SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.        1



                 ISU, CABARAN DAN IMPAK ICT – SATU PENDEKATAN DALAM ISLAM

         Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan, Mohamad Zaki Zainul
                  Universiti Teknologi Mara Perak, Kampus Seri Iskandar


Pengenalan

Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas
arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan
kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya,
pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan
agama.

Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari
pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya
menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk
pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa
sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada
sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat
tersangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu dan penggerak
kepada masa depan.

Kertas ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang kuat
terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama dan pengaruh negatif yang
merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradiqma tauhid,
syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan.

Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan metedologi Islam perlu
dilaksanakan bagi tujuan mengwal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak
menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi
tujuan mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa
sempadan.

Pembangunan ICT di Malaysia

Malaysia sebagai sebuah negara membangun dan dalam perjalanan menuju negara maju
menjelang tahun 2020, pasti tidak ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi
maklumat.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya degan beberapa sumber asli seperti minyak,
getah dan kelapa sawit menjadikannya sebuah negara maju dalam industri, makmur dan
mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi berbanding beberapa negara lain di Asia
Tenggara.1

Menurut Akbar S. Ahmed (1994) perkembangan teknologi maklumat mempengaruhi
perkembangan system teknologi komunikasi. Peralatan seperti mesin fakmili, komputer,
internet dan satelit telah membantu dan mempermudahkan manusia berkomunikas dan
berinteraksi tanpa batas sempadan dan ruang waktu.



1
    Chee Peng Lim, 1986, Small Industries in Malaysia

Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.          2



Kemajuan dalam bidang industri mendorong ke arah penggunaan teknologi dalam semua
bidang. Pendidikan merupakan asset utama bagi mencapai dan merealisasikan negara maju
seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat.

Teknologi telah memberi impak yang besar kepada pendidikan di Malaysia. Misalnya,
teknologi telah mengubah cara kita membina pengetahuan, cara kita mengajar dan
belajar, cara kita berkomunikasi, mendapatkan maklumat dan memudahkan pembelajaran.


Lapuran perkembangan menunjukkan indek kegunaan dan keperluan terhadap ICT adalah
suatu perkembangan yang memberangsangkan.
Kajian mendapati tahap celik kumputer meningkat dari tahun ke tahun.
ICT telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam pendidikan,
teknologi, komunikasi dan ekonomi. Namun tanpa menafikan sumbangan dan kebaikan dari
pembangunan ICT terhaap manusia sejagat, kita dapati kesan dan pengaruh negatif juga
menjadi cabaran besar dan menggugat sosiobudaya insan.

Isu-Isu, Cabaran dan Impak Dalam Dunia ICT di Malaysia

Kesahihan maklumat.

Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud :
“Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah
kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.2

Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku
penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang
perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan
bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain.

Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang
sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran
kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang
perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan
kekeliruan.

Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan
yang diperolehi dari internet.

Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan
masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat

Pelayaran Web Negatif.

Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah
memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan
terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan
terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan
pembaziran wang serta masa.3

2
 Al-Hujurat :6
3
 Khairul Azhar Idris, Teknologi Maklumat dan kesejahteraan Individu , http://www.e-
sakinah.com/Journal/artikel1.htm

Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.       3




Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak
sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai
dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina
tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan
tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud

“Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji ‘.4
Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling.
Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan
ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual

Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup
insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari
terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah
pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalan-
amalan buruk termasuk melayari laman web lucah.

Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks
seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian, penyakit
kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja.
Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005
ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka.
Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan disebar untuk umum melalui
internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G.

Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti
Malaya dan sebuah syarikat swasta5 pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia
15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelum.Kajian itu mendapati 76
peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan remaja
perempuan.

Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga
18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam
aktivitiseks.Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan
perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa.


Jenayah Internet

Pencerobohan dan penggodam lamanweb (Internet hacker), jenayah kerana melepaskan
komputer virus di Internet, penipuan kredit kad secara online, penyebaran maklumat dan
bahan yang salah melalui emel, penghasutan dan penyebaran fitnah menjadikan ICT
terpesong dari matlamat asalnya. Hal ini mencabar konsep dan falsafah hidup insan yang
sukakan keamanan, kedamaian dan keharmonian mereka tidak dicerobohi.

Kesan daripada gejala yang dinyatakan, membawa kerugian dan menjejaskan
kesejahteraan mental dan emosi. Malahan ia mampu menggugat kestabilan ekonomi,
kesihatan, maruah dan perhubungan manusia.


4
    Al Isra’ : 17
5
    Harian Metro “Gejala Seks di kalangan remaja” 9 Ogos 2005

Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.       4




Penyebaran Fitnah dan Gossip

Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama
yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu
pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar
menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim
pilihanraya.
Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran
Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan
terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam
al-Quran yang bermaksud “Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”6

Permasalahan Remaja

Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong
mereka menghabiskan masa di cyber café ,internet café dan telefon tangan. Program
seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya
membawa kesan dan cabaran tersendiri.

Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang
ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang
sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka.
Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka.
Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat
dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan
orangramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu
persekolahan dan selepas persekolahan.

Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber café, tidak ada kawalan
keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini
menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-
pusat internet.

Aktiviti Perjudian

Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya
penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan
judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja.
Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman
Allah dalam al-Quran bermaksud « Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak,
judi, menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu
hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”7.

Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa

Perpatah Melayu ada menyebut:

“Yang Kurek Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga”
“Yang Elok Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa”

6
    Al Baqarah : 191
7
    Al Maidah : 90

Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.                           5




Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah
paradiqma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam
aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia.
Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau
perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kueh
tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia.
Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan
bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya
terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama
di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan
berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya.
Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya
jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri.

Perspektif Islam mengenai ICT

Adalah suatu perkara yang tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa Islam adalah satu agama
yang untuk semua zaman dan keadaan. Di dalam Islam persoalan ilmu adalah menjadi teras
kepada kehidupan manusia untuk sentiasa relevan. Ini dapat dilihat dengan turunnya
wahyu yang pertama merupakan satu arahan untuk membaca.8 Ayat tersebut bermaksud :

“Bacalah (ya Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Telah menciptakan
manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah. Yang mengajarkan
(menulid) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak
diketahuinya”9

Membaca adalah merupakan satu cara utama mengecapi, memahami dan seterusnya
mengausai ilmu pengetahuan. Ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan
mencakupi pelbagai bidang dan sub-bidang. ICT merupakan salah satu daripada bidang
ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam.

