KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN
WEB

TUGASAN 1
Menganalisis Jurnal
“Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elek...
KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (e-learning) DI
KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI
INSTIT...
pendidikan di peringkat rendah hingga institusi pengajian tinggi (Zaleha Ismail & Siti Mariyam
Kamaludin, 2008). „E-learni...
Package For Social Science). Borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden akan
dianalisis secara diskriptif serpe...
pembelajaran elektronik bagi semua mata pelajaran adalah skor min terendah. Ia menunjukkan
responden kurang bersetuju deng...
Rujukan
Jaya Kumar C. Koran. (2002). Aplikasi „E-Learning‟Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di
Sekolah-Sekolah Malaysia: C...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik Di IPTA

843

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
843
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
6
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ulasan jurnal kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik Di IPTA

  1. 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 1 Menganalisis Jurnal “Kesediaan Pembelajaran Berasaskan Elektronik (e-learning) Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik Di Institusi Pengajian Tinggi (IPTA)” Disediakan untuk: Dr. Jessnor Elmy binti Mat Jizat Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi Disediakan oleh: Nor Sazlin binti Kusai M20112001090 Sarjana Pendidikan Pengurusan Perniagaan Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi 25 Oktober 2013
  2. 2. KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (e-learning) DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPTA) Kamarul Ariffin bin Abd Rashid Politeknik Seberang Perai Muliadi bin Wahid Politeknik Mukah PENDAHULUAN Penggunaan teknologi komputer telah dipraktikkan seawal tahun 60an di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam pelbagai bidang termasuk bidang indusrti, perkhidmatan awam dan pendidikan (Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rose Alinda Alias 1996). Menurut Zaleha Ismail & Siti Mariyam Kamaludin (2008), kini komputer bukan sahaja sebagai alat membantu pengiraan malah ia menjadi salah satu alat teknologi dan sumber maklumat atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Seiring dengan perkembangan penggunaan komputer, rangkaian elektronik juga turut berkembang. Dengan adanya rangkaian seperti LAN,WAN atau internet ia dapat memudahkan penggunanya untuk mengakses maklumat walau di mana sahaja mereka berada. Pengguna boleh mengetahui pelbagai maklumat daripada seluruh pelusuk dunia tanpa perlu ada ditempat tersebut. Dengan adanya teknologi ini ia ibarat maklumat dihujung jari, di mana setiap apa yang hendak diketahui hanya dicari melalui internet. Oleh itu, apabila pembelajaran yang dahulunya hanya menggunakan kaedah tradisional iaitu suasana pembelajaran berpusatkan guru kini telah berubah kepada suasana pembelajaran berfokuskan pelajar. Pelajar lebih berdikari mencari maklumat tanpa mengharapkan maklumat daripada guru semata-mata dengan menggunakan teknologi sedia ada. Selain itu, mereka juga boleh menjadi lebih aktif dalam pembelajaran kerana perancangan pelajaran dilakukan oleh pelajar itu sendiri (Wahyu Idrus & Yahya Buntat, 2006). Oleh yang demikian, „E-Learning‟ kini bukan suatu yang asing dalam bidang pendidikan pada zaman ini. Teknologi „e-learning’ telah berkembang pesat sehingga mempengaruhi 1
  3. 3. pendidikan di peringkat rendah hingga institusi pengajian tinggi (Zaleha Ismail & Siti Mariyam Kamaludin, 2008). „E-learning‟ didefinisikan apa sahaja pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN, atau internet) untuk menyampaikan isi pembelajaran, interaksi, atau bimbingan (Jaya Kumar C. Koran, 2002). Rosenberg (2000) menekankan bahawa „e-learning‟ merujuk pada penggunaan teknologi internet untuk mengirimkan serangkaian solusi yang dapat meningkatkan pengetahuan dan keterampilan. Manakala Onno W. Purbo (2002) menjelaskan bahawa istilah “e” atau singkatan dari elektronik dalam „e-learning‟ digunakan sebagai istilah untuk segala teknologi yang digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi elektronik dan internet. Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian dari media elektronik yang digunakan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran yang boleh disampaikan secara „synchronously‟ (pada waktu yang sama) ataupun „asynchronously‟ (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk menjalankan perbincangan dalam kumpulan serta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian „on line‟ (Syed Ariffin Abu Thahir, 2013). PERSOALAN Sejauh manakah tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik (elearning) dikalangan pelajar? KAEDAH Kajian ini telah dijalankan di kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terdiri daripada pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elekrik bagi sesi pembelajaran 2006/2007 sebagai responden. Pengkaji menggunakan persampelan rawak dalam kajian tersebut. Data yang dikumpul akan dianalisis untuk mengetahui keputusan akhir kajian. Item-item soalan yang dibina dalam borang soal selidik akan dianalisis menggunakan kaedah analisis diskriptif kuantitatif. Analisis dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS (Statistic 2
