke peringkat sekolah menengah kerana mereka akan dikahwinkan pada usia yang sangat muda. Maka dengan sebab itulah, anak-anak Orang Asli tidak mempunyai minat untuk belajar di sekolah sekaligus menyukarkan mereka untuk mendapat pendidikan yang sama rata dengan murid-murid daripada kaum lain. Taraf sosioekonomi yang rendah dalam kalangan Orang Asli juga antara faktor yang menyumbangkan kepada masalah ini. Keadaan mereka yang serba kekurangan ini menyebabkan mereka tidak berkemampuan untuk menghantar dan menyekolahkan anak-anak mereka kerana merasakan bahawa keperluan mencari nafkah keluarga lebih diutamakan daripada mendapatkan pendidikan. Lantaran itu, ada sesetengan ibu bapa akan meminta anak-anak untuk mengikuti mereka ke hutan bagi memungut hasil hutan seperti rotan dan kayu gaharu. Di samping itu, Jarak lokasi iaitu antara sekolah dengan penempatan mereka amat jauh hingga mengambil masa yang begitu lama untuk mereka sampai ke sekolah tersebut. Berdasarkan isu keciciran murid Orang Asli ini, maka guru merupakan insan yang bertanggungjawab memastikan mereka belajar dan hadir ke sekolah seperti yang ditetapkan. Biasanya, murid-murid Orang Asli yang berada di asrama masih lagi merindui keluarga yang tinggal berjauhan. Oleh itu, guru yang mengajar di sekolah
  • 14. 14 Orang Asli perlu sentiasa mengambil tahu kebajikan dan keperluan mereka seperti menguruskan aspek kebersihan dan penjagaan diri, memberi semangat dan motivasi di samping mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam hal ini, mereka akan menganggap bahawa guru adalah ibu bapa yang dapat memberikan kasih sayang dan mengambil perhatian sekaligus dapat mengubat kerinduan mereka terhadap ahli keluarga. Dalam konteks pembelajaran bilik darjah, guru perlu menggunakan kaedah serta teknik yang pelbagai bagi menarik minat dan perhatian mereka terhadap pengajaran yang berlangsung. Kebanyakan murid Orang Asli mempunyai tahap IQ yang agak lemah dan guru tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran kerana terpaksa mengajar mereka berkali-kali disebabkan kesukaran memahami sesuatu pengajaran . Dalam hal ini, cara berkesan untuk mengajar adalah dengan menggunakan kaedah nyanyian. Contohnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab, guru boleh mereka satu lagu dan bernyanyi bersama murid bagi perkataan-perkataan yang sukar disebut. Dengan cara ini, sudah pasti mereka akan berasa seronok dan gembira untuk belajar sekaligus dapat mengelakkan masalah keciciran yang berlaku di sekolah. Selain itu, guru juga perlu mempelajari cara dan gaya hidup masyarakat Orang Asli agar dapat mengenali dengan lebih dekat sifat dan perwatakan anak murid mereka. Murid yang tidak tinggal di asrama biasanya akan datang lewat ke sekolah kerana mereka terpaksa mengharungi denai dalam hutan dan mereka juga akan terserempak dengan gajah ketika dalam perjalanan. Oleh itu, mereka perlu berhenti dan menyembunyikan diri hingga gajah tersebut beredar dan kemudian barulah mereka meneruskan perjalanan ke sekolah. Dalam hal ini, guru yang memahami hidup
  • 15. 15 masyarakat Orang Asli sudah tentu tidak akan memarahi murid yang datang lewat ke sekolah kerana Orang Asli juga sebenarnya mempunyai sifat sensitiviti yang tinggi. Contohnya, hukuman rotan tidak boleh digunakan kerana ia akan membuatkan mereka merajuk dan enggan ke sekolah. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan dan kemampuan mereka seperti banyakkan aktiviti yang berbentuk pergerakan dan berkumpulan. Guru perlu elakkan daripada melaksanakan aktiviti yang melibatkan mental kerana mereka dikatakan mempunyai ingatan yang singkat dan lemah. Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang guru mencipta serta melakukan aktiviti yang mampu menggalakkan mereka memberi perhatian terhadap pengajaran di dalam kelas kerana kadangkala murid-murid Orang Asli akan cepat jemu dan bosan apabila hanya tertumpu kepada satu aktiviti sahaja. Isu lain yang berkaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan adalah penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan murid di sekolah luar bandar. Sememangnya, hasrat kerajaan untuk memastikan murid-murid di sekolah luar bandar menguasai bahasa kedua ini masih belum tercapai kerana terdapat banyak faktor yang menyukarkarkan pelaksanaan ini. Antara faktor tersebut ialah murid-murid di sekolah luar bandar kurang meminati subjek ini kerana beranggapan bahawa ianya susah untuk dikuasai berbanding subjek-subjek lain yang menggunakan bahasa ib`unda. Di sekolah pula, bilangan buku bahasa Inggeris yang disediakan di perpustakaan sangat terhad dan jika adapun mungkin hanya meliputi buku teks dan buku latihan. Hal
