Track and field relay 4x100

1,182
-1

Published on

Published in: Sports
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,182
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Track and field relay 4x100

  1. 1. LARI BERGANTI-GANTI(4x100m) (4x400m)LARI BERGANTI-GANTISEJARAH- Berasal dari Amerika Syarikat- Punca-punca lahirnya acara ini : Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat). Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia.- Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelariberlari sejauh suku batu.PENGENALAN :Objektif :Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin.- Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat : 4 x 100 meter 4 x 200 meter 4 x 400 meter 4 x 1600 meter- Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton.- Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam pasukan.PEMILIHAN PELARI:Pelari Pertama- Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik- 3 aspek penting : Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton Berkeupayaan berlari di selekoh Pelari kedua terbaik dalam satu pasukanPelari Kedua- mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa batonpada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri).- Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurusPelari Ketiga- Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh& menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri,atau sebaliknya.Pelari Akhir shafy@track&field
  2. 2. - pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak diatas bahunya.- Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan& kelajuan ia amat penting.MEMEGANG BATON:Cara memegang batonBaton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan.Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :- Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertamaGAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATONTerdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.Teknik atas-bawah- cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh- pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat penanda,pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya.- Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah)untuk menerima baton.- Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelarikedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga.- Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat padatangan kiri. shafy@track&field
  3. 3. Rajah 2 : Teknik Atas-BawahCara Memberikan Baton 1. kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton 2. pemberi harus beri isyarat kepada penerima 3. hulurkan baton dengan tangan yang lurus 4. perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.Cara Menerima Baton 1. Penerima dalam keadaan yang sedia 2. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton 3. Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari. 4. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton. 5. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.Gaya Selang-seli Tanpa Pandang- Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m- Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempatmembawa dengan tangan kanan.- Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton- Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkantangan ke belakang untuk menerima baton.- Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang.- Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskantangan dan jangan menggoyangkannya.- Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambilmenghulur ke depan.- Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yangmembawa baton jangan melepaskan baton serta-merta.- Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuansendiri untuk berhenti. shafy@track&field
  4. 4. Rajah 3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter(tanpa pandang)Gaya Selang-seli Cara Pandang- Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang danmemerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentakkedua-dua mereka akan memandang baton.- Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah- Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m- Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangankanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak.- Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.- Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi.- Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima,tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu.- Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskanlariannya.- Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat. shafy@track&field
  5. 5. Rajah 4 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (dengan memandang)ZON PERTUKARAN BATON- Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter.- Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zonpenukaran baton.- Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titiktanda. Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meterPerkara-perkara penting1. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing.2. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan.3. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akandibatalkan. shafy@track&field
  6. 6. Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salahPERATURAN LARIANAturan Umum- Lari ikut lorong yang ditetapkan- Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan- Buat pertukaran baton yang bersih- Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larianGaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama- Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan- Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangankanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton.- Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangandalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan.- Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan &keselesaan kaki.- Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandanganditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan.- Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas- Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)Pelari Kedua- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri- Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri.- Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri)Pelari Ketiga- Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri- Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).- Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan).- Lari di sebelah dalam lorong sendiri. shafy@track&field
  7. 7. Pelari Keempat- Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri.- Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri.- Tamatkan larian di garisan penamat.- Pelari yang penuh keazaman & tenang. RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat shafy@track&field

×