PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN SEKSPengenalanSubjek Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) digarap demi mem...
masyarakatnya dengan nilai moral dan sosial yang baik. Persoalannya, adakah negara yangmempunyai majoriti umat Islam mahu ...
pula terlalu berat buat si anak untuk menghadamnya. Pada usia awal terutamanya, anak-anak hanyamempunyai daya pemikiran ya...
Wujudkah Pendidikan Seks Dalam Islam?Sebagai seorang muslim yang mengimani Allah dan Rasul-Nya, adalah amat wajar dan perl...
5. Menjelaskan Identiti: Secara fizikal mahupun emosi, lelaki dan perempuan mempunyaiperbezaan mendasar. Perbezaan tersebu...
(24):58]10. Jaga Pandangan: Fitrah manusia tertarik kepada lawan jenisnya. Jadi, ajarkanlah kepadaanak-anak supaya menjaga...
galakkanlah mereka untuk menikah jika telah mampu. RasulullahSallallahu Alaihi waSallam bersabda: "Wahai pemuda, barang si...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Peranan ibu bapa dalam pendidikan seks

998

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
998
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
56
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Peranan ibu bapa dalam pendidikan seks"

  1. 1. PERANAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN SEKSPengenalanSubjek Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) digarap demi membendung gejalasosial yang membarah dalam masyarakat kita pada hari ini. Terdahulu, kita menyaksikan dramatuding jari di mana ibu bapa menyalahkan pihak sekolah kerana gagal mengawal anak merekamanakala pihak sekolah pula menyalahkan ibu bapa yang melupakan tanggungjawab mendidik dirumah. Tidak ketinggalan `orang agama dipersalahkan kerana tidak peka dengan masalah semasa,sementara masyarakat menyalahkan kerajaan yang hanya mengambil usaha seperti melepaskanbatuk di tangga, drama tuding menuding ini diteruskan oleh `perang media dan sebagainya. Sepertibiasa perkara itu menjadi topik hangat untuk tempoh waktu yang `terhad dan akhirnya apabilaberita mulai suam, masing-masing sebagai individu yang riuh tadi kembali senyap sepi seolah-olahmasalah telah selesai atau mungkin ada pihak yang tidak senang lantas `memastikan mediamemainkan peranan untuk `mengalihkan perhatian masyarakat.Apa sekalipun suasana drama di atas, silibus mata pelajaran pendidikan seks telahpun mula digunapakai walaupun terdapat pelbagai pandangan pro dan kontra dari segenap lapisan masyarakat yangmasih sedang hangat mendebatkannya. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, KementerianPelajaran, Datuk Dr Julaidi Bujang mengatakan bahawa kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesipersekolahan 2011 diambil sebagai kumpulan pertama yang diajar pendidikan seks. Silibus inidiperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Antara lain, modulnyaadalah seperti berikut:ž Modul 1 : Aspek fizikalž Modul 2 : Aspek Sosialž Modul 3 : Peranan Genderž Modul 4 : Penyakit Hubungan Seksž Modul 5 : HIV/AIDSIroninya, negara-negara Barat seperti Belanda, Amerika, Britain dan lain-lain terlebih dahulumenjadi mentor dalam ujikaji Pendidikan Seks yang diajarkan di sekolah-sekolah dan sebenarnyatelah mengalami kegagalan dan kehancuran. Pendidikan Seks di Barat bertujuan mengelakkankehamilan yang tidak dirancang dan juga mencegah penyakit berjangkit tetapi bukan menghalangberlakunya zina. Zina atau seks rela tetap dibenarkan mengikut panduan tahap umur. Sebagaicontoh remaja perempuan boleh melakukan zina tersebut dengan remaja lelaki seusianya, tetapiapabila ia dilakukan dengan seorang lelaki yang berusia 18 tahun ke atas maka lelaki tersebutdianggap merogol remaja tersebut biarpun dilakukan dengan rela.Sudah terang lagi bersuluh, di Barat, pendidikan seks di sekolah telah gagal mendidik
