• Save
Teori tingkah laku shamil 2002
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Teori tingkah laku shamil 2002

on

  • 4,631 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,631
Views on SlideShare
4,593
Embed Views
38

Actions

Likes
7
Downloads
0
Comments
0

2 Embeds 38

http://ipgm.info.tm 24
http://bestslid.blogspot.com 14

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Teori tingkah laku shamil 2002 Teori tingkah laku shamil 2002 Presentation Transcript

    • TEORI PERLAKUAN
      • Berasaskan pendekatan tindakan yang mekanikal.
      • Tingkah laku manusia dilihat sebagai objek yang mempunyai gerak balas tertentu yang bergantung kepada cara rangsangan yang boleh dipengaruhi tingkah laku.
      • Sejak akhir-akhir ini , teori perlakuan memberi penekanan kepada aspek kognitif. Antaranya , A. T. Beck (1976).
      • Antara pengasas teori ini ialah Ivan Parlow, Joseph Wolpe –teori perlakuan pelaziman klasik.Teori pelaziman operan ole B. F.Skinner dan J. B. Watson dan Dr. Albert Bandura aspek pembelajaran sosial melalui peniruan.
    • Konsep Asas Manusia .
      • Menurut ahli teori perlakuan, Dustin dan George ;
      • manusia itu dilihat sebagai ;
      • Manusia biasa, tidak ada yang sepenuhnya jahat/baik tetapi sebagai organisme berpengalaman dan berpotensi kepada semua jenis tingkah laku.
      • Berkeupayaan memahami konsep serta mengawal tingkah laku sendiri.
      • Berupaya memperolehi tingkah laku yang baru.
      • Berupaya untuk mempengaruhi tingkah laku lain sebagaimana ia dipengaruhi oleh oranglain terhadap tingkah lakunya.
    • KONSEP PERKEMBANGAN PERSONALITI .
      • Tingkah laku adalah dipelajari dan personaliti individu berkembang melalui kematangan dan pembelajaran.
      • Mengikut Havighurst (1952) , tugas perkembangan perlu dikuasai oleh individu dalam proses perkembangan iaitu tugas pembelajaran.
      • Manusia belajar melalui liku-liku dalam hidupnya.sekiranya dipelajari dengan baik, akan mendapat kepuasan. Sebaliknya tidak, akan mengalami kesusahan , kedukaan dan tidak diterima dari segi sosial.
      • Tingkah laku yang dipelajari merupakan hasil interaksi antara individu dan persekitarannya.
      • Semua tingkah laku dipelajari melalui peneguhan.
      • Rangsangan gerak balas membentuk tingkah laku masa kini.
    • Bagi terapi lain , manusia adalah;- * Penghasil dan hasil persekitarannya, yakni ia tidak semata ditentukan oleh persekitaran/naluri-naluri tertentu. Malah ia juga mempunyai keupayaan untuk mencorakkan persekitarannya. * Mempunyai kebebasan untuk mengawal dan menambahkan ruang kebebasan itu. * Mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kehidupan. Boleh mencapai nilai-nilai hidupnya dengan mempunyai arahan kendiri.
    • ANDAIAN DALAM TERAPI TINGKAH LAKU .
      • Tingkah laku adalah dipelajari dari faktor-faktor situasi dan dari dalam organisme. Semua tingkah boleh dipelajari dan boleh dihapuskan.
      • Semua tingkah laku adalah disebabkan oleh alam sekitar (rangsangan ) dan dibentuk oleh kunsikuennya (gerakbalas).
      • Tingkah laku yang diberi peneguhan mudah berulang dan tingkah laku boleh dihapuskan dengan menyingkirkan peneguhan.
      • Peneguhan positif adalah lebih baik daripada peneguhan negatif.
      • Peneguhan positif boleh dicapai melalui ;-
          • I) Mengenal pasti rangsangan yang memperkuatkan dorongan.
          • II) Mengatur suasana bagi memudahkan wujudnya tingkah laku.
