SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
BAB 1     Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar



Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar


1.0. Pengenalan


Pendidikan Luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah
untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkat
dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang
sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan
luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Memupuk,
menyedarkan dan menghargai tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar.
Pendidikan luar juga merangsang peserta kursus menggunakan masa lapang dengan
bijak dan berfaedah melalui penglibatan kegiatan fizikal seperti berkayak, pengendalian
dinghi, tali temali, bantu mula, keyakinan di air, survival, snorkeling, pengurusan
perkhemahan, wall climbing, orienteering dan sebagainya


Dengan kata lain pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan
gerak kerja yang tersusun dan terancang dan aktivitinya dilakukan sebahagian besar di
luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan
pendidikan luar dilihat akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar dalam
melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta dapat meningkatkan tahap disiplin
diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan
produk yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerja sama secara
berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti
dijalankan.


Objektif


Di akhir penggunaan modul ini peserta kursus akan dapat:

   1. Menyatakan dan menghuraikan falsafah, konsep, definasi,matalamat dan tujuan
      pendidikan luar

   2. Menghuraikan dan perkembangan Sejarah Pendidikan Luar dari zaman purba
       hingga era Moden.

   3. Menyatakan jenis-jenis aktiviti pendidikan luar
BAB 1     Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar




PETA MINDA


                           Falsafah, Konsep, Matlamat
                            dan Objektif Pendidikan
                                      Luar




                                                                 Aktviti-aktiviti
                                                                pendidikan luar

                            Sejarah pendidikan luar


       Falsafah dan
     Konsep Pendidikan
           Luar




1.1. Falsafah dan Konsep Pendidikan Luar


Dewasa ini program–program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di
    peringkat sekolah malahan kepada keseluruhan masyarakat. Badan-badan
    kerajaan, kelab–kelab serta persatuan semakin aktif menganjurkan program
    pendidikan luar (PPL). Belanjawan yang besar di peruntukan oleh Kementerian
    Belia dan Sukan untuk kelab dab badan di bawah naunganya untuk melaksanakan
    aktiviti–aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam
    dan sebagainya, bagi membentuk jati diri di kalangan ahlinya.


Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan


       ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
       memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
       bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
       segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
       kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
BAB 1      Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar



       warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
       berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
       kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
       keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”


       (Falsafah Pendidikan Kebangsaan)


Pendidikan luar dilihat sebagai alat yang penting dalam melaksanakan hasrat serta
tujuan murni falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam aktiviti pendidikan luar selain dari
memberi cabaran fizikal dan mental aktiviti pendidikan luar mempunyai pendidikan yang
tersirat. Dalam erti kata lain pendidikan luar merupakan satu kaedah menyalurkan
pendidikan secara langsung dan tidak langsung.


Semasa aktiviti kembara peserta terpaksa merentasi bukit bukau, danau dan sungai.
Keadaan ini akan melatih perserta supaya percaya kepada diri sendiri berani
menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan –latihan ini akan membentuk mereka untuk
menjadi kuat dari segi emosi, jasmani dan fizikal. Selain daripada aktiviti-aktiviti fizikal
yang terdapat dalam program pendidikan luar, peserta kursus juga berpeluang untuk
mengenali serta mengamati jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat dialam semula jadi.


Melalui aktiviti membaca peta dan kompas peserta dapat menanalisis dan mengkaji
secara langsung corak struktur muka bumi sesuatu kawasan. Bagi jurulatih yang
mempunyai pengetahuan dalam bidang geologi unsur-unsur batuan seperti jenis batuan
setempat, mineral yang terdapat di sesuatu kawasan akan dapat diterangkan kepada
peserta pendidikan luar. Dalam aktiviti kembara aplikasi pendidikan matematik seperti
mengira menggunakan kos, sin, tangen boleh digunakan dalam aktiviti mengukur atau
menagak ketinggian. Banyak lagi displin ilmu yang boleh di aplikasikan dalam satu
program pendidikan luar.


Kembara juga boleh membentuk pemikiran pelajar secara kreatif dan kritis. Apabila
peserta dapat berinteraksi dengan alam semulajadi pemikiran mereka akan terangsang
untuk menjadi lebih kreatif. Sepanjang pengembaraan pelajar boleh di minta untuk
membuat penulisan kreatif dalam membuat catatan perjalanan, sajak ataupun pantun.
Pelajar yang berfikiran kritis pula akan sentiasa akan merasa tercabar dengan
penemuan-penemuan baru yang dilihat dan di perhatikan di sepanjang aktiviti.
Penganjur juga boleh menyediakan masalah yang akhirnya membolehkan peserta
kursus mengamalkan kemahiran berfikir.


Aktiviti kembara juga dapat menyemaikan nilai murni disepanjang perjalanan aktivitinya.
Antara nilai murni yang boleh diserapkan ialah:
BAB 1     Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar




    Berkerjasama antara ahli kumpulan

    Bersyukur dengan kebesaran ilahi

    Memelihara alam sekitar

    Berdispilin

    Berdikari

    Bekerjasama

    Menepati masa

    Sabar

    Cintakan Negara

    Bersikap positif


Atas semua alasan ini, pendidikan luar dilihat merupakan salah satu jalan bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara yang bersesuaian dengan kehendak falsafah pendidikan
kebangsaan.


1.1.1. Falsafah pendidikan luar


Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu
pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan
cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik:


    Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas

    Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti

    Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan

    Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada kupayaan
     memberi penerangan
BAB 1      Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar




    Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat


Dalam modul ini kita akan membincangkan falsafah yang dikemukakan oleh tiga ahli
akedemik iaitu:


    John Amos Comenius (1592-1670) ringkasan falsafah beliau


            Falsafah beliau lebih ke arah prinsip sensory learning

            Pelajar perlu diberi pengalaman sebenar untuk belajar dengan      lebih
             bermakna

            Pelajar perlu menggunakan pancarindera untuk berinteraksi dengan alam
             sekitar bagi membentuk pembelajaran yang sempurna

            Dalam membentuk kesediaan belajar yang baik pelajar perlu berinteraksi
             dengan objek terlebih dahulu.


    Jean-Jacques Rousseau (1712-1778) menyatakan


              “Our first teachers are our feet, our hands and our eyes. To
              substitute books for all these...is but to teach us to use the
              reasons of others.”

           Huraian falsafah Rousseau


            Pendidikan luar merupakan pendidikan yang penting dan perlu selari
             dengan konsep pendidikan

            Pendidikan luar merupakan alat yang penting untuk mencapai kehendak
             pendidikan

            Pendidik yang baik, perlu lebih berdasarkan pengalaman secara
             langsung


    Johann Henrick Pestalozzi (1746-1827) menyatakan
BAB 1      Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar



              “Lead your child out into nature, teach him on the hilltops and in the
              valleys. There he will listen better, and the sense of freedom will given
              him more strength to overcome difficulties. But in these hours of freedom
              let him be taught by nature rather than by you. Let him fully realize that
              she is the real teacher and that you, with your art, do nothing more than
              walk quietly at her side”


           Huraian falsafah Pestalozzi (ptg)


            Pendidikan perlu memberikan pengalaman secara langsung dan interaksi
             dengan bahan sebenar

            Terdapat displin pendidikan yang memerlukan pratikal berbanding
             pembelajaran di dalam kelas contohnya latih mengajar, menanam pokok
             dan lain-lain lagi

            Pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar merupakan komponen
             penting dalam membuat kesimpulan dan genderalisasi.


Falsafah pendidikan luar adalah aktiviti pendidikan yang digunakan untuk belajar
berdasarkan kepada pengalaman dan sekitaran sebenar. Pendidikan luar dapat
merangsang kognitif, psikomotor dan afektif pelajar.


1.1.2. Konsep Pendidikan luar


Modul konsep pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990) menyatakan
pendidikan luar adalah pembelajaran berlaku di luar bilik darjah keadaan ini berlainan
daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar sebagai laluan atau
tujuan mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti antara aspek perlu
difikirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar ialah:


Aspek Kognitif


Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir
serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognatif melibatkan perangsang
pemikiran yang terdiri daripada element penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan,
pengamatan dan pengukuhan.
BAB 1        Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar



Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat
dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar
perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi
teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti
pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap
dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi
menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program
pendidikan luar yng baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat
memberi kekuatan kognitif. Dengan kata lain pendidikan luar bukan sahaja memberi
latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir seperti penyelesaian masalah,
pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan
luar.


