Teori kepimpinan

1,906 views
1,782 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,906
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
51
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teori kepimpinan

  1. 1. Teori-Teori Utama Kepemimpinan dalam Pengurusan KonvensionalPosted in Umum - 25 July 2011 - No commentPengenalanPengurusan, pentadbiran dan kepemimpinan dibincangkan dan dikaji di barat dari sudutsaintifik sehingga melahirkan aliran-aliran pemikiran dan falsafah yang pelbagai. Yangpastinya kajian-kajian ini kemudian membuahkan teori-teori khusus dan dikembangkan olehpara pemikir barat di seluruh dunia.Melalui dasar emperialisme dan kolonialisme, mereka melaksanakan teori-teori tersebutbagi tujuan khusus. Yang pastinya kesemua teori-teori ini sekilas dilihat sangat baik danpraktikal serta sistematik, namun di balik kosmetik yang dilabelkan itu terdapat satukelompongan besar yang tanpa sedar telah menyebabkan manusia seakan kembali kezaman kegelapan, zaman jahiliyah.Pihak barat yang menguasai hampir dua pertiga dunia melalui dasar „White People Burden‟kemudiannya meninggalkan khazanah pemikiran ini yang sudah membentuk sistem khususdi mana-mana tanah jajahannya termasuk Tanah Melayu yang kini dipanggil Malaysia.Hasilnya, sehingga saat ini hampir kesemua sistem yang sedang berfungsi bagimenguruskan kehidupan seharian bermula daripada pengurusan seorang rakyat kepadapengurusan tertinggi di peringkat kerajaan, semuanya menggunakan teori-teori yangdijanakan daripada barat.Sejarah Kebangkitan Teori KepemimpinanNiccolò Machiavelli adalah seorang negarawan dan ahli srategis politik yang berasal dariItali. Beliau percaya bahawa kejayaan seorang pemimpin itu adalah ditentukan bentukpemerintahan yang dibangunkan oleh seseorang pemimpin atau ketokohan sebagaiseorang negarawa. Antara kayu ukur bagi melihat seseorang pemimpin itu dikatakanberjaya dalam pemerintahannya maka lihatlah bagaimana dia menggunakan kekuasaannyabagi terus berkuasa. Sejarah merakamkan pelbagai cara sudah dilakukan termasuklahdengan cara yang zalim dan kejam.The Prince, yang ditulis Machiavelli tahun 1513, menyatakan bahawa semua pemimpinharus menggunakan penipuan dan akal licik, untuk mencapai tujuan mereka. Dengan lainperkataan, seorang pemimpin harus tahu bila ia harus berperanan sebagai singa, bilabertindak seperti musang, dan sebagainya. Perubahan karakter seorang pemimpin itu harusmengikuti keadaan. Ini bererti juga seorang pemimpin itu harus memberikan kesan di depanrakyat bahwa ia seorang yang lembut, pemurah, bahkan pro agama. Namun ia pun dapatberbuat jahat dan mengabaikan rasa sayang dan moral jika diperlukan.Teori kepemimpinan yang diusung oleh Machievelli itu merupakan salah satu modelkepemimpinan yang banyak digunakan oleh para pemimpin diktator. Bagi penentang teoriini, Machiavelli dianggap sebagai simbol kediktatoran dan kekejaman. Teori kepemimpinanMachievelli cenderung menghalalkan segala cara untuk mempertahankan suatu kekuasaan.Inilah menjadi pegangan yahudi yang amat bertentngan dengan islam.Ia juga membenarkan sistem pemerintahan yang dijalankan penguasa bertangan besi, yangmenolak pertimbangan moral dalam hal politik praktis.
