Penulisan ilmiah web 2.0

  • 2,940 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
2,940
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
159
Comments
0
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 PENDIDIKAN1.1 Pendidikan Abad ke-21Pendidikan abad ke 21 merupakan pendidikan yang berteraskan kepada teknologi maklumatdan komunikasi. Ia diperlukan untuk memenuhi keperluan masyarakat sekarang yangbanyak dipengaruhi oleh dunia yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi seiring denganperkembangan negara yang semakin pesat membangun. Pendidikan merupakan salah satu aspek yang terpenting dalam sesebuahnegara.Pendidikan dilihat mampu mengubah negara kepada tahap yang lebih baik dari segipeningkatan ekonomi, politik, budaya dan sosial. Pendidikan yang berterusan sepanjanghayat haruslah berasakan empat tonggak iaitu „learning to know‟ (belajar untuk tahu),„learning to do‟ (belajar untuk buat), „learning to live together‟ (belajar untuk hidupbersama) dan „learning to be‟ (belajar untuk menjadi). Menurut Hasan (2003), pendidikan dapat dihuraikan menerusi dua sudut pandangan.Sudut pandangan yang pertama adalah berkaitan dengan masyarakat. Masyarakatmemandang pendidikan sebagai suatu proses pewarisan atau penyaluran kebudayaan yangmengandungi nilai-nilai budaya oleh generasi tua kepada generasi muda secara berterusansupaya kelangsungan hidup sesebuah masyarakat dapat berlaku. Sudut pandangan yangkedua pula adalah menjurus kepada individu iaitu pendidikan merupakan prosesmembangun dan menggilap potensi-potensi yang sememangnya ada dalam diri manusiasehingga potensi-potensi tersebut dapat mewujudkan kemampuan tertentu bagi menjaminkehidupan manusia yang seimbang dan normal. Setiap negara menginginkan untuk menjadi negara yang berpendidikan bertarafdunia.Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesatpendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard dan kecemerlangan yangdiakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Jika dilihat dari perspektif yangluas, pendidikan bertaraf dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang baginegara Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahandan kemajuan dinamik iaitu pembangunan tenaga manusia, kepesatan pertumbuhanekonomi, pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial, pemodenan dan reformasi sosialmasyarakat, kecemerlangan budaya fikir dan intelektual serta pembangunan teknologi dansains. 1
  • 2. Sektor industri pendidikan di negara Malaysia sedang berubah secara dinamik dandikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21.Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantauAsia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21 ini nanti memerlukan negarameningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia ataumemperoleh status „World Class Education‟. Pada peringkat dunia, Finland memegang status negara yang menyediakan sistempendidikan terbaik dunia. Pada peringkat Asia tenggara pula, Malaysia berada di tangga ke-2selepas Singapura .Forum Ekonomi Dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negarayang mempunyai tahap persaingan yang lebih baik daripada 142 buah negara di seluruhdunia. Berdasarkan laporan terbaru, Malaysia menduduki tangga ke-21 berbanding tahun2010 yang berada pada kedudukan ke-26. Penekanan yang lebih meluas dalampembangunan sektor pendidikan misalnya turut menjadikan Malaysia berada di kedudukanke-14 secara keseluruhannya Menurut laporan tersebut, tahap persaingan global pada tahun2011/2012 berada pada keadaan yang lebih baik kerana kesungguhan Malaysia untukmemperbaiki kedudukannya selaras dengan perubahan-perubahan yang diperlukan bagimembolehkan mencapai tahap negara maju pada tahun 2020 seterusnya keluar daripadasituasi ekonomi yang berpendapatan sederhana kepada ekonomi negara yangberpendapatan tinggi. Dari segi kualiti pendidikan aras rendah, Malaysia berada di tangga ke-21.Kedudukan tersebut membuktikan Malaysia lebih maju sedikit daripada negara BruneiDarussalam, Amerika Syarikat, Filipina dan Thailand. Pencapaian tersebut sebenarnya telahmencerminkan kesungguhan kerajaan untuk membantu setiap rakyat menerima pendidikanberkualiti dan tidak disisihkan daripada sistem persekolahan kerana Malaysia yakin,menerusi pembangunan modal insan akan dapat melonjakkan pencapaian sebagai sebuahnegara maju menjelang 2020. Ukuran-ukuran yang dibuat itulah telah berjaya melonjakkan kedudukan Malaysiasebagai sebuah negara yang sedang mengalami transformasi pendidikan yang berkesan danmampu bersaing di peringkat global.Bagi meneruskan usaha menambah baik kedudukandaya saing di peringkat global, terutamanya dalam pendidikan rendah dan menengah,Malaysia sentiasa membuka ruang kepada semua pihak untuk membantu memperkenalkanpelbagai pembaharuan dan penambahbaikan.Ini adalah sesuatu yang amat penting keranabidang pendidikan sentiasa berkembang dan amat bergantung kepada perubahan 2
  • 3. persekitaran. Dalam usaha memahami aspirasi semua rakyat, Kementerian PelajaranMalaysia akan memulakan siri dialog pendidikan di seluruh negara bermula April 2012,dengan menghimpunkan pelbagai pihak, dari professional, warga pendidik, pemimpinmasyarakat dan ibu bapa berganding bahu menyumbangkan idea bagi membentuk sebuahblueprint pendidikan yang bakal mencorakkan arah tuju sistem pendidikan pada masahadapan.Jadual 1:Kedudukan kualiti pendidikan bagi negara-negara seluruh dunia yang dikaji. 3
  • 4. 4
  • 5. 1.2 Guru Abad ke-21Menurut kamus dewan, guru merupakan tenaga pengajar, pendidik dan pengasuh.Guru jugaboleh dianggap sebagai pengurus kepada kelas yang diajarnya. Guru memainkan peranansebagai fasilitator, mentor dan kaunselor sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.Menjelang abad ke-21, guru memainkan peranan yang lebih berat dengan bebanan tugasyang semakin bertambah. Guru abad ke-21 merupakan guru yang mempunyai ciri-ciriseperti kaya dengan maklumat terutama dalam sains dan teknologi, mempunyai kemahiranberfikir dan pemikiran konstruktif, mampu menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajarserta mempunyai pengetahuan dan kemahiran industri. Peranan guru sama ada di peringkat global mahupun peringkat Asia tenggara adalahsama terutama dalam menempuh abad ke-21. Para pendidik seharusnya mengorak langkahdan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketerampilan sebagai pemimpinilmu berasaskan teknologi serta bersedia mengusai dan menggunakan teknologi maklumatuntuk pelbagai bidang dan menjalani urusan harian.Selain itu, kemahiran berfikir dan 5
