Pengenalan pengurusan sumber manusia
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pengenalan pengurusan sumber manusia

on

  • 2,015 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,015
Views on SlideShare
2,015
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
43
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pengenalan pengurusan sumber manusia Pengenalan pengurusan sumber manusia Document Transcript

  • 1 1. PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pengurusan sumber manusia memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat.Pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan akan menghasilkan individu yang berkualiti,produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber manusia.masalah ini termasuklah ketidakhadiran,ketidakpuasan kerja,pusingganti pekerja dan sebagainya.Oleh itu pengurus sumber manusia memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber manusia organisasi berjalan lancar dan berdaya saing.Untuk mencapai matlamat tersebut,pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber manusia. 1.1 Matlamat Pengurusan Sumber Manusia Rajah 1.1 matlamat pengurusan sumber manusia Menarik Tenaga Kerja Yang Berkebolehan Menyertai Organisasi Pengekalan Tenaga Kerja Untuk Jangka Panjang Membangunkan Tenaga Kerja Mengikut Potensi
  • 2 2. PERSEKITARAN SUMBER MANUSIA Pelbagai faktor yang mempengaruhi persekitaran sumber manusia.Faktor ini terbahagi kepada faktor persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. 2.1 Persekitaran Dalaman Terdiri daripada faktor-faktor organisasi yang mempengaruhi sumber manusia organisasi. Faktor ini termasuklah misi,dasar,sumber kewangan dan budaya organisasi. Rajah 2.1 Persekitaran Dalaman PERSEKITARAN DALAMAN DASARMISI SUMBER KEWANGAN BUDAYA
  • 3 2.1.1 Misi Misi organisasi ialah tujuan asas organisasi dan menentukan jenis perniagaan yang sedang dan akan dijalankan oleh organisasi.segala objektif jabatan sumber manusia mestilah selaras dengan misi syarikat.Oleh itu seseorang pengurus sumber manusia mula merancang sebarang aktiviti sumber manusia,dia harus memahami misi organisasinya. 2.1.2 Dasar Dasar ialah garis panduan am yang digunakan sebagai panduan membuat keputusan.Dasar-dasar organisasi akan mempengaruhi usaha dan aktiviti jabatan sumber manusia.Misalnya pengurus sumber manusia yang berkhidmat dalam organisasi yang mempunyai dasar pampasan yang kurang menarik akan menghadapi masalah dalam fungsi pengambilan pekerja. 2.1.3 Sumber Kewangan Sumber kewangan yang tersedia akan mempengaruhi dasar-dasar dan amalan- amalan sumber manusia.Sumber kewangan yang terhad akan membataskan aktiviti sumber manusia.Contohnya mengalami kesulitan kewangan akan mengurangkan belanjawan program-program latihan. 2.1.4 Budaya Budaya ialah sistem nilai,kepercayaan,adat dan amalan ahli-ahli organisasi yang mempengaruhi tingkah laku dan sikap mereka.Organisasi yang berbudaya autokratik mungkin mengalami banyak masalah pusing ganti pekerja.Ini sudah tentu sekali akan memberi implikasi pada fungsi pengambilan dan pemilihan pekerja organisasi tersebut. 2.2 Persekitaran Luaran Persekitaran luaran terdiri daripada faktor-faktor diluar sempadan organisasi dan sukar dikawal oleh organisasi.Faktor ini termasuklah tenaga buruh,kesatuan sekerja,kerajaan,ekonomi,teknologi dan masyarakat.Perubahan-perubahan persekitaran luaran,boleh memberi kesan pada perancangan strategi korporat organisasi.Seseorang pengurus sumber manusia harus dapat menentukan kesan sebarang perubahan dalam jabatannya dan bertindak balas terhadap perubahan ini sebagai langkah untuk membantu organisasinya mencapai segala objektif organisasi.
  • 4 Rajah 2.2 Persekitaran luaran 2.2.1 Tenaga Buruh Terdiri daripada individu-individu di luar organisasi yang merupakan sumber pekerja bagi organisasi.Perubahan dari segi umur,jantina,bangsa dan sebagainya boleh memberi kesan pada aktiviti sumber manusia.Misalnya sebuah Negara yang mengalami penurunan dari segi pertumbuhan jumlah penduduknya akan menghadapi kekurangan pekerja pada masa depan.Ia akan memberi kesan pada usaha perancangan sumber manusia semua syarikat yang beroperasi di Negara tersebut.Oleh itu,seseorang pengurus sumber manusia harus sentiasa maklum akan isu-isu dan aliran tenaga buruh.Komposisi tenaga buruh Malaysia juga berubah-ubah.Antara perubahan-perubahan ini termasuklah perubahan dari segi komposisi umur,jantina dan kaum. PERSEKITARAN LUARAN TEKNOLOGIEKONOMI TENAGA BURUH KESATUAN SEKERJA MASYARAKATPEMEGANG SAHAM PERSAINGAN
  • 5 2.2.2 Kesatuan Sekerja Dianggap sebagai pihak ketiga yang dapat mempengaruhi dasar-dasar serta aktiviti-aktiviti sumber manusia.Menetapkan hal-hal pampasan,jumlah jam pekerja dan keadaan kerja.Dengan adanya perjanjian sedemikian,seseorang pengurus sumber manusia mesti sentiasa berhati-hati supaya aktiviti sumber manusianya tidak bercanggah dengan syarat-syarat yang terdapat dalam persetujuan kolektif. 2.2.3 Ekonomi Tekanan-tekanan ekonomi turut mempengaruhi pengurusan sumber manusia.Apabila keadaan ekonomi berubah,pihak pengurusan organisasi mesti mengubahsuaikan rancangannya agar organisasi dapat memenuhi keperluan keadaan semasa.Mereka bentuk dasar rancangan sumber manusia untuk mencapai matlamat yang barunya.Umpamanya dalam keadaan ekonomi meleset,keputusan tentang pemberhentian pekerja perlu dibuat dan pihak organisasi mesti berusaha mengurangkan kos buruhnya.Setengah-setengah organisasi akan mengurangkan belanjawan program latihan atau program keselamatan dan kesihatan pekerja.Apabila keadaan ekonomi pulih kembali,organisasi akan menghadapi tekanan untuk menyediakan program pampasan yang lebih menarik. 2.2.4 Teknologi Perubahan teknologi dapat memberi perubahan terhadap cara sesuatu kerja dilakukan atau jenis kemahiran yang diperlukan untuk melakukan kerja.Perubahan yang demikian sudah tentu akan memberi kesan terhadap pengurusan sumber manusia.Pengenalan peralatan dan kaedah operasi yang lebih cekapakan memindahkan orientasi daripada kerja yangmemerlukan kemahiran yang tinggi.Pihak majikan harus menyediakan program-program pembangunkan manusia untuk membantu pekerja memperoleh kemahiran yang dapat memenuhi tuntutan-tuntutanteknologi baharu.
