SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
[PENULISAN AKADEMIK 2]   Tugasan 2




      1
[PENULISAN AKADEMIK 2]   Tugasan 2




      2
[PENULISAN AKADEMIK 2]            Tugasan 2




Tajuk Kajian :                   Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Pengajian
                                 Islam di Institusi Pengajian Tinggi MARA di negeri Selangor

1.0    Bibliografi Beranotasi

       1.1       Artikel 1

                 1.1.1 Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Penulisan UKM

                         Sarimah Abd Razak, Ramlah Hamzah, Rosini Abu dan Zakaria Kasa.
                               2010. Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Teknik dan Persepsi
                               Mereka     Terhadap       Pengajaran   Guru.   Jurnal   Penyelidikan
                               Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
                               Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jil. 11: 105-131

                 1.1.2   Tujuan utama artikel

                         Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan tahap motivasi intrinsik
                 pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan mengenalpasti persepsi pelajar
                 terhadap penyampaian pengajaran guru. Kajian ini adalah bertitik tolak daripada
                 dapatan kajian yang mengkaji pelaksanaan kurikulum Tech Prep di Sekolah
                 Menengah Teknik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001 yang
                 mendapati bahawa pelajar di SMT yang dikaji kurang bermotivasi dalam
                 mengikuti pelajaran. Kajian tersebut juga mendapati pendekatan pengajaran
                 yang berpusat kepada guru masih lagi mendominasi bilik darjah di SMT. Kuliah,
                 penghafalan, mengingat semula dan penggunaan soalan retorik menjadi kaedah
                 utama pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan penyelesaian masalah
                 dan berfikir secara kritis.

                 1.1.3   Kaedah Kajian

                         Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan inventori
                 piawai dan soal selidik. Reka bentuk persampelan pelbagai tahap digunakan
                 dalam persampelan pemilihan sampel yang terdiri daripada 635 orang pelajar
                 SMT seluruh Malaysia. Data dikutip melalui teknik soal selidik yang dibahagi
                 kepada dua bahagian iaitu, Bahagian 1 berkaitan demografi responden dan


                                                     3
[PENULISAN AKADEMIK 2]            Tugasan 2

Bahagian 2 mengandungi dua instrumen yang mengukur pemboleh ubah yang
dikaji, iaitu Inventori Motivasi Intrinsik oleh Deci dan Ryan (1985) dan Soal
Selidik “ Persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru”

1.1.4      Rumusan Dapatan Kajian

           Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai motivasi
instrinsik bertahap sederhana. Persepsi pelajar terhadap penyampaian guru
mereka pula berada di tahap tinggi.

1.1.5      Hasil perbincangan dan hujah terpenting kajian

           Motivasi intrinsik yang bertahap sederhana amat membimbangkan
kerana ini akan menyebabkan pelajar kurang menunjukkan tingkah laku mencari
situasi yang menyediakan cabaran yang membolehkan mereka menggunakan
kebolehan mereka pada tahap optimum. Selain itu, guru juga didapati jarang
atau tidak pernah menggunakan alat pandang dengar dan alat bantu mengajar
serta penglibatan pelajar dalam membuat refleksi, sorotan dan rumusan.
Sekalipun persepsi pelajar terhadap pengajaran guru adalah tinggi tetapi
kekurangan ini memberi impak yang besar kepada perkembangan kognitif
pelajar.

1.1.6      Kerelevanan artikel dengan kajian

           Artikel ini sangat relevan dengan kajian melalui instrumen yang
dibangunkan di dalam menilai persepsi pelajar terhadap pengajaran guru
mereka. Soal selidik telah dibina berdasarkan ciri-ciri pengajaran berkesan yang
dikemukakan oleh Cruickshank, Bainer dan Metcalf (1995), Joyce, Calhoun dan
Hopkins (1997), Ormrod (2000) serta Eggen dan Kauchak (2001)




                                   4
[PENULISAN AKADEMIK 2]               Tugasan 2




1.2   Artikel 2

      1.2.1   Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Penulisan UKM

              Zamri Mahamod, Celinea anak Lasan dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusof.
                    2009. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Institusi
                    Pendidikan Tinggi Swasta di Negeri Sarawak. Asian Journal
                    Teaching and Learning in Higher Education. AJTLHE. Vol. 1 No.1 :
                    8-25

      1.2.2   Tujuan utama artikel

              Tujuan utama artikel ini adalah untuk mendapatkan persepsi pelajar
      Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di negeri Sarawak tentang pengajaran dan
      pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan tenaga pengajar di IPTS yang
      dikaji. Pengajaran dan pembelajaran meliputi pendekatan, perkaedahan,
      sukatan, bahan dan penilaian pengajaran dalam pembelajaran Bahasa Melayu
      dan perbezaan persepsi dinilai di antara pelajar Bumiputera dan bukan
      Bumiputera.

      1.2.3   Kaedah Kajian

              Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan melalui soal
      selidik. Kajian ini melibatkan seramai 218 orang pelajar tempatan yang mengikuti
      kursus mata pelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak. Kaedah
      persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah manakala
      instrumen yang digunakan telah diubahsuai daripada beberapa kajian lepas.
      Teori yang mendasari kajian ini disesuaikan berasaskan kepada model
      Pendekatan Bersistem CIPP (Context, Input, Process, Product)

      1.2.4   Rumusan Dapatan Kajian

              Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah IPTS di Sarawak kerap
      menggunakan keempat-empat pendekatan pengajaran, iaitu deduktif, induktif,
      elektif dan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
      tetapi kurang berpusatkan pelajar. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa


                                      5
[PENULISAN AKADEMIK 2]                     Tugasan 2

pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan dan secara keseluruhan pelajar
bersetuju bahawa pensyarah menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan
oleh LAN dan ia telah berjaya mencapai matlamatnya bagi membolehkan pelajar
menguasai kecekapan berbahasa. Walau bagaimanapun, pensyarah didapati
lebih kerap menggunakan bahan pengajaran konvensional berbanding elektronik
di dalam pengajaran mereka. Manakala dari aspek penilaian, pensyarah didapati
kerap menggunakan penilaian formatif dan sumatif dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS.

1.2.5   Hasil perbincangan dan hujah terpenting kajian

        Secara keseluruhannya, mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di IPTS masih belum mencapai standard yang membanggakan. Aktiviti
yang berpusatkan pelajar masih kurang dilaksanakan dan bahan pengajaran
yang    digunakan   perlulah   lebih   berkualiti   dan   terkini   selaras     dengan
perkembangan teknologi pendidikan masa kini. Selain itu, tenaga pengajar juga
perlu lebih kreatif dan inovatif agar pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu lebih menarik dan menyeronokkan.

1.2.6   Kerelevenan artikel dengan kajian

        Artikel ini sangat relevan dengan kajian kerana ia membincangkan isu
yang sama iaitu berkaitan mata pelajaran wajib di IPTS dan menilai persepsi
pelajar terhadap pendekatan dan pengajaran yang digunakan oleh para
pensyarah di dalam pengajaran dan pembelajaran.




                                 6
[PENULISAN AKADEMIK 2]               Tugasan 2




1.3   Artikel 3

      1.3.1   Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Penulisan UKM

              Shahril @Charil bin Hj Marzuki. 2004. Amalan Pengajaran yang berkesan
                   : Kajian di beberapa Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan
                   dan Selangor. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya : 29-40

      1.3.2   Tujuan utama artikel

              Tujuan utama artikel ini adalah untuk mengesani amalan pengajaran
      yang berkesan mengikut model Slavin (1994) dalam kalangan guru di beberapa
      buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Menurut Slavin,
      amalan pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti
      pengajaran, kesesuaian tahap pengajaran, insentif dan masa yang digunakan
      oleh guru. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk melihat perbezaan
      persepsi pelajar mengikut jantina ke atas keempat-empat faktor tersebut.