  • 6. pemikiran konstruktif juga perlu dimiliki oleh guru abad ke-21.Para pelajar hendaklah dididikmenggunakan daya pemikiran yang tinggi untuk menghadapi era globalisasi.Ia juga perluterarah kepada pandangan yang jauh dan luar biasa yang mampu menjana pemikiran parapelajar untuk berfikir. Guru abad ke-21 juga berperanan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diripelajar. Nilai-nilai murni menitikberatkan perlakuan baik, tatasusila insan serta hubungansesama manusia, alam dan Tuhan.Elemen ini sangat penting dalam usaha pembudayaanmasyarakat yang dapat mewujudkan keharmonian negara.Dalam hal ini, guru bolehbertindak sebagai „role model‟.Di samping itu, guru abad ke-21 juga perlu menguasaipengetahuan dan kemahiran industri.Ia penting untuk melahirkan generasi atau pelajaruntuk pasaran tenaga kerja industri. Usaha ini adalah sebagai sumbangan kepadamelahirkan sumber manusia yang menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, serbaboleh dan responsif kepada perubahan keadaan perindustrian. Dalam menempuh abad ke-21, guru berdepan dengan pelbagai cabaran. Antaracabaran yang akan ditempuhi oleh guru adalah cabaran di dalam bilik darjah. Para pelajarakan mendapat pelbagai kemudahan seperti kemudahan ICT untuk membantu merekadalam proses pembelajaran bestari. Ini mungkin menimbulkan kesulitan bagi guru-guruyang tidak mahir menggunakan kemudahan ICT. Dari segi penilaian pelajar pula , penilaiankemajuan berasaskan sekolah (PKBS), penilaian hasil pembelajaran, pelaksanaan penandaaras dan ujian secara atas talian akan menjadi perkara biasa untuk dilaksanakan dalam abadke-21 (Gruber et. al., 1999). Cabaran lain yang perlu ditempuhi oleh guru abad ke-21 adalahmasalah sosial pelajar yang perlu ditangani ke arah membentuk masyarakat madani.Masalah sosial yang semakin berleluasa kini menyebabkan guru harus memainkan perananyang lebih dalam memastikan masalah sosial pelajar berkurangan. Cabaran seterusnya yang perlu dihadapi oleh guru abad ke-21 adalah misiKementerian Pendidikan Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan bertarafdunia.Kurikulum terus mengalami perkembangan dari semasa ke semasa dan perubahanseperti ini tentunya mengubah harapan dan keperluan semua pihak ke atas kecekapan danketerampilan guru-guru agar impian yang diwarwarkan menjadi kenyataan.Contohnya,pengenalan mata pelajaran vokasional (MPV). 6
  • 7. 1.3 Pelajar Abad ke 21Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap muriddibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sejarah sistempendidikan Malaysia, seperti negara lain di dunia, memberi penekanan terhadappembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains,Matematik dan Bahasa. Walau bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di peringkat global,kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar menguasai 3M (membaca, menulis danmengira) sahaja apabila mereka meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan hanyakepada kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiranberfikir aras tinggi. Lebih-lebih lagi dalam dunia globalisasi menuju abad ke 21.Pelajar abad ke 21 adalah pelajar yang terdiri daripada pelajar yang mempunyai ciri-ciriseperti yakin berkomunikasi, bersifat ingin tahu, berkemahiran kritis, berani mencuba danbijak menyoal memandangkan kepesatan teknologi yang semakin pesat membangun.Pelajarabad ke 21 seharusnya lebih profesional dan amat memahami tugas mereka sebagaipelajar.Kaedah pembelajaran tidak lagi tertumpu pada guru sebagai punca maklumatutama.Sebaliknya, mereka mesti mampu mencari maklumat daripada pelbagai sumber.Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi terdapat sesetengah sekolah masihbergelut dengan persoalan asas pembelajaran iaitu kemampuan asas pelajar untukmembaca, menulis, dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan terutamadi kawasan pedalaman. Namun masalah ini cubadiatasi oleh pihak kementerian denganmengambil pelbagai langkah supaya ekuiti atau kesamarataan boleh dikecapi oleh semuapelajar.Prestasi murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun pencapaianyang membanggakan itu menghendaki risiko, dari segi relatif dan mutlak. Hal ini disebabkansistem pendidikan negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan lebih cepat danmampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian antarasistem pendidikan Malaysia dan negara lain semakin melebar. Keduanya, pentaksiranantarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot dari segi mutlak.Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme forInternational Students Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics andScience Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti 7
  • 8. keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambilkira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat pertama kalinya pada tahun 1999,skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains.Penyertaandalam pusingan yang terkini pada tahun 2007 menunjukkan prestasi murid Malaysia telahmenurun bawahpurata antarabangsa bagi mata pelajaran Matematik dan Sains, disusulipenurunan dari segi kedudukan negara. Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysiagagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007,iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing padatahun 2003. Keputusan PISA 2009 dan tahun seterusnya (penyertaan kali pertama Malaysia)juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompoksepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta.Pencapaian ini juga meletakkanMalaysia bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD (Ekshibit 3). Hampir 60% muridberumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalamMatematik, manakala 44% dalam Bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahapkemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah bersamaandengansatu tahun persekolahan.Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahundi Singapura, di Korea Selatan, di Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tigaatau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di Malaysia.Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus kebimbangan, namun terdapatbanyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah di seluruh negara yang telahmencapaistandard antarabangsa berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukanakademik.Kementerian telah mengiktiraf 66 sekolah di bawah program Sekolah BerprestasiTinggi (SBT). Sekolah berkenaan merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik,menghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik murid secara tekal, danberkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa.Sistem pendidikan negara juga berjaya mewujudkan sekolah, daerah dan negeri yangmenunjukkan peningkatan di luar jangkaan yang membanggakan, misalnya, sejak limatahun yang lalu, Johor merupakan salah sebuah negeri yang berada pada kedudukan limaterbawah berdasarkan prestasi muriddalam UPSR. Johor telah melaksanakan programpeningkatankemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkanpencapaiannyahanya dalam tempoh lima tahun. Johor, kini, berada dalam kelompok tiga teratas (diukurberdasarkan pencapaian murid). Begitu juga, terdapat sekolah di kawasan pedalaman 8
  • 9. seperti SK Ulu Lubai dan SK Bakalalan, di Sarawak, kedua-dua sekolah ini berada dalamkomuniti yang berpendapatan rendah, namun berjaya merangkul anugerah amalan terbaikperingkat Komanwel pada tahun 2009 kerana berjaya melaksanakan perubahan yangmengagumkan. Kejayaan ini menunjukkan wujudnya peluang yang boleh dipelajari danmeningkatkan lagi amalan terbaik untuk diamalkan dalam sistem pendidikan secarakeseluruhan.Prestasi pelajar Malaysia mulai menyinar sejajar dengan sasaran pendidikan abad ke21.Jadual berikut menunjukkan antara bukti-bukti kejayaan pelajar Malaysia di peringkatglobal.Tahun Peringkat PencapaianJulai 2012 8th International Exhibition for Young Pasukan Malaysia memperoleh pingat Inventors, Thailand. emas bagi rekacipta. Genius Olympiad 2012 International Dua orang murid berumur 14 tahun High School Project Fair on berjaya mendapat tempat ketiga Environment, New York. dalam pertandingan ini. 2nd International Folk Song and Dance Pasukan Malaysia seramai 15 orang Festival, Georgia memenangi Diploma Emas dan Perak. Pasukan Malaysia seramai 16 orang 5th Asian Schools Badminton Championship, Hong Kong pemain memenangi 3 pingat emas, 4 perak dan 9 gangsa.Jun 2012 The Invention and New Product Pasukan Malaysia memenangi pingat Exposition, Amerika Syarikat emas dalam kategori reka cipta pendidikan. Pasukan Malaysia seramai 200 orang 4th ASEAN School Games, Indonesia atlit memenangi sejumlah 100 pingat; menduduki tempat ketiga keseluruhan.Mei 2012 English Speaking Union International Seorang murid berumur 17 tahun 9
