• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
 

Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)

on

  • 14,105 views

 

Statistics

Views

Total Views
14,105
Views on SlideShare
14,100
Embed Views
5

Actions

Likes
38
Downloads
0
Comments
7

2 Embeds 5

http://www.facebook.com 3
http://www.edmodo.com 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

17 of 7 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1) Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1) Document Transcript

    • ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)Tugasan: PembentanganTarikh : 17 Ogos 2009Tajuk: Bincangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak- kanak.Nama: 1. Lino Leoncio 2. Stephenie anak Mukit 3. Nurul Ain Binti Bahir 4. Salizah Bt. Lusly 5. Marie Christerine ak MatthewJabatan Fakulti: Seni Dan MuzikTempat: Universiti Pendidikan Sultan IdrisSemakan: En. Kamarul Azman Bin Salam
    • 1.0 PENGENALAN Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yangmemerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanaknormal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-cirifizikal. Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahandalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuanmengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidakterabai seperti kanak-kanak normal. Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata darisegi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. ManakalaGarciulo (2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan dibawah; "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs."Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas sepertiberikut: i. Terencat akal.
    • ii. Kurang upaya dalam pembelajaran. iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku iv. Pintar cerdas dan berbakat v. Masalah bahasa dan pertuturan vi. Masalah pendengaran vii. Masalah penglihatan viii.Kecelaruan spektrum autism ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalahkanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yangberbeza daripada murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada muridbermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran(Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006). Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khasadalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehinggamemberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran sertaperkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006).2.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
    • Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhikeperluan perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaandan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Berikut adalah kategori-kategori kanak-kanak berkeperluan khas: 1.1 Masalah Penglihatan Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blinddalam Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut: i. Tidak dapat melihat langsung. ii. Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian Snellen. iii. Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.2.1.1 Tahap KecacatanTerdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta denganpenglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasipendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut: 1. Sederhana Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat bantu khas seperti kanta.
    • 2. Teruk Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malam mengalami kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan bantuan khas. 3. Sangat teruk Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung kepada deria-deria lain.2.1.2 Tingkah laku masalah penglihatan i. Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan tulis ataupun objek. ii. Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata. iii. Kerap bercakap. iv. Kerap menggosok mata. v. Selalu menutup sebelah mata. vi. Selalu terlanggar objek.vii. Keliru dengan huruf.viii. Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak yang terlalu dekat.
    • ix. Memegang kepala dengan cara luar biasa. x. Kerap menangis xi. Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun paa sudut berlainan.xii. Sering mencari-cari ayat yang dibaca.xiii. Meniru kerja kawan.xiv. Tidak menyiapkan tugasan yang diberi. xv. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi. Disebabkan kekurangan yang mereka ada, timbul perasaan kurang keyakinan diridan sering menyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yangbaik kepada mereka (bukan bermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasaberbeza dengan orang normal) (Jamila 2005). 1.2 Masalah Pendengaran Mohd. Salleh (1999) mendefinisikan kecacatan pengendaran sebagai golonganmanusia yang tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosakpendengaran. Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), caca pendengarandibahagikan kepada dua jenis iaitu: i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)
    • Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga. ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness) Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian organ dalam telinga. Tanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalahpendengaran adalah kurang memberi perhatian di dalam kelas, kelihatan selaluberkhayal, percakapannya tidak jelas, terkejut apabila dihampiri daripada belakang,tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yang lemah terutamanyaberkaitan dengan bahasa. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatanperkembangan bahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepadapengalaman mereka, cara layanan yang diterima dan melalui kebolehan perkembanganmereka sendiri.2.2.1 Jenis Masalah PendengaranMenurut Jamilah (2005) terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu kurangpendengaran dan pekak. 1. Kurang pendengaran