      1.3.3   Kaedah Kajian

              Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual yang melibatkan
      seramai 208 orang pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di sekolah
      menengah di kawasan Kepong, Kuala Lumpur dan Subang Jaya. Satu set
      instrumen kajian telah dibina yang mengandungi 26 item dan dibahagikan
      kepada empat     sub skala bagi mengukur amalan pengajaran yang berkesan
      berdasarkan Model Slavin. Teori yang mendasari kajian adalah berdasarkan
      model input-output di mana input adalah berdasarkan model Slavin yang menilai
      empat faktor amalan pengajaran yang berkesan dan output pula adalah
      peningkatan dalam pencapaian akademik pelajar

      1.3.4   Rumusan Dapatan Kajian

              Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru telah
      merancang pengajaran terlebih dahulu sebelum mengajar, memastikan isi-isi
      pelajaran tepat dan dikemaskini, mempelbagaikan alat bantu mengajar,
      memantau perkembangan pelajar, memastikan pelajar menguasai konsep-


                                      7
[PENULISAN AKADEMIK 2]              Tugasan 2

konsep asas dalam pembelajaran dan mempelbagaikan kaedah pengajaran.
Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi
pelajar berdasarkan jantina terhadap keempat-empat faktor amalan pengajaran
yang berkesan mengikut model Slavin.

1.3.5   Hasil perbincangan dan hujah terpenting kajian

        Kajian ini menunjukkan bahawa model amalan pengajaran berkesan
Slavin telah digunakan oleh kebanyakan guru yang dikaji di beberapa buah
sekolah menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Berdasarkan persepsi
pelajar, satu profil amalan pengajaran guru berkesan telah dibina sebagai
panduan kepada semua guru di seluruh Malaysia. Mengikut persepsi pelajar,
guru yang berkesan perlulah merancang terlebih dahulu pengajaran, mengaitkan
isi pelajaran dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar serta
kreatif di dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru yang berkesan juga
perlulah mengajar mengikut aras kebolehan dan keupayaan pelajar dan
memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada akhir tahun. Selain itu, guru
yang berkesan perlulah memberi motivasi dan ganjaran kepada pelajar supaya
belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan sepenuhnya masa pengajaran
dan memberi masa yang secukupnya untuk pelajar menyiapkan pelbagai
tugasan.

1.3.6   Kerelevanan artikel dengan kajian

        Artikel ini sangat relevan dengan kajian yang akan dijalankan kerana
memberi input yang berguna tentang amalan pengajaran yang berkesan.
Keempat-empat faktor yang digariskan oleh Slavin boleh digunakan sebagai
rujukan di dalam membina instrumen bagi menilai pelaksanaan pengajaran yang
berkesan dalam kalangan pensyarah Pengajian Islam di IPTS.




                                8
[PENULISAN AKADEMIK 2]                Tugasan 2




1.4   Artikel 4

      1.4.1   Perincian bibiliografi artikel mengikut gaya penulisan UKM

              Wan Noor Hazlina Wan Jusoh and Kamaruzaman Jusoff. 2009. Using
                  Multimedia in Teaching Islamic Studies. Journal Media and
                  Communication Studies. Vol. 1(5) :86-94

      1.4.2   Tujuan utama artikel

              Tujuan utama artikel ini ialah untuk membincangkan tentang penggunaan
      multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian
      Islam di IPTS. Penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri
      yang mengaplikasikan penggunaan ICT dan multimedia semasa mengajar di
      Kolej Universiti Taylor’s, Subang Jaya.

      1.4.3   Kaedah Kajian

              Oleh kerana artikel ini adalah berbentuk konseptual, maka tiada kaedah
      kajian yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, penulis telah menyatakan
      sebahagian daripada pendapat dan komen pelajar yang didapati daripada
      borang penilaian kursus bagi menunjuk dan mengukuhkan pernyataan beliau
      terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian
      Islam menggunakan multimedia dan ICT.

      1.4.4   Rumusan Dapatan Kajian

              Penulis   mendapati bahawa dengan menggabungkan penggunaan
      multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian
      Islam, anggapan negatif terhadap mata pelajaran ini telah berjaya diubah dan
      menjadikannya mata pelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Berdasarkan
      penilaian daripada pelajar, penulis mendapati bahawa adalah tidak mustahil
      untuk menjadikan mata pelajaran yang dianggap lesu dan membosankan ini
      kepada mata pelajaran yang sangat interaktif dan memberi kesan ke atas



                                       9
[PENULISAN AKADEMIK 2]             Tugasan 2

motivasi dan pencapaian pelajar dengan menggunakan multimedia di dalam
pengajaran dan pembelajaran.




1.4.5      Hasil perbincangan dan hujah terpenting artikel

           Mata pelajaran Pengajian Islam atau MPW 1143 adalah satu mata
pelajaran wajib bagi semua pelajar Muslim di IPTS. Ia bertujuan untuk
melahirkan warganegara dan graduan Muslim yang memahami Islam sebagai
satu cara hidup dan agama yang mampu untuk mendepani pelbagai cabaran
semasa. Kurikulumnya hampir sama dengan kurikulum Pendidikan Islam di
sekolah menengah cuma skopnya agak luas. Oleh kerana ia adalah mata
pelajaran yang diwajibkan oleh pihak MQA, pelajar tiada pilihan dan sering pula
beranggapan bahawa ia adalah mata pelajaran yang membosankan. Justeru,
para pensyarah perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik dan
kaedah pengajaran. Antara kaedah yang berkesan ialah melalui penggunaan
bahan multimedia di dalam pengajaran seperti penggunaan Microsoft power
point, klip video, peta minda dan internet. Berdasarkan pengalaman penulis
sendiri, slaid power point telah menjadikan pengajaran lebih menarik dengan
memasukkan pelbagai grafik yang berkesan disamping penggunaan muzik
sebagai latar belakang telah meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu
topik. Selain itu, pelajar juga diarahkan supaya menyediakan satu klip video yang
bertemakan Islam dan hasilnya sangat memberansangkan berdasarkan
penilaian dan komen pelajar. Peta minda yang dibina melalui software Free Mind
pula telah memudahkan pelajar memahami keseluruhan topik begitu juga
dengan penggunaan internet seperti kemudahan youtube untuk memuat turun
pelbagai video yang sesuai dengan topik yang diajar. Kesimpulannya,
penggunaan multimedia secara efektif telah berjaya menjadikan mata pelajaran
ini lebih menarik, memberi motivasi dan mampu meningkatkan kefahaman
pelajar.

1.4.6      Kerelevanan artikel dengan kajian

           Artikel ini sangat relevan dengan kajian kerana membincangkan tentang
mata pelajaran yang sama di tempat yang sama iaitu di IPTS. Pengkaji boleh


                                   10
[PENULISAN AKADEMIK 2]                 Tugasan 2

             menggunakan artikel ini di dalam bab 2 bagi menghuraikan tentang antara
             strategi menjadikan pengajaran berkesan serta di dalam bab 5 iaitu di dalam
             perbincangan yang boleh dijadikan sebagai bahan sokongan.




2.0   Analisis Kritikal dan Integrasi Literatur

      2.1    Analisis Kritikal dan Integrasi Artikel dengan artikel

             Secara keseluruhannya kesemua artikel ini membincangkan tema yang sama
      iaitu tentang aspek pengajaran. Walau bagaimanapun hanya artikel 4 yang
      menfokuskan tentang pengajaran Pengajian Islam. Artikel 4 juga adalah hampir sama
      dengan artikel 2 kerana menfokuskan tentang pengajaran mata pelajaran wajib di IPTS
      iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Mata pelajaran wajib bermaksud semua mata
      pelajaran yang wajib diajar dan wajib lulus bagi memenuhi kehendak Agensi Kelayakan
      Malaysia (MQA) seperti yang termaktub di dalam Akta IPTS 1996. Manakala artikel 1
      dan artikel 3 menfokuskan tentang aspek pengajaran dalam kalangan guru di sekolah
      menengah. Kesemua artikel ini juga menggunakan persepsi pelajar di dalam membuat
      penilaian terhadap pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dan pensyarah.

