Islam dan Ilmu Pengetahuan

  • 829 views
Uploaded on

 

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
829
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
48
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 PENGENALAN Pendidikan merupakan sistem atau cara meningkatkan kualiti atau martabat manusia, dalam sejarah manusia hampir tidak ada kelompok manusia yang tidak menggunakan pendidikan. Pendidikan juga penting dalam berinteraksi dengan masyarakat. Sejalan dengan hal tersebut di dalam Al Quran telah menceritakan peristiwa Nuzul Al Quran, di mana Al Quran diturunkan daripada langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Di dalam peristiwa tersebut, wahyu pertama yang diterima Nabi Muhammad S.A.W yang berupa perintah “membaca” dan ia merupakan manifestasi terhadap penerokaan ilmu. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah ayat 1 hingga 5 surah al- alaq’. Perintah iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’ kepada Nabi S.A.W adalah isyarat bertapa Islam memberikan perhatian yang cukup besar tentang kepentingan ilmu dalam menentukan darjat manusia. Sebagai khalifah, kita bertanggungjawab dan berkewajipan menguruskan muka bumi untuk kebaikan manusia, haiwan, alam sekitar dan planet-planet lain yang berkaitan. Mentadbir muka bumi ini bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan pengusaan ilmu pengetahuan. Menguruskan alam merupakan amanah berat yang harus dipikul dan kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T.
  • 2. 2 ULASAN ISI Pengertian Ilmu Pengetahuan Secara umumnya, setiap individu faham dan tahu apa yang dikatakan tentang ilmu. Perkataan universal ini tidak mempunyai sebarang limitasi dalam penerokaannya, oleh itu ia telah di beri pengertian yang berbeza dari pelbagai sumber. Di dalam kajian kami, perkataan ilmu ini mempunyai enam (6) pengertian. Antara pengertian ilmu yang telah di berikan adalah:- 1. Dari kamus dewan bahasa: o Pengetahuan o Kepandaian o Kebijaksanaan 2. Dari perkataan Arab: Ilmu berasal dari perkataan Arab iaitu “Alima”, yang membawa maksud mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya. 3. Dari Al- Quran: “ Dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan” (surah an- Nahl: ayat 19) “ Dan sekiranya Kami Mengkhendaki, nescaya Kami Perlihatkan mereka kepadamu (Muhammad) sehingga engkau benar- benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan engkau benar- benar akan mengenal mereka dari nada bicaranya, dan Allah Mengetahui segala perbuatan kamu” (surah Muhammad: ayat 30)
  • 3. 3 “ Maka jika mereka tidak memenuhi tantanganmu, maka (katakanlah), “ Ketahuilah, bahawa ( al- Quran) itu diturunkan dengan ilmu Allah, dan bahawa tidak ada tuhan selain Dia, maka maukah kamu berserah diri (masuk Islam) ?” (surah Hud: ayat 14) 4. Menurut tokoh: o Gong Fu Zi “Apabila kamu mengetahui sesuatu, meyakinkan yang kamu sudah tahu dan apabila kamu tidak mengetahui sesuatu, menunjukan yang kamu tidak tahu (Ilmu itu kebenaran dan keyakinan). o Plato “ Sesuatu pemindahaan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan. 5. Dari perkataan Inggeris: Dari sudut bahasa Inggeris, ilmu di ertikan sebagai sains dan ia perlu dikaji (diterokai).