  • 10. Public Speaking Competition, London muncul sebagai pemenang terbaik Malaysia yang pertamaOkt 2011 ASEAN Primary School Sports Olympiad, Sekumpulan 36 orang murid Indonesia memperoleh tempat kedua keseluruhannya; memenangi 6 pingat emas, 2 perak dan 3 gangsa.Julai 2011 52nd International Mathematical Pencapaian cemerlang murid Olympiad, Belanda Tingkatan 4 dengan mendapat pingat emas pertama Malaysia. 4 orang murid lain memperoleh keputusan yang turut membanggakan. Seorang murid Malaysia memperoleh 42nd International Physics Olympiad, pingat emas dan anugerah khas Thailand daripada European Physical Society.Dis 2010 International Competitions and 68 orang murid Malaysia memperoleh Assessments for Schools (ICAS)1 94 pingat emas dan menerima pujian pada peringkat antarabangsa.Nov 2009 World Robot Olympiad (WRO), Korea Malaysia, diwakili oleh 3 sekolah, Selatan memperoleh pencapaian yang cemerlang keseluruhan di Korea Selatan – memenangi tempat kedua selama dua tahun berturut-turut.1.4 Kemahiran Abad-21Untuk terus menjamin kualiti pendidikan, produk yang dihasilkan iaitu golongan pelajarmahupun peringkat rendah atau tinggi, haruslah mempunyai keupayaan dari segi ilmupengetahuan dan kemahiran selari dengan perkembangan teknologi dan maklumat yangmenguasai era global masa kini. Hari ini Malaysia sedang menuju kearah pembentukansebuah Negara maju.Dimana, pengetahuan menjadi teras kepada segala-galanya danMalaysia berhadapan dengan era „Knowledge Based Economy‟ yang menuntut keperluan K-pekerja dan tenaga mahir.Bagi menyokong dan memajukan k-ekonomi yang menjadi teraskepada ekonomi inovasi, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) akan diarusperdanakan 10
  • 11. kepada masyarakat untuk mendapat pendidikan formal atau tidak formal. Ini kerana,penekanan kepada Pembelajaran Sepanjang Hayat akan membantu rakyat mencapai potensisebenar diri sekaligus menyumbang kepada proses pembangunan di peringkat komunitisetempat.Kemahiran dalam menggunakan pelbagai bahasa juga terutamanya bahasaInggeris dan bahasa mandarin merupakan satu aset penting dan batu loncatan dalampersaingan dunia K-ekonomi untuk membolehkan rakyat Malaysia berdiri sama tinggidengan bangsa lain di dunia. Kepesatan pembangunan dan teknologi dalam senario kehidupan hari ini menuntutMalaysia menghadapi perubahan-perubahan tersebut.Peluang-peluang untuk meningkatkanilmu dan kemahiran perlu dirancang secara berterusan.Justeru setiap daripada kita,khasnyapara pelajar yang dicorak oleh pendidikan haruslah bersedia dengan konsep pembelajaransepanjang hayat.Produk pendidikan yang perlu dihasilkan iaitu sumber manusia mestilahyang berkeupayaan mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana danmemanfaatkan buah fikiran baru serta menggunakan teknologi dan kemahirankeusahawanan yang terbaik. Pembangunan negara yang kukuh terletak kepada kejayaan kita melahirkan modalinsan berkualiti yang memenuhi ciri keperluan abad ke-21.Modal insan merupakanpelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah Negara dan menjadi teras kepadainovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif.Tidak ada Negara yang mampumencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, bolehbertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikankepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.Justeru itu, membangun, menarik danmengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapaihasrat Negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan daninovasi, tahap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan professional, serta parasproduktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja Negaraberpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahapmodal insan yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020.Carta 5-1 menunjukkan tahapmodal insan Malaysia pada masa kini, berbanding dengan beberapa Negara berpendapatantinggi berasaskan ciri tersebut.Masih terdapat jurang yang luas untuk Malaysia mencapaimodal insan bertaraf dunia dan risiko untuk ketinggalan semakin bertambah. Beberapakajian antarabangsa menunjukkan prestasi pelajar Malaysia semakin merosot berbanding 11
  • 12. dengan pelajar Negara lain. Mengikut Trends in International Mathematics andScience Study(TIMSS)1 ,2007, lebih kurang 20% daripada pelajar Malaysia gagal mencapai tanda arasminimum dalam Matematik dan Sains, berbanding dengan hanya 5% dalam Sains dan 7%dalam Matematik pada tahun 2003. Di samping itu, tenaga kerja secara relatifnya adalahtidak mahir. Sebanyak 77% daripada tenaga kerja hanya mempunyai pendidikan asasselama 11 tahun, iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan hanya28% daripada guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan berkemahiran tinggi. Kekuranganmodal insan mahir akan menjadi lebih meruncing dalam persaingan global yang sengitmemandangkan modal insan berkualiti TIMSS menyediakan perbandingan dalampencapaian Matematik dan Sains di peringkat antarabangsa dari semasa ke semasa bagipelajar yang mengikuti lapan tahun persekolahan.Sehubungan dengan itu, kita perlumengenal pasti dan menggunakan pendekatan-pendekatan terkini untuk membangunkanmodal insan yang benar-benar berketerampilan dan menyumbang kepada pembangunandan kemajuan negara.Ini dapat digerakkan melalui pendekatan kolaborasi, kaedahpenyampaian yang berinovasi khususnya dalam konteks pembelajaran dan pengajaran,pembelajaran sepanjang hayat dan pengenalan kepada program-program baru yang relevandengan perkembangan semasa. Dalam konteks ini, kita ingin memastikan bahawa pelajar yang dilahirkan tidak lagibersifat modal insan yang biasa iaitu hanya untuk memenuhi keperluan industri, sebaliknyamempunyai potensi atau bakat untuk membantu negara menghadapi persaingan danmenyumbang kepada penyelesaian cabaran-cabaran semasa dan akan datang. Justeru itu,pembangunan bakat dalam kalangan pelajar perlu memperlihatkan ciri-ciri yang disimpulkanmelalui 5Cs sebagai pengukuhan kepada konsep dan modul kemahiran insaniah yang telahdilancarkan oleh kementerian sebelum ini. Lima ciri itu ialah Critical Thinking andProblemSolving (pemikiran kritikal dan penyelesai masalah), Effective Communication Skills(keberkesanan berkomunikasi), Collaboration and Team Building (boleh berkolaborasi danbekerja dalam satu pasukan termasuk dengan kumpulan yang berbeza pandangan),Creative and Innovative (kreativiti dan inovasi) dan Culturally Literate (celik budaya untukbergerak dalam dunia yang kepelbagaian). Pelajar yang memiliki kelima-lima ciri tersebutakanmenepati keperluan negara untuk bersaing dan berhadapan dengan cabaran-cabaranglobal. Selain itu, sudah tiba masanya, kita menganjak paradigma iaitu daripada semata-mata melahirkan modal insan (human capital) kepada usaha meningkatkan modalintelektual (intellectuals capital).Pendek kata, pembangunan modal insan di negara tidak lagi 12