    • PUNCA MASALAH
      • Tingkah laku yang tidak sesuai / salah laku dipelajari oleh individu dengan cara yang sama seperti tingkah laku yang sesuai.
      • Tingkah laku itu telah dipelajari kerana mendapat peneguhan pada masa yang berbeza-beza
      • Ahli psikoterapi Tradisional menyatakan tingkah laku bermasalah adalah gejala beberapa kecelaruan personaliti terpendam.
      • Sekiranya gejala diubah tanpa membetulkan kecelaruan yang terpendam , wujud penggantian gejala. Contohnya, takut pada tempat yang tinggi sebagai tanda pengantungan disebabkan oleh konflik-konflik yang tidak diselesaikan semasa zaman kanak-kanak.
      • Menurut teori ini , tingkah laku, pemikiran dan perasaan adalah saling berkait. Kebanyakan tingkah laku tidak normal adalah dibentuk.
      • Andaian asas pendekatan ini, lebih mudah menukar tingkah laku daripada perasaan dan pemikiran. Sekiranya tingkah laku ditukar, perasaan dan pemikiran juga akan bertukar.
      • PERSEKITARAN + GENETIK =TINGKAH LAKU MASA KINI
      • 3. Hukuman Yang Berlebihan
      • Menyebabkan reaksi tingkah laku yang berbeza
      • Ingin melepaskan diri, tidak tumpukan perhatian
      • Menimbulkan emosi bimbang , murung , marah dll.
      • 4. Kurang peneguhan positif dan peneguhan Terhadap Tingkah laku yang tidak sesuai
      • Individu yang berkelakuan baik tidak diteguhkan.
      • Sebaliknya, kecenderungan untuk membina tingkah laku yang memperolehi peneguhan bagi mendapat perhatian seperti menangis, menjerit memukul dll.
      • 5. Konflik Personaliti
      • Mengikut sahaja kehendak oranglain kerana bagi mengelakkan diri daripada mengalami kesusahan.
      • 6. Tingkah laku salah terima .
    • MATLAMAT KAUNSELING
      • Mengubah tingkah laku klien yang diingini secara spesifik.
      • Matlamat umum ialah ;-
      • Memindah tingkah laku yang diterima oleh klien semasa terapi.
      • Membantu klien mempelajari dengan lebih berkesan akan proses membuat keputusan.
      • Mencegah dan melindungi dari masalah masa depan.
      • Menyelesaikan tingkah laku yang bermasalah khas , seperti yang diminta oleh klien dinyatakan dalam bentuk khusus
      • (Krumbolts, 1966 ) , iaitu tingkah laku tertentu yang memerlukan ubahsuaian dan mempunyai potensi untuk dicapai melalui kaunseling.
      • Mencapai perubahan-perubahan tingkah laku yang diterjemahkan kepada tindakan-tindakan dalam hidup seseorang mengikut kesesuaian diri klien dan dapat diterima masyarakat beri sumbangan kepada masyarakat.
      • Menolong klien menjalani kehidupan yang lebih membina ,mencapai keseimbangan , kesejahteraan dan dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.
      • Memaksimumkan potensi klien ke arah pencapaian yang lebih tinggi dan perasaan kasih sayang.
    • PROSES KAUNSELING
      • Blackham dan Siberham (1971 ) mencadangkan empat
      • langkah yang boleh digunakan dalam membentuk strategi mengubah tingkah laku;-
      • 1. Tingkah laku bermasalah itu didefinisikan dan dianalisis.
      • 2. Sejarah perkembangan dan sosialnya diperolehi untuk menentukan batas dan penyesuaian semasa.
      • 3. Matlamat khusus perubahan tingkah laku yang dikehendaki ditentukan.
      • 4. Kaedah mengubahsuai tingkah laku dikenal pasti dan dilaksanakan.
    • PERANAN KAUNSELOR
      • Wolpe (1958 ) telah menekankan bahawa semasa memberi kaunseling , kaunselor perlu bersikap menerima ,mencuba memahami klien , apa yang disampaikannya dan tidak mengadili.
