Ulasan artikel

5,917
-1

Published on

Published in: Education
1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
  • terima kasih kerana dapat berkongsi ilmu yang amat berguna untuk saya.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
5,917
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
154
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ulasan artikel

  1. 1. 1 ULASAN ARTIKEL Tajuk: Tahap Kesediaan Dan Keyakinan Pelajar Terhadap Penggunaan Ujian Adaptif Dalam Mempelajari Konsep Pengaturcaraan Komputer Ditulis Oleh: Norah Binti Md Noor Noor Azean Binti Atan 1.0 Pendahuluan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), merupakan fenomena baru dalam dunia pendidikan. PBK berkembang seiring dengan inovasi dan evolusi teknologi maklumat global. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pendidikan, merupakan satu keperluan yang perlu diutamakan. Perkembangan bidang TMK, membuka satu lembaran baru yang menyaksikan persaingan sengit dalam segala bidang industri. Dunia sekarang lebih terarah kepada globalisasi yang juga dikenalai sebagai dunia tanpa sempadan. Segala maklumat boleh diperolehi dengan mudah melalui penggunaan TMK kerana kita boleh mendapatkan sesuatu informasi dengan mudah dan pantas. Bidang pendidikan juga tidak terlepas daripada bahang kecanggihan TMK. Proses pengajaran dan pembelajaran semakin mudah serta lebih menarik dengan penggunaan TMK di dalam bilik darjah. Ini menjadi punca kepada wujudnya PBK dalam bidang pendidikan. Penggunaan PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah memberikan impak yang positif dari pelbagai segi terutama kepada murid mahupun pelajar. Selain itu, PBK juga menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di alam bilik darjah lebih berkesan dan efisyen. Sebelum menadaptasi sesuatu teknologi baru, perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah menilai sejauh mana tahap kesediaan guru dan pelajar untuk menerima pengaruh PBK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak kajian yang telah dijalankan bagi mengetahui situasi ini.
  2. 2. 2 Artikel ini merupakan salah satu kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti tahap kesediaan dan keyakinan pelajar terhadap penggunaan sistem pengujian adaptif berbantukan komputer. 2.0 Isu Penawaran kursus pengaturcaraan komputer di institut pengajian tinggi (IPT) adalah seiring dengan perkembangan teknologi dunia. Pengaturcaraan adalah merupakan elemen utama untuk menghasilkan bahan-bahan PBK. Justeru itu, kebanyakan IPT tempatan mahupun luar negara menawarkan kursus pengaturcaraan. Di Malaysia, kebanyakan pelajar merungut dan menyatakan kesukaran mereka untuk belajar pengaturcaraan. Seperti mana yang kita ketahui, kebanyakan kajian yang dijalankan dalam kalangan pelajar menunjukkan majoriti mengatakan subjek pengaturcaraan komputer merupakan matapelajaran yang sukar untuk dikuasi (Kim & Lerch, 1997, Rohiza Ahmad et al., 2003 & Wiedenbeck S., 1999). Jadi kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan satu sistem serta perisian PBK untuk kursus pengenalan kepada bahasa pengaturcaraan. 3.0 Objektif Kajian Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji telah menetapkan tiga objektif utama dan secara dasarnya kajian ini adalah untuk membangunkan satu perisian PBK yang sesuai dengan tahap kesediaan pelajar dan sekali gus boleh mengenalpasti tahap keyakinan pelajar terhadap penggunaan sistem pengujian adaptif berbantukan komputer dalam pembelajaran. Perisian sistem komputer yang dibangunkan ini adalah untuk tujuan latih tubi bagi pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan, UTM sahaja. Jadi perisian atau pun PBK yang dihasilkan ini hanyalah sekadar kegunaan dalaman sahaja dan kurang sesuai diadaptasi di IPT lain, ini kerana penghasilan PBK ini adalah berdasarkan kepada sukatan pelajaran bagi Bahasa Pengaturcaraan I (SPM2102) iaitu
  3. 3. 3 bagi topik asas pengaturcaraan C++, pengendali atau operator asas, struktur kawalan dalam konteks C++, elemen atau fungsi aturcara bermodul. 4.0 Rekabentuk Kajian Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan soal-selidik sebagai instrumen. Secara umumnya, kajian ini terbahagi kepada lima fasa yang merujuk kepada fasa yang terdapat dalam model rekabentuk pembangunan ADDIE iaitu Analysis (Analisis), Design (Rekabentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Pelaksanaan) dan Evaluation (Penilaian). 5.0 Dapatan Kajian Data daripada kajian ini adalah berdasarkan kepada dua pembolehubah kajian iaitu tahap keyakinan dan tahap kesediaan pelajar untuk menggunakan sistem pengujian adaptif berkomputer dalam pembelajaran sebenar yang dianalisis dengan menggunakan SPSS. Berdasarkan dapatan kajian ini jelas dapat diperhatikan bahawa pelajar yang telah menggunakan sistem pembelajaran adaptif latihtubi menunjukkan tahap keyakinan dan kesediaan yang tinggi untuk menggunakan sistem pengujian adaptif berkomputer dalam pembelajaran sebenar. 6.0 Kesimpulan Penggunaan PBK dalam pembelajaran di dalam bilik darjah dapat memberikan impak yang baik. Ini kerana tumpuan dan minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah semakin meningkat serta menjadikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, latih tubi yang ditaksir secara automatik atau menggunakan pengujian secara adaptif dapat meningkatkan daya kognitif serta pelajar sendiri dapat mengetahui keupayaan individu diri

×