    • a) Ringan (mild) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB ii. Memahami perbualan iii. Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan jauh iv. Memerlukan terapi pertuturanb) Sederhana (moderate) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB ii. Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya iii. Memahami perbualan iv. Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas v. Memerlukan alat bantu dengar vi. Memerlukan terapi pertuturanc) Sederhana teruk (moderate severe) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB
    • ii. Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran iii. Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi iv. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat v. Pertuturan kanak-kanak kategori ini mungkin tidak sempurna kerana pengalaman pendengarannya yang terhad2. Pekak a) Teruk (severe) i. Tahap kehilangan pendengaran antara 71 hingga 90 dB ii. Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak sifar hingga 30.5 sentimeter daripadanya iii. Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja iv. Menghadapi masalah dalam pertuturan v. Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan pertuturan dan komunikasi b) Sangat teruk (profund)
    • i. Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB ii. Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat iii. Memerlukan alat bantu pendengaran dan terapi pertuturan 1.3 Masalah Emosi-Hiperaktif Menurut Jamilah (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapimempunyai tumpuan yang singkat. Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenismasalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) ataumasalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder(ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi masalahADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi. Bagi Sheila & Samsilah (2006),ADHD adalah satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyaimasalah tingkah laku yang terlampau aktif dan impulsif. Sandra (2008) menyatakan ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan tanpahiperaktif (ADD) adalah seperti berikut: i. Mudah terganggu oleh rangsangan luaran . ii. Sukar mendengar dan mematuhi arahan. iii. Sukar memberi tumpuan dan perhatian. iv. Sukar mengekalkan tumpuan dan melaksanakan tugasan. v. Keupayaan membuat kerja sekolah yang tidak lengkap.
    • vi. Tidak terurus. vii. Kemahiran belajar yang lemah. viii. Sukar untuk berdikari. Manakala ciri-ciri tingkah laku masalah kurang tumpuan dengan hiperaktif(ADHD) menurut Sandra (2008) adalah seperti berikut: i. Tahap aktiviti tinggi ii. Cenderung mengikut gerak hati dan kurang kawalan diri. iii. Kesukaran melalui aktiviti peralihan atau perubahan. iv. Tingkah laku yang agresif dan terlampau mudah terangsang. v. Tidak matang dari segi sosial. vi. Rendah keyakinan diri dan mudah kecewa. Kanak-kanak adalah adalah normal pada zaman kanak-kanak sehingga ke tahaptertentu pada tahap perkembangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kanak-kanakbermasalah ADD atau ADHD apabila kanak-kanak itu menunjukkan pelbagai tingkahlaku yang bermasalah yang tidak sesuai dengan perkembangannya berbanding kanak-kanak lain pada usia yag sama (Sandra 2008). Menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA) mendefinisikan ADHD sebagaikecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuhtahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu; • ADHD Kurang Tumpuan
    • i. Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak teratur • ADHD Hiperaktif-impulsif i. Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggi ii. Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir • ADHD Gabungan i. Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsive Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannyaADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripadaADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakansesuatu pergaduhan, kerap membuat kesalahan akibat kecuaian, gagal menyiapkankerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengaturtugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan. Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri dimana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan
    • persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikuttuntutan sosial (Jamila 2005). 1.4 Masalah Fizikal Dan Kesihatan - Palsi Selebral Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu Palsi Selebral spastik, palsi selebralathetiod, palsi selebral ataxia dan palsi serebral gabungan. Ciri-ciri fizikal pada kanak-kanak palsi selebral spastic ialah masalah ketegangan pada otot-otot tertentu sepertitangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebutmenjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot berlaku padakaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satulonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal. Bagi palsio selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliukdan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan merekaadalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi. Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripadasatu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalahotot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk. Masalah sosial yang dihadapi oleh golongan ini adalah dalam menyesuaikan diridi dalam masyarakat. Disebabkan mereka tidak dapat bertutur dengan baik, merekaberasa rendah diri dan ini akan menjejaskan hubungan mereka dengan persekitaran.Sebab lain yang menyebabkan kanak-kanak ini rendah diri adalah sikap ibu bapa yang
    • terlalu member perhatian dan perlindungan yang melampau menyebabkan kanak-kanak ini langsung tidak diberi peluang untuk mempelajari kemahiran asas bagipenjagaan diri sendiri. 1.5 Masalah Mental i) Terencat akal Masalah terencat akal menjadi satu isu yang perlu ditangani kerana murid yangmengalami masalah ini lambat menerima pengajaran di sekolah. Punca seseoranganak itu terencat akal boleh dikaitkan dengan faktor biologi (baka) dan persekitaran.Faktor baka banyak mempengaruhi prestasi intelek seseorang kanak-kanak berbandingdengan faktor persekitaran. Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak normaliaitu daripada segi pertumbuhan bahagian-bahagian badan walau bagaimanapunterdapat kekurangan dalam menggunakan motor halus. Kanak-kanak ini lambatmenguasai kemahiran motor halus. Oleh itu, ibu bapa atau guru perlulah memantauperkembangan motor halus mereka. Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk memberi tumpuan ataufokus kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, sukar menyiapkantugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian. Mereka juga seringmenunjukkan tingkah laku yang sering mengganggu rakan. Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan, mereka kurang diterima oleh rakankerana tidak pandai menyesuaikan diri, kurang matang dan mempunyai masalah dalam
