Learning To Score 2006
1
KERTAS 2 SET 1
Skema Jawapan
BAHAGIAN A
1. Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuha...
Learning To Score 2006
2
Penutup
Pelancongan kesihatan telah membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia
dan se...
Learning To Score 2006
3
BAHAGIAN B
3. Hutan negara membekalkan pelbagai sumber yang penting kepada hidupan. Aktiviti
manu...
Learning To Score 2006
4
4. Ekosistem pesisiran pantai dan lautan sering terjejas akibat daripada aktiviti manusia
yang ku...
Learning To Score 2006
5
BAHAGIAN C
5(a)
(i) Pemilihan kaedah yang paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan adalah
ber...
Learning To Score 2006
6
BAHAGIAN D
7. Carta pai
MALAYSIA : PERBANDINGAN HASIL EKSPORT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI
TAHUN 200...
Learning To Score 2006
7
8. Bar Komponen
MALAYSIA: NILAI IMPORT MAKANAN YANG TERPILIH BAGI TAHUN 1999
HINGGA TAHUN 2002
Ba...
Learning To Score 2006
8
BAHAGIAN E
9.
Pengenalan:
Carta pai diberi menunjukkan perubahan bilangan pelanggan telefon mengi...
Learning To Score 2006
9
• Telefon Kediaman (Talian Tetap)
1998 – 47.9% (3 205 947 orang)
2000 – 34.3% (3 396 043 orang at...
Learning To Score 2006
10
2. Sisa Bahan Buangan Organik
Sisa-sisa bahan organik adalah sisa bahan yang boleh reput seperti...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Pam Skema Kertas2 Set1 1228725381506215 9

3,812

Published on

baca....penting

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
3,812
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
78
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pam Skema Kertas2 Set1 1228725381506215 9

  1. 1. Learning To Score 2006 1 KERTAS 2 SET 1 Skema Jawapan BAHAGIAN A 1. Pelancongan kesihatan merupakan sumber baru pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sejak tahun 1998 hingga Jun 2000, sekitar 400,000 orang pelancong asing mendapat rawatan di negara ini. Bincangkan peranan pelancongan kesihatan dalam konteks tersebut dan masalah-masalah yang mungkin timbul daripada aktiviti pelancongan kesihatan. Pengenalan Pelancongan kesihatan ditakrifkan sebagai lawatan atau melancong ke sesebuah negara sambil menjalani atau untuk mendapatkan rawatan. Pelancongan kesihatan mempunyai peranan yang penting dalam memajukan ekonomi negara. Bil Idea Huraian 1. A. Peranan Menjana tukaran asing Pelancong bersama keluarga membawa masuk wang ke negara ini untuk melancong dan rawatan. Meningkatkan pendapatan negara. 2. Peningkatan bilangan hospital swasta bertaraf dunia. Penyediaan perkhidmatan kepakaran yang bertaraf dunia serta dilengkapi dengan peralatan dan prasarana yang canggih. Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. 3. Menggalakkan perkembangan perubatan tradisional/berasaskan herba. Terdapat pelancong (terutama dari Eropah) yang memilih menggunakan perubatan tradisional. Struktur muka bumi Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna di samping amalan tradisi mampu menarik pelancong untuk berubat malah mempelajari bahan perubatan tradisional. 4. Meningkatkan industri insurans. Menggalakkan pelancong membeli kemudahan insurans. Pelancong menikmati kos rawatan yang murah dan mudah kerana kos perbelanjaan ditanggung oleh syarikat insurans. 5. B. Masalah Menyalahgunakan pas/visa/dokumen lawatan Rakyat asing mengambil kesempatan bekerja di pusat kesihatan dan spa sebagai tukang urut atau pelacur. Tanggapan salah terhadap industri pelancongan kesihatan. Mengembangkan aktiviti tidak bermoral. 6. Kekurangan pegawai perubatan kerajaan/kehilangan kepakaran Doktor dan jururawat kerajaan telah ditawarkan pendapatan yang lumayan oleh pihak hospital swasta. Hospital swasta akan mengenakan bayaran rawatan yang lebih tinggi bagi menampung kos. Hospital kerajaan pula akan kekurangan pakar perubatan. 7. Menikmati rawatan dan kemudahan perubatan untuk rakyat tempatan. Menerima rawatan dan kemudahan di hospital-hospital kerajaan. Memalsukan dokumen dan tidak melunaskan bil/caj perubatan. 8. Pengamal kesihatan yang tidak diiktiraf/tidak sah Pusat kesihatan dan kecantikan yang tidak sah. Operasi pusat kesihatan yang tidak bertanggungjawab dan hanya mengaut keuntungan peribadi. Menawarkan pelbagai pakej yang mutu rawatannya meragukan.