Aspek kemahiran psikomotor


Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakkan yang mampu
dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan,
kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan.


Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokus dalam pendidikan luar ialah:

               Imej tubuh

               Kawalan objek

               Orientasi spatial (ruang)

               Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor

               Perkembangan kemahiran

               Kecergasan


Aspek afektif


Matlamat utama yang diingini, dalam hampir kesemua program pendidikan luar pada
umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial.
Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, asperasi dan nilai serta pembentukan
sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan
orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan
konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti
pendidikan luar.
BAB 1       Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar




Pendidikan luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf
sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna,
memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta
bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu
elemen yang penting di dalam perkembangan individu melalui penglibatan di dalam
pendidikan luar. Aktiviti pendidikan luar akan membentuk emosi yang stabil di kalangan
pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk
persefahaman serta berperanan secara luaran dan dalaman diri.


Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu di dalam pembangunan
sosial. Pendidikan luar akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan
ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi
pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.


Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi antara kaum.
Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat yang
sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan daripada berlaku
perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka
berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka.


Aspek Sosial


Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan/tingkah laku sosial,
iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu:
Berhubung, Berkomunikasi, Melibatkan Diri, Berunding, Bekerjasama, Menghakim,
Memulakan dan Menukar.


                         Pengajaran dan pembelajaran
                            dalam pendidikan luar

                            •   KOGNITIF
                            •   PSIKOMOTOR
                            •   AFEKTIF
                            •   SOSIAL
BAB 1     Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar




   Pendidikan melalui alam sekitar              Pendidikan untuk alam sekitar


Rajah 1.1. Konsep pendidikan luar MCRAE (1990)

Dalam proses pembelajaran melalui pendidikan luar, manusia mempelajari tentang alam
     semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat kebaikan
     daripada aspek pembelajaran dan pengalaman. Pendidikan luar perlu berpaksikan
     ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat),
     kemanusiaan (kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai murni dan sahsiah) dan
     kenegaraan (mengenali negara, semangat cintakan negara).


Dalam pendidikan luar pembentukan individu merupakan perkara penting dan tidak
     boleh ditinggalkan. Adalah diharapkan individu yang terbentuk dari pendidikan luar
     akan lebih mantap dari aspek mental, fizikal, emosi, kemahiran dan sosial.
     Pembentukan individu yang mantap             adalah merupakan asas kepada
     pembentukan masyarakat dan negara.


Antara aspek yang perlu diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar bagi membina
     konsep keseluruhan pendidikan luar ialah:


    Kekuatan, ketahanan, ketekalan mental, fizikal dan emosi

    Membentuk kemahiran dalam bidang pendidikan luar

    Penyampaian ilmu yang tersirat dan tersurat

    Penyerapan nilai dan sahsiah


1.1.3. Definisi pendidikan luar


Secara keseluruhan dalam mendefinisi pendidikan luar terdapat dua pendapat yang
berlainan. Kedua golongan tersebut ialah:


    Berdasarkan aktiviti

    Berdasarkan psikologi
BAB 1     Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar




Berdasarkan aktiviti


Menurut Neill 2003, pendidikan luar berlaku apabila segolongan peserta menyertai
aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang sebenar. Mereka menggunakan
sekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut Kethies 1990, pendidikan luar adalah
keadaan di mana golongan peserta keluar ke alam semulajadi serta menyelesaikan
masalah di sekitaran. Priest 1990 mengambarkan pendidikan luar merupakan proses
ujikaji dengan menggunakan pancaindera sebagai alatan dan alam semulajadi sebagai
makmal. Simon Priest, 1986, Menyatakan pendidikan luar adalah pendidikan yang
berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam semulajadi. Hubungan
yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar dengan manusia tetapi antara manusia
dengan manusia.


Golongan ini mendefinisi pendidikan luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa melihat
pendidikan luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang tersirat. Dengan
lain perkataan golongan ini melihat pendidikan luar sebagai aktiviti yang tertumpu
kepada psikomotor (elemen tersurat) tanpa menyatakan aspek lain seperti aspek sosial,
kognatif dan afektif (elemen tersirat)


Berdasarkan psikologi


Menurut the outdoor institute pendidikan luar didefinisikan sebagai pendidikan yang
bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas dan membangun
insan secara keseluruhan. Menurut C. A. Lewis, 1975, dalam pendidikan luar pelajar
akan menggunakan keseluruhan pancaindera untuk memerhati dan membuat persepsi.
Sementara Phyllis Ford, 1981 mendefinisikan pendidikan luar adalah pendidikan yang
mempunyai tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
digabungkan untuk membentuk pendidikan insan yang seimbang.


D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, menyatakan pendidikan
luar adalah gabungan berbagai displin dalam pendidikan untuk mencapai matlamat dan
objektif dalam kurikulum. Menurut Maznah Hassan, Program Pendidikan Luar (PPL)
adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan
ikhtisas serta memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut Edward
Lappin, 2000


   “Outdoor education is...a means of curriculum enrichment, whereby the process of
   learning takes place out of doors. Outdoor education broadly includes environmental
BAB 1     Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar



   education, conservation education, adventure education, school camping, wilderness
   therapy, and some aspects of outdoor recreation”


Rumusan Definisi Pendidikan Luar


Pendidikan luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai
kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan
pendidikan (Psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen utama. Untuk mencapai
objektif yang tersurat dan tersirat pengajaran dan pembelajaran pendidikan luar
menggunakan sumber luar bilik darjah.


Alam semulajadi bertindak sebagai alat untuk memperkembangkan pengetahuan,
kemahiran dan sikap individu. Pendidikan luar bertujuan meningkatkan kefahaman
terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologikal serta penghargaan dan tanggungjawab
manusia terhadap kualiti alam sekitar.

Pendidikan luar juga bertujuan membentuk insan yang mempunyai nilai dan sahsiah
yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Pendidikan luar juga akan
memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang yang bijak melalui
penglibatan dalam kegiatan rekreasi.


1.1.4. Matlamat dan objektif


Program pendidikan luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai matlamat yang
jelas. Contoh matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang
mengambil matapelajaran pendidikan jasmani ialah:


   1. Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti - aktiviti
      pendidikan luar

   2. Pelajar dapat menguasai kemahiran–kemahiran asas kegiatan luar mengikut
      kemampuan diri

   3. Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan
      dan kekayaan alam semulajadi termasuk isu alam sekitar

   4. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman–pengalaman
      yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza–beza
BAB 1      Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar



     5. Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi
        cabaran-cabaran semasa

     6. Pelajar dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan,
        kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat petriotisme

     7. Pelajar dapat mengembangkan sifat–sifat kreatif dan inovatif serta membuat
        keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas.


Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (1993 )


Matlamat dan objektif program Bina Insan Guru yang dianjur oleh Bahagian Pendidikan
Guru


1.      Pelajar dapat menghayati ciri insan berakhlak mulia.

2.      Pelajar dapat mengamalkan semangat berpasukan dan hidup sepakat.

3.      Pelajar dapat membina ketahanan fizikal dan mental.

4.      Penguasaan kemahiran interpersonal dan intrapersonal

5.      Penguasaan kemahiran pengurusan diri dan kumpulan

6.      Menjadi pengamal refleksi ke arah pembangunan potensi insan guru mulia.


Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000)

Matlamat pendidikan luar secara am boleh dibahagikan kepada tiga komponen besar
iaitu:


         ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai
             sejagat)


                 Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta

                 Meningkatkan kepercayaan kepada agama

                 Menyakinkan kebesaran pencipta

                 Mensyukuri kurniaan pencipta kepada kita
BAB 1    Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar




    kemanusiaan (pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan sahsiah)


          Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan
           alam sekitar sebagai perantara

          Memberi kesedaran terhadap keperluan memilihara alam sekitar

          Meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar

          Menyerapkan nilai dan sahsiah kepada pelajar

          Meningkatkan disiplin di kalangan pelajar

          Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aktiviti luar

          Memberi ruang kepada pelajar belajar berinteraksi, bekerjasama dan
             mengeratkan perhubungan sesama mereka atau orang yang lebih
             dewasa

          Menggalakkan pelajar menjalankan aktiviti riadah yang lebih
             berfaedah

          Memberi ruang kepada pelajar muhasabah diri

          Memberi peserta rasa keseronokan menyertai aktiviti pendidikan luar

          Memberi pendidikan kepada pelajar untuk merancang, mengelola
           program pendidikan luar


    kenegaraan ( semangat cintakan Negara)


          Menanamkan sikap cinta dan sayangkan Negara

          Membina kefahaman terhadap masyarakat majmuk

          Meransang untuk mengurangkan polarisasi kaum
BAB 1     Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar




1.1.5. Tujuan Pendidikan Luar


Tujuan pendidikan luar bergantung kepada kehendak penganjur. Tujuan pendidikan luar
perlu menjawab persoalan: Apakah kehendak dan keperluan pendidikan luar di
anjurkan?. Terdapat berapa kategori kenapa pendidikan luar di adakan antara
kategorinya ialah


    Pendidikan luar bertujuan membina ketahanan fizikal. Pendidikan luar ini di
      laksanakan bagi melihat keupayaan fizikal pesertanya. Dengan menyertai aktiviti
      ini peserta akan dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti
      fizikal. Program pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh badan-badan atau
      persatuan-persatuan outdoors sama ada di peringkat daerah atau negeri.

    Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu
      pengetahuan dan membentuk displin dalam badan beruniform. Dalam
      pendidikan bercorak ini peserta kursus akan didedahkan dengan ilmu
      perkhemahan, disiplin dan cara menghormati uniform. Pendidikan luar ini
      dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap, putri islam,
      persatuan bulan sabit merah

    Pendidikan luar bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisonal di
      kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak menjadi
      bosan dan berkebolehan berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar akan
      dapat berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar. Contohnya pendidikan
      luar bagi sujek geografi. Pendidikan luar ini lebih menumpu kepada aktiviti
      akademik

    Pendidikan luar juga digunakan sebagai medium yang penting untuk membentuk
      perpaduan di kalangan pesertanya. Pendidikan luar yang bermatlamat untuk
      membentuk perpaduan di kalangan ahlinya tanpa mengira kaum lebih memberi
      tumpuan kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan luar ini selalu
      dianjurkan oleh badan-badan belia dan perpaduan

    Pendidikan luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar.
      Dalam setiap aktiviti pendidikan luar pelajar akan dipimpin atau terpimpin. Oleh
      sebab itu aktiviti pendidikan luar akan dapat memupuk dan merangsang sifat
      kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti pendidikan luar adalah
      tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinanan mereka.

    Pendidikan luar juga boleh meneguhkan lagi kepercayaan tentang wujudnya
      pencipta alam. Melalui permerhatian tentang keindahan serta sifat alam semula
      jadi ini akan meneguhkan lagi kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap
BAB 1      Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar



       pencipta. Pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan-persatuan
       agama.

    Dewasa ini pendidikan luar juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi.
       Peserta yang menyertai pendidikan luar dapat mengurangkan rasa tertekan
       dengan menyertai aktiviti fizikal yang mencabar. Bagi pelajar pula aktiviti
       pendidikan luar ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada
       suasana lapang dan bebas.

    Pendidikan luar juga dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik di
       kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti pendidikan luar, pelajar akan ditanam
       dengan sifat-sifat serta nilai-nilai terpuji. Oleh itu pendidikan luar boleh bertujuan
       untuk menanam sifat-sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang.


Latihan1.1

Huraikan Konsep Pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990)


1.2. Sejarah pendidikan luar


Dalam melihat sejarah pendidikan luar pengkji perlu melihat dua iaitu pendidikan luar di
zaman purba dan zaman moden.


1.2.1. Pendidikan Luar Di Zaman Purba


Tidak dapat dipastikan bilakah pendidikan luar bermula. Namun menurut Shivers (1989)
Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi, yang banyak melibatkan
aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula untuk mendapat
makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia.


Manusia dizaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan.
Mereka juga tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula
jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba perlu dilatih untuk membina
kehidupan mengikut zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara
memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak dilihat
merupakan permulaan pendidikan luar.


1.2.2. Pendidikan Luar Era Moden
BAB 1      Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar



Pada tahun 1907 Lord Baden Powell yang merupakan pengasas pegerakan
pengangkap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu
beliau telah mengajurkan banyak program pendidikan luar. Di peringkat awal program
pendidikan luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan
displin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga program
pendidikan luar di anjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan
pandu puteri.


Bermula daripada 1980an terdapat perubahan dalam aktiviti pendidikan luar. Displin
pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah di lusakan
kepada elemen kognatif dan afektif. Unsur-unsur nilai-nilai murni serta pembangunan
sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas kedalam aktiviti pendidikan luar. Pengajur
pendidikan luar bukan lagi terdiri daripada persatuan berunifom malah persatuan-
persatuan akedemik seperti persatuan matematik, persatuan sains, persatuan agama
islam dan lain-lain lagi.


Bermula tahun 1990an program pendidikan luar mula di komesialkan secara meluas.
Kewujudkan konsep adventure travel dan eco pelancungan telah merancakkan lagi
industri pendidikan luar. Dalam bidang pendidikan program pendidikan luar masa cuti
atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta. Atas kepercayaan alam sekitar
yang segar boleh membantu menyembuhkan penyakit dewasa ini pendidikan luar
digunakan dalam industri kesihatan.


Di Institut perguruan pada tahun 1993 semua Guru Pelatih Kursus Perguruan Asas (
KPA ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI ) diwajibkan mengikuti Program
Pendidikan Luar (PPL). Setiap maktab perguruan perlu mewujudkan Jawatankuasa
Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan.
Program Pendidikan Luar.Program tersebut telah dihentikan pada tahun 1996. Guru
pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja diwajibkan
mengikuti Program Pendidikan Luar.Bagi pelatih (KDPM) Kursus Diploma Perguruan
Malaysia dan KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) major atau minor Pendidikan
Jasmani (PJ), Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian daripada kurikulum
mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Semua guru pelatih Major dan minor PJ
dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar. Program tersebut mengintegrasikan
pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan
Jasmani guru pelatih KDPM-PJ.


Namun pada tahun 2001 program bina insan guru telah mula di perkenalkan di Intitusi
perguruan. Program ini merupakn program yang wajib disertai oleh Guru Pelatih
Kursus Diploma Perguruan ( KDPM ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI )
BAB 1        Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar



Latihan 1.2

Cirikan sejarah pendidikan luar di era moden?


1.3. Aktviti-aktiviti pendidikan luar


Aspek utama yang perlu di perhatikan dengan serius dalam aktivit pendidikan luar
     adalah aspek keselamatan. Aktiviti pendidikan luar perlu di rancang dan
     dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, persekitaran serta kemampuan dari
     aspek kemudahan, peralatan dan kepakaran. Secara keseluruhan aktivit
     pendidikan luar perlu dirancang dan di laksanakan berdasarkan objektif, tujuan
     dan konsep pendidikan luar.


Secara amnya terdapat dua aktivit pendidikan luar yang dilakukan merangkumi aktiviti
air dan aktiviti di darat


Aktiviti Air


Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan aktiviti air yang di lakukan sama ada di
sungai, tasik dan laut seperti:

      Berkayak

      Snorkeling

      Berakit

      Keselamatan air


Aktiviti Darat


Dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung dan di atas
gunung. Antara aktivit air ialah:


      Perkemahan

      kajian alam sekitar
BAB 1      Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar




      abseiling

      treking dan

      Perkhemahan solo

      Membina istana pasir

      Aktivit berjalan berhalangan

      orientering.


Latihan 1.3.

Senaraikan aktiviti air dan aktiviti di darat yang dilaksanakan dalam pendidikan
luar?


