KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN
WEB

TUGASAN 4
KAJIAN TINJAUAN
“Penggunaan Portal MyGuru 2 Universiti Pend...
ISI KANDUNGAN
1.0

PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

1

1.2

Pernyataan Masalah

2

1.3

Objektif Kajian

3

1.4

Persoalan Kaj...
1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Laman web atau portal kini bukan suatu perkara asing bagi pengguna-pengguna yang melaya...
1.2

Pernyataan Masalah

Di era serba moden ini, penggunaan media interaktif maya semakin menjadi perhatian diseluruh
peri...
1.3

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif seperti berikut:1.

Mengenalpasti penggunaan kemudahan...
2.0

Tinjauan Literatur

Portal Web mula popular pada akhir tahun 1990 (Wikipedia, 2013). Pelbagai definisi
dikemukakan ol...
menghubungkan semua pangkalan data di perpustakaan tempatan dan Internet. Projek ini telah
berjaya menggabungkan 14 buah p...
3.2

Sampel Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang soal
selidik yang d...
4.0

DAPATAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Soal Selidik ini terdiri daripada empat (4) bahagian iaitu latar belakang responden,...
2. Semester
Jadual 4.2:
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Semester
Semester

Bilangan
1

0 (0%)

2

12 (48...
4. Lokasi mengakses portal.

Jadual 4.4:
Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Lokasi Mengakses
Portal MyGuru ...
Apabila ada tugasan sahaja
Tidak pernah

0 (0%)
1 (4 %)

Dapatan menunjukkan seramai 17 (71%) pelajar sarjana mengakses po...
orang pelajar yang tidak setuju terhadap kenyataan tersebut. Ia berkemungkinan
pelajar tersebut tidak pernah menggunakan p...
terhadap penggunaan lecturer support tools dalam proses pembelajaran. Oleh yang
demikian min yang diperolehi ialah 3.88.

...
6
7

Pelajar boleh berkongsi maklumat
melalui file sharing
Maklumat dapat disampaikan
dengan mudah dan cepat

1
(4%)

3
(1...
5. Perbincangan melalui kumpulan forum dapat menggalakkan perkembangan
idea dan interaksi sesama pelajar dan pensyarah. – ...
4
5

6

7

portal MyGuru2
Tempoh yang terhad untuk
melayari portal MyGuru2
Terpaksa login semula apabila
had tempoh penggu...
4. Tempoh yang terhad untuk melayari portal MyGuru2 - Dapatan menunjukkan
min ialah 2.92. Seramai 2 (8%) sangat tidak setu...
5.0

ULASAN DAN KESIMPULAN

Daripada hasil dapatan yang diperolehi, terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan yang perlu
di...
Rujukan
Abdul Razeq, M.Y. (2002). The perception and administrative effect of Internet usage in
Jordanian university libra...
Moloney, Kylie. (2004). Portal For The People: A New Access Paradigm. Australas Public
Library Information Service. Vol 6,...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

763 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
763
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
20
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kajian tinjauan MyGuru 2 UPSI - KPT6044