  • 16. 16 ini sudah tentu menyukarkan murid untuk membuat rujukan dalam bahasa Inggeris sekaligus mematahkan semangatnya untuk menguasai bahasa ini dengan baik. Selain itu, kekurangan guru yang berkemahiran dalam bahasa Inggeris di sekolah luar bandar juga antara faktor yang menjejaskan prestasi pencapaian murid dalam mata pelajaran tersebut. Dalam hal ini, pihak sekolah terpaksa meminta guru yang di luar bidangnya untuk mengajar subjek bahasa Inggeris. Jika guru tersebut tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang subjek ini, sudah tentu murid-murid mengabaikan serta tidak memberi fokus terhadap pengajarannya. Masalah ini dapat diatasi sekiranya guru sentiasa memberi galakkan dan motivasi kepada murid-murid supaya menganggap bahawa bahasa Inggeris tidak sukar seperti yang difikirkan. Biasanya, murid-murid di sekolah luar bandar mempunyai motivasi yang kurang untuk belajar bahasa Inggeris. Jadi, para guru perlu membimbing mereka yang lemah dalam subjek ini agar mereka tidak ketinggalan mendapat pendidikan yang serupa seperti murid di sekolah bandar. Sebagai contoh, guru perlu memberi ganjaran positif bagi mereka yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Contohnya, ganjaran yang diberi tidak semestinya berupa hadiah tapi guru boleh memberi tepukan atau pujian melalui aktiviti yang dilaksanakan. Selain itu, guru perlu menggalakkan murid bercakap dalam bahasa Inggeris iaitu ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Meskipun usaha ini dilihat begitu sukar kerana tidak semua murid mampu bertutur tetapi jika dilaksanakan secara berterusan usaha ini akan berhasil. Umpamanya, guru meminta murid menggunakan perkataan bahasa Inggeris jika ingin ke tandas, koperasi, kantin, meminta sesuatu daripada guru dan rakan-rakan lain. Malah, denda akan dikenakan bagi murid yang tidak
  • 17. 17 menggunakan perkataan dalam bahasa Inggeris. Jadi, jika murid dapat menyebut dan bertutur dalam bahasa Inggeris, objektif guru tersebut akan tercapai sekaligus dapat mengubah stigma negatif mereka yang selama ini menganggap bahasa tersebut sangat susah dan membebankan. Seterusnya adalah isu yang berkaitan dengan kekurangan kemudahan infrastruktur di sekolah luar bandar. Meskipun masalah ini sering dibincang dan diperkatakan, ianya masih tidak dapat diselesaikan. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila wujudnya jurang yang ketara antara kemudahan di sekolah bandar dan di luar bandar. Jika di bandar, murid mampu belajar dengan baik dan selesa kerana kemudahan seperti bekalan elektrik, air serta peralatan teknologi pendidikan disediakan dengan lengkap. Namun, di luar bandar, segala kemudahan infrastruktur tidak mampu dinikmati oleh warga sekolah tersebut. Masalah ini sering dikaitkan dengan ketiadaan bekalan elektrik serta kemudahan telefon awam di sekolah pedalaman. Hal ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemudahan internet serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Malah, perhatian murid akan terjejas dan terganggu akibat daripada kemudahan persekitaran yang tidak sempurna. Kemudahan infrastruktur di sekolah adalah prasyarat dalam mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh itu, guru perlu menekankan pembelajaran yang berpusatkan murid melalui interaksi murid dengan guru di samping melakukan aktiviti yang tidak hanya melibatkan penggunaa ICT. Ini kerana, bila-bila
  • 18. 18 masa sahaja bekalan elektrik di sekolah tersebut akan terputus. Selain itu, guru juga perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi apabila berdepan dengan situasi yang tidak dijangkakan serta bijak melayan dan mengatasi segala kerenah anak murid. Contohnya, apabila bekalan elektrik seperti kipas terhenti tiba-tiba, mereka akan mula membuat bising. Maka, guru harus mengawal suasana kelas tersebut dengan sebaiknya. Situasi ini juga seringkali berlaku di sekolah Orang Asli dimana guru terpaksa menggunakan air yang keruh seperti warna air teh susu untuk melakukan aktiviti harian. Di sini dapat dirumuskan bahawa setiap isu yang timbul dapat diatasi dengan sebaiknya jika guru memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya khususnya terhadap usaha murni kerajaan yang ingin menaiktarafkan kehidupan masyarakat di Malaysia. Dengan ini, peluang pendidikan mampu dikecapi oleh setiap indidvidu sekaligus mampu membentuk modal insan yang berkualiti.
