Sp maths kbsm

530 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
530
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
135
Actions
Shares
0
Downloads
10
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sp maths kbsm

  1. 1. Sukatan Pelajaran Matematik Sukatan Pelajaran MATEMATIK Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia
  2. 2. Sukatan Pelajaran Matematik PRAKATA Sukatan Pelajaran Matematik ini merupakan terjemahan sah kepada Syllabus, Mathematics yang telah disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi tujuan pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Bermula tahun 2010, Kabinet telah memutuskan agar Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan secara berperingkat setelah PPSMI dimansuhkan. Dalam proses peralihan tersebut, sekolah boleh menggunakan Bahasa Inggeris dan/atau bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik. Dasar MBMMBI ini juga membolehkan murid sekolah rendah dan menengah yang telah mengikuti P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Kurikulum Matematik sekolah Malaysia mengekalkan hasratnya untuk memperkembangkan ilmu matematik dan kecekapan serta menyemai sikap positif terhadap matematik dalam kalangan murid. Matematik untuk sekolah menengah menyediakan peluang untuk murid memperoleh ilmu dan kemahiran matematik serta memperkembangkan kemahiran menyelesai masalah dan membuat keputusan untuk membolehkan murid menangani cabaran kehidupan harian. Seperti mata pelajaran lain dalam kurikulum sekolah menengah, kurikulum Matematik bertujuan menanam nilai murni dan cinta kepada negara dalam membangunkan insan yang menyeluruh yang berupaya untuk menyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran negara dan rakyatnya. Selain daripada menekankan pengintegrasian proses matematik seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi secara matematik, menaakul, membuat perwakilan dan membuat perkaitan, kurikulum Matematik juga menekankan penggunaan teknologi. P&P Matematik yang digabungkan dengan penggunaan teknologi seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), kalkulator grafik dan perisian dinamik akan memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka dan mendalami konsep matematik yang dipelajari dengan lebih bermakna. Penggunaan teknologi mengasah daya fikir kritis dan kreatif murid apabila murid membina, menguji dan membuktikan konjektur. Selain itu, penggunaan TMK menyediakan peluang untuk murid berkomunikasi secara matematik bukan sahaja di persekitaran mereka, malah dengan murid dari negara lain, dan dalam proses tersebut menjadikan pembelajaran matematik lebih menarik dan menyeronokkan. Kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan Sukatan Pelajaran Matematik versi terjemahan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. DATO’ IBRAHIM BIN MOHAMAD Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia i
  3. 3. Sukatan Pelajaran Matematik RUKUN NEGARA BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsipprinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN ii
  4. 4. Sukatan Pelajaran Matematik FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. iii
  5. 5. Sukatan Pelajaran Matematik PENDAHULUAN Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi dalam penggunaan matematik untuk menangani cabaran hidup seharian adalah penting dalam merealisasikan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara industri. Justeru, usaha diambil untuk memastikan masyarakat yang mengasimilasikan matematik dalam kehidupan seharian mereka. Murid diasuh dari awal lagi dengan kemahiran menyelesaikan masalah dan berkomunikasi secara matematik, untuk membolehkan mereka membuat keputusan yang berkesan. Matematik penting dalam menyediakan tenaga kerja yang berupaya untuk memenuhi keperluan sebuah negara progresif. Oleh yang demikian, bidang ini