[PENULISAN AKADEMIK 2]   Tugasan 2      1
[PENULISAN AKADEMIK 2]   Tugasan 2      2
[PENULISAN AKADEMIK 2]            Tugasan 2Tajuk Kajian :                   Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Mata Pelajara...
[PENULISAN AKADEMIK 2]            Tugasan 2Bahagian 2 mengandungi dua instrumen yang mengukur pemboleh ubah yangdikaji, ia...
[PENULISAN AKADEMIK 2]               Tugasan 21.2   Artikel 2      1.2.1   Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Pen...
[PENULISAN AKADEMIK 2]                     Tugasan 2pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan dan secara keseluruhan pela...
[PENULISAN AKADEMIK 2]               Tugasan 21.3   Artikel 3      1.3.1   Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Pen...
[PENULISAN AKADEMIK 2]              Tugasan 2konsep asas dalam pembelajaran dan mempelbagaikan kaedah pengajaran.Kajian in...
[PENULISAN AKADEMIK 2]                Tugasan 21.4   Artikel 4      1.4.1   Perincian bibiliografi artikel mengikut gaya p...
[PENULISAN AKADEMIK 2]             Tugasan 2motivasi dan pencapaian pelajar dengan menggunakan multimedia di dalampengajar...
[PENULISAN AKADEMIK 2]                 Tugasan 2             menggunakan artikel ini di dalam bab 2 bagi menghuraikan tent...
[PENULISAN AKADEMIK 2]             Tugasan 2pengajaran mestilah sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Selain itu,...
[PENULISAN AKADEMIK 2]                 Tugasan 2pengajaran Slavin dalam artikel 3 yang menggariskan empat amalan pengajara...
[PENULISAN AKADEMIK 2]                    Tugasan 22.3    Analisis Kritikal dan Integrasi Artikel dengan bahan rujukan lai...
[PENULISAN AKADEMIK 2]                 Tugasan 2pelbagai   usaha telah dilakukan      oleh   Kementerian Pelajaran      da...
[PENULISAN AKADEMIK 2]              Tugasan 2             Menurut Zaradi Sudin dan Rozita (2003) lagi penggunaan multimedi...
[PENULISAN AKADEMIK 2]               Tugasan 2Ahmad Mohd Salleh, 1997, Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi dan Metodolog...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Cth mythesis

1,721

Published on

theses

Published in: Education
1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
  • URUS NIK BEACUKAI / REGISTRASI PABEAN / SRP BEACUKAI
    Peraturan Menteri Keuangan No. 63/PMK.04/2011

    - URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

    URUS IZIN USAHA:
    - URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS NPIK – Seluruh Indonesia
    - URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - Urus IT Plastik
    - Urus IT CAKRAM OPTIK
    - Urus IT KOSMETIK
    - Urus IT ALAS KAKI
    - Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
    - Urus IT ELEKTRONIKA
    - Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
    - Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus Izin Prinsip
    -Urus SIUP.
    -Urus TDP
    -Dll

    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
    Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Website: http://www.saranaijin.com
    Email legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
1,721
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
56
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Cth mythesis

  1. 1. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 1
  2. 2. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 2
  3. 3. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2Tajuk Kajian : Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi MARA di negeri Selangor1.0 Bibliografi Beranotasi 1.1 Artikel 1 1.1.1 Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Penulisan UKM Sarimah Abd Razak, Ramlah Hamzah, Rosini Abu dan Zakaria Kasa. 2010. Motivasi Pelajar Sekolah Menengah Teknik dan Persepsi Mereka Terhadap Pengajaran Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Jil. 11: 105-131 1.1.2 Tujuan utama artikel Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan tahap motivasi intrinsik pelajar Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru. Kajian ini adalah bertitik tolak daripada dapatan kajian yang mengkaji pelaksanaan kurikulum Tech Prep di Sekolah Menengah Teknik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2001 yang mendapati bahawa pelajar di SMT yang dikaji kurang bermotivasi dalam mengikuti pelajaran. Kajian tersebut juga mendapati pendekatan pengajaran yang berpusat kepada guru masih lagi mendominasi bilik darjah di SMT. Kuliah, penghafalan, mengingat semula dan penggunaan soalan retorik menjadi kaedah utama pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan penyelesaian masalah dan berfikir secara kritis. 1.1.3 Kaedah Kajian Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan inventori piawai dan soal selidik. Reka bentuk persampelan pelbagai tahap digunakan dalam persampelan pemilihan sampel yang terdiri daripada 635 orang pelajar SMT seluruh Malaysia. Data dikutip melalui teknik soal selidik yang dibahagi kepada dua bahagian iaitu, Bahagian 1 berkaitan demografi responden dan 3
  4. 4. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2Bahagian 2 mengandungi dua instrumen yang mengukur pemboleh ubah yangdikaji, iaitu Inventori Motivasi Intrinsik oleh Deci dan Ryan (1985) dan SoalSelidik “ Persepsi pelajar terhadap penyampaian pengajaran guru”1.1.4 Rumusan Dapatan Kajian Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai motivasiinstrinsik bertahap sederhana. Persepsi pelajar terhadap penyampaian gurumereka pula berada di tahap tinggi.1.1.5 Hasil perbincangan dan hujah terpenting kajian Motivasi intrinsik yang bertahap sederhana amat membimbangkankerana ini akan menyebabkan pelajar kurang menunjukkan tingkah laku mencarisituasi yang menyediakan cabaran yang membolehkan mereka menggunakankebolehan mereka pada tahap optimum. Selain itu, guru juga didapati jarangatau tidak pernah menggunakan alat pandang dengar dan alat bantu mengajarserta penglibatan pelajar dalam membuat refleksi, sorotan dan rumusan.Sekalipun persepsi pelajar terhadap pengajaran guru adalah tinggi tetapikekurangan ini memberi impak yang besar kepada perkembangan kognitifpelajar.1.1.6 Kerelevanan artikel dengan kajian Artikel ini sangat relevan dengan kajian melalui instrumen yangdibangunkan di dalam menilai persepsi pelajar terhadap pengajaran gurumereka. Soal selidik telah dibina berdasarkan ciri-ciri pengajaran berkesan yangdikemukakan oleh Cruickshank, Bainer dan Metcalf (1995), Joyce, Calhoun danHopkins (1997), Ormrod (2000) serta Eggen dan Kauchak (2001) 4
  5. 5. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 21.2 Artikel 2 1.2.1 Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Penulisan UKM Zamri Mahamod, Celinea anak Lasan dan Nik Mohd Rahimi Nik Yusof. 2009. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di Negeri Sarawak. Asian Journal Teaching and Learning in Higher Education. AJTLHE. Vol. 1 No.1 : 8-25 1.2.2 Tujuan utama artikel Tujuan utama artikel ini adalah untuk mendapatkan persepsi pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di negeri Sarawak tentang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan tenaga pengajar di IPTS yang dikaji. Pengajaran dan pembelajaran meliputi pendekatan, perkaedahan, sukatan, bahan dan penilaian pengajaran dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan perbezaan persepsi dinilai di antara pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera. 1.2.3 Kaedah Kajian Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kaedah tinjauan melalui soal selidik. Kajian ini melibatkan seramai 218 orang pelajar tempatan yang mengikuti kursus mata pelajaran Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak. Kaedah persampelan yang digunakan ialah persampelan rawak mudah manakala instrumen yang digunakan telah diubahsuai daripada beberapa kajian lepas. Teori yang mendasari kajian ini disesuaikan berasaskan kepada model Pendekatan Bersistem CIPP (Context, Input, Process, Product) 1.2.4 Rumusan Dapatan Kajian Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah IPTS di Sarawak kerap menggunakan keempat-empat pendekatan pengajaran, iaitu deduktif, induktif, elektif dan komunikatif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tetapi kurang berpusatkan pelajar. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa 5
  6. 6. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2pelbagai kaedah pengajaran telah digunakan dan secara keseluruhan pelajarbersetuju bahawa pensyarah menggunakan sukatan pelajaran yang disediakanoleh LAN dan ia telah berjaya mencapai matlamatnya bagi membolehkan pelajarmenguasai kecekapan berbahasa. Walau bagaimanapun, pensyarah didapatilebih kerap menggunakan bahan pengajaran konvensional berbanding elektronikdi dalam pengajaran mereka. Manakala dari aspek penilaian, pensyarah didapatikerap menggunakan penilaian formatif dan sumatif dalam pengajaran danpembelajaran Bahasa Melayu di IPTS.1.2.5 Hasil perbincangan dan hujah terpenting kajian Secara keseluruhannya, mutu pengajaran dan pembelajaran BahasaMelayu di IPTS masih belum mencapai standard yang membanggakan. Aktivitiyang berpusatkan pelajar masih kurang dilaksanakan dan bahan pengajaranyang digunakan perlulah lebih berkualiti dan terkini selaras denganperkembangan teknologi pendidikan masa kini. Selain itu, tenaga pengajar jugaperlu lebih kreatif dan inovatif agar pengajaran dan pembelajaran BahasaMelayu lebih menarik dan menyeronokkan.1.2.6 Kerelevenan artikel dengan kajian Artikel ini sangat relevan dengan kajian kerana ia membincangkan isuyang sama iaitu berkaitan mata pelajaran wajib di IPTS dan menilai persepsipelajar terhadap pendekatan dan pengajaran yang digunakan oleh parapensyarah di dalam pengajaran dan pembelajaran. 6
  7. 7. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 21.3 Artikel 3 1.3.1 Perincian bibliografi artikel mengikut Gaya Penulisan UKM Shahril @Charil bin Hj Marzuki. 2004. Amalan Pengajaran yang berkesan : Kajian di beberapa Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya : 29-40 1.3.2 Tujuan utama artikel Tujuan utama artikel ini adalah untuk mengesani amalan pengajaran yang berkesan mengikut model Slavin (1994) dalam kalangan guru di beberapa buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Menurut Slavin, amalan pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian tahap pengajaran, insentif dan masa yang digunakan oleh guru. Selain itu, kajian ini juga adalah bertujuan untuk melihat perbezaan persepsi pelajar mengikut jantina ke atas keempat-empat faktor tersebut. 1.3.3 Kaedah Kajian Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan temu bual yang melibatkan seramai 208 orang pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di sekolah menengah di kawasan Kepong, Kuala Lumpur dan Subang Jaya. Satu set instrumen kajian telah dibina yang mengandungi 26 item dan dibahagikan kepada empat sub skala bagi mengukur amalan pengajaran yang berkesan berdasarkan Model Slavin. Teori yang mendasari kajian adalah berdasarkan model input-output di mana input adalah berdasarkan model Slavin yang menilai empat faktor amalan pengajaran yang berkesan dan output pula adalah peningkatan dalam pencapaian akademik pelajar 1.3.4 Rumusan Dapatan Kajian Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan guru telah merancang pengajaran terlebih dahulu sebelum mengajar, memastikan isi-isi pelajaran tepat dan dikemaskini, mempelbagaikan alat bantu mengajar, memantau perkembangan pelajar, memastikan pelajar menguasai konsep- 7
  8. 8. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2konsep asas dalam pembelajaran dan mempelbagaikan kaedah pengajaran.Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan persepsipelajar berdasarkan jantina terhadap keempat-empat faktor amalan pengajaranyang berkesan mengikut model Slavin.1.3.5 Hasil perbincangan dan hujah terpenting kajian Kajian ini menunjukkan bahawa model amalan pengajaran berkesanSlavin telah digunakan oleh kebanyakan guru yang dikaji di beberapa buahsekolah menengah di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Berdasarkan persepsipelajar, satu profil amalan pengajaran guru berkesan telah dibina sebagaipanduan kepada semua guru di seluruh Malaysia. Mengikut persepsi pelajar,guru yang berkesan perlulah merancang terlebih dahulu pengajaran, mengaitkanisi pelajaran dengan pengetahuan sedia ada dan pengalaman pelajar sertakreatif di dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru yang berkesan jugaperlulah mengajar mengikut aras kebolehan dan keupayaan pelajar danmemastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada akhir tahun. Selain itu, guruyang berkesan perlulah memberi motivasi dan ganjaran kepada pelajar supayabelajar bersungguh-sungguh dan menggunakan sepenuhnya masa pengajarandan memberi masa yang secukupnya untuk pelajar menyiapkan pelbagaitugasan.1.3.6 Kerelevanan artikel dengan kajian Artikel ini sangat relevan dengan kajian yang akan dijalankan keranamemberi input yang berguna tentang amalan pengajaran yang berkesan.Keempat-empat faktor yang digariskan oleh Slavin boleh digunakan sebagairujukan di dalam membina instrumen bagi menilai pelaksanaan pengajaran yangberkesan dalam kalangan pensyarah Pengajian Islam di IPTS. 8
  9. 9. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 21.4 Artikel 4 1.4.1 Perincian bibiliografi artikel mengikut gaya penulisan UKM Wan Noor Hazlina Wan Jusoh and Kamaruzaman Jusoff. 2009. Using Multimedia in Teaching Islamic Studies. Journal Media and Communication Studies. Vol. 1(5) :86-94 1.4.2 Tujuan utama artikel Tujuan utama artikel ini ialah untuk membincangkan tentang penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Islam di IPTS. Penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sendiri yang mengaplikasikan penggunaan ICT dan multimedia semasa mengajar di Kolej Universiti Taylor’s, Subang Jaya. 1.4.3 Kaedah Kajian Oleh kerana artikel ini adalah berbentuk konseptual, maka tiada kaedah kajian yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, penulis telah menyatakan sebahagian daripada pendapat dan komen pelajar yang didapati daripada borang penilaian kursus bagi menunjuk dan mengukuhkan pernyataan beliau terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Islam menggunakan multimedia dan ICT. 1.4.4 Rumusan Dapatan Kajian Penulis mendapati bahawa dengan menggabungkan penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Islam, anggapan negatif terhadap mata pelajaran ini telah berjaya diubah dan menjadikannya mata pelajaran yang menarik dan menyeronokkan. Berdasarkan penilaian daripada pelajar, penulis mendapati bahawa adalah tidak mustahil untuk menjadikan mata pelajaran yang dianggap lesu dan membosankan ini kepada mata pelajaran yang sangat interaktif dan memberi kesan ke atas 9
  10. 10. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2motivasi dan pencapaian pelajar dengan menggunakan multimedia di dalampengajaran dan pembelajaran.1.4.5 Hasil perbincangan dan hujah terpenting artikel Mata pelajaran Pengajian Islam atau MPW 1143 adalah satu matapelajaran wajib bagi semua pelajar Muslim di IPTS. Ia bertujuan untukmelahirkan warganegara dan graduan Muslim yang memahami Islam sebagaisatu cara hidup dan agama yang mampu untuk mendepani pelbagai cabaransemasa. Kurikulumnya hampir sama dengan kurikulum Pendidikan Islam disekolah menengah cuma skopnya agak luas. Oleh kerana ia adalah matapelajaran yang diwajibkan oleh pihak MQA, pelajar tiada pilihan dan sering pulaberanggapan bahawa ia adalah mata pelajaran yang membosankan. Justeru,para pensyarah perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik dankaedah pengajaran. Antara kaedah yang berkesan ialah melalui penggunaanbahan multimedia di dalam pengajaran seperti penggunaan Microsoft powerpoint, klip video, peta minda dan internet. Berdasarkan pengalaman penulissendiri, slaid power point telah menjadikan pengajaran lebih menarik denganmemasukkan pelbagai grafik yang berkesan disamping penggunaan muziksebagai latar belakang telah meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatutopik. Selain itu, pelajar juga diarahkan supaya menyediakan satu klip video yangbertemakan Islam dan hasilnya sangat memberansangkan berdasarkanpenilaian dan komen pelajar. Peta minda yang dibina melalui software Free Mindpula telah memudahkan pelajar memahami keseluruhan topik begitu jugadengan penggunaan internet seperti kemudahan youtube untuk memuat turunpelbagai video yang sesuai dengan topik yang diajar. Kesimpulannya,penggunaan multimedia secara efektif telah berjaya menjadikan mata pelajaranini lebih menarik, memberi motivasi dan mampu meningkatkan kefahamanpelajar.1.4.6 Kerelevanan artikel dengan kajian Artikel ini sangat relevan dengan kajian kerana membincangkan tentangmata pelajaran yang sama di tempat yang sama iaitu di IPTS. Pengkaji boleh 10
  11. 11. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 menggunakan artikel ini di dalam bab 2 bagi menghuraikan tentang antara strategi menjadikan pengajaran berkesan serta di dalam bab 5 iaitu di dalam perbincangan yang boleh dijadikan sebagai bahan sokongan.2.0 Analisis Kritikal dan Integrasi Literatur 2.1 Analisis Kritikal dan Integrasi Artikel dengan artikel Secara keseluruhannya kesemua artikel ini membincangkan tema yang sama iaitu tentang aspek pengajaran. Walau bagaimanapun hanya artikel 4 yang menfokuskan tentang pengajaran Pengajian Islam. Artikel 4 juga adalah hampir sama dengan artikel 2 kerana menfokuskan tentang pengajaran mata pelajaran wajib di IPTS iaitu mata pelajaran Bahasa Melayu. Mata pelajaran wajib bermaksud semua mata pelajaran yang wajib diajar dan wajib lulus bagi memenuhi kehendak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) seperti yang termaktub di dalam Akta IPTS 1996. Manakala artikel 1 dan artikel 3 menfokuskan tentang aspek pengajaran dalam kalangan guru di sekolah menengah. Kesemua artikel ini juga menggunakan persepsi pelajar di dalam membuat penilaian terhadap pengajaran yang dilaksanakan oleh guru dan pensyarah. Apabila membincangkan tentang aspek pengajaran yang berkesan, penulis artikel 1 telah menyenaraikan beberapa ciri seperti kejelasan pengajaran, kepelbagaian pengajaran, orientasi tugas dan penglibatan dalam proses pembelajaran dan kejayaan pelajar (perenggan 1 muka surat 108). Selain itu, seseorang guru juga perlu menguasai beberapa kemahiran di dalam pengajaran seperti menfokus dan mendapatkan perhatian pelajar, menggunakan masa pengajaran secara berkesan, menjalankan pengajaran interaktif dan menyediakan maklum balas dan pengukuhan. (perenggan 2 muka surat 108). Pendapat ini adalah selari dengan penulis artikel 3 yang menggunakan model pengajaran Slavin sebagai instrumen kajian di dalam menilai amalan pengajaran guru. Menurut Slavin, amalan pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh empat faktor iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian tahap pengajaran, insentif dan masa yang digunakan oleh guru. Kualiti pengajaran bermaksud keupayaan guru untuk menyampaikan pengajaran atau konsep atau kemahiran yang mudah difahami, mudah diingat dan menyeronokkan pelajar. Manakala tahap pengajaran yang sesuai bermaksud 11
  12. 12. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2pengajaran mestilah sesuai dengan kebolehan dan keupayaan pelajar. Selain itu, gurujuga perlu memberi insentif kepada pelajar dengan cara memberi motivasi dan pujiankepada pelajar serta menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat danmenyeronokkan dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar.Seseorang guru juga perlu memperuntukkan masa pengajaran dan pembelajaran yangmencukupi samada di dalam mengajar sesuatu mata pelajaran atau semasa memberisebarang tugasan kepada pelajar. (muka surat 30-31). Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kaedah pengajaran merupakan alatpenyambung atau penggerak dua hala di antara guru dan pelajar yang sentiasaberinteraksi dan saling pengaruh mempengaruhi. Dalam konteks ini, dapatan kajianpenulis di dalam artikel 2 menunjukkan bahawa tenaga pengajar telah mempelbagaikankaedah pengajaran dengan menggunakan perkaedahan konvensional dan perkaedahanberpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di IPTS dinegeri Sarawak (muka surat 20). Dapatan ini adalah selari dengan dapatan kajian didalam artikel 3 yang menunjukkan guru yang dikaji mempelbagaikan kaedah pengajaransupaya pengajarannya menyeronokkan dan dapat menarik minat pelajar untuk terusbelajar. (muka surat 39). Selain itu, bahan pengajaran juga memainkan peranan yang penting di dalammemastikan keberkesanan pengajaran. Menurut penulis artikel 4, penggunaanmultimedia secara efektif mampu menarik perhatian pelajar dan menjadikan matapelajaran Pengajian Islam di IPTS lebih menarik dan menyeronokkan( muka surat 93).Walau bagaimanapun, dapatan kajian di dalam artikel 2 menunjukkan bahawa parapensyarah Bahasa Melayu di IPTS di negeri Sarawak lebih kerap menggunakan bahanpengajaran konvensional berbanding dengan bahan pengajaran berbentuk elektronik(muka surat 21). Ini menunjukkan bahawa tidak semua pensyarah di IPTS benar-benarmengaplikasikan penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaranwalaupun menyedari kepentingan dan keberkesanannya.2.2 Analisis Kritikal dan Integrasi Artikel dengan kajian Keempat-empat artikel ini sangat relevan dengan kajian yang akandijalankan daripada pelbagai aspek. Artikel 1 dan artikel 3 sangat bermanfaat di dalammembincangkan tentang ciri, amalan dan konstruk pengajaran berkesan yang bolehdigunakan oleh pengkaji sebagai rujukan di dalam Bab 2 (Tinjauan Literatur). Model 12
  13. 13. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2pengajaran Slavin dalam artikel 3 yang menggariskan empat amalan pengajaran yangberkesan boleh dijadikan rujukan di dalam membina kerangka teori kajian. Begitu jugadengan ciri-ciri pengajaran berkesan di dalam artikel 1 yang dikemukakan olehCruickshank, Bainer dan Metcalf (1995), Joyce, Calhoun dan Hopkins (1997), Ormrod(2000) serta Eggen dan Kauchak (2001). Selain itu, pengkaji juga boleh menjadikaninstrumen yang digunakan di dalam kedua-dua artikel ini sebagai rujukan di dalampembinaan instrumen kajian pengkaji kelak. Di samping itu, dapatan kedua-dua kajianjuga boleh digunakan sebagai rujukan bagi menyokong fakta dan dapatan kajian didalam Bab 5 (Perbincangan dan Implikasi Kajian) Artikel 2 dan artikel 4 lebih memfokuskan kepada pengajaran dalamkalangan pensyarah di IPTS. Artikel 2 banyak membincangkan tentang latar belakangpenubuhan IPTS dan juga pengenalan mata pelajaran wajib di IPTS oleh LembagaAkreditasi Negara (LAN) atau MQA. Maklumat ini boleh dijadikan sebagai rujukan didalam Bab 1 (Latar belakang Kajian). Kajian kepustakaan di dalam artikel 2 juga bolehdijadikan sebagai rujukan di dalam Bab 2 (Tinjauan Literatur) kerana banyak merujukkepada kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran diIPTS. Selain itu, dapatan kajian di dalam artikel 2 juga boleh dijadikan sebagai rujukan didalam Bab 5 (Perbincangan dan Implikasi Kajian). Artikel 4 sangat relevan dengan kajian kerana fokus utamanya adalahsama iaitu pengajaran mata pelajaran Pengajian Islam di IPTS. Walaupun artikel 4hanyalah kertas konseptual, tetapi perbincangan tentang keberkesanan penggunaanmultimedia di dalam pengajaran mata pelajaran ini di IPTS telah memberikan impakyang besar kepada pelajar. Penggunaan multimedia adalah antara aspek bahanpengajaran yang penting yang akan dijadikan sebagai salah satu daripada instrumenkajian. Ini adalah kerana kaedah pengajaran berbantukan multimedia telah diakui dandibuktikan oleh ramai para sarjana sebagai antara kaedah yang paling berkesan didalam menarik minat pelajar dan menjadikan pengajaran lebih interaktif dan berkesan.Justeru, pengkaji akan menjadikan artikel ini sebagai rujukan di dalam Bab 1 (Latarbelakang dan pernyataan masalah), Bab 2 (Tinjauan Literatur) dan juga di dalam Bab 5(Perbincangan dan Implikasi Kajian). 13
  14. 14. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 22.3 Analisis Kritikal dan Integrasi Artikel dengan bahan rujukan lain Menurut penulis di dalam artikel 3, pengajaran guru yang berkesanbermakna pengajaran guru tersebut dianggap baik jika guru tersebut berupayamempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar dan mendalamiisi kandungan yang hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akankebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi supaya mereka minat belajar,dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kebolehan danmemberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain, pengajaranberkesan merupakan kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik danberkesan dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapaikecemerlangan. (perenggan 2 : muka surat 29). Pendapat ini adalah selaras denganteori pengajaran yang diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun di dalam bukunya AlMuqaddimah (dalam Misnan Jemali, 2008) yang menggariskan empat kriteriapengajaran berkesan iaitu objektif pengajaran yang jelas, memahami tahappengetahuan dan kebolehan pelajar, kaedah pengajaran yang berkesan dan beransur-ansur atau tadrij serta melakukan penilaian dan rumusan pengajaran. Menurut Ab. Halim Tamuri & Nik Mohd Rahimi (2010), kemahiran dankemampuan guru untuk menyampaikan pengajaran yang berkesan dan menarik perludiberi perhatian. Ini adalah kerana kegagalan guru untuk memberikan penjelasan yangbaik dan mantap boleh menyebabkan pengajaran guru tidak menarik dan juga menjadipunca pelajar tidak dapat memahami apa yang dipelajari. Begitu juga dengan pendapatMuhamad Uthman El Muhammady dalam Ahmad Mohd Salleh (1997) yangmenganggap guru adalah agen pendidikan yang berkesan. Walau sebaik manapunsesuatu sistem pendidikan, jika guru yang mengajar bukan guru yang berkesanbermakna apa yang disampaikan atau diajar tidak akan difahami oleh pelajar dan jugatidak mencapai matlamat pengajaran yang ditetapkan. Dapatan kajian di dalam artikel 1 menunjukkan bahawa lebih daripada satupertiga guru tidak pernah atau jarang menggunakan alat bantu mengajar sedangkan 14
  15. 15. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dalam memberipendedahan berkaitan penggunaan alat-alat berfikir (perenggan 2 : muka surat 125).Dapatan kajian ini adalah sama dengan dapatan kajian di dalam artikel 2 yangmenunjukkan bahawa kebanyakan para pensyarah IPTS di negeri Sarawak masih lagimenggunakan bahan bantu mengajar konvensional berbanding bahan berbentukelektronik (muka surat 21). Di dalam era sains dan teknologi masa kini, para tenagapengajar seharusnya menggunakan sepenuhnya bahan pengajaran berbantukankomputer dan multimedia di dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran. Menurutpenulis di dalam artikel 4, generasi muda hari ini lebih terdedah kepada mediaberbanding dengan generasi sebelumnya. Malah, sesetengah pendapat mengatakanbahawa otak generasi hari ini telah diprojekkan untuk memperuntukkan sebahagiandaripada masa mereka di hadapan komputer sama ada menonton video, mendengarmuzik atau bermain permainan komputer. Oleh sebab itu, generasi hari ini juga dikenalisebagai generasi digital. Justeru, bagi membolehkan guru menarik perhatian pelajar danmenjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan, guru atau pensyarahperlu mengikut perkembangan semasa yang sesuai dengan generasi muda hari iniSalah satu daripada bahan pengajaran yang sangat efektif pada masa kini ialahpenggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (muka surat 87). Menurut Zaradi Sudin dan Rozita (2003), teknologi terkini, khususnya yangberasaskan komputer dan telekomunikasi seperti internet boleh digunakan oleh guru-guru Pendidikan Islam untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan P&P seperti :(1) Sumber maklumat atau perpustakaan maya di dalam laman web. Didalam laman sesawang ini, berjuta maklumat boleh diperolehi.(2) Penggunaan mel elektronik (email) untuk perbincangan secara berterusan antara guru dan pelajar di luar persekolahan formal.(3) Penggunaan sidang video untuk membolehkan mesyuarat diadakan secara virtual, baik di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri(4) Sebagai alat penyampai kursus atau latihan secara jarak jauh. Ini membolehkan proses pembangunan professional guru dijalankan secara berterusan dan memberi peluang kepada lebih ramai guru menyertainya 15
  16. 16. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2 Menurut Zaradi Sudin dan Rozita (2003) lagi penggunaan multimedia di dalam P&P Pendidikan Islam mendatangkan banyak faedah. Antaranya ialah : (1) Pengajaran menjadi lebih efektif dengan adanya integrasi elemen-elemen multimedia (2) Menarik minat dan dapat memotivasikan para pelajar (3) Pelajar dapat belajar pada tahap kendiri dan pada bila-bila masa yang dikehendakinya (4) Menjimatkan masa dan kos kerana tidak memerlukan tenaga pengajar sepenuhnya. Guru bertindak sebagai fasilitator sahaja. (5) Pelbagai sumber dan bahan dapat disimpan dan digunakan contohnya dengan adanya internet, pelajar boleh melayari perpustakaan maya. Kesimpulannya, keempat-empat artikel yang memfokuskan aspek pengajaran ini mempunyai justifikasi dan kerelevanan tersendiri di dalam membantu pengkaji melakukan kajian berkaitan tentang “Penilaian Pelaksanaan Pengajaran Pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi MARA di negeri Selangor”. Integrasi kesemua artikel ini akan memudahkan pengkaji memahami lebih mendalam tentang tajuk kajian dan boleh dijadikan rujukan dalam pelbagai aspek kajian. Setiap kekuatan dan kekurangan dalam setiap artikel akan digunakan dalam menambah dan memperbaiki fokus kajian. Oleh kerana tiada sebarang kajian yang pernah dilakukan sebelum ini berhubung dengan tajuk kajian yang dipilih, pengkaji akan cuba mengintegrasikan setiap artikel yang relevan dalam usaha untuk menghasilkan kajian yang berkualiti dan dapat dimanfaatkan kelak.RujukanAb. Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof. 2010. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 16
  17. 17. [PENULISAN AKADEMIK 2] Tugasan 2Ahmad Mohd Salleh, 1997, Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Kuala Lumpur, Fajar BaktiMisnan Jemali. 2008. Amalan Pengajaran Tilawah Al Quran di Sekolah Menengah. Kertas Projek. Sarjana Pendidikan Islam. Universiti Kebangsaan MalaysiaZaradi Sudin, Rozita Hj. Md Noh. 2003. Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Prosiding Wacana Pendidikan Siri 3, Universiti Kebangsaan Malaysia. 17

×