  2. 2. masyarakatnya dengan nilai moral dan sosial yang baik. Persoalannya, adakah negara yangmempunyai majoriti umat Islam mahu menggunakan acuan yang sama dan mengulangi sejarahkegagalan pendidikan seks di Barat? Selain dari peranan pihak sekolah, apa sebenarnya peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak? Justru, fokus utama Fikratul Ummah kali ini antara lainmembincangkan apakah peranan ibu bapa dalam menangani masalah ini. Dengan kata lain, apakahfungsi ibu bapa dalam memahami isu Pendidikan seks.Peranan ibu bapa untuk memahami isu ini adalah sangat penting kerana ibu bapa adalah orang yangpaling hampir dengan anak-anak secara zahir dan batinnya. Anak-anak merupakan anugerah sertarezeki kurniaan Allah kepada pasangan suami isteri yang secara fitrahnya berhajat dan sentiasamengharapkan kurniaan ini. Anugerah itu diturunkan beserta dengan kewajipan ke atasnyasebagaimana Hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Salam yang bermaksud: "Tidak adaseorang anak pun yang baru lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan suci. Kedua orang tuanyalahyang menyebabkan anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi". [HR Muslim]Mengenal Anggota Tubuh dan Fungsinya; Perlu atau Tabu?Kebanyakan ibu bapa sering keliru bagaimana untuk bersikap terhadap anak-anak. Ada yangmenganggap anak-anak sebagai „orang dewasa‟ yang berbentuk mini. Seorang anak yang berusiatujuh tahun memegang payudara ibunya dengan penuh perasaan ingin tahu, namun si ibu pulamerasakan seolah-olah si anak tadi sedang memegang sambil menikmatinya kerana merasakantarikan seksual sebagaimana gaya seorang lelaki dewasa. Tindakan drastik dari si ibu adalah denganmemarahi serta menepis tangan si anak sambil menyatakan,; “Anak buat apa ni?? Tidak sopan nak!Awas, jangan kamu ulangi lagi perlakuan begini.” Si anak tadi pasti terpinga-pinga sebentar denganbentakan ibunya kerana dia merasakan yang dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.Sesungguhnya setiap anak akan melalui tahap ingin tahu tentang anggota tubuh sendiri secaraterperinci. Kemudian pada tahap yang seterusnya si anak tadi mahu mengetahui fungsi-fungsi organtubuh badan dan mahu mengetahui kenapa ada perbezaan antara dirinya dan orang lain. Apabila iniberlaku, tibalah satu tahapan di mana anak mulai banyak mengutarakan persoalan- persoalan yanglebih menjurus kepada organ-organ seksualnya (reproduktif).Secara umumnya perasaan ingin tahu ini mulai aktif tatkala anak mulai menggunakan prosesberfikir, walaupun begitu tetap saja ada perbezaan antara seorang anak dengan yang lain. Ada anakyang seawal usia 2-3 tahun sudah mulai berfikir tentang fungsi alat reproduktifnya. Proses ini adalahsesuatu perkara yang fitrah. Menjelang usia sekitar 3-6 tahun, pemikiran si anak ini mulaberkembang subur kerana perkembangan kebolehan komunikasi dan kebolehan motor badannyadalam berinteraksi bersama rakan sekelas. Perkembangan ini, sama ada cepat atau lambat,bergantung kepada interaksi si anak dengan persekitarannya. Pada saat si anak terbelenggu denganpersoalan dan pertanyaan, ibu-bapa sepatutnya lebih terbuka dan bersedia memberikan reaksi yangbaik sehingga tidak merugikan si anak dalam perkembangan keperibadian mereka. Sebagai ibu ataubapa banyak perkara yang memerlukan keduanya sentiasa berusaha dan bersiap sedia kepadarespon anak. Antara perkara tersebut adalah:1. Memahami Rasa Ingin Tahu Mereka.Bukankah bayi yang lahir adalah dalam keadaan yang fitrah (knowledge zero)? Tentulah ia suatuyang wajar apabila si anak sentiasa bersikap ingin tahu tentang apa sahaja yang dilihat dan dirasa.Sebagai orang dewasa naluri ingin tahu itu masih juga wujud apatah lagi kepada si anak.2. Memberi Penjelasan Sesuai dengan Tahap Penerimaannya.Di sini ibu-bapa perlu mahir untuk bermain kata-kata dengan anak-anak. Ibu bapa perlu kreatif dansangat terbuka untuk memberikan jawapan. Jawapan itu mestilah tidak terlalu ringan atau tidak