                    Apabila membincangkan tentang aspek pengajaran yang berkesan,
      penulis artikel 1 telah menyenaraikan beberapa ciri seperti kejelasan pengajaran,
      kepelbagaian pengajaran, orientasi tugas dan penglibatan dalam proses pembelajaran
      dan kejayaan pelajar (perenggan 1 muka surat 108). Selain itu, seseorang guru juga
      perlu menguasai beberapa kemahiran di dalam pengajaran seperti menfokus dan
      mendapatkan perhatian pelajar, menggunakan masa pengajaran secara berkesan,
      menjalankan pengajaran interaktif dan menyediakan maklum balas dan pengukuhan.
      (perenggan 2 muka surat 108).

             Pendapat ini adalah selari dengan penulis artikel 3 yang menggunakan model
      pengajaran Slavin sebagai instrumen kajian di dalam menilai amalan pengajaran guru.
      Menurut Slavin, amalan pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh empat faktor iaitu
      kualiti pengajaran, kesesuaian tahap pengajaran, insentif dan masa yang digunakan
      oleh guru. Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan
      pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami, mudah diingat dan
      menyeronokkan     pelajar.   Manakala    tahap    pengajaran    yang   sesuai   bermaksud

                                               11
[PENULISAN AKADEMIK 2]             Tugasan 2

pengajaran mestilah sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Selain itu, guru
juga perlu memberi insentif kepada pelajar dengan cara memberi motivasi dan pujian
kepada pelajar serta menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar.
Seseorang guru juga perlu memperuntukkan masa pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi samada di dalam mengajar sesuatu mata pelajaran atau semasa memberi
sebarang tugasan kepada pelajar. (muka surat 30-31).

       Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran merupakan alat
penyambung atau penggerak dua hala di antara guru dan pelajar yang sentiasa
berinteraksi dan saling pengaruh mempengaruhi. Dalam konteks ini, dapatan kajian
penulis di dalam artikel 2 menunjukkan bahawa tenaga pengajar telah mempelbagaikan
kaedah pengajaran dengan menggunakan perkaedahan konvensional dan perkaedahan
berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS di
negeri Sarawak (muka surat 20). Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian di
dalam artikel 3 yang menunjukkan guru yang dikaji mempelbagaikan kaedah pengajaran
supaya pengajarannya menyeronokkan dan dapat menarik minat pelajar untuk terus
belajar. (muka surat 39).

       Selain itu, bahan pengajaran juga memainkan peranan yang penting di dalam
memastikan keberkesanan pengajaran. Menurut penulis artikel 4, penggunaan
multimedia secara efektif mampu menarik perhatian pelajar dan menjadikan mata
pelajaran Pengajian Islam di IPTS lebih menarik dan menyeronokkan( muka surat 93).
Walau bagaimanapun, dapatan kajian di dalam artikel 2 menunjukkan bahawa para
pensyarah Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak lebih kerap menggunakan bahan
pengajaran konvensional berbanding dengan bahan pengajaran berbentuk elektronik
(muka surat 21). Ini menunjukkan bahawa tidak semua pensyarah di IPTS benar-benar
mengaplikasikan penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran
walaupun menyedari kepentingan dan keberkesanannya.

2.2    Analisis Kritikal dan Integrasi Artikel dengan kajian

              Keempat-empat artikel ini sangat relevan dengan kajian yang akan
dijalankan daripada pelbagai aspek. Artikel 1 dan artikel 3 sangat bermanfaat di dalam
membincangkan tentang ciri, amalan dan konstruk pengajaran berkesan yang boleh
digunakan oleh pengkaji sebagai rujukan di dalam Bab 2 (Tinjauan Literatur). Model

                                        12
[PENULISAN AKADEMIK 2]                 Tugasan 2

pengajaran Slavin dalam artikel 3 yang menggariskan empat amalan pengajaran yang
berkesan boleh dijadikan rujukan di dalam membina kerangka teori kajian. Begitu juga
dengan ciri-ciri pengajaran berkesan di dalam artikel 1 yang dikemukakan oleh
Cruickshank, Bainer dan Metcalf (1995), Joyce, Calhoun dan Hopkins (1997), Ormrod
(2000) serta Eggen dan Kauchak (2001). Selain itu, pengkaji juga boleh menjadikan
instrumen yang digunakan di dalam kedua-dua artikel ini sebagai rujukan di dalam
pembinaan instrumen kajian pengkaji kelak. Di samping itu, dapatan kedua-dua kajian
juga boleh digunakan sebagai rujukan bagi menyokong fakta dan dapatan kajian di
dalam Bab 5 (Perbincangan dan Implikasi Kajian)

               Artikel 2 dan artikel 4 lebih memfokuskan kepada pengajaran dalam
kalangan pensyarah di IPTS. Artikel 2 banyak membincangkan tentang latar belakang
penubuhan IPTS dan juga pengenalan mata pelajaran wajib di IPTS oleh Lembaga
Akreditasi Negara (LAN) atau MQA. Maklumat ini boleh dijadikan sebagai rujukan di
dalam Bab 1 (Latar belakang Kajian). Kajian kepustakaan di dalam artikel 2 juga boleh
dijadikan sebagai rujukan di dalam Bab 2 (Tinjauan Literatur) kerana banyak merujuk
kepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di
IPTS. Selain itu, dapatan kajian di dalam artikel 2 juga boleh dijadikan sebagai rujukan di
dalam Bab 5 (Perbincangan dan Implikasi Kajian).

               Artikel 4 sangat relevan dengan kajian kerana fokus utamanya adalah
sama iaitu pengajaran mata pelajaran Pengajian Islam di IPTS. Walaupun artikel 4
hanyalah kertas konseptual, tetapi perbincangan tentang keberkesanan penggunaan
multimedia di dalam pengajaran mata pelajaran ini di IPTS telah memberikan impak
yang besar kepada pelajar. Penggunaan multimedia adalah antara aspek bahan
pengajaran yang penting yang akan dijadikan sebagai salah satu daripada instrumen
kajian. Ini adalah kerana kaedah pengajaran berbantukan multimedia telah diakui dan
dibuktikan oleh ramai para sarjana sebagai antara kaedah yang paling berkesan di
dalam menarik minat pelajar dan menjadikan pengajaran lebih interaktif dan berkesan.
Justeru, pengkaji akan menjadikan artikel ini sebagai rujukan di dalam Bab 1 (Latar
belakang dan pernyataan masalah), Bab 2 (Tinjauan Literatur) dan juga di dalam Bab 5
(Perbincangan dan Implikasi Kajian).




                                        13
[PENULISAN AKADEMIK 2]                    Tugasan 2




2.3    Analisis Kritikal dan Integrasi Artikel dengan bahan rujukan lain

              Menurut penulis di dalam artikel 3, pengajaran guru yang berkesan
bermakna pengajaran guru tersebut dianggap baik jika guru tersebut berupaya
mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar dan mendalami
isi kandungan yang hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan
kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi supaya mereka minat belajar,
dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kebolehan dan
memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain, pengajaran
berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan
berkesan dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai
kecemerlangan. (perenggan 2 : muka surat 29). Pendapat ini adalah selaras dengan
teori pengajaran yang diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun di dalam bukunya Al
Muqaddimah (dalam Misnan Jemali, 2008) yang menggariskan empat kriteria
pengajaran   berkesan    iaitu   objektif    pengajaran   yang   jelas,   memahami     tahap
pengetahuan dan kebolehan pelajar, kaedah pengajaran yang berkesan dan beransur-
ansur atau tadrij serta melakukan penilaian dan rumusan pengajaran.

