4. Motivasi
• Ellis (1994) menyatakan bahawa, motivasi
boleh didefinisikan sebagai usaha yang
dilakukan oleh pelajar dalam pembelajaran
bahasa kedua hasil daripada keperluan dan
keinginan untuk mempelajarinya.
• Pelajar yang bermotivasi tinggi akan mudah
untuk mempelajari LLS kerana mereka
dapat memilih strategi yang berkesan dan
sesuai dengan keperluan mereka.
5. • Erhman (1990), Macaro (2001), Oxford &
Nyikos (1989) menyatakan bahawa pelajar
yang bermotivasi tinggi secara sedar dan
terkawal akan berusaha dan menghabiskan
masa mempraktikkan LLS dengan konsisten.
• Motivasi merupakan faktor berkuasa dalam
mempengaruhi penggunaan LLS berbanding
pemboleh ubah lain.
6. Jantina
• Kajian lepas menunjukkan jantina
mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa
dalam kalangan pelajar. Antara kajian lepas
ialah :
Politzer (1983) menyatakan bahawa pelajar
perempuan menggunakan strategi
pembelajaran sosial lebih kerap berbanding
pelajar lelaki.
Zamri (2004) menyatakan bahawa pelajar
lelaki lebih banyak menggunakan LLS dalam
kemahiran mendengar dan menulis.
7. Etnik dan budaya
• Pengkaji berpendapat bahawa etnik dan
budaya banyak mempengaruhi LLS kerana
setiap etnik mempunyai corak pembelajaran
yang berbeza berbanding etnik yang lain.
• Oxford (1994) berpendapat strategi
mengingat dengan penghafalan dan cara lain
lebih digemari kebanyakan pelajar asia.
• Para pelajar yang berbeza etnik, budaya dan
kewarganegaraan mempunyai cara belajar yang
tidak sama.
8. Tempoh pembelajaran
• Tempoh pembelajaran ialah jangka masa
seseorang itu belajar.
• Pelajar bahasa yang lama atau berada di tahap
yang tinggi menggunakan strategi
pembelajaran yang berbeza daripada pelajar
yang tidak lama atau berada di tahap rendah.
• Menurut Chang (2003), pelajar yang
mempelajari bahasa Inggeris melebihi tujuh
jam seminggu di luar kelas persekolahan
menggunakan lebih banyak LLS berbanding
rakan-rakan yang lain.
9. Status sosioekonomi
• Status ekonomi adalah gambaran tentang
keadaan seseorang atau sesuatu masyarakat
yang ditinjau dari segi sosial, ekonomi,
gambaran itu seperti tingkat pendidikan,
pendapatan dan sebagainya.
• Faizahani (2002) menyatakan bahawa pelajar
yang ibu bapanya berlatar belakang akademik
pertengahan lebih banyak menggunakan LLS
berbanding pelajar yang ibu bapanya
berpendidikan rendah.
10. Kesimpulan
• Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi
strategi pembelajaran.
• Pelajar perlu bijak dalam meneliti strategi
pembelajaran untuk meningkatkan keupayaan
pembelajaran bahasa mereka.