  • 6 2.2.5 Masyarakat Masyarakat termasuk orang awam,pelanggan dan pekerja organisasi dapat memberi desakan kepada pengurus sumber manusia juga.organisasi harus bekerjasama dengan ahli-ahli masyarakat lain untuk memperbaiki keadaan masyarakat.Pengurus sumber manusia harus melibatkan diri dalam isu-isu social seperti kawalan pencemaran awam.Pengurus sumber manusia juga bertanggungjawab dalam keselamatan dan kesihatan serta kebajikan pekerja. 2.2.6 Pemegang saham Pemilik sesebuah organisasi adalah pemegang saham organisasi terbabit.Oleh kerana pemegang saham melabur wang mereka dengan organisasi,mereka mempunyai pengaruh yang besar terhadap tindakan organisasi dalam pengurusan sumber manusia.Sebagai contoh,jika pengurus sumber manusia ingin menaikkan gaji pengarahnya dan beberapa orang pekerja tertentu(ini mengurangkan keuntungan organisasi),pemegang saham boleh meragui tindakan tersebut.Organisasi seharusnya mampu memberi justifikasi yang baik terhadap tindakan tersebut. 2.2.7 Persaingan Persaingan merupakan persekitaran luaran yang boleh mempengaruhi pengurusan sumber manusia organisasi.Pengurus sumber manusia seharusnya peka dengan tindakan atau strategi yang dilakukan oleh pesaing.Maklumat tentang amalan pengurusan sumber manusia seperti pentadbiran pampasan,pengambilan dan pemilihan,latihan dan pembangunan serta perancangansumber manusia amat diperlukan bagi organisasi yang ingin memperolehi kelebihan daya saing.Contohnya dalam menetapkan pampasan organisasi,kajian berbentuk tinjauan boleh dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan pampasan yang diberikan dengan pampasan yang diberikan oleh pesaing.Maklumat ini amat berguna kepada organisasi untuk memastikan pentadbiran pampasan organisasi lebih berdaya saing dan mampu menarik perhatian pekerja yang terbaik untuk bekerja dengan organisasi tersebut.
  • 7 3. Sistem Perundangan Sumber Manusia Perundangan merupakan salah satu daripada daya kuasa luaran yang memberi kesan besar terhadap perkara-perkara berkaitan dengan sumber manusia.Antara akta-akta yang ada berkaitan ialah. Rajah 3 Sistem Perundangan Sumber Manusia Akta Perhubungan Perindustrian 1967 Akta Tabung Pembangunan sumber Manusia 1992 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Akta KesatuanSekerja 1959 Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 Akta Pekerjaan 1955 Akta Pampasan Pekerja 1952 Akta Kilang Dan Jentera 1967 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 Akta Perhubungan Perindustrian 1967 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 Sistem perundangan sumber manusia
  • 8 3.1 Akta Pekerjaan 1955 Akta ini menetapkan peruntukan-peruntukan yang melindungi pekrja .Perkara utama yang diliputi oleh akta ini berkenaan dengan kontrak pekerjaan,pembayaran gaji,dan faedah-faedah lain,jumlah jam bekerja dan penggajian pekerja wanita. 3.2 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 Akta ini ditadbir oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).Akta ini melindungi pekerja yang diinsuranskan dengan menyediakan bayaran ganti rugi untuk mereka penyakit-penyakit akibat kerja atau kematian akibat sebarang sebab. 3.3 Akta Perhubungan Perindustrian 1967 Akta ini mengawal selia hubungan antara majikan dengan pekerja atau kesatuan sekerja.Akta ini menetapkan peraturan-peraturan yang bertujuan menahan dan menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua pihak ini.Perkara yang diliputi akta ini ialah termasuklah pengiktirafan kesatuan sekerja,perundingan kolektif,pertikaian perdagangan,mogok,sekat masuk pekerja,dan penadamaian. 3.4 Akta Kesatuan Sekerja 1959 Akta ini bertujuan mengawal aktiviti kesatuan-kesatuan sekerja agar kesatuan- kesatuan ini dapat membangun dengan cara yang aman dan teratur.Akta ini meliputi hal yang berkaitan dengan pendaftaran kesatuan sekerja,hak dan liability kesatuan sekerja,pertikaian dan sebagainya. 3.5 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951 Akta ini dpperbuat untuk memperuntukkan satu skim simpanan wajib yang bertujuan memberi perlindungan kepada seseorang pencarum skim ini apabila dia bersara atau jika dia hilang keupayaan untuk bekerja.Waris boleh mengeluarakan carumannya jika dia meninggal dunia.
  • 9 3.6 Akta Kilang Dan Jentera 1967 Akta ini menetapka piawai-piawai keselamatan dan kesihatan yang wajib dipatuhi oleh majikan.Akta ini bertujuan melindungi pekerja daripada bahaya kemalangan di tempat kerja dan penyakit akibat kesan sampingan daripada kerja tersebut. 3.7 Akta Majlis Penetapan Gaji 1947 Untuk menentukan gaji dan upah minimum pekerja di sektor – sektor tertentu yang dirasakan perlu dilindungi. 3.8 Akta Pampasan Pekerja 1952 Untuk memastikan para pekerja mendapat pampasan akibat dari kemalangan, sakit semasa bekerja atau berkait dengan pekerjaan yang dilakukannya. 3.9 Akta Tabung Pembangunan sumber Manusia 1992 Untuk membantu meningkatkan kemahiran para pekerja organisasi. Ia akan mengurangkan kos latihan dan pembangunan pekerja.
  • 10 PROSES PENGAMBILAN PEKERJA
  • 11 JAWATAN KOSONG Faedah yang disediakan: Elaun shif Pakaian seragam Cuti tahunan Caruman KWSP dan Perkeso Pengangkutan dan penginapan disediakan Kemudahan perubatan Kelayakan:  Berumur 20 – 30 tahun  Lulus SPM Setaraf  Sijil kemahiran Automotif (minima) - Tahap 1 dan Tahap 2  Boleh berkerja shif  Mahir bertutur dan menulis dalam bahasa melaya atau bahasa inggeris  Tiada kes jenayah  Berpengalaman dalam bidang ini. RM 700.00++ Anggaran Pendapatan Kasar Termasuk “Overtime dan Elaun Sila hubungi: En. Faqkrie : 019 8761432 En Mubin : 016 4448888 En Zaim : 019 8558888 Pejabat : 03-6272 9078 Emel : vendor@yahoo.com Lot No.1 Jalan Persiaran Industri, Taman Perindustrian Seri Damansara, Sg. Buloh, 52200 Kuala Lumpur.
  • 12 1. PENDAHULUAN Pengambilan pekerja ialah proses mengenal pasti individu-individu yang layak dan menarik minat mereka kepada jawatan kosong yang ada dalam organisasi agar mereka memohon jawatan tersebut. 2. PROSES PENGAMBILAN PEKERJA a. Perancang sumber manusia/permintaan khas daripada pengurus. b. Kekosongan jawatan c. Kerja lebih masa d. Penyemakan maklumat kerja  tentukan keperluan kerja  tetapkan kriteria perekrutan e. penentuan sumber rekrut f. sumber dalaman/sumber luaran g. kaedah dalaman/kaedah luaran h. kumpulan rekrut 3. KAEDAH-KAEDAH PENGAMBILAN PEKERJA a. Pemohon menulis terus dan jumpa terus. b. Rujukan pekerja c. Pengiklanan (kami ambil kaedah pengiklanan) d. Agensi pekerjaan e. Persatuan professional f. Perekrut g. Program latihan amal h. Pengambilan peristiwa khas.
  • 13 4. PROSES PEMILIHAN PEKERJA a. Proses pemilihan pekerja merupakan suatu langkah yang perlu dilalui oleh sesorang pemohon kerja. b. Proses ini boleh mengambil masa dari sehari hingga beberapa bulan tertakluk pada jumlah pemohon yang ada dan pentingnya jawatan yang diisi itu. 5. BORANG PERMOHONAN a. Borang permohonan yang direka bentuk dengan sebaik-baiknya membolehkan majikan memperoleh maklumat tentang permohonan kerja dengan cara yang sistematik dan cepat. b. Maklumat borang terdiri daripada data peribadi seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, latar belakang pendidikan, pengalaman kerja dan sebagainya.