  • 4. 4 Kepentingan Ilmu Pengetahuan Ilmu pengetahuan amat penting bagi setiap individu bahkan melalui pengertian ilmu telah di bahaskan dengan adanya ilmu pengetahuan ia dapat meningkatkan martarbat manusia. Di dalam Islam, menuntut ilmu juga merupakan suatu ibadah kepada Allah dan terdapat beberapa matlamat tertentu dalam proses menuntut ilmu. Pentingnya mempunyai ilmu adalah untuk membuktikan kekuasaan Allah S.W.T. Matlamat ini adalah untuk menguatkan kepercayaan dan keimanan manusia terhadap Allah S.W.T. Dengan adanya ilmu, manusia dapat membaca al- Quran yang mana terkandung segala persoalan yang wujud di muka bumi ini. Ilmu juga membolehkan manusia mengkaji alam semester ciptaan Allah ini. Menuntut ilmu tidak hanya terbatas pada hal-hal ke akhiratan saja tetapi juga tentang keduniaan. Jelaslah kunci utama keberhasilan dan kebahagiaan, baik di dunia maupun di akhirat adalah ilmu. Rasulullah saw. pernah bersabda: َ‫ن‬ْ ‫ا‬َ‫ا‬َ‫ا‬‫د‬ ‫ا‬‫ا‬‫د‬ُّ‫ن‬‫ا‬‫ي‬َ ‫ا‬ ‫ا‬َ ْ‫ل‬‫ا‬‫ي‬ ‫ا‬‫ه‬ َ‫ب‬َََِْْ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ن‬ْ ‫ا‬َ‫ا‬َ‫ا‬‫د‬ ‫ا‬‫ا‬‫ا‬َ َ‫ال‬‫ا‬‫خ‬َ‫ا‬‫ي‬َ ‫ا‬ ‫ا‬َ ْ‫ل‬‫ا‬‫ي‬ ‫ا‬‫ه‬ َ‫ب‬َََِْْ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ن‬ْ ‫ا‬َ‫ا‬َ‫ا‬‫د‬ ‫ا‬‫ا‬ ْ‫ه‬ُ‫م‬َِ‫ا‬‫ي‬َ ‫ا‬ ‫ا‬َ ْ‫ل‬‫ا‬‫ي‬َ‫م‬َ‫ب‬َََْ‫ا‬ِ‫ا‬ Artinya: “Barangsiapa menghendaki kehidupan dunia maka dengan ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat maka dengan ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki keduanya (kehidupan dunia dan akhirat) maka dengan ilmu.” Untuk kehidupan dunia kita memerlukan ilmu yang dapat menopang kehidupan dunia, untuk persiapan di akhirat. Kita juga memerlukan ilmu yang sekiranya dapat membekali kehidupan akhirat. Dengan demikian, kebahagiaan di dunia dan di akhirat sebagai tujuan hidup insya Allah akan tercapai.
  • 5. 5 Tambahan lagi, dengan ilmu jugalah manusia dapat menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini. Sebagai hamba Allah, manusia perlu melaksanakan ibadah- ibadah umum dan khusus. Dalam pada masa yang sama, manusia juga merupakan khalifah Allah di muka bumi ini. Ilmu yang diperoleh dengan keizinan Allah S.W.T perlu lah di kongsi dan di sampaikan kepada individu dan masyarakat. Di dalam pembentukan sebuah tamadun aspek yang paling penting adalah kebijaksanaan. Jika dasarnya (ilmu) kukuh, maka kukuhlah tamadun tersebut. Kebijaksanaan ini di guna pakai untuk membuat pembangunan dan memanfaatkan alam ciptaan Allah S.W.T. Tamadun Islam telah tersebar luas sejak beribu tahun yang lepas, pemerintahan, seni bina dan tradisinya telah di aplikasikan pada zaman sekrang. Ini membuktikan kebijaksanaan memainkan peranan penting di dalam kehidupan. Walaupun di dalam agam Islam tidak terdapat perbezaan darjat (taraf), namun begitu jika sesorang itu mempunyai ilmu secara tidak langsung dia akan di pandang mulia oleh golongan masyarakat. Terdapat satu hadith yang telah dijelaskan bahwa apabila Allah hendak mencabut suatu ilmu maka terlebih dahulu Allah akan mencabut nyawa ulama. Ini biasa dimaklumi bahawa yang memiliki ilmu itu adalah ulama. Seandainya ilmu ulama itu belum sempat dipelajari oleh orang lain maka akan hilanglah ilmu itu. Di dalam hadits itu juga menjelaskan bahawa apabila sudah tidak ada orang yang pandai (agama), akhirnya orang bodoh pun akan diangkat sebagai pemimpin, yang akan tersesat dan menyesatkan orang lain.