  3. 3. pula terlalu berat buat si anak untuk menghadamnya. Pada usia awal terutamanya, anak-anak hanyamempunyai daya pemikiran yang sangat asas. Anak-anak di peringkat ini sekadar ingin tahu.Sebagai contoh, berikanpenerangan ringkas tentang fizikal payudara ibu yang besar kerana ia menyimpan air susu untukbayi. Ianya lembut dan gebu kerana dalam payudara tidak mempunyai tulang, ia punya puting agarmudah untuk bayi menghisapnya. Ia akan menjadi lebih mudah jika anak dapat mencerap keranamempunyai realiti di hadapan mereka.3. Tidak Perlu Berbohong.Biasanya ibu bapa akan menerangkan kepada anak lelaki yang dia memiliki „burung‟ atau „bird‟dalam seluarnya. Sebenarnya kenyataan sedemikian akan melahirkan pelbagai persoalan danandaian oleh anak tersebut misalnya ada apa dengan „bird‟? Seolah- olah ada sesuatu yangdisembunyikan di mana keadaan ini menjadi pemangkin kepada rasa ingin tahu anak.Tidak salah untuk berterus terang dengan anak bahawa „alat‟ tersebut adalah zakar atau penis atauapa-apa juga perkataan yang sesuai tanpa menghilangkan makna asal perkataan tersebut. Berterusterang dengan anak tentang kenapa terdapat perbezaan anggota kelamin lelaki dan perempuanbukanlah sesuatu yang sepatutnya menjadi tabu (pantang larang). Oleh itu ibu bapa tidak perlumencipta sebuah cerita dongeng atau mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud dalam usaha untukmemberi penerangan kepada anak-anak.4. Mengelak atau Mengalihkan dari Menjawab, akan Membuat Anak Gelisah dan InginMencari Jawapan Sendiri.Tindakan sebahagian ibu bapa yang cuba mengelak atau mengalihkan dari menjawab mana-manasoalan sama ada dengan menyuruh anak diam atau tidak mengulangi pertanyaan tersebut hanyaakan membuatkan si anak gelisah dan ingin mencari jawapan sendiri. Sanggupkan ibu bapamembiarkan anak-anak mendapat informasi yang salah dan negatif dari sumber yang tidakterpercaya? Justru, ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan perlu berperanan dengan efektif danefisyen dalam menyediakan jawapan dan informasi yang betul dan tulus. Ini boleh dilakukan denganmenjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh anak secara hikmah dan bijaksana.5.Tenang, Terbuka dan Jangan Malu.Tatkala si anak tadi memegang payudara ibunya dan meramasnya, reaksi spontan si anak adalah;“Umi… lembutnya, besarnya…” biasanya ibu akan merasa malu dan terusik egonya malah tidakkurang juga yang terkaku seketika. Dalam situasi ini, ibu seharusnya lebih tenang dengan memberireaksi bersahaja kepada anak. Ini kerana reaksi yang kurang tepat misalnya terkejut dari si ibu akanmembuatkan rasa ingin tahu anak lebih membara. Hakikatnya, anak-anak kecil belum memahamiatau dapat membayangkan fungsi seksual dari mana-mana anggota organ tubuh kerana merekabelum mengerti dan tidak merasainya. Bagi si anak, memegang payudara atau anggota tubuh ibuadalah sesuatu yang bahagia dan menyenangkan. Jadi, memberi pemahaman dan pengetahuan yangbenar dalam menjawab persoalan mengenai anggota badan adalah suatu kemestian bagi setiap ibubapa. Inilah yang terbaik yang perlu dilakukan supaya anak mendapat kefahaman yang benar.Oleh yang demikian, peranan ibu bapa dalam membentuk anak-anak adalah sangat penting. Hal iniselaras dengan firman Allah Subhanahu wa Taala yang bermaksud: "Wahai orang-orang yangberiman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalahmanusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidakmendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakanapa yang diperintahkan" [TMQ at-Tahrim (66):6]