    • menguasai klu-klu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksimurid lain. Tingkah laku yang lain adalah menarik rambut, menggigit kuku, tabiat sukamencederakan diri dan meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatucontohnya jika enggan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru akanmemberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti (Jamila2005). ii) Sindrom down Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas,belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk mukaleper, kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang .kepala rata,telinganya kecil dan berkedudukan rendah, mulut kelihatan kecil dan bibir nipis, bentukleher lebih pendek, kaki dan tangan pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek,mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi. Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama adaringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masihboleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyaimasalah pendengaran. Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukanperhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain iaituhiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005). 1.6 Autism
    • Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan bersosialdi mana kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai kemahiran berhubung,berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti murid normal. Emosi kanak-kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya adalah (Jamila 2005) :i. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.ii. Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu.iii. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.iv. Ada kalanya mencederakan diri sendiri danv. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain. 2.6.1 Tingkah Lakui. Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif.ii. Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuk-nepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan mundar- mandir.iii. Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya) daniv. Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.2.6.2 Interaksi sosial
    • Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar danekstrem :i. Suka bersendirian.ii. Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.iii. Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.iv. Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut. 1.7 Masalah Pembelajaran Menurut Mohd. Sharani (2004) masalah kanak-kanak yang menghadapi masalahpembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah neurologi hinggamenjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir,membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. 2.7.1 Lembam (Slow Learner) Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan permasalahan mereka dapat dikesan (Jamila 2005).
    • Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaanintelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih didalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalammemberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalamingatan mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudahmembuat kesalahan akibat kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahanmembuat tugasan yang berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik, merekamenunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan danmengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005). Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukarmenyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalahsosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan.2.7.2 Disleksia Definisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984dalam Sheila & Samsilah 2006) Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexiaadalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat menterjemahkandengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam sukukata ataupun dalam perkataan-perkataan. Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott 1997dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama
    • dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah(2006) adalah seperti berikut: “Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual mereka.” Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf denganperkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dangabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepadamereka ialah huruf b dan d, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya. Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding rakanyang sebaya daripada segi umur kronologikal seperti seorang kanak-kanak disleksiaberusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tigatahun yang mementingkan diri ( Cronin 1997: ms 111 dalam Sheila & Samsilah 2006). Perkembangan fizikal, mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selaludilabelkan sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapitidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai dayapengamatan. pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul dimana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan.Pengamatan dan tingkah laku:
