Penulisan ilmiah

10,592 views
10,400 views

Published on

2 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
10,592
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
518
Comments
2
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Penulisan ilmiah

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUANTRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (SME 3023) ”PENULISAN ILMIAH” TAJUK :ISSUES ON USAGE OF TECHNOLOGY IN TEACHING AND LEARNING NAMA NO. MATRIK NORIAH BINTI MOHAMED D20091035059 NURUL SHAFIQAH BINTI HASHIM D20091035062 NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BINTI PUTEH
  2. 2. ISI KANDUNGAN M/S1.0 Pengenalan 12.0 Isu Penggunaan Teknologi Dalam P&P 2.1 Minat dan sikap guru 2 2.2 Pengintergrasian ICT dalam P&P 5 2.3 Guru yang tidak mahir atau terlatih dalam bidang ICT 9 2.4 Permasalahan pembekalan computer 10 2.5 Perisian kursus 2.5.1 Penggunaan perisian kursus 15 2.5.2 Perisisan kursus dalam P&P Matematik 18 2.5.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) 21 2.6 Penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan 223.0 Langkah mengatasi 3.1 Juruteknik di setiap sekolah 25 3.2 Tambahan makmal komputer 26 3.3 Penyediaan kemudahan 274.0 Kesimpulan 29 Bibiliografi
  3. 3. 1.0 PENGENALANTanggungjawab sistem pendidikan kini adalah untuk menyediakan generasi muda denganpelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya mereka dapat menghadapi masa depan dengansempurna. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki,memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahansosialisasi masyarakat hari ini. Salah satu unsur yang penting adalah memberikan peluangpendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira bangsa, kelas sosial,kelompok etnik dan budaya. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM, 2001). Kementerian PelajaranMalaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hinggake Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalampenyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi meningkatkanpeluang pendidikan berjaya mencapai sasarannya. Walau bagaimanapun, apa yang dilihat padamasa ini masih terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian DasarPendidikan Kebangsaan, antaranya perkara berhubung dengan struktur pendidikan, akses kepadapendidikan, ekuiti, kualiti tenaga pengajar, ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur,Pelaksanaan Program PPSMI, dan kurikulum yang relevan. Ini selaras dengan pendapat Sufean(2004) yang menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikatagorikan iaitupentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan. Isu yang ingin dibincangkan dalam penulisan ilmiah ini ialah lebih kepada penggunaanteknologi dalam pembelajaran dan pengajaran P&P. Penggunaan teknologi dalam P&P adalahserentak dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia globalisasi yang lebih dikenali
  4. 4. sebagai Dunia Tanpa Sempadan. Kehadiran teknologi dalam sistem pengurusan pendidikankhususnya telah membuka peluang baru untuk memajukan bidang pendidikan, seterusnya dapatmenyediakan pelajar-pelajar untuk menghadapi cabaran-cabaran abad ke-21 atau dengan katalain cabaran era teknologi. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan TeknologiMaklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalampendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakanpelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaaninfrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalamproses (P&P) adalah berkaitan dengan pembekalan komputer yang tidak seimbang antarasekolah bandar dan luar bandar, perisian komputer untuk P&P yang sukar didapati di sekolah,latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurangberkesan, penyelenggaraan komputer yang kurang kurang memuaskan di sekolah dan kurangbilangan guru terlatih dalam penggunaan ICT di sekolah.2.0 ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM P&P2.1 Minat dan Sikap GuruMinat guru-guru dalam penguasaan teknologi komunikasi dan informasi boleh mewujudkan satuasas bagi sikap mereka terhadap penggunaan teknologi komunikasi dan informasi dalampengajaran di dalam kelas. Secara amnya, guru mempuyai sikap yang positif terhadap wadahteknologi yang baru ini. Sebagai contoh, ramai yang mungkin berpendapat bahawa internetadalah sesuatu yang menarik. Tentunya ini merupakan satu aspek yang positif dalam kontekshubungan antara guru dengan teknologi komunikasi dan informasi.
  5. 5. Sebaliknya pula, mungkin terdapat perbezaan pandangan dalam kalangan guru apabilatinjauan secara lebih spesifik tentang hubungan antara guru-guru dan teknologi komunikasi daninformasi perlu seimbang dengan minat pelajar terhadap teknologi komunikasi dan informasi danjuga tidak mustahil bahawa jika tahap minat mereka dalam teknologi komunikasi dan informasidalam kalangan pelajar adalah lebih tinggi berbanding dalam kalangan guru. Maka, adalah tidakpelik sekiranya akan turut berlaku penyebaran pengetahuan dan kompetensi dalam teknologikomunikasi dan informasi daripada pelajar kepada guru. Sumber-sumber ICT yang selalu digunakan dalam P&P matematik ialah power point,LCD, CD dan pelbagai software yang berkaitan. Kebanyakan guru akan memberi persepsinegatif kepada penggunaan teknologi ini. Sesetengah guru beranggapan bahawa inovasi dalampengajaran, termasuklah ICT, adalah sebagai membebankan, banyak kerja dan tenaga (Fullam,1996). Guru memberi persepsi bahawa bukan semua topik yang diajar boleh menggunakan ICTkerana untuk sesetengah topik, penggunaan ICT akan menyebabkan pelajar lebih susah untukmemahami tajuk yang diajarkan. Sebenarnya, dengan menggunakan ICT pelajar akan lebihmemahami isi pelajaran yang diajarkan kerana pelajar lebih nampak gambaran sebenar. Pelajarlebih berminat untuk belajar kerana banyak animasi-animasi yang boleh menarik minat pelajar.Pelajar akan memberikan sepenuh perhatian semasa proses P&P kerana para pelajar tertarikdengan bahan-bahan yang dipaparkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar. Namun,guru memberi alasan tentang kelemahan CD yang disediakan oleh pihak kementerian. Hal inidisebabkan, bagi sesetengah tajuk yang diajar, guru hanya ingin mencapai dua objektifpengajaran sedangkan isi pengajaran dalam CD berkenaan adalah untuk mencapai tiga objektif.Ini menjadikan objektif yang ingin dicapai dan objektif yang tersedia dalam CD tidak selari.