       Menurut Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi (2010), kemahiran dan
kemampuan guru untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dan menarik perlu
diberi perhatian. Ini adalah kerana kegagalan guru untuk memberikan penjelasan yang
baik dan mantap boleh menyebabkan pengajaran guru tidak menarik dan juga menjadi
punca pelajar tidak dapat memahami apa yang dipelajari. Begitu juga dengan pendapat
Muhamad Uthman El Muhammady dalam Ahmad Mohd Salleh (1997) yang
menganggap guru adalah agen pendidikan yang berkesan. Walau sebaik manapun
sesuatu sistem pendidikan, jika guru yang mengajar bukan guru yang berkesan
bermakna apa yang disampaikan atau diajar tidak akan difahami oleh pelajar dan juga
tidak mencapai matlamat pengajaran yang ditetapkan.

       Dapatan kajian di dalam artikel 1 menunjukkan bahawa lebih daripada satu
pertiga guru tidak pernah atau jarang menggunakan alat bantu mengajar sedangkan

                                            14
[PENULISAN AKADEMIK 2]                 Tugasan 2

pelbagai   usaha telah dilakukan      oleh   Kementerian Pelajaran      dalam       memberi
pendedahan berkaitan penggunaan alat-alat berfikir (perenggan 2 : muka surat 125).
Dapatan kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian di dalam artikel 2 yang
menunjukkan bahawa kebanyakan para pensyarah IPTS di negeri Sarawak masih lagi
menggunakan bahan bantu mengajar konvensional berbanding bahan berbentuk
elektronik (muka surat 21). Di dalam era sains dan teknologi masa kini, para tenaga
pengajar seharusnya menggunakan sepenuhnya bahan pengajaran berbantukan
komputer dan multimedia di dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran. Menurut
penulis di dalam artikel 4, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada media
berbanding dengan generasi sebelumnya. Malah, sesetengah pendapat mengatakan
bahawa otak generasi hari ini telah diprojekkan untuk memperuntukkan sebahagian
daripada masa mereka di hadapan komputer sama ada menonton video, mendengar
muzik atau bermain permainan komputer. Oleh sebab itu, generasi hari ini juga dikenali
sebagai generasi digital. Justeru, bagi membolehkan guru menarik perhatian pelajar dan
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, guru atau pensyarah
perlu mengikut perkembangan semasa yang sesuai dengan generasi muda hari ini
Salah satu daripada bahan pengajaran yang sangat efektif pada masa kini ialah
penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (muka surat 87).

       Menurut Zaradi Sudin dan Rozita (2003), teknologi terkini, khususnya yang
berasaskan komputer dan telekomunikasi seperti internet boleh digunakan oleh guru-
guru Pendidikan Islam untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan P&P seperti :

(1) Sumber maklumat atau perpustakaan maya di dalam laman web. Didalam laman
   sesawang ini, berjuta maklumat boleh diperolehi.

(2) Penggunaan mel elektronik (email) untuk perbincangan secara berterusan antara
   guru dan pelajar di luar persekolahan formal.

(3) Penggunaan sidang video untuk membolehkan mesyuarat diadakan secara virtual,
   baik di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri

(4) Sebagai alat penyampai kursus atau latihan secara jarak jauh. Ini membolehkan
   proses pembangunan professional guru dijalankan secara berterusan dan memberi
   peluang kepada lebih ramai guru menyertainya




                                        15
[PENULISAN AKADEMIK 2]              Tugasan 2

             Menurut Zaradi Sudin dan Rozita (2003) lagi penggunaan multimedia di dalam
      P&P Pendidikan Islam mendatangkan banyak faedah. Antaranya ialah :

      (1) Pengajaran    menjadi lebih    efektif dengan adanya integrasi elemen-elemen
          multimedia

      (2) Menarik minat dan dapat memotivasikan para pelajar

      (3) Pelajar dapat belajar pada tahap kendiri dan pada bila-bila masa yang
          dikehendakinya

      (4) Menjimatkan masa dan kos kerana tidak memerlukan tenaga pengajar sepenuhnya.
          Guru bertindak sebagai fasilitator sahaja.

      (5) Pelbagai sumber dan bahan dapat disimpan dan digunakan contohnya dengan
          adanya internet, pelajar boleh melayari perpustakaan maya.

             Kesimpulannya, keempat-empat artikel yang memfokuskan aspek pengajaran ini
      mempunyai justifikasi dan kerelevanan tersendiri di dalam membantu pengkaji
      melakukan kajian berkaitan tentang “Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Pengajian
      Islam di Institusi Pengajian Tinggi MARA di negeri Selangor”. Integrasi kesemua artikel
      ini akan memudahkan pengkaji memahami lebih mendalam tentang tajuk kajian dan
      boleh dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek kajian. Setiap kekuatan dan kekurangan
      dalam setiap artikel akan digunakan dalam menambah dan memperbaiki fokus kajian.
      Oleh kerana tiada sebarang kajian yang pernah dilakukan sebelum ini berhubung
      dengan tajuk kajian yang dipilih, pengkaji akan cuba mengintegrasikan setiap artikel
      yang relevan dalam usaha untuk menghasilkan kajian yang berkualiti dan dapat
      dimanfaatkan kelak.




Rujukan

Ab. Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran
    Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia




                                              16
[PENULISAN AKADEMIK 2]               Tugasan 2

Ahmad Mohd Salleh, 1997, Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Kuala
    Lumpur, Fajar Bakti

Misnan Jemali. 2008. Amalan Pengajaran Tilawah Al Quran di Sekolah Menengah. Kertas
    Projek. Sarjana Pendidikan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia

Zaradi Sudin, Rozita Hj. Md Noh. 2003. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Pendidikan
    Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Siri 3, Universiti Kebangsaan Malaysia.




                                            17

More Related Content

What's hot

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanzulyanei
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8daripenacikgu
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikanAlinLin10
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Contoh rph assure_model
Contoh rph assure_modelContoh rph assure_model
Contoh rph assure_modelMohd Nor Ahmad
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)Chon Seong Hoo
 

What's hot (19)

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
6
66
6
 
Model assure
Model assureModel assure
Model assure
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Krl3043
Krl3043Krl3043
Krl3043
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8
 
Konsep sains
Konsep sainsKonsep sains
Konsep sains
 
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan284305064 contoh-jurnal-pendidikan
284305064 contoh-jurnal-pendidikan
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
Contoh rph assure_model
Contoh rph assure_modelContoh rph assure_model
Contoh rph assure_model
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
 

Viewers also liked

Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaianSoal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaianNur Hayati Ibrahim
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
3. jilid 2 bil 2 dis 2010
3. jilid 2 bil 2 dis 20103. jilid 2 bil 2 dis 2010
3. jilid 2 bil 2 dis 2010portal-mara
 
Sarana ibubapa (KB)
Sarana ibubapa (KB)Sarana ibubapa (KB)
Sarana ibubapa (KB)Ong Min
 
Ikajian indeks pengukuran
Ikajian indeks pengukuranIkajian indeks pengukuran
Ikajian indeks pengukuranWei Fen Chua
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp fazfazrul
 
Pengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaianPengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaianNoor Syazwanni
 
Contoh Borang Soal Selidik Poligami
Contoh Borang Soal Selidik PoligamiContoh Borang Soal Selidik Poligami
Contoh Borang Soal Selidik PoligamiFadhil Ismail
 