  • 19. 19 2,0) CADANGAN-CADANGAN LAIN YANG DAPAT MEGHAPUSKAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN 1) Membina sekolah Orang Asli di kawasan penempatan Orang Asli. Biasanya orang asli hidup berpindah randah, namun usaha ini dilihat berkesan sekirannya guru-guru yang ditempatkan di sekolah tersebut mampu memberi kerjasama dan mengorbakan masa dan tenaga demi menggalakkan ibu bapa Orang Asli menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Jika sebelum ini, mereka tidak menggalakkan anak-anak mereka belajar kerana jarak antara sekolah dengan tempat tinggal mereka yang agak jauh. Namun, dengan adanya sekolah di kawasan mereka, tiada alasan untuk anak-anak mereka mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Malah, masalah keciciran murid dalam kalangan masyarakat Orang Asli dapat dikurangkan dengan sebaiknya. 2) Membuat lawatan khas ke penempatan Orang Asli yang melibatkan guru dan anak murid Orang Asli. Lawatan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan guru dengan ibu bapa anak murid mereka. Masyarakat Orang Asli biasanya mempunyai perwatakan yang malu dan kurang bergaul. Jadi, dengan adanya pendekatan yang sistematik iaitu dengan membuat lawatan ke setiap rumah Orang Asli bagi mempelajai dan mengenali budaya dan cara hidup mereka, sudah pasti mereka tidak akan berasa kekok menerima kehadiran insan yang telah memberi ilmu kepada anak mereka. Lawatan ini perlu dilakukan sekali dalam sebulan agar ibu bapa mereka dapat mengenali guru tersebut
  • 20. 20 dengan lebih mendalam. Malah, murid-murid Orang Asli mempunyai semangat dan minat untuk ke sekolah. 3) Mewujudkan satu kursus khas untuk mengajar di sekolah Orang Asli Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah berjaya melahirkan guru dari pelbagai bidang seperti bidang Pendidikan Khas, Pendidikan Islam, Bahasa Melayu, Bahasa Iban dan sebagainya. Namun, pada hari ini, tidak ada lagi guru yang pakar dalam bahasa masyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian, amat wajar sekiranya kerajaan mewujudkan satu kursus khas untuk mengajar di sekolah Orang Asli. Bagi pemilihan calon pula, seseorang itu mestilah mempunyai minat untuk mengajar anak-anak Orang Asli sebelum ditawarkan oleh pihak Institut Pendidikan Guru khususnya. Mereka yang layak haruslah menyedari bahawa mereka telah dilatih untuk mengajar di sekolah Orang Asli selepas tamat kursus tersebut. Kursus yang ditawarkan mestilah berkaitan dengan kehidupan Orang Asli seperti adat resam dan pantang larang yang diamalkan oleh mereka. 4) Melatih guru bahasa Inggeris dan menempatkan mereka di sekolah luar bandar Sememangnya masalah penguasaan bahasa Inggeris oleh murid di sekolah luar bandar jelas ketara apabila pencapaian murid bagi subjek tersebut kurang memberangsangkan. Masalah ini jika berlarutan akan menimbulkan ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid. Oleh itu, pihak kerajaan melalui KPM perlu melatih 10 000 guru bahasa Inggeris bagi setiap tahun bagi meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka dalam menguasai bahasa ini. Rasional bagi cadangan ini adalah kerana guru adalah faktor utama untuk menarik minat murid-murid mempelajari
  • 21. 21 serta mencintai bahasa kedua ini. Maka dengan itu, guru Bahasa Inggeris perlu memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang efektif agar pengajaran mereka di dalam kelas kelihatan menarik dan berkesan. Di samping itu, guru terlatih ini juga perlu ditempatkan di sekolah luar bandar seperti di kawasan pedalaman, penempatan Orang Asli dan lain-lain lagi. Jika sebelum ini, murid-murid tidak mampu menguasai bahasa Inggeris di sebabkan sekolah kekurangan guru bahasa Inggeris yang terlatih. 