      • Semua yang dikatakan oleh klien harus diterima tanpa soal dan kritikan.Mereka harus diberi keyakinan atau perasaan bahawa kaunselor menyebelahinya.
      • Krumboltz (1968) , menyatakan bahawa adalah penting kaunselor memahami dan menyampaikan pemahaman kepada klien , bertingkah laku mesra dan mempunyai pandangan yang positif terhadap individu dengan menghormatinya. Jika tidak , adalah mustahil kaunselor mendapat kerjasama daripada klien.
    • Aplikasi Teknik
      • 1. Latihan Relaksasi
      • 2. Desensitisasi Bersistem
      • 3. Terapi Implosif
      • 4. Teknik Aversif
      • 5. Ekonomi Token
      • 6. Contoh / Model
      • 7. Pendekatan Kognitif Dalam Terapi Tingkahlaku
      • 8. Latihan Kemahiran Sosial dan Latihan Asertif
      • 9. Tingkahlaku Arahan Kendiri
    • 1. Latihan Relaksasi
      • Bertujuan mengurangkan ketegangan otot dan mental.
      • Klien dilatih merasai ketegangan otot bersistematik.
      • Klien membayangkan gambar-gambar yang menyenangkan.
    • 2. Desensitisasi Bersistem
      • Klien yang mempunyai kecelaruan tingkahlaku, seperti fobia dan anxieti.
      • Mengandungi 3 set tindakan:
      • a. latihan relaksasi.
      • b. mengenalpasti keadaan-keadaan yang
      • menimbulkan keraguan.
      • c. Bertindak melalui hierarki keraguan.
      • Tahap I, mengenalpasti hierarki fobia yang dibina sendiri oleh klien.
      • Tahap II, mengajar klien belajar menenangkan diri.
      • Tahap III, memperkenalkan butiran dalam hierarki, bermula dari paling selesa, jika ia takut, ia akan diarah untuk bertenang atau ke tahap sebelumnya, seterusnya ke tahap sederhana dan tahap susah.
      • Klien mempelajari cara menghubungkaitkan ketenangan dengan rangsangan fobia, lantas ketakutan akan lenyap.
      • Tenggelam dalam air - menyelam
      • Masuk dalam air hingga
      • tahap bahu dan muka
      • Masuk dalam air hingga tahap
      • lutut dan perut
      • Mencecah kaki dalam
      • air
      • Melihat air sungai
      • kolam, tasik, laut
      • dari jarak dekat
      • Melihat air
      • dari jauh
      • Melihat
      • gambar-
      • gambar
      • air
      Ketakutan meningkat
      • Rajah 1 Contoh hierarki takut atau fobia terhadap air yang telah dibina
    • 3. Terapi Implosit
      • Klien disuruh mengambarkan situasi yang paling menakutkan & merisaukan.
      • Tujuannya, jika klien sudah berupaya menghadapi situasi sedemikian, klien akan bersedia menghadapi situasi sebenar.
      • Kajian – keberkesanan terapi berbeza. (berjaya / tidak berjaya)
    • 4. Teknik Aversif (menyakitkan)
      • Menimbul banyak kontroversi.
      • Mengawal tingkahlaku seseorang.
      • Corey(1982), ada 6 jenis aversif:
      • a. Aversif Kimia.
      • b. Kejutan elektrik.
      • c. Sensitisasi berselindung.
      • d. Time out .
      • e. Pembetulan lampau.
      • f. Kos tindak balas.
    • a. Aversif Kimia
      • Menolong klien yang terjebak masalah minuman keras.
      • - minuman arak tersebut dicampur dengan bahan kimia menyebabkan klien muntah , loya & tidak sihat.
      • - akibatnya, dia tidak mahu minum arak lagi.
    • b. Kejutan Elektrik
      • Menggunakan 2 elektrod yang dipasang di lengan, betis @ jari, kejutan ini boleh disesuaikan.