  • 13. seharusnya bergantung kepada soal menyediakan akses semata-mata, sebaliknyamembangunkan pengalaman dan pengetahuan yang berkualiti yang diterima oleh seseorangindividu atau pelajar selama berada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ini kerana modalintelektual akan berupaya menjamin pembangunan negara yang berkualiti dan mapan.Pengukuhan proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah dan IPT mestilahmemanfaatkan kemajuan teknologi supaya lebih inovatif, kreatif dan menarik perhatianpelajar. Selain itu, ciri-ciri pembelajaran mestilah bercorak student-centered atau pemusatanpelajar, kerana proses pembelajaran ini dapat memberi perhatian kepada aspek-aspekperkembangan dan potensi pelajar secara menyeluruh.Terdapat beberapa langkah yangperlu dilaksanakan agar kemahiran-kemahiran kritikal dapat diterapkan dalam diri pelajaragar mampu bersaing di peringkat global.Antaranya memperkayakan kreativiti dan inovasi,memaksimumkan ekosistem pengajian tinggi,memanfaatkan globalisasi, kepimpinan institusipendidikan bertransformasi dan kelestarian institusi serta pengurusan bakat. Era globalisasi kini yang memperlihatkan persaingan yang hebat tidak seharusnyamengekalkan kita sebagai pengikut semata-mata, tetapi sebagai pemimpin yang menerajuiperubahan.Dalam hubungan ini, pengajaran dan penyelidikan bagi tujuan pembinaanindigenous knowledge amat penting dan signifikan untuk diterapkan di sekolah dan institutpengajian tinggi. Ini kerana indigenous knowledge atau pengetahuan tempatan ini akanmemacu ekonomi berasaskan inovasi yang seterusnya menjadi asas kepada pemetaanMalaysia di peringkat global. Faktor tersebut juga boleh membantu Malaysia mencapaihasrat menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020.Keupayaan dankemampuan Malaysia sebagai pembekal pengajian tinggi yang berkualiti menuntut usahapenambahbaikan dan penanda aras yang berterusan.Kedudukan Malaysia yang semakindikenali sebagai negara pembekal pengajian tinggi yang berkualiti perlu dipertingkatkan,kerana hasil yang diperoleh bukan terhad kepada pengaliran wang masuk ke negara, tetapijuga hasil berbentuk intangible, seperti perkongsian ilmu dan peningkatan kepakaran. Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usaha-usahameletakkan Malaysia sebagai pemain global , di mana keterlibatan negara dalam hal ini tidakterhad hanya kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-programyang memaksimumkan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberikhidmat konsultasi pada peringkat global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektorpengajian tinggi akan menekankan kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsinilai-nilai Malaysia dengan serata dunia.Dengan program pengantarabangsaan juga, para 13
  • 14. guru dan pelajar dapat berkongsi ilmu dan kemahiran yang berbeza daripada Negara-negaraluar. Sekaligus, akan membantu meningkatkan daya kreativiti dan penguasaan kemahiranbersifat global dalam diri pelajar. Persaingan pada abad 21 amat memerlukan para pelajar yang berani menampilkandiri dengan pendapat, kreativiti dan inovasi untuk diketengahkan.Kemahiran soft-skilledamat perlu dikuasai oleh setiap pelajar agar lebih berkeyakinan untuk bercakap,mempertahankan pendirian dan memasarkan diri di pasaran kerja semasa mahupunantarabangsa. Bagi menerapkan kemahiran ini agar menjadi kebiasaan dalam diri pelajar,Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah serta pengajian tinggi seharusnyamenggembleng tenaga bersama-sama dan mulai menyusun program yang membolehkanpelajar mempamerkan kelebihan masing-masing agar kelebihan itu dapat diaplikasikandalam bidang-bidang tertentu yang boleh melonjakkan institusi pendidikan danmenyumbang kea rah keberhasilan negara. Konklusinya, pencapaian tahap kemahiran bergantung kepada peranan yangdimainkan oleh setiap warga. Setiap pelaksana yang kompeten, yang mempunyai kemahuanuntuk menyumbang atas dasar kepentingan dan manfaat kepada negara dan akhir sekali,iltizam dan keterbukaan setiap pelaksana untuk menilai secara berterusan, kesan danimpak daripada tindakan-tindakan yang dilaksanakan, dan seterusnya, membuatpenambahbaikan ke atas sistem pendidikan Negara.2.0 TEORI PEMBELAJARAN2.1 PengenalanPembelajaran merupakan perkara penting dalam perkembangan manusia.Manusia sentiasabelajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untukmenghadapi cabaran dalam kehidupan harian.Pembelajaran berlaku sepanjang hayat secaraformal iaitu peringkat sekolah, kolej dan universiti; secara tidak formal melalui persekitaranseperti televisyen, asuhan ibu bapa serta pergaulan dengan rakan-rakan dan juga secarabukan formal iaitu kursus-kursus, bengkal-bengkel yang dilakukan di luar pembelajaranformal sebagai tambahan.Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu termasuklah bidangpsikologi pendidikan. Menurut E. R. Hilgard, R.C. Atkinson dan R. L. Atkinson (1975) dalam 14
  • 15. buku Introduction to Psychology mentafsirkan pembelajaran adalah proses dalaman yangdialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan danmembawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Mok Soon Sang, 2010).Jadi, teori-teori pembelajaran boleh didefinisikan sebagai huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam penguasaan ilmu dan maklumat.Teoripembelajaran boleh dibahagikan kepada teori pembelajaran behaviorisme, kognitif dankonstruktivisme.2.2 Teori Pembelajaran BehaviorismeAhli-ahli psikologi behavioral menyatakan pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yangberlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman.Ahli psikologi jugaberpendapat bahawa sesuatu benda yang wujud adalah benda yang bolehdiperhatikan.Pemikiran tidak dapat dilihat tetapi pemerhatian dapat dibuat terhadapperlakuan manusia.Antara tokoh behavioris yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasikPavlov dan Watson serta ahli-ahli pelaziman operan Thorndike dan Skinner.2.2.1 Teori Pelaziman Klasik PavlovTeori pelaziman klasik Pavlov dikemukakan oleh Ivan P Pavlov, (1849- 1936). MenurutPavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apasahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.Rangsangan pula ialah apa-apasahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabilamendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Daripadacontoh, bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tingkah guru adalah gerakbalas.Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlakuakibat kaitan rangsangan dengan gerak balas.Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitantersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan inidikenali sebagai pelaziman klasik.Terdapat 3 peringkat pelaziman dihasilkan iaitu sebelumpelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman. Beberapa konsep penting dalamproses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman klasik iaitugeneralisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi bermaksud rangsangan yang samaakan menghasilkan tindak balas yang sama. Diskriminasi pula bermaksud individu bertindakbalas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yanglain. Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai denganrangsangan tidak terlazim. 15