  2. 2. Oleh kerana itu, tidak hairan jika para Machiavellis, terutama para penguasa yangmenjalankan prinsip Machiavelli ini dianggap sebagai individu dan kumpulan manusia yangmembenarkan dusta, penipuan, penindasan, dan pembunuhan, termasuk pengingkaransejarah asal stabiliti kekuasaannya mantap dan tidak tergugat.Menurut Machiavelli, penguasa yang menjalankan aturan-aturan konvensional sepertipetunjuk-petunjuk moral (agama) yang menekan justru akan menghancurkan kekuasaannyasendiri. Ia menganjurkan seorang penguasa itu mengabaikan pertimbangan moral secaratotal dan mengandalkan kekuatan dan kelicikan, termasuk mewujudkan kekuatan militeriyang dilengakp persenjataan terbaik. Seorang penguasa juga harus dikelilingi oleh menteri-menteri yang mampu dan setia, terdiri dari penjilat untuk mencapai kejayaannya.Machiavelli juga mengajukan dua pilihan perbincangan, apakah seorang penguasa itu lebihbaik dicintai atau dibenci atau ditakuti. Menurutnya penguasa sebaiknya ditakuti dan dicintai,tapi kedua pilihan ini ini tak boleh disandang sekaligus, lebih mudah bagi seorang penguasaadalah ditakuti, kerana bila dia memilih untuk dicintai maka ia harus siap-siap untukmengorbankan kepentingan demi rakyat yang mencintainya.Dalam sejarah dunia, ada begitu banyak penguasa yang mengikuti teori kepemimpinanMachiavelli ini. Napoleon, Stalin, Hitler, Benito Mussolini, Slobodan Milosevic, Pinochet,hingga Pol Pot merupakan tokoh-tokoh yang mengambil langkah radikal dalamkepemimpinannya. Mereka menciplak habis teori Machiavelli untuk bertahan dalam tampukkekuasaannya. Mereka diktator ulung pada masanya. Mussolini memuji-muji Machievalli didepan umum sebagai tokoh inspirator. Bahkan Napoleon menyelitkan “The Prince” di bawahbantalnya agar boleh membacanya berulang-ulang.Jenis-Jenis Teori Kepemimpinan BaratThomas Carlyle (4 December 1795 – 5 February 1881) memperkenalkan teori yangdipanggil Great Man Theory yang menyatakan bahawa setiap zaman memiliki pemimpinbesarnya yang tersendiri. Perubahan sosial biasanya akan berlaku apabila pemimpin besardari kalangan mereka memimpin bagi memulakan perubahan dan menghalang sesiapasahaja yang membawa maksud yang berlawanan dengan mereka.Gordon Willard Allport (November 11, 1897 – October 9, 1967) pula adalah antara pemikirterawal yang mengutarakan Trait Theory. Teori ini menyatakan bahawa seorang pemimpinitu memiliki peribadi dan karakter yang berbeza dengan kebanyakan orang. Sebagaimanacontohnya, seseorang pemimpin itu mempunyai kelebihan dapat menyesuaikan diri dengankeadaan sekeliling secepat mungkin, kepekaan sosial, seorang yang bercita-cita tinggi danbesar, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, mempunyai keinginan mendominasi,energetik, yakin dengan dirinya sendiri, kalis daripada tekanan dan sedia memikultanggungjawab.Prof Emeritus Dr James E. Grunig (1997) adalah seorang akademis yang mula-mulamembangunkan Situational Theory berpendapat sesebuah kepimpinan biasanyadipengaruhi oleh situasi di mana factor-faktor tertentu daripada situasi yang khususmenentukan pemimpin yang sesuai bagi keadaan tersebut.Paul Hersey (1969) dalam karyanya yangt berjudul Situational Leader akhirnya melahirkansebuah gagasan kemudiannya berkembang menjadi Personal Situational Theory. Antaralain mengatakan bahawa situasi tidak memadai bagi melahirkan pemimpin. Seseorangpemimpin itu masih memerlukan bantuan dan sokongan bagi muncul dan seterusnyamemimpin.
  3. 3. Robert House (1971) pula adalah pengemuka Path Goal Theory, menurut beliau pemimpinyang terbaik adalah pemimpin yang mampu menunjukkan kepada orang yang dipimpinolehnya apakah balasan atau habuan dan mereka juga ditunjukkan cara bagaimana bagimendapatkan habuan tersebut.Joan Woodward (1958) melalui Contigency Theory mengatakan bahawa tahap efektifseseorang pemimpin itu berorientasikan tugasannya (task oriented) dan mungkin jugaberorientasikan hubungan dengan orang bawahan yang dipimpinnya (relation oriented),ianya bergantung kepada tuntutan terhadap situasi, kehendak serta keperluan semasa.Leader Role Theory pula berkenaan dengan karekteristik individu dan situasi yangmenyebabkan pemimpin dengan corak tertentu akan muncul. Situational Theory (Hersey &Blanchard‟s) mengfokuskan kepada tingkat kematangan orang bawahan. Ia khususnya bagikematangan:1. Kematangan kerja2. Kematangan psikologi.Transactional Theory (Burn, 1978) mentakrifkan teori ini sebagai memotivasikan orangbawahan