  2. 2. Learning To Score 2006 2 Penutup Pelancongan kesihatan telah membantu meningkatkan industri pelancongan di Malaysia dan seterusnya sebagai pemangkin ekonomi negara. Skema : 2+2 2. Kebiasaannya Orang Kurang Upaya (OKU) menghadapi masalah dalam menjalani kehidupan seharian. Masalah ini menjadi punca sesetengah majikan enggan mengambil OKU bekerja di syarikat mereka. Bincangkan. Pengenalan Orang Kurang Upaya tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan oleh kekurangan dari segi fizikal atau mental. Kekurangan ini akan menimbulkan masalah kepada Orang Kurang Upaya hinggakan terdapat majikan yang tidak mahu mengambil mereka bekerja di syarikat mereka. Bil. Idea Huraian 1. A. Masalah Tanggapan negatif masyarakat. Kurang kepercayaan daripada masyarakat dan dianggap insan yang lemah dari segi fizikal serta mental. Kurang produktif. Kesukaran berinteraksi. 2. Persaingan dengan insan yang normal. Ketinggalan dalam mengejar kecemerlangan. Pergerakan yang agak terbatas. Banyak bergantung kepada orang lain.Kurang mampu berdikari. Peluang pendidikan berterusan terhad. 3. Kekurangan kemudahan di tempat awam. Kekurangan tempat berjalan kaki, tandas dan tempat meletak kenderaan. Sukar untuk bergerak. Terpaksa menggunakan kemudahan orang normal yang tidak sesuai dengan OKU. 4. Kurang kepercayaan /keyakinan diri. Mengasingkan diri. Rasa rendah diri. Suka hidup dalam kelompok mereka. Gagal memberi dan menerima arahan dengan baik. 5. B. Punca enggan Majikan kurang yakin. Tidak yakin mereka dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan baik.Kesukaran mereka untuk bergerak. 6. Kekurangan kemahiran yang sesuai. Mempunyai kemahiran bekerja yang terhad. Sesetengahnya langsung tiada kemahiran. Kurang produktif dalam syarikat. 7. Menanggung kos yang tinggi. Syarikat terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi menyediakan kemudahan. Perbelanjaan yang dianggap membazir jika OKU berhenti kerja. Merupakan satu beban kepada syarikat-syarikat yang kecil. Penutup Golongan OKU harus diberi perhatian yang sewajarnya. Mereka perlu mencari rezeki yang halal dan diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka. Skema : 2+2.