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuranmadiah jaafar
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikanNik Zawawi
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanFiza Joon Mblaq
 
The classroom climate physical learning environment
The classroom climate physical learning environmentThe classroom climate physical learning environment
The classroom climate physical learning environmentErosalyn Lizardo
 
Pengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larikPengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larik090080
 
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.Nur Haziqah Utieh
 

Viewers also liked (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaianSoal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Periksaan kh
Periksaan khPeriksaan kh
Periksaan kh
 
3. jilid 2 bil 2 dis 2010
3. jilid 2 bil 2 dis 20103. jilid 2 bil 2 dis 2010
3. jilid 2 bil 2 dis 2010
 
Soal selidik
Soal selidikSoal selidik
Soal selidik
 
Sarana ibubapa (KB)
Sarana ibubapa (KB)Sarana ibubapa (KB)
Sarana ibubapa (KB)
 
Ikajian indeks pengukuran
Ikajian indeks pengukuranIkajian indeks pengukuran
Ikajian indeks pengukuran
 
Pbs pp faz
Pbs pp fazPbs pp faz
Pbs pp faz
 
Soal selidik plg525 kepimpinan
Soal selidik plg525 kepimpinanSoal selidik plg525 kepimpinan
Soal selidik plg525 kepimpinan
 
Pengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaianPengujian pengukuran penilaian
Pengujian pengukuran penilaian
 
Contoh Borang Soal Selidik Poligami
Contoh Borang Soal Selidik PoligamiContoh Borang Soal Selidik Poligami
Contoh Borang Soal Selidik Poligami
 
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
1. konsep pengukuran dan skala pengukuran
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikankaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Borang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutanBorang soal selidik pengakutan
Borang soal selidik pengakutan
 
The classroom climate physical learning environment
The classroom climate physical learning environmentThe classroom climate physical learning environment
The classroom climate physical learning environment
 
Pengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larikPengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larik
 
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
contoh borang kaji selidik pengajian am. stpm penggal 2.
 

Similar to Cth mythesis

Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Ikhram Johari
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfHALIZAHBINTIRAMTHANM1
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktVijaen Cool
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Hemah Naidu
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3Rosell Roseliana Rusli
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematikonearbaein
 
Huraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa MalaysiaHuraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa MalaysiaAizat Fikri
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfHALIZAHBINTIRAMTHANM1
 
Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3TING Hua
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 

Similar to Cth mythesis (20)

Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK.pdf
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjktModul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sjkt
 
Ekm 331-norainie
Ekm 331-norainieEkm 331-norainie
Ekm 331-norainie
 
Ekm 331-norainie
Ekm 331-norainieEkm 331-norainie
Ekm 331-norainie
 
Ekm 331-norainie
Ekm 331-norainieEkm 331-norainie
Ekm 331-norainie
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
 
Penilaian matematik
Penilaian matematikPenilaian matematik
Penilaian matematik
 
Huraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa MalaysiaHuraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
Huraian Sukatan ICT Bahasa Malaysia
 
Hsp tmk
Hsp tmkHsp tmk
Hsp tmk
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3Panduan KPS Sains Tahun 3
Panduan KPS Sains Tahun 3
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Slide kps
Slide kpsSlide kps
Slide kps
 
Dst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bmDst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bm
 

More from Bishanani Omar

More from Bishanani Omar (17)

9 amali bpp 204
9 amali bpp 2049 amali bpp 204
9 amali bpp 204
 
8 amali bpp 204
8 amali bpp 2048 amali bpp 204
8 amali bpp 204
 
7 amali bpp 204
7 amali bpp 2047 amali bpp 204
7 amali bpp 204
 
6 amali bpp 204
6 amali bpp 2046 amali bpp 204
6 amali bpp 204
 
5 amali bpp 204
5 amali bpp 2045 amali bpp 204
5 amali bpp 204
 
4 amali bpp 204
4 amali bpp 2044 amali bpp 204
4 amali bpp 204
 
3 amali bpp 204
3 amali bpp 2043 amali bpp 204
3 amali bpp 204
 
2 amali bpp 204
2 amali bpp 2042 amali bpp 204
2 amali bpp 204
 
1 amali bpp 204
1 amali bpp 2041 amali bpp 204
1 amali bpp 204
 
kertas penerangan BPP204
kertas penerangan BPP204kertas penerangan BPP204
kertas penerangan BPP204
 
KERTAS PENERANGAN 4 BPP204
KERTAS PENERANGAN 4 BPP204KERTAS PENERANGAN 4 BPP204
KERTAS PENERANGAN 4 BPP204
 
KERTAS PENERANGAN bpp204
KERTAS PENERANGAN bpp204 KERTAS PENERANGAN bpp204
KERTAS PENERANGAN bpp204
 
KERTAS PENERANGAN bpp 204
KERTAS PENERANGAN bpp 204 KERTAS PENERANGAN bpp 204
KERTAS PENERANGAN bpp 204
 
proposal KAJIAN TINDAKAN
proposal KAJIAN TINDAKAN proposal KAJIAN TINDAKAN
proposal KAJIAN TINDAKAN
 
KERTAS TUGASAN BPP 204
KERTAS TUGASAN BPP 204KERTAS TUGASAN BPP 204
KERTAS TUGASAN BPP 204
 
Mencetak depan belakang
Mencetak depan belakangMencetak depan belakang
Mencetak depan belakang
 
Automasi Pejabat
Automasi PejabatAutomasi Pejabat
Automasi Pejabat
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 