Ujian 1


    1. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan
       cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik ialah?

    2. Huraikan definisi pendidikan luar berdasarkan psikologi

    3. Matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan Lepasan
       Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM)             yang
       mengambil matapelajaran pendidikan jasmani ialah….

    4. Terdapat berapa kategori kenapa pendidikan luar di adakan, Nyatakan dan
       huraikan kategorinya


Ujian 2


    1. Secara keseluruhan dalam mendefinasi pendidikan luar terdapat dua pendapat
       yang berlainan. Nyatakan kedua golongan tersebut?

    2. Berikan rumusan definasi pendidikan luar mengikut modul ini?
BAB 1       Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar



   3. Secara am Matlamat pendidikan luar boleh dibahagikan kepada tiga komopnen
       besar, huraikan?


Glosari


Aktiviti kognatif: Merupakan aktiviti merangsang pemikiran yang terdiri daripada
                  elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan
                  dan pengukuhan.


Aspek afektif     : Berkaitan dengan perasaan dan emosi pada diri individu aktiviti ini
                   bukan berkaitan dengan fikiran dan daya berfikir.


Bibiliografi


Abdul Alim Abdul Rahim, 1992, Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering,
Kuala Lumpur: Fajar Bakti

Modul Bina Insan Guru, 2000, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia,

Modul Pendidikan Luar (1993 ), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia,

Phyllis Ford, 1981, Principles and Practices of Outdoor / Environmental Education. New
York: Wiley

C. A. Lewis, 1975, The Administration of Outdoor Education Programs. Dubuque, IA:
Kendall-Hunt

D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, 1985, Teaching in the
Outdoors, Danville, IL: Interstate)

Simon Priest, 1986, Redefining Outdoor Education, Journal of Environmental Education,
17(3), 13)

Maznah Hassan,Persepsi Guru Pelatih KDPM Terhadap Perlaksanaan Program
Pendidikan Luar

More Related Content

What's hot

Dasar – Dasar Pendidikan
Dasar – Dasar PendidikanDasar – Dasar Pendidikan
Dasar – Dasar Pendidikanriefkie
 
Komponen, fungsi, dan tujuan pendidikan - ilmu pendidikan
Komponen, fungsi, dan tujuan pendidikan - ilmu pendidikanKomponen, fungsi, dan tujuan pendidikan - ilmu pendidikan
Komponen, fungsi, dan tujuan pendidikan - ilmu pendidikanDyra Yunilaili
 
PENGANTAR PENDIDIKAN
PENGANTAR PENDIDIKANPENGANTAR PENDIDIKAN
PENGANTAR PENDIDIKANmellisaimell
 
Pengantar pendidikan ppt
Pengantar pendidikan pptPengantar pendidikan ppt
Pengantar pendidikan pptbertha_tandi
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratsyafiq hussin
 
Makalah konsep pendidikan secara umum
Makalah   konsep pendidikan secara umumMakalah   konsep pendidikan secara umum
Makalah konsep pendidikan secara umumAmriDhimasMaulana
 
Pengantar ilmu pendidikan
Pengantar ilmu pendidikanPengantar ilmu pendidikan
Pengantar ilmu pendidikanIyan Sudrajat
 
Sukan n rekreasi
Sukan n rekreasiSukan n rekreasi
Sukan n rekreasiRubini Rubi
 
Komponen pendidikan
Komponen pendidikanKomponen pendidikan
Komponen pendidikanMut Mu3tiah
 
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim ta
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim taMakalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim ta
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim taKholikul Anwar
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan KebangsaanCiri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan KebangsaanUstat Penang
 
Bab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asasBab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asasRizmanz Rizky
 

What's hot (19)

sukan dan rekreasi
sukan dan rekreasisukan dan rekreasi
sukan dan rekreasi
 
Dasar – Dasar Pendidikan
Dasar – Dasar PendidikanDasar – Dasar Pendidikan
Dasar – Dasar Pendidikan
 
Komponen, fungsi, dan tujuan pendidikan - ilmu pendidikan
Komponen, fungsi, dan tujuan pendidikan - ilmu pendidikanKomponen, fungsi, dan tujuan pendidikan - ilmu pendidikan
Komponen, fungsi, dan tujuan pendidikan - ilmu pendidikan
 
Pengertian pendidikan
Pengertian pendidikanPengertian pendidikan
Pengertian pendidikan
 
Komponen pendidikan
Komponen pendidikanKomponen pendidikan
Komponen pendidikan
 
PENGANTAR PENDIDIKAN
PENGANTAR PENDIDIKANPENGANTAR PENDIDIKAN
PENGANTAR PENDIDIKAN
 
Pengantar pendidikan ppt
Pengantar pendidikan pptPengantar pendidikan ppt
Pengantar pendidikan ppt
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Pengantar ilmu pendidikan
Pengantar ilmu pendidikanPengantar ilmu pendidikan
Pengantar ilmu pendidikan
 
Makalah konsep pendidikan secara umum
Makalah   konsep pendidikan secara umumMakalah   konsep pendidikan secara umum
Makalah konsep pendidikan secara umum
 
Pengantar ilmu pendidikan
Pengantar ilmu pendidikanPengantar ilmu pendidikan
Pengantar ilmu pendidikan
 
Sukan n rekreasi
Sukan n rekreasiSukan n rekreasi
Sukan n rekreasi
 
Pengertian pendidikan by @noverinalola
Pengertian pendidikan by @noverinalolaPengertian pendidikan by @noverinalola
Pengertian pendidikan by @noverinalola
 
Komponen pendidikan
Komponen pendidikanKomponen pendidikan
Komponen pendidikan
 
Sukan
SukanSukan
Sukan
 
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim ta
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim taMakalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim ta
Makalah pengembangan kurikulum (power point) kholikul anwar iii b staim ta
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan KebangsaanCiri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Ciri ciri Guru Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Bab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asasBab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asas
 

Viewers also liked

Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriLee Bun
 
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Safinah Harun
 
Pendidikan Montessori
Pendidikan MontessoriPendidikan Montessori
Pendidikan Montessoricutiegadget
 
Jean jacques rousseau
Jean jacques rousseauJean jacques rousseau
Jean jacques rousseauKieran Ryan
 
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanakFalsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanakAdilah Said
 
Comenius 2011
Comenius 2011Comenius 2011
Comenius 2011beraldco
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanakSiti Zaihasrah Anis
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahKee-Man Chuah
 

Viewers also liked (16)

Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 
Ppt kuliah umum konsentrasi paud stkip muh 2013
Ppt kuliah umum konsentrasi paud stkip muh 2013Ppt kuliah umum konsentrasi paud stkip muh 2013
Ppt kuliah umum konsentrasi paud stkip muh 2013
 
Tokoh pra3108
Tokoh pra3108Tokoh pra3108
Tokoh pra3108
 
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
Sejarah stpm-sumbangan tokoh-(JEAN- JACQUES ROUSSEAU)
 
Pendidikan Montessori
Pendidikan MontessoriPendidikan Montessori
Pendidikan Montessori
 
Jean jacques rousseau
Jean jacques rousseauJean jacques rousseau
Jean jacques rousseau
 
falsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanak
falsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanakfalsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanak
falsafah,teori dan dasar pendidikan awal kanak-kanak
 
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanakFalsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
 
Comenius 2011
Comenius 2011Comenius 2011
Comenius 2011
 
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
sejarah dan falsafah pendidikan awal kanak-kanak
 
Comenius
ComeniusComenius
Comenius
 
Jean jacques rousseau
Jean jacques rousseauJean jacques rousseau
Jean jacques rousseau
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Jean Jacques Rousseau
Jean Jacques RousseauJean Jacques Rousseau
Jean Jacques Rousseau
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan MudahFormat APA: Panduan Asas dan Mudah
Format APA: Panduan Asas dan Mudah
 

Similar to Tajuk 1 falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

Similar to Tajuk 1 falsafah, konsep, matlamat, objektif pl (20)