  6. 6. Terdapat sesetengah guru menganggap penggunaan ICT hanya membantu dalamsesetengah tajuk sahaja. Contohnya, Transformasi, Geometri, sudut, bearing, garis dan satah dansebagainya. ICT boleh meningkatkan keberkesanan P&P matematik, namun bukan semua topiksesuai untuk diaplikasikan ICT dalam proses pengajarannya. Terdapat juga topik yang perlumenggunakan kapur dan papan putih sahaja. Biasanya, ia melibatkan proses penyelesaianmasalah dan bukannya untuk memantapkan proses pemahaman murid terhadap sesuatukemahiran yang diajar. Salah satu sikap yang biasa ditemui dalam kalangan guru adalah sikap tidak mahumengubah diri untuk sentiasa melakukan pembaharuan. Kebanyakan guru agak sukar untukmengubah gaya pengajaran pembelajaran mereka kepada sesuatu yang baru dan terkini sepertimenggunakan ICT dalam pengajaran. Albaugh (1997) menyatakan bahawa guru-guru biasanyaragu-ragu dengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yangselama ini mereka telah lakukan. Hanya apabila mereka yakin bahawa idea-idea dan inovasi barutelah terbukti dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran merekabarulah mereka bersedia untuk mengubah cara kerja mereka. Terdapat juga guru yang fobia dengan teknologi ICT. Menurut Zorinawati (1999), fobiabagi golongan pendidik boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu fobia dengan komputer atautakut akan komputer, fobia dengan perkembangan komputer atau takut tidak mampu menyaingiperkembangan komputer dan fobia dengan kerja atau takut jika tahu tentang penggunaankomputer, akan diberikan banyak kerja oleh Pengetua. Menurut Mohd Sobhi dan Musa (2007),sikap mengelak dari menerima hakikat akan kepentingan ICT tidak akan menyelesaikan masalahberkaitan ICT dalam sekolah. Sikap yang positif terhadap sesuatu perkara adalah penting untukmendorong seseorang itu melakukan sesuatu dengan sepenuh hati. Sikap ini telah dikenal pasti
  7. 7. sebagai petunjuk ramalan yang penting bagi perbezaan antara individu dalam aplikasipendidikan, pembelajaran dan pencapaian.2.2 Pengintergrasian ICT dalam P&PKemajuan dalam bidang pendidikan semakin hari bertambah jelas dipengaruhi oleh penggunaanTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Dalam konteks pendidikan, penggunaan alatteknologi bukan sahaja mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malahberpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaranbagi hampir semua mata pelajaran dan tidak terkecuali mata pelajaran Matematik. Teknologiseperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru agar dapat menghasilkan suatu outputyang memenuhi tuntutan masyarakat. Melalui penggunaan alat teknologi ini, suasana pengajarandan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mempunyai potensi yang baik untuk meningkatkankualiti pengajaran dan pembelajaran. Multimedia adalah sebahagian dari cabang ICT yangberkeupayaan menggabungkan pelbagai media seperti teks, suara, imej, animasi dan video dalamsesuatu perisian membuatnya sebagai teknologi media pengajaran dan pembelajaran yang lebihmenarik dan praktikal. Pengintergrasian ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untukmemperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungkanbersama kaedah pengajaran. Menurut Lechner dan Boli (2000), perkembangan terkinimenyaksikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjadi alat pemangkin utama untukmenyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuanbaru. Namun begitu pengintergrasian ICT dalam P&P tidak akan dapat dilaksanakan sekiranyasemua pihak tidak memberikan kerjasama dan tidak memainkan peranan masing-masing dalam
  8. 8. mengintergrasikan ICT dalam P&P. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kurangnyapengintergrasian ICT dalam P&P. Antara punca-punca yang menyebabkan kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&Pialah guru tidak pandai dalam menggunakan teknologi terkini merupakan salah satu puncakurang pengintergrasian ICT dalam P&P. Hal ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir guru disekolah yang langsung tidak tahu untuk menggunakan teknologi terkini seperti ICT dalampengajaran mereka. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh sikap guru tersebut yang tidakingin mencuba sesuatu yang baru seperti menurut Albaugh (1997), guru-guru biasanya ragu-ragudengan idea-idea baru dan terkini kerana mereka merasa selesa dengan apa yang selama inimereka telah lakukan. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi apabila segelintir guru di sekolahlebih suka menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah ‘chalk and talk’ dalam prosespengajaran mereka berbanding menggunakan teknologi terkini. Ini terjadi apabila mereka seringberanggapan pencapaian pelajar masih juga meningkat walaunpun mereka hanya menggunakankaedah pengajaran secara tradisional. Kekangan masa dengan tugas yang banyak juga merupakan antara punca yangmenyebabkan kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&P. Seperti yang kita sedia maklum padaera kini tugas sebagai seorang guru merupakan tugas yang sangat mencabar. Hal ini kerana padaera ini tugas guru bukanlah hanya mengajar semata-mata. Justeru, ada segelintir guru yangmenjadikan alasan kekangan masa sebagai punca yang menyebabkan kurangnyapengintergrasian ICT dalam P&P. Hal ini adalah kerana mereka sering beranggapan untukmerancang aktiviti pengajaran dengan menggunakan ICT mereka memerlukan masa yang agaklama dan terdapat juga segelintir guru yang menganggap merancang pengajaran denganmenggunakan teknologi seperti ICT adalah perkara yang membazirkan masa mereka. Memang
  9. 9. tidak dinafikan untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yang berasaskan teknologi seseorangguru perlulah memperuntukkan sedikit masa untuk menghasilkan aktiviti pengajaran yangmenarik dan berkualiti. Namun begitu kekangan masa bukanlah seharusnya menjadi puncakepada permasalahan ini seperti kata pepatah “ hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Bilangan komputer yang tidak dapat menampung bilangan pelajar di sekolah dan tiadamakmal khusus untuk subjek Matematik merupakan punca yang seterusnya. Seperti yang kitasedia maklum di setiap sekolah jumlah komputer yang diperuntukkan oleh kerajaan hanyalahsedikit. Hal ini adalah kerana terdapatnya kekangan-kekangan yang memang tidak dapatdielakkan seperti kekangan kewangan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan tidak semua pelajarbepeluang untuk menggunakan komputer yang terdapat di sekolah. Ketiadaan makmal khususuntuk subjek Matematik juga telah menyebabkan guru tidak dapat mengintergrasikan ICT dalamP&P. Hal ini adalah kerana guru mempunyai kekangan dalam menempah makmal komputeruntuk digunakan semasa proses P&P. Kurangnya pengintergrasian ICT dalam P&P telah menyebabkan kurangnya motivasi danminat pelajar untuk belajar serta menyebabkan pelajar kurang kefahaman dalam mata pelajaranMatematik. Kajian yang dijalankan (Abdul Rahim Mohd Saad, 1998) menyatakan terdapatbeberapa stail pembelajaran di kalangan murid. Ada yang lebih selesa belajar secara konkritberbanding dengan secara abstrak. Ada yang dikategorikan sebagai „field dependent‟ berbandingdengan murid „field independent‟. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pengajaran bagi murid yangsuka secara abstrak atau tergolong dalam „field independent’ adalah mudah tetapi bagi muridyang belajar secara konkrit atau tergolong dalam „field dependent’ mereka akan mudah fahamseperti beberapa konsep, prinsip, peraturan dan hukum sekiranya terdapat pelbagai bahan
  10. 10. ilustrasi, rajah, latihan atau amalan. Ini bermakna murid-murid ini diberi peluang menggunakankesemua panca indera semasa proses pembelajaran berlaku. Penelitian De Porter mengungkapkan manusia dapat menyerap suatu materi sebanyak70% dari apa yang dikerjakan, 50% dari apa yang didengar dan dilihat (audio visual), sedangkandari yang dilihatnya hanya 30%, dari yang didengarnya hanya 20%, dan dari yang dibaca hanya10%. Kajian di atas didukung oleh Ismail (2002) yang menyatakan bahawa daya ingatanseseorang dapat menangkap sesuatu sebanyak: 1. 20% daripada apa yang mereka baca. 2. 30% daripada apa yang mereka dengar. 3. 40% daripada apa yang mereka lihat. 4. 50% daripada apa yang mereka sebut. 5. 60% daripada apa yang mereka buat. 6. 90% daripada apa yang mereka baca, dengar, lihat, sebut dan buat serentak Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan jugamurid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan. Melaluiportal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar, guru dan muriddapat memanafaatkan sebaik mungkin. contohnya dalam eksperimen sains, guru hanyamenunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka bolehberulang kali mencubanya. Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskinidan murid mendapat banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui limatahun sekali.(Zalina Yahaya 2001).