  • 6. 6 Sumber Ilmu Pengetahuan Merujuk kepada pyramid di atas, ilmu pengetahuan di peroleh dari pelbagai sumber. Perkara ini menjelaskan tiada kekangan atau sempada untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Sebuah hadith telah diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Bar; ْ‫ا‬ ََ‫ا‬‫د‬ َ‫ب‬ََََِْْ ‫ا‬َ‫ا‬َ‫ا‬ ُ َ‫ا‬‫ا‬‫د‬ ‫ْلا‬ ََ‫س‬ِ‫ا‬َ‫م‬ ْ ‫ا‬ِ ‫ا‬‫ه‬ ‫ا‬‫ب‬َََََِْْ ْ ُّ‫م‬َُّْ َُّ ْ‫ا‬‫ب‬َُ‫ا‬‫ص‬ ‫ا‬‫ه‬ َ‫ن‬ْ ‫ا‬َ‫ا‬ِ ُّ ََُ‫ا‬َ َ ُِّ ْ ُّ‫ص‬‫ا‬ ‫ا‬ِ‫ا‬‫ا‬ْ ‫ا‬‫ا‬ٌ‫ا‬‫ع‬‫ا‬‫ل‬َ‫ى‬ْ‫ك‬‫ا‬َ ُّ ‫ا‬ُ‫ا‬ْ ‫ا‬‫م‬‫ا‬ َِ‫ا‬َّ‫ا‬‫د‬َِْ ُ ََ َ‫ب‬َََُّْ‫ي‬ ََ‫ا‬ُّ‫ج‬ َ‫ا‬َ‫ا‬ِ ‫ه‬‫م‬‫ا‬ُ َ َ‫ب‬ََََِْْ َََِ‫ا‬‫ا‬‫ر‬َََُُِّّْ‫ر‬‫ا‬‫ا‬ ‫ا‬‫ا‬‫د‬َ‫م‬‫ا‬ُ Artinya: “Tuntutlah ilmu walaupun di negeri Cina, karena sesungguhnya menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap mereka kepada para penuntut ilmu karena senang (rela) dengan yang ia tuntut. Oleh yang demikian, sumber ilmu telah di kelasifikasikan kepada beberapa jenis agar manusia faham akan sumber dan konsep ilmu pengetahuan, Wahyu diturunkan oleh Allah melalui malaikat Jibrail kepada persuruhNya. Ia merupakan teras kepada segala ilmu, dimana ia telah di turunkan dan di kumpulkan di dalam al- Quran. Wahyu yang diturunkan mengandungi segala ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup serta perkara ghaib yang tidak dilangkaui oleh akal manusia. WAHYU ILHAM NALURI AKAL PANCAINDERA
  • 7. 7 Apabila di sebut ilham serta merta minda akan mengintrepetasikan ia sebagai idea. Sumber ilmu ini boleh di perolehi oleh sesiapa, dimana- mana dan pada bila- bila masa sahaja kerana ia merupakan anugerah Allah kepada hambaNya. Ia merupakan pengetahuan yang diperoleh tanpa melalui proses pemikiran yang tertentu. Berbeza dengan ilham, naluri merupakan gerak hati yang diperoleh dengan keizinan Allah S.W.T. Istilah ini menjelaskan beberapa fenomena perlaku, seperti sikap impulsive, refleks dan serangakaian perilaku yang berkait dengan otomatis dan spontan. Bagi mencerahkan istilah ini, lumrah kehidupan apabila manusia mempunyai naluri ingin berkahwin. Perkahwinan itu merupakan sikap refleks apabila dua individu berlainan jantina mempunyai perasaan antara satu sama lain. Dengan akal manusia dapat menimbang dan membezakan antara yang baik dan buruk walaupun mungkin ianya tidak bersifat kebenaran mutlak namun memadai untuk mengatasi masalah kehidupan seharian. Semua makhluk ciptaan Allah dikurniakan otak, namun hanya manusia yang dikurniakan akal supaya manusia dapat berfikir dan menerapkan sifat perikemanusiaan di dalam diri. Allah telah mencipta manusia dengan lima (5) pancaindera yang digunakan dalam kehidupan seharian untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Pancaindera juga merupakan sumber untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Ia digunakan melalui beberapa percubaan dan berulangan dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan.