Landasan filosofis
Landasan filosofisLandasan filosofis
Landasan filosofis
 
Teori
TeoriTeori
Teori
 
PPT-UEU-Pengantar-Ilmu-Pendidikan-Pertemuan-15.ppt
PPT-UEU-Pengantar-Ilmu-Pendidikan-Pertemuan-15.pptPPT-UEU-Pengantar-Ilmu-Pendidikan-Pertemuan-15.ppt
PPT-UEU-Pengantar-Ilmu-Pendidikan-Pertemuan-15.ppt
 
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
 
Pj mis
Pj misPj mis
Pj mis
 
20150217220202 unit 1
20150217220202 unit 120150217220202 unit 1
20150217220202 unit 1
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Konsep guru islam, timur dan barat 1
Konsep guru  islam, timur dan barat 1Konsep guru  islam, timur dan barat 1
Konsep guru islam, timur dan barat 1
 
Kuliah 1
Kuliah 1Kuliah 1
Kuliah 1
 
Asas Falsafah
Asas FalsafahAsas Falsafah
Asas Falsafah
 
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdfPENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
 
Pembelajaran Holistik
Pembelajaran HolistikPembelajaran Holistik
Pembelajaran Holistik
 
Landasan filsafat
Landasan filsafatLandasan filsafat
Landasan filsafat
 
Materi3 daspend
Materi3 daspendMateri3 daspend
Materi3 daspend
 
MERDEKA BELAJAR Aksi Nyata Merdeka Belajar.pptx
MERDEKA BELAJAR Aksi Nyata Merdeka Belajar.pptxMERDEKA BELAJAR Aksi Nyata Merdeka Belajar.pptx
MERDEKA BELAJAR Aksi Nyata Merdeka Belajar.pptx
 
Kb 2 modul 1
Kb 2 modul 1Kb 2 modul 1
Kb 2 modul 1
 
07_Aliran_Filsafat_Modern_dalam Pendidikan (1).pdf
07_Aliran_Filsafat_Modern_dalam Pendidikan (1).pdf07_Aliran_Filsafat_Modern_dalam Pendidikan (1).pdf
07_Aliran_Filsafat_Modern_dalam Pendidikan (1).pdf
 
PPT_Pedagogik_Kajian_Ontologis_Epistimol.ppt
PPT_Pedagogik_Kajian_Ontologis_Epistimol.pptPPT_Pedagogik_Kajian_Ontologis_Epistimol.ppt
PPT_Pedagogik_Kajian_Ontologis_Epistimol.ppt
 
Landasan Filosofis Pendidikan
Landasan Filosofis PendidikanLandasan Filosofis Pendidikan
Landasan Filosofis Pendidikan
 

Recently uploaded

Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x BintanVenyHandayani2
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...Riyan Hidayatullah
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKARenoMardhatillahS
 
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxPPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxdanangpamungkas11
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 

Recently uploaded (20)

Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintanmodul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
modul 1.2 guru penggerak angkatan x Bintan
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...Workshop penulisan buku                       (Buku referensi, monograf, BUKU...
Workshop penulisan buku (Buku referensi, monograf, BUKU...
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKAPPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
PPT TEKS TANGGAPAN KELAS 7 KURIKUKULM MERDEKA
 
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptxPPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
PPT-Sistem-Pencernaan-Manusia-Kelas-8-K13.pptx
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 