mengambil peranan sebagai tenaga penggerak kepada pelbagai perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Selari dengan objektif negara untuk mewujudkan ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, kemahiran Kajian dan Pembangunan dalam matematik diasuh dan dikembangkan pada peringkat persekolahan. Matematik merupakan bidang pembelajaran yang melatih pemikiran logik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Disiplin ini menggalakkan pembelajaran bermakna dan mencabar fikiran, justeru menyumbang kepada perkembangan holistik seseorang individu. Ke arah mencapai matlamat ini, strategi penyelesaian masalah digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Perkembangan penaakulan matematik dipercayai mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan intelek dan kebolehan berkomunikasi murid. Oleh itu, kemahiran penaakulan matematik juga diasimilasikan dalam aktiviti matematik supaya murid dapat mengenal, membina dan menilai konjektur dan pernyataan matematik. Berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum Matematik menyediakan peluang kepada murid-murid yang mempunyai latar belakang dan keupayaan yang pelbagai untuk memperoleh kemahiran dan pengetahuan matematik. Dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut, mereka berkemampuan untuk mencari maklumat berkaitan serta kreatif dalam membentuk alternatif dan penyelesaian apabila berhadapan dengan cabaran masa depan. Kurikulum Matematik kerap dilihat sebagai terdiri daripada bidang-bidang diskret yang berkaitan dengan membilang, ukuran, geometri, algebra dan penyelesaian masalah. Bagi mengelakkan daripada bidang-bidang tersebut dilihat sebagai berasingan serta konsep dan kemahirannya dipelajari secara terpisah, matematik dikaitkan dengan kehidupan dan pengalaman seharian di dalam dan di luar sekolah. Murid akan berpeluang mengaitkan matematik dalam konteks yang berbeza dan melihat kerelevenan matematik dalam kehidupan seharian. 1
  6. 6. Sukatan Pelajaran Matematik Semasa memberi pandangan dan menyelesaikan masalah sama ada secara lisan atau penulisan, murid dibimbing untuk menggunakan bahasa dan daftar matematik yang betul. Murid dilatih untuk memilih maklumat yang dikemukakan dalam samada bahasa matematik ataupun bukan; mentafsir dan mewakilkan maklumat dalam jadual, graf, rajah, persamaan atau ketaksamaan; dan seterusnya mempersembahkan maklumat dengan jelas dan tepat, tanpa sebarang penyimpangan daripada maksud asal. Teknologi dalam pendidikan menyokong penguasaan dan pencapaian hasil pembelajaran yang dikehendaki. Teknologi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, contohnya kalkulator, seharusnya dianggap sebagai alat untuk memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan untuk menggantikan guru. Kepentingan juga diletak pada penghargaan terhadap keindahan matematik. Mengenalkan murid dengan sejarah hidup ahli matematik terkenal atau peristiwa penting, yang mana maklumat tersebut mudah diperolehi dari Internet dan sebagainya, memberi kesan jangka panjang dalam memotivasikan murid untuk menghargai matematik. Nilai intrinsik matematik khususnya berfikir secara sistematik, tepat, menyeluruh, tekun dan yakin, yang diterapkan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, menyumbang kepada pembentukan peribadi dan penyemaian sikap positif terhadap matematik. Selain itu, nilai murni juga diperkenalkan mengikut konteks sepanjang pengajaran dan pembelajaran matematik. Pentaksiran, dalam bentuk ujian dan peperiksaan membantu mengukur pencapaian murid. Penggunaan data pentaksiran yang baik daripada pelbagai sumber juga menyediakan maklumat berguna tentang perkembangan dan kemajuan murid. Petaksiran berterusan setiap hari dalam pembelajaran membolehkan kekuatan dan kelemahan murid serta keberkesanan aktiviti pengajaran dikenal pasti. Maklumat yang diperolehi daripada jawapan kepada soalan, hasil kerja kumpulan dan kerja rumah membantu guru memperbaiki proses pengajaran, dan seterusnya membolehkan penyediaan pembelajaran yang berkesan. 2