  • 8. 8 Rujukan Ilmu dari Al- Quran Setelah beberapa kajian telah dilakukan oleh golongan ilmuan, di temui setiap hal dan fenomena yang berlaku dimuka bumi ini telah di perihalkan di dalam al- Quran. Malahan al- Quran juga telah menceritakan hal- hal yang telah berlaku dan bakal berlaku. Tidak diragui lagi jika dikatakan al- Quran merupakan sumber rujukan utama di muka bumi ini. Fenomena gerhana bulan sering menjadi perhatian manusia kerana peristiwa ini jarang- jarang berlaku. Sejajar dengan itu, para sainstis telah mengkaji keadaan itu dan hasilnya sama seperti yang telah di sebut di dalam al- Quran. “Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering”. (surah Yasin: ayat 39) Para pengkaji alam semester menghujahkan bahawa matahari peredar pada paksinya (orbit). Matahari beredar mengelilingi bumi supaya semua bahagian bumi menerima cahaya matahari. Ini dapat di lihat apabila siang bertukar malam, malam bertukar kepada siang dan Allah telah menjanjikan matahari akan terbit di sebelah barat dan terbenam di sebelah timur. “Dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang di tetapkan baginya itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui”. (surah Yasin: ayat 38) Oksigen merupakan anugerah Allah, semua makhluk (khususnya manusia dan haiwan) di muka bumi ini memerlukan oksigen untuk bernafas. Malahan di dasar laut dan di ruang angkasa juga manusia memerlukan oksigen untuk bernafas. “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang
  • 9. 9 Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit- sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman”. (surah al- An’aamْ ayat 125) Terdapat 14 hadith yang menyebutkan tentang keistimewaan al- habbah as- sauda’. Salah satu darinya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abu Syaibah. “Aku bersama Ghalib bin Abhar keluar ke suatu tempat, kemudian dalam perjalanan itu dia ditimpa sakit. Sakitnya berterusan ketika kami sampai ke Madinah. Kemudian, datangnya Ibnu Abu’ Atiq menziarahinya dan berkata, “Gunakan lah biji ini (Al- Habba As- Sauda’). Ambil lima atau tujuh biji lalu ditumbuk halus- halus kemudian titiskan ke dalam hidungnya setelah dicampurkan dengan beberapa titis minyak, keranaaku pernah mendengar daripada Aisyah r.a bercerita bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Al- Habba As- Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali As- Sam iaitu maut”. ( Hadith yang tercatat dalam Kitab Sahih Iman Bukhari dan Muslim) Contoh lain hasil kajian di dalam Islam adalah kajian system imunisasi. Kajian ini dilakukan di Arab Saudi dan mendapati Al- Habba As- Sauda berupaya meningkatkan system imunisasi (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit- penyakit yang berkaitan imunisasi. ALLAH SWT berfirman dalam surat An Nahl (lebah) ayat 68-69 : Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin Manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan & tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu), dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi Manusia. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan".
  • 10. 10 Allah S.W.T telah memberikan petunjuk untuk mengobati semua penyakit. Maka untuk apa kita sehat dan untuk apa kita sakit?. Tujuannya adalah hanya untuk mengingatkan kita semua bahwa ALLAH SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Berdasarkan hasil- hasil rujukan dan kajian di atas, jelaslah bahawa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Ia bukan hanya untuk keperluan di dunia bahkan di akhirat sana.