  4. 4. Wujudkah Pendidikan Seks Dalam Islam?Sebagai seorang muslim yang mengimani Allah dan Rasul-Nya, adalah amat wajar dan perlu untukkembali kepada fitrah Islam. Dr Abdullah Naseh Ulwan dalam karya agungnya, „Tarbiyatul aulad‟ada menerangkan apakah yang di maksudkan dengan peranan ibu bapa dalam mendidik anakmengenai pendidikan seks, beliau menerangkan “Pendidikan Seks dalam Islam adalah mengajaranak-anak dengan memberi kesedaran dan berterus terang mulai ketika anak-anak mampu berfikirtentang permasalahan yang berhubungkait dengan seks, rangsangan atau apa-apa yang berkaitandengan seks ataupun apa-apa yang berhubung kait dengan perkahwinan. Sehinggalah anak menjadidewasa dan semakin membesar dalam memahami urusan hidup, mengetahui apa yang halal danharam. Dan menjadikan akhlak Islam yang cemerlang sebagai budi pekerti dan adat kebiasaannya,tidak menuruti nafsu syahwat, dan tidak dihumban ke kancah gaya hidup serba boleh (halal).”Menurut Dr Abdullah Ulwan lagi, pendidikan seks yang perlu diberi perhatian ialah pada peringkatusia yang berikut:· Pada tahap umur sekitar 8-10 tahun yang dikatakan umur mumaiyiz, anak-anak diajar tentangadab meminta izin dan adab menjaga pandangan.· Pada tahap umur 10-14 tahun yang dinamakan usia remaja, anak-anak dijauhkan dari sebarangperkara yang boleh menimbulkan rangsangan.· Pada tahap usia 14-16 tahun yang dinamakan usia akil baligh, anak- anak diajar adab-adab yangberkaitan dengan hubungan seks sekiranya mereka sudah bersedia untuk berumah tangga.· Pada tahap usia selepas akil baligh yang dinamakan usia belia atau mulai dewasa, anak-anak diajarbagaimana menjaga kehormatan dirinya sekiranya masih belum mampu untuk berumah tangga.Panduan untuk Ibu BapaBerikut merupakan panduan pendidikan terkait dengan seks yang mesti diterapkan oleh ibu bapakepada anak- anak:1. Tanamkan Rasa Malu: Rasa malu harus ditanamkan kepada anak sejak kecil. Jangan biasakananak-anak, walau masih kecil, bertelanjang di depan orang lain; misalnya ketika keluar kamarmandi, berganti pakaian, dan sebagainya. Membiasakan anak perempuan sejak kecil berbusanaMuslimah. Menutup aurat juga penting untuk menanamkan rasa malu sekaligus mengajar anaktentang auratnya.2. Jaga Kebersihan: Melatih anak-anak agar tidak mandi bersama khususnya antara anak lelakidengan perempuan. Membimbing anak-anak memahami topik-topik asas Islam seperti instinja‟ danthoharah.3. Memisahkan Tempat Tidur: Usia antara 7-10 tahun merupakan usia saat anak mengalamiperkembangan yang pesat. Anak akan mula melakukan eksplorasi ke dunia luar. Anak tidak hanyaberfikir tentang dirinya, tetapi juga mengenai sesuatu yang ada di luar dirinya. Pemisahan tempattidur merupakan usaha untuk menanamkan kesedaran pada anak tentang kewujudan dirinya.Pemisahan tempat tidur antara dirinya dengan ibu bapanya bertujuan untuk melatihnya beranimandiri. Pemisahan tempat tidurnya dengan saudaranya yang berbeza jenis kelamin pula bertujuanuntuk menanamkan kesedarannya tentang kewujudan perbezaan jenis jantina. Hadis RasulullahSallallahu Alaihi wa Salam,“Suruhlah anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika merekaberusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika enggan ketika sudah berumur sepuluh tahun sertapisahkan tempat tidur mereka” [HR. Abu Dawud]4. Ihtilam dan Haid: Ihtilam tanda kanak-kanak lelaki sudah memasuki usia baligh. Haid pulamerupakan tanda kanak-kanak perempuan sudah memasuki usia baligh. Berikan penerangankepada anak yang dirinya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah atas setiap pilihan yangdibuatnya.