  7. 7. Sukatan Pelajaran Matematik MATLAMAT Kurikulum Matematik sekolah menengah bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi. OBJEKTIF Kurikulum Matematik sekolah menengah membolehkan murid: 1. Memahami definisi, konsep, hukum, prinsip, dan teorem yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan; 2. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor, Bentuk dan Perkaitan; 3. Menguasai kemahiran asas matematik iaitu:  membuat anggaran dan penghampiran;  mengukur dan membina;  memungut dan mengendali data;  mewakilkan dan mentafsir data;  mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik;  menggunakan algoritma dan perkaitan;  menyelesaikan masalah; dan  membuat keputusan. 4. Berkomunikasi secara matematik; 5. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran matematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan; 6. Menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain; 7. Menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka ilmu matematik; 8. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab; 9. Bersikap positif terhadap matematik; dan 10. Menghargai kepentingan dan keindahan matematik. 3
  8. 8. Sukatan Pelajaran Matematik ORGANISASI KANDUNGAN Kandungan kurikulum ini dipersembahkan dalam tiga bidang yang saling berhubung kait iaitu, NOMBOR, BENTUK dan RUANG, dan PERKAITAN. Dalam situasi seharian, seseorang individu secara umumnya memerlukan yang berikut:  Pengetahuan dan kemahiran berkaitan nombor seperti membilang dan menghitung (NOMBOR);  Pengetahuan dan kemahiran berkaitan bentuk dan ruang seperti mengenal ciri-ciri bentuk dan membuat pengukuran (BENTUK dan RUANG);  Pengetahuan dan kemahiran berkaitan pola, peraturan, prinsip am, hukum, hubungan dan lain-lain untuk tujuan mengenal dan memahami perkaitan yang melibatkan nombor dan bentuk (PERKAITAN). Pengajaran dan pembelajaran matematik menekankan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran dalam ketiga-tiga bidang seperti yang tersebut di atas serta penggunaan matematik untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai situasi. Oleh yang demikian, bidang berikut perlu diberi perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran:  Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah yang melibatkan empat langkah utama seperti memahami dan mentafsirkan masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi dan menyemak semula penyelesaian supaya murid dapat menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian secara berkesan;  Perkembangan kemahiran berfikir secara logik, sistematik dan kreatif berserta kemahiran menaakul untuk menghasilkan individu yang boleh berfikir secara logik dan rasional; dan  Penyemaian nilai intrinsik matematik dan nilai masyarakat Malaysia yang termasuk bersistematik, tepat, tekun, yakin, tidak membazir, bersederhana dan bekerjasama; iaitu semua yang menyumbang kepada pembentukan warganegara yang bertanggungjawab. 4
  9. 9. Sukatan Pelajaran Matematik KANDUNGAN Bahagian ini menggariskan unsur penting dalam setiap bidang, iaitu NOMBOR, BENTUK dan RUANG, dan PERKAITAN diikuti dengan senarai topik yang mentakrifkan skop setiap bidang. 1) NOMBOR Pemahaman nombor membolehkan murid membuat pengiraaan dan anggaran serta menganalisa dan menyelesaikan masalah berkaitan. Bidang ini adalah lanjutan kepada kurikulum Matematik sekolah rendah. Skop bidang ini adalah seperti berikut: 1.1 Nombor Bulat (a) Nilai tempat digit dalam nombor bulat. (b) Membundar nombor bulat. (c) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan nombor bulat. 1.2 Pecahan (a) Pecahan setara. (b) Pecahan wajar dan pecahan tak wajar. (c) Nombor bercampur. (d) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan pecahan. 1.3 Perpuluhan (a) Penukaran perpuluhan kepada pecahan dan begitu juga sebaliknya. (b) Nilai tempat digit bagi perpuluhan. (c) Membundarkan perpuluhan. (d) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan perpuluhan. 1.4 Peratusan (a) Peratusan dan simbol. (b) Pertambahan dan pengurangan satu kuantiti tertentu dalam sebutan peratus. (c) Kegunaan peratusan dalam perbandingan. 1.5 Nombor Negatif (a) Tanda + dan  dalam nombor. (b) Integer. (c) Pecahan negatif dan perpuluhan negatif. 5