Islam dan umatnya tidak dapat lari daripada turut sama berada di dalam arus perdana
perkembangan ICT10 .Proses perkembangan ini dilihat akan mewujudkan satu masyarakat
berilmu di dalam abad informasi ini. Andai kata umat Islam memilih untuk tidak berada di
dalam arus perdana ini, maka umat Islam akan terus netinggalan jauh ke belakang. Umat
Islam perlu mengambil kesempatan yang disediakan melalui teknologi ini untuk:

(i)     Menyebarkan dakwah dan memberi penerangan mengenai kebenaran dan kesucian
agama Islam dengan menggunakan multimedia dan internet ;
(ii)    Menambahkan kefahaman mengenai dunia, budaya dan peradaban melalui peluang
untuk melayar (surfing) laman-laman web di internet;
(iii)   Memahami dan menghormati nilai-nilai kemanusian dengan mengaplikasikan adab
menggunakan internet atau netiquette semasa menggunakan pelbagai kemudahan melalui
internet seperti laman web, mel elektronik, perbualan geganti internet atau internet relay
chat (IRC), rangkaian teletaip (teletype network, TELNET) dan sebagainya.



8
  Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (2000). “Merombak dan Membentuk Imej Islam dengan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT)” Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur:
IKIM. MS 52
9
  Al Alaq : 1 - 5
10
   Ziauddin Sardar, Explorations in Islamic Science, Mansell, London.Ms 42

Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.                        6




KEPERLUAN ETIKA ISLAM

Tidak dapat dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan menyeluruh
amat diperlukan pada zaman ini bagi mengawal dan “mengadapkan” manusia.
Dengan satu harapan suci lagi murni, melahirkan umat Malaysia khususnya dan
dunia amnya yang akan disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.11
a.       Nilai Murni
Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan
pembangunan individu serta masyarakat . Nilai ini perlu dikembangkan bagi
membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat.12 Antaranya
termasuklah nilai kejujuran, kesetiaan, keadilan dan sebagainya.
Dalam dunia ICT ini, di mana Internet menjadi senjata utama manusia, maka amat
perlu dipastikan mereka yang terlibat di dalam dalamnya sentiasa terpandu dengan
nilai ini. Sebagai contoh seorang pengguna Internet wajar tahu setakat mana hak
penggunaannya. Pembuat laman web mesti sedar apakah berita yang disebarkan
itu akan menambah nilai kepada masyarakat atau sebaliknya. Pengamalan kepada
nilai murni ini pastinya akan membimbing manusia ICT.

b.      Nilai Moral
Ia merupakan nilai asas dan fundamental di dalam pembinaan individu dan
masyarakat. Mempertahankan kebaikan dan menolak keburukan serta tindakan
yang memperjuangkan kebenaran perlu dipertingkat di dalam masyarakat dewasa
ini. Semua manusia mesti sedar moral individu yang baik maka akan lahirlah satu
masyarakat yang cemerlang.

c.     Nilai Etika
Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab
moral dan social, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited
terhadap peraturan dan lunas-lunas yang berhemah.
Islam sebagai contoh telah menyediakan asas etika dan akhlak yang luhur untuk
diamalkan oleh semua peringkat manusia di zaman siber ini. Asas sifat seperti
Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataonah wajar dipraktiskan dalam seluruh generasi
ICT.

Sikap Siddiq yang bermaksud “benar” amat besar perananya dalam hidup manusia.
Permasalahan kerakusan “manusia pornografi” akan dapat diatasi jika manusia
seluruhnya sentiasa memastikan setiap tindakan mereka sentiasa benar. Hal ini
hanya dapat dipastikan jika manusia itu punyai iman dan pekerti yang luhur.
Amanah sebagai standard umum perbuatan manusia akan melahirkan generasi yang
“success” dalam segenap lapangan. Penyebar maklumat yang amanah akan
sentiasa memastikan bahan yang disebar adalah betul dan tepat dan akan
dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Didikan terhadap perbuatan amanah ini
mestilah dilakukan sejak manusia itu diperingkat “rebung”.
Sifat Tabligh pula akan memastikan amalan menyuruh manusia berbuat kebaikan
dan melarang manusia berbuat kejahatan akan berterusan. Setiap individu yang



11
  S.Salahudin Suyurno @sss & Mohd Yadman Sarwan (2003)“KOLOKIUM PEMANTAPAN ILMU ISLAM 2003”
anjuran PPI dan ILQAB. Pada 05 Jun 2003
12
 Abd Rahim Abd Rashid (2001). Perubahan Paradigma Nilai: Ke Arah Transformasi Sosial dan Pembentukan
Malaysia Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ms.13

Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.                                   7



terlibat secara landsung ataupun tidak secara lansung dalam dunia Internet dan
maklumat sewajarnya faham akan maksud “tabligh”.
Manakala sifat atau standard Fatonah juga sewajarnya disebarluaskan dikalangan
umat ICT. Fatonah yang bermaksud bijaksana akan mendorong manusia sentiasa
berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu di dalam Internet. Jika sifat ini berjaya
ditanam dalam jiwa manusia seluruhnya maka standard etika yang cemerlang akan
berjaya diaplikasikan dalam masyarakat dunia. Sebab “the character of the Muslim
community is not determined by the rituals alone”.13 Muslim mesti tahu bagaimana
memperbetulkan segala serangan dan dakyah yang dilontar terhadap mereka.

d.      Nilai Kerohanian
Nilai kerohanian tidak dapat dinafikan akan kepentingannya. Ia menjadi benteng
ulung bagi membina kekuatan, ketahanan dan peribadi seseorang. Jiwa yang kuat
akan melahirkan individu yang cemerlang.
Sebagai sebuah masyarakat malaysia yang unggul maka sewajarnya kita biasakan
diri dengan nilai kerohania yang mulia. Malaysia akan dipandang mulia jika
masyarakatnya berhati budi dalam segenap perkara, samada dari aspek hubungan
individu hinggalah ke aspek ICTnya.

e.      Nilai Budaya
Nilai budaya ialah nilai-nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat atau
bangsa. Budaya masyarakat melayu terkenal dengan identiti tersendiri yang
dipengaruhi kuat oleh adat, kepercayaan, tradisi, kemasyarakatn, bahasa, baik
hati, dan lain-lain lagi. Nilai budaya yang baik . Jika dilihat Malaysia sebagai
sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara maka
sewajarnya nilai-nilai baik ini disebarluaskan diseluruh pelusok negara.
Kepenggunaan Internet harus diterima dengan hati yang terbuka, tetapi ia harus di
pandu dengan etika dan akhlak mulia agar menjadi budaya masyarakat Malaysia,
melayari Internet untuk mencari maklumat adalah satu kebiasaan dan maklumat
yang diakses hanyalah maklumat yang dapat memantapkan minda dan hati nurani.
Penyemaian nilai hormat wajar diberi keutamaan. Meletakkan nilai hormat yang
tepat dan bersesuaian dengan kehendak ajaran mulia agama dalam institusi ICT
dewasa ini adalah satu kemestian.

f.      Nilai Jujur
Kejujuran adalah asas dalam perlakuan manusia. Bagi seseorang muslim setiap
amal mereka dinilai berdasarkan kepada eikhlasan dan kejujuran. Nabi Muhammad
menjelaskan dalam hadis baginda yang bermaksud “ Setiap amal bermula dengan
Niat”. Satu perkara yang dapat kita laksanakan ialah memaparkan pada papan skrin
mengenai etika melayari laman web. Ia dapat membantu mendidik seseorang
daripada melakukan sesuatu yang salah dan membina kejujuran diri.