  • 16. 2.2.2 Teori Pelaziman Klasik WatsonJohn B Watson (1878-1958) memperkenalkan teori pelaziman klasik Watson.Beliau telahmenjalankan kajian untuk membuktikan bahawa emosi manusia juga boleh dilazimkansecara klasik. Berdasarkan penyelidikan Watson, guru boleh mempengaruhi pengalamanpembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang akan didedahkan kepadanyadan jenis gerak balas yang akan dihasilkan. Dengan menggabungkan beberapa rangsangan,gerak balas tertentu dapat dikaitkan dengan pelbagai situasi. Dalam proses pengajaran,guru haruslah sentiasa memilih rangsangan yang menyeronokkan.2.2.3 Teori Pelaziman Operan ThorndikeEdward Lee Thorndike (1874-1949) adalah seorang pakar psikologi terkenal dalam bidangpendidikan dan psikologi.Beliau telah menyarankan konsep bahawa segala tindakan manusiabertujuan sosial dengan matlamat-matlamat yang tertentu.Beliau berpendapat bahawapengajaran mesti bermatlamat sosial dengan tujuan pembelajaran mesti sentiasamemanfaatkan masyarakat. Thorndike menjalankan kajian dan mengutarakan pembelajarancuba jaya. Baginya, prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh dan denda. Manusia membuatsesuatu yang akan membawa keseronokan daripada melakukan sesuatu yang membawakesakitan dan membahayakan diri. Ganjaran mendorong organisma mengulangi sesuatugerak balas manakala dendaan akan menyekatnya daripada melakukan sesuatu gerakbalas. Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabunganantara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas).Thorndike menyarankanbahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum pembelajaran yang terdiri daripadaHukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan.2.2.4 Teori Pelaziman Operan SkinnerBurrhus F. Skinner (1904-1990) adalah seorang ahli psikologi Amerika yang amat terkenaldalam abad ke 20.Beliau telah memajukan bidang psikologi ke peringkat yang lebih tinggidengan teori pelaziman operan beliau. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelazimanoperan gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan, jika diberikan peneguhan sebaiksahaja gerak balas itu ditunjukkan. Skinner membahagikan peneguhan kepada peneguhanpositif dan peneguhan negatif.Selain itu, beliau juga telah mengutamakan prinsip-prinsipPremack yang merujuk kepada pemberian aktiviti yang kurang diminati oleh murid-muriduntuk mengukuhkan tingkah laku yang diingini. Skinner juga mengemukakan suatu prinsipdenda yang merupakan proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan 16
  • 17. berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan boleh dibahagikan kepada duabentuk iaitu pertama dendaan persembahan dan kedua dendaan penyingkiran. Akhir sekali,skinner mengemukakan pelupusan yang bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhanakan lupus dengan sendirinya.2.3 Teori Pembelajaran KognitifAhli-ahli teori kognitif menerangkan bahawa pembelajaran merupakan perubahan-perubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan di dalam ingatan seseorang.Ahlikognitif membawa pandangan baru dalam tahun 1960an untuk menggantikan teoribehaviourisme yang menumpu kepada rangsangan-rangsangan luaran. Ahli kognitifberpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam mindamanusia. Proses dalaman yang dirujuk termasuk pemikiran, celik akal, pemprosesanmaklumat, ingatan dan pengamatan. Ahli-ahli psikologi yang mengutamakan teori kognitifterdiri daripada Wolfgang Kohler, Max Wertheimer, Kurt Lewin, Jean Piaget, David Ausubel,Jerome Bruner dan Robert Gagne.2.3.1Teori Perkembangan Kognitif GestaltAhli-ahlipsikologi kognitif terdahulu sepertiMax Wertheimer, Wolfgang Kohler dan KurtKoffka juga dikenali sebagai ahli psikologi Gestalt.Fahaman psikologi gestalt telah menjadiasas kepada perkembangan psikologi kognitif.Psikologi gestalt telah diasaskan di Jermandan dalam bahasa Jerman yang bermaksud “pola”.Kohler menjalankan satu kajian ke atascimpanzi yang bernama Sultan, telah mengemukakan konsep “celik akal”.Celik akalbermaksud penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba danlengkap.Individu juga perlu masa untuk berfikir kerana dia perlu melihat unsur-unsurberkaitan di persekitarannya dan mengaitkannya dengan pengalaman lepas(Khadijah RohaniMohd.Yunus et al., 2006).2.3.2 Teori Perkembangan Kognitif PiagetTeori perkembangan kognitif dipelopori oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piagetmenyatakan manusia sentiasa cuba memahami persekitaran melalui proses berfikir. Prosesberfikir yang sentiasa berubah itu menunjukkan dua kecenderungan asas iaitu organisasidan adaptasi. Piaget mendefinisikan organisasi sebagai proses menggabung, menyusun danmenggabung semula dan menyusun semula elemen pemikiran dan kelakuan seorang dalamstruktur psikologi yang mantap. Piaget menamakan struktur psikologi sebagai skema. Skema 17
  • 18. adalah blok binaan asas pemikiran yang berfungsi sebagai proses interaksi dan memahamipersekitaran. Menurut Piaget, manusia mempunyai skema asas yang reflektif sejakdilahirkan dan mengalami pembentukan skema baru yang berterusan sepanjang hayat.Skema mempunyai bentuk yang berlainan daripada mudah hingga kompleks berdasarkaninteraksi individu dengan persekitaran (Azizi Yahaya et al., 2005).Ahli psikologi kognitif melihat manusia bukan penerima rangsangan daripada persekitaranyang pasif, tetapi adalah aktif yang mencari pengalaman, mengubah dan membentukpengalaman yang menggunakan proses mental untuk mengubah maklumat berlandaskankepada perkembangan kognitif (Ma‟rof Redzuan & Haslinda Abdullah, 2002).Menurut AziziYahaya et al., (2005), Piaget menyatakan bahawa pembentukan dan perkembangan skemasentiasa didorong oleh proses keseimbangan manusia. Proses keseimbangan manusiaditakrifkan sebagai keseimbangan mental antara skema kognitif dengan pengalaman baru.Apabila manusia berinteraksi dengan pengalaman baru, manusia cenderung untuk mencapaikeseimbangan dengan cuba memahami persekitaran sama ada melalui cara menyesuaikanpengalaman itu dengan skema yang sedia ada atau mengubah suai dan membentuk skemabaru. Proses penyesuaian ini dinamakan adaptasi.Proses adaptasi yang melibatkanpenyesuaian pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada dinamakan asimilasi.Manakala proses adaptasi yang melibatkan pengubah suai skema yang sedia ada ataupembentukan skema yang baru bagi penyesuaian pengalaman baru dinamakan akomodasi.Proses asimilasi dan akomodasi saling bertindak dan mendorong pembentukan skema yangkompleks dan berperingkat tinggi (Azizi Yahaya et al., 2005).Piaget merumuskan empatperingkat perkembangan kognitif kanak-kanak dalam kerjaya iaitu peringkat deria motor,praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal (Snowman & Biehler, 2006).2.3.3 Teori Perkembangan Kognitif GagneRobert M. Gagne merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalamandalam bidang penyelidikan pembelajaran serta terlibat dalam latihan dan masalah-masalahpendidikan.Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaranberlaku secara berperingkat.Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran.Teori pembelajaran Gagne menekankan sistem pembelajaran harus bermula dari peringkatasas kepada yang rumit ( Khadijah Rohani Mohd. Yunus et al., 2006).Sembilan peringkatteori perkembangan kognitif Gagne bermula dari pembelajaran isyarat, gerak balas,rangkaian motor, pertalian bahasa, diskriminasi, konsep, hukum dan penyelesaian masalah. 18