  10. 10. Sukatan Pelajaran Matematik (d) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan nombor negatif dan positif. 1.6 Gandaan dan Faktor (a) Nombor perdana. (b) Gandaan. (c) Gandaan sepunya dan gandaan sepunya terkecil. (d) Faktor dan faktor perdana. (e) Faktor sepunya dan faktor sepunya terbesar. 1.7 Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga, Punca Kuasa Tiga (a) Kuasa dua. (b) Punca kuasa dua. (c) Kuasa tiga. (d) Punca kuasa tiga. 1.8 Bentuk Piawai (a) Angka bererti. (b) Nombor dalam bentuk piawai. (c) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan nombor dalam bentuk piawai. 1.9 Asas Nombor (a) Nombor dalam asas 2, 5 dan 8. (b) Nilai tempat digit dalam nombor dalam asas 2, 5 dan 8. (c) Penukaran nombor dalam asas 2, 5, 8 dan 10 dari satu asas ke asas yang lain. 2) BENTUK dan RUANG Bentuk dan ruang merupakan komponen penting dalam kurikulum Matematik sekolah menengah. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini dan aplikasinya dalam topik berkenaan adalah berguna dalam kehidupan seharian. Memperbaiki kefahaman dalam bidang ini akan membantu murid menyelesaikan masalah geometri dengan berkesan. Pada masa yang sama, murid akan juga memperbaiki kemahiran visual dan menghargai nilai estetik bentuk dan ruang. Skopnya adalah seperti berikut: 6
  11. 11. Sukatan Pelajaran Matematik 2.1 Ukuran Asas (a) Panjang. (b) Jisim. (c) Masa. 2.2 Garis dan Sudut (a) Sudut. (b) Unit ukuran sudut. (c) Jenis sudut. (d) Garis bersilang. (e) Sifat sudut berkaitan garis bersilang. (f) Garis selari. (g) Sifat sudut berkaitan garis selari. 2.3 Poligon (a) Jenis poligon. (b) Garis simetri. (c) Jenis segitiga. (d) Sifat sudut berkaitan segitiga. (e) Jenis sisiempat. (f) Sifat sudut berkaitan sisiempat. (g) Poligon sekata. (h) Sifat sudut berkaitan poligon sekata. 2.4 Perimeter dan Luas (a) Perimeter. (b) Luas segitiga dan sisiempat. 2.5 Binaan Geometri (a) Pembinaan tembereng garis, segitiga, pembahagi dua sama serenjang, serenjang pada satu garis, sudut, pembahagi dua sama sudut, garis selari dan segiempat selari. (b) Lukisan berskala. 2.6 Lokus dalam Dua Matra (a) Lokus pergerakan satu titik yang memenuhi satu syarat. (b) Lokus dua matra satu titik yang memenuhi lebih daripada satu syarat. 7
  12. 12. Sukatan Pelajaran Matematik 2.7 Bulatan (a) Bulatan dan bahagian-bahagiannya. (b) Ukurlilit dan panjang lengkok. (c) Luas bulatan dan luas sektor. (d) Sifat sudut berkaitan bulatan dan sisiempat kitaran. (e) Tangen kepada bulatan. (f) Sifat sudut berkaitan tangen kepada bulatan. (g) Tangen sepunya kepada bulatan. 2.8 Pepejal Geometri (a) Jenis pepejal geometri. (b) Bentangan. (c) Luas permukaan pepejal geometri. (d) Isipadu. 2.9 Teorem Pythagoras (a) Teorem Pythagoras. (b) Akas Teorem Pythagoras. 2.10 Trigonometri (a) Ukuran sudut dalam darjah dan minit. (b) Sinus, kosinus and tangen bagi sudut. (c) Penyelesaian segitiga (berdasarkan kepada penyelesaian segitiga bersudut tegak). 2.11 Bearing (a) Arah kompas. (b) Bearing. 2.12 Sudut Dongakan dan Sudut Tunduk (a) Sudut dongakan. (b) Sudut tunduk. 2.13 Garis dan Satah dalam Tiga Matra (a) Normal kepada satah dan unjuran satu garis ke atas satu satah. (b) Sudut antara garis dan satah. (c) Sudut antara dua satah bersilang. 8