13
  S.Salahudin dan Aini Faezah (2000). “The Needs of Ethical Qualities in Administration”. Fakultas Jurnal Kolej
Cempaka/Kenanga: UiTM. Uitm: Shah Alam. ms 85

Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.                        8



PENUTUP

Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan
masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber
yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa
rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika
kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa
perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya.14 Islam
mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar yang satu menghormati yang
lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya,
kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya.15 Adalah menjadi harapan besar
negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber ini maka
masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang yang boleh
merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya
yang akan diakses oleh manusia sejagat.


RUJUKAN

Abd Rahim Abd Rashid (2001). Perubahan Paradigma Nilai: Ke Arah Transformasi
    Sosial dan Pembentukan Malaysia Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
    Distributors Sdn Bhd
Chee Peng Lim (1986), Small Industries in Malaysia, Kuala Lumpur :Berita
    Publishing Sdn. Bhd.
Fathi yakan (1985) Generasi Muda dan Perubahan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam
Khairul Azhar Idris, Teknologi Maklumat dan kesejahteraan Individu , http://www.e-
    sakinah.com/Journal/artikel1.htm
Ismail Hj. Ibrahim (2000) “Memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
    Untuk Islam” Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
    Kuala Lumpur: IKIM
Khairul Azhar Idris ( ), Teknologi Maklumat dan Kesejahteraan Individu, Kuala Lumpur,
    IKIM
Mashita, S.Salahudin dan Azizon (2002). Penggunaan Internet di kalangan pelajar-
    pelajar Uitm dalam pencarian maklumat –maklumat Islam. Shah Alam:
    Research BRC UiTM
Makhdzir Mardan (2000). “Mendaki Zaman Perubahan Yang Berterusan”. Memahami
    Islam Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: IKIM
Mohd Yadman Sarwan S.Salahudin Suyurno @sss            (2003) Keperluan Kepada
    Standard Etika Kepenggunaan Internet di Malaysia “KOLOKIUM PEMANTAPAN
    ILMU ISLAM 2003” anjuran PPI dan ILQ AB. Pada 05 Jun 2003
Palani Murugappan (1999). Internet Langkah Demi Langkah. Kuala Lumpur: Venton
    Publishing
Sayid Sabiq (1978). Unsur-Unsur Kekuatan Dalam Islam. (ter) Singapura: Pustaka
    Nasional.
Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (2000). “Merombak dan Membentuk
    Imej Islam dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)” Memahami Islam
    Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: IKIM
S.Salahudin dan Aini Faezah (2000). “The Needs of Ethical Qualities in
Administration”. Fakultas Jurnal Kolej Cempaka/Kenanga: UiTM. Uitm: Shah Alam


14
     Fathi yakan (1985) Generasi Muda dan Perubahan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Ms. 10.
15
     Sayid Sabiq (1978). Unsur-Unsur Kekuatan Dalam Islam. (ter) Singapura: Pustaka Nasional. Ms 237

Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya.    9



S.Salahudin Suyurno (1999) Maklumat: Keperluan Umat Kepada Falsafah
    Pengurusan Maklumat Secara Islam. Disertasi Msc. Info Mgt. Uitm Shah Alam
S.Salahudin Suyurno (2002) “Keperluan Pengurusan Maklumat Secara Islam” Jurnal
    Tasawwur Islam. PPI: UiTM Shah Alam Ziauddin Sardar, Explorations in Islamic
    Science, Mansell, London.1989




Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM

More Related Content

What's hot

Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber Darx Sidez
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajianmunnianwar
 
Cabaran penggunaan internet dan media sosial
Cabaran penggunaan internet dan media sosialCabaran penggunaan internet dan media sosial
Cabaran penggunaan internet dan media sosialShaiffulnizam Mohamad
 
Topik 7 - Pengaruh ICT ketas Kesepaduan Nasional.pptx
Topik 7 - Pengaruh ICT ketas Kesepaduan Nasional.pptxTopik 7 - Pengaruh ICT ketas Kesepaduan Nasional.pptx
Topik 7 - Pengaruh ICT ketas Kesepaduan Nasional.pptxFARHABINTIMUHAMMADPT
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduangoogle
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasaQaseh Zulaikha
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAUNie ONie
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moralSucram Suna
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaannasywah79
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Amirul Ezuan
 
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabpengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabVertigo Nopristine
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIALAsri Mohad
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirfiro HAR
 
Topik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdabanTopik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdabanSharifahNurAbu
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internetanaiyl91
 
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLEFALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLEHusna M
 

What's hot (20)

Jenayah siber
Jenayah siber Jenayah siber
Jenayah siber
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
Rumusan kajian
Rumusan kajianRumusan kajian
Rumusan kajian
 
Cabaran penggunaan internet dan media sosial
Cabaran penggunaan internet dan media sosialCabaran penggunaan internet dan media sosial
Cabaran penggunaan internet dan media sosial
 
Undang-undang siber
Undang-undang siberUndang-undang siber
Undang-undang siber
 
Topik 7 - Pengaruh ICT ketas Kesepaduan Nasional.pptx
Topik 7 - Pengaruh ICT ketas Kesepaduan Nasional.pptxTopik 7 - Pengaruh ICT ketas Kesepaduan Nasional.pptx
Topik 7 - Pengaruh ICT ketas Kesepaduan Nasional.pptx
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduanCara cara untuk mengekalkan perpaduan
Cara cara untuk mengekalkan perpaduan
 
2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa2.4.2 pengasingan kuasa
2.4.2 pengasingan kuasa
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moral
 
Pindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaanPindaan perlembagaan
Pindaan perlembagaan
 
Malayan Union 1946
Malayan Union 1946Malayan Union 1946
Malayan Union 1946
 
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adabpengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
pengenalan etika, nilai, moral, akhlak dan adab
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
 
Konsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikirKonsep kemahiran berfikir
Konsep kemahiran berfikir
 
