Bab 1(basic concepts on statics)

2,149 views
1,939 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,149
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
401
Actions
Shares
0
Downloads
78
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab 1(basic concepts on statics)

  1. 1. MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205) BAB 1 BASIC CONCEPTS ON STATICSPENGENALAN Kejuruteraan mekanik adalah bidang kejuruteraan yang berkaitan dengan asasmekanik. Ia merupakan penggunaan prinsip fizik untuk menganalisis, mencipta,membuat dan menyelenggara mesin dan barangan berguna. Ia memerlukanpemahaman kukuh konsep-konsep asas yang merangkumi mekanik, kinematik,termodinamik dan tenaga. Jurutera mekanik menggunakan prinsip-prinsip ini danprinsip-prinsip lain dalm mencipta dan menganalisis kereta, pesawat udara, sistempemanasan dan penyejukan, bangunan dan jambatan, kelengkapan dan jenteraindustri, dan banyak lagi. Statik merupakan cabang sains fizikal yang menerangkan keadaan sesuatu jasadatau sistem yang berada dalam keadaan keseimbangan atau pegun apabila dikenakandaya-daya. Sebenarnya statik menyamai kes yang khusus bagi dinamik, iaitu apabilapecutan sifar. Sesuatu jasad tidak akan mengalami anjakan atau putaran apabila daya-daya yang bertindak padanya berada dalam keadaan keseimbangan. Ini bermaknadaya-daya luar yang dikenali sebagai daya tindakan, diimbangi daya tindak balas yangdiwujudkan pada sokongan jasad tersebut.KONSEP ASASPanjang ialah ukuran kedudukan satu titik dalam ruang sama ada dua atau tigadimensi untuk menerangkan saiz fizikal sistem berkenaan.Masa ialah pengukuran terhadap kejadian-kejadian yang berlaku secara berturutan. JKM,POLIMAS SHAIFUL ZAMRI
  2. 2. MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)Jisim sesuatu badan dianggap sebagai milik kuantitatif bahan berkenaan yangdigunakan untuk mengukur rintangan bahan terhadap perubahan halaju.Daya ialah tindakan satu badan (menolak atau menarik) ke atas badan lain.Zarah ialah satu badan yang tersangat kecil apabila jisim atau dimensinya tidak diambilkira dalam analisis sesuatu masalah.Badan tegar merupakan cantuman rangkaian zarah-zarah yang banyak, apabilasemua zarah ini berada pada jarak yang tetap antara satu sama lain sama ada sebelumatau selepas badan itu dikenakan daya. Skalar dan vektorSkalar ialah kuantiti yang mempunyai magnitud sahaja tanpa arah. Contoh-contohkuantiti skalar ialah jisim, masa, isipadu dan luasVektor ialah kuantiti yang mempunyai magnitud dan juga arah. Contoh-contoh kuantitivektor ialah halaju, daya dan pecutan Prinsip-prinsip AsasHukum Pertama : Jika daya paduan yang bertindak pada sesuatu zarah adalah sifar,zarah tersebut akan berada dalam keadaaan pegun (jika ia berkeadaan pegun padaasalnya) atau akan bergerak dengan halaju malar mengikut garis tindakan daya (jikazarah bergerak pada asalnya).Hukum Kedua : Jika daya paduan yang bertindak pada suatu zarah tidak sifar, jasadtersebut akan mengalami pecutan dan bergerak menngikut arah daya paduan tersebut.Pecutan ini berkadaran dengan magnitud daya paduan. Secara ringkasnya, hukum ini JKM,POLIMAS SHAIFUL ZAMRI
  3. 3. MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)dinyatakan sebagai F = ma dimana F ialah daya paduan yang bertindak keatas zarah,m ialah jisim zarah dan a ialah pecutan zarah yang sama arah dengan F. Dayaditakrifkan sebagai sebab yang akan mengakibatkan pergerakan satu jasad yangberkeadaan diam atau perubahan halaju bagi jasad yang berada dalam pergerakanseragam.Hukum Ketiga : Daya tindakan (daya yang dikenakan) dan daya tindak balas (iaitudaya yang mengimbangkan daya tindakan) mempunyai magnitud yang sama, garistindakan yang sama tetapi bertentangan arah (Rajah 1). F dalam rajah ini ialah dayatindakan dan R ialah daya tindak balasnya.Sistem Unit Antarabangsa, SI (International System of unit)Dalam sistem ini, terdapat empat kuantiti asas, iaitu panjang, masa, daya dan jisimakan diambil kira. Tiga daripadanya adalah unit asas dan satu unit terbitan. Semuasistem ini berhubung kait antara satu sama lain mengikut hukum kedua Newton. Kuantiti Simbol Unit Simbol Jisim m Kilogram kg Daya F Newton N Panjang l Meter m Masa t Saad sContoh :Satu Newton (N) ditakrif sebagai daya yang menyebabkan jisim 1 kg mengalamipecutan 1 m/s2.F = ma = (1 kg)(1 m/s2) = 1 kg m/s2 = 1N JKM,POLIMAS SHAIFUL ZAMRI
  4. 4. MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)Oleh itu unit Newton (N) adalah terbitan daripada gabungan unit-unit asas iaitu kg, m,dan s. Walaupun begitu unit Newton ini juga digolongkan sebagai unit asas (SI).Gandaan (prefixes)Unit ini digunakan untuk menakrifkan sesuatu nombor yang terlalu besar atau yangterlalu kecil supaya dapat dipersembahkan dalam bentuk gandaan. Gandaan Simbol Faktoryotta Y 1 000 000 000 000 000 000 000 000 = 10 24 (e+24)zetta z 1 000 000 000 000 000 000 000 = 10 21 (e+21)exa E 1 000 000 000 000 000 000 = 10 18 (e+18)peta P 1 000 000 000 000 000 = 10 15 (e+15)tera T 1 000 000 000 000 = 10 12 (e+12)giga G 1 000 000 000 = 10 9 (e+9)mega M 1 000 000 = 10 6 (e+6)kilo k 1 000 = 10 3 (e+3)hecto h 100 = 10 2 (e+2)deca da 10 = 10 1 (e+1)……………………………………………………………………………..1…………………………………………………………………………..deci d 0.1 = 10 -1 (e-1centi c 0.01 = 10 -2 (e-2)milli m 0.001 = 10 -3 (e-3)micro µ 0.000 001 = 10 -6 (e-6)nano n 0.000 000 001 = 10 -9 (e-9)pico p 0.000 000 000 001 = 10 -12 (e-12)femto f 0.000 000 000 000 001 = 10 -15 (e-15)atto a 0.000 000 000 000 000 001 = 10 -18 (e-18)zepto z 0.000 000 000 000 000 000 001 = 10 -21 (e-21)yocto y 0.000 000 000 000 000 000 000 001 = 10 -24 (e-24) JKM,POLIMAS SHAIFUL ZAMRI
  5. 5. MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)Contoh 1Tukarkan a) 4.78 km kepada unit meter b) 4.56 x 105mm kepada unit meter c) 100 km/j kepada unit m/s JKM,POLIMAS SHAIFUL ZAMRI
  6. 6. MEKANIK KEJURUTERAAN (JJ205)Contoh 2Tukarkan unit dibawah dengan menggunakan unit SI dan Gandaan. a) (50 mN)(6GN) b) (400mm)(0.6 MN) c) 45 MN3/900Gg JKM,POLIMAS SHAIFUL ZAMRI

×