  13. 13. Sukatan Pelajaran Matematik 2.14 Plan dan Dongakan (a) Unjuran ortogon. (b) Plan pepejal. (c) Dongakan depan dan dongakan sisi pepejal. 2.15 Bumi sebagai Sfera (a) Longitud dan latitud. (b) Jarak sepanjang meridian dan sepanjang selarian latitud. (c) Jarak terpendek di atas permukaan bumi. (d) Batu nautika dan knot. 2.16 Transformasi (a) Jenis transformasi  translasi, pantulan, putaran dan pembesaran. (b) Isometri dan kongruenan. (c) Bentuk serupa. (d) Gabungan transformasi. 3) PERKAITAN Perkaitan antara beberapa kuantiti sering terdapat dalam kehidupan seharian. Justeru, pengendalian perkaitan seperti mengenal rumus atau hukum dan membuat generalisasi suatu situasi menjadi satu keperluan asas. Perkaitan boleh dinyatakan dalam bentuk jadual, graf, rumus, persamaan atau ketaksamaan. Pernyataan perkaitan dalam bentuk-bentuk ini menjadi alat yang berguna dan berkesan dalam penyelesaian masalah dan komunikasi. Skop pembelajarannya adalah seperti berikut: 3.1 Indeks (a) Pengenalan kepada indeks. (b) Hukum indeks. 3.2 Ungkapan Algebra (a) Perwakilan satu anu dengan satu huruf abjad. (b) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan sebutan algebra. (c) Ungkapan algebra. (d) Penambahan dan penolakan melibatkan ungkapan algebra. (e) Kembangan dan pemfaktoran. (f) Pecahan algebra. 9
  14. 14. Sukatan Pelajaran Matematik (g) Penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian melibatkan pecahan algebra. 3.3 Rumus Algebra (a) Pembolehubah dan perwakilannya dengan huruf abjad. (b) Rumus algebra. (c) Perkara rumus. 3.4 Persamaan Linear (a) Persamaan linear dalam satu anu. (b) Persamaan linear serentak dalam dua anu. 3.5 Ketaksamaan Linear (a) Simbol <, , > dan . (b) Ketaksamaan linear dalam satu anu. (c) Ketaksamaan linear serentak dalam satu anu. 3.6 Ungkapan dan Persamaan Kuadratik (a) Ungkapan ax2 + bx + c. (b) Pemfaktoran ungkapan kuadratik. (c) Persamaan kuadratik. 3.7 Koordinat (a) Sistem koordinat Cartes. (b) Jarak antara dua titik. (c) Titik tengah antara dua titik. 3.8 Garis Lurus (a) Kecerunan garis lurus. (b) Pintasan pada paksi-x dan paksi-y. (c) Persamaan garis lurus y = mx + c. (d) Garis lurus selari. 3.9 Graf Fungsi (a) Fungsi. (b) Graf fungsi. (c) Penyelesaian persamaan dengan kaedah graf. 10
  15. 15. Sukatan Pelajaran Matematik (d) Rantau yang mewakili satu ketaksamaan dalam dua pembolehubah. 3.10 Kecerunan dan Luas di bawah Graf (a) Kuantiti yang diwakili oleh kecerunan graf. (b) Kuantiti yang diwakili oleh luas di bawah graf. 3.11 Nisbah dan Perkadaran (a) Nisbah dua kuantiti. (b) Nisbah tiga kuantiti. (c) Perkadaran langsung. (d) Kadar. 3.12 Ubahan (a) Ubahan langsung. (b) Ubahan songsang. (c) Ubahan tercantum. 3.13 Matriks (a) Pengenalan kepada matriks. (b) Matriks sama. (c) Penambahan, penolakan dan pendaraban melibatkan matriks. (d) Matriks identiti 2  2. (e) Matriks songsang 2  2. (f) Penyelesaian persamaan linear serentak dalam dua anu dengan kaedah matriks. 3.14 Set (a) Pengenalan kepada set. (b) Set sama, set kosong, subset, set semesta dan pelengkap set. (c) Operasi ke atas set. 3.15 Penaakulan Matematik (a) Pengenalan kepada logik. (b) Pernyataan. (c) Pengkuantiti - “semua”, “beberapa”. (d) Operasi ke atas pernyataan - “dan”, “atau”, “bukan”. (e) Implikasi - “jika”, “jika dan hanya jika”. (f) Hujah - syllogism, modus ponens dan modus tollens. (g) Deduksi and aruhan. 11
  16. 16. Sukatan Pelajaran Matematik 3.16 Statistik (a) Pengumpulan data. (b) Kekerapan, jadual kekerapan dan selang kelas. (c) Piktograf, carta palang, carta pai dan graf garis. (d) Histogram dan poligon kekerapan. (e) Kekerapan longgokan dan ogif. (f) Ukuran kecenderungan memusat: mod, min dan median. (g) Sukatan serakan: julat dan julat antara kuartil. 3.17 Kebarangkalian (a) Ruang sampel. (b) Peristiwa. (c) Kebarangkalian satu peristiwa. (d) Kebarangkalian peristiwa pelengkap. (e) Peristiwa bergabung. (f) Kebarangkalian peristiwa bergabung. 12

×