  • 14 Borang permohonan pekerja Vendor Automobil JAWATAN YANG DIPOHON:_______________________________________ NAMA PENUH:______________________________________________ NAMA PENUH BAPA:________________________________________ ALAMAT TETAP:____________________________________________ ALAMAT SURAT-MENYURAT:_______________________________ NO. TELEFON:___________________________ TARIKH LAHIR:_________________________ TEMPAT LAHIR:___________________ UMUR:_________________________________ WARGANEGARA:__________________ NO/KP:_________________________________ WARNA KP:_______________________ BANGSA:_______________________________ AGAMA:__________________________ JANTINA:_______________________________ TARAF PERKAHWINAN:___________ TINGGI BADAN:________________________ BERAT BADAN:___________________ NO. KWSP:_____________________________ NO. PERKESO:____________________ NO. CUKAI PENDAPATAN:_________________________________
  • 15 KELAYAKAN Sekolah/Institut/Universiti Tahun Mula Tahun Tamat kelulusan pangkat PENGALAMAN Jawatan Majikan Tarikh Mula Tarikh Tamat Jumlah gaji sebab-sebab Berhenti PENYOKONG (Dua Orang) Nama Jawatan Alamat/No. Telefon 1. 2. Saya mengesahkan bahawa segala keterangan yang saya berikan di atas adalah benar dan betul. TARIKH:____________________________ TANDATANGAN PEMOHON:____________________
  • 16 6. TEMU DUGA PEKERJA Temu duga pekerjaan boleh ditakrifkan sebagai perbualan berhaluan antara temu duga dengan pemohon keja untuk bertukar-tukar maklumat dan menilai kesesuaian pemohon bagi sesuatu jawatan. Senarai Semakan Temu Duga Bagi Jawatan Peringkat Pengurusan Vendor Automobil LAPORAN TEMU DUGA NAMA PEMOHON:_______________________ TARIKH:__________________________________ JAWATAN DIPOHON:____________________ PENEMU DUGA:___________________________ MARKAH PEKARA (1-10) CATATAN (1) CIRI-CIRI FIZIKAL ( rupa gaya, pakaian ) (2) CIRI-CIRI PERIBADI ( kematangan, keyakinan, ketenangan, kesopanan ) (3) LATAR BELAKANG KELUARGA ( keluarga, tanggungan ) (4) KOMUNIKASI ( kefasihan bahasa, gaya bercakap, diplomasi ) (5) KECERDASAN MANTAL ( ketajaman fizikal, lojik, Daya cipta ) (6) MOTIVASI ( minat kerja, cita-cita )
  • 17 (7) KELULUSAN AKADEMIK (8) PENGALAMAN KERJA (9) PENGETAHUAN AM (10)PENGETAHUAN TENTANG KERJA:_______________________________ JUMLAH MARKAH:___________________ KOMEN LAIN:__________________________________________________________________ _________________________________________________________________________________ Permohonan disokong permohonan tidak disokong _______________________________ TANDATANGAN PENEMU DUGA
  • 18 5.1 Ujian Pemilihan  Ujian pemilihan dibentuk untuk membolehkan pihak majikan menapis sebilangan daripada pemohon yang cekap dan seragam. 5.2 Pemeriksaan Latar Belakang  Maklumat tentang latar belakang kerja seseorang pemohon kerja didapati daripada bekas majikan atau orang yang tahu tentang prestasi dan pengalaman kerjayanya. 5.3 Pemeriksaan Fizikal  Permohon tersebut dikehendaki menjalankan pemeriksaan doktor yang mementukan sama ada dia berada dalam keadaan fizikal dan mental yang sihat atau tidak untuk melakukan kerja yang ditawarkan kepadanya. 5.4Tawaran Pekerjaan  Tarikh mula kerja biasanya dirundingkan bedasarkan kedua-dua belah pihak iaitu, pihak majikan dan pihak pekerja baru. 5.5 Tempoh Percubaan  Mengadakan tempoh percubaan antara 1 hingga.
  • 19 PENILAIAN PRESTASI
  • 20 1. PENGENALAN Penilaian prestasi merupakan fungsi pengurusan sumber manusia yang penting dan sinonim dengan pemberian pampasan dan faedah organisasi.Menurut Snell Bohlander (2007),penilaian prestasi boleh didefinasikan proses yang kebiasaannya dilakukan oleh pengurus setiap tahun terhadap pekerjanya.Menurut mereka penilaian prestasi direkabentuk untuk membantu pekerja memahami peranan,objektif,jangkaan dan pencapaian prestasi.Gomez-mejia et al.(2007) pula mendefinasikan penilaian prestasi sebagai satu system pengenalpastian,pengukuran dan pengurusan prestasi sumber manusia dalam organisasi.Penilaian prestasi menurut Maimunah Aminuddin (2007) pula merujuk kepada penilaian sistematik terhadap prestasi kerja kakitangan.Prosuder ini bertujuan memotivasikan pekerja bagi mengurangkan jurang perbezaan prestasi ketahap yang lebih baik.Berdasarkan definasi tersebut bolehlah dibuat kesimpulan bahawa penilaian prestasi bertujuan untuk menilai tahap prestasi seseorang pekerja iaitu dengan melakukan perbandingan pencapaian sebenar dengan pencapaian yang diharapkan dan telah ditetapkan. 2. TUJUAN PENILAIAN PRESTASI Penilaian prestasi bertujuan mengkaji prestasi kerja individu ditempat kerja.Kelemahan dan keteguhan prestasi kerja akan menjadi input untuk pembangunan dan pendorongan pekerja pada masa depan dan seterusnya menyumbangkan kepada keberkesanan organisasi untuk mencapai tujuannya.Disamping itu,proses penilaian prestasi akan mewujudkan data untuk kegunaan kenaikan pangkat dan kenaikan gaji.Penilaian yang dilakukan secara objektif merupakan data yang lebih sah dan saksama untuk dibandingkan prestasi antara individu dengan individu yang lain. 3. OBJEKTIF PENILAIAN PRESTASI Objektif penilaian prestasi adalah untuk mengkaji prestasi individu untuk mencapai prestasi kerja yang berkualiti.terdapat 5 objektif umum dalam melaksanakan penilaian prestasi iaitu;
  • 21 3.1.Dijadikan Asas Dalam Membuat Keputusan Personal 3.2.Menyediakan Maklum Balas Terhadap Pencapaian Pekerja 3.3.Sebagai Peringatan Kepada Pengurus 3.4.Menyediakan Program Latihan Dan Pembangunan 3.5.Menetukan Ganjaran Yang Setimpal Untuk Pekerja 4. PROSES PENILAIAN PRESTASI 5. ELEMEN-ELEMEN YANG DINILAI DALAM PENILAIAN PRESTASI  Sifat  Gelagat  Hasil tugas  Potensi untuk peningkatan 6. JANGKAMASA PENILAIAN PRESTASI Penilaian prestasi yang formal biasanya dibuat mengikut jarak waktu tertentu.Kebanyakan organisasi melakukannya sama ada setahun sekali atau setiap enam bulan sekali.Ada juga memilih untuk membuat penilaian prestasi setiap tiga bulan atau empat bulan sekali. Kenalpasti matlamat Nilai prestasi maklumbalas Tetapkan piawaian kerja Perlaksanaan kerja