  11. 11. Sebagai rumusannya, kepentingan ICT dalam proses P&P tidak dapat dinafikan lagikeperluannya. Pengintegrasian ICT dalam P&P merupakan sarana yang tepat bagi guru dlmmenyampaikan pesan-pesan pembelajarn dalam bilik darajah. Pemilihan kaedah serta alat yangtepat juga perlu diambil kira oleh seorang guru untuk memastikan keselarian antara matapelajaran, waktu, situasi dan kondisi dalam memanfaatkan ICT dalam suatu P&P pada masaberlansungnya Pembelajaran.2.3 Guru yang tidak mahir atau terlatih dalam bidang ICTICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (TeknologiMaklumat dan Komunikasi) yang bermaksud teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan datayang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepatdan mudah, penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi,memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.Menurut Abdul Rahim Abd Rashid (2001), Dasar pendidikan Malaysia, sememangnyamementingkan inovasi, ia merangkumi inovasi dalam pembangunan pelbagai potensi manusiaseperti pengetahuan, budaya saintifik, penguasaan teknologi baru, penggunaan ICT, pengurusan,pemikiran yang strategik dan sebagainya. Manakala Esah Sulaiman (2003), menyatakan bahawadengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT)dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran.Namun begitu pendidikan di negara kita tidak akan setanding dengan pendidikan di negara-negara yang maju yang lain sekiranya kita masih lagi mempunyai guru yang tidak mahir dalambidang ICT di sekolah. Hal ini telah telah dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh NoridaSuhadi (2001) ke atas 100 orang guru siswazah dan bukan siswazah mendapati bahawa hanya10% daripada guru-guru yang menghasilkan bahan pengajaran dalam bentuk multimedia.
  12. 12. Kurang mahir merupakan masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam menghasilkan bahanpengajaran berbentuk multimedia. Hal ini terjadi kerana disebabkan oleh sikap negatif yang wujud dalam kalangan guru.Contohnya terdapat segelintir guru yang memang tidak mahir menggunakan ICT di sekolah danmereka tidak mempunyai inisiatif tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut. Bagi merekamahir dalam ICT adalah perkara yang merugikan mereka kerana mereka perlu memperuntukkanmasa tertentu untuk merancang dan menghasilkan aktiviti P&P dengan menggunakan ICT. Kekurangan prasarana dan bahan sokongan serta tiada kakitangan terlatih untukmembantu guru dalam penggunaan ICT merupakan punca lain yang menyebabkan guru tidakmahir atau terlatih dalam bidang ICT di sekolah. Contohnya, terdapat sesetengah sekolah yangmempunyai makmal komputer tetapi komputer yang terdapat di dalamnya tidak dapat berfungsidengan baik disebabkan oleh masalah teknikal. Kesan daripada permasalahan ini telahmenyebabkan proses P&P yang berlangsung membosankan dan akan membawa kepadapenurunan prestasi pencapaian pelajar. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkanmasalah disiplin dalam kalangan pelajar meningkat serta profesional guru akan dipandangrendah oleh masyarakat. Keadaan ini terjadi sekiranya guru tersebut tidak mengubah diri merekake arah yang lebih positif dalam merancang dan menghasilkan aktiviti pengajaran yang menarikdan boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar mengenai sesuatu topik yang diajardalam mata pelajaran Matematik.2.4 Permasalahan pembekalan komputerWalaupun dikatakan ketinggalan berbanding sektor lain, program pengkomputeran di sekolahsemakin meningkat dan diberi perhatian. Menurut Schofield (1995), bilangan komputer di
  13. 13. kebanyakan sekolah semakin meningkat. Hari demi hari penggunaan komputer bukan sahajasemakin meluas tetapi juga semakin diperlukan di lebih banyak sekolah. Programpengkomputeran mula diperkenalkan ke sekolah-sekolah di Malaysia secara rasminya pada tahun1986 iaitu melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. (5) Tahun 1986. Bermula dari tarikh tersebut,program pengkomputeran di sekolah-sekolah mula dilaksanakan dan berkembang secaraberansur-ansur mengikut keperluan dan kemampuan yang dimiliki. Bermula dengan kelab-kelabkomputer yang kebanyakannya ditubuh atas inisiatif sekolah-sekolah sendiri (Othman Khalid,1992) telah berkembang kepada apa yang ada sekarang. Namun begitu, menurut KPM (2001), penggunaan komputer telah mula diperkenalkanlebih awal iaitu semenjak pertengahan tahun 1960-an lagi. Ketika mula diperkenalkan,penggunaannya didapati terhad di kementerian dan untuk tujuan pengurusan sahaja. Bermuladengan pengurusan dan pengendalian peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, kemudianpenggunaannya telah diperluas kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan diikuti denganSijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Pada masa yang sama komputer juga digunakan untukmengumpul, memproses, dan menganalisis data sekolah rendah dan menengah bagi tujuanperancangan pendidikan. Pada awal tahun 1990-an, kementerian mula melaksanakan beberapa projek pendidikanyang berasaskan ICT dan pembekalan komputer, khususnya sebagai penyediaan infrastrukturICT. Pada 5hb. Julai, 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luar bandar dibekalkan dengan21 set komputer bagi setiap sekolah. Bermula dari tarikh tersebut, usaha-usaha menerapkanpenggunaan komputer ke dalam sistem pendidikan juga menjadi semakin menyerlah danmenyeluruh. Selaras dengan perkembangan berkaitan, Kementerian Pelajaran Malaysia melaluiBahagian Pendidikan Guru mula melaksanakan program latihan praperkhidmatan dalam ICT
  14. 14. kepada guru-guru pelatih di maktab perguruan bagi Kursus Diploma Perguruan Malaysia padaawal tahun 1990-an. Pelaksanaan program tersebut kemudiannya disusuli dengan KursusPengajian Teknologi Maklumat kepada guru-guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.Selain kursus-kursus praperkhidmatan, tidak ketinggalan dianjurkan kursus-kursus dalamperkhidmatan jangka pendek dan kursus khas. Selain Bahagian Pendidikan Guru, program-program latihan kepada guru sekolah rendahdan menengah turut dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan melalui Pusat SumberPendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru. Institut Aminuddin Baki (IAB) juga tidakketinggalan menyediakan latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran wargapendidikan dalam ICT. Kumpulan sasaran IAB ialah para pentadbir dan kakitangan sokongan diperingkat sekolah. Pada tahun 1994, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan pulaProjek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggerisdan Matematik. Projek tersebut dilaksanakan di 15 buah sekolah rendah luar bandar di Selangor.Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer sementara perisian kursus pendidikandisediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Dalam perkembangan berkaitan, pada tahun1996 penyediaan infrastruktur ICT telah diperluaskan ke 209 buah sekolah menengah dan 20buah sekolah rendah. Setiap buah sekolah menengah tersebut dibekalkan dengan 21 setkomputer, termasuk sebuah komputer pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat(Local Area Network) tanpa kemudahan internet. Walau bagaimanapun komputer yangdibekalkan di sekolah rendah tidak dirangkaikan. Bagi tempoh tahun 1999 hingga 2000,sebanyak 332 buah sekolah lagi (110 buah sekolah menengah dan 222 buah sekolah rendah) diseluruh negara telah menerima komputer iaitu sebanyak 10 set komputer bagi setiap sekolah.