Topik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdabanTopik 9 cabaran etika dan perdaban
Topik 9 cabaran etika dan perdaban
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 
Etika penggunaan internet
Etika penggunaan internetEtika penggunaan internet
Etika penggunaan internet
 
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLEFALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
FALSAFAH ETIKA ARISTOTLE
 

Viewers also liked

1.4 kesan tmk kepada masyarakat
1.4 kesan tmk kepada masyarakat1.4 kesan tmk kepada masyarakat
1.4 kesan tmk kepada masyarakatrazak12345
 
Awas Jenayah Siber
Awas Jenayah SiberAwas Jenayah Siber
Awas Jenayah Siberhafizsafiai
 
Lampiran 2 kesan-kesan ict dlm masyarakat
Lampiran 2   kesan-kesan ict dlm masyarakatLampiran 2   kesan-kesan ict dlm masyarakat
Lampiran 2 kesan-kesan ict dlm masyarakatUmmu Iman
 
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...Nurul Atikah
 
Jenayah siber
Jenayah siberJenayah siber
Jenayah siberYfook Ng
 
Thinking maps ipgkpm
Thinking maps ipgkpmThinking maps ipgkpm
Thinking maps ipgkpmsofatimah
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatJus Oren
 
Ppt eka seks bebas
Ppt eka seks bebasPpt eka seks bebas
Ppt eka seks bebaseka71
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARNaveen Segaran
 

Viewers also liked (14)

1.4 kesan tmk kepada masyarakat
1.4 kesan tmk kepada masyarakat1.4 kesan tmk kepada masyarakat
1.4 kesan tmk kepada masyarakat
 
Kesan ict
Kesan ictKesan ict
Kesan ict
 
Awas Jenayah Siber
Awas Jenayah SiberAwas Jenayah Siber
Awas Jenayah Siber
 
Lampiran 2 kesan-kesan ict dlm masyarakat
Lampiran 2   kesan-kesan ict dlm masyarakatLampiran 2   kesan-kesan ict dlm masyarakat
Lampiran 2 kesan-kesan ict dlm masyarakat
 
Pengenalan 2
Pengenalan 2Pengenalan 2
Pengenalan 2
 
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
 
Jenayah siber
Jenayah siberJenayah siber
Jenayah siber
 
Jenayah komputer
Jenayah komputerJenayah komputer
Jenayah komputer
 
Penggodaman
Penggodaman Penggodaman
Penggodaman
 
Nota ict bab 1
Nota ict bab 1Nota ict bab 1
Nota ict bab 1
 
Thinking maps ipgkpm
Thinking maps ipgkpmThinking maps ipgkpm
Thinking maps ipgkpm
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumat
 
Ppt eka seks bebas
Ppt eka seks bebasPpt eka seks bebas
Ppt eka seks bebas
 
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJARKESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENGGUNAAN INTERNET DALAM KALANGAN PELAJAR
 

Similar to Cabaran dan impak ict terhadap bangsa

DAMPAK-SOSIAL-INFORMATIKA.pptx
DAMPAK-SOSIAL-INFORMATIKA.pptxDAMPAK-SOSIAL-INFORMATIKA.pptx
DAMPAK-SOSIAL-INFORMATIKA.pptxrudyyanto15
 
DAMPAK-SOSIAL INFORMATIKA-INFORMATIKA .pptx
DAMPAK-SOSIAL INFORMATIKA-INFORMATIKA .pptxDAMPAK-SOSIAL INFORMATIKA-INFORMATIKA .pptx
DAMPAK-SOSIAL INFORMATIKA-INFORMATIKA .pptxgilangsyahreza
 
Dampak sosial informatika bagi siswa smk kelas x
Dampak sosial informatika bagi siswa smk kelas xDampak sosial informatika bagi siswa smk kelas x
Dampak sosial informatika bagi siswa smk kelas xHarisHaris73
 
Perkembangan Teknologi Informasi Dan Dampaknya Terhadap Masyarakat
Perkembangan Teknologi Informasi Dan Dampaknya Terhadap MasyarakatPerkembangan Teknologi Informasi Dan Dampaknya Terhadap Masyarakat
Perkembangan Teknologi Informasi Dan Dampaknya Terhadap MasyarakatIchsan Smith
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Freedy Kalang
 
Makalah uas
Makalah uasMakalah uas
Makalah uasyuniii
 
K lipping globalisasi
K lipping globalisasiK lipping globalisasi
K lipping globalisasiAli Nasri
 
televisi,inte
televisi,intetelevisi,inte
televisi,inteelriq
 
Debby octavia
Debby octaviaDebby octavia
Debby octaviadebbyoct
 
Ppt tik hasna
Ppt tik hasnaPpt tik hasna
Ppt tik hasnatyhasnna
 
Ppt tik hasna
Ppt tik hasnaPpt tik hasna
Ppt tik hasnatyhasnna
 
dampak positif dan negatif perkembangan teknologi bagi kehidupan manusia
dampak positif dan negatif perkembangan teknologi bagi kehidupan manusiadampak positif dan negatif perkembangan teknologi bagi kehidupan manusia
dampak positif dan negatif perkembangan teknologi bagi kehidupan manusiajoened1983
 
Implementasi kurikulum Adab di SMA Islam Al Azhar 7 Solo Baru.pdf
Implementasi kurikulum Adab di SMA Islam Al Azhar 7 Solo Baru.pdfImplementasi kurikulum Adab di SMA Islam Al Azhar 7 Solo Baru.pdf
Implementasi kurikulum Adab di SMA Islam Al Azhar 7 Solo Baru.pdfrobiepoenya
 
Pentingnya filsafat dalam menyikapi pengaruh teknologi terhadap lingkungan
Pentingnya filsafat dalam menyikapi pengaruh teknologi terhadap lingkunganPentingnya filsafat dalam menyikapi pengaruh teknologi terhadap lingkungan
Pentingnya filsafat dalam menyikapi pengaruh teknologi terhadap lingkunganIqbalsyah19
 
New text document
New text documentNew text document
New text documentrhonie92
 
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikanPhotoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikanMuhammad Lukman Alhakim
 

Similar to Cabaran dan impak ict terhadap bangsa (20)

Topik 5
Topik 5Topik 5
Topik 5
 
DAMPAK-SOSIAL-INFORMATIKA.pptx
DAMPAK-SOSIAL-INFORMATIKA.pptxDAMPAK-SOSIAL-INFORMATIKA.pptx
DAMPAK-SOSIAL-INFORMATIKA.pptx
 
DAMPAK-SOSIAL INFORMATIKA-INFORMATIKA .pptx
DAMPAK-SOSIAL INFORMATIKA-INFORMATIKA .pptxDAMPAK-SOSIAL INFORMATIKA-INFORMATIKA .pptx
DAMPAK-SOSIAL INFORMATIKA-INFORMATIKA .pptx
 
Dampak sosial informatika bagi siswa smk kelas x
Dampak sosial informatika bagi siswa smk kelas xDampak sosial informatika bagi siswa smk kelas x
Dampak sosial informatika bagi siswa smk kelas x
 
Perkembangan Teknologi Informasi Dan Dampaknya Terhadap Masyarakat
Perkembangan Teknologi Informasi Dan Dampaknya Terhadap MasyarakatPerkembangan Teknologi Informasi Dan Dampaknya Terhadap Masyarakat
Perkembangan Teknologi Informasi Dan Dampaknya Terhadap Masyarakat
 
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
Cabaran media sosial dalam masyarakat dalam memastikan kestabilan dalam masya...
 