  4. 4. Package For Social Science). Borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden akan dianalisis secara diskriptif serperti kaedah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Untuk memudahkan responden menjawab item-item soalan yang dibina, pengkaji menggunakan kaedah jawatan tertutup iaitu menggunakan skala likert lima mata. DAPATAN KAJIAN Terdapat tiga bahagian analisis yang telah dibuat oleh pengkaji iaitu analisis tahap kesedaran, analisis tahap kesediaan dan analisis tahap penggunaan. Hasil analisis bahagian pertama iaitu tahap kesedaran menunjukkan berada pada tahap sederhana. Skor min puratanya ialah 3.66 dan sisihan piawai purata ialah 0.946. Soalan kedua iaitu saya sedar bahawa pembelajaran elektronik mempunyai banyak kelebihan memperolehi skor min yang tinggi iaitu 3.85. Ia menunjukkan pernyataan tersebut berada pada tahap kecenderungan yang sangat tinggi. Manakala skor min terendah ialah 3.44 iaitu pada item soalan pertama. Min bagi pernyataan tersebut adalah berada pada tahap kecenderungan yang sederhana. Bagi analisis tahap kesediaan, hasil analisis data menunjukkan tahap kesediaan pembelajaran elektronik di UTHM berada pada tahap sederhana. Skor min purata ialah 3.58 dengan sisihan piawai purata 0.968. Item soalan lima dalam jadual analisis tahap kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik menunjukkan skor min tertinggi iaitu 3.71. Hal ini menunjukkan responden bersedia untuk mencuba kaedah pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran mereka. Manakala skor min terendah diperolehi daripada soalan 2 dalam jadual 1.2 iaitu sebanyak 3.43 dengan dia mana item soalan berbentuk saya sentiasa menggunakan kaedah pembelajaran elektronik. Oleh yang demikian, ia menunjukkan mereka kurang menggunakan kaedah pembelajaran elektronik dalam pembelajaran mereka. Terakhir ialah analisis tahap penggunaan pembelajaran elektronik. Hasil analisis data menunjukkan tahap penggunaan juga dalam tahap sederhana. Skor min purata ialah 3.51 dengan sisihan piawai purata bagi tahap penggunaannya ialah 0.940. Skor min tertinggi ialah 3.66 iaitu soalan ke dua puluh empat dengan item soalan bahawa pelajar boleh menggunakan pembelajaran elektronik dengan berkesan. Manakala pernyataan bahawa pelajar menggunakan kaedah 3
  5. 5. pembelajaran elektronik bagi semua mata pelajaran adalah skor min terendah. Ia menunjukkan responden kurang bersetuju dengan menyatakan semua mata pelajaran perlu menggunakan pembelajaran elektronik. Hal demikian berkemungkinan mereka akan berasa terbeban dengan kaedah yang digunakan jika semua mata pelajaran menggunakan kaedah pembelajaran elektronik. KESIMPULAN Hasil kajian yang dibuat oleh pengkaji menunjukkan tahap persediaan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia adalah sederhana dengan kadar min 3.58. Ia menunjukkan proses pembelajaran masih kurang dan tidak digunakan sepenuhnya. Oleh yang demikian, pihak universiti perlu meningkatkan aktiviti pembelajaran melalui pembelajaran elektronik. Untuk usaha meningkatkan tahap kesediaan, kesedaran dan penggunaan pembelajaran elektronik tersebut, tenaga pengajar seperti pensyarah perlu diberi pendedahan terlebih dahulu dengan memberi kursus kaedah penggunaan pembelajaran elektronik dan mewajibkan mereka mengajar dengan menggunakan pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah pembelajaran elektronik (e-learning). Ia sekaligus meningkatkan tahap kesediaan, kesedaran dan tahap penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar. demikian, matlamat yang disasarkan oleh pihak universiti dapai dicapai. 4 Oleh yang
  6. 6. Rujukan Jaya Kumar C. Koran. (2002). Aplikasi „E-Learning‟Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia: Cadangan Perlaksanaan Pada Senario Masa Kini. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 3: 138-157 Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp & Rose Alinda Alias. (1996). Pengajaran bantuan komputer. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Onno W. Purbo. (2002). Through internet video conference. Indonesia : Andi Publisher Rosenberg, M.J., (2000). E-Learning. New York : McGraw Hill Syed Ariffin Abu Thahir, (2013). Mengenai agenda IT kebangsaan. Diakses pada 15 Oktober 2013, daripada http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/mengenai-agenda-itkebangsaan-syed-ariffin-abu-thahir Wahyu Idrus & Yahya Buntat. (2006). Aplikasi ‘E-Learning’ dalam pengajaran & pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia : Isu dan cadangan perlaksanaannya. Universiti Teknologi Malaysia. Zaleha Ismail & Siti Mariyam Kamaludin. (2008). Pembangunan bahan e-learning berasaskan Moodle bagi tajuk straight line dan circles III matematik tingkatan empat. Universiti Teknologi Malaysia 5

×