  15. 15. Komputer yang dibekalkan ke sekolah-sekolah pada peringkat awal pelaksanaan programKomputer Dalam Pendidikan (KDP) ialah di bawah peruntukan projek-projek khas. Sementarakomputer yang dibekalkan antara tahun 1999 hingga 2000 ialah komputer multimedia jenisPentium III yang sama ada disewa daripada MIMOS atau melalui tender terbuka untuk Sabahdan Sarawak. Untuk menempatkan komputer yang dibekalkan, bilik darjah diubah suai menjadimakmal komputer. Menjelang tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pula ProjekPenyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Menengah dan Rendah di 2,148buah sekolah rendah dan menengah. Projek tersebut dilaksanakan secara berperingkat denganmendahulukan sekolah-sekolah yang mempunyai enrolmen melebihi 150 orang dan mempunyaibekalan eletrik. Makmal komputer yang dibina dilengkapi dengan komputer terkini bersertakemudahan persekitaran rangkaian setempat dan internet. Selain komputer, projek tersebut turutmembekalkan projektor Liquid Crystal Display (LCD). Jumlah peruntukan makmal, komputer,komputer pelayan, dan projektor LCD kepada sekolah-sekolah diberikan berdasarkan enrolmenpelajar. Kerajaan Malaysia amat serius untuk menerapkan penggunaan komputer dalam sistempendidikan. Jutaan ringgit telah dilabur untuk membina makmal serta rangkaian komputer.Tujuan pelaburan tersebut ialah untuk mempercepatkan usaha melahirkan lebih ramai tenagamahir bagi memenuhi keperluan pasaran semasa. Di sidang parlimen, Kementerian PelajaranMalaysia memaklumkan kepada dewan bahawa sehingga bulan September 2003 sahaja sudahterdapat 4,297 projek makmal komputer sekolah (3,700 makmal baru dan 597 makmal ubahsuai) sudah diluluskan pembinaannya.
  16. 16. Dalam mengharungi kemajuan ICT, pihak Kementerian Pendidikan sendiri banyakmenghadapi masalah atau cabarannya. Namun begitu, cabaran-cabaran itu dianggap sebagai satuperintis kejayaan dan harus diselesaikan serta ditangani dengan bijak. Strategi pelaksanaannyajuga harus dirancang bagi melicinkan lagi usaha meningkatkan penggunaan ICT disekolah. Antara cabaran-cabaran dan strategi pelaksanaannya adalah seperti berikut:- Sekolah yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik menjejaskan pembekalankemudahan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran serta P & P. Kebanyakan sekolah rendahhanya dibekalkan dengan elektrik satu fasa. Untuk kegunaan makmal komputer, bekalan elektrikperlu dinaik taraf kepada tiga fasa. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakanbekalan elektrik tiga fasa kepada sekolah bagi membolehkan pelaksanaan ICT sepenuhnya. Makmal komputer yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan sebagai makmalkomputer mata pelajaran elektif. Sebuah makmal komputer hanya dapat menampung keperluanuntuk lima kelas sahaja kerana setiap mata pelajaran berasaskan ICT memerlukan empat hinggalima waktu mengajar seminggu. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menambahbilangan makmal komputer di semua sekolah menengah bagi menentukan mata pelajaran elektifICT dapat ditawarkan. Pembekalan komputer atau notebook kepada guru dan pensyarah untuk kegunaan P&Pmasih tidak mencukupi. Hanya sebilangan kecil guru dan pensyarah yang memperolehkemudahan tersebut melalui projek atau sumbangan tertentu. Untuk meningkatkan mutu P&P,KPM akan membekalkan komputer kepada guru dengan nisbah 1 : 10 bagi tahun 2002 hingga2003. Nisbah ini akan meningkat kepada 1 : 5 pada tahun 2004 hingga 2005, manakala padatahun 2006 hingga 2010, nisbah komputer berbanding guru adalah 1 : 1.