  • 22 7. KAEDAH PENILAIAN PRESTASI  Kaedah Sifat Didalam kaedah sifat,organisasi ini mengukur tahap penonjolan sesuatu cirri-ciri tertentu oleh pekerjanya seperti tahap kebergantungan pekerja kepada orang lain,inisiatif dan kerajinan. o Skala Perkadaran Grafik Ia adalah pendekatan penilaian pretasi yang menggunakan satu skala yang menyenaraikan sekumpulan sifat tersebut.Pekerja dinilai dengan mengenalpasti skor yang paling baik untuk menghuraikan tahap prestasinya untuk setiap sifat. o Kaedah Penilaian Terpaksa Dalam kaedah pilihan terpaksa,penilaian dibuat sama seperti menilai menggunakan keluk taburan kekerapan;skor prestasi pekerja yang telah ditetapkan akan diletakkan dalam kategori prestasi yang pelbagai. o Dalam kaedah ini,penilai akan menulis sebuah karangtan menceritakan tentang prestasi pekerja yang dinilainya.Karangan tersebut akan menumpukan kepada gelagat yang paling banyak ditonjolkan oleh pekerja,bukannya prestasi kerja rutin sehariannya.Penilai akan membuat kenyataan berkaitan prestasi masa lalu,kekuatan,kelemahan dan potensi seseorang pekerja.Keberkesanan cara ini bergantung kepada kebolehan penilai menulis dan memepersembahkan prestasi pekerja dalam bentuk cerita. Kaedah Penilaian Prestasi Kaedah gelagat Kaedah sifat Kaedah hasil
  • 23 o Kaedah Perbandingan Pasangan Dalam kaedah ini ,pekerja akan dinilai melalui perbandingan sifatnya dengan sifat rakan sekerja lain.Contohnya,sifat yang baik akan diberi ‘+’ manakala sifat yang kurang baik akan diberi ‘-’.  Kaedah Gelagat Kaedah gelagat dalam penilaian prestasi merujuk kepada penilai yang akan melihat gelagat dan tindakan yang ditonjolkan oleh pekerja semasa melaksanakan tanggungjawab pekerjaannya.Kaedah gelagat lebih rasional berbanding dengan kaedah sifat kerana ia berorentasikan tindakan pekerja yang dinilai.Terdapat beberapa jenis penilaian prestasi dalam kaedah gelagat iaitu; o Kaedah Peristiwa Genting Peristiwa genting adalah kejadian luar biasa yang boleh menunjukkan prestasi baik atau prestasi buruk seseorang pekerja dalam pekerjaannya.Dalam kaedah tersebut,penilai akan memerhati dan memberi markah kepada gelagat yang dianggap kritikal untuk membezakan prestasi baik dan tidak baik. o Kaedah Senarai Semak Gelagat Di sini,penilai akan menyemak beberapa kenyataan gelagat pekerja yang telah disediakan dalam sekeping boring senarai semak.Contohnya,kenyataan-kenyataan gelagat seseorang setiausaha boleh berbunyi seperti: berupaya menaip dengan kelajuan 130 patah perkataan dalam masa seminit. o Skala Perkadaran Berdasarkan Gelagat Ia diasaskan daripada kaedah peristiwa genting.Satu kala menegak yang mengandungi skor bagi setiap gelagat akan dibina dan pekerja akan diberikan skor mengikut gelagat yang mereka tunjukkan. o Skala Pemerhatian Gelagat Ia seakan-akan sama dengan skala perkadaran berasaskan gelagat kerana iajuga diasaskan daripada kaedah peristiwa genting.Perbezaan diantara kedua-duanya adalah skala pemerhatian gelagat melihat kekerapan sesuatu gelagat itu ditunjukkan oelh pekerja.Kekerapan ini akan dicatatkan dan diberi skor oleh penilai.
  • 24  Kaedah Hasil Ia adalah satu kaedah popular di kalangan organisasi kerana ia memberikan satu ukuran yang boleh dinilai dan dibandingkan oleh pengurus.Ukuran-ukuran seperti jumlah jualan,jumlah jam bekerja dan jumlah output pengeluaran.Peningkatan prestasi yang terletak ditangan pekerja memerlukan pengurus menurunkan sedikit kuasanya kepada para pekerja supaya mereka lebih bermotivasi dan tekun menjalankan tugas.Terdapat dua jenis penilaian prestasi mengikut kaedah hasil iaitu; o Ukuran Produktif Ukuran produktif merujuk kepada tahap output yang Berjaya dihasilkan oleh seseorang pekerja.Ia boleh jadi dalam bentuk unit barangan,nilai matawang,jam dan sebagainya.Ukuran produktiviti berkait secara langsung dengan pencapaian pekerja dan juga membantu organisasi mencapai objektifnya.Ia mudah digunakan tetapi adakalanya produktiviti yang ditunjukkan oleh pekerja tidak menggambarkan prestasi sebenar mereka.Prestasi produktiviti tersebut mungkin telah dicemari oleh faktor- faktor yang tidak dapat dikawal oleh pekerja berkenaan. o Pengurusan Melalui Objektif (MBO) Pendekatan MBO diperkenalkan oleh Peter Drucker pada tahun 1954.MBO memerlukan organisasi menetapkan matlamat yang boleh diukur dan mendapat persetujuan pekerjanya sebelum prestasi kerja sebenar diukur.Matlamat yang akan ditetapkan mestilah selari dengan matlamat organisasi.Usaha pekerja untuk mencapai matlamat tersebut akan dinilai secara berkala.Semakan terhadap objektif akan dibuat semasa proses penilaian supaya objektif yang ditetapkan itu realistic untuk dicapai.Keburukan MBO adalah ia memerlukan masa yang panjang untuk menetapkan matlamat dan juga menyemak matlamat.
  • 25 8. MASALAH-MASALAH DALAM MELAKSANAKAN PENILAIAN PRESTASI 8.1Objektif Kabur Ada kalanya peinilaian prestasi yang ditetapkan kabur dan tidak dapat diukur.Contohnya,penggunaan skala perkadaran untuk mengukur sifat sebenarnya amat sukar dijalankan kerana sifat itu sendiri adalah subjektif.Faktor yang ingin diukur juga kadang-kadang tidak berkaitan dengan prestasi pekerja.Contohnya pekerja yang cantik diberi skor tinggi sedangka kecantikan tidak membawa penambahan prestasi pekerja berkenaan. 8.2 Kesan Halo Kesan halo berlaku apabila pengurus menilai pekerjanya hanya berdasarkan satu elemen positif yang ditonjolkan oleh pekerja berkenaan.Daripada kesan pandanga pertama (first impression) ini,penilai akan membuat kesimpulan tentang prestasi pekerjanya.Contohnya salina mempunyai perwatakan yang kemas,semasa dia membuat penilain prestasi terhadap pekerjanya iaitu Azman,didapati beliau memiliki perwatakan yang disukainya oleh itu Salina menyimpulakan bahawa pekerjanya itu baik berdasarkan sifat yang dilihatnya.Beliau mengabaikan elemen lain seprti kehadiran,ketepatan masa menghantar tugasan dan sebagainya. 8.3Ketegasan/Murah Hati Penilaian yang terlalu murah hati akan memberi skor yang terlalu tinggi dan tidak sepatutnya diterima oleh pekerja terbabit,penilai memberi skor yang tinggi untuk mengelakkan pergeseran dan kontrovesi diantaranya dan pekerja.Kesannya objektif penilaian prestasi gagal dicapai. Pengurus yang terlalu tegas pula amat kritikal dan berkira semasa membuat penilaian prestasi.Biasanya pengurus seperti ini berpendapat skor cemerlang hanyalah niliknya manakala para pekerja hanya layak diberi skor sederhana dan rendah.Jika pengurus terlalu kedekut,beliau mungkin akan kehilangan pekerja- pekerjanya. 8.4Kecenderungan Memusat Pengurus memberi skor yang hampir serupa kepada para pekerjanya semasa melakukan penilaian prestasi.Pengurus yang menggunakan cara ini dalam penilaian prestasi mendakwa,dengan berbuat demikian beliau dapat mengelakkan konflik dan pergaduhan.