  • 19. 2.3.4 Teori Perkembangan Kognitif BrunerJerome S. Bruner juga sependapat dengan Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak.Pada pendapat Bruner, bahasa ada kaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.Menurut beliau, perkembangan berfikir tidak mungkin berlaku tanpa bahasa. Makaperkembangan kecekapan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh perhubungan sosialnyadengan orang lain. Bruner telah mengemukakan perkembangan mental manusia terbahagikepada tiga tahap iaitu peringkat enaktif, ikonik dan simbolik. Setiap daripada tahap inimembolehkan kanak-kanak mempamerkan cara yang unik ( Khadijah Rohani Mohd. Yunuset al., 2006) . Bruner juga telah mengemukakan pembelajaran penemuan.Dalam pembelajaran ini,pelajar diperkenalkan satu fenomena.Pelajar dikehendaki menyiasat fenomena untukmengumpul data dari pelbagai sumber media. Selepas itu, pelajar akan membuatperbincangan dengan guru dan pelajar di dalam kelas.2.3.5 Teori Perkembangan Kognitif AusubelDavid Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperolehilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaranpenemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaranEkspositori menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk faktayang tersusun dan dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubelmenegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada amkepada spesifik. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna, termasuk pentingnyamaklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep PenyusunanAwal. Penyusunan awal diperkenalkan untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahanpembelajaran supaya pembelajaran optimal berlaku.Fungsi penyusunan awal ialah untukmenjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagisesuatu tajuk pelajaran.Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengankonsep yang telah dipelajari (Snowman & Biehler, 2006). 19
  • 20. 2.3.6Teori Perkembangan Kognitif VygotskyLev Vygotsky tidak bersetuju dengan kajian Piaget yang lebih meletakkan perkembangankognitif kanak-kanak di atas usaha sendiri daripada usaha interaksi dengan persekitaransosial.Beliau juga tidak bersetuju bahawa kanak-kanak boleh memahami persekitarandaripada usahanya sendiri seperti yang disarankan oleh Piaget.Vygotsky percayaperkembangan kognitif berlaku melalui interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa danrakan yang lebih berkemampuan. Orang ini akan membekalkan maklumat dan sokonganyang diperlukan dalam perkembangan proses minda peringkat tinggi (Snowman & Biehler,2006). Lev Vygotsky juga menyatakan bahawa kanak-kanak menggunakan bantuansokongan itu bagi membina kefahaman yang membolehkan mereka menyelesaikan masalahsecara persendirian.Maka, kesan persekitaran sosial dan pendidikan dilihat oleh Vygotskysebagai syarat utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.Vygotsky jugamemperkenalkan konsep zon perkembangan prosimal.Zon perkembangan prosimal adalahjarak ataupun perbezaan antara tahap kognitif semasa kanak-kanak dengan tahap kognitifyang kanak-kanak itu dapat capai. Ini bermaksud kanak-kanak berada dalam zonperkembangan prosimal, pembelajarannya akan menjadi berkesan. Manakala apabila di luarzon ini, mereka menghadapi kesukaran mempelajari elemen baru dengan tahap yang sediaada (Azizi Yahaya et al., 2005) .2.4 Teori Pembelajaran KonstruktisvismeKonstruktisvisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dandinamik serta berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seseorang individu.Seseorang individu akan membina atau “konstruk” ilmu pengetahuan dengan usaha sendiridan bukan menguasainya daripada orang lain. Para pengerak mazhab konstruktisvisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi dan pakarpendidikan seperti Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan SeymourPapert. Menurut penyokong konstruktivisme, apabila manusia berhadapan dengan sesuatuyang tidak diketahui, mereka akan ingin memahaminya. Menurut teori konstruktivisme,pengetahuan adalah produk minda yang dibina dengan pengalaman dan input baru yangditerima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi. Justeru itu, pembelajarankonstruktivisme adalah pembelajaran aktif dan dinamik.Ia terhasil daripada pengubahsuaianidea-idea yang sedia ada dengan input melalui proses asimilasi dan akomodasi dalamskema. 20
  • 21. 2.4.1 Prinsip-prinsip KonstruktivismeSetiap pelajar yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untukmencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap,kepercayaan dan perasaannya sendiri. Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmupengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkanpengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi diantara pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.2.4.2 Ciri-ciri Pembelajaran KonstruktivismePelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya adalah ciri pembelajarankonstruktivisme yang penting. Guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yangmembantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokongpemikiran mereka. Dalam teori ini, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalanmaklumat di mana jawapan betul diberikan oleh guru-guru. Selain itu, pembelajaran mestibermula dengan isu-isu berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu pelajar yang dapatmenarik pelajar. Guru perlu menunjukkan pertalian di antara fakta-fakta dalam sebuah konsep supayapelajar dapat mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Guru sebagai fasilitator perlumembantu proses ini dengan menggunakan strategi-strategi dan kaedah-kaedah pengajaranyang menggalakkan pelajar-pelajar untuk membuat analisis, tafsiran dan ramalan kendiri.Guru juga harus mendorong proses pembelajaran pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan pelajar-pelajar. Teori konstruktivisme tidak menggalakkan penilaian sumatif yang berpusat,sebaliknya dengan penilaian formatif dan berterusan serta dijalankan serentak denganproses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh itu, penggubal kurikulum konstruktivismeperlu menggalakkan pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubah-ubah berdasarkanpengetahuan sedia ada individu serta penyelesaian masalah secara praktikal.2.4.3 Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Bilik DarjahDalam teori konstruktivisme, guru tidak memberikan pengetahuan kepada pelajar-pelajar.Sebaliknya, pelajar-pelajar harus berusaha sendiri membangunkan ilmu pengetahuan 21
  • 22. secara sendiri dalam struktur mental mereka. Antara implikasi teori konstruktivisme adalahseperti berikut:(i) Pembinaan Ilmu Pengetahuan KendiriPelajar membina pengetahuan sendiri daripada pengalaman, interaksi sosial danpersekitaran. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling mempengaruhi di antarapengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru. Proses pembinaan pengetahuan adalahberterusan yang melibatkan penjanaan idea, pemeriksaan dan penstrukturan semula idea-idea tersebut.(ii) Penaakulan dan Penggunaan Logik Diaplikasikan Secara AktifPelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak serasi denganpenerangan baru, pelajar tersebut akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbanganpada dirinya. Pelajar berusaha menerima informasi baru dan menganalisisnya sebelummenerima atau menolak.(iii) Penggunaan Bahan Bantu PengajaranPelbagai bahan bantu mengajar yang menarik disediakan oleh guru untuk membantu pelajardalam proses pembelajaran kendiri dan cepat menguasai ilmu baru. Bahan bantupengajaran yang digunakan oleh guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalamansedia ada pelajar.(iv) Penglibatan Secara AktifPara pelajar boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalamaktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Pelajar perlu menggunakan minda merekasecara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia adauntuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Pelajar juga terlibat dalam prosesmetakognitif iaitu operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran secara kognitif dalamminda mereka. Pada akhir pengajaran, pelajar terlibat dalam proses-proses menilai danmenaksir pemikiran sendiri melalui refleksi dan renungan.(v) Strategi PembelajaranGuru perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaranberasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar 22