Makalah uas
Makalah uasMakalah uas
Makalah uas
 
K lipping globalisasi
K lipping globalisasiK lipping globalisasi
K lipping globalisasi
 
Forum 1
Forum 1Forum 1
Forum 1
 
televisi,inte
televisi,intetelevisi,inte
televisi,inte
 
Debby octavia
Debby octaviaDebby octavia
Debby octavia
 
Manusia dan teknologi
Manusia dan teknologiManusia dan teknologi
Manusia dan teknologi
 
Ppt tik hasna
Ppt tik hasnaPpt tik hasna
Ppt tik hasna
 
Ppt tik hasna
Ppt tik hasnaPpt tik hasna
Ppt tik hasna
 
dampak positif dan negatif perkembangan teknologi bagi kehidupan manusia
dampak positif dan negatif perkembangan teknologi bagi kehidupan manusiadampak positif dan negatif perkembangan teknologi bagi kehidupan manusia
dampak positif dan negatif perkembangan teknologi bagi kehidupan manusia
 
EDU 3039
EDU 3039EDU 3039
EDU 3039
 
Implementasi kurikulum Adab di SMA Islam Al Azhar 7 Solo Baru.pdf
Implementasi kurikulum Adab di SMA Islam Al Azhar 7 Solo Baru.pdfImplementasi kurikulum Adab di SMA Islam Al Azhar 7 Solo Baru.pdf
Implementasi kurikulum Adab di SMA Islam Al Azhar 7 Solo Baru.pdf
 
Pentingnya filsafat dalam menyikapi pengaruh teknologi terhadap lingkungan
Pentingnya filsafat dalam menyikapi pengaruh teknologi terhadap lingkunganPentingnya filsafat dalam menyikapi pengaruh teknologi terhadap lingkungan
Pentingnya filsafat dalam menyikapi pengaruh teknologi terhadap lingkungan
 
New text document
New text documentNew text document
New text document
 
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikanPhotoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
 

More from Shah Final

Program intervensi lima langkah
Program intervensi lima langkahProgram intervensi lima langkah
Program intervensi lima langkahShah Final
 
Kertas konsep program pemantapan pengajaran abad ke 21
Kertas konsep program pemantapan pengajaran abad ke 21Kertas konsep program pemantapan pengajaran abad ke 21
Kertas konsep program pemantapan pengajaran abad ke 21Shah Final
 
Membangun profesionalisme guru dan staf
Membangun profesionalisme guru dan stafMembangun profesionalisme guru dan staf
Membangun profesionalisme guru dan stafShah Final
 
1 panduan pegawai penilai (generik)
1 panduan pegawai penilai (generik)1 panduan pegawai penilai (generik)
1 panduan pegawai penilai (generik)Shah Final
 
Plan strategik hem
Plan strategik hemPlan strategik hem
Plan strategik hemShah Final
 

More from Shah Final (6)

Program intervensi lima langkah
Program intervensi lima langkahProgram intervensi lima langkah
Program intervensi lima langkah
 
Kertas konsep program pemantapan pengajaran abad ke 21
Kertas konsep program pemantapan pengajaran abad ke 21Kertas konsep program pemantapan pengajaran abad ke 21
Kertas konsep program pemantapan pengajaran abad ke 21
 
Membangun profesionalisme guru dan staf
Membangun profesionalisme guru dan stafMembangun profesionalisme guru dan staf
Membangun profesionalisme guru dan staf
 
1 panduan pegawai penilai (generik)
1 panduan pegawai penilai (generik)1 panduan pegawai penilai (generik)
1 panduan pegawai penilai (generik)
 