  • 26 8.5Manipulasi Penilaian Pengurus menaikkan sedikit skor untuk mengelakkan pekerja memusuhinya atau tidak bermotivasi,ada juga pengurus memberi skor tinggi kepada pekerja tertentu kerana beliau ingin menaikkan gaji pekerja tersebut,jika pengurus itu ingin seseorang itu diberhentikan,maka beliau akan memeberi penilaian buruk terhadap pekerja tersebut. Kesannya objektif penilaian prestasi gagal dicapai. 9. CIRI CIRI SISTEM PENILAIAN PRESTASI BERKESAN 9.1 Temuduga Penilaian Prestasi Didalam sIstem penilaian prestasi,penilaian bukan sahaja dikehendaki mengisi borang laporan penilaian prestasi pekerjanya,tetapi kadangkala mereka perlu menjalankan sesi temuduga .terdapat beberapa proses temuduga penilaian prestasi seperti; 9.1.1 Temuduga cakap dan pujuk 9.1.2 Temuduga cakap dan dengar 9.1.3 Temuduga penyelasian masalah
  • 27 10. CONTOH BORANG PENILAIAN PRESTASI Skala Perkadaran Graf PERATUS TAHAP PENILAIAN PENGERTIAN PERATUS 91% Dan Keatas Cemerlang Prestasi yang tersangat baik dan konsisten sepanjang tahun 80%-90% Sangat baik Sentiasa melakukan kerja dengan baik dan jarang melakukan kesilapan/kegagalan 66%-79% Baik Sentiasa melakukan kerja dengan sempurna dan berupaya memperbaiki kesilapan dan kesalahan yang kekerapannya secara sederhana 50%-65% Memuaskan Memenuhi kehendak kerja dengan kadar kesalahan dan kesilapan yang berpatutan 30$-49% Memerlukan pembaikan Kadangkala memenuhi dan kadangkala gagal memenuhi kehendak kerja 29% dan kebawah Tidak memuaskan Selalunya gagal untuk memenuhi kehendak kerja Nama: Jabatan: Jawatan: Penilaian: Tempoh penilaian: Jumlah markah: 1. Kecekapan atau kekurangan kesilapan: 2. Kecenderungan menolong rakan: 3. Kualiti kerja yang dibuat: Bulatkan nilai yang sesuai. 1-Tidak memuaskan 2-Kurang memuaskan 3-Sederhana
  • 28 4-Baik 5-Cemerlang Senarai semak Pekara ya Tidak 1. Pekerja ini dapat menyiapkan tugas mengikut masa yang ditetapkan. 2. Pekerja ini membuat kerja dengan betul. 3. Pekerja ini berkemahiran Tanda √ pada yang berkenaan* Skala perkadaran berasaskan kelakuan. Paling tinggi. 5……...Lambat datang kerja. 4……..Tidak pandai berkomunikasi dengan pelanggan. 3……..Kurang komunikasi dengan penyelia. 2……..Sikap kurang memuaskan. 1……..Kurang disiplin. Paling Rendah
  • 29 11. KESIMPULAN Penilaian yang dijalankan oleh organisasi adalah sebahagian daripada aktiviti pengurusan prestasi.Ia dilaksanakan oleh organisasi untuk tujuan pentadbiran dan pembangunan.Maklumat yang diberikan daripada penilaian prestasi amat berguna untuk menjayakan fungsian lain dalam pengurusan sumber manusia seperti latihan dan pembangunan,pentadbiran pampasan,pembangunan kerjaya dan sebagainya.Proses penilaian ini amat berguna untuk sesebuah organisasi kera prtoses ini dapat meningkatkan prestasi kerja seseorang dan dapat meningkatkan prestasi syarikat.
  • 30 PROSUDER KESELAMATAN
  • 31 1. PENDAHULUAN Majikan membelanjakan banyak wang dan masa untuk mengambil,memilih dan mengadakan induksi untuk pekerja.Mereka pastikan bahawa mereka mematuhi undang-undang pekerjaan,tetapi mereka gagal untuk menyedikan tempat kerja yang selamat.Pekerja mungkin maut akibat kemalangan tersebut.Pegawai sumber manusia perlu maklumkan kepada keluarga pekerja bahawa dia terlibat dalam kemalangan mauat,mungkin ini ialah satu tugas yang tersangat susah yang akan dihadapi oleh seorang pegawai sumber manusia. Dalam ruang ini,isu ini membincangkan dasar keselamatan,program keselamatan dan aduan kemalangan di tempat kerja.
  • 32 2. DASAR KESELAMATAN SYARIKAT Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan di Syarikat Ikbal Engineering Sdn Bhd untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti- aktivitinya. Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama. Khususnya, dasar Jabatan ialah: a) Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat; b) Untuk mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; c) Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi; d) Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan yang diluluskan; e) Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan f) Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu. Jabatan yakin bahawa keselamatan dan kesihatan yang dipertingkatkan secara berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan kejayaan misi kita.
  • 33 3. PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Di Syarikat Ikbal Engineering Sdn Bhd adalah untuk mencapai objektif berikut : a) Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada pekerja sepanjang berada di tempat kerja. b) Memupuk dan meningkatkan tahap kesedaran terhadap aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja. c) Menyediakan dan menggalakkan pelaksanaan penilaian risiko (risk assessment) serta penyediaan prosedur kerja selamat (safe operating procedure) bagi setiap aktiviti yang dijalankan di tempat. d) Membantu dalam mengintegrasikan Budaya Kerja Selamat dan Sihat di dalam sistem pengurusan dan aktiviti yang dijalankan di tempat kerja serta meningkatkan standard KKP. e) Meningkatkan kualiti kerja yang selamat f) Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi isu keselamatan, kesihatan dan kecemasan.