  3. 3. Learning To Score 2006 3 BAHAGIAN B 3. Hutan negara membekalkan pelbagai sumber yang penting kepada hidupan. Aktiviti manusia telah mengancam keseimbangan biodiversiti. Justeru, hutan perlu dipulihara. Bincangkan. Pengenalan Hutan merupakan sumber alam yang boleh diperbaharui. Namun, kajian oleh PBB menunjukkan seluas 17 juta hektar dimusnahkan setiap tahun. Bil Idea Huraian 1 A. Ancaman Kepupusan flora dan fauna Penerokaan hutan untuk petempatan,perkilangan, pertanian serta pembalakan.Menjejaskan sumber makanan dan tempat perlindungan hidupan liar di hutan.Menyebabkan kematian serta kepupusan hidupan liar.Pemusnahan hutan akan turut memusnahkan sumber genetik. 2 Kemusnahan kawasan tadahan hujan Kawasan hutan digondolkan. Akar tidak dapat mencengkam tanah dan larian air permukaan menjadi deras. Struktur tanah menjadi longgar dan mengakibatkan hakisan. 3 Menjejaskan ekosistem Pemusnahan hutan mengganggu keseimbangan oksigen dan karbon dioksida di atmosfera. Menjejaskan proses fotosistesis. Menjejaskan hidupan lain. Berlaku perubahan iklim dunia seperti pemanasan global. 4 B. Kepentingan Mengekalkan habitat Pemuliharaan hutan memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi.Tempat perlindungan hidupan liar dan rantaian makanan terpelihara. 5 Penyelidikan dan pembangunan Hutan sebagai sumber penyelidikan. Menghasilkan baka baru. Menjadi disiplin ilmu baru. 6 Sumber perubatan herba Sumber perubatan herba seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, dan sebagainya diperoleh dari hutan.Sebagai sumber perubatan alternatif berasaskan herba. Penutup Tidak dapat dinafikan bahawa pemusnahan hutan menjadi isu persekitaran yang kian meruncing dan perlu diberi perhatian sewajarnya. Skema 2+2
  4. 4. Learning To Score 2006 4 4. Ekosistem pesisiran pantai dan lautan sering terjejas akibat daripada aktiviti manusia yang kurang beretika dalam peningkatan kualiti hidup. Bincangkan. Pengenalan Lautan dan zon pesisiran pantai merupakan ekosistem seimbang dan sensitif yang sentiasa terancam oleh aktiviti manusia. Bil. Idea Huraian 1 A. Aktiviti pesisir pantai Efluen sisa toksik dari industri. Sisa toksik termasuk semua jenis sisa bahan yang mudah terbakar, mudah menghakis. Sisa toksik dari kilang disalurkan ke laut. Hidrokarbon petroleum, logam-logam berat mencemarkan laut. 2 Pembuangan domestik Pengguna membuang sampah ataupun sisa ke dalam sungai dan laut. Pengusaha hotel, restoran tepi pantai membuang sisa pepejal ke laut. Buangan air berminyak daripada bahan kumbahan yang tidak dirawat 3 Penebangan hutan bakau Hutan paya bakau sebagai agen pemecah ombak dan penyaring sampah semulajadi. Pengubahan ekosistem kepada kawasan industri akuakultur (cth : udang) mengakibatkan hakisan, dan gangguan ekosistem pantai. 4 Kegiatan industri pertanian Membuang sisa racun makhluk perosak ke sungai, laut. Penggunaan baja yang berlebihan. 5 B. Aktiviti di lautan Tumpahan minyak Tumpahan minyak oleh kapal tangki.aktiviti penghasilan minyak dan gas di laut .Operasi loji pembersihan minyak. 6 Ujian senjata nuklear Negara-negara Kuasa Nuklear sering menjalankan ujian senjata nuklear di lautan. (Pasifik, kutub) Mencemarkan lautan – radioaktif, uranium, plutonium. 7 Penangkapan ikan laut dalam Aktiviti penangkapan laut dalam mencemarkan laut. Penggunaan pukat harimau telah memusnahkan hidupan akuatik pra-matang. Penutup Secara tidak langsung akan merosakkan keindahan kawasan pelancongan dan sumber perikanan. Langkah sewajarnya perlu diambil. Skema 2+2