5) Sama ratakan penempatan guru ke sekolah luar bandar dari aspek pengalaman dan kemahiran. Umumnya, sekolah luar bandar mengalami kekurangan guru yang mahir dan berpengalaman berbanding sekolah di bandar. Jadi, bagi menangani masalah ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil guru yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman untuk ditempatkan di sekolah luar bandar di samping menempatkan guru terlatih yang baru menamatkan kursus perguruan. Hal ini bertujuan agar murid-murid memperoleh ilmu yang secukupnya apabila menimba ilmu daripada guru yang berpengalaman dalam bidang pendidikan. Manakala, bagi guru yang baru menamatkan kursus, mereka adalah penyambung generasi yang seterusnya apabila tiba masa guru yang berpengalaman tersebut bersara mahupun terpaksa ditukarkan ke sekolah lain. Pada masa yang sama, mereka dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat dari orang yang berkemahiran sekaligus memberi inspirasi kepada mereka untuk mengajar anak murid dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Mokhtarudin Ahmad Suri, 51, adalah antara guru yang sanggup memohon untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan
  • 22. 22 Pos Kemar iaitu sekolah Orang Asli. Sebelum ini, beliau telah berkhidmat di sekolah bandar dan elit, namun, beliau beranggapan bahawa portfolionya tidak lengkap jika tiada pengalaman mengajar di sekolah pedalaman dan Orang Asli. Di sini, jelas menunjukkan bahawa, seseorang guru itu perlu mempunyai keazaman yang kukuh dan sanggup mengharungi cabaran demi memartabatkan sistem pendidikan negara. 6) Perbanyakkan pembinaan sekolah di kawasan bandar yang mempunyai ramai penduduk serta mengurangkan projek pembangunan. Jika di bandar, pihak sekolah berhadapan dengan masalah kesesakan murid di dalam kelas. Kesannya, sudah pasti mereka tidak dapat belajar di dalam suasana yang tenang dan kondusif. Jadi, adalah lebih baik bagi pihak kerajaan membina satu sekolah bagi mengurangkan masalah ini walaupun tempoh yang diperuntukkan memakan masa yang agak lama. Pembinaan sekolah ini dirasakan perlu bagi memastikan generasi yang akan datang dapat belajar dengan baik dan sempurna. Di samping itu, pihak KPM perlu membuat kerjasama dengan pihak yang merancang pembangunan di kawasan terbabit iaitu dengan membuat perjumpaan dan perbincangan mengenai hasrat KPM yang mahu pihak tersebut mengurangkan projek pembangunan. Perbincangan ini mestilah dilakukan dengan teliti kerana umumnya setiap projek yang dilaksanakan menelan perbelanjaan yang besar. Langkah bagi mengurangan projek pembangunan tersebut adalah bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada pihak kerajaan membina bangunan sekolah. Dalam hal ini, ibu bapa mempunyai banyak pilihan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dan mereka tidak perlu menumpukan kepada sesebuah sekolah sahaja.
  • 23. 23 KESIMPULAN Isu ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia sememangnya memberi cabaran yang besar kepada pihak KPM dan warga pendidik. Tidak dapat tidak, guru memainkan peranan penting dalam membantu usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat tanpa membezakan agama, bangsa, budaya dan adat resam. Dalam hal ini, setiap individu berhak dan layak mendapat pendidikan kerana dengannya manusia berupaya melakukan interaksi yang positif antara satu sama lain. Oleh yang demikian, pendidikan di Malaysia jelas memberi peluang yang luas kepada rakyatnya untuk menerima pendidikan tanpa ada sikap prejudis mahupun dendam sesama sendiri.
  • 24. 24 RUJUKAN BUKU Amran Kasimin. (1993). Agama dan Perubahan Sosial. Edisi pertama. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Mamat. (1998). Pengetahuan Sekolah Menangani Isu dan Cabaran kepemimpinan. Edisi pertama. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Salleh Lebar. (2007). Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Edisi ketiga. Selangor : Thinker’s Library Sdn. Bhd. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A.Majid (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Edisi kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. MAJALAH Badrunsham Dahalan.( 2007, Mac). Program Lonjakan Perdana. Majalah Pendidik. Muka surat 14-17. Ahmad Marzuki Ismail. (2008, Disember). Outreach KPM Bela Masyarakat Orang Asli. Majalah Pendidik. Muka surat 7-9. Nadiah Abdul Hamid. (2011, Ogos). Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris. Majalah Dewan Bahasa. Muka surat 20.
  • 25. 25
  • 26. 26