Tajuk 1 falsafah, konsep, matlamat, objektif pl

  • 1. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar 1.0. Pengenalan Pendidikan Luar ialah pendidikan yang menggunakan sumber-sumber di luar bilik darjah untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Alam luar digunakan bagi meningkat dan menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kokurikulum yang sedia ada untuk mengembangkan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pendidikan luar juga bertujuan untuk memahami alam luar dari segi pertalian ekologi. Memupuk, menyedarkan dan menghargai tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar juga merangsang peserta kursus menggunakan masa lapang dengan bijak dan berfaedah melalui penglibatan kegiatan fizikal seperti berkayak, pengendalian dinghi, tali temali, bantu mula, keyakinan di air, survival, snorkeling, pengurusan perkhemahan, wall climbing, orienteering dan sebagainya Dengan kata lain pendidikan luar ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang dan aktivitinya dilakukan sebahagian besar di luar bilik darjah. Dengan adanya pelbagai aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan pendidikan luar dilihat akan mampu meningkatkan kualiti individu pelajar dalam melibatkan diri dengan rakan, ahli masyarakat serta dapat meningkatkan tahap disiplin diri. Pendidikan luar berupaya memberikan sumbangan yang besar dalam melahirkan produk yang benar-benar berkualiti serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Pendidikan luar menguji semangat kerja sama secara berpasukan dalam mencapai matlamat pendidikan luar menerusi pelbagai aktiviti dijalankan. Objektif Di akhir penggunaan modul ini peserta kursus akan dapat: 1. Menyatakan dan menghuraikan falsafah, konsep, definasi,matalamat dan tujuan pendidikan luar 2. Menghuraikan dan perkembangan Sejarah Pendidikan Luar dari zaman purba hingga era Moden. 3. Menyatakan jenis-jenis aktiviti pendidikan luar
  • 2. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar PETA MINDA Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar Aktviti-aktiviti pendidikan luar Sejarah pendidikan luar Falsafah dan Konsep Pendidikan Luar 1.1. Falsafah dan Konsep Pendidikan Luar Dewasa ini program–program pendidikan luar telah mendapat perhatian bukan sahaja di peringkat sekolah malahan kepada keseluruhan masyarakat. Badan-badan kerajaan, kelab–kelab serta persatuan semakin aktif menganjurkan program pendidikan luar (PPL). Belanjawan yang besar di peruntukan oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk kelab dab badan di bawah naunganya untuk melaksanakan aktiviti–aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, berkayak, berakit, kembara alam dan sebagainya, bagi membentuk jati diri di kalangan ahlinya. Selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
  • 3. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) Pendidikan luar dilihat sebagai alat yang penting dalam melaksanakan hasrat serta tujuan murni falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam aktiviti pendidikan luar selain dari memberi cabaran fizikal dan mental aktiviti pendidikan luar mempunyai pendidikan yang tersirat. Dalam erti kata lain pendidikan luar merupakan satu kaedah menyalurkan pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Semasa aktiviti kembara peserta terpaksa merentasi bukit bukau, danau dan sungai. Keadaan ini akan melatih perserta supaya percaya kepada diri sendiri berani menghadapi cabaran dan rintangan. Latihan –latihan ini akan membentuk mereka untuk menjadi kuat dari segi emosi, jasmani dan fizikal. Selain daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang terdapat dalam program pendidikan luar, peserta kursus juga berpeluang untuk mengenali serta mengamati jenis-jenis flora dan fauna yang terdapat dialam semula jadi. Melalui aktiviti membaca peta dan kompas peserta dapat menanalisis dan mengkaji secara langsung corak struktur muka bumi sesuatu kawasan. Bagi jurulatih yang mempunyai pengetahuan dalam bidang geologi unsur-unsur batuan seperti jenis batuan setempat, mineral yang terdapat di sesuatu kawasan akan dapat diterangkan kepada peserta pendidikan luar. Dalam aktiviti kembara aplikasi pendidikan matematik seperti mengira menggunakan kos, sin, tangen boleh digunakan dalam aktiviti mengukur atau menagak ketinggian. Banyak lagi displin ilmu yang boleh di aplikasikan dalam satu program pendidikan luar. Kembara juga boleh membentuk pemikiran pelajar secara kreatif dan kritis. Apabila peserta dapat berinteraksi dengan alam semulajadi pemikiran mereka akan terangsang untuk menjadi lebih kreatif. Sepanjang pengembaraan pelajar boleh di minta untuk membuat penulisan kreatif dalam membuat catatan perjalanan, sajak ataupun pantun. Pelajar yang berfikiran kritis pula akan sentiasa akan merasa tercabar dengan penemuan-penemuan baru yang dilihat dan di perhatikan di sepanjang aktiviti. Penganjur juga boleh menyediakan masalah yang akhirnya membolehkan peserta kursus mengamalkan kemahiran berfikir. Aktiviti kembara juga dapat menyemaikan nilai murni disepanjang perjalanan aktivitinya. Antara nilai murni yang boleh diserapkan ialah:
  • 4. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar  Berkerjasama antara ahli kumpulan  Bersyukur dengan kebesaran ilahi  Memelihara alam sekitar  Berdispilin  Berdikari  Bekerjasama  Menepati masa  Sabar  Cintakan Negara  Bersikap positif Atas semua alasan ini, pendidikan luar dilihat merupakan salah satu jalan bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara yang bersesuaian dengan kehendak falsafah pendidikan kebangsaan. 1.1.1. Falsafah pendidikan luar Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik:  Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas  Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti  Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan  Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada kupayaan memberi penerangan
  • 5. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar  Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat Dalam modul ini kita akan membincangkan falsafah yang dikemukakan oleh tiga ahli akedemik iaitu:  John Amos Comenius (1592-1670) ringkasan falsafah beliau  Falsafah beliau lebih ke arah prinsip sensory learning  Pelajar perlu diberi pengalaman sebenar untuk belajar dengan lebih bermakna  Pelajar perlu menggunakan pancarindera untuk berinteraksi dengan alam sekitar bagi membentuk pembelajaran yang sempurna  Dalam membentuk kesediaan belajar yang baik pelajar perlu berinteraksi dengan objek terlebih dahulu.  Jean-Jacques Rousseau (1712-1778) menyatakan “Our first teachers are our feet, our hands and our eyes. To substitute books for all these...is but to teach us to use the reasons of others.” Huraian falsafah Rousseau  Pendidikan luar merupakan pendidikan yang penting dan perlu selari dengan konsep pendidikan  Pendidikan luar merupakan alat yang penting untuk mencapai kehendak pendidikan  Pendidik yang baik, perlu lebih berdasarkan pengalaman secara langsung  Johann Henrick Pestalozzi (1746-1827) menyatakan
  • 6. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar “Lead your child out into nature, teach him on the hilltops and in the valleys. There he will listen better, and the sense of freedom will given him more strength to overcome difficulties. But in these hours of freedom let him be taught by nature rather than by you. Let him fully realize that she is the real teacher and that you, with your art, do nothing more than walk quietly at her side” Huraian falsafah Pestalozzi (ptg)  Pendidikan perlu memberikan pengalaman secara langsung dan interaksi dengan bahan sebenar  Terdapat displin pendidikan yang memerlukan pratikal berbanding pembelajaran di dalam kelas contohnya latih mengajar, menanam pokok dan lain-lain lagi  Pengalaman berinteraksi dengan alam sekitar merupakan komponen penting dalam membuat kesimpulan dan genderalisasi. Falsafah pendidikan luar adalah aktiviti pendidikan yang digunakan untuk belajar berdasarkan kepada pengalaman dan sekitaran sebenar. Pendidikan luar dapat merangsang kognitif, psikomotor dan afektif pelajar. 1.1.2. Konsep Pendidikan luar Modul konsep pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990) menyatakan pendidikan luar adalah pembelajaran berlaku di luar bilik darjah keadaan ini berlainan daripada bentuk tradisi. Pendidikan luar menggunakan alam sekitar sebagai laluan atau tujuan mendidik. Pendidikan luar perlu dirancang dengan teliti antara aspek perlu difikirkan oleh perancang kurikulum pendidikan luar ialah: Aspek Kognitif Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterpretasi. Dengan kata lain pembangunan kognatif melibatkan perangsang pemikiran yang terdiri daripada element penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.
  • 7. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luar pelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan. Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yng baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan kognitif. Dengan kata lain pendidikan luar bukan sahaja memberi latihan fizikal tetapi unsur kemahiran berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar. Aspek kemahiran psikomotor Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakkan yang mampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Antara aspek kemahiran psikomotor yang perlu difokus dalam pendidikan luar ialah:  Imej tubuh  Kawalan objek  Orientasi spatial (ruang)  Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor  Perkembangan kemahiran  Kecergasan Aspek afektif Matlamat utama yang diingini, dalam hampir kesemua program pendidikan luar pada umumnya tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan individu melibatkan sikap, emosi, asperasi dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti pendidikan luar.