  5. 5. Learning To Score 2006 5 BAHAGIAN C 5(a) (i) Pemilihan kaedah yang paling sesuai untuk mengembangkan perniagaan adalah berasaskan sistem francais. (ii) 1. Suatu format pengurusan perniagaan yang lebih teratur dan mampu menguasai pasaran yang luas 2. Sistem perniagaan yang membentuk pengkongsian dalam aspek operasi, nama dagangan dan pendapatan 3. Mewujudkan suatu sistem yang seragam yang diselaraskan kepada semua ahli, pemilihan lokasi dan modal 4. Menghapuskan imej individu pemilik perniagaan 5. Sistem perniagaan yang mengamalkan konsep `menang-menang` yang memupuk budaya kerjasama 5(b) (i) Sikap dan pengaruh rakan (ii) 1. Permuafakatan bestari pihak sekolah – ibubapa/masyarakat – polis 2. Tindakan tegas badan disiplin dan keberkesanan Unit Bimbingan dan Kaunseling 3. Pemantauan Jabatan / Pejabat pelajaran 4. Program pembangunan sahsiah secara berterusan di rumah dan sekolah, cth budaya kasih sayang. 6(a) (i) Pengubahsuaian organisma melalui proses pemindahan gen untuk menghasilkan produk baru. (ii) 1. Mengancam kesihatan manusia seperti penyakit kanser. 2. Teknologi menggalakkan penggunaan racun rumpai dan racun serangga berlebihan akan memusnahkan semua tumbuhan dan binatang dalam persekitaran / dan bahan-bahan lain yang memudaratkan tumbuhan dan binatang. Penggunaan pestisid dan herbasid yang berlebihan memusnahkan tumbuhan dan binatang dalam persekitaran. 3. Gen Pemusnah - teknologi memusnahkan alam sekitar semula jadi. Tanaman dan tidak mampu menghasilkan pertumbuhan baru 6(b) (i) Apabila saluran arteri koronari menjadi sempit. (ii) 1. Amalan pemakanan/diet yang seimbang 2. Pergerakan fizikal/senaman/psikomotor/rekreasi/Gaya hidup/ meditasi 3. Elakkan penagihan – rokok / alkohol / mengambil ubatan yang berlebihan. 4. Rawatan berkala di hospital dan klinik
  6. 6. Learning To Score 2006 6 BAHAGIAN D 7. Carta pai MALAYSIA : PERBANDINGAN HASIL EKSPORT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2004 DAN 2005. 2004 2005Hasil eksport Nilai (RM Juta) % Sudut Nilai (RM Juta) % Sudut Keluaran elektrik dan elektronik 241 483 61.92 222.9 0 240 027 57.84 208.22 Getah 5 197 1.33 4.79 5 197 1.25 4.49 Minyak kelapa sawit 29 116 7.47 26.88 26 197 6.31 22.73 Petroleum 21 762 5.58 20.09 26 461 6.38 22.95 Gas asli cecair 17 082 4.38 15.77 18 575 4.48 16.11 Pengeluaran kayu balak 19 778 5.07 18.26 19 441 4.68 16.86 Lain-lain eksport 55 582 14.25 51.31 79 102 19.06 68.64 JUMLAH 390 000 100 360 415 000 100 360 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005) 2004 1.33% 7.47% 5.58% 4.38% 5.07% 14.25% 61.92% MALAYSIA :PERBANDINGAN HASIL EKSPORT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2004 DAN 2005. (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,Jabatan Perangkaan Malaysia,2005) Nisbah jejari : 1 : 1.03 Petunjuk: Barang elektrik dan elektronik Getah Minyak kelapa sawit Petroleum Gas asli cecair Pengeluaran kayu balak Lain-lain Jumlah : RM 390 000 Juta Jumlah : RM 415 000 Juta 2005 1.25% 6.31% 6.38% 4.48% 4.68% 57.84% 19.06% 2004 1.33% 7.47% 5.58% 4.38% 5.07% 14.25% 61.92% MALAYSIA :PERBANDINGAN HASIL EKSPORT KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2004 DAN 2005. (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,Jabatan Perangkaan Malaysia,2005) Nisbah jejari : 1 : 1.03 Petunjuk: Barang elektrik dan elektronik Getah Minyak kelapa sawit Petroleum Gas asli cecair Pengeluaran kayu balak Lain-lain Jumlah : RM 390 000 Juta Jumlah : RM 415 000 Juta 2005 19.06% 4.68% 4.48% 57.84% 6.38% 6.31% 1.25%
