• Like
  • Save
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan penguasaan BM dikalangan pelajar peralihan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan penguasaan BM dikalangan pelajar peralihan

  • 6,077 views
Published

proposal kajian tindakan

proposal kajian tindakan

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
6,077
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
2
Likes
10

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN (KPR 5063) Kumpulan E TUGASAN PORTFOLIO : PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN “PENGGUNAAN PENDEKATAN PENCERITAAN BERDASARKAN KAD BERGAMBAR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN PELAJAR KELAS PERALIHAN” DISEDIAKAN OLEH: Wan Nordiana Bt Wan Ibrahim (L20101005985) Zuraidah Bt Shafie (L20101006008) Sholiati Bt Basri (L20101006013) Nurul Hafizah Bt Kusnin (L20101006017) DISEDIAKAN UNTUK : PROF MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR ISI KANDUNGAN
  • 2. Proposal Kajian Tindakan 1.0 Latar Belakang Kajian 3 2.0 Penyataan Masalah 4 3.0 Objektif Kajian 3.1 Objektif Am 4 3.2 Objektif Khusus 4 4.0 Metodologi Kajian 4.1 Sasaran Kajian 5 4.2 Reka Bentuk Kajian 5 4.3 Instrumen Kajian 7 4.4 Metod Analisis 8 5.0 Kesignifikanan Kajian 8 6.0 Anggaran Kos Perbelanjaan Kajian 8 7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian 9 8.0 Rujukan 10 Lampiran PENGGUNAAN PENDEKATAN PENCERITAAN BERDASARKAN KAD BERGAMBAR DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU 2
  • 3. Proposal Kajian Tindakan DI KALANGAN PELAJAR KELAS PERALIHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU KETAM, PULAU KETAM 42940 PELABUHAN KELANG, SELANGOR. 1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Malaysia merupakan negara yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang merupakan bahasa pengantaraan ekoran daripada masyarakat yang berbilang kaum. Oleh yang demikian, Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras yang diwajibkan lulus bagi membolehkan pelajar memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru itu, pelajar wajib menguasai Bahasa Melayu yang mengandungi 3 kemahiran utama iaitu kemahiran membaca, menulis dan kemahiran lisan. Selain daripada itu, Bahasa Melayu merupakan medium utama dalam menyatupadukan rakyat yang mempunyai pelbagai etnik dan kepercayaan. Oleh itu, penggunaan Bahasa Melayu adalah amat penting terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Senario ini menyebabkan para guru berusaha untuk menyediakan pelbagai strategi bagi menangani masalah ini demi memartabatkan Bahasa Melayu. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Hasil analisis keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam menunjukkan pencapaian yang tidak 3
  • 4. Proposal Kajian Tindakan memberangsangkan terutamanya bagi pelajar kelas peralihan. Didapati lebih kurang 80% pelajar kelas peralihan kebiasaannya tidak lulus didalam ujian Bahasa Melayu yang dijalankan. Kelas peralihan ini majoriti didominasi oleh pelajar berbangsa Cina. Setelah dikenalpasti, masalah ini adalah berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang lebih kerap menggunakan bahasa ibunda mereka berbanding bahasa kebangsaan dalam perbualan seharian. Mereka tidak berminat untuk bertutur didalam Bahasa Melayu dan ianya juga disebabkan oleh pergaulan mereka, di mana mereka hanya bergaul dikalangan bangsa mereka sahaja. Oleh sebab itu, tahap penguasaan Bahasa Melayu mereka adalah sangat lemah. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Am Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dikalangan pelajar-pelajar kelas peralihan dengan menggunakan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar yang diberikan. 3.2 Objektif Khusus 1. Pelajar dapat memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian. 2. Meningkatkan perbendaharaan kosa kata dalam Bahasa Melayu. 3. Membina keyakinan dikalangan pelajar berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. 4. Memupuk minat dan cintakan Bahasa Melayu. 5. Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan efektif. 4.0 METODOLOGI KAJIAN 4.1 Sasaran Kajian Kumpulan sasaran dalam kajian ini melibatkan seramai 25 orang pelajar kelas 4