  • 34 4. PERANAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN Tanggungjawab Pengurusan a) Setiap Ketua Bahagian, Seksyen dan Unit adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan dasar dan memperuntukkan sumber yang mencukupi bagi mencapai maksud tersebut. b) Setiap Pengurus di dalam syarikat adalah bertanggungjawab memastikan bahawa setiap aktiviti dan lokasi kerja di bawah pengawasannya selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan. c) Menyedia dan memelihara tahap keselamatan dan kesihatan yang tertinggi bagi setiap kemudahan, loji, peralatan dan sistem beserta dengan kebajikan dan kemudahan pertolongan cemas. d) Mewujudkan komunikasi berkesan supaya pihak pengurusan dan para pekerja dapat bekerjasama dalam membentuk dan mempromosikan langkah-langkah bagi memastikan keselamatan di tempat kerja. e) Memberi latihan dan pengetahuan kepada para pekerja tentang risiko yang dihadapi semasa dan di tempat kerja. f) Memastikan setiap kontraktor dan pembekal dipilih berdasarkan keperluan keselamatan dan kesihatan syarikat. g) Menyediakan peralatan keselamatan dan perlindungan diri yang mencukupi untuk setiap pekerja. h) Mewujudkan dan mengemaskini prosedur kecemasan selaras dengan keperluan perundangan dan komuniti setempat. i) Mematuhi semua perundangan dan peraturan negara dan mempromosikan amalan keselamatan yang terbaik
  • 35 Tanggungjawab Pekerja a) Setiap pekerja bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kesihatan diri sendiri, rakan sekerja, syarikat dan masyarakat. b) Pekerja mestilah bekerjasama dengan pihak pengurusan dalam semua aspek keselamatan dan kesihatan. c) Pekerja mestilah mematuhi sebarang arahan atau peraturan keselamatan dan kesihatan yang diadakan oleh pihak pengurusan. d) Pekerja mestilah memakai atau menggunakan peralatan perlindungan diri yang dibekalkan di sepanjang waktu bekerja. Dasar atau Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibentuk berasaskan kepada peraturan-peraruran AKKP 1994 dan juga tataamalan industri. Mengikut seksyen 36 Akta yang sama, tataamalan industri adalah terdiri daripada arahan-arahan yang pada Menteri Sumber Manusia perlu atau patut untuk panduan majikan dan pekerja dalam mematuhi kehendak-kehendak Akta. Suatu tataamalan terdiri daripada apa-apa standard, kaedah, spesifikasi atau peruntukkan berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diluluskan oleh Menteri Sumber Manusia. Tataamalan juga perlu memakai, mengandungi atau merujuk kepada mana-mana dokumen yang dirumus atau disiarkan oleh mana-mana badan atau pihak yang berkuasa. Penalti Kegagalan menyediakan dasar keselamatan boleh menyebabkan majikan disabitkan kesalahan di bawah seksyen 195 di mana sekiranya didapati bersalah majikan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
  • 36 5. FUNGSI JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN 1. Membantu dalam menyediakan sistem / prosedur kerja selamatan SOP setiap proses/aktiviti Pemilihan PPE Permit kerja untuk sub kontraktor. 2. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian merbahaya dan keracunan / penyakit pekerjaan dari segi :  Masa kemalangan  Punca / sebab kemalangan  Jumlah kemalangan 3. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan :  Kursus induksi  Kempen keselamatan  Program pendedahan bunyi bising  Kesan dari segi :  Kadar kemalangan  Kesedaran/sikap pekerja  Pemahaman tentang aspek keselamatan & kesihatan
  • 37 6. AUDIT KESELAMATAN Definisi Audit Keselamatan Perkataan audit diambil daripada perkataan Latin audire yang bermaksud didengar kerana semasa pertama kali diperkenalkan audit melibatkan pembentangan secara oral (Fuller dan Vassie, 2004). Antara takrifan audit keselamatan dan kesihatan ialah ia merupakan sebagai satu proses yang tersusun bagi mengumpul maklumat berkenaan dengan keberkesanan, keefisyenan dan juga kebolehpercayaan sesuatu system pengurusan keselamatan dan kesihatan dan seterusnya merangka pelan untuk memperbaiki kelemahan (Health and Safety Executive, 2000). Menurut Wallace (1995) audit sebagai pengesahan secara langsung sesuatu aktiviti dengan menggunakan pendekatan sistematik untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dengan cara membandingkan apa yang ada dan yang dilakukan dengan standard, amalan dan undang-undang. Audit keselamatan juga merujuk kepada audit keselamatan dan kesihatan tentang loji dan sistem kerja untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di tempat kerja1. Pelbagai nama diberikan kepada aktiviti ini antaranya pemeriksaan keselamatan, analisa dan penyelidikan keselamatan, lawatan mengejut dan sebagainya (Kamal Halili, 2001). Walau apapun, yang pentingnya audit keselamatan difahami sebagai satu proses memantau aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan menilai ke atas sebarang aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan di tempat kerja secara berkala.Audit keselamatan dilaksanakan dengan tujuan untuk menilai keberkesanan sistemkeselamatan yang dibuat dalam sesebuah organisasi, di samping mencari kekuatan dan kelemahan organisasi bagi mengenalpasti langkah-langkah pembaikan yang boleh diambil.Perlaksanaan yang sempurna dan berterusan menunjukkan komitmen dan iltizam yang tinggi daripada pihak pengurusan secara tidak langsung memotivasikan pekerja betapa pentingnya menitikberatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
  • 38 7. AUDIT KESELAMATAN: TANGGUNGJAWAB SIAPA? Dalam sesebuah organisasi, tanggungjawab untuk melaksanakan audit keselamatan terletak di bahu majikan. Tetapi dengan wujudnya jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan maka pengkhususan berkaitan dengan audit keselamatan dapat dilaksanakan sebagaimana termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan perundangan subsidiari di bawahnya. Sesiapa yang mengendalikan audit keselamatan dan kesihatan di sesebuah organisasi dikenali sebagai juru audit keselamatan dan kesihatan2, sama ada di ambil bekerja di tempat kerja atau sebaliknya, yang dilantik oleh majikan untuk menjalankan audit keselamatan di tempat kerja. Oleh itu, juru audit bagi keselamatan dan kesihatan tidak semestinya ahli JKKP.Audit boleh dikategorikan kepada audit dalaman dan audit luaran. Berdasarkan seksyen 31(a), AKKP 1994, JKKP yang ditubuhkan berfungsi untuk mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang-orang di tempat kerja. JKKP hendaklah: a) Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya tiga bulan sekali untuk menentukan jika terdapat apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang yang diambil kerja di dalamnya; Dengan syarat bahawa JKKP itu boleh, pada bila-bila masa, membuat pemeriksaan lanjut ke atas apa-apa loji di dalamnya atau mana-mana bahagian tempat kerja untuk mengukurkeberkesanan langkah-langkah yang diambil bagi memastikan keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja. b) membincangkan dengan seberapa segera yang praktik, pemerhatian anggota jawatankuasa yang dibuat semasa pemeriksaan tempat kerja, dan jika terdapat hal keadaan di tempat kerja yang pada pendapat jawatankuasa, memudaratkan keselamatan dan kesihatan mana-mana orang yang diambil kerja di dalamnya hendaklah merekodkan butir-butir tentang hal keadaan tersebut dalam suatu laporan yang disimpan bagi maksud itu; dan
  • 39 c) membuat cadangan kepada majikan mengenai langkah-langkah pemulihan yang perlu diambil tentang apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan orang di tempat kerja dan hendaklah merekodkan cadangan tersebut dalam laporan. 8. OBJEKTIF AUDIT KESELAMATAN Antara objektif audit keselamatan ialah untuk menilai keberkesanan pengurusan system keselamatan dan kesihatan yang diamalkan di sesebuah tempat kerja melalui pemeriksaan secara berkala. Di samping itu, audit keselamatan dianggap sebagai satu cermin kerana melaluinya sebarang kelemahan dan kekuatan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dilaksanakan dapat dikenalpasti. Dengan kata lain, maklumat terkini yang diperolehi melalui audit akan menunjukkan kedudukan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam sesebuah organisasi tersebut.Selaras dengan itu, langkah-langkah penambahbaikan yang sesuai dan praktikal diambil oleh pihak majikan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memperbaiki kepincangan dan meningkatkan pencapaian serta kecekapan dalam sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan.Audit yang pertama kali dilakukan dianggap sebagai permulaan ke arah memperbaiki sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam sesebuah organisasi dan ianya perlu dilakukan secara berterusan dan konsisten.