  7. 7. Learning To Score 2006 7 8. Bar Komponen MALAYSIA: NILAI IMPORT MAKANAN YANG TERPILIH BAGI TAHUN 1999 HINGGA TAHUN 2002 Barang-barang import 1999 (RM Juta) 2000 (RM Juta) 2001 (RM Juta) 2002 (RM Juta) Jagung 1 114.3 1 088.5 956.3 1 088.6 Susu krim dan tepung 772.4 869.8 938.2 765.2 Gandum 818.2 710.9 783.3 766.4 Gula 972.3 963.8 1 087.2 976.9 Beras 718.9 689.3 529.7 510.1 JUMLAH 4 396.1 4 322.3 4 294.7 4 107.2 (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Statistik Malaysia, 2003) MALAYSIA : NILAI IMPORT MAKANAN YANG TERPILIH BAGI TAHUN 1999 HINGGA 2002 0 500 1000 1500 2000 2500 3000 3500 4000 4500 5000 1999 2000 2001 2002 Tahun Nilai Import (RM Juta) Beras Gula Gandum Susu krim dan tepung Jagung Skala : 1cm = RM 500 juta Petunjuk : (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,Jabatan Statistik Malaysia,2003) MALAYSIA : NILAI IMPORT MAKANAN YANG TERPILIH BAGI TAHUN 1999 HINGGA 2002 0 500 1000 1500 2000 2500 3000 3500 4000 4500 5000 1999 2000 2001 2002 Tahun Nilai Import (RM Juta) Beras Gula Gandum Susu krim dan tepung Jagung Skala : 1cm = RM 500 juta Petunjuk : (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,Jabatan Statistik Malaysia,2003) Skala : 1cm = RM 500 juta Petunjuk : (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,Jabatan Statistik Malaysia,2003)
  8. 8. Learning To Score 2006 8 BAHAGIAN E 9. Pengenalan: Carta pai diberi menunjukkan perubahan bilangan pelanggan telefon mengikut jenis dari tahun 1998 hingga tahun 2002. 1. Pola Keseluruhan didapati meningkat 1998 – 6,693,000 orang 2000 – 9,901,000 orang 2002 – 13,832,000 orang • Peratus perubahan sebanyak 51.61% atau peningkatan sebanyak 7,139,000 orang dari tahun 1998 hingga 2002 Sebab: • Peningkatan Teknologi komunikasi • Pertambahan penduduk • Perubahan gaya hidup masyarakat 2. Peratus meningkat • Telefon Selular/Bimbit 1998 – 32.2% (2 155 146 orang) 2000 – 46.1% (4 564 361 orang atau meningkat sebanyak 13.9% dari tahun 1998) 2002 – 62.5% (8 645 000 orang atau meningkat sebanyak 16.4% dari tahun 2000) Sebab % meningkat: • Keadaan ekonomi yang semakin baik – peningkatan taraf hidup masyarakat. Kuasa beli meningkat. • Harga talian yang lebih murah – akibat persaingan antara syarikat-syarikat telekomunikasi. • Liputan yang lebih menyeluruh di kawasan-kawasan luar bandar • Pelbagaiguna – selain untuk tujuan perhubungan, terdapat perkhidmatan sampingan yang lain seperti internet, kamera dan video. • Mobiliti – mudah dibawa ke mana-mana • Harga telefon bimbit yang semakin murah. 3. Peratus menurun • Telefon Awam 1998 – 2.6% (174 018 orang) 2000 – 1.5% (148 515 orang atau penurunan sebanyak 1.1% dari tahun 1998) 2002 – 0.9% (124 488 orang atau penurunan sebanyak 0.6% dari tahun 2000) Sebab % menurun: • Peralihan kepada penggunaan telefon bimbit • Kegiatan vandalisme – kerosakan telefon awam. Kerugian kepada syarikat telekomunikasi • Pengenalan kaedah penggunaan kad – menyukarkan pengguna mendapatkan kad. • Hanya tertumpu di kawasan desa atau kawasan-kawasan yang tidak liputan perayauan.