      • Kejutan elektrik berlaku jika ia cuba melakukan sesuatu tingkahlaku yang patut dielakkannya.
      • Ini boleh dikawal, maka sukar klien mencapai peringkat yang ia boleh tahan kejutan itu.
      • Sebab itulah, teknik ini berjaya.
    • c. Sensitisasi Berselindung
      • Klien disuruh membayangkan tingkahlaku buruk yang telah dilakukannya dan membayangkan akibat negatif yang diterima.
      • Contoh: dipenjarakan, disimbah asid dll.
      • Tujuannya: untuk menimbulkan rasa takut, bersalah dan menyesal.
    • d. Time out
      • Merupakan penafian peluang seseorang individual mendapat peneguhan positif.
      • Biasanya digunakan dalam bilik darjah, dimana kanak-kanak yang berkelakuan tidak senonoh diasingkan dari pelajar lain.
      • Contoh: pelajar disuruh duduk di belakang almari buku.
      • Tujuannya, supaya ia tidak berupaya melakukan sesuatu tingkahlaku yang boleh mendapat perhatian lagi.
    • e. Pembetulan Lampau
      • Mengatasi masalah tunjuk perasaan oleh kanak-kanak.
      • 2 tindakan dilakukan:
      • I) membetulkan semula keadaan yang
      • berselerak.
      • II) denda dengan mengerjakan sesuatu
      • yang lain.
    • f. Kos Tindak Balas
      • Denda seseorang individu terhadap perbuatannya yang tidak sesuai.
      • Misalnya, jika ia menangis , ia tidak
      • diberikan gula-gula.
      • Teknik ini biasanya digabungkan dengan teknik ekonomi token untuk tingkahlaku yang diingini.
    • 5. Ekonomi Token
      • Menghapuskan sesuatu tingkahlaku yang tidak diingini.
      • Digunakan apabila peneguhan-peneguhan sosial tidak berjaya mencapai objektifnya.
      • Kaunselor & klien akan berbincang untuk menentukan:
      • a. tingkahlaku yang ingin dihapuskan.
      • b. tingkahlaku yang ingin dibentuk.
      • c. Peneguhan yang boleh ditukar dengan token-
      • token yang amat diingini oleh klien.
      • Contoh / Model
      • Pembelajaran sosial melalui peniruan /
      • mencontohi model.
      • Bandura (1965) mengatakan bahawa meneladani masyarakat lebih berkesan.
      • Bentuk tingkahlaku yang dikehendaki melalui peniruan sering dijaga tanpa memperkuatkan luaran kerana individu belajar memperkuatkan diri mereka dalam beberapa tingkahlaku.
      • Kaunselor menggunakan model/contoh alat pandang dengar seperti filem & kejadian sehari-hari, klien menyaksikannya, memilih & memperbaiki tingkahlaku yang diingini.
    • 7. Pendekatan kognitif dalam terapi tingkahlaku
      • Membuat andaian bahawa proses kognitif berlaku secara convert boleh menghasilkan tingkahlaku overt / nyata.
      • Bagi membetulkannya, proses ini hendaklah diubah terlebih dahulu. Di antara terapi yang memberi penekanan ialah:
      • a. terapi rasional emotif oleh Ellis;
      • b. terapi pengstrukturan semula kognitif oleh
      • Beck (1967, 1976);
      • c. terapi perubahan struktur kognitif oleh
      • Meichenbaum (1977);
      • d. terapi penghentian pemikiran oleh
      • Rudestam & Cormier(1980) & Cormier(1976).
      • Pendekatan-pendekatan yang disyorkan oleh teori-teori di atas mempunyai banyak persamaan iaitu:
      • a. mengenai struktur pemikiran yang salah yang menyebabkan tingkahlaku bilazim.
      • b. berusaha menggantikan struktur pemikiran itu dengan struktur yang lebih sesuai.
      • c. mentafsirkan sesuatu keadaan itu berdasarkan struktur pemikiran yang baru.