Recently uploaded (13)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 

Cth mythesis

  • 3. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 Tajuk Kajian : Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi MARA di negeri Selangor 1.0 Bibliografi Beranotasi 1.1 Artikel 1 1.1.1 Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Penulisan UKM Sarimah Abd Razak, Ramlah Hamzah, Rosini Abu dan Zakaria Kasa. 2010. Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Teknik dan Persepsi Mereka Terhadap Pengajaran Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jil. 11: 105-131 1.1.2 Tujuan utama artikel Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan tahap motivasi intrinsik pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru. Kajian ini adalah bertitik tolak daripada dapatan kajian yang mengkaji pelaksanaan kurikulum Tech Prep di Sekolah Menengah Teknik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001 yang mendapati bahawa pelajar di SMT yang dikaji kurang bermotivasi dalam mengikuti pelajaran. Kajian tersebut juga mendapati pendekatan pengajaran yang berpusat kepada guru masih lagi mendominasi bilik darjah di SMT. Kuliah, penghafalan, mengingat semula dan penggunaan soalan retorik menjadi kaedah utama pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan penyelesaian masalah dan berfikir secara kritis. 1.1.3 Kaedah Kajian Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan inventori piawai dan soal selidik. Reka bentuk persampelan pelbagai tahap digunakan dalam persampelan pemilihan sampel yang terdiri daripada 635 orang pelajar SMT seluruh Malaysia. Data dikutip melalui teknik soal selidik yang dibahagi kepada dua bahagian iaitu, Bahagian 1 berkaitan demografi responden dan 3
  • 4. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 Bahagian 2 mengandungi dua instrumen yang mengukur pemboleh ubah yang dikaji, iaitu Inventori Motivasi Intrinsik oleh Deci dan Ryan (1985) dan Soal Selidik “ Persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru” 1.1.4 Rumusan Dapatan Kajian Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai motivasi instrinsik bertahap sederhana. Persepsi pelajar terhadap penyampaian guru mereka pula berada di tahap tinggi. 1.1.5 Hasil perbincangan dan hujah terpenting kajian Motivasi intrinsik yang bertahap sederhana amat membimbangkan kerana ini akan menyebabkan pelajar kurang menunjukkan tingkah laku mencari situasi yang menyediakan cabaran yang membolehkan mereka menggunakan kebolehan mereka pada tahap optimum. Selain itu, guru juga didapati jarang atau tidak pernah menggunakan alat pandang dengar dan alat bantu mengajar serta penglibatan pelajar dalam membuat refleksi, sorotan dan rumusan. Sekalipun persepsi pelajar terhadap pengajaran guru adalah tinggi tetapi kekurangan ini memberi impak yang besar kepada perkembangan kognitif pelajar. 1.1.6 Kerelevanan artikel dengan kajian Artikel ini sangat relevan dengan kajian melalui instrumen yang dibangunkan di dalam menilai persepsi pelajar terhadap pengajaran guru mereka. Soal selidik telah dibina berdasarkan ciri-ciri pengajaran berkesan yang dikemukakan oleh Cruickshank, Bainer dan Metcalf (1995), Joyce, Calhoun dan Hopkins (1997), Ormrod (2000) serta Eggen dan Kauchak (2001) 4
  • 5. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 1.2 Artikel 2 1.2.1 Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Penulisan UKM Zamri Mahamod, Celinea anak Lasan dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusof. 2009. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di Negeri Sarawak. Asian Journal Teaching and Learning in Higher Education. AJTLHE. Vol. 1 No.1 : 8-25 1.2.2 Tujuan utama artikel Tujuan utama artikel ini adalah untuk mendapatkan persepsi pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di negeri Sarawak tentang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan tenaga pengajar di IPTS yang dikaji. Pengajaran dan pembelajaran meliputi pendekatan, perkaedahan, sukatan, bahan dan penilaian pengajaran dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan perbezaan persepsi dinilai di antara pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. 1.2.3 Kaedah Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan melalui soal selidik. Kajian ini melibatkan seramai 218 orang pelajar tempatan yang mengikuti kursus mata pelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah manakala instrumen yang digunakan telah diubahsuai daripada beberapa kajian lepas. Teori yang mendasari kajian ini disesuaikan berasaskan kepada model Pendekatan Bersistem CIPP (Context, Input, Process, Product) 1.2.4 Rumusan Dapatan Kajian Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah IPTS di Sarawak kerap menggunakan keempat-empat pendekatan pengajaran, iaitu deduktif, induktif, elektif dan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tetapi kurang berpusatkan pelajar. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa 5
  • 6. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan dan secara keseluruhan pelajar bersetuju bahawa pensyarah menggunakan sukatan pelajaran yang disediakan oleh LAN dan ia telah berjaya mencapai matlamatnya bagi membolehkan pelajar menguasai kecekapan berbahasa. Walau bagaimanapun, pensyarah didapati lebih kerap menggunakan bahan pengajaran konvensional berbanding elektronik di dalam pengajaran mereka. Manakala dari aspek penilaian, pensyarah didapati kerap menggunakan penilaian formatif dan sumatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS. 1.2.5 Hasil perbincangan dan hujah terpenting kajian Secara keseluruhannya, mutu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS masih belum mencapai standard yang membanggakan. Aktiviti yang berpusatkan pelajar masih kurang dilaksanakan dan bahan pengajaran yang digunakan perlulah lebih berkualiti dan terkini selaras dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini. Selain itu, tenaga pengajar juga perlu lebih kreatif dan inovatif agar pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu lebih menarik dan menyeronokkan. 1.2.6 Kerelevenan artikel dengan kajian Artikel ini sangat relevan dengan kajian kerana ia membincangkan isu yang sama iaitu berkaitan mata pelajaran wajib di IPTS dan menilai persepsi pelajar terhadap pendekatan dan pengajaran yang digunakan oleh para pensyarah di dalam pengajaran dan pembelajaran. 6
  • 7. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 1.3 Artikel 3 1.3.1 Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Penulisan UKM Shahril @Charil bin Hj Marzuki. 2004. Amalan Pengajaran yang berkesan : Kajian di beberapa Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya : 29-40 1.3.2 Tujuan utama artikel Tujuan utama artikel ini adalah untuk mengesani amalan pengajaran yang berkesan mengikut model Slavin (1994) dalam kalangan guru di beberapa buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Menurut Slavin, amalan pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian tahap pengajaran, insentif dan masa yang digunakan oleh guru. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk melihat perbezaan persepsi pelajar mengikut jantina ke atas keempat-empat faktor tersebut. 1.3.3 Kaedah Kajian Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual yang melibatkan seramai 208 orang pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di sekolah menengah di kawasan Kepong, Kuala Lumpur dan Subang Jaya. Satu set instrumen kajian telah dibina yang mengandungi 26 item dan dibahagikan kepada empat sub skala bagi mengukur amalan pengajaran yang berkesan berdasarkan Model Slavin. Teori yang mendasari kajian adalah berdasarkan model input-output di mana input adalah berdasarkan model Slavin yang menilai empat faktor amalan pengajaran yang berkesan dan output pula adalah peningkatan dalam pencapaian akademik pelajar 1.3.4 Rumusan Dapatan Kajian Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru telah merancang pengajaran terlebih dahulu sebelum mengajar, memastikan isi-isi pelajaran tepat dan dikemaskini, mempelbagaikan alat bantu mengajar, memantau perkembangan pelajar, memastikan pelajar menguasai konsep- 7