  17. 17. Walaupun perancangan telah dibuat, perkakasan komputer yang dibekalkan kepadaJabatan atau Bahagian masih tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan personel KPMdisebabkan kekangan peruntukan kewangan. Di samping itu, kebanyakan komputer yangdibekalkan adalah model berkapasiti rendah dan tidak dirangkaikan kepada kemudahan internetsedangkan keperluan untuk kemudahan ini semakin meningkat atas desakan tugas, keperluankomunikasi, dan memenuhi cabaran merealisasikan e-kerajaan. Sebagai contoh, pada masa kini,pembekalan komputer dengan nisbah 1 : 1 bagi pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional(Gred 3 dan ke atas) masih belum mencapai sasarannya. Adalah menjadi cabaran kepada KPMuntuk menyediakan perkakasan komputer yang terkini dan mencukupi kepada semua peringkatpengurusan KPM ke arah mengukuhkan infrastruktur ICT dalam pendidikan.2.5 Perisian kursus 2.5.1 Penggunaan perisian kursus Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik amat penting. Ini kerana National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah mengenalpasti mengenai Prinsip Teknologi sebagai salah satu daripada enam prinsip kualiti pendidikan matematik. Teknologi merupakan alat yang penting amat diperlukan untuk proses pengajaran dan pembelajaran subjek matematik yang berkesan. Ia sekali gus akan membolehkan matapelajaran matematik dapat diajar dan dapat mengukuhkan lagi proses pembelajaran dalam kalangan pelajar. Terdapat pelbagai alatan media pengajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kalkulator, perisisan komputer dan alatan yang berteknologi yang lain juga dapat membantu dalam proses pengumpulan, merekod,
  18. 18. menyusun dan menganalisis data. Teknologi juga boleh mengukuhkan dan menguatkankuasa pengiraan dan lebih meyakinkan serta tepat dan menghasilkan lukisan, graf danpengiraan yang dinamik. Dengan adanya peralatan sebegini, pelajar boleh melanjutkandan meluaskan kualiti dalam mencari punca kepada sesuatu masalah matematik denganlebih nyata. Hasil kajian Sham Ibrahim (2003) ke atas 119 orang guru sekolah menengahdaerah Jelebu mendapati bahawa perisian multimedia mampu memenuhi masapengajaran dengan efektif, membantu guru menjalankan aktiviti dalam kelas, dapatmencapai objektif yang disasarkan, mempertingkatkan minat pelajar dan boleh dijadikanbahan rujukan yang berguna kepada guru. Dalam pendidikan matematik, komputer melibatkan beberapa penggunaanaplikasi seperti hamparan elektronik, multimedia, internet dan GeometersSketchpad (GSP). Geometers Sketchpad, contohnya, digunakan untuk mengajar topikgeometri. Melaluinya, pelajar boleh meneroka pembelajaran matematik dengan lebihberkesan. Pelajar berminat untuk membuat penerokaan alam lain yang baru ditemuinya.Mereka akanmemperolehi suasana pembelajaran yang baru danmaklumat serta informasiyang terkini. Di samping itu, juga dapat menggalakkan mereka belajar secaraberkumpulan dan menyemai semangat belajar yang agresif sertalebih berfikiran kritikal. Dalam konteks program Matematik yang lebih jelas, teknologi meningkat danberkembang dalam kedua-dua skop iaitu kandungan Matematik dan juga susunan situasimasalah yang berkait dengan pencapaian pelajar. Alatan pengiraan yang canggih danberkuasa, pembinaan atau pembuatan dan pembentangan secara visual dapat memberi
  19. 19. peluang kepada pelajar untuk mencapai kandungan Matematik dan konsep Matematikyang mungkin menjadi lebih kompleks kepada pelajar untuk diselidik. Denganmenggunakan alatan teknologi, boleh membantu dalam menyelesaikan sesuatu masalahdengan lebih menarik dan memudahkan pencapaian pelajar melalui pelbagai hasilpembelajaran di peringkat tinggi seperti refleksi, pertimbangan, kedudukan masalah,penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha untuk meningkatkankebekesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yangdiharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri. Dengandemikian, biasanya pelajar akan lebih mengingati sesuatu hasil daripada perbuatan ataupengalamannya sendiri. Di sinilah pentingnya peranan teknologi dalam pendidikanmatematik hari ini. Penyertaan aktif oleh para pelajar dalam proses pengajaran danpembelajaran membantu mereka belajar secara berkesan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Matematik menjadi lebih bermakna melaluipenggunaan komputer atau peralatan berteknologi yang lain. Peralatan canggih ini bukansahaja memudahkan penyampaian konsep Matematik tetapi dapat membuktikan denganjelas konjektur-konjektur yang timbul dalam tajuk-tajuk yang diajar. Teknologi amatdiperlukan dalam proses mengimbangi program Matematik. Guru perlu bersedia untukdijadikan sebagai pembuat keputusan yang berilmu pengetahuan dalam menentukan biladan bagaimana pelajar mereka boleh menggunakan peralatan teknologi tersebut denganlebih berkesan.
  20. 20. Program persediaan pembangunan profesion khas untuk bakal guru dan juga gurudalam perkhidmatan perlu untuk mempengaruhi perangai dan watak secara perlahan-lahan untuk mengkaji dengan sentiasa mengembangkan peralatan teknologi danmeluaskan kesan teknologi kepada pendidikan matematik. Untuk membolehkanpembelajaran berlaku dengan berkesan, guru haruslah menyediakan atau memilihteknologi yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Di samping itu, teknologi jugaharuslah selaras dengan aktiviti pembelajaran serta dapat mencapai objektif pengajaran. Dalam pada itu berdasarkan kepada beberapa kajian yang telah dijalankan,didapati pelajar yang menggunakan komputer pembelajaran matematik didapatimempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik danberkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Perisian komputer yangdigunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu pelajarmemahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah. Kumpulan pelajar yang belajarberbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangkamasa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.2.5.2 Perisian kursus dalam P&P MatematikBenarkah pelajar-pelajar kita tidak berminat belajar Matematik? Adakah guru-gurumatematik pula tidak pandai menarik minat pelajar-pelajarnya mempelajari Matematik?Atau salahkah dasar pendidikan Malaysia mengubal sukatan pendidikan Matematik dinegara ini? Persoalan demi persoalan diajukan. Akhirnya terdengarkan seperti nyanyian"Bangau,Oh Bangau"; yang terlibat menuding jari menuduh kesalahan kepada yang lain.Sebagai guru matematik, persoalan yang sentiasa bermain di fikiran ialah bagaimana
  21. 21. menggunakan pelbagai kaedah agar pelajar-pelajarnya cepat memahami apa yang diajar,juga boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam apa jugasituasi permasalahan matematik. Apa yang diharapkan juga ialah supaya pelajar terusmengingati apa yang dipelajari itu seberapa kekal yang boleh. Kelembapan dan kebuntuan perkembangan pengajaran berbantukan komputerdalam pendidikan matematik khususnya, pada pertengahan tahun-tahun 70an dan 80anadalah disebabkan oleh kos perkakasan komputer yang terlalu tinggi, bilangan perisianyang terhad, kemahiran dan pengetahuan tentang komputer rendah dan tidak kurang jugakebimbangan serta kurang keyakinan di kalangan pendidik. Walau bagaimana pun,keadaan telah berubah di mana harga komputer telah banyak menurun dan mampu dibelioleh ramai orang serta berbagai kursus telah dan sedang dianjurkan oleh pihak kerajaanuntuk memberi kesedaran, keyakinan, pengetahuan serta kemahiran dalam penggunaankomputer. Jika dilihat pada penggunaan perisian kursus, lebih ramai guru-guru sains yangmenggunakannya berbanding dengan guru-guru Matematik. Ini mungkin keranaperalatan-peralatan ICT yang diperlukan untuk menggunakan perisian kursus telahdilengkapkan di dalam makmal sains. Guru-guru sains tidak perlu membawa peralatanyang banyak ke dalam kelas dan tidak perlu menempah bilik tayangan atau bilik mediauntuk menggunakan perisian kursus ini. Di samping itu, setiap makmal sains mempunyaipembantu makmal yang boleh membantu guru-guru memasang dan menutup kembaliperalatan-peralatan yang telah digunakan. Berbanding guru-guru Matematik terpaksa
  22. 22. menggunakan bilik tayangan atau bilik media atau terpaksa membawa peralatan seperti”laptop, lcd, extension wire” di samping buku rekod mengajar ke dalam kelas. Cabaran yang ditanggung oleh guru matematik bukannya sedikit. Selainmemenuhi tuntutan kerja perkeranian yang menimbun, guru matematik juga terpaksamenyediakan bahan pengajaran untuk P&P yang mendatang. Pemilihan alat bantumengajar perlu sesuai, penyediaan lembaran kerja yang pelbagai buat pelajar yangpelbagai tahap perlu disediakan. Di bilik darjah pula guru perlu pandai memilih kaedahyang dapat menarik perhatian pelajarnya dengan apa yang diajar. Pelajar tidak harusterasa tertekan, merasa bosan malah merasa benci terhadap Matematik. Guru juga yangharus memain peranan agar pelajar melempar jauh perasaan negatif dan fobia merekaterhadap matematik. Soalnya, pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahappencapaian yang berbeza, malah mempunyai corak disiplin yang mengharukan juga harusditangani oleh guru matematik. Sekolah Bestari memungkinkan guru-guru matematik yang selama ini menjadisumber maklumat bertukar tugas sebagai filisitator. Guru sebagai pemandu arah kepadapelajar, mereka sendiri yang mencari maklumat sendiri tanpa sempadan. Di sekolahbestari, guru digalakkan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaranuntuk mengoptimumkan pembelajaran. Strategi yang dicadangkan berasaskan pada satukontinum dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar. Strategi yang dipilih untukpengajaran dan pembelajaran efektif mesti memenuhi keperluan pelajar dan ia sesuaidengan iklim sekolah.
  23. 23. 2.5.3 Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)Gabungan antara teknologi komputer dan kepakaran tenaga pengajar akan menghasilkansatu Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) yang bermutu. Salahsatu ciri-ciri yang baik untuk sebuah PPBK yang bermutu ialah dengan memasukkanunsur teori pembelajaran dalam perisian. Sistem maklumat melalui komputer dapatmenarik perhatian pelajar terutama matematik yang merupakan pelajaran yang digeruni.Satu menu yang menarik disediakan secara persembahan bermultimedia. Pelajardiberitahu objektif pelajaran dengan paparan tentang penyataan objektif yang perludicapai oleh pelajar bila menggunakan perisian. Penggunaan komputer dapat merangsangpelajar untuk mengingat semula (recall) isi kandungan yang telah dipelajari tambahanpula pembelajaran dapat dipersembahkan secara menarik dengan beberapa faktor sepertiwarna, font, grafik dan rekaletak yang boleh menarik perhatian dan meransang pelajaruntuk terus menggunakan perisian. Selain itu, perisian PPBK juga menyediakan bimbingan belajar iaitu satu menukhusus untuk membantu pelajar yang bermasalah terutama bahagian asas disampingdapat mengesan kemajuan, menilai dan mentaksir kemajuan pelajar denganmengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmuyang dipelajari . Perisian seperti Geometers Sketchpad, Autograph dan juga kalkulatorgrafik dapat membuka minda pelajar untuk menyiasat serta meneroka sendiri teori-teoridalam pengajaran matematik. Malah dalam penggunaan internet , kita akan dapatipelbagai maklumat mengenai matematik boleh didapati; sejarah matematik, kaedahpengajaran dan permainan-permainan berunsur matematik yang boleh menghiburkanpelajar.
  24. 24. Cabaran yang dilalui oleh guru-guru matematik sebenarnya boleh ditangani dengan adanya perkembangan kaedah pembelajaran yang terkini. Kaedah chalk and talk dan kaedah tradisional memang membebankan guru. Pengunaan teknologi seperti komputer dapat membantu P&P guru dalam bilik darjah. Selain menguasai pengetahuan dan pelbagai kaedah dalam mata pelajaran matematik, guru perlu memahami dan mengamalkan sepenuhnya saranan dan falsafah serta saranan yang terkandung dalam kurikulum pendidikan negara KBSR dan KBSM demi memfokuskan arah tuju guru-guru matematik dalam melaksanakan tugas perguruan. Tanpa pengorbanan guru runtuhlah tamadun suatu bangsa. Namum demikian, kekurangan perisian Program Berbantukan Komputer yang sesuai menghalang guru-guru daripada menggunakan komputer dalam pengajaran walaupun mereka menyedari akan kelebihan-kelebihannya. Guru-guru seharusnya diberi pendedahan dan latihan yang sesuai untuk membolehkan mereka memanfaatkan komputer yang dibekalkan ke sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga perlu memikirkan cara-cara yang berkesan untuk menggalakkan guru-guru menggunakan komputer dalam pengajaran. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum matematik di sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap teknologi dari peringkat awal lagi.2.6 Penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskanMakmal komputer di sekolah sememangnya menghadapi masalah dari segi penyelenggaraan.Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyenggaraan.Walaupun kerajaan telah melantik seramai 500 orang juruteknik komputer di setiap daerah,
  25. 25. tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Juruteknik yang dilantik hanyalah bertugas dipejabat pendidikan daerah masing-masing dan tidak keluar untuk membantu dalampenyenggaraan makmal komputer di sekolah-sekolah. Kerja-kerja penyenggaraan ini mengambilbanyak masa guru sekiranya terdapat kerosakan ke atas sesebuah komputer. Oleh kerana banyakmasa telah dihabiskan untuk tujuan penyelenggaraan komputer, seseorang guru teknologimaklumat kekurangan masa pula untuk membuat persediaan bagi tujuan P&P. Kekurangankomputer yang boleh digunakan juga menyebabkan proses P&P turut terganggu. Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal sebagaimanamakmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka kerja-kerja penyelenggaraanbuat masa sekarang terletak di bahu guru teknologi maklumat itu sendiri. Ini bermakna bebantugas guru teknologi maklumat semakin bertambah. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S.SamyVellu mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 75 buah makmal komputer yang telahdiserahkan kepada pihak kontraktor mengalami kerosakan terutama di bahagian bumbungbangunan, dan beliau juga mengesahkan bahawa sebanyak 574 daripada 600 buah makmalkomputer di zon timur tidak selamat dan merbahaya. (Utusan Malaysia 19 Julai, 2003). Kira-kira 30 peratus komputer di makmal sekolah seluruh negara adalah komputerbermasalah disebabkan perkakasan yg digunakan sudah melebihi lima tahun, menyebabkannyasering rosak sekaligus menggagalkan usaha2 membudayakan ilmu teknologi maklumat dankomunikasi (ICT) di sekolah. Menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Melalyu Malaysia Barat(KG-MMB), Mohamed Sabri Mohd Arshad, sistem penyelenggaraan tidak cekap, termasuk perlumenunggu antara 3 - 5 bulan sebelum kerosakan dibaiki. Jika komputer rosak, pihak sekolahperlu melaporkan kepada PPD sebelum masalah itu dibawa untuk perhatian JPN. Bukan semuaaduan diberi perhatian segera kerana sikap sambil lewa sesetengah pihak menyebabkan
  26. 26. juruteknik komputer datang membaiki komputer rosak berbulan-bulan selepas aduan dibuat.Sikap sesetengah pihak sering menyalahkan guru kerana gagal membudayakan ICT dalam tugastidak wajar. Sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran terus menyalurkan peruntukan bagimembaiki alat bantuan pengajaran dan pembelajaran kepada sekolah, bukannya menerusi JPNseperti diamalkan sekarang. Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan SriAlimuddin Mohd Dom ketika dimaklumkan mengenai perkara itu berkata masalah ini akan dapatdiatasi dalam tempoh terdekat. Bahagian Teknologi Pendidikan menerusi Pusat Kegiatan GuruDaerah sudah diarahkan untuk menyelesaikan masalah itu, terutamanya di pedalaman. Pelbagai kelemahan dapat dikesan ekoran penyelenggaraan komputer yang kurangmemuaskan di sekolah. Kebanyakan sekolah menghadapi masalah komputer yang tidak dapatberfungsi dengan baik. Oleh disebabkan komputer yang bermasalah, banyak penyelenggaraanperlu dilakukan dan ini menjadikan proses penyelenggaraan lambat dilakukan. Selain itu,pelbagai karenah dari pihak dalam bagi mendapatkan bantuan pembaikan. Pihak dalam yangdimaksudkan adalah dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sekolah. Mereka akan merungutapabila kemudahan komputer yang ada di sekolah sentiasa rosak dan ini memberikan tekanankepada kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk membuat penyelenggaraan di sekolah. Langkah mengatasi permasalah ini ialah pembuatan perbuatan komputer tempatanPengeluaran peralatan teknologi dari tempatan juga adalah digalakkan. Dengan penghasilanproduk ini secara tempatan, sudah tentu kos pembuatan dapat dikurangkan dan seterusnya kosperalatan juga dapat diturunkan sebanyak mungkin. Langkah yang kedua ialah pemilihan yangbijak. Perolehan peralatan juga perlu dibuat dengan bijak. Beli peralatan yang perlu sahaja danelakkan dari pembaziran wang dengan membuat perolehan yang tidak penting. Cara ini dapatmengurangkan kos perolehan peralatan teknologi maklumat. Selain itu, bagi mengatasi masalah
  27. 27. kurang kelengkapan dan peralatan komputer di sekolah-sekolah dan institusi pengajian, pihakkerajaan perlu campurtangan dengan memberikan peruntukan yang secukupnya untukmembolehkan organisasi terbabit melengkapkan institusi pengajian dengan kemudahan dankelengkapan yang mencukupi untuk semua pelajar.3.0 LANGKAH MENGATASI3.1 Juruteknik di setiap sekolahKadang-kala terdapat juga dalam kalangan guru teknologi maklumat yang kurang mempunyaikemahiran untuk menyelenggarakan komputer. Ini bermakna sebarang kerosakan pada komputerperlulah merujuk kepada pihak luar. Kaedah ini biasanya memakan belanja yang besar danproses P&P juga terganggu. Oleh itu, untuk membantu meringankan tugas guru dan menjimatkanperbelanjaan dalam membaik pulih perkakas-perkakas ICT, kerajaan perlulah menempatkanjuruteknik di setiap sekolah. Antara tugas-tugas juruteknik komputer ialah seperti membantu tugas-tugas pengurusanaset ICT di sekolah yang berada dibawah penyeliaan Pengetua atau Guru Besar ataupun jugaGuru Data. Selain itu, tugas juruteknik juga adalah menyelenggara kemudahan & perkhidmatanICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikanmasalah teknikal seperti pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak sepertikerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT. Tugas lain juruteknik pulaadalah membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS bagi School*Net , EG*Net, Broadband,Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya. Tambahan pula, mereka juga bertugas untukmenyelaras Meja Bantuan Teknikal ICT serta bertugas sebagai pegawai urusan bagi aktivitipenyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal,
  28. 28. membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan. Mereka juga bertugas dalam menyediakankeperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah, mengawasi isu-isu keselamatan ICTdiperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selarasdengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah sertamampu melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan darisemasa ke semasa. Walaupun sesetengah sekolah mempunyai juruteknik komputernya sendiri namun,bilangannya adalah sedikit berbanding dengan jumlah sekolah yang terdapat di seluruh Malaysia.Dukacita yang amat sangat kerana kerajaan telah membelanjakan banyak peruntukkan untukmembangunkan ICT di sekolah tetapi dari segi penyenggaraannya terabai. Diharapkan kerajaandapat menempatkan paling kurang seorang juruteknik komputer di setiap sekolah di negara kitasupaya perkakas-perkakas komputer dapat dijaga dan diselenggarakan dengan sebaik mungkinsupaya dapat digunakan oleh anak-anak pelajar kita di seluruh negara dan ini dapatmerealilasikan hasrat negara yang mahukan setiap rakyatnya celik IT.3.2 Tambahan makmal komputerJusteru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusiprogram dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP),guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalampembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajarmengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainyayang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka,pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diridengan penggunaan ICT.