  • 40 8.1 BORANG AUDIT KESELAMATAN AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI SYARIKAT IKBAL ENGINEERING SDN BHD 1. MAKLUMAT ASAS KEMUDAHAN 1.1NAMA DAN ALAMAT KEMUDAHAN 1.2NAMA DAN JAWATAN PEGAWAI YANG DIHUBUNGI 1.3UNIT/JABATAN YANG DILAWATI 1.4JUMLAH ANGGOTA ORANG 2. TARIKH LAWATAN TARIKH LAWATAN TERAKHIR 3. 3. AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN ARAHAN: -Format ini hedaklah diisi semasa membuat lawatan kemudahan kesihatanyang berkaitan melalui pemerhatian,temubual,semakan rekod dan sebagainya. -Audit ini meliputi 3 komponen utama organisasi,keselamatan dan kesihatan’ -Penilaian dibuat dari aspek penyediaan,pelaksanaan/implementasi program -Tandakan TB bagi perkara yang tidak berkaitan Perkiraan Markah adalah berdasarkan perkara: i. Skala prestasi: 0-tidak memuaskan 1-memuaskan 2-baik ii. ‘Weightage’ 1.Minor-bagi perkara yang optinal atau menjejaskan kesihatan/keselamatan 2.Major-bagi perkara yangt keujudannya boleh mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan anggota/tempat kerja 3.Critical-bagi perkara yang boleh menjejaskan kesihatan/keselamatan anggota atau dibawah peruntukan Akta.
  • 41 Skala prestasi Jumlah weightage Markah diperoleh i catatan 0 1 2 3.1 ORGANISASI 3.1.1 Penyata Dasar Keselamatan Dan Kesihatan X 3-6 1.1.2 Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan. (Jika>40 Orang Anggota) X 3-6 3.1.3 Garis Panduan Kerja Selamat (Tugas Yang Berisiko) X 3-6 3.1.4 Pelan Pengurusan Kecemasan X 2-4 3.1.5 Pengurusan ‘First Aid’ a) Peralatan X 3-6 b) Anggota Terlatih X 3-6 3.1.6 Prosedur Melapor Insiden/Kemalangan/Keced eraan X 3-6 3.1.7 Prosedur Penyiasatan Insiden X 3-6 3.1.8 Prosedur Tindaksusul/Ulangkaji Perlaksanaan Langkah- Langkah Kawalan/Pencegahan X 3-6 3.1.9a Kebajikan anggota (tempat kerja berisiko)  Ruang makan  Bilik tukar baju  Bilik mandi  Bilik rehat X 1-2 x-1-2 3.1.9b Surau X 1-2 Jumlah weightage catatan Skala Prestasi 0 1 2 Markah diperolehi 3.1.10 Oreintasi Keselamatan Dan Kesihatan Tempat Kerja (Job Orientation) X 2-4 3.1.11 Kursus Keselamatan Dan Kesihatan Dalam Perkhidmatan X 2-4 3.1.12 Promosi kesihatan X 2-4
  • 42 dan keselamatan Jumlah kecil 3.2 KESELAMATAN 3.2.1 Susunatur Peralatan X 3-6 3.2.2 Keselamatan Persekitaran (Lantai) X 3-6 3.2.3 Pencahayaan X 2-4 3.2.4 Ventalasi X 2-4 3.2.5 Penyelengaraan Peralatan X 2-4 3.2.6 Alat Perlindungan Diri(APD) X 3-6 3.2.7 Amalan Kerja Selamat  Guna APD yang dibekalkan  Mengikut garispanduan /prosidur X 3-6 3.2.8 Rekabentuk Tempat Kerja (Egronomik) X 2-4 3.2.9 Pelabelan Dan Penyimpanan Bahan X 2-4 JUMLAH KECIL 3.3 KESIHATAN 3.3.1 Pengurusan Risiko -Kenalpasti Hazard Menilai Dan Mengawal Risiko X 3-6 3.3.2 Pengawasan Perubatan Bagi Anggota  Bagi Anggota Yang Berisiko X 3-6  Bagi anggota> 40tahun Jumlah weightage catatan Skala prestasi 0 1 2 Markah diperolehi 3.3.3 Kebisingan (Dimana Perlu) X 2-4 3.3.4 Suhu Panas (Dimana Perlu) X 2-4 3.3.5 Kebersihan Persekitaran X 2-4
  • 43 3.3.6 pengurusan pembuangan bahan X 3-6 Jumlah kecil 3.4 CIRI KESELAMATAN DAN KESIHATAN UNTUK PELANGGAN 3.4.1 Orang Kurang Upaya X 2-4 3.4.2 wargatua X 2-4 3.4.3 kanak-Kanak X 2-4 3.4.4 lain-Lain X 2-4 JUMLAH KECIL JUMLAH BESAR 4.KOMEN KESELURUHAN 5.CADANGAN/TINDAKAN 5.1 Organisasi 5.2 Keselamatan 5.3 Kesihatan
  • 44 6.JURUAUDIT ……………………………….. Tandatangan Nama : Jawatan : 7.TARIKH LAPORAN AUDIT DISEDIAKAN
  • 45 9. KEPERLUAN MEMBERITAHU DOSH APABILA KEMALANGAN,KERACUNAN PEKERJAAN ATAU PENYAKIT PEKERJAAN Peraturan dibawah OSHA menyatakan bahawa adalah wajib bagi majikan memberitahu dosh apabila berlakunya: a) Kemalangan maut atau kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius kepada anggota badan (yang menyebabkan pekerja tidak dapat hadir untuk bekerja) b) Keracunan pekerjaan c) Penyakit pekerjaan Apabila kemalangan berlaku,pihak majikan mesti memberitahu pejabat DOSH tempatan denagan segera melalui telefon atau dengan cara lain.Dalam masa tujuh hari,satu laporan mesti dihantar ke DOSH dengan Melengkapkan Borang Berkenaan.Jangan Lupa Bahawa Anda Juga Perlu Melaporkan Kepada Pertubuhan Keselamatan Dan Sosial Atau Jabatan Tenaga Kerja(sekiranya pekerja yang cedera ialah pekerja asing) 9.1 Kemalangan Satu atau berapa kejadian yang tidak dirancang dan tidak dikehendaki yang mana boleh mendatangkan bencana,kecederaan kepada menusia,kerosakan harta benda. Keputusan result Perbuatan tidak selamat Unsafe practice/human factor Bahaya Practice or condition that may cause accident Kemalangan Accident Tempat tidak selamat Unsafe condition
  • 46 9.2 Rekod Kemalangan Rekod semua kemalangan,kejadian merbahaya,peristiwa keracunan pekerjaan dan penyakit pekrjaan mesti disimpan.Pihak majikan mesti hantar kepada DOSH rekod tahun lepas sebelum 31 Januari setiap tahun.Semua mesti disimpan selama 5 tahun sekurang-kurangnya. 9.3 Penyiasatan kemalangan Sekiranya kemalangan berlaku,tidak kira kecil atau besar,ia mesti disiasat.Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan mesti diberi kuasa melantik satu jawatankuasa penyiasat khas setiap kali ada kemalangan.Penyiasatan mesti dimulakan tanpa penangguhan sebelum maklumat hilang. Penyiasatan keatas sesuatu kemalangan boleh dijalankan oleh satu kumpulan terdiri daripada: a) Pengerusi jawatankuasa keselamatan b) Pegawai bertanggungjawab keatas keselamatan ditempat kerja c) Satu atau dua orang ahli jawatankuasa keselamatan. Kumpulan penyiasat mesti berpengalaman menjalankan siasatan kemalangan.Sekiranya tiada siapa dalam organisasi anda mempunyai pengalaman yang mencukupi,aturkan latihan untuk sekumpulan staf supaya mereka memperolehi kemahiran penting apabila dikehendaki.Cuba pastikan pekerja yang telah menjalani latihan dalam penyiasatan kemalangan. Banyak soalan yang perlu dijawab oleh penyiasatan.Berikut adalah beberapa contoh: 1. Nilakah kemalangan berlaku 2. Dimanakah kemalangan berlaku 3. Siapakah yang terlibat dalam kemalangan 4. Ada siapa yang menyaksikan kemalangan tersebut 5. Apakah kecederaan dan kerosakan yang ditanggung 6. Adakah pertolongan cemas diberi kepada pekerja yang cedera?jika ya,oleh siapa? 7. Apakah peralatan atau mesin yang diguna semasa kemalangan 8. Pekerja yang cedera sedang buat apa semasa kemalangan? 9. Apa yang berlaku? 10.Adakah peraturan untuk memakai KPD dikawasan berlakunya kemalangan?adakah ia dipakai oleh pekerja yang terlibat. Semua maklumat yang dikumpul boleh diguna untuk mengenalpasti sebab-sebab kemalangan,dan ini boleh berikan input bagaimana untuk mengelakkan kemalangan
  • 47 daripada berlaku pada masa hadapan.Tujuan penyiasatan kemalangan bukannya untuk menuduh sesiapa,ia adalah untuk mencari jalan membuat tempat kerja lebih selamat.Penyiasatan mungkin cadangan:  Latihan tambahan untuk pekerja  Memperkenalkan KPD atau pertukaran KPD  Pelaksanaan peratran keselamatan yang lebih tegas  Prosuder dan penanda ditulis dengan lebih baik untuk pekerja patuhi  Pengubahsuaian mesin atau peralatan  Pengubahsuaian prosuder operasi piawai(SOP) 10. TINDAKAN MELAPOR KEMALANGAN Ketua hendaklah memastikan setiap kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja masing-masing dilaporkan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan melalui Pengerusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan . Laporan tersebut hendaklah dibuat dengan serta merta sebaik sahaja kejadian tersebut dikenalpasti atau berlaku di Jabatan masing-masing. Menghantar Borang Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya JKKP6 secepat yang praktik sebagaimana yang dilampirkan pada LAMPIRAN dan disalinkan kepada fail Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PTJ masing-masing. Bagi kemalangan yang serius, kawasan kemalangan hendaklah jangan diganggu kecuali untuk mencegah kemalangan yang lebih serius atau memudahkan laluan bantuan. Nasihat atau pandangan daripada Bahagian Keselamatan mengenai kemalangan hendaklah diperolehi serta merta.
