Your SlideShare is downloading. ×
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan

8,012

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
8,012
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
431
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK)Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diumumkansecara rasminya. Falsafah pendidikan ini akan menentukan arah haluan, asasdan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidangpendidikan di Malaysia. Berikut ialah petikan daripada FPK:"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."Merujuk kepada FPK yang dinyatakan di atas, maka matlamat FPK ialahuntuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadiwarganegara yang berguna. Selain itu, matlamat FPK bertujuan melahirkanrakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciriberikut:o Percaya dan patuh kepada Tuhano Berilmu pengetahuano Berakhlak muliao Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negarao Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepaduo Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
  • 2. Selain perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang,melalui pendidikan adalah diharapkan Malaysia dapat mencapai matlamatpendidikannya iaitu:o Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajiban sebagai seorang warganegara.o Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberi sumbangan kepada negara.o Melahirkan warganegara yang memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi Perlembagaan.o Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cintakan negara.o Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum.o Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi negara merupakan factor yang pentinguntuk menentukan matlamat pendidikan kebangsaan. Matlamat ini akanmenjadi lebih jelas, mantap, bermakna dan sempurna apabila dijelmakansebagai penyataan FPK.Secara ringkasnya, FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsipberkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan erti kata lain,ianya menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalanpendidikan sebagai satu entiti yang tekal, jelas dan logik. FPK bertujuan untukmenjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini sertamembimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan.
  • 3. FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FPKIdea untuk menggubal FPK telah tercetus pada tahun 1979 setelahpenerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan DasarPelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting yang berkaitandengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.Dengan kata lain, Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yangharus diberi penekanan dalam aspek pembangunan kemanusiaan. Untukmenggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbinganyang manfaatkepada segala usaha pendidkan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklahdipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor berikut ialah: 1. faktor agama: agama Islam ialah agama rasmi negara kita. Di samping itu, agama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Semua agama tersebut terutamanya agama Islam merupakan faktor penting dalam proses penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat dilihat melalui penyataan berikut: " mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaaan dan kepatuhan kepada Tuhan…." 2. faktor sosial: masyarakat negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk. Keharminian dan kemakmuran negara bergantung kepada sikap toleransi, kerjasama dan hormat menghormati tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan. Sikap positif ini amat penting dalam usaha mengukuhkan perpaduan kaum yang merupakan kriterian paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan ini telah dinyatakan di dalam FPK iaitu: "…..melahirkan rakyat Malaysia….memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." 3. faktor politik: di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. FPK digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidkan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara.
  • 4. 4. faktor ekonomi: rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu memperkembangkan ekonomi negara dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Ianya telah dinyatakan iaitu: "…melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, beketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara." 5. faktor individu: potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi tersebut merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjana insan yang seimbang dan harmonis. 6. faktor sejagat: perkembangan sistem pendidikan antarabangsa mempengaruhi penggubalan FPK. Idea-idea yang dihasilkan semasa seminar pendidikan antarabangsa mempengaruhi FPK. Sebagai contoh, program pendemokrasian pendidikan dan pendidikan seumur hidup.Sehubungan itu, adalah diharapkan pendidikan negara ini merangkumisemua aspek yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu dan dapatmemberi sumbangan kepada negara serta memberi jasa ke arah kemajuan,keamanan dan kestabilan antarabangsa.