  • 8. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 konsep asas dalam pembelajaran dan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsi pelajar berdasarkan jantina terhadap keempat-empat faktor amalan pengajaran yang berkesan mengikut model Slavin. 1.3.5 Hasil perbincangan dan hujah terpenting kajian Kajian ini menunjukkan bahawa model amalan pengajaran berkesan Slavin telah digunakan oleh kebanyakan guru yang dikaji di beberapa buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Berdasarkan persepsi pelajar, satu profil amalan pengajaran guru berkesan telah dibina sebagai panduan kepada semua guru di seluruh Malaysia. Mengikut persepsi pelajar, guru yang berkesan perlulah merancang terlebih dahulu pengajaran, mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar serta kreatif di dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru yang berkesan juga perlulah mengajar mengikut aras kebolehan dan keupayaan pelajar dan memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada akhir tahun. Selain itu, guru yang berkesan perlulah memberi motivasi dan ganjaran kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh dan menggunakan sepenuhnya masa pengajaran dan memberi masa yang secukupnya untuk pelajar menyiapkan pelbagai tugasan. 1.3.6 Kerelevanan artikel dengan kajian Artikel ini sangat relevan dengan kajian yang akan dijalankan kerana memberi input yang berguna tentang amalan pengajaran yang berkesan. Keempat-empat faktor yang digariskan oleh Slavin boleh digunakan sebagai rujukan di dalam membina instrumen bagi menilai pelaksanaan pengajaran yang berkesan dalam kalangan pensyarah Pengajian Islam di IPTS. 8
  • 9. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 1.4 Artikel 4 1.4.1 Perincian bibiliografi artikel mengikut gaya penulisan UKM Wan Noor Hazlina Wan Jusoh and Kamaruzaman Jusoff. 2009. Using Multimedia in Teaching Islamic Studies. Journal Media and Communication Studies. Vol. 1(5) :86-94 1.4.2 Tujuan utama artikel Tujuan utama artikel ini ialah untuk membincangkan tentang penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Islam di IPTS. Penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang mengaplikasikan penggunaan ICT dan multimedia semasa mengajar di Kolej Universiti Taylor’s, Subang Jaya. 1.4.3 Kaedah Kajian Oleh kerana artikel ini adalah berbentuk konseptual, maka tiada kaedah kajian yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, penulis telah menyatakan sebahagian daripada pendapat dan komen pelajar yang didapati daripada borang penilaian kursus bagi menunjuk dan mengukuhkan pernyataan beliau terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Islam menggunakan multimedia dan ICT. 1.4.4 Rumusan Dapatan Kajian Penulis mendapati bahawa dengan menggabungkan penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Islam, anggapan negatif terhadap mata pelajaran ini telah berjaya diubah dan menjadikannya mata pelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Berdasarkan penilaian daripada pelajar, penulis mendapati bahawa adalah tidak mustahil untuk menjadikan mata pelajaran yang dianggap lesu dan membosankan ini kepada mata pelajaran yang sangat interaktif dan memberi kesan ke atas 9
  • 10. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 motivasi dan pencapaian pelajar dengan menggunakan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran. 1.4.5 Hasil perbincangan dan hujah terpenting artikel Mata pelajaran Pengajian Islam atau MPW 1143 adalah satu mata pelajaran wajib bagi semua pelajar Muslim di IPTS. Ia bertujuan untuk melahirkan warganegara dan graduan Muslim yang memahami Islam sebagai satu cara hidup dan agama yang mampu untuk mendepani pelbagai cabaran semasa. Kurikulumnya hampir sama dengan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah menengah cuma skopnya agak luas. Oleh kerana ia adalah mata pelajaran yang diwajibkan oleh pihak MQA, pelajar tiada pilihan dan sering pula beranggapan bahawa ia adalah mata pelajaran yang membosankan. Justeru, para pensyarah perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran. Antara kaedah yang berkesan ialah melalui penggunaan bahan multimedia di dalam pengajaran seperti penggunaan Microsoft power point, klip video, peta minda dan internet. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, slaid power point telah menjadikan pengajaran lebih menarik dengan memasukkan pelbagai grafik yang berkesan disamping penggunaan muzik sebagai latar belakang telah meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik. Selain itu, pelajar juga diarahkan supaya menyediakan satu klip video yang bertemakan Islam dan hasilnya sangat memberansangkan berdasarkan penilaian dan komen pelajar. Peta minda yang dibina melalui software Free Mind pula telah memudahkan pelajar memahami keseluruhan topik begitu juga dengan penggunaan internet seperti kemudahan youtube untuk memuat turun pelbagai video yang sesuai dengan topik yang diajar. Kesimpulannya, penggunaan multimedia secara efektif telah berjaya menjadikan mata pelajaran ini lebih menarik, memberi motivasi dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar. 1.4.6 Kerelevanan artikel dengan kajian Artikel ini sangat relevan dengan kajian kerana membincangkan tentang mata pelajaran yang sama di tempat yang sama iaitu di IPTS. Pengkaji boleh 10
  • 11. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 menggunakan artikel ini di dalam bab 2 bagi menghuraikan tentang antara strategi menjadikan pengajaran berkesan serta di dalam bab 5 iaitu di dalam perbincangan yang boleh dijadikan sebagai bahan sokongan. 2.0 Analisis Kritikal dan Integrasi Literatur 2.1 Analisis Kritikal dan Integrasi Artikel dengan artikel Secara keseluruhannya kesemua artikel ini membincangkan tema yang sama iaitu tentang aspek pengajaran. Walau bagaimanapun hanya artikel 4 yang menfokuskan tentang pengajaran Pengajian Islam. Artikel 4 juga adalah hampir sama dengan artikel 2 kerana menfokuskan tentang pengajaran mata pelajaran wajib di IPTS iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Mata pelajaran wajib bermaksud semua mata pelajaran yang wajib diajar dan wajib lulus bagi memenuhi kehendak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) seperti yang termaktub di dalam Akta IPTS 1996. Manakala artikel 1 dan artikel 3 menfokuskan tentang aspek pengajaran dalam kalangan guru di sekolah menengah. Kesemua artikel ini juga menggunakan persepsi pelajar di dalam membuat penilaian terhadap pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dan pensyarah. Apabila membincangkan tentang aspek pengajaran yang berkesan, penulis artikel 1 telah menyenaraikan beberapa ciri seperti kejelasan pengajaran, kepelbagaian pengajaran, orientasi tugas dan penglibatan dalam proses pembelajaran dan kejayaan pelajar (perenggan 1 muka surat 108). Selain itu, seseorang guru juga perlu menguasai beberapa kemahiran di dalam pengajaran seperti menfokus dan mendapatkan perhatian pelajar, menggunakan masa pengajaran secara berkesan, menjalankan pengajaran interaktif dan menyediakan maklum balas dan pengukuhan. (perenggan 2 muka surat 108). Pendapat ini adalah selari dengan penulis artikel 3 yang menggunakan model pengajaran Slavin sebagai instrumen kajian di dalam menilai amalan pengajaran guru. Menurut Slavin, amalan pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian tahap pengajaran, insentif dan masa yang digunakan oleh guru. Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami, mudah diingat dan menyeronokkan pelajar. Manakala tahap pengajaran yang sesuai bermaksud 11
  • 12. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 pengajaran mestilah sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Selain itu, guru juga perlu memberi insentif kepada pelajar dengan cara memberi motivasi dan pujian kepada pelajar serta menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar. Seseorang guru juga perlu memperuntukkan masa pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi samada di dalam mengajar sesuatu mata pelajaran atau semasa memberi sebarang tugasan kepada pelajar. (muka surat 30-31). Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran merupakan alat penyambung atau penggerak dua hala di antara guru dan pelajar yang sentiasa berinteraksi dan saling pengaruh mempengaruhi. Dalam konteks ini, dapatan kajian penulis di dalam artikel 2 menunjukkan bahawa tenaga pengajar telah mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan perkaedahan konvensional dan perkaedahan berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak (muka surat 20). Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian di dalam artikel 3 yang menunjukkan guru yang dikaji mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya pengajarannya menyeronokkan dan dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar. (muka surat 39). Selain itu, bahan pengajaran juga memainkan peranan yang penting di dalam memastikan keberkesanan pengajaran. Menurut penulis artikel 4, penggunaan multimedia secara efektif mampu menarik perhatian pelajar dan menjadikan mata pelajaran Pengajian Islam di IPTS lebih menarik dan menyeronokkan( muka surat 93). Walau bagaimanapun, dapatan kajian di dalam artikel 2 menunjukkan bahawa para pensyarah Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak lebih kerap menggunakan bahan pengajaran konvensional berbanding dengan bahan pengajaran berbentuk elektronik (muka surat 21). Ini menunjukkan bahawa tidak semua pensyarah di IPTS benar-benar mengaplikasikan penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun menyedari kepentingan dan keberkesanannya. 2.2 Analisis Kritikal dan Integrasi Artikel dengan kajian Keempat-empat artikel ini sangat relevan dengan kajian yang akan dijalankan daripada pelbagai aspek. Artikel 1 dan artikel 3 sangat bermanfaat di dalam membincangkan tentang ciri, amalan dan konstruk pengajaran berkesan yang boleh digunakan oleh pengkaji sebagai rujukan di dalam Bab 2 (Tinjauan Literatur). Model 12