  • 23. untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka. Pelajar perlu merancang strategikpembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri serta membuat refleksi dan menilai tentangpembelajaran yang telah berlaku.3.0 WEB 1.0, WEB2.0, WEB 3.0 dan WEB 4.03.1 Web 1.0Web 1.0 merupakan generasi pertama web yang berfungsi sebagai pemberi maklumat daninformasi yang bersifat statik dan satu arah sahaja. Segala content atau isinya beradaditangan administrator, oleh itu pengunjung web hanya dapat melihat isi dari lamantersebut tanpa dapat memberi komen atau pandangan.Apa yang dipaparkan dalam lamanweb termasuk laman HTML statik adalah jarang dikemaskinikan. Matlamat utama laman web1.0 ini adalah untuk memberi maklumat kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bilamasa.Laman web yang tidak interaktif ini bersifat risalah untuk pengguna membacanya.Oleh itu ia bersifat read-only.Oleh kerana struktur perhubungannya yang lemah, penggunadan pelawat laman web hanya boleh melawat laman web tanpa ada apa-apa kesan atausumbangan. Teras protokol web 1.0 adalah HTTP, HTML dan URI.3.2 Web 2.0Web 2.0merupakan perkembangan terkini teknologi selepas web 1.0. Web 2.0 juga dikenalisebagai web pintar, people-centric web, participative web, dan read-write web .Ia bersifatdwi-arah kerana pengunjung bukan sahaja sekadar membaca malah boleh menulis dalamweb tersebut. Selain itu web 2.0 juga bukan hanya dipegang oleh administratorsepenuhnya, malahan pengunjung boleh mengendalikan pada content web tersebut jugapengunjung-pengunjung yang lain dapat memberi komen,berkomunikasi antara satu samalain,memberi pendapat dan banyak lagi. Pengguna mempunyai interaksi yang lebihberbanding kawalan yang terdapat dalam web 1.0. Antara contoh yang jelas mengenaiweb2.0 adalah: YouTube, face book,tweeter,Edmodo dan sebagainya. Web 2.0 bukansekadar versi baru web 1.0, malah reka bentuk web yang fleksibel, penggunaan yangkreatif, sistem kemas kini, kandungannya yang bersifat collaborative serta pengubahsuaianweb telah dipermudahkan. 23
  • 24. Berikut merupakan perbezaan web 1.0 dengan web 2.0 yang telah dipermudahkan:Web 1.0 Web 2.0Reading (baca) Reading/Writing (baca dan tulis)Companies (syarikat) Communities (komuniti)Client-Server (server pelanggan) Peer to PeerHTML, Portals XML, RSSTaxonomy TagsOwning (kepunyaan sendiri) Sharing (perkongsian)IPOs Trade salesNetscape GoogleWeb forms Web applicationsScreen scraping APIsDialup BroadbandHardware costs Bandwidth costsLectures (ceramah) Conversation (perbualan)Advertising (iklan) Word of mouth (kata-kata dari mulut anda)Services sold over the web(Perkhidmatan Web services (perkhidmatan web)yang dijual melalui web)Information portals (portal informasi) Platforms3.3 Web 3.0Web 3.0 dikatakan akan bermula pada 2010. Syarat dan konsep yang paling penting danperlu ada dalam web 3.0 ialah bercirikan semantic web.Semantic Web adalah laman webyang dilengkapi struktur komputer yang boleh berfikir.Antara ciri2 khas web 3.0:1. Tranformation: Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu2. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi diakses menjadi media3. Network Computing: Perisian adalah sebagai model-model perniagaan, servis laman web yang berkemampuan dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni, pengedaran komputer ,pelebarluasan komputer.4. Open Technologies: Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform open source/percuma 24
  • 25. 5. Open Identity and Open ID: seluruh informasi adalah bebas6. The intelligent Web: Sebagai Semantic Web technologies termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL, GRDDL, Aplikasi berplatform semantic, dan statement-based datastores yang pintar.Perbezaan antara web 2.0 dan 3.0:Web 2.0 Web 3.0Read/Write Web Portable Personal Web (web peribadi yang portable)Communities (komuniti) Individuals (individu)Sharing Content (perkongsian content) Consolidating Dynamic Content (Memperkukuhkan Kandungan yang Dinamik)Blogs LifestreamAJAX RDFWikipedia, google Dbpedia, igoogleTagging User engagement (penglibatan pengguna)3.4 Web 4.0Web 4.0 masih lagi diperingkat perkembangan idea dan masih belum ada definisi yang tepatuntuk menjelaskan web ini.Web 4.0 juga dikenali sebagai simbiotik web.Impian di sebalikweb simbiotik ini ialah interaksi antara manusia dan mesin adalah dalam bentuk simbiosis.Dalam perkataan mudah, mesin akan menjadi bijak membaca kandungan web, danbertindak balas dalam bentuk melaksanakan dan memutuskan apa yang perludilakukan.Web 4,0 akan menjadi web membaca-menulis-pelaksanaan-keserentakan. Web4.0 atau webOS akan menjadi seperti middleware di mana akan berfungsi seperti sistemoperasi selari dengan otak manusia. Walaupun tidak ada idea yang tepat mengenai web 4.0dan teknologinya, tetapi ia adalah jelas bahawa web ini bergerak ke arah menggunakanartificial intelligent untuk menjadi web yang sangat pintar. 25
  • 26. 3.5 Ringkasan Web 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0Web 1.0 Web 2.0 Web 3.0 Web 4.0Web 1.0 merupakan Web 2.0 ditakrifkan Web 3.0 atau web Web 4,0 merupakan webgenerasi pertama sebagai web baca- semantic membaca-menulis-web yang dianggap tulis. Teknologi mengurangkan tugas pelaksanaan-keserentakanSebagai web baca web 2.0 dan keputusan dengan interaksi yangsahaja dan juga membolehkan manusia pintar. Namun begitu,sebagai satu sistem pemasangan dan dengan menyediakan masih tiada definisi yangkognisi. Web 1.0 pengurusan bersifat kandungan yang tepat mengenainya. Webbermula sebagai global melalui boleh dibaca oleh 4.0 juga dikenali sebagaitempat maklumat kepentingan mesin di web.Secara web simbiotik di manabagi perniagaan bersama dalam umum, web 3.0 minda manusia dan mesinuntuk menyiarkan interaksi sosial. mempunyai dua boleh berinteraksi secaramaklumat mereka platform utama, iaitu simbiosis.kepada rakyat. teknologi semantikWeb awal disediakan dan persekitaranpengguna terhad pengkomputeraninteraksi atau sosial. Teknologisumbangannya semantik mewakilikandungan dan piawaian terbukahanya dibenarkan yang bolehuntuk mencari digunakan di atasmaklumat dan web. Persekitaranmembaca pengkomputeran sosial membolehkan manusia-mesin bersama mengoperasi dan mengatur web sosial. 26