  • 5. ELEMEN-ELEMEN DI DALAM FPK1. Pendidikan suatu usaha berterusanPendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu,kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlansungsecara berterusan bermula dari kecil hingga ke akhir hayat. Pendidikan awalkanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yangberada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yangdibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelahtamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu,kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan dapatmembantu individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.2. Memperkembangkan potensi individuSetiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi intelek,jasmani, emosi dan rohani sejak lahir. Kebanyakannya terpendam dalamkendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan danmeningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Bakat,potensi dan kebolehan dapat dicungkil, dipupuk, dikembangkan danditingkatkan. Ianya akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang laindan alam sekeliling.3. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepaduPerkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukansecara berasingan. Ia harus dikembangkan secara menyeluruh danbersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan,bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulumjuga harus diberi penekanan di samping kurikulum akademik di dalam bilikdarjah. Potensi yang ada pada diri individu harus dikembangkan ke peringkatoptimum dengan mengintegrasi bakat dan kebolehan yang saling berkaitrapat.
  • 6. 4. Insan yang seimbang dan harmonisInsan yang seimbang memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi),percaya kepada Tuhan serta memiliki akhlak yang baik (rohani) dan kesihatandiri yang baik (jasmani). Insan yang seimbang dan harmonis memilikikesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab terhadap diri, keluargadan negara. individu ini akan sentiasa berikhtiar menyelesaikan masalah yangdihadapi, melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan diri, keluarga,bangsa dan negara.5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada TuhanKepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan kepada aspekseperti berikut: o mengakui wujudnya Pencipta o mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam o menyedari bahawa hokum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan o menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya. o Melakukan kebaikan dan menghindari keburukan o Meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan agama.6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuanRakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memilikiciri-ciri:o Mencintai ilmu pengetahuano Minat membacao Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuano Sentiasa meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuano Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang laino Berfikiran terbuka, luas dan mendalam.
  • 7. 7. Rakyat Malaysia yang berketerampilanRakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa sediamemberi sumbangan kepada negara tercinta. Rakyat Malaysia yangberketerampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri berikut:o Berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkano Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanaan tugasnyao Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurnao Berpandangan jauh dan berinisiatif8. Rakyat Malaysia yang berakhlak muliaRakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan baikserta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Rakyat Malaysia yangberakhlak mulia ialah rakyat yang mempunyai ciri-ciri berikut:o Dapat menilai perkara yang baik dan yang buruko Mempunyai perwatakan yang baiko Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawabRakyat yang mempunyai tanggungjawab sempurna terhadap Tuhan, bangsadan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.o Menyedari tugas dan tanggungjawab sendirio Menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurnao Mematuhi peraturan dan undang-undang negarao Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
  • 8. 10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diriMelalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akanmemiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga,masyarakat, agama dan negara. Rakyat yang berupaya mencapaikesejahteran diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti berikut:o Daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidupo Berfikiran waras dan berjiwa tenang11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbanganRakyat yang berusaha untuk memupuk perpaduan melalui sifat toleransi,bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan lain-lain. Mereka jugaakan berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasaryang telah ditetapkan. Selain itu, mereka akan mengekalkan kestabilan politikdan keamanan negara dan mematuhi perlembagaan serta peraturan negaradi samping mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dannegara.
  • 9. IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARAFPK merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur dan perlu dihayatiuntuk mendapatkan kesan daripada pelaksanaannya. FPK merupakan satupenyataan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan di negara ini. FPKjuga merupakan garis panduan dan rujukan para pendidik dalammelaksanakan tugas mendidik anak bangsa.Setiap warga pendidik di negara ini haruslah bersifat terbuka terhadapperubahan-perubahan yang dilaksanakan terutamanya dalam bidang sainsdan teknologi seiring dengan perkembangan pendidikan antarabangsa. Selainitu, mereka haruslah memainkan peranan secara aktif bagi merealisasikanFPK supaya keberkesanannya dapat dinikmati dan memperkembangkansistem pendidikan di Malaysia.Perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran adalah tidak dapat dielakkandalam usaha untuk melahirkan rakyat yang seimbang dan berdaya saingbukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. FPK adalah merupakanpemacu kepada usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang dapatmenyumbang kemajuan, kemakmuran dan keharmonian kepada negara.Tugas dan tanggungjawab pendidik bukan hanya terbatas dan tertumpukepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Mereka harus menyedaritugas mereka juga adalah untuk membentuk modal insan yang mempunyainilai-nilai positif, bukan sekadar mempunyai intelek yang tinggi dan jasmaniyang sihat. Oleh itu, jelaslah bahawa berperanan besar dalam merealisasikanFPK dengan menterjemahkannya ke arah memajukan pendidikan diMalaysia.

×