  1. 1. KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 4 KAJIAN TINJAUAN “Penggunaan Portal MyGuru 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris Sebagai Media Interaktif Maya Dalam Proses Pembelajaran: Satu Kajian Tinjauan Di Kalangan Pelajar KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web” Disediakan untuk: Dr. Jessnor Elmy binti Mat Jizat Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi Disediakan oleh: Nor Sazlin binti Kusai M20112001090 Sarjana Pendidikan Pengurusan Perniagaan Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi 6 Disember 2013 1
  2. 2. ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 2 1.3 Objektif Kajian 3 1.4 Persoalan Kajian 3 1.5 Kepentingan Kajian 3 2.0 TINJAUAN LITERATUR 3.0 4 METODOLOGI KAJIAN 3.1 5 3.2 Sampel Kajian 6 3.3 Instrumen Kajian 6 3.4 4.0 Rekabentuk Kajian Kaedah Penganalisisan Data 6 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 7 4.2 Analisis Dapatan 7 4.2.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 7 4.2.2 Bahagian B: Kesedaran dan penggunaan kemudahan kemudahan yang disediakan oleh portal MyGuru 2 10 4.2.3 Bahagian C: Portal MyGuru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam proses pembelajaran pelajar 12 4.2.4 Bahagian D: Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal MyGuru 2 UPSI 5.0 ULASAN DAN KESIMPULAN Rujukan 2 14 17
  3. 3. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Laman web atau portal kini bukan suatu perkara asing bagi pengguna-pengguna yang melayari internet untuk pelbagai tujuan. Ia menjadi hegemonic iaitu bertindak sebagai antara muka bagi maklumat dan menjadi sebahagian daripada sumber akademik yang ada (Halimah Abas, 2007). Portal merupakan salah satu alternatif atau media maya yang digunakan dalam pelbagai bidang di antaranya dalam bidang pengurusan dan pemasaran malah ia juga digunakan dalam bidang pendidikan. Bagi bidang pendidikan portal atau gerbang pendidikan merupakan trend pendidikan terkini yang seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak (Bahagian Teknologi Pendidikan: 5-4). Menurut Wilkinson et al. (2003), laman web berperanan sebagai hos kepada maklumat akademik yang pelbagai. Dengan melayari laman web sebagai contoh portal perpustakaan, pelajar akan lebih mudah untuk mencari maklumat seperti senarai terbitan, diskriptif kajian umum dan pangkalan data dalam talian. Jurnal-jurnal akademik yang boleh diperolehi dalam talian semakin meningkat sama ada melalui subskripsi perpustakaan digital penerbit atau capaian laman web awam (Kling dan Callahan, 2004). Artikel-artikel individu juga boleh dicapai melalui laman web yang dibangunkan oleh pengarang dan organisasi tertentu (Brody, Carr dan Harnad, 2002).Oleh yang demikian, bahan – bahan yang disediakan dapat digunakan oleh para pelajar untuk menambah maklumat serta memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai ilmu pada semua peringkat pengajian. Selain itu, Tenaga pengajar seperti pensyarah juga dapat memanfaatkan portal maya ini dengan menjadikannya sebagai bahan rujukan, latihan atau satu aktiviti pembelajaran kendiri. Institusi pendidikan kini dilihat mengalami perubahan di mana sesi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja disampaikan di dalam kelas dengan berbekalkan salinan kertas-kertas yang berbentuk nota yang disediakan oleh guru mahupun pensyarah, akan tetapi kini ia telah direvolusi dengan pelajar sendiri memperolehi maklumat dan bahan pembelajaran melalui laman web atau portal yang disediakan dalam membantu pembelajaran mereka. Berasakan kepada keperluan ini, semua pusat pengajian tinggi awam dan swasta kini mempunyai portal pendidikan mereka sendiri bagi membolehkan pelajar mengakses maklumat dan berinteraksi antara pelajar dan pensyarah tanpa had masa dan tempat. 3
  4. 4. 1.2 Pernyataan Masalah Di era serba moden ini, penggunaan media interaktif maya semakin menjadi perhatian diseluruh peringkat usia terutamannya kepada individu yang bergelar seorang pelajar. Pelajar IPTA mahupun IPTS merupakan kumpulan pelajar yang perlu melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Mereka perlu menghasilkan pelbagai bentuk tugasan, penyelidikan dan artikel yang diberikan oleh pensyarah di sepanjang pengajian. Mereka diberi masa yang terhad untuk menyiapkan tugasan tersebut. Oleh yang demikian, kemudahan seperti ini sangat diperlukan dalam membantu proses pembelajaran selain dapat menjimatkan masa dalam mencari maklumat untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak universiti untuk memudahkan pelajarnya mencari maklumat dan berinteraksi antara satu sama lain. Salah satu usaha yang dijalankan oleh pihak universiti ialah membina portal-portal pendidikan untuk para pelajar dan pensyarahnya. Pelbagai jenis pautan disediakan untuk memudahkan pelajar dan pensyarah menggunakan portal tersebut. MyGuru 2 adalah salah satu daripada beberapa portal yang ditelah dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat Universiti Pendidikan Sultan Idris. Portal MyGuru 2 merupakan portal yang disediakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam memperolehi maklumat berkaitan matapelajaran yang diambil pada satu-satu semester selain terdapat pelbagai pautan ada disediakan di dalam portal tersebut dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Terdapat pelbagai aktiviti boleh dijalankan antaranya memperolehi nota yang dimuat naik oleh pensyarah, berforum untuk membincangkan sesuatu topik, menyampaikan idea, membuat aduan serta dapat mengemukakan pandangan, cadangan atau penambahbaikan. Walaubagaimana pun, penggunaan portal MyGuru 2 masih terhad dikalangan pelajar sarjana kerana kengkangan masa yang dihadapi oleh mereka. Ia hanya digunakan apabila perlu sahaja. Oleh yang demikian, penyelidik ingin membuat kajian tinjauan terhadap penggunaan portal MyGuru 2 ini dikalangan pelajar sarjana yang mengambil kursus KPT6044 Pengajaran Berasaskan Elektronik dan Web sebagai responden.Apakah persepsi dan sikap pelajar terhadap penggunaan portal MyGuru 2? Adakah responden menggunakan portal ini sebagai bahan bantuan dalam pembelajaran serta apakah masalah yang sering dihadapi ketika melayari portal tersebut. 4
  5. 5. 1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif seperti berikut:1. Mengenalpasti penggunaan kemudahan yang terdapat di dalam portal MyGuru 2 UPSI. 2. Mengenalpasti sama ada portal My Guru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam proses pembelajaran pelajar. 3. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal MyGuru 2 UPSI. 1.4 Persoalan Kajian Persoalan yang perlu dijawab dalam kajian ini adalah : 1. Adakah pelajar-pelajar pelajar-pelajar kursus KPT6044 menggunakan kemudahan yang terdapat pada portal MyGuru 2 UPSI? 2. Adakah portal My Guru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam proses pembelajaran pelajar? 3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal MyGuru2 UPSI? 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini merupakan suatu kajian tinjauan terhadap penggunaan Portal MyGuru 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai media interaktif maya dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web. Hasil kajian ini boleh menyumbang maklumat kepada pelajar sarjana itu sendiri dalam penggunaan portal MyGuru2 kerana penggunaannya kurang diberi perhatian dan pendedahan kepada mereka dalam proses pembelajaran. Kajian ini juga dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mengambil langkahlangkah menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar dalam menggunakan portal MyGuru 2 UPSI. Dan akhir sekali kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada pengkajipengkaji lain dan individu-individu yang terbabit secara langsung dalam meningkatkan pