• Save
Ulbs bm-rmk10
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Ulbs bm-rmk10

on

  • 825 views

 

Statistics

Views

Total Views
825
Views on SlideShare
825
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Ulbs bm-rmk10 Ulbs bm-rmk10 Document Transcript

    • RMK-10 KEMAKMURAN EKONOMI DAN KEADILAN SOSIALPENDAHULUANKepelbagaian corak kehidupan masyarakat Malaysia yang diwarnai dengan pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resammemerlukan kepimpinan negara menyediakan landasan yang tepat untuk setiap rancangan. Perancangan yang menyeluruhdan mampan adalah titik tolak kerajaan yang sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat agar kemakmuran dan keadilan dapatdiagih secara saksama. Kerajaan sentiasa menyediakan perancangan yang tersusun, menyeluruh dan adil untukpembangunan negara dan rakyat yang berbilang kaum.Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) adalah kesinambungan pelan rancangan pembangunan negara jangka sederhana untuktempoh lima tahun. RMK10 adalah bagi tempoh 2011 hingga 2015 dirangka amat kritikal bagi meneruskan agendapembangunan negara ke arah menuju Wawasan 2020 dengan berpaksikan negara maju serta berpendapatan tinggi. Selarasdengan Gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, kerajaan menggarap rancangan ini untuk memberikesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira kaum, sempadan geografi dan politik.Selaras dengan Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan, kerajaan menyasarkan RMK10 adalah pemangkin kepadapencapaian Wawasan 2020. Ekonomi yang berpaksikan pengetahuan, inovatif, kreatif dan berkemahiran tinggi, dijana olehsektor perkhidmatan akan melonjakkan aspirasi negara pendapatan tinggi. Negara tidak boleh lagi bergantung sepenuhnyakepada sektor eksport, pertanian, perlombongan dan elektronik selepas kegawatan yang melanda ekonomi pada tahun 2008lalu. Pengalaman Malaysia mengharungi krisis kewangan dunia yang bergantung pada eksport telah mematangkankepimpinan kerajaan untuk mengorak langkah ke ekonomi yang berpaksikan perkhidmatan.RMK10 adalah pelan rancangan pembangunan negara yang digubal untuk menyokong pelaksanaan Model Baru Ekonomi,enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Bidang Ekonomi Utama Negara dan Pelan Transformasi Kerajaan. Perkaratunjang atau yang lebih penting ialah melaksanakan Gagasan 1Malaysia agar seluruh rakyat mendapat kehidupan yangsempurna dan berkualiti setanding dengan negara maju. Peralihan atau perubahan daripada satu sistem yang lama kepadayang baru akan mengambil masa kerana perubahan minda memerlukan masa.RMK10 MELANGKAH KE HADAPANRMK10 telah dirangka dengan pelbagai pendekatan baru dalam perjalanan menuju ekonomi berpendapatan danberproduktiviti tinggi sesuai dengan Model Baru Ekonomi. Dalam RMK10, Pendapatan Negara Kasar per kapita telah disasaruntuk meningkat kepada RM38, 850 atau USD 12,140 pada tahun 2015. Keadaan ini memerlukan KDNK sebenarberkembang pada kadar Enam peratus setahun.Pertumbuhan akan diterajui oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan di samping menggiatkan semula sektor pertanianyang bernilai tambah tinggi serta penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta kesesuaian teknologi semasa.Di persada global, perjalanan negara ke arah Wawasan 2020 penuh dengan cabaran getir dan tidak menentu. Malaysia tidakboleh lagi bergantung pada struktur kos yang rendah untuk terus berdaya saing di peringkat antarabangsa. Arus globalisasi,liberalisasi dan persaingan negara-negara seperti China, India, Brazil, Russia, Timur Tengah dan juga negara jiran telah
    • mewujudkan persaingan sengit kepada usaha untuk menarik lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan. Malaysiaperlu melaksanakan transformasi minda dan ekonomi untuk terus kekal bersaing di peringkat global. RMK10 adalahlandasan yang sesuai digubal untuk melaksanakan perubahan untuk pembangunan negara yang seimbang dan berdayasaing. Rakyat perlu bersedia untuk melangkah ke hadapan menerima dan melakukan perubahan untuk bersamamembangunkan negara.RMK10 PEMANGKIN MODEL BARU EKONOMIPenggubalan RMK10 berdasarkan kepada kesesuaian bagi mencapai matlamat Model Baru Ekonomi (MBE). Setiap strategiyang dirangka merupakan pemangkin kepada kejayaan MBE yang berpaksikan negara maju berpendapatan tinggi.Sokongan dan sumbangan pelbagai sektor perlu bagi menjayakan setiap rangka strategi yang digubal dalam RMK10. Sektorswasta dan awam akan memainkan peranan yang seiring bagi menzahirkan cita-cita murni kerajaan. Perkongsian pintar yangakan menguntungkan kedua-dua pihak dilihat mampu menjana pembangunan untuk negara bergerak ke arah negara majumenjelang 2020.Kerjasama sektor awam dan swasta dengan perancangan dan pelaksanaan yang tersusun akan dapat memacupembangunan negara dengan lebih pantas. Tempoh waktu untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 hanyaberada sekitar sepuluh tahun lagi. Perubahan atau transformasi ekonomi negara yang diperkenalkan kerajaan wajardilaksanakan tanpa halangan atau kerenah birokrasi pentadbiran yang mengekang kelancaran pelaksanaan. Sektor awamperlu melaksanakan perubahan beberapa prosedur pentadbiran untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara. Olehitu kerjasama kedua sektor adalah perubahan yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi negara.Pihak swasta akan diberi peluang menyertai pembangunan beberapa projek yang diterajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC ).Beberapa projek besar yang berjumlah RM63 bilion telah dikenal pasti untuk dilaksanakan di bawah RMK10. Setakat ini 52projek yang berimpak tinggi telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Antara projek tersebut ialah pembinaan tujuh lebuh raya, projek loji jana kuasa Elektrik dan pembangunan semula kawasan Sungai Buluh di tanah Lembaga Getah Malaysia.Kesepakatan swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dijangka mencapai sasaran yang dihajati oleh kerajaan Dana untukmembiayai pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi akan disediakan oleh kerajaan sebanyak RM20 bilion melalui DanaMudah cara atau Facilitation Fund. Pewujudan Dana ini bertujuan merapatkan jurang daya maju pelabur swasta dalammelaksanakan projek bernilai tinggi. Projek-projek ini menjadi pemangkin kepada kesan limpahan pelabur yang dapatmenjana ekonomi negara. Dianggarkan dalam tempoh pelaksanaan RMK10, syarikat-syarikat swasta yang bekerja samadengan GLC mampu menarik sehingga RM200 bilion nilai pelaburan swasta.Melalui bantuan dan inisiatif pelbagai dana yang disediakan kerajaan, syarikat-syarikat swasta akan lebih berdaya saing disamping mengurangkan risiko. Sebanyak RM500 juta diperkenalkan bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikatmodal teroka kerajaan. Jaminan dan penyediaan dana modal serta sokongan penuh GLC akan dapat memacu kelancaransyarikat yang mula menceburi bidang perniagaan. Tahap risiko dan jaminan modal yang dijamin kerajaan akan memberipeluang kepada syarikat-syarikat swasta berkembang dan menarik pelabur luar untuk pengkomersilan pintar dengansyarikat multinasional.Ekonomi yang berasaskan perkongsian pintar antara swasta dan kerajaan akan menguntungkan kedua pihak. Situasi menangmenang akan menjamin KDNK negara mencatat yang tinggi serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih
    • mampan. Limpahan ekonomi yang stabil serta berdaya maju akan memberi peluang kepada rakyat tempatan mengecapipendapatan yang lebih tinggi melalui pekerja yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi. Hasrat menzahirkan rakyatyang berpendapatan tinggi akan terlaksana menjelang 2020. Sokongan dan kerjasama antara swasta dan awam lebihmenjamin kestabilan ekonomi jangka panjang dengan meraih pelbagai keuntungan kedua pihak.INFASTRUKTUR BERTARAF DUNIASelaras dengan harapan dan cita untuk menjadi negara maju menjelang 2020, kemudahan dan infrastruktur yang lengkapakan disediakan. Lebuh raya, kemudahan awam rakyat, landasan kereta api berkembar serta rangkaian telekomunikasi yangpantas dan meliputi semua kawasan akan dibangunkan dalam tempoh RMK10. Status negara maju dan rakyatberpendapatan tinggi memerlukan pencapaian infrastruktur dan jalinan komunikasi yang canggih meliputi seluruh negaratanpa batas sempadan geografi.Pembinaan Lebuh raya Pantai Timur fasa 2 yang menghubungkan Kuantan dengan Kuala Terengganu akan memberimanfaat kepada penduduk sepanjang rangkaian tersebut. Limpahan pembangunan akan dapat dinikmati oleh pendudukmelalui pelbagai aktiviti ekonomi yang dapat diusahakan. RM3.7 bilion telah di peruntukan dalam RM10 untukmelaksanakan pembinaan Lebuh raya tersebut. Di samping itu pembinaan jalan raya antara Kuala Lipis ke Cameron Highlanddan Jerantut ke Sungai Lembing di pedalaman Negeri Pahang akan memberi keselesaan dan kemudahan kepada pendudukmengeluarkan hasil mahsul serta mengembangkan peluang ekonomi lain. Keprihatinan kerajaan dalam menyediakanrangkaian Lebuh raya dan jalan raya yang menghubungkan bandar, pekan dan kampung seluruh negara akanmenggambarkan Malaysia mempunyai kemudahan pengangkutan darat yang lengkap.Rangkaian landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Bahru dengan peruntukan RM 8 bilion akan dilaksanakansebagai pelengkap landasan dari Padang Besar di Utara ke Johor Bahru di Selatan yang telah diperuntukkan RM16.5 biliondan dijangka siap menjelang 2015. Pertambahan pengguna pengangkutan awam seperti kereta api akan memberikeselesaan kepada rakyat. Kesesakan lalu lintas dan kenaikan kos bahan api akan memberi pilihan kepada rakyat untukmenggunakan pengangkutan awam. Di samping itu pengangkutan kargo barang-barang juga akan dapat digunakan secaraoptimum dengan pengangkutan kereta api.Kemudahan pengangkutan awam yang bersepadu dan moden perlu diwujudkan di Kuala Lumpur sebagai pusatperdagangan antarabangsa. Pembangunan kemudahan awam yang bertaraf dunia sekitar Kuala Lumpur akan dilaksanakandalam tempoh RMK10. Mass Rapid Transit(MRT), yang berkapasiti tinggi sepanjang 150 km akan dibangunkan.Pembangunan ini akan dapat menampung dua juta penumpang sehari . Keperluan dan keutamaan memperlengkapkanKuala Lumpur sebagai pusat komersial antarabangsa menjadi keperluan kerajaan menjelang 2015 agar setanding dengannegara maju.Penyediaan infrastruktur yang bertaraf dunia sewajarnya dibangunkan di negara ini sebelum negara melangkah menjadinegara maju pada 2020. Urusan eksport dan import yang melibatkan pengangkutan laut juga wajar diberi perhatian yangkhusus. Pergerakan dan kemasukan kapal-kapal dagang ke negara ini akan meningkatkan perdagangan antarabangsa.Keselesaan dan kemudahan laluan kapal juga diberi penekanan dalam RMK10. RM1 bilion bagi kerja menaik tarafinfrastruktur maritim termasuk kerja mendalamkan muara di alur pelayaran bagi keperluan kapal yang lebih besar. Menaiktaraf serta memperbaiki kemudahan di Pelabuhan Barat, Tanjung Pelepas dan Pulau Pinang bagi meningkatkan keupayaanimport dan eksport. Sebanyak RM6bilion diperuntukkan bagi kerja-kerja menaik taraf pelabuhan tersebut.Pandangan utama pelancong atau bakal pelabur terhadap sesuah negara adalah kepada Lapangan Terbang. Kemudahandan keselesaan yang bertaraf dunia wajar disediakan kerajaan terhadap semua pintu masuk udara di negara ini terutama
    • yang berstatus Lapangan Terbang Antarabangsa. RM10 telah memperuntukkan RM 3.3 bilion untuk meningkatkan kapasitiLapangan Terbang di negara ini selaras dengan penambahan penumpang dan kargo udara. Kemudahan dan keselesaanpengguna terutama pelancong asing akan memberi pulangan yang menguntungkan negara. Di samping itu imej negara dimata dunia akan meningkat serta menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan.Mempunyai rangkaian telekomunikasi yang canggih serta menyeluruh antara ciri negara maju. Penyediaan Jalur Lebarberkelajuan tinggi akan memacu kepesatan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. RMK10 akan melaksanakanprojek Jalur Lebar berkelajuan tinggi secara berperingkat ke seluruh negara bagi menyediakan perkhidmatan yang selesadan memuaskan pengguna. Kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman akan di bekalkan dengan kemudahan Jalur Lebarmengikut kesesuaian dan kepentingan. Perkhidmatan tanpa wayar akan disediakan dengan pakej mampu milik di kawasanluar bandar atau pedalaman. Pembangunan sistem Jalur Lebar berkelajuan tinggi akan dapat memberi peluang kepadarakyat terutama pelajar mengakses internet di mana-mana dalam negara ini. Kemudahan prasarana ini bertujuan memberirakyat peluang yang sama rata antara bandar dan luar bandar. Di samping itu kerajaan berharap setiap rakyat mampumenjadi warga yang celik ICT dan bermaklumat.KEADILAN SOSIALPenggubalan RMK10 bertepatan dengan pelaksanaan kerajaan menjayakan Gagasan 1Malaysia. Rakyat Malaysia tanpamengira kaum, agama, fahaman politik dan adat budaya akan menerima peluang yang sama dalam pelbagai bidang.Keselesaan dan kemudahan rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan menjadi fokus dalam RMK10 agar tiadakumpulan atau kaum yang tersisih daripada arus pembangunan negara. Hasrat membangunkan negara menjadi negaramaju dan berpendapatan tinggi tidak meminggirkan mana-mana kumpulan atau golongan yang masih memerlukanperhatian khusus daripada kerajaan.Kebergantungan rakyat kepada subsidi perlu diubah kerana kebanyakan subsidi dinikmati oleh golongan yang berada danberkemampuan. Kerajaan akan menyusun semula pemberian subsidi kepada rakyat, namun bantuan kepada kumpulan yangmemerlukan akan diteruskan agar golongan ini tidak tersisih daripada arus perdana kemajuan negara. Kerajaan sentiasapeka dengan denyut nadi rakyat agar tiada yang terpinggir daripada setiap program atau dasar yang diperkenalkan.Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untukpembangunan pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untukgolongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi aksesyang lebih baik kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Kerajaan tidak mahuada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan.Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok membolehkan mereka menikmati pendapatanyang lebih lumayan.Tumpuan juga akan diberi kepada masyarakat India yang tinggal di Estet dengan menyediakan kemudahan asas sepertibekalan air dan elektrik. Peruntukan sebanyak RM109 juta disediakan untuk menyediakan bekalan air bersih kepada pekerjaladang agar mutu kehidupan dapat dinikmati. Turut diberi perhatian ialah penduduk Cina yang menghuni kampung-kampung baru. Kebanyakan masalah yang dihadapi masyarakat kampung baru adalah berkaitan dengan premium tanahyang dihuni mereka. Peruntukan sebanyak RM100 juta sebagai dana permulaan untuk mereka membayar premium tanah.Bank Simpanan Nasional dilantik untuk menyalurkan pinjaman mudah kepada penduduk kampung baru. Keprihatinan
    • kerajaan terhadap setiap kaum atau kumpulan minoriti di negara ini agar tiada yang terpinggir dengan setiap pelanpembangunan kerajaan terutama RMK10.Program pembangunan latihan kemahiran akan disediakan kepada golongan muda terutama yang berminat denganperniagaan. Penyediaan kemudahan kredit melalui TEKUN dan AIM akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinanbandar. Kemudahan ini akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan bagi membina keupayaan mereka dalambidang pengurusan kewangan, penyelidikan, rancangan perniagaan, pemasaran dan promosi. Penyediaan segala peluang inibertujuan untuk mengurangkan jurang antara penduduk terutama yang tinggal di bandar. Melalui latihan dan penyediaanmikro kredit ini rakyat terutama golongan muda berpeluang memajukan diri, masyarakat dan negara dengan menceburibidang perniagaan.MEMBANGUNKAN MODAL INSANPembangunan Modal Insan menjadi kesinambungan dalam RMK10. Hasrat menjayakan Model Baru Ekonomi dan mencapaistatus negara maju menjelang 2020 serta negara berpendapatan tinggi lahirnya daripada pembangunan modal insan kelaspertama. Bermula daripada kanak-kanak sehingga golongan belia wajar menerima pendidikan dan kemahiran yangbersesuaian dengan keperluan negara. Ekonomi yang berpaksikan perkhidmatan dan kepakaran tinggi dengan inovatif sertakreatif memerlukan penyediaan peluang-peluang pengajian dan tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi. RMK10 banyakmenyediakan segala kemudahan fizikal dan bukan fizikal kepada bidang pendidikan untuk menjana pelaksanaannya.Menyediakan modal insan kelas pertama yang berkualiti serta pengetahuan yang tinggi dengan nilai-nilai inovatif dan kreatifperlu bermula daripada zaman kanak-kanak. Proses pembelajaran yang dimulai daripada zaman kanak-kanak akanmengerakkan daya kreatif yang tinggi selain percambahan ilmu di peringkat awal usia. Di akhir tempoh RMK10, kerajaanakan mengurangkan umur persekolahan daripada enam ke lima tahun untuk mencapai matlamat menyediakan pendidikandi awal usia agar percambahan kreativiti dapat digarap dengan lebih bersistem.Guru atau tenaga pengajar merupakan aset utama kepada pembelajaran dan pengajaran. Guru yang terlatih danberkemahiran tinggi dalam bidang-bidang berkaitan akan dapat melahirkan pelajar atau murid yang berkualiti. Latihan danpengambilan guru dalam tempoh RMK10 akan memberi tumpuan kepada aspek-aspek kemahiran, inovatif, kreatif dankelayakan yang sewajarnya di samping menambah bilangan guru siswazah sehingga 60 peratus di sekolah rendah seluruhnegara.Subjek-subjek kritikal seperti Bahasa Malaysia, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik memerlukan guru yang berkualiti danmahir dalam bidang berkenaan. Pengambilan guru dalam subjek-subjek tersebut akan dipertingkatkan dengan memastikanhanya yang berkelayakan dan berminat ditawarkan mengisi jawatan tersebut. Begitu juga pendidikan prasekolah yangmenentukan permulaan pendidikan kepada kanak-kanak. Pendidikan prasekolah juga dititik beratkan dengan meningkatkanpengambilan tenaga pengajar kepada kelayakan Diploma atau Sarjana Muda. Selaras itu juga kerajaan akan menjadikanprofesion perguruan sebagai profesion yang cemerlang dan menjadi pilihan utama. Pembentukan modal insan yangberkualiti adalah bermula dengan penyediaan segala kemudahan dan tenaga pengajar yang berkualiti.Kerjasama dan penglibatan swasta memajukan sistem pendidikan negara akan mempercepatkan proses kecemerlanganpendidikan negara. Kerajaan akan memberi insentif RM10,000 kepada sektor swasta yang menubuhkan pendidikanprasekolah di institusi mereka. Melalui kaedah dan galakan ini bilangan prasekolah akan dapat ditambahkan dengan
    • keselesaan dan kemudahan yang lengkap. Keselesaan suasana pembelajaran akan memberi semangat dan galakan kepadakanak-kanak untuk menghayati agar minat mereka belajar dapat diterjemahkan.Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalamperancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaanCina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh ( mission school ). Setiap satu akan menerima RM70 juta yang melibatkanperuntukan RM280 juta bagi tempoh 2011 dan 2012. Pengiktirafan juga diberi kepada lulusan sekolah menengah agamauntuk menjadi guru pendidikan Islam dan J-QAF. Begitu juga dengan lepasan yang berkelayakan daripada sekolah-sekolahjenis kebangsaan untuk mengikuti kursus latihan guru.Di samping itu untuk meringankan beban sekolah bantuan modal, kerajaan akan menyediakan bantuan pembayaran utilitiiaitu bil eletrik dan air sehingga RM2,000 sebulan. Sebanyak 1,900 buah sekolah bantuan modal akan menikmati bantuantersebut. RMK10 memberi peluang kepada memperkasakan pendidikan negara tanpa mengira kaum dan bentuk pendidikan.Matlamat utama kerajaan ialah memberi pendidikan yang menyeluruh kepada kanak-kanak di seluruh negara. Mereka akanpenentu dan modal insan yang akan membina negara di masa depan.Peluang dan ruang untuk membangunkan modal insan begitu banyak disediakan kerajaan untuk memberi pendidikan yangmenyeluruh kepada rakyat Malaysia. Tiada satu kumpulan atau kaum yang dipinggirkan untuk sama-sama menikmatikemakmuran negara hasil limpahan ekonomi berkat kesepaduan dan kemuafakatan kerajaan. Matlamat Gagasan 1Malaysiauntuk membentuk sebuah negara bangsa yang berdaulat serta stabil akan dapat diwujudkan lebih awal melalui pendidikanyang bersepadu kepada rakyat bermula daripada kanak-kanak. Kanak-kanak lebih memahami dan menghayati segala nilaidan aspirasi 1Malaysia melalui pendidikan yang terancang. RMK10 adalah pemangkin kepada pembentukan sebuah negarabangsa Malaysia yang diilhamkan dalam Rukun Negara.PENGIKTRAFAN KEPADA UNIVERSITIMelahirkan modal insan yang berilmu serta berkualiti secara berterusan menjadi fokus utama kerajaan untuk menjayakanmisi nasional dan menterjemahkan Model Baru Ekonomi. Ekonomi yang berpaksikan pengetahuan, kreativiti dan inovasimemerlukan tenaga mahir dan pakar yang mampu mengilhamkan perkhidmatan terbaru. Pendidikan tinggi adalahpemangkin kepada melahirkan cendekiawan dan tenaga-tenaga pakar negara. Universiti di negara ini telah berjaya menciptaserta menempa kejayaan yang membanggakan negara. Banyak penemuan baru dan tenaga pakar telah dikeluarkan.Terdapat ramai yang telah mencipta nama di luar negara dan berkhidmat dengan agensi luar negara.RMK10 memberi peluang kepada universiti-universiti tempatan untuk mendapatkan autonomi secara berperingkat. Melaluiautonomi ini, setiap universiti akan mempunyai kuasa dan hak untuk menjana pendapatan dan mengurus dengan acuan dankehendak mereka. Walau pun begitu kerajaan akan memastikan agar mutu serta matlamatnya tidak menyimpang daripadalandasan pewujudan universiti. Melalui pemberian autonomi ini, setiap universiti akan dapat mengukuhkan peranan danmeningkatkan prestasi institusi berkenaan serta mempunyai daya saing yang sihat.Penambahan tenaga pakar akan dapat diwujudkan melalui pengajar atau pensyarah yang berkaliber serta mempunyai tahapakademik yang tinggi. Penambahan bilang pensyarah yang mempunyai kelayakan PhD akan ditambah di setiap universitisejajar dengan matlamat melahirkan graduan yang mampu bersaing di pasaran global serta mempunyai kepakaran yangtinggi. Semasa pelaksanaan RMK10, penambahan kepada 75 peratus pensyarah yang memiliki PhD akan dilaksanakan diuniversiti-universiti penyelidikan. Pada masa ini terdapat empat buah universiti yang telah diiktiraf sebagai universitipenyelidikan. Dalam RMK10, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan diiktiraf sebagai universiti penyelidikan menjadikan
    • Malaysia mempunyai lima buah universiti penyelidikan. Dengan penambahan universiti pendidikan di negara ini, akan dapatmelahirkan lebih ramai pengkaji, penyelidik dan pencipta yang bertaraf dunia.LATIHAN TEKNIKAL DAN VOKASIONALModel Baru Ekonomi akan dipacu oleh modal insan yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Bagimenjayakan hasrat negara berpendapatan tinggi melalui perkhidmatan yang kreatif dan berinovatif, penyediaan peluang-peluang latihan kemahiran kepada rakyat semestinya seiring dengan keperluan tersebut. Bermula dengan Pakej RangsangEkonomi yang diperkenalkan ketika negara berhadapan dengan kegawatan ekonomi, kerajaan terus melaksanakan latihandan kemahiran vokasional kepada pekerja tempatan. Penyediaan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir wajarditeruskan agar negara tidak terus bergantung dengan tenaga kerja asing. Rakyat tempatan wajar membangunkan negarasendiri agar nisbah pengangguran negara tidak meningkat.RMK10 banyak menyediakan peluang kepada pekerja-pekerja tempatan untuk memantapkan ilmu dan kemahiran agardapat mengisi keperluan pasaran kerja di masa depan. Ekonomi yang berpaksikan perkhidmatan dan kemahiran tinggimemerlukan pekerja yang berkemahiran serta berilmu. RM500 juta akan disediakan melalui Perbadanan Kemahiran dalambentuk pinjaman kepada pekerja bagi mengikuti latihan untuk peningkatan kelayakan dan kemahiran. Dianggarkan seramai38,000 pekerja akan menikmati peluang ini. Kerajaan juga melalui Tabung Pembangunan Sumber Manusia serta PerbadananPerusahaan Kecil dan Sederhana akan menyediakan geran sepadan untuk membangunkan latihan kemahiran kepadapekerja. Melalui geran ini kerajaan membantu majikan dan industri untuk melatih pekerja bersesuaian dengan keperluansemasa.Sijil Kemahiran Malaysia akan diiktiraf sebagai kesesuaian kepada pasaran kerja dan keperluan masa depan. Seramai 60,000pekerja yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman akan diiktiraf oleh kerajaan melalui pemberian SijilKemahiran Malaysia. Langkah ini akan menggalakkan lebih ramai rakyat terutama golongan muda berminat dengan bidangkemahiran. Program atau tindakan ini akan dapat melahirkan pekerja yang mempunyai keyakinan diri dan mampu bersaingdi pasaran. Di samping itu pengurangan kepada tenaga kerja asing dalam bidang-bidang tertentu dapat dikurangkan agarpengaliran wang keluar negara dapat dibendung.KESELAMATAN NEGARA KESEJAHTERAAN RAKYATKeselamatan adalah aset utama bagi menentukan kestabilan dan kemakmuran sesebuah negara. Keadaan yang aman dimana rakyat dan pelabur bebas bergerak tanpa sebarang perasaan curiga akan menjamin kemakmuran ekonomi negara.Negara yang kadar jenayah seperti rompak, ragut, samun, curi dan peras ugut akan diyakini oleh para pelabur danpelancong luar negara untuk menanam modal atau melancung. Kerajaan telah mengambil langkah awal mengurangkankadar jenayah negara dengan memperkenalkan salah satu NKRA iaitu mengurangkan kadar jenayah negara. Rakyatmemerlukan keadaan yang selamat dan bebas untuk menikmati kehidupan di samping meneruskan aktiviti ekonomi.Bidang Keberhasilan Negara berkaitan dengan jenayah yang menjadi keutamaan kerajaan ialah mengurangkan sehingga keparas sifar menjelang 2015. Peruntukan yang besar saban tahun telah diberikan kepada PDRM bagi melaksanakan programdan aktiviti pengurangan jenayah terutama di bandar-bandar besar yang menjadi tumpuan rakyat dan pelancong. RMK10telah memperuntukkan RM2.4 bilion untuk menjaga kebajikan anggota polis seperti menaik taraf balai polis, kediaman sertamenambah prospek kerjaya sebagai motivasi untuk meningkatkan prestasi pasukan polis. Polis diberi tanggungjawab yang
    • besar untuk menangani masalah jenayah bagi memberi keyakinan kepada rakyat tentang keselamatan negara dan merekaadalah terjamin.Memupuk budaya kesukarelaan dalam masyarakat Malaysia menjadi agenda dalam program pengurangan kadar jenayah.Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, swasta dan orang ramai amat digalakkan bagi menghidupkan semangatkesukarelaan seperti pasukan rondaan kampung, taman perumahan dan pekan-pekan bagi mengurangkan kadar jenayah.Peruntukan sebanyak RM2.04 juta disediakan bagi melaksanakan program membina pasukan kesukarelaan bagimengurangkan jenayah. Di samping itu RM120 juta juga diperuntukkan di bawah Skim Rondaan Sukarela dalam bentukinisiatif bagi menggalakkan budaya kesukarelaan seperti program Rukun Tetangga dengan penyertaan penduduk setempatdi kawasan kejiranan.KEMUDAHAN KESIHATANSatu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap disamping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lamadilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada kawasan atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatankesihatan di negara ini. Sejak RMK pertama hingga RMK10 perkhidmatan kesihatan sentiasa diberi perhatian yang seriusoleh kerajaan. Banyak hospital, pusat kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak ketinggalan juga hospital pakar telah banyakdidirikan di setiap negeri dalam negara ini. Peruntukan yang berbilion ringgit setiap tahun telah diberi kepada sektorkesihatan bagi menjamin kualiti kesihatan kepada rakyat.RMK10 telah menyediakan peruntukan sebanyak RM637 juta untuk membina 156 buah klinik di kawasan luar bandar,41klinik kesihatan komuniti dan 50 klinik 1Malaysia. Tanpa mengira lokasi sama ada bandar, pedalaman atau tamanperumahan, kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau rakyatyang terpinggir daripada menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan kerajaan menyediakankemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat, cergas dan mampu melaksanakan pembangunanuntuk negara atau menyumbang secara yang mampu.Kemewahan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat Malaysia kini telah menyebabkan pertambahan bilanganpesakit. Pelbagai penyakit sama ada kronik atau wabak semakin bertambah di negara ini menyebabkan kebanyakan hospitalkerajaan menjadi sesak. Prihatin dengan situasi ini, kerajaan sentiasa menambah bilangan hospital dengan membinabangunan tambahan atau baru. Empat buah hospital baru dan empat yang akan di naik taraf akan dilaksanakan dalamRM10. Peruntukan sebanyak RM600 juta telah disediakan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat yangmemerlukan rawatan.PERUMAHAN UNTUK RAKYATKeselesaan rakyat menjadi agenda utama kerajaan dalam sebarang perancangan. Rumah merupakan perkara yang seringdiperkatakan oleh rakyat terutama yang menghuni kawasan perbandaran. Pertambahan penduduk serta luasnya peluangpekerja telah mendesak rakyat terutama golongan muda berhijrah ke kawasan-kawasan industri atau ke perbandaran.Keperluan perumahan semakin mendesak rakyat untuk menyewa atau membeli kepada yang berkemampuan. Pembinaan
    • perumahan yang dibangunkan oleh swasta tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah.Kerajaan terpaksa membentuk badan yang dipertanggungjawabkan mengenai urusan penyediaan perumahan rakyat.Syarikat Perumahan Negara telah mengenal pasti, merancangkan dan mengambil alih segala projek perumahan yangterbengkalai untuk menjamin hak rakyat tidak disia-siakan. Di samping itu Syarikat Perumahan Negara merancangpembinaan perumahan rakyat mampu milik untuk memenuhi tuntutan perumahan rakyat.78,000 unit rumah mampu milik akan dibina dalam RMK10 untuk memberi keselesaan kepada rakyat terutama mereka yangberpendapatan rendah. Penyediaan perumahan yang teratur dan terurus akan membendung pembinaan setinggan yangmenjijikkan pemandangan bandar-bandar terutama Kuala Lumpur. Sasaran setinggan sifar menjelang 2020 menyebabkankerajaan merancang, membina dan menempatkan masyarakat di bandar-bandar agar segala perancangan dan dasarkerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.Di samping itu kemudahan di kawasan perumahan seperti taman permainan, lif, tangki air dan lain-lain kemudahanbersangkutan akan dipertingkatkan. RM500 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan penyelenggaraan kemudahantersebut demi memberi keselesaan kepada penduduk. Tanpa mengira perumahan awam yang dimajukan kerajaan mahu punyang dibina swasta. Hasrat memberi keselesaan kepada rakyat menjadi aspirasi kerajaan berdasarkan 1Malaysia Rakyatdidahulukan pencapaian diutamakan.MENINGKATKAN EKUITI BUMIPUTERABumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan tidak akan dipinggirkan dalam apa-apa dasar kerajaan sekalipun.Penglibatan dan peranan bumiputera dalam memajukan negara wajar diberi keutamaan. Hak istimewa dan kedudukanbumiputera tidak akan digadai atau berkompromi dengan segala anasir yang ingin mencabulnya. Rangka atau pelan untukmemperkasakan bumiputera telah dikenal pasti kerajaan dalam menyediakan RMK10.Meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera melalui penginstitusian. Program ekuiti swasta dalam syarikat pelaburanberkaitan kerajaan seperti PNB, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Tabung Haji akan diperbaharui, diperkukuh dandiperluas bagi menggembleng pelbagai dana dalam usaha memperluas pemilikan dan kawalan ekuiti bumiputera. Kerajaantelah menubuhkan EKUINAS sebagai institusi pelaburan swasta bumiputera. EKUINAS mirip kepada Permodalan NasionalBerhad, dengan penekanan khusus untuk melabur ke dalam syarikat sederhana besar yang berpotensi tinggi, agar dapatdisokong sehingga menjadi peneraju utama dalam sektor masing-masing. EKUINAS membawa pendekatan baru yang lebihmesra pasaran dan berdasarkan merit. Kerajaan akan menyokong usahawan bumiputera berwibawa dan golonganprofesional bumiputera yang berkeupayaan untuk mengembangkan syarikat masing-masing ke tahap yang lebih tinggisehingga ke peringkat antarabangsa.Mempertingkatkan pemilikan hartanah bumiputera. Pelaburan Hartanah Berhad akan menubuhkan Tabung PelaburanAmanah Hartanah untuk mengurangkan kekangan kepada bumiputera untuk melabur dalam sektor hartanah komersial danindustri serta mendapat faedah daripada peningkatan hartanah tersebut. Kampung Baru di Kuala Lumpur, merupakan asetbumiputera yang berharga di tengah Pusat Bandar raya. Kampung Baru perlu dibangunkan semula supaya pemilik tanahdapat merealisasikan nilai sebenar hartanah mereka tanpa menjejaskan kedudukan orang Melayu sebagai pemegang asaltanah di kawasan tersebut.Kerajaan akan menambahbaik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai
    • agensi pembangunan bumiputera. Pakej bersepadu akan dilaksanakan bagi meningkatkan daya saing dan daya majuMasyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Pakej ini termasuk latihan keusahawanan, bantuan teknikal,pembiayaan, khidmat rundingan serta promosi dan pemasaran. Bagi meningkatkan akses kepada kemudahan pembiayaan,RM1.5 bilion telah diperuntukkan untuk kemudahan usahawan bumiputera.Membangunkan guna tenaga profesional bumiputera secara lebih menyeluruh. Kerajaan telah berjaya melahirkan banyakprofesional bumiputera termasuk ahli korporat, akauntan, jurutera, doktor, peguam dan profesional lain. Sehingga kinikebanyakan sektor atau profesion telah diceburi oleh golongan profesional bumiputera. Kejayaan melahirkan profesionalbumiputera adalah berkat usaha dan kesungguhan kerajaan memajukan golongan bumiputera agar mereka dapat bersaingdengan kaum-kaum lain. Dalam tempoh 2000 hingga 2008, guna tenaga profesional bumiputera telah meningkat daripada56 peratus kepada 63 peratus.Satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunanbumiputera akan ditubuhkan dan dipengerusikan Perdana Menteri dengan dianggotai beberapa menteri kabinet, pegawaikanan kerajaan dan pihak swasta. Tanggungjawab dan kesungguhan membangunkan taraf kehidupan bumiputera menjaditunjang kepada setiap dasar atau program pembangunan kerajaan agar golongan bumiputera tidak tersisih daripada aruskemajuan. Sesungguhnya program pembangunan usahawan bumiputera akan mempercepatkan proses pegangan ekuitibumiputera sebanyak 30 peratus dalam negara sebagaimana yang dihajati dalam Dasar Ekonomi Baru 1970.KESIMPULANTempoh Malaysia menuju mencapai Wawasan 2020 dengan matlamat negara maju berserta negara berpendapatan tinggisebagaimana inti pati daripada Model Baru Ekonomi hanya tinggal sepuluh tahun lagi. RMK10 adalah landasan kepadapencapaian matlamat tersebut kerana di akhir pelaksanaannya, negara dan rakyat semestinya sudah bersedia menempuhRMK11 yang akan menuju negara maju pada 2020. Penyertaan rakyat terutama bumiputera dalam menerima, menghayatidan melaksanakan segala teras dan strategi dalam RMK10 adalah wadah kepada kejayaan rancangan tersebut. Hasrat dannilai murni sesuatu perancangan tidak tercapai tanpa penerimaan dan penyertaan rakyat. RMK10 pula digubal dengan telitiuntuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan rakyat apabila negara berada persada global.Peruntukan RM230 bilion untuk tempoh 2011 hingga 2015 meliputi keseluruhan sektor . Kerjasama awam swasta amatdiharapkan bagi melaksanakan pembangunan negara dijayakan melalui penglibatan bersama. RMK10 menggalakkanperkongsian pintar antara sektor awam dan swasta kerana limpahan dan pembangunan ekonomi yang tinggi akanmenguntungkan pihak swasta di samping kerajaan menerima hasil dalam bentuk cukai. Dalam tempoh peralihan modelekonomi sedia ada kepada Model Baru Ekonomi, kerjasama dan penglibatan swasta amat digalakkan kerana mereka adalahpenggerak dan penjana ekonomi negara.RMK10 meliputi pengagihan yang menyeluruh tanpa menyisihkan mana-mana kumpulan atau golongan minoriti di negaraini. Pengagihan kekayaan negara yang saksama dan mengutamakan kepentingan keseluruhan rakyat menjadi terasperancangan. Sejajar dengan Gagasan 1Malaysia, RMK10 tetap berpaksikan kepada kepentingan dan mendahulukan rakyatdi samping meningkatkan pencapaian. Kaum bumiputera dan Orang Asli sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawakmendapat perhatian yang khusus, di mana kerajaan banyak memberi bantuan, galakkan dan kemudahan untukmembolehkan mereka tidak ketinggalan dalam arus perdana kemajuan.
    • Penyediaan dan pembangunan modal insan menjadi agenda utama negara untuk melaksanakan Model Baru Ekonomi danmenjadi negara maju menjelang 2020. Ekonomi yang berpaksikan pengetahuan, inovatif dan kreatif memerlukan rakyat yangberpengetahuan dan berkemahiran tinggi. RMK10 telah menyediakan landasan yang kukuh serta sistematik untukmemartabatkan sistem pendidikan dan pembelajaran negara. Latihan dan kemahiran sama ada ditaja kerajaan atau melaluiperkongsian pintar pihak swasta dan kerajaan akan memberi peluang yang lebih luar kepada golongan muda untukmeningkatkan ilmu pengetahuan dan menjana kemahiran sebelum memasuki pasaran industri. Di samping itu hasratmembangunkan negara dengan diterajui anak tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga asing menjadikeutamaan.Penyediaan prasarana dan kemudahan awam yang lengkap dan bertaraf dunia melibatkan peruntukan yang besar.Kemudahan dan keselesaan yang menjadi keutamaan kerajaan tanpa mengira sempadan geografi. Pembinaan jalan raya,lebuh raya, hospital, klinik, menaik taraf jalan luar bandar, bekalan air dan elektrik dan pengangkutan awam yang mencukupiakan memberi kemudahan yang lebih selesa kepada rakyat. RMK10 juga memberi perhatian yang serius kepada penyediaankemudahan rakyat agar mereka dapat menikmati limpahan pembangunan tidak hanya kepada penduduk bandar sahaja.RMK10 tetap memberi keutamaan kepada prinsip-prinsip keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama danfahaman politik. Kemakmuran dan keselesaan bersama menjadi kepentingan kerajaan dalam penggubalan rancangantersebut. Walaupun negara menuju ke negara maju dan berpendapatan tinggi, golongan atau kumpulan yang perlumendapat pembelaan dan bantuan akan terus dibantu agar mereka tidak tersisih daripada pembangunan.Selaras dengan tema RMK10, Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial, kerajaan tetap prihatin dan peka dengan denyutnadi rakyat. Segala perancangan dan dasar yang digubal tetap mengambil kira kehidupan dan keperluan rakyat terutamagolongan yang memerlukan perhatian. Melalui pelaksanaan RMK10, kerajaan menyasarkan dapat mengurangkan kadarperbezaan pembangunan antara wilayah dan meningkatkan pendapatan seluruh rakyat. Pelaksanaan Model Baru Ekonomiakan memberi kesan yang positif kepada negara dan rakyat melalui perancangan yang teliti. Rakyat yang akan menentukankejayaan atau kecemerlangan sesuatu rancangan atau dasar kerajaan.