melalui pemberian habuan atas apa yang mereka lakukan. Pemimpin jenis inipeka dan cakna terhadap:1. Keinginan orang bawahan2. Memberikan habuan atau janji3. Responsif terhadap kepentingan orang bawahanTransformational Theory (Burn, 1978 & Bass, 1985) menyatakan teori ini bertujuanmemotivasikan orang bawahan bekerja demi mencapai sasaran organisasi dan memuaskankehendak mereka pada tahap yang lebih tinggi. Antara lain ianya juga melibatkan:1. Meningkatkan dorongan dan kesedaran bagi mencapai target2. Mendahulukan kepentingan kelopok3. Meningkatkan kehendak orang bawah disebabkan tekanan yang diciptaCharismatic Theory (Wennis) meletakkan beberapa kriteria pemimpin yang seumpanya.Antara kriteria tersebut adalah:1. Kemampuan merumus visi2. Kemampuan memberikan komunikasi visi dengan jelas, sehingga orang bawahanterdorong dengan sendirinya bagi terus berkhidmat3. Konsisten dan betah menjalankan visi dan menyedari kekuatan dan kelemahan dirisendiri serta organisasi.Kesimpulan
  4. 4. Antara intipati kesemua teori di atas (termasuk yang tidak dimasukkan) adalah idea-ideayang dijana melalui proses pemikiran kreatif dan cerapan data-data sains yang berasaldaripada barat. Seakan tidak ada pusat latihan khusus di Universiti Malaya (UM) atauUniversiti Islam Antarabangsa (UIA) yang membicara dan menggagaskan teori pengurusanIslam berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Sekalipun ada adalah untuk melepaskan batu ditangga.Apapun metode dan teori yang diajarkan di barat sana, namun kita sebagai orang Islamsepatutnya terlebih dahulu merujuk kepada sumber Ilahiyat dalam agama kita iaitu al-Qurandan Sunnah itu sendiri. Soal ada metode atau tidak bukan soal pokok, soalnya adalahsiapakah calon terbaik bagi dijadikan role model, qudwah hasanah. Sebagaimana pesanAllah taala yang bermaksud:“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagiorang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta iapula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah al-Ahzab, ayat 21)Terang lagi bersuluh bahawa Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang terbaik darisegenap sudut khususnya kepemimpinan sebagaimana yang dinukilkan oleh Michael H.Hart dalam bukunya 100 Most Influential Person In The World. Beliau meletakkan NabiMuhammad di tempat yang pertama mengalahkan 99 individu dengan katanya tidak adamanusia yang dikenang dan diperincikan segenap perkara mengenai hidupnya dan beliaumampu membina sebuah tamadun yang gemilang dengan hanya mengambil masa 23 tahunmalah mampu menjadi contoh dari sudut emosi, spiritual dan keduniaan dengan begituberjaya sekali.Rujukan: 1. http://en.wikipedia.org/wiki/Niccol%C3%B2_Machiavelli 2. http://en.wikipedia.org/wiki/Niccol%C3%B2_Machiavelli#The_Prince 3. Niccollo Machievali, 2008. The Prince (edisi terjemahan bahasa Inggeris oleh W. K. Marriot). England: W. Foulsham & Co. Ltd. 4. Ibid. 5. Carlyle, Thomas, 1888. On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History. New York: Fredrick A. Stokes & Brother. 6. Saul Kassin, 2003. Psychology. USA: Prentice-Hall, Inc. 7. Grunig, J. E., 1997. A situational theory of publics: Conceptual history, recent challenges and new research. In D. Moss, T. MacManus, & D. Vercic (Eds.), Public relations research: An international perspective. London: International Thomson Business Press. 8. Hersey, P., 1985. The situational leader. New York, NY: Warner Books. 9. House, Robert J., 1971. “A path-goal theory of leader effectiveness”. Administrative Science Quarterly 16: 321–339. 10. http://en.wikipedia.org/wiki/Niccol%C3%B2_Machiavelli 11. http://en.wikipedia.org/wiki/Niccol%C3%B2_Machiavelli#The_Prince 12. Niccollo Machievali, 2008. The Prince (edisi terjemahan bahasa Inggeris oleh W. K. Marriot). England: W. Foulsham & Co. Ltd. 13. Ibid. 14. Carlyle, Thomas, 1888. On Heroes, Hero-Worship and the Heroic in History. New York: Fredrick A. Stokes & Brother. 15. Saul Kassin, 2003. Psychology. USA: Prentice-Hall, Inc. 16. Grunig, J. E., 1997. A situational theory of publics: Conceptual history, recent challenges and new research. In D. Moss, T. MacManus, & D. Vercic (Eds.), Public
  5. 5. relations research: An international perspective. London: International Thomson Business Press.17. Hersey, P., 1985. The situational leader. New York, NY: Warner Books.18. House, Robert J., 1971. “A path-goal theory of leader effectiveness”. Administrative Science Quarterly 16: 321–339.

×