  • 8. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar Pendidikan luar menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain, mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kesihatan, penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama secara berkumpulan bagi menjayakan aktiviti fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting di dalam perkembangan individu melalui penglibatan di dalam pendidikan luar. Aktiviti pendidikan luar akan membentuk emosi yang stabil di kalangan pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta akan membentuk persefahaman serta berperanan secara luaran dan dalaman diri. Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu di dalam pembangunan sosial. Pendidikan luar akan menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial. Penglibatan pelajar di dalam aktiviti fizikal dapat memupuk integrasi antara kaum. Melalui aktiviti-aktiviti fizikal adalah diharapkan negara dapat melahirkan rakyat yang sihat serta menggalakkan integrasi kaum dan mengelakkan daripada berlaku perselisihan faham. Penyertaan pelajar dalam aktiviti fizikal membolehkan mereka berinteraksi dengan rakan sebaya dan mewujudkan perpaduan sesama mereka. Aspek Sosial Dettmer (1997) mencadangkan satu domain khusus untuk hubungan/tingkah laku sosial, iaitu Domain Sosial. Domain ini terdiri daripada lapan peringkat objektif, iaitu: Berhubung, Berkomunikasi, Melibatkan Diri, Berunding, Bekerjasama, Menghakim, Memulakan dan Menukar. Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan luar • KOGNITIF • PSIKOMOTOR • AFEKTIF • SOSIAL
  • 9. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar Pendidikan melalui alam sekitar Pendidikan untuk alam sekitar Rajah 1.1. Konsep pendidikan luar MCRAE (1990) Dalam proses pembelajaran melalui pendidikan luar, manusia mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat kebaikan daripada aspek pembelajaran dan pengalaman. Pendidikan luar perlu berpaksikan ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat), kemanusiaan (kemahiran, pengetahuan, nilai-nilai murni dan sahsiah) dan kenegaraan (mengenali negara, semangat cintakan negara). Dalam pendidikan luar pembentukan individu merupakan perkara penting dan tidak boleh ditinggalkan. Adalah diharapkan individu yang terbentuk dari pendidikan luar akan lebih mantap dari aspek mental, fizikal, emosi, kemahiran dan sosial. Pembentukan individu yang mantap adalah merupakan asas kepada pembentukan masyarakat dan negara. Antara aspek yang perlu diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar bagi membina konsep keseluruhan pendidikan luar ialah:  Kekuatan, ketahanan, ketekalan mental, fizikal dan emosi  Membentuk kemahiran dalam bidang pendidikan luar  Penyampaian ilmu yang tersirat dan tersurat  Penyerapan nilai dan sahsiah 1.1.3. Definisi pendidikan luar Secara keseluruhan dalam mendefinisi pendidikan luar terdapat dua pendapat yang berlainan. Kedua golongan tersebut ialah:  Berdasarkan aktiviti  Berdasarkan psikologi
  • 10. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar Berdasarkan aktiviti Menurut Neill 2003, pendidikan luar berlaku apabila segolongan peserta menyertai aktiviti lasak dalam keadaan alam semula jadi yang sebenar. Mereka menggunakan sekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut Kethies 1990, pendidikan luar adalah keadaan di mana golongan peserta keluar ke alam semulajadi serta menyelesaikan masalah di sekitaran. Priest 1990 mengambarkan pendidikan luar merupakan proses ujikaji dengan menggunakan pancaindera sebagai alatan dan alam semulajadi sebagai makmal. Simon Priest, 1986, Menyatakan pendidikan luar adalah pendidikan yang berkaitan dengan hubungan simbiosis yang wujud dalam alam semulajadi. Hubungan yang wujud ini bukan sahaja antara alam sekitar dengan manusia tetapi antara manusia dengan manusia. Golongan ini mendefinisi pendidikan luar sebagai satu aktiviti fizikal tanpa melihat pendidikan luar sebagai alat untuk membangun ciri-ciri pendidikan yang tersirat. Dengan lain perkataan golongan ini melihat pendidikan luar sebagai aktiviti yang tertumpu kepada psikomotor (elemen tersurat) tanpa menyatakan aspek lain seperti aspek sosial, kognatif dan afektif (elemen tersirat) Berdasarkan psikologi Menurut the outdoor institute pendidikan luar didefinisikan sebagai pendidikan yang bertujuan memberikan pengalaman dalam aktiviti-aktiviti di luar kelas dan membangun insan secara keseluruhan. Menurut C. A. Lewis, 1975, dalam pendidikan luar pelajar akan menggunakan keseluruhan pancaindera untuk memerhati dan membuat persepsi. Sementara Phyllis Ford, 1981 mendefinisikan pendidikan luar adalah pendidikan yang mempunyai tiga domain utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang digabungkan untuk membentuk pendidikan insan yang seimbang. D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, menyatakan pendidikan luar adalah gabungan berbagai displin dalam pendidikan untuk mencapai matlamat dan objektif dalam kurikulum. Menurut Maznah Hassan, Program Pendidikan Luar (PPL) adalah satu program yang akan mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas serta memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut Edward Lappin, 2000 “Outdoor education is...a means of curriculum enrichment, whereby the process of learning takes place out of doors. Outdoor education broadly includes environmental
  • 11. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar education, conservation education, adventure education, school camping, wilderness therapy, and some aspects of outdoor recreation” Rumusan Definisi Pendidikan Luar Pendidikan luar adalah aktiviti fizikal yang berlaku di luar kelas serta mempunyai kurikulum yang terancang dengan rapi serta mengambil kira aspek keselamatan dan pendidikan (Psikomotor, kognitif dan afektif) sebagai komponen utama. Untuk mencapai objektif yang tersurat dan tersirat pengajaran dan pembelajaran pendidikan luar menggunakan sumber luar bilik darjah. Alam semulajadi bertindak sebagai alat untuk memperkembangkan pengetahuan, kemahiran dan sikap individu. Pendidikan luar bertujuan meningkatkan kefahaman terhadap alam sekitar, pertalian dan ekologikal serta penghargaan dan tanggungjawab manusia terhadap kualiti alam sekitar. Pendidikan luar juga bertujuan membentuk insan yang mempunyai nilai dan sahsiah yang teguh serta mengamalkan cara hidup yang sihat. Pendidikan luar juga akan memupuk individu yang dapat menggunakan masa lapang yang bijak melalui penglibatan dalam kegiatan rekreasi. 1.1.4. Matlamat dan objektif Program pendidikan luar perlu dirangka dengan teliti dan mempunyai matlamat yang jelas. Contoh matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang mengambil matapelajaran pendidikan jasmani ialah: 1. Pelajar dapat merancang, mengurus dan mengelolakan aktiviti - aktiviti pendidikan luar 2. Pelajar dapat menguasai kemahiran–kemahiran asas kegiatan luar mengikut kemampuan diri 3. Pelajar dapat menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap keindahan dan kekayaan alam semulajadi termasuk isu alam sekitar 4. Pelajar dapat meningkatkan pembelajaran menerusi pengalaman–pengalaman yang menyeronokkan dan selamat dalam persekitaran yang berbeza–beza
  • 12. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar 5. Pelajar dapat membina ketahanan, disiplin dan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa 6. Pelajar dapat menunjukkan sikap positif, semangat kewarganegaraan, kesedaran sivik yang tinggi dan memupuk semangat petriotisme 7. Pelajar dapat mengembangkan sifat–sifat kreatif dan inovatif serta membuat keputusan yang bijak terutama dalam keadaan segera atau cemas. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (1993 ) Matlamat dan objektif program Bina Insan Guru yang dianjur oleh Bahagian Pendidikan Guru 1. Pelajar dapat menghayati ciri insan berakhlak mulia. 2. Pelajar dapat mengamalkan semangat berpasukan dan hidup sepakat. 3. Pelajar dapat membina ketahanan fizikal dan mental. 4. Penguasaan kemahiran interpersonal dan intrapersonal 5. Penguasaan kemahiran pengurusan diri dan kumpulan 6. Menjadi pengamal refleksi ke arah pembangunan potensi insan guru mulia. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, (2000) Matlamat pendidikan luar secara am boleh dibahagikan kepada tiga komponen besar iaitu:  ketuhananan (terdiri daripada kepercayaan, pegangan agama dan nilai sejagat)  Memahami dan menyaksikan kebesaran pencipta  Meningkatkan kepercayaan kepada agama  Menyakinkan kebesaran pencipta  Mensyukuri kurniaan pencipta kepada kita
  • 13. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar  kemanusiaan (pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan sahsiah)  Meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dengan menjadikan alam sekitar sebagai perantara  Memberi kesedaran terhadap keperluan memilihara alam sekitar  Meningkatkan sensitiviti serta kesedaran terhadap alam sekitar  Menyerapkan nilai dan sahsiah kepada pelajar  Meningkatkan disiplin di kalangan pelajar  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam aktiviti luar  Memberi ruang kepada pelajar belajar berinteraksi, bekerjasama dan mengeratkan perhubungan sesama mereka atau orang yang lebih dewasa  Menggalakkan pelajar menjalankan aktiviti riadah yang lebih berfaedah  Memberi ruang kepada pelajar muhasabah diri  Memberi peserta rasa keseronokan menyertai aktiviti pendidikan luar  Memberi pendidikan kepada pelajar untuk merancang, mengelola program pendidikan luar  kenegaraan ( semangat cintakan Negara)  Menanamkan sikap cinta dan sayangkan Negara  Membina kefahaman terhadap masyarakat majmuk  Meransang untuk mengurangkan polarisasi kaum