    • 8. Latihan kemahiran sosial & latihan asertif
      • Melatih bagaimana berinteraksi secara berkesan.
      • Latihan ini diberikan kepada klien yang mempunyai masalah:
      • a. tidak dapat melepaskan geramnya.
      • b. tidak dapat hendak menolak.
      • c. terlalu tertib & kerana itu dieksploit oleh
      • orang lain.
      • d. tidak dapat menyatakan isi hati & perasaan
      • serta gerakbalas positif.
      • e. merasa tidak mempunyai hak untuk
      • menyatakan fikiran, kepercayaan & perasaan.
      • Di dalam menggunakan hak mereka, perasaan orang lain tidak diabaikan.
      • 6 strategi digunakan dalam latihan asertif ini:
      • a. arahan/pengajaran – kaunselor terangkan kepada klien tingkahlaku yang khusus yang diharapkannya.
      • b. maklumbalas – klien memberi maklumbalas tentang tingkahlaku setelah memberi arahan.
      • c. pencontohan – kaunselor memberi contoh tingkahlaku melalui alat-alat visual.
      • d. raptai – klien akan berlatih melalui permainan rol tingkahlaku & dikritik oleh kaunselor.
      • e. Peneguhan sosial – dari semasa ke semasa klien akan dipuji.
      • f. Tugasan @ kerjarumah – klien diberi kerjarumah tertentu & dilaksanakan.
    • 9 . Tingkahlaku Arahan Kendiri
      • Watson & Thorp (1981) mengesyorkan 4 langkah utama bagi menolong individu menguasai kemahiran tertentu di dalam usaha mengurus & mengarah hidupnya.
      • a. memilih matlamat
      • - matlamat yang dipilih boleh diukur, dicapai,
      • positif & penting.
      • - jangan pilih lebih daripada 1 matlamat setiap
      • rancangan hendak digunakan.
      • b. matlamat dapat dihuraikan jelas dari segi
      • tingkahlaku.
      • Misalnya, matlamat yang ingin dicapai oleh berhenti merokok, maka hendaklah ditulis berapa batang rokok dihisap. Sekarang, berapa yang hendak dikurangkan dalam minggu pertama, kedua & seterusnya. Berapa minggu diperlukan bagi berhentikan merokok sama sekali.
      • c. pengawasan sendiri – mencatat dalam buku
      • harian tentang tingkahlaku yang telah dilakukan
      • berhubung dengan matlamat yang hendak
      • dicapai. Ia akan menyedari tindakan yang
      • dilakukannya & melihat kemajuannya.
      • Ia merupakan suatu bentuk penilaian kendiri.
      • d. menyediakan rancangan tindakan untuk mencapai matlamat.
    • Kesimpulan & Penilaian
      • Kaunseling tingkahlaku mempunyai pendekatan yang dianggap penting kerana memberi keberkesanan dalam sesuatu kaunseling.
      • Perubahan tingkahlaku diberkaitrapat dengan persekitaran dan klien menerima maklumbalas yang positif bagi meningkat kemajuan sendiri.
      • Sumbangan terapi tingkahlaku ini ialah:
      • a. penekanan kepada pengukuran, penilaian &
      • penyelidikan, dapat menilai kemajuan atau
      • kemunduran sesuatu usaha itu.
      • b. terapi ini mempunyai teknik-teknik, tatacara &
      • strategi yang beraneka corak & rupa.
      • Dengan wujudnya penggemblengan antara tingkahlaku & struktur kognitif, teori ini berjaya merawati klien.
      • Sungguhpun demikian, terapi tingkahlaku selalu dikritik kerana:
      • - hanya berjaya mengubah tingkahlaku & tidak
      • perasaan.
      • - mengenepikan sama sekali pentingnya
      • hubungan di antara kaunselor & klien.
      • - tidak mendorong celik akal.
      • - mengenepikan faktor-faktor sejarah yang
      • menjadi penyebab kepada tingkahlaku masa
      • kini.