  5. 5. 5. Menjelaskan Identiti: Secara fizikal mahupun emosi, lelaki dan perempuan mempunyaiperbezaan mendasar. Perbezaan tersebut telah diciptakan sedemikian rupa oleh Allah Subhanahu waTaala. Adanya perbezaan ini bukan untuk saling merendahkan, namun semata-mata kerana fungsidan tanggungjawab yang berbeza yang akan dipikulnya. Berdasarkan perbezaan tersebut, Islam telahmemberikan panduan agar fitrah masing-masing yang telah ada tetap terjaga. Islam menghendakiagar lelaki memiliki keperibadian maskulin, dan perempuan memiliki keperibadian feminin. Islamtidak menghendaki wanita menyerupai lelaki, begitu juga sebaliknya. Untuk itu, harus dibiasakandari kecil anak-anak berpakaian sesuai dengan jenis kelaminnya. Mereka juga harus diperlakukansesuai dengan jenis kelaminnya. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Salam yang bermaksud, “Rasulullahmelaknat seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita dan melaknat seorang wanita yangmenyerupai lelaki” [HR Abu Hurairah]6. Kenalkan dengan Mahramnya:Jelaskan kepada anak-anak bahawa tidak semua perempuan atau lelaki boleh dinikahi. Mereka yangboleh dinikahi adalah mereka yang bukan mahramnya dan wajib ke atas mereka untuk menjagabatasan aurat dan pergaulan. Firman Allah Subhanahu wa Taala: “Dan janganlah kamu kahwiniwanita-wanita yang telah dikahwini oleh ayahmu terkecuali pada masa yang telah lampau.Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk jalan (yangditempuh). Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan,saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan daripada saudara-saudara lelakimu,anak-anak perempuan daripada saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu,saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu isterimu, anak-anak perempuan isterimu dari isteriyang telah kamu campuri tetapi jika kamu belum campuri maka tidak berdosa kamumengahwininya.dan (diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu dan menghimpunkandua perempuan yang bersaudara kecuali yang telah terjadi pada masa lampau. SesungguhnyaAllah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [TMQ an-Nisaa (4):22-23]7. Tutup Aurat: Ibu bapa perlu menjelaskan kepada anak-anak tentang batasan aurat merekasebagai lelaki atau perempuan dan menjaganya dari terlihat oleh orang yang bukan mahram mereka.8. Ajarkan Adab Masuk Rumah: Ketika ingin masuk ke rumah seseorang, anak-anak diajarkanuntuk meminta izin daripada tuan rumah sebelum masuk. Firman Allah Subhanahu wa Taala. “Haiorang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelummeminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu,agar kamu (selalu) ingat. Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlahkamu masuk sebelum kamu mendapat izin. (Dan) jika dikatakan kepadamu : „kembalilah‟, makahendaklah kamu kembali. Itu lebih bersih bagimu dan Allah maha mengetahui apa yang kamukerjakan.” [TMQ an-Nur (24): 27-28]9. Izin Masuk Bilik Ibu Bapa: Tiga waktu anak-anak tidak dibenarkan masuk ke bilik orangdewasa kecuali dengan izin ialah sebelum Solat Subuh, waktu tengahari dan selepas Solat Isyak.Aturan ini ditetapkan kerana ketiga-tiga waktu tersebut merupakan waktu aurat, yakni waktu ketikabadan atau aurat orang dewasa banyak terbuka. Jika pendidikan semacam ini ditanamkan kepadaanak maka ia akan menjadi anak yang memiliki rasa sopan-santun dan etika yang luhur.Allah Subhanahu wa Taala berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah orang-orangyang dimiliki tangan kananmu dan mereka yang belum baligh di antara kamu meminta izinkepada kamu tiga kali iaitu sebelum solat subuh dan ketika kamu meletakkan pakaian kamu diwaktu tengahari dan sesudah solat Isyak: tiga aurat buat kamu. Tidak ada larangan atas kamudan mereka selain dari tiga waktu itu. Mereka pelayan-pelayan kamu, sebahagian dari kamu(berkeperluan) kepada sebahagian yang lainnya. Demikianlah Allah terangkan kepada kamuayat-ayatNya kerana Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” [TMQ an-Nur
  6. 6. (24):58]10. Jaga Pandangan: Fitrah manusia tertarik kepada lawan jenisnya. Jadi, ajarkanlah kepadaanak-anak supaya menjaga pandangan dari melihat lawan jenisnya supaya naluri seksnya tidakterangsang. Begitu juga gambar-gambar atau filem yang mengandungi unsur pornografi atau lucah.Firman Allah Subhanahu wa Taala: “Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah merekamenahan pandangannya dan memelihara kemaluannya serta janganlah mereka menampakkanperhiasannya kecuali yang biasa nampak pada dirinya. Hendaklah mereka pun menutupkan kaintudung ke dada mereka. Janganlah menampakkan perhiasannya selain kepada suami mereka,ayah mereka, mertua lelaki mereka, anak-anak kandung mereka, anak-anak tiri mereka, saudaralelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan merekaatau wanita-wanita Islam atau budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidakmempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang auratwanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang merekasembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang berimansupaya kamu beruntung.” [TMQ an-Nur (24):31]12. Etika Berhias: Berhias adalah usaha untuk mencantikkan atau mengindahkan diri agarpenampilan menjadi menarik. Tujuan pendidikan seks dalam kaitannya dengan etika berhias adalahagar berhias tidak untuk perbuatan maksiat. "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlahkamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliyah dahulu." [TMQ al Ahzab (33): 33]13. Jauhkan dari Ikhtilat: Ikhtilat adalah percampuran antara lelaki dengan perempuan bukanmahram tanpa ada keperluan yang dibolehkan. Dalam seluruh aspek kehidupan dan di semuatempat sama ada di tempat khusus ataupun di tempat umum, interaksi antara lelaki dan perempuansecara umumnya adalah dilarang. Ini bermakna ikhtilat dilarang tanpa ada keperluan yangdibolehkan oleh syarak.Diriwayatkan bahawa Aishah Radiallahu anha berkata: "Rasulullah mengahwiniku pada usia tujuhtahun dan kami mengadakan hubungan di usia sembilan tahun dan apabila aku berpindah keMadinah, segolongan wanita mempersiapkanku untuk majlis perkahwinanku dan tidak pernahsekali-kali mereka mahupun aku, bercampur dengan lelaki di dalam rumah yang dipenuhi wanita.Pihak wanita menyambutku dan pihak lelaki menyambut Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallamdan kemudian kami masuk ke rumah". [HR Abu Dawud].Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam juga bersabda, "Usah berjalan di antara dua lelaki ataupundi antara dua wanita di satu lorong." [HR Abu Dawud].Kerana itu, jangan biasakan anak diajakke tempat-tempat yang di dalamnya terjadi percampuran laki-laki dan perempuan secara bebas.14. Hindarkan dari Khalwat: Khalwat adalah berkumpulnya seorang lelaki dan perempuanbukan mahram secara berdua-duaan atau bersunyi-sunyian tanpa ditemani oleh mahram merekaatau orang lain. Ini boleh terjadi di tempat khusus mahupun tempat umum dan berkhalwat adalahditegah sama sekali di kedua-dua tempat.Antara dalil pengharamannya ialah “Tidak boleh berkhalwat seorang laki-laki dengan seorangwanita kecuali bersamanya seorang mahram” [HR Bukhari]dan “Janganlah seorang lelakiberdua-duaan dengan seorang wanita yang tidak halal baginya karena sesungguhnya syaitan adalahorang ketiga di antara mereka berdua kecuali apabila bersama mahramnya.” [HR Ahmad].Sebagaimana ikhtilât, khalwat pun merupakan perantara bagi terjadinya perbuatan zina. Anak-anaksejak kecil harus diajarkan untuk menghindari perbuatan semacam ini. Jika bermain, bermainlahdengan sesama jenis. Jika dengan yang berlainan jenis, harus diingatkan untuk tidak berkhalwat.15. Galakkan Menikah Jika Telah Mampu: Di kala cinta datang menggoda anak-anak,
  7. 7. galakkanlah mereka untuk menikah jika telah mampu. RasulullahSallallahu Alaihi waSallam bersabda: "Wahai pemuda, barang siapa di antara kalian yang mampu (untuk menikah),maka menikahlah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menundukkan pandangan danmenjaga kemaluan. Barang siapa yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa, keranasesungguhnya puasa merupakan perisai bagi dirinya” [HR al-Bukhari]. Jika tidak mampuuntuk menikah, ajaklah anak-anak mengalihkan perasaannya kepada puasa, taqarrub Ilallah, atauaktiviti positif lainnya. Laranglah anak-anak daripada bercinta (coupling) sebelum menikah keranaia bukan ajaran dalam Islam.Khatimah.Cantiknya Islam, indahnya Islam. Segala permasalahan dan jawapan atas segala permasalahanmanusia pasti ada jawapannya. Tatkala manusia masih mencari-cari arah tujuan, Islam telahmenyediakan segalanya. Janji Allah atas kesempurnaan Islam itu jelas telah dinyatakan dalamfirman Allah yang bermaksud: “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagimu agamamu, dan telahAku cukupkan nikmat Ku keatasmu dan Aku reda Islam itu sebagai agamamu..”[TMQ al-Maidah(5):3]Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa tidak ada istilah terlambat untuk bertatih kembali memahamidan mempelajari segala ilmu yang berkenaan “parenting skills”. Tidak rugi untuk kembali kepadaajaran Islam yang mulia yang diwariskan oleh junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihiwa Sallam.Sesungguhnya Islam telah merincikan hukum-hakam yang berkaitan dengan akhlakseorang individu muslim dan pergaulan antara lelaki dan perempuan sebagai aspek pencegahan darimasalah sosial yang membawa kepada segala masalah dan gejala seks.Wallahu‟alam.http://fikratulummah.blogspot.com/2011/05/peranan-ibu-bapa-dalam-pendidikan-seks.html

×