Plan strategik hem
Plan strategik hemPlan strategik hem
Plan strategik hem
 
Cepat baca
Cepat bacaCepat baca
Cepat baca
 

Cabaran dan impak ict terhadap bangsa

  • 1. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. 1 ISU, CABARAN DAN IMPAK ICT – SATU PENDEKATAN DALAM ISLAM Mohamed Imran Mohamed Ariff, Mohd Yadman Sarwan, Mohamad Zaki Zainul Universiti Teknologi Mara Perak, Kampus Seri Iskandar Pengenalan Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama. Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan. John Naisbitt (1990) meramalkan bahawa salah satu daripada sepuluh kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat. Maklumat tersangat berharga dalam dunia globalisasi hingga ia menadi penentu dan penggerak kepada masa depan. Kertas ini mengupas isu di mana ledakan teknologi membawa cabaran dan impak yang kuat terhadap pegangan dan penghayatan nilai-nilai murni agama dan pengaruh negatif yang merubah minda serta gaya hidup insan. Ia menghakis dan mengubah paradiqma tauhid, syariah dan akhlak mulia sehingga mengikis nilai-nilai keinsanan. Jesteru itu, suatu pendekatan dan tindakan yang menggunakan metedologi Islam perlu dilaksanakan bagi tujuan mengwal, mendidik dan menjamin agar pengaruh buruk ICT tidak menjadi barah kepada penyakit sosial yang sedia ada. Pendekatan Islam dikemukakan bagi tujuan mendidik dan mengawal individu daripada hanyut dan lemas dalam dunia tanpa sempadan. Pembangunan ICT di Malaysia Malaysia sebagai sebuah negara membangun dan dalam perjalanan menuju negara maju menjelang tahun 2020, pasti tidak ketinggalan dalam arus pembangunan teknologi maklumat. Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya degan beberapa sumber asli seperti minyak, getah dan kelapa sawit menjadikannya sebuah negara maju dalam industri, makmur dan mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara.1 Menurut Akbar S. Ahmed (1994) perkembangan teknologi maklumat mempengaruhi perkembangan system teknologi komunikasi. Peralatan seperti mesin fakmili, komputer, internet dan satelit telah membantu dan mempermudahkan manusia berkomunikas dan berinteraksi tanpa batas sempadan dan ruang waktu. 1 Chee Peng Lim, 1986, Small Industries in Malaysia Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
  • 2. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. 2 Kemajuan dalam bidang industri mendorong ke arah penggunaan teknologi dalam semua bidang. Pendidikan merupakan asset utama bagi mencapai dan merealisasikan negara maju seiring dengan kepesatan pembangunan teknologi maklumat. Teknologi telah memberi impak yang besar kepada pendidikan di Malaysia. Misalnya, teknologi telah mengubah cara kita membina pengetahuan, cara kita mengajar dan belajar, cara kita berkomunikasi, mendapatkan maklumat dan memudahkan pembelajaran. Lapuran perkembangan menunjukkan indek kegunaan dan keperluan terhadap ICT adalah suatu perkembangan yang memberangsangkan. Kajian mendapati tahap celik kumputer meningkat dari tahun ke tahun. ICT telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam pendidikan, teknologi, komunikasi dan ekonomi. Namun tanpa menafikan sumbangan dan kebaikan dari pembangunan ICT terhaap manusia sejagat, kita dapati kesan dan pengaruh negatif juga menjadi cabaran besar dan menggugat sosiobudaya insan. Isu-Isu, Cabaran dan Impak Dalam Dunia ICT di Malaysia Kesahihan maklumat. Berpandukan kepada dalil Naqli iaitu ayat al-Quran Allah berfirman yang bermaksud : “Sekiranya datang kepadamu orang yang fasik(jahat) membawa berita maka hendaklah kamu berwaspada(berhati-hati) akan kebenarannya”.2 Maklumat yang tepat dan benar kesahihannya adalah penting bagi menjamin tidak berlaku penyelewengan dan kepalsuan fakta. Terutama sekali dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan bagi menyeleweng dan melakukan dusta bagi tujuan menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran terhadap proses tradisonal dalam mendapatkan maklumat yang sahih. Misalnya dengan hanya merujuk kepada bahan dari internet seperti al-Quran kemungkinan berlaku kesalahan fakta seperti ayat dari versi Israeliyat. Oleh itu seseorang perlu merujuk kepada simber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesan yang nyata dari amalan ini ialah ramai pencari maklumat mudah mempercayai bahan yang diperolehi dari internet. Rujukan maklumat semata-mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat Pelayaran Web Negatif. Minat dan kesukaan melawati laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah memberi kesan negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah, nilai keperibadian, dorongan terhadap jenayah seksualiti, masalah perundangan, perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.3 2 Al-Hujurat :6 3 Khairul Azhar Idris, Teknologi Maklumat dan kesejahteraan Individu , http://www.e- sakinah.com/Journal/artikel1.htm Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
  • 3. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. 3 Kewujudan laman web lucah yang mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa memberi kesan negatif terhadap perubahan nilai dan gaya hidup mereka. Larangan agama terhadap perlakuan yang boleh menghampiri zina tidak mampu menyekat remaja dan golongan dewasa daripada menghindari perbuatan tercela. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud “Jangan kamu hampiri perbuatan Zina kerana ia adalah amalan yang sangat keji ‘.4 Ketagihan internet ini tertumpu kepada cybersex addiction dan comulsive gambling. Material berkaitan sex begitu mudah dan tersiar di internet dengan pelbagai dimensi dan ilustrasi pornografi dan chatroom yang membicarakan unsur-unsur seksual Kewujudan berbagai bentuk laman web negatif telah mencabar nilai dan gaya hidup insaniah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Pendidikan Islam jelas mencegah umat dari terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Pendidikan akhlak menurut Islam ialah pembentukan jiwa dan peribadi muslim yang mampu menjaga dan menjauhi amalan- amalan buruk termasuk melayari laman web lucah. Impak kepada gejala ini maka merebaklah bermacam penyakit sosial akibat ketagihan seks seperti perzinaan, pelacuran, penularan HIV/AIDS, Homoseksual dan Lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan remaja. Menurut laporan akhbar dan kajian oleh penyelidik Universiti Malaya pada tahun 2005 ramai remaja sudah melakukan hubungan seks dalam menjalinkan perhubungan mereka. Malahan ada yang merakamkan untuk simpanan peribadi dan disebar untuk umum melalui internet dan telefon peribadi menggunakan teknologi 3G. Berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Universiti Malaya dan sebuah syarikat swasta5 pada tahun lalu mendapati 13 peratus remaja berusia 15 hingga 21 tahun pernah mengadakan hubungan seks sebelum.Kajian itu mendapati 76 peratus daripada respondennya remaja lelaki manakala 61 peratus membabitkan remaja perempuan. Dalam kajian lain Kementerian Kesihatan terhadap remaja bersekolah berumur 13 hingga 18 tahun mendapati 1.8 peratus daripadanya mengaku pernah terbabit dalam aktivitiseks.Walaupun isu seks bebas remaja membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan, permasalah lebih besar sering melingkungi kaum hawa. Jenayah Internet Pencerobohan dan penggodam lamanweb (Internet hacker), jenayah kerana melepaskan komputer virus di Internet, penipuan kredit kad secara online, penyebaran maklumat dan bahan yang salah melalui emel, penghasutan dan penyebaran fitnah menjadikan ICT terpesong dari matlamat asalnya. Hal ini mencabar konsep dan falsafah hidup insan yang sukakan keamanan, kedamaian dan keharmonian mereka tidak dicerobohi. Kesan daripada gejala yang dinyatakan, membawa kerugian dan menjejaskan kesejahteraan mental dan emosi. Malahan ia mampu menggugat kestabilan ekonomi, kesihatan, maruah dan perhubungan manusia. 4 Al Isra’ : 17 5 Harian Metro “Gejala Seks di kalangan remaja” 9 Ogos 2005 Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