    • i. Keliru dengan konsep arah ii. Keliru dalam konsep masa iii. Kerap terasa tertekan iv. Keliru memakai kasut pada kaki yang betul v. Konsep kendiri yang rendah2.7.2.1 Jenis-jenis disleksiaDisleksia dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: 1. Disleksia visual Disleksia visual berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria penglihatan. Walaupun kanak-kanak itu dapat melihat dengan baik tetapi ia tidak dapat membezakan apa yang dilihat ataupun mengintepretasi serta mengingatinya. 2. Disleksia auditori Disleksia auditori berkaitan dengan masalah kanak-kanak dalam menggunakan deria pendengaran. Walaupun kanak-kanak itu dapat mendengar tetapi ia mengalami kesukaran dalam mendiskriminasikan bunyi, membezakan persamaan dan perbezaan antara bunyi, mengenalpasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
    • 3. Disleksia visual-auditori Kanak-kanak dalam kategori ini berada pada tahap yang agak teruk kerana kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantunya mengintepretasi apa yang dilihat dan didengar (Jamila 2005). 1.8 Pintar Cerdas dan Berbakat Menurut Jamila (2005), Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yangmempunyai kemampuan yang tinggi di dalam akademik. Mereka sering dianggapsebagai murid yang nakal kerana tidak memberi perhatian di dalam kelas sedangkanmereka sebenarnya memahami dan telah menguasai pengajaran guru. Chua & Koh(1992) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai kanak-kanak yangmenunjukkan atau potensi kebolehan dalaman: i. Kegiatan intelek seperti kreativiti, pemikiran abstrak, kemahiran lisan, pemikiran logik dan ingatan baik. ii. Bakat-bakat khas dalam bidang-bidang seperti sains, matematik, kepimpinan perhubungan manusia, seni lukis, muzik, penulisan dan drama. Menurut Ross (1993) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak dikenal pasti semasa prasekolah, sekolahrendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi yang cemerlang dalam
    • pencapaian akademik berbanding kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Merekajuga menunjukkan prestasi yang tinggi dari segi intelek, seni dan mempunyaikepimpinan yang luar biasa Perkembangan kanak-kanak cerdas pintar ini menunjukkan ciri-ciri luar biasapada umur yang sangat muda berbanding kanak-kanak biasa. Perkembangan kognitifmereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu tahun dan menunjukkanperkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat denganmenyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula maklumat.Kanak-kanak ini boleh merancang, memantau dan menilai menggunakan pemikiranadvance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain. Dari segi emosi, mereka sangat matang berbanding kanak-kanak lain, mudahkecewa dan menghina rasa takut pada usia yang muda serta terlalu sensitif.3.0 INTERVENSI AWAL Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awallagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancangbagi mengembangkan potensi diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yangtersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanakbekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkankolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).
    • Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanakberkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi.Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripadabahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertuturdisebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasiyang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Disamping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Diantaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasiyang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagikanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawatmasalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersamamagnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatianbagi kanak-kanak autistik. Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latarbelakang dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa,guru, atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakapperkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yangdisukai. Selain itu, intervensi dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atauketika berada di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur danmenggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi awal sangatpenting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistikyang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku,
    • perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluanindividu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika syarikat,program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatandan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibubapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi carakerja dan terapi bahasa dan pertuturan. Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas.Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluandalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi danpengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autismdilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan merekabersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini, kemahiran urus diri danpengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaranbahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlumempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran danpembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapatmembantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.4.0 ISU DAN CABARAN Persoalan besar yang menghantui kanak-kanak berkeperluan khas adalahkesediaan seluruh masyarakat menerima anugerah Tuhan dengan rasa bersyukur,tidak merasa malu, mendiskriminasikan kanak-kanak istimewa dan yang penting adalah