  • 14. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar 1.1.5. Tujuan Pendidikan Luar Tujuan pendidikan luar bergantung kepada kehendak penganjur. Tujuan pendidikan luar perlu menjawab persoalan: Apakah kehendak dan keperluan pendidikan luar di anjurkan?. Terdapat berapa kategori kenapa pendidikan luar di adakan antara kategorinya ialah  Pendidikan luar bertujuan membina ketahanan fizikal. Pendidikan luar ini di laksanakan bagi melihat keupayaan fizikal pesertanya. Dengan menyertai aktiviti ini peserta akan dapat membina kekuatan motor serta kemahiran dalam aktiviti fizikal. Program pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh badan-badan atau persatuan-persatuan outdoors sama ada di peringkat daerah atau negeri.  Pendidikan luar yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang ilmu pengetahuan dan membentuk displin dalam badan beruniform. Dalam pendidikan bercorak ini peserta kursus akan didedahkan dengan ilmu perkhemahan, disiplin dan cara menghormati uniform. Pendidikan luar ini dianjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap, putri islam, persatuan bulan sabit merah  Pendidikan luar bertujuan untuk mengubah corak pembelajaran tradisonal di kelas kepada corak pembelajaran di luar kelas supaya pelajar tidak menjadi bosan dan berkebolehan berinteraksi dengan alam sekitar sebenar. Pelajar akan dapat berinteraksi dengan bahan dan keadaan sebenar. Contohnya pendidikan luar bagi sujek geografi. Pendidikan luar ini lebih menumpu kepada aktiviti akademik  Pendidikan luar juga digunakan sebagai medium yang penting untuk membentuk perpaduan di kalangan pesertanya. Pendidikan luar yang bermatlamat untuk membentuk perpaduan di kalangan ahlinya tanpa mengira kaum lebih memberi tumpuan kepada aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Pendidikan luar ini selalu dianjurkan oleh badan-badan belia dan perpaduan  Pendidikan luar yang bertujuan untuk melihat dan mengasah kepimpinan pelajar. Dalam setiap aktiviti pendidikan luar pelajar akan dipimpin atau terpimpin. Oleh sebab itu aktiviti pendidikan luar akan dapat memupuk dan merangsang sifat kepimpinan dan mempelajari cara kepimpinan. Aktiviti pendidikan luar adalah tempat terbaik bagi pelajar mengasah bakat kepimpinanan mereka.  Pendidikan luar juga boleh meneguhkan lagi kepercayaan tentang wujudnya pencipta alam. Melalui permerhatian tentang keindahan serta sifat alam semula jadi ini akan meneguhkan lagi kepercayaan serta rasa kesyukuran terhadap
  • 15. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar pencipta. Pendidikan luar ini biasanya dianjurkan oleh persatuan-persatuan agama.  Dewasa ini pendidikan luar juga dilihat sebagai jalan terbaik untuk berekreasi. Peserta yang menyertai pendidikan luar dapat mengurangkan rasa tertekan dengan menyertai aktiviti fizikal yang mencabar. Bagi pelajar pula aktiviti pendidikan luar ini dapat mengubah suasana bilik darjah dan rumah kepada suasana lapang dan bebas.  Pendidikan luar juga dapat merangsang pembentukan sahsiah yang baik di kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti pendidikan luar, pelajar akan ditanam dengan sifat-sifat serta nilai-nilai terpuji. Oleh itu pendidikan luar boleh bertujuan untuk menanam sifat-sifat terpuji serta membentuk sahsiah yang cemerlang. Latihan1.1 Huraikan Konsep Pendidikan luar yang dikemukan oleh MCRAE (1990) 1.2. Sejarah pendidikan luar Dalam melihat sejarah pendidikan luar pengkji perlu melihat dua iaitu pendidikan luar di zaman purba dan zaman moden. 1.2.1. Pendidikan Luar Di Zaman Purba Tidak dapat dipastikan bilakah pendidikan luar bermula. Namun menurut Shivers (1989) Pendidikan Luar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi, yang banyak melibatkan aktiviti alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula untuk mendapat makanan amat penting sejak zaman awal kewujudan manusia. Manusia dizaman purba perlu memburu haiwan untuk mendapat bahan makanan. Mereka juga tinggal di gua dan kemudian menggunakan sumber daripada alam semula jadi untuk membina habitat. Kanak-kanak zaman purba perlu dilatih untuk membina kehidupan mengikut zaman itu. Corak latihan zaman purba dalam bentuk cara memburu, membina tempat tinggal, menjaga keselamatan dan memasak dilihat merupakan permulaan pendidikan luar. 1.2.2. Pendidikan Luar Era Moden
  • 16. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar Pada tahun 1907 Lord Baden Powell yang merupakan pengasas pegerakan pengangkap dunia telah membawa 12 orang remaja ke Pulau Brownsea. Selepas itu beliau telah mengajurkan banyak program pendidikan luar. Di peringkat awal program pendidikan luar lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal, kemahiran perkhemahan dan displin dalam persatuan serta sebagai ahli persatuan. Di peringkat awal juga program pendidikan luar di anjurkan oleh badan-badan beruniform contohnya pengakap dan pandu puteri. Bermula daripada 1980an terdapat perubahan dalam aktiviti pendidikan luar. Displin pendidikan tidak tertumpu kepada aktiviti berteraskan fizikal saja tetapi telah di lusakan kepada elemen kognatif dan afektif. Unsur-unsur nilai-nilai murni serta pembangunan sahsiah mula diserapkan dengan lebih jelas kedalam aktiviti pendidikan luar. Pengajur pendidikan luar bukan lagi terdiri daripada persatuan berunifom malah persatuan- persatuan akedemik seperti persatuan matematik, persatuan sains, persatuan agama islam dan lain-lain lagi. Bermula tahun 1990an program pendidikan luar mula di komesialkan secara meluas. Kewujudkan konsep adventure travel dan eco pelancungan telah merancakkan lagi industri pendidikan luar. Dalam bidang pendidikan program pendidikan luar masa cuti atau kem motivasi diperkenalkan oleh syarikat swasta. Atas kepercayaan alam sekitar yang segar boleh membantu menyembuhkan penyakit dewasa ini pendidikan luar digunakan dalam industri kesihatan. Di Institut perguruan pada tahun 1993 semua Guru Pelatih Kursus Perguruan Asas ( KPA ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI ) diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar (PPL). Setiap maktab perguruan perlu mewujudkan Jawatankuasa Pendidikan Luar khusus untuk menyediakan perancangan dan penyelarasan. Program Pendidikan Luar.Program tersebut telah dihentikan pada tahun 1996. Guru pelatih yang mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani sahaja diwajibkan mengikuti Program Pendidikan Luar.Bagi pelatih (KDPM) Kursus Diploma Perguruan Malaysia dan KPLI ( Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) major atau minor Pendidikan Jasmani (PJ), Program Pendidikan Luar merupakan sebahagian daripada kurikulum mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Semua guru pelatih Major dan minor PJ dikehendaki menjalani Program Pendidikan Luar. Program tersebut mengintegrasikan pelbagai komponen akademik dan ikhtisas bagi memantapkan lagi kurikulum Pendidikan Jasmani guru pelatih KDPM-PJ. Namun pada tahun 2001 program bina insan guru telah mula di perkenalkan di Intitusi perguruan. Program ini merupakn program yang wajib disertai oleh Guru Pelatih Kursus Diploma Perguruan ( KDPM ) dan Guru Pelatih Lepasan Ijazah ( KPLI )
  • 17. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar Latihan 1.2 Cirikan sejarah pendidikan luar di era moden? 1.3. Aktviti-aktiviti pendidikan luar Aspek utama yang perlu di perhatikan dengan serius dalam aktivit pendidikan luar adalah aspek keselamatan. Aktiviti pendidikan luar perlu di rancang dan dilaksanakan mengikut kesesuaian masa, persekitaran serta kemampuan dari aspek kemudahan, peralatan dan kepakaran. Secara keseluruhan aktivit pendidikan luar perlu dirancang dan di laksanakan berdasarkan objektif, tujuan dan konsep pendidikan luar. Secara amnya terdapat dua aktivit pendidikan luar yang dilakukan merangkumi aktiviti air dan aktiviti di darat Aktiviti Air Merangkumi segala aspek yang berkaitan dengan aktiviti air yang di lakukan sama ada di sungai, tasik dan laut seperti:  Berkayak  Snorkeling  Berakit  Keselamatan air Aktiviti Darat Dilaksanakan di kawasan darat sama ada di tepi pantai, di kaki gunung dan di atas gunung. Antara aktivit air ialah:  Perkemahan  kajian alam sekitar
  • 18. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar  abseiling  treking dan  Perkhemahan solo  Membina istana pasir  Aktivit berjalan berhalangan  orientering. Latihan 1.3. Senaraikan aktiviti air dan aktiviti di darat yang dilaksanakan dalam pendidikan luar? Ujian 1 1. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik ialah? 2. Huraikan definisi pendidikan luar berdasarkan psikologi 3. Matlamat dan objektif pendidikan luar bagi peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang mengambil matapelajaran pendidikan jasmani ialah…. 4. Terdapat berapa kategori kenapa pendidikan luar di adakan, Nyatakan dan huraikan kategorinya Ujian 2 1. Secara keseluruhan dalam mendefinasi pendidikan luar terdapat dua pendapat yang berlainan. Nyatakan kedua golongan tersebut? 2. Berikan rumusan definasi pendidikan luar mengikut modul ini?
  • 19. BAB 1 Falsafah, Konsep, Matlamat dan Objektif Pendidikan Luar 3. Secara am Matlamat pendidikan luar boleh dibahagikan kepada tiga komopnen besar, huraikan? Glosari Aktiviti kognatif: Merupakan aktiviti merangsang pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. Aspek afektif : Berkaitan dengan perasaan dan emosi pada diri individu aktiviti ini bukan berkaitan dengan fikiran dan daya berfikir. Bibiliografi Abdul Alim Abdul Rahim, 1992, Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Modul Bina Insan Guru, 2000, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, Modul Pendidikan Luar (1993 ), Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia, Phyllis Ford, 1981, Principles and Practices of Outdoor / Environmental Education. New York: Wiley C. A. Lewis, 1975, The Administration of Outdoor Education Programs. Dubuque, IA: Kendall-Hunt D. R. Hammerman, W. M. Hammerman, & E. L. Hammerman, 1985, Teaching in the Outdoors, Danville, IL: Interstate) Simon Priest, 1986, Redefining Outdoor Education, Journal of Environmental Education, 17(3), 13) Maznah Hassan,Persepsi Guru Pelatih KDPM Terhadap Perlaksanaan Program Pendidikan Luar