  • 5. Proposal Kajian Tindakan peralihan di mana terdiri daripada 8 orang pelajar perempuan dan 17 orang pelajar lelaki berbangsa Cina. Pelajar-pelajar ini telah dikenalpasti mempunyai masalah menguasai pertuturan dalam Bahasa Melayu. 4.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti model Somekh berikut: Langkah 1- Mengenalpasti isu dan masalah • Sebelum mengambil langkah-langkah seterusnya, tinjauan terhadap masalah dikenalpasti terlebih dahulu bagi tujuan memahami secara mendalam masalah yang dihadapi. Ternyata masalah utamanya adalah berpunca daripada kurangnya penggunaan Bahasa Melayu dalam pertuturan harian. Masalah dikenalpasti melalui kaedah berikut: 4.2.1 Temu bual Kaedah temubual yang digunakan adalah secara tidak formal di antara pengkaji dengan guru Bahasa Melayu Kelas Peralihan iaitu Cikgu Arni Bt Lagomi. Secara tidak langsung pengkaji dapat mengetahui dengan lebih terperinci mengenai permasalahan ini. (Rujuk Lampiran 1) 4.2.2 Pemerhatian Pemerhatian yang dilakukan oleh guru Bahasa Melayu adalah untuk mengesan apakah punca utama kelemahan murid dalam menguasai Bahasa Melayu. Pemerhatian ini dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan melalui respon kepada soalan-soalan yang diajukan. Pelajar tidak dapat menjawab dengan tepat soalan yang diajukan oleh guru tersebut kerana tidak fasih berbahasa melayu. Langkah 2 – Mengumpul data • Data yang akan diperolehi melalui ujian pra yang bakal dijalankan oleh guru Bahasa Melayu kepada kumpulan sasaran akan dikumpul bagi 5
  • 6. Proposal Kajian Tindakan melaksanakan penilaian tahap dan prestasi kumpulan sasaran dalam penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan. (Rujuk Lampiran 2) Langkah 3 – Menganalisis data • Melalui data yang diperolehi nanti, pengkaji akan menganalisisnya bagi mengetahui tahap penguasaan Bahasa Melayu mereka. Langkah 4 – Merancang pelan tindakan • Berdasarkan kepada analisis data tersebut, pengkaji dapat merancang langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini. • Pengkaji telah memilih pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar bagi sesi latihan utama untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu mereka. • Pendekatan ini dipilih adalah kerana lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu dan penguasaan pelajar dalam bertutur menggunakan Bahasa Melayu. Langkah 5 – Melaksanakan pelan tindakan • Aktiviti ini merupakan aktiviti kumpulan yang melibatkan pendekatan dua dalam satu iaitu belajar sambil bercerita dalam satu masa. • Aktiviti ini dilaksanakan mengikut konsep penceritaan di mana pelajar diwajibkan membina skrip berdasarkan kepada kad bergambar yang telah diberikan. (Rujuk Lampiran 3) • Aktiviti ini dijalankan di dalam kumpulan yang mengandungi 3 orang pelajar. • Kad bergambar akan diberikan kepada setiap kumpulan, pelajar dikehendaki membincangkan segala maklumat bagi menghasilkan sebuah cerita berdasarkan kepada kad bergambar yang telah diberikan. • Pelajar tidak dibenarkan berkomunikasi dalam bahasa selain daripada Bahasa Melayu. Sekiranya didapati penggunaan bahasa lain di dalam perbincangan, maka guru akan mengenakan denda di mana pelajar dikehendaki berpantun, mendeklamasikan sajak atau bersyair. (Rujuk Lampiran 4) • Masa yang diperuntukkan bagi setiap sesi bimbingan yang akan dijalankan adalah selama 2 jam setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Sesi bimbingan ini akan dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P). 6