    • ibu bapa melaksanakan tanggungjawab seperti yang dilakukan pada kanak-kanaknormal. Banyak kajian lepas mengenai penerimaan ibu bapa kepada kanak-kanakistimewa mendapati tidak semua ibu bapa dapat menerima kehadiran anak istimewa(Belgrave 1991; Heinmann & Shontz 1992; Linkowski & Dunn 1994 dalam Mohd.Sharani 2004). Menurut Li, Moore & Dennis (1998), stigma sosial dan diskriminasi yangdilemparkan ke atas ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti suatu sempadanyang menghalang ibu bapa menerima anak mereka. Manakala Nancy (1999) dalamMohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa stigma negatif yang dileparkan olehmasyarakat menyebabkan ibu bapa menjadi takut menerima kenyataan bahawamereka adalah ibu ataupun bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Olshansky(1992) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa perasaan ibu bapa yangmemiliki kanak-kanak berkeperluan khas merasa tidak mampu melakukan apa-apademi kesejahteraan anak itu. Reaksi negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khasberhubung kait dengan tahap kehilangan kewibawaan identiti ( Whaley & Wong 1991dalam Mohd. Sharani 2004). Menurut Mohd. Sharani (2004) faktor-faktor sepertiterkejut, tidak percaya, hiba, marah, kecewa dan penafian banyak menjejaskan reaksipenerimaan ibu bapa yang mendapat kanak-kanak berkeperluan khas. Tidak kurangdisebabkan oleh ketakutan pada penolakan sosial dan ketakutan hidup bersendirian(Prado 1991).
    • Jumlah kanak-kanak istimewa yang ada dalam sekolah negara Malaysia padatahun 1999 adalah seramai 11, 861 orang iaitu 8557 orang di sekolah rendah dan 3304orang di sekolah menengah. Menurut Mohd. Sharani (2004) cabaran-cabaran yangdihadapai bagi memastikan kanak-kanak istimewa mempunyai akses dan menikmatipeluang pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa adalah seperti berikut: i. Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas 1997) perlu disemak semula bagi memastikan tiada wujud apa-apa sekatan kepada kanak-kanak istimewa. ii. Program atau rancangan yang komprehensif dan berterusan perlu diwujudkan supaya sampai kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa supaya mereka mendapat maklumat dan kesedaran serta bersedia menghantar anak-anak mereka ke sekolah. iii. Kemudahan-kemudahan tempat belajar diperbanyakkan, diperlengkap dan diperluaskan bagi memudahkan ibu bapa kanak-kanak istimewa menikmati kemudahan pendidikan. iv. Mekanisme yang mantap perlu diwujudkan bagi memastikan setiap kanak-kanak istimewa dapat didaftarkan. Pendekatan pendidikan inklusif kepada kanak-kanak berkeperluan khasmelibatkan usah mendidik kanak-kanak istimewa di sekolah dan kelas biasa oleh guru-guru biasa. Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak istimewa bergaul danmengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran serta kehidupan sekolahdengan lebih berkesan dan bermakna. Menurut Mohd. Sharani (2004) berdasarkanfalsafah itu, diharapkan objektif-objektif di bawah dapat dipenuhi:
    • i. Supaya pelajar-pelajar khas dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pendidikan, sosial dan kerjaya. ii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat berkembang menjadi individu yang mempunyai keyakinan diri. iii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat pendidikan yang sama seperti pelajar-pelajar biasa yang lain. iv. Supaya tugas mendidik dan mengajar pelajar-pelajar ini dapat dipikul bersama oleh semua guru serta masyarakat yang lain.5.0 PENUTUP Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan ataskejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalamkeadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat insanyang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana cacat derialihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan danperkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti normapertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal. Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa merekamempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomidan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).
    • Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkinterdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar perubatanbagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak. Keprihatinan ibubapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggungdan memberi semangat kepada kanak-kanak yang tergolong kanak-kanak berkeperluankhas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat khususnya ibu bapa perlu mendapatkannasihat, pengetahuan dan bantuan supaya kanak-kanak khas dapat dibimbing dengansempurna.
    • BIBLIOGRAFIAbd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur. Quantum Books.Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning.Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran Malaysia.Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of Social Psychology, 138(1), 13-26.
    • Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.Mohamad Aman & Kasim Abd. Majid .2003. Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak- Kanak ( Tingkatan 4). Selangor. Aras Mega (M) Sdn. Bhd.Mohd. Salleh Lebar. 1999. Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.Prado, D.F .1991. A Guide and Handbooks for Parents of Mentally Retarded Children. Illinois. Charles C Thompson.Ross .1993. HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.Sandra F. Rief. 2008. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak-Kanak ADD/ADHD (Terjemahaan PTS Publications). Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.Sheila Devaraj & Samsilah Roslan. 2006. Apa itu Disleksia. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.Wikipedia Ensiklopedia Bebas .2009. Sekolah Pendidikan Khas Diperoleh pada 9 Oktober daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khasZamri Mahamod .2009. Posiding Seminar Pendidikan Khas. Bangi. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
    • Zarin Ismail, Safani Bari & Soo Boon Seng .2004. Integrasi Sosial Murid Berkeperluan Khas Bermasalah Pendengaran dan Program Inklusif . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan PustakaZulkiply Yaakob. 2009. Pendidikan Khas Pra Sekolah Diperolehi pada 9 Oktober 2009 daripada http://zulprasekolah.blogspot.comZuly .2009. Program Untuk Pelajar Berkeperluan Khas Diperolehi pada 9 Oktober 2009 daripada http://www.scribd.com/doc/14853835/Bab-9-Program-Untuk- Pelajar-Berkeperluan-KhasRosalwani Che Soh. 2006. Jangan malu ada anak Sindrom Down. Diperolehi pada Oktober 2009 daripada http://www.kdsf.org.my/html/Utusan%20Malaysia% 20Online%20-%20Muka%20Hadapan.htm