  29. 29. Selain itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakanmeluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurangterdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaranpihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan programpendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitumemerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajartidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan telah mengambil langkah menambahmakmal-makmal komputer di sekolah di seluruh Negara untuk melatih pelajar menggunakankomputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usahakerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dankomitmen yang tinggi.3.3 Penyediaan kemudahanUntuk meningkatkan penggunaan komputer di kalangan para guru, Zoraini (2000) telahmecadangkan supaya bilik guru sekolah dilengkapi dengan komputer yang dilengkapi dengankemudahan untuk akses ke internet. Cadangan ini merupakan langkah pertama untukmemudahkan para guru mengakses internet melalui komputer yang disediakan kepada paraguru.Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati 95% sekolah telah dilengkapi dengankomputer dan akses kepada internet (Mendels, 2000). Dalam usaha untuk meningkatkan penggunaan internet di kalangan guru, guru yangmengajar di pendalaman juga ketinggalan. Kerajaan telah mengambil langkah bijak denganmemperkenalkan Projek Internet Desa dengan menempatkan beberapa stesen internet dibeberapa kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak seperti di kawasan Kota SamarahandanBario (Rozana, 2000). Penempatan beberapa stesen internet tersebut membolehkan mereka yang
  30. 30. berada di kawasan tersebut mengakses internet dan dapat berhubung dengan mereka yang beradadi dunia luar. Terdapat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan jurangdigital antara komuniti luarbandar dengan penubuhan 217 telecentre bawah program USB. Telecentre tersebut terdiridaripada 42 pusat Internet Desa, 39 Medan InfoDesa, 58 Pusat Akses Komuniti dan 78 KelasLiterasi Komputer. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyeru semua sekolah supaya menggunakaninisiatif sendiri untuk menukarkan sekolah masing-masing ke sekolah pintar (Chandran,2000).Ini bermakna sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mencari sumber kewangan bagi tujuantersebut. Untuk mengatasi masalah tersebut, ada sekolah yang bekerjasama dengan pihak swastauntuk melengkapkan komputer di sekolah. Peranan sektor swasta juga banyak membantuperkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaanteknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskanpengunaan teknologi maklumat. pada masa kini, kadar bayaran untuk mengakses internet semadamelalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekomberkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yangmenyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com. Pihak swastayang terlibat bertanggungjawab untuk membekalkan komputer, membaikpulih komputer danmembekalkan latihan kepada guru dan pelajar. Bagi meningkatkan pembekalan akses internet disekolah, kerjasama daripada pembekal internet (ISP) diperlukan untuk mengurangkan kostanggungan pengguna. Semasa pembelajaran Kontruktivis guru berperanan sebagai pembimbing atau fasilitatoryang mana melibatakan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif dan belajar melaluiperayauan. Pembelajaran secara penerokaan boleh digunakan oleh para guru untuk
  31. 31. menghubungkan antara teori kontruktivisme dengan proses pengajaran dan pembelajaran.Kaedah pembelajaran ini membolehkan para pelajar mencari dan mengakses maklumat daripadamana-mana sumber yang terdapat dalam internet. Seharusnya guru yang akan mengaplikasikanpembelajaran secara kontruktivis dan kognitisme perlu lebih dahulu memahami dan mendalamipengetahuan dalam komputer dan ICT bagi memudahcaranya mengajar kelak. Dengan integrasi teknologi, peranan guru telah bertukar daripada penyampai maklumatkepada penyelaras sumber pembelajaran. Guru sekarang berperanan sebagai fasilitator, pengurus,kaunselor dan pakar motivasi. Peranan guru ini membolehkan para guru bebas bekerja secaraindividu atau dalam kumpulan kecil dan meninggalkan cara pengajaran formal yang lama. Gurumembantu pelajar mencari maklumat dari pelbagai sumber dengan adanya teknologi maklumatdan komunikasi.4.0 KESIMPULANMenurut Hansen V.P dan Zweng M.J (1984), dalam usaha menjadikan proses mengajarmatematik lebih efektif, dua konsep penting yang perlu ditekankan ialah menitik beratkantentang konsep kelas matematik sebagai proses yang menyeronokkan dan konsep pengajaran danpembelajaran yang berpusatkan pelajar. Sehubungan dengan itu pengunaan teknologi-teknologi yang relevan di dalam prosespengajaran dan pembelajaran matematik dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajardari segi pencapaian akademik (Burton L. dan Jaworski B., 1995). Contohnya teknologikomputer dapat mempengaruhi kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapatmemperkembangkan minda pelajar untuk menjadi lebih kritis,kreatif serta lebih inovatif.
  32. 32. Penggunaan teknologi ini tidak bermakna ia telah mengambil alih tugas dan perananseseorang guru sehingga penafsiran perguruan sebagai tidak relevan lagi. Tidak pula ia sekadarsebagai alat untuk membantu guru matematik untuk mengajar yang biasa dilakukan setakatini.Teknologi akan diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran apabila ia digunakanuntuk melibatkan pelajar belajar secara bernas bukan hanya semata-mata pelajar dan gurumenggunakan teknologi. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya teknologiseperti internet khususnya dapat digunakan dengan lebih berkesan dengan pendekatanpengajaran pembelajaran yang berlainan daripada apa yang diamalkan secara tradisional hari ini.Penggunaan teknologi dalam P&P akan lebih berkesan apabila pembelajaran lebih berpusatkankepada pelajar seperti persekitaran pembelajaran yang aktif, konstruktif, kolaboratif,bermatlamat, berwacana, berkonteks dan refelektif. Justeru, guru dan pentadbir sekolah serta kerajaan haruslah memahami halangan-halangan yang mungkin dihadapi dalam penggunaan teknologi ini. Mereka haruslah bersediauntuk menangani perubahan yang bakal timbul daripada penggunaan teknologi ini sepertihalangan masa, latihan guru, sumber dan sokongan. Oleh itu, guru perlulah menyesuaikan diri dengan alat teknologi pengajaran yang baruseperti komputer dan internet ini. Guru juga perlu mengubah keadah mengajar yang diamalkansebelum ini untuk disesuaikan dengan teknologi yang digunakan. Maka guru-guru perlumengambil kira perkara-perkara ini dalam usaha mengintegrasikan teknologi ini agar lebihberkesan seperti tidak terlalu berfokus kepada teknologi dan kurang kepada matematik, tidakmenggunakan teknologi secara eksklusif, tidak menggunakan teknologi untuk melakukan lebih
  33. 33. daripada yang diminta dalam matematik, tidak terlalu bergantung kepada sejenis teknologi sahajadan teknologi tidak digunakan untuk stresming. Jelasnya, teknologi ini tidak akan mengubah peranan guru sebaliknya guru akan sentiasaberusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang ITini. Ketrampilan dan keperibadian mereka yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikatanutama. Teknologi ini sebenarnya mampu mengurangkan beban tugas guru dan murid. Para guruharuslah bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu perancangan aktiviti yangkemas dan teratur amatlah penting supaya murid-murid dapat menggunakan teknologi ini secaraoptimum dan maksimum. Semua aplikasi tersebut boleh digunakan selagi sumber maklumat atausebagai bahan bantu yang diaplikasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  34. 34. BIBLIOGRAFIAhmad Fauzi bin Mohamed (2011). Program Pengkomputeran Di Sekolah. Kedah: Universiti Utara MalaysiaAlbaugh, P. (1997). The Role of Skepticism in Preparing Teachers For The Use of Technology. ERIC Document ED: pp, 339-406.Engkizar Bin Martias (2010). Pengintergrasian Ict Dalam Proses P&P. Diperoleh pada Mei 16, 2012 daripada http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pengtingnya-integrasi-ict dalam-proses-pengajaran-dan-pembelajaran-pendidikan-islam/Fullan, M. (1996). The New Meaning Of Educational Change. New York: Teacher College Press.Mohd Sobhi Ishak & Musa Abu Hassan (2007), Satu Persoalan Jurang Digital Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia, Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Media and Communication (MENTION 2007), 20-22 Ogos 2007. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.Norhana Aini (2010). Tahap Penggunaan Media Komputer (Perisian Kursus Dan Internet) Dalam Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Kalangan Guru-Guru Sains Dan Matematik Daerah Temerloh. Selangor: UPM.Sham bin Ibrahim (2003). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru di Daerah Jelebu. Kertas Projek Sarjana Universiti Putra Malaysia. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

×