  • 7. Proposal Kajian Tindakan • Guru mata pelajaran dipilih sebagai penilai bagi melaksanakan tindakan dan pelajar-pelajar turut terlibat dalam membuat pemerhatian dan penilaian. • Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang dilaksanakan. Langkah 6 – Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan • Petikan yang sama digunakan daripada ujian pra. • Data akan dikumpul berdasarkan kepada ujian pra tersebut. Langkah 7 – Menganalisis dan menilai • Data yang diperolehi daripada ujian pos akan digunakan bagi menilai tahap perubahan selepas tindakan yang akan dilaksanakan. • Selain itu, pemerhatian dan penilaian juga akan dilakukan oleh guru bagi melihat keberkesanan kaedah yang bakal dijalankan. Langkah 8 – Putaran seterusnya • Pengkaji akan menilai sama ada terdapat perubahan dalam pelaksanaan aktiviti tersebut. • Sekiranya tidak terdapat sebarang peningkatan, maka langkah-langkah ini akan diperbaiki bagi mencapai tahap yang lebih memuaskan. 4.3 Instrumen Kajian Dalam kajian ini, akan digunakan 2 kaedah pengumpulan data iaitu: a) Soalan ujian : 2 set soalan ujian akan diberikan iaitu ujian pra dan ujian pos kepada pelajar berkaitan dengan masalah komunikasi dan perbendaharaan kata pelajar. Tujuan ujian pra dan pos ini dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama ada kaedah yang akan dijalankan berkesan atau tidak. b) Pemerhatian : pemerhatian juga akan dilakukan oleh guru Bahasa Melayu terhadap aktiviti penceritaan dan perbandingan antara ujian pos dan ujian pra. Ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap penguasaan mereka dan bagaimana mereka memberi tindak balas semasa aktiviti dijalankan. 4.4 Metod Analisis a) Ujian pra dan ujian pos: analisis markah pencapaian pelajar. 7
  • 8. Proposal Kajian Tindakan b) Pemerhatian: analisis secara perbincangan tentang tindak balas pelajar semasa aktiviti dijalankan. 5.0 Kesignifikanan Kajian Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dengan ahli jawatankuasa Kajian Tindakan, guru-guru sekolah melalui aktiviti perkembangan staf dan juga guru-guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam. 6.0 A Anggaran Kos Perbelanjaan Kajian Bil Jenis Bahan Kuantiti X Harga seunit Jumlah kos 1 Kertas A4 10 X RM 8.00 RM 80.00 2 Printer cartridge 1 X RM 65.00 RM 65.00 3 Fotokopi bahan dan laporan kajian 1 X RM 45.00 RM 45.00 4 Kad bergambar 1 X RM 25.00 RM 25.00 5 Kamus Dewan 1 X RM45.00 RM 45.00 6 Buku catatan guru 1 X RM 2.00 RM 2.00 JUMLAH RM 262.00 7.0 Jadual Pelaksanaan Kajian Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1. Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal. 5 Februari 2011 2. Penulisan kertas cadangan. 13 Februari 2011 3. Mesyuarat perancangan. 18 Februari 2011 Mesyuarat pembinaan aktiviti penceritaan, ujian pra dan 4. 23 Februari 2011 ujian pos. 5. Pelaksanaan ujian pra. 5 Mac 2011 8
  • 9. Proposal Kajian Tindakan 6. Memproses data ujian pra. 6 Mac 2011 Pelaksanaan aktiviti penceritaan berdasarkan kad 7. 1 April 2011 bergambar. 8. Pelaksanaan ujian pos. 1 Mei 2011 9. Refleksi dan penilaian. 7 Mei 2011 10. Penulisan laporan kajian. 20 Mei 2011 8.0 Rujukan Profesor Dr. Othman Bin Lebar. “Modul Kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan”. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 9