  • 27. 4.0 WEB 2.0: GOANIMATE4.1 PengenalanGoanimate merupakan salah satu platform atas talian yang membolehkan pengguna merekaanimasi tanpa memerlukan latar belakang yang berbentuk grafik.Penggunaannya percumauntuk tujuan bukan komersial. Goaminate mempunyai dua jenis akaun iaitu „goanimatebasic‟ untuk pengguna kali pertama dan „goanimate plus +‟ untuk mereka yang inginmengembangkan animasi mereka. Walau bagaimanapun, untuk „account plus‟ sedikit yurandikenakan.Namun begitu, „account basic‟ juga menyediakan ciri-ciri yang menarik danmenyeronokkan kepada pengguna yang ingin mereka animasi yang mudah.Setiap temadilengkapi dengan latar belakang, watak dan prop yang boleh digabungkan untukmenghasilkan animasi.4.2 Kelebihan menggunakan GoAnimate a. Pengguna GoAnimate tidak perlu memuat turun aplikasi dan memasang perisian. b. Pengguna boleh memilih bentuk, ciri-ciri karakter dan menambah skrip pada animasi mereka. Penghasilan animasi yang baik dapat dilakukan dengan mudah. c. Ia bertindak sebagai landasan penceritaan dalam mengembangkan bidang sastera. d. Saluran untuk individu mempamerkan kreativiti dan ekspresi diri.4.3 Penggunaan GoAnimate dalam pendidikan Berikut adalah beberapa faedah GoAnimate yang boleh dilaksanakan dalam pendidikan (Perez 2011): a. Menawarkan pendekatan alternatif untuk rancangan pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. b. Boleh digunakan sebagai alat untuk mengembangkan kerjasama dan pertukaran pembelajaran dalam kalangan pelajar dan juga pengajar. c. Sebagai alat perkongsian maklumat kajian berkenaan sesuatu topik dengan lebih spesifik. d. Mengembangkan kreativiti sahaja dalam kalangan pelajar, bahkan mewujudkan minat golongan pengajar terhadap pengajaran dan pembelajaran. e. Pelajar boleh menggunakan Goanimate untuk membuat pembentangan dan laporan berbanding kaedah tradisional. 27
  • 28. f. Pengguna boleh memuat naik dan berkongsi video ke akaun Face book, dig StumpbleUpon, MySpace, reddit, and del.icio.us untuk tontonan umum. g. Melibatkan penyertaan pelajar dan menarik perhatian pelajar.4.4 Aplikasi GoAnimate untuk Sekolah Buka akaun GoAnimate di laman sesawang www.goanimate.com. a. Klik „upgrade – GoAnimate for schools‟ b. Klik pada „Try Before You Buy‟ untuk percubaan secara percuma. 28
  • 29. c. Paparan berikut akan muncul dan guru akan menggunakan akaun guru (login as teacher) untuk mencuba aplikasi ini.d. Guru perlu menerima (accept) syarat yang ditetapkan untuk masuk ke aplikasi. Paparan seterusnya membolehkan guru melihat laman sendiri yang merangkumi „Your Page‟, „Create‟, „videos‟, „students‟, „teachers‟ dan „manage account‟. 29
  • 30. Guru boleh membuat penilaian terhadap tugasan ataupun video yang dihasilkan oleh pelajar di laman ini dengan mengklik pada nama pelajar yang dipaparkan.e. Guru boleh menghasilkan video untuk dijadikan tontonan pelajar bagi tujuan pengajaran menggunakan teknologi atau menjadikan video tersebut sebagai alat bantuan mengajar di dalam kelas (contohnya dijadikan sebagai set induksi). Berikut merupakan langkah mudah untuk membuat video pendek yang boleh dilakukan oleh guru. Klik pada „create‟ dan paparan berikut akan dipaparkan. Tekan butang „make a short video‟ (sebagai contoh) untuk meneruskan aplikasi. Paparan berikut akan muncul di skrin. 30
  • 31. Tekan „next‟ untuk meneruskan aplikasi.Apabila paparan seterusnya muncul,guru perlu memilih tetapan yang sesuai.Apabila selesai membuat pilihan tetapan, paparan berikut akan muncul diskrin. Guru perlumemilih watak yang hendak digunakan di dalam video. 31
  • 32. Setelah watak dipilih, paparan seterusnya membolehkan guru menaip ataumerekod suarapada video. Pertukaran pelakon, emosi, suara dan jugamembuang dialog yang telah dihasilkan juga boleh dibuat pada aplikasi ini.Selesai sahaja aktiviti membuat video, guru boleh melihat video penuh yangdihasilkan dengan menekan „preview‟ dan paparan berikut akan muncul.Simpan video yang telah dihasilkan dan „publish‟ untuk ditonton oleh pelajar. 32
  • 33. Guru perlu memberi tajuk, sedikit penerangan dan memilih kepada siapa video tersebut ditayangkan sebelum menyiarkannya.f. Guru juga boleh menghasilkan video dengan menekan „create‟ pada laman guru dan memilih mana-mana „make a movie‟ yang disukai. Laman seterusnya membolehkan guru memilih pelbagai fungsi untuk menghasilkan video seperti memilih watak yang ingin digunakan. 33
  • 34. Apabila watak telah dipilih, guru boleh menambah aksi dan ekspresi padawatak.Suara pada watak boleh dimasukkan dengan menaip dialog yang diinginiataupun membuat rakaman suara serta mengubah bahasa yang digunakan.Pergerakan watak, arah muka watak sama ada menghadap kiri atau kanandan kedudukan watak sama ada di bawa ke hadapan ataupun ke belakangboleh diubah. 34
  • 35. Dialog yang dimasukkan pada watak boleh diubah saiz tulisan, warna dansebagainya sesuai dengan kehendak guru.Latar belakang ataupun tempat watak dilakonkan juga boleh diubah mengikutkesesuaian cerita. 35
  • 36. Watak boleh diberi peralatan ataupun barang untuk dipegang.Video juga boleh dimasukkan muzik untuk menarik perhatian pelajar. 36
  • 37. Tetapan pemandangan video boleh diubah peralihan seperti menjadikanvideo lebih pudar, membubarkan watak dan banyak lagi mengikut kreativitiguru.Guru juga boleh menambah adegan untuk mencipta cerita yang mempunyaipelbagai variasi sesuai dengan pengajaran yang akan dilaksanakan ataupunsebagai bahan untuk menambah pengetahuan pelajar.Selesai membuat video, guru boleh melihat semula video yang telahdihasilkan sebelum menyimpan video yang telah dihasilkan. 37
  • 38. Semasa menyimpan video yang dihasilkan, guru perlu menyatakan tajuk, kepada siapa video akan ditayangkan, sedikit penerangan, penggunaan video, katogeri video (sebagai contoh untuk subjek sains) dan boleh mengubah bahasa video tersebut. Video yang telah disimpan oleh guru secara automatik akan dipaparkan di dalam halaman guru. Video tersebut juga secara langsung boleh ditonton oleh pelajar di halaman pelajar masing-masing.g. Pelajar boleh menggunakan proses yang sama seperti langkah ( e ) dan ( f ) untuk menghasilkan video bagi dinilai oleh guru dari semasa ke semasa. Video yang dihasilkan oleh pelajar dapat dilihat oleh guru secara terus dari laman guru sendiri. 38
  • 39. 4.5 PenutupDalam dunia yang semakin pesat membangun dengan ledakan teknologi ini, para guruharus memberi penekanan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai denganperedaran semasa. GoAnimate boleh dijadikan salah satu instrumen untuk menghasilkanbahan bantu mengajar (BBM) bagi memudahkan pemahaman pelajar ataupun memberipenambahan ilmu pengetahuan kepada pelajar seterusnya mencapai objektif pengajaranyang telah ditetapkan. Aplikasi penghasilan video menggunakan GoAnimate ini juga turutmemberi kesan yang baik kepada pelajar di mana mereka akan meningkatkan daya kreativitiyang ada dalam diri pelajar.5.0 RUJUKANAzizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya. 2005. Aplikasi kognitif dalam pendidikan. Pahang Darul Makmur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.Gruber, Jonathan, and David A. Wise, eds. 1999.Social security and retirement around the world.Chicago: University of Chicago Press.Hasan Langgulung .2003. Asas – Asas Pendidikan Islam. Edisi Kelima. Jakarta: Pustaka Al Husna Baru.Kamus Dewan .1993. Edisi Baru, Kuala Lumpur: DBPKhadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. 2006. Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.Ma‟rof Redzuan & Haslinda Abdullah. 2002. Psikologi. Malaysia: McGraw-Hill Sdn Bhd.Mok Soon Sang. 2010. Pedagogi untuk Pengajaran- Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Snowman, J.& Biehler, R. 2006. Psychology Applied to Teaching. USA: Houghton Mifflin Company. 39