  9. 9. Learning To Score 2006 9 • Telefon Kediaman (Talian Tetap) 1998 – 47.9% (3 205 947 orang) 2000 – 34.3% (3 396 043 orang atau menurun sebanyak 13.6% dari tahun 1998) 2002 – 24.0% (3 319 680 orang atau menurun sebanyak 10.3% dari tahun 2000) Sebab % menurun: • Bayaran sewaan yang semakin meningkat • Peralihan kepada penggunaan telefon bimbit yang lebih mobiliti – mudah dihubungi di mana-mana. Talian tetap hanya terhad ketika di rumah • Prosedur memohon talian tetap yang merumitkan. 4. Peratus tidak konsisten • Pelanggan Perniagaan 1998 – 17.3% (1 157 889 orang) 2000 – 18.1% (1 792 081 orang atau meningkat sebanyak 0.8% dari tahun 1998) 2002 – 12.5% (1 729 000 orang atau menurun sebanyak 5.6% dari tahun 2000) Sebab % tidak konsisten: - Sebab peningkatan (1998-2000) • Perkembangan ekonomi – pembukaan banyak kilang-kilang, syarikat perniagaan • Memudahkan pengurusan operasi syarikat - Sebab penurunan (2000-2002) • Peningkatan teknologi komunikasi – penggunaan teknologi yang lebih canggih seperti televideo, e-mel. Menjalankan perbincangan secara maya dan penggunaan emel yang jauh lebih murah daripada penggunaan telefon. Isi - 4 Huraian - 8 (4x2) Bahasa - 1 Rumusan - 2 * Nota: Huraian data 1 m, alasan 1m 10. Pengenalan - Selepas melalui proses pengilangan, produk akan dipasarkan kepada pengguna pengguna yang menggunakan produk akan menghasilkan bahan-bahan buangan berbentuk organik dan bukan organik. A: Kaedah-kaedah Pengurusan Bahan Buangan 1. Sisa Bahan Buangan Bukan Organik - Bahan buangan bukan organik seperti kertas, kaca, logam dan plastik boleh dikitar semula. Bahan-bahan buangan ini akan diasingkan mengikut jenis ke dalam tong- tong yang berasingan dan dihantar ke kilang primer untuk dikitar semula - bahan-bahan yang telah dikitar semula akan dijadikan barang-barang sekunder seperti kotak, sampul surat,tisu dan lain-lain.
  10. 10. Learning To Score 2006 10 2. Sisa Bahan Buangan Organik Sisa-sisa bahan organik adalah sisa bahan yang boleh reput seperti bahan buangan haiwan dan tumbuhan. - Sisa-sisa ini akan dikumpulkan dan akan melalui proses pereputan dan menghasilkan kompos. - Dijadikan baja organik. 3. Lain-lain - Sisa bahan-bahan lain (bukan organik) yang tidak digunakan lagi akan dibuang ke dalam insinerator, aitu tempat pembakaran sampah yang tertutup. - Bertujuan untuk mengurangkan pembebasan gas-gas yang beracun di udara seperti Karbon Dioksida. - Mengelakkan Kesan Rumah Hijau. - Sampah yang tidak dapat dikitar semula dilupuskan di tapak pelupusan sampah secara terancang - Tapak pelupusan moden dibina berdasarkan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar. Digunakan untuk mencegah pembocoran bahan pencemar ke dalam air bawah tanah. B: Kepentingan penggunaan semula bahan-bahan buangan. 1. Mengurangkan masalah pencemaran alam. - kitar semula boleh mengurangkan sampah dan pelepasan gas-gas toksik ke udara. 2. Menjimatkan sumber alam semulajadi - mengurangkan kepupusan sumber alam semula jadi - kitar semula kertas mengurangkan kegiatan pembalakan dan pengeluaran pulpa kertas - kitar semula tin mengurangkan aktiviti perlombongan 3. Menghasilkan sumber tenaga baru - Najis haiwan menghasilkan biogas, misalnya gas metana - Sumber tenaga lebih murah dan bersih Cadangan Skema : Skema - 3 + 1 Isi - 4 Huraian - 8(4x2) Bahasa - 1 Rumusan - 2 Pilihan kaedah tidak perlu ikut urutan.

×