  • 4. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. 4 Penyebaran Fitnah dan Gossip Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang selalu dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gossip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah disebar menggunakan laman web internet, sms, mms dan media lain terutama di musim pilihanraya. Hal ini mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah yang sangat besar. Fitnah memberi kesan terhadap maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud “Fitnah itu lebih merbahaya dari membunuh”6 Permasalahan Remaja Minat remaja terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka menghabiskan masa di cyber café ,internet café dan telefon tangan. Program seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku, meminjam wang teman bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa adalah pemimpin kepada anak-anak mereka. Menurut ajaran Islam setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap pengikut mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orangramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber café, tidak ada kawalan keluarga dan berkembangbiaknya masalah serta gejala sosial di kalangan remaja. Hal ini menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat- pusat internet. Aktiviti Perjudian Pihak berkuasa tempatan, polis dan agensi yang terlibat mendapati berlakunya penyalahgunaan pusat internet sebagai pusat judi. Permainan video yang berorientasikan judi mendapat perhatian di kalangan orang dewasa dan anak-anak remaja. Kegiatan perjudian mencabar nilai hidup Islam yang jelas mengharamkan judi. Firman Allah dalam al-Quran bermaksud « Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, menenun nasib dan menyembah berhala adalah kotor dari amalan syaitan . Oleh itu hendaklah kamu jauhi mudahan kamu berjaya”7. Perubahan Gaya Hidup dan Pencemaran Bahasa Perpatah Melayu ada menyebut: “Yang Kurek Itu Kendi, Yang Merah Itu Saga” “Yang Elok Itu Budi, Yang Indah Itu Bahasa” 6 Al Baqarah : 191 7 Al Maidah : 90 Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
  • 5. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. 5 Pengaruh ICT yang menular dalam kehidupan moden hari ini jelas telah berjaya merubah paradiqma sosiobudaya dan bahasa komunikasi. Penjajahan budaya hidup Barat dalam aspek pakaian, makanan, minuman, tingkahlaku, hiburan telah menukar jati diri manusia. Pakaian tradisonal setiap kaum dan bangsa hanya menjadi pakaian rasmi acara atau perayaan. Ia tidak lagi menjadi pakaian harian yang dibanggakan. Makanan seperti kueh tradisional bertukar dengan makanan impot dengan pelbagai jenama terkenal di dunia. Seperkara yang menarik dalam isu ICT ialah berlakunya tanpa disedari iaitu kerosakan bahasa. Bahasa sms dan chatting memerlukan tulisan yang ringkas dan mudah. Kesannya terbawa sehingga banyak pihak menerima pakai dalam komunikasi harian mereka terutama di kalangan anak remaja. Misalnya perkataan Assalamualaikum sudah diringkaskan dengan berbagai cara seperti Asm.,Akum, Aslam dan Salam mulai tersebar penggunaannya. Perkataan ini jelas tidak tepat dari susunan ejaan, kata-kata dan maknanya sendiri. Ianya jelas merosakkan penggunaan istilah, perkataan dan bahasa itu sendiri. Perspektif Islam mengenai ICT Adalah suatu perkara yang tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa Islam adalah satu agama yang untuk semua zaman dan keadaan. Di dalam Islam persoalan ilmu adalah menjadi teras kepada kehidupan manusia untuk sentiasa relevan. Ini dapat dilihat dengan turunnya wahyu yang pertama merupakan satu arahan untuk membaca.8 Ayat tersebut bermaksud : “Bacalah (ya Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu amat pemurah. Yang mengajarkan (menulid) dengan pena. Yang mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya”9 Membaca adalah merupakan satu cara utama mengecapi, memahami dan seterusnya mengausai ilmu pengetahuan. Ruang lingkup ilmu pengetahuan adalah amat luas dan mencakupi pelbagai bidang dan sub-bidang. ICT merupakan salah satu daripada bidang ilmu yang perlu dikuasai oleh umat Islam. Islam dan umatnya tidak dapat lari daripada turut sama berada di dalam arus perdana perkembangan ICT10 .Proses perkembangan ini dilihat akan mewujudkan satu masyarakat berilmu di dalam abad informasi ini. Andai kata umat Islam memilih untuk tidak berada di dalam arus perdana ini, maka umat Islam akan terus netinggalan jauh ke belakang. Umat Islam perlu mengambil kesempatan yang disediakan melalui teknologi ini untuk: (i) Menyebarkan dakwah dan memberi penerangan mengenai kebenaran dan kesucian agama Islam dengan menggunakan multimedia dan internet ; (ii) Menambahkan kefahaman mengenai dunia, budaya dan peradaban melalui peluang untuk melayar (surfing) laman-laman web di internet; (iii) Memahami dan menghormati nilai-nilai kemanusian dengan mengaplikasikan adab menggunakan internet atau netiquette semasa menggunakan pelbagai kemudahan melalui internet seperti laman web, mel elektronik, perbualan geganti internet atau internet relay chat (IRC), rangkaian teletaip (teletype network, TELNET) dan sebagainya. 8 Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (2000). “Merombak dan Membentuk Imej Islam dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)” Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: IKIM. MS 52 9 Al Alaq : 1 - 5 10 Ziauddin Sardar, Explorations in Islamic Science, Mansell, London.Ms 42 Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
  • 6. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. 6 KEPERLUAN ETIKA ISLAM Tidak dapat dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan menyeluruh amat diperlukan pada zaman ini bagi mengawal dan “mengadapkan” manusia. Dengan satu harapan suci lagi murni, melahirkan umat Malaysia khususnya dan dunia amnya yang akan disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.11 a. Nilai Murni Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan pembangunan individu serta masyarakat . Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat.12 Antaranya termasuklah nilai kejujuran, kesetiaan, keadilan dan sebagainya. Dalam dunia ICT ini, di mana Internet menjadi senjata utama manusia, maka amat perlu dipastikan mereka yang terlibat di dalam dalamnya sentiasa terpandu dengan nilai ini. Sebagai contoh seorang pengguna Internet wajar tahu setakat mana hak penggunaannya. Pembuat laman web mesti sedar apakah berita yang disebarkan itu akan menambah nilai kepada masyarakat atau sebaliknya. Pengamalan kepada nilai murni ini pastinya akan membimbing manusia ICT. b. Nilai Moral Ia merupakan nilai asas dan fundamental di dalam pembinaan individu dan masyarakat. Mempertahankan kebaikan dan menolak keburukan serta tindakan yang memperjuangkan kebenaran perlu dipertingkat di dalam masyarakat dewasa ini. Semua manusia mesti sedar moral individu yang baik maka akan lahirlah satu masyarakat yang cemerlang. c. Nilai Etika Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan social, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan dan lunas-lunas yang berhemah. Islam sebagai contoh telah menyediakan asas etika dan akhlak yang luhur untuk diamalkan oleh semua peringkat manusia di zaman siber ini. Asas sifat seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataonah wajar dipraktiskan dalam seluruh generasi ICT. Sikap Siddiq yang bermaksud “benar” amat besar perananya dalam hidup manusia. Permasalahan kerakusan “manusia pornografi” akan dapat diatasi jika manusia seluruhnya sentiasa memastikan setiap tindakan mereka sentiasa benar. Hal ini hanya dapat dipastikan jika manusia itu punyai iman dan pekerti yang luhur. Amanah sebagai standard umum perbuatan manusia akan melahirkan generasi yang “success” dalam segenap lapangan. Penyebar maklumat yang amanah akan sentiasa memastikan bahan yang disebar adalah betul dan tepat dan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Didikan terhadap perbuatan amanah ini mestilah dilakukan sejak manusia itu diperingkat “rebung”. Sifat Tabligh pula akan memastikan amalan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan melarang manusia berbuat kejahatan akan berterusan. Setiap individu yang 11 S.Salahudin Suyurno @sss & Mohd Yadman Sarwan (2003)“KOLOKIUM PEMANTAPAN ILMU ISLAM 2003” anjuran PPI dan ILQAB. Pada 05 Jun 2003 12 Abd Rahim Abd Rashid (2001). Perubahan Paradigma Nilai: Ke Arah Transformasi Sosial dan Pembentukan Malaysia Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ms.13 Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
  • 7. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. 7 terlibat secara landsung ataupun tidak secara lansung dalam dunia Internet dan maklumat sewajarnya faham akan maksud “tabligh”. Manakala sifat atau standard Fatonah juga sewajarnya disebarluaskan dikalangan umat ICT. Fatonah yang bermaksud bijaksana akan mendorong manusia sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu di dalam Internet. Jika sifat ini berjaya ditanam dalam jiwa manusia seluruhnya maka standard etika yang cemerlang akan berjaya diaplikasikan dalam masyarakat dunia. Sebab “the character of the Muslim community is not determined by the rituals alone”.13 Muslim mesti tahu bagaimana memperbetulkan segala serangan dan dakyah yang dilontar terhadap mereka. d. Nilai Kerohanian Nilai kerohanian tidak dapat dinafikan akan kepentingannya. Ia menjadi benteng ulung bagi membina kekuatan, ketahanan dan peribadi seseorang. Jiwa yang kuat akan melahirkan individu yang cemerlang. Sebagai sebuah masyarakat malaysia yang unggul maka sewajarnya kita biasakan diri dengan nilai kerohania yang mulia. Malaysia akan dipandang mulia jika masyarakatnya berhati budi dalam segenap perkara, samada dari aspek hubungan individu hinggalah ke aspek ICTnya. e. Nilai Budaya Nilai budaya ialah nilai-nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat atau bangsa. Budaya masyarakat melayu terkenal dengan identiti tersendiri yang dipengaruhi kuat oleh adat, kepercayaan, tradisi, kemasyarakatn, bahasa, baik hati, dan lain-lain lagi. Nilai budaya yang baik . Jika dilihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara maka sewajarnya nilai-nilai baik ini disebarluaskan diseluruh pelusok negara. Kepenggunaan Internet harus diterima dengan hati yang terbuka, tetapi ia harus di pandu dengan etika dan akhlak mulia agar menjadi budaya masyarakat Malaysia, melayari Internet untuk mencari maklumat adalah satu kebiasaan dan maklumat yang diakses hanyalah maklumat yang dapat memantapkan minda dan hati nurani. Penyemaian nilai hormat wajar diberi keutamaan. Meletakkan nilai hormat yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak ajaran mulia agama dalam institusi ICT dewasa ini adalah satu kemestian. f. Nilai Jujur Kejujuran adalah asas dalam perlakuan manusia. Bagi seseorang muslim setiap amal mereka dinilai berdasarkan kepada eikhlasan dan kejujuran. Nabi Muhammad menjelaskan dalam hadis baginda yang bermaksud “ Setiap amal bermula dengan Niat”. Satu perkara yang dapat kita laksanakan ialah memaparkan pada papan skrin mengenai etika melayari laman web. Ia dapat membantu mendidik seseorang daripada melakukan sesuatu yang salah dan membina kejujuran diri. 13 S.Salahudin dan Aini Faezah (2000). “The Needs of Ethical Qualities in Administration”. Fakultas Jurnal Kolej Cempaka/Kenanga: UiTM. Uitm: Shah Alam. ms 85 Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
  • 8. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. 8 PENUTUP Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya.14 Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang seikhlas-ikhlasnya.15 Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan ketulusan dalam zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera. Tiada lagi unsur yang yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat. RUJUKAN Abd Rahim Abd Rashid (2001). Perubahan Paradigma Nilai: Ke Arah Transformasi Sosial dan Pembentukan Malaysia Baru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Chee Peng Lim (1986), Small Industries in Malaysia, Kuala Lumpur :Berita Publishing Sdn. Bhd. Fathi yakan (1985) Generasi Muda dan Perubahan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Khairul Azhar Idris, Teknologi Maklumat dan kesejahteraan Individu , http://www.e- sakinah.com/Journal/artikel1.htm Ismail Hj. Ibrahim (2000) “Memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Untuk Islam” Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: IKIM Khairul Azhar Idris ( ), Teknologi Maklumat dan Kesejahteraan Individu, Kuala Lumpur, IKIM Mashita, S.Salahudin dan Azizon (2002). Penggunaan Internet di kalangan pelajar- pelajar Uitm dalam pencarian maklumat –maklumat Islam. Shah Alam: Research BRC UiTM Makhdzir Mardan (2000). “Mendaki Zaman Perubahan Yang Berterusan”. Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: IKIM Mohd Yadman Sarwan S.Salahudin Suyurno @sss (2003) Keperluan Kepada Standard Etika Kepenggunaan Internet di Malaysia “KOLOKIUM PEMANTAPAN ILMU ISLAM 2003” anjuran PPI dan ILQ AB. Pada 05 Jun 2003 Palani Murugappan (1999). Internet Langkah Demi Langkah. Kuala Lumpur: Venton Publishing Sayid Sabiq (1978). Unsur-Unsur Kekuatan Dalam Islam. (ter) Singapura: Pustaka Nasional. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh (2000). “Merombak dan Membentuk Imej Islam dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)” Memahami Islam Melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kuala Lumpur: IKIM S.Salahudin dan Aini Faezah (2000). “The Needs of Ethical Qualities in Administration”. Fakultas Jurnal Kolej Cempaka/Kenanga: UiTM. Uitm: Shah Alam 14 Fathi yakan (1985) Generasi Muda dan Perubahan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Ms. 10. 15 Sayid Sabiq (1978). Unsur-Unsur Kekuatan Dalam Islam. (ter) Singapura: Pustaka Nasional. Ms 237 Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM
  • 9. Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 .UKM 6-7 Disember 2005. Putrajaya. 9 S.Salahudin Suyurno (1999) Maklumat: Keperluan Umat Kepada Falsafah Pengurusan Maklumat Secara Islam. Disertasi Msc. Info Mgt. Uitm Shah Alam S.Salahudin Suyurno (2002) “Keperluan Pengurusan Maklumat Secara Islam” Jurnal Tasawwur Islam. PPI: UiTM Shah Alam Ziauddin Sardar, Explorations in Islamic Science, Mansell, London.1989 Pusat Kajian E-Komuniti. FSSK-UKM