  • 48 10.1 Borang Prosuder Kemalangan JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SYARIKAT IKBAL ENGINEERING SDN BHD LAPORAN KEMALANGAN A. PANDUAN MELAPORKAN 1. Sila isi laporan ini dimana yang berkenaan. Gunakan lampiran jika ruang yang disediakan tidak mencukupi. 2. Anda perlu mengisi laporan ini dengan jujur dan ikhlas. Keterangan yang diberikan akan membantu Jawatankuasa mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kemalangan yang serupa daripada berulang. 3. Laporan yang telah siap diisi hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Universiti B. STATUS PELAPOR Sila tandakan (x) diruangan yang disediakan Individu yang terlibat secara langsung Mangsa Kemalangan dengan kemalangan Penyelia/Ketua Jabatan Saksi Kemalangan Lain-lain Nyatakan : _________________
  • 49 C. BUTIR-BUTIR PELAPOR 1. Nama : _________________________ 2. No. Kad Pengenalan :_______________ 3. Bangsa : ____________ 4. Umur : ______ 5. Warganegara : ________________ 5. Pekerjaan i. Jika Pelajar-Kursus : ___________________________________ Tahun : _________ ii. Jika Staf-Jawatan : __________________ Taraf Perkhidmatan : ________________ iii.Jika Pelawat/Pekerja Kontrak dll. : _________________________________________ 7. No. Matrik/Kakitangan/Pas Pelawat/Pekerja : _______________________________ 8. Nama dan Alamat Jabatan/Majikan : ______________________________________ ______________________________________________ No. Tel. : _______________ 9. Alamat Kediaman Yang Boleh Dihubungi :__________________________________ ___________________________________________ No.Tel. : _________________
  • 50 D. PENYELIAAN/KEBENARAN BERTUGAS 1. Namakan Penyelia /Ketua Jabatan : ______________________________________ i. Nama : ___________________________ ii Jawatan : ________________________ iii. Jabatan : ____________________________________________________________ 2. Siapakah Yang Membenarkan/Mengarah Tugas/kerja Tersebut Dijalankan ? i. Nama : _______________________________ii. Jawatan : ___________________ iii. Jabatan : ____________________________________________________________ E. BUTIR-BUTIR KEMALANGAN 1. Tarikh Kemalangan : ___________________ 2. Masa Kemalangan : __________ 3. Tempat Kemalangan : (No./Nama Bilik/Bgn.) : ______________________________ 4. Terangkan Secara Ringkas Berkenaan Kerja / Tugas / Prosedur Kerja Yang Dijalankan Dimana Kemalangan Ini Berlaku : _______________________________ ______________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 5. Bilangan Hari/Kerja/Tugas Ini Dijalankan Sebelum Kemalangan Berlaku : _________ 6. Jelaskan Dengan Terperinci Bagaimana Kemalangan Ini Berlaku, Gambaran-Gambaran / Keadaan Kemalangan, Mereka Yang Terlibat, Tindakan-
  • 51 Tindakan Yang Telah Diambil Dan Sempamanya Mengikut Urutan Masa Dan Tarikh. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________
  • 52 7. Nyatakan Punca Kemalangan Ini Berlaku :_________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ __________________________________________________________ 8. Kepada Siapa Kemalangan Ini Mula Dilaporkan : ____________________________ F. KESAN KEMALANGAN 1. Nyatakan Nama Mangsa Kemalangan Dan bahagian Anggota Yang Tercedera : ______________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 2. Kerosakan Dan Kemusnahan Harta Benda/Peralatan Yang Berlaku : ____________________________________________________________________________ ________________________________________________________________ G. RAWATAN KECEMASAN 1. Terangkan Secara Ringkas Berkenaan Rawatan Kecemasan Yang diambil/Diberikan. ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________ 2. Jika Mangsa Mendapat Cuti Sakit, Nyatakan Mulai dari Tarikh ___________ Hingga _________
  • 53 I. PENGAWASAN KESELAMATAN 1. Adakah Tugas Kerja Ini Dibawah Penyeliaan Atau Diselia Oleh Sesaorang Semasa Kemalangan Ini Berlaku. Jika Ya, Namakan Penyelia Tersebut. ____________________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 2. Adakah Penerangan/Taklimat Berkenaan Keselamatan Telah Diberikan Sebelum Tugas/Kerja Dijalankan? Jika Ya, Terangkan Pada Masa Bila dan Oleh Siapa ? ____________________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 3. Adakah Pakaian Perlindungan / Peralatan Keselamatan Yang Disediakan Mencukupi Dan Digunakan Semasa Kemalangan. Terangkan : _________________ ______________________________________________________________________ H. LAIN-LAIN/ULASAN 1. Lain-lain Perkara Yang perlu Dilaporkan Atau Ulasan : ______________________ ____________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ __________________________________________________________ I. PENGAKUAN Segala Butir-Butir Dan Maklumat Yang Saya berikan Diatas Adalah Benar Dan Betul Setakat Yang Saya Ketahui. Tandatangan : ________________ Tarikh Dilaporkan : ________________
  • 54 11. KESIMPULAN Ruang ini telah membincangkan mengenai keselamatan yang berhubung dengan tempat kerja,dasar keselamatan,program kesedaran keselamatan,audit keselamatan dan sebagainya.Ruang ini juga membincangkan tentang tindakan melaporkan kemalangan sekiranya berlaku kemalangan ditempat kerja.Masalah dan isu keselamatan di setiap tempat kerja adalah berbeza bergantung kepada industri di mana anda berada.Oleh itu kita haruslah menjaga keselamatan diri di tempat kerja supaya kemalangan dapat dielakkan.