  • 13. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 pengajaran Slavin dalam artikel 3 yang menggariskan empat amalan pengajaran yang berkesan boleh dijadikan rujukan di dalam membina kerangka teori kajian. Begitu juga dengan ciri-ciri pengajaran berkesan di dalam artikel 1 yang dikemukakan oleh Cruickshank, Bainer dan Metcalf (1995), Joyce, Calhoun dan Hopkins (1997), Ormrod (2000) serta Eggen dan Kauchak (2001). Selain itu, pengkaji juga boleh menjadikan instrumen yang digunakan di dalam kedua-dua artikel ini sebagai rujukan di dalam pembinaan instrumen kajian pengkaji kelak. Di samping itu, dapatan kedua-dua kajian juga boleh digunakan sebagai rujukan bagi menyokong fakta dan dapatan kajian di dalam Bab 5 (Perbincangan dan Implikasi Kajian) Artikel 2 dan artikel 4 lebih memfokuskan kepada pengajaran dalam kalangan pensyarah di IPTS. Artikel 2 banyak membincangkan tentang latar belakang penubuhan IPTS dan juga pengenalan mata pelajaran wajib di IPTS oleh Lembaga Akreditasi Negara (LAN) atau MQA. Maklumat ini boleh dijadikan sebagai rujukan di dalam Bab 1 (Latar belakang Kajian). Kajian kepustakaan di dalam artikel 2 juga boleh dijadikan sebagai rujukan di dalam Bab 2 (Tinjauan Literatur) kerana banyak merujuk kepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di IPTS. Selain itu, dapatan kajian di dalam artikel 2 juga boleh dijadikan sebagai rujukan di dalam Bab 5 (Perbincangan dan Implikasi Kajian). Artikel 4 sangat relevan dengan kajian kerana fokus utamanya adalah sama iaitu pengajaran mata pelajaran Pengajian Islam di IPTS. Walaupun artikel 4 hanyalah kertas konseptual, tetapi perbincangan tentang keberkesanan penggunaan multimedia di dalam pengajaran mata pelajaran ini di IPTS telah memberikan impak yang besar kepada pelajar. Penggunaan multimedia adalah antara aspek bahan pengajaran yang penting yang akan dijadikan sebagai salah satu daripada instrumen kajian. Ini adalah kerana kaedah pengajaran berbantukan multimedia telah diakui dan dibuktikan oleh ramai para sarjana sebagai antara kaedah yang paling berkesan di dalam menarik minat pelajar dan menjadikan pengajaran lebih interaktif dan berkesan. Justeru, pengkaji akan menjadikan artikel ini sebagai rujukan di dalam Bab 1 (Latar belakang dan pernyataan masalah), Bab 2 (Tinjauan Literatur) dan juga di dalam Bab 5 (Perbincangan dan Implikasi Kajian). 13
  • 14. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 2.3 Analisis Kritikal dan Integrasi Artikel dengan bahan rujukan lain Menurut penulis di dalam artikel 3, pengajaran guru yang berkesan bermakna pengajaran guru tersebut dianggap baik jika guru tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi supaya mereka minat belajar, dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kebolehan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain, pengajaran berkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan. (perenggan 2 : muka surat 29). Pendapat ini adalah selaras dengan teori pengajaran yang diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun di dalam bukunya Al Muqaddimah (dalam Misnan Jemali, 2008) yang menggariskan empat kriteria pengajaran berkesan iaitu objektif pengajaran yang jelas, memahami tahap pengetahuan dan kebolehan pelajar, kaedah pengajaran yang berkesan dan beransur- ansur atau tadrij serta melakukan penilaian dan rumusan pengajaran. Menurut Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi (2010), kemahiran dan kemampuan guru untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dan menarik perlu diberi perhatian. Ini adalah kerana kegagalan guru untuk memberikan penjelasan yang baik dan mantap boleh menyebabkan pengajaran guru tidak menarik dan juga menjadi punca pelajar tidak dapat memahami apa yang dipelajari. Begitu juga dengan pendapat Muhamad Uthman El Muhammady dalam Ahmad Mohd Salleh (1997) yang menganggap guru adalah agen pendidikan yang berkesan. Walau sebaik manapun sesuatu sistem pendidikan, jika guru yang mengajar bukan guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan atau diajar tidak akan difahami oleh pelajar dan juga tidak mencapai matlamat pengajaran yang ditetapkan. Dapatan kajian di dalam artikel 1 menunjukkan bahawa lebih daripada satu pertiga guru tidak pernah atau jarang menggunakan alat bantu mengajar sedangkan 14
  • 15. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam memberi pendedahan berkaitan penggunaan alat-alat berfikir (perenggan 2 : muka surat 125). Dapatan kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian di dalam artikel 2 yang menunjukkan bahawa kebanyakan para pensyarah IPTS di negeri Sarawak masih lagi menggunakan bahan bantu mengajar konvensional berbanding bahan berbentuk elektronik (muka surat 21). Di dalam era sains dan teknologi masa kini, para tenaga pengajar seharusnya menggunakan sepenuhnya bahan pengajaran berbantukan komputer dan multimedia di dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran. Menurut penulis di dalam artikel 4, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada media berbanding dengan generasi sebelumnya. Malah, sesetengah pendapat mengatakan bahawa otak generasi hari ini telah diprojekkan untuk memperuntukkan sebahagian daripada masa mereka di hadapan komputer sama ada menonton video, mendengar muzik atau bermain permainan komputer. Oleh sebab itu, generasi hari ini juga dikenali sebagai generasi digital. Justeru, bagi membolehkan guru menarik perhatian pelajar dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, guru atau pensyarah perlu mengikut perkembangan semasa yang sesuai dengan generasi muda hari ini Salah satu daripada bahan pengajaran yang sangat efektif pada masa kini ialah penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (muka surat 87). Menurut Zaradi Sudin dan Rozita (2003), teknologi terkini, khususnya yang berasaskan komputer dan telekomunikasi seperti internet boleh digunakan oleh guru- guru Pendidikan Islam untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan P&P seperti : (1) Sumber maklumat atau perpustakaan maya di dalam laman web. Didalam laman sesawang ini, berjuta maklumat boleh diperolehi. (2) Penggunaan mel elektronik (email) untuk perbincangan secara berterusan antara guru dan pelajar di luar persekolahan formal. (3) Penggunaan sidang video untuk membolehkan mesyuarat diadakan secara virtual, baik di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri (4) Sebagai alat penyampai kursus atau latihan secara jarak jauh. Ini membolehkan proses pembangunan professional guru dijalankan secara berterusan dan memberi peluang kepada lebih ramai guru menyertainya 15
  • 16. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 Menurut Zaradi Sudin dan Rozita (2003) lagi penggunaan multimedia di dalam P&P Pendidikan Islam mendatangkan banyak faedah. Antaranya ialah : (1) Pengajaran menjadi lebih efektif dengan adanya integrasi elemen-elemen multimedia (2) Menarik minat dan dapat memotivasikan para pelajar (3) Pelajar dapat belajar pada tahap kendiri dan pada bila-bila masa yang dikehendakinya (4) Menjimatkan masa dan kos kerana tidak memerlukan tenaga pengajar sepenuhnya. Guru bertindak sebagai fasilitator sahaja. (5) Pelbagai sumber dan bahan dapat disimpan dan digunakan contohnya dengan adanya internet, pelajar boleh melayari perpustakaan maya. Kesimpulannya, keempat-empat artikel yang memfokuskan aspek pengajaran ini mempunyai justifikasi dan kerelevanan tersendiri di dalam membantu pengkaji melakukan kajian berkaitan tentang “Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi MARA di negeri Selangor”. Integrasi kesemua artikel ini akan memudahkan pengkaji memahami lebih mendalam tentang tajuk kajian dan boleh dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek kajian. Setiap kekuatan dan kekurangan dalam setiap artikel akan digunakan dalam menambah dan memperbaiki fokus kajian. Oleh kerana tiada sebarang kajian yang pernah dilakukan sebelum ini berhubung dengan tajuk kajian yang dipilih, pengkaji akan cuba mengintegrasikan setiap artikel yang relevan dalam usaha untuk menghasilkan kajian yang berkualiti dan dapat dimanfaatkan kelak. Rujukan Ab. Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 16
  • 17. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 Ahmad Mohd Salleh, 1997, Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Kuala Lumpur, Fajar Bakti Misnan Jemali. 2008. Amalan Pengajaran Tilawah Al Quran di Sekolah Menengah. Kertas Projek. Sarjana Pendidikan Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia Zaradi Sudin, Rozita Hj. Md Noh. 2003. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Siri 3, Universiti Kebangsaan Malaysia. 17