  • 11. 11 Kedudukan Ilmu Hadith riwayat Ar- Rabbi’ْ ‫ا‬‫ب‬َََََِْْ ْ ُّ‫د‬َُ‫ا‬َ‫ا‬ْ ، ُ َ‫ن‬َ‫د‬ ُّ‫ن‬ُّ‫د‬َُ‫ا‬َ‫ا‬ْ ‫ه‬‫م‬‫ا‬‫م‬ َُّْْ َ‫ا‬َِ‫ى‬ َ ُ‫َه‬ ُ‫ز‬‫ا‬ِ ُ‫ا‬‫ا‬‫ك‬ ‫ا‬‫ه‬ ، ُّ‫ن‬‫ا‬‫د‬ْ َََْ‫ا‬ْ ‫ا‬‫ه‬ ‫ل‬‫ا‬‫د‬َِ ْ ‫ا‬‫خ‬ ُّ‫ن‬ُّ‫د‬‫ا‬ََْ‫ا‬‫ا‬ ‫ه‬‫م‬‫ا‬ْ‫ا‬‫م‬‫ا‬َ ، ُ َ‫ى‬ ‫ا‬‫ه‬ ‫ا‬‫ب‬ََََِْْ ُِّ َ‫ز‬ْ‫ى‬‫ا‬ ‫ا‬ِ َ‫ن‬َ‫م‬ َِ‫ا‬‫ا‬‫س‬َ‫م‬ ََ‫د‬ َ َُ ْ ‫ا‬‫ي‬ َ‫ش‬‫ا‬َُ‫ف‬َِ َ‫م‬‫ا‬َْ‫د‬ ََََِ ‫ا‬‫ه‬ ، ُّ‫ب‬ََََِْْ ‫ا‬‫ه‬ ‫ه‬‫ْل‬‫ا‬‫ٌا‬ َ‫ن‬ََْ‫ن‬‫ا‬ َِ ََ‫د‬ ‫ا‬‫ا‬ ْ‫ه‬ُ‫م‬َِ َ‫ا‬‫ا‬َ َ‫ال‬‫ا‬َِ ‫ا‬‫ه‬ . ( ‫َم‬ َِ) “Tuntutlah ilmu,sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat”. Hadith di atas telah menyebut sesungguhnya dengan ilmu pengetahuan seseorang itu akan diangkat darjatnya dalam golongan orang terhormat. Manusia juga memerlukan ilmu untuk membezakan antara hak dan batil. Dengan menuntut ilmu, seseorang manusia itu dapat mengetahui sebab dan akibat di atas perlakuannya. ILMU Ganjaran yang besar Menghidu pkan hal yang mati Wajib dipelajari Meningkat kan darjat Membeza kan hak dan batil
  • 12. 12 Hukum mencari ilmu itu wajib, menjadi fardhu ‘ain untuk setiap manusia mempelajari ilmu sama ada ilmu agama ataupun ilmu duniawi. Ilmu- ilmu ini bersifat praktis, ertinya setiap hambaNya wajib memahami dan mempraktiskan dengan niat kerana Allah S.W.T. Di dalam hadith nabi juga telah disebut bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib. “Mencari ilmu itu hukumnya wajib bagi muslimin dan muslimat” (Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Bari) Hadith menjelaska bahawa tuntutan ilmu bukan hanya pada kaum lelaki tetapi kaum perempuan juga. Namun begitu ilmu yang dituntut perlulah sesuai dan mengikut ketentuan Islam. Hadir ke majlis ilmu boleh menghidupkan hati yang telah mati. Pengertiannya, dengan adanya ilmu di dada seseorang hamba itu dapat melakukan amal ibadah kepada Allah S.W.T yang mana mampu menjadi cahaya kepada hambaNya itu. Tambahan lagi, Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada orang yang menuntut ilmu dan mengamalkannya dengan niat kerana Allah.
  • 13. 13 Nilai dan Pengajaran Konsep budaya ilmu bererti kewujudan keadaan bagi setiap lapisan masyarakat melibatkan diri dengan kegiatan ilmu. Ia tiada batasan agama dan tidak hanya pada ilmu agama sahaja. Nilai ini dapat mewujudkan satu keadaan dimana segala tindakan manusia baik terhadap individu atau masyarakat diputuskan dan dilaksanakan berdasarkan ilmu sama ada melalui pengajian ataupun syura (perbincangan). Pembudayaan ilmu adalah kerjasama semua lapisan masyarakat tidak hanya pada bahu golongan professional pendidikan tetapi meliputi pada golongan usahawan, pentadbiran, pemimpin politik, ibu bapa dan lain- lain lagi. Agama Islam juga mempunyai kesepaduan ilmu dan tamadun Islam yang bersumberkan al- Quran dan as- Sunnah. Islam dalam budaya ilmu bertitik tolak dari ilmu bukan hawa nafsu atau kepentingan peribadi, kumpulan ekonomi atau agama.
  • 14. 14 KESIMPULAN Natijahnya ilmu boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan pelbagai cara. Sebagaiman yang telah dinyatakan sumber- sumber ilmu menurut Islam. Walaubagaimanapun, konsep budaya ilmu di dalam Islam menitik beratkan soal amalan membaca. Melalui pembacaan, kita memperoleh infomasi- infomasi yang tidak di terima melalui ceramah atau kuliah. Akan tetapi, Islam melarang keras bagi seseorang itu menuntut ilmu tanpa guru. Ini bermaksud pencarian ilmu yang tiada rujukan dan panduan dari orang yang lebih tinggi ilmunya serta pengalamannya di anggap sebagai berguru dengan syaitan.
  • 15. 15 RUJUKAN Buku / majalah / artikel - Dato Haji Imran bin Idris, Ke Arah Memperkasakan Personaliti Unggul. - Ghazali Darulsalam, Dinamik Ilmu Dakwah Islamiah Internet - Tony Zakariya, Hadith Tentang Menuntut Ilmu http://tonyzsma8smg.wordpress.com/2011/01/24/hadist-tentang- menuntut-ilmu/ - Rudi Suhendi, Konsep Ilmu Pengetahuan Dalam Islam http://hirukpikuk23.blogspot.com/2012/10/konsep-ilmu-pengetahuan- dalam-islam.html - Ainulyaqin, Kepentingan Ilmu Pengetahuan dan Sumber Menurut Islam http://ainulyaqin.blogspot.com/2008/04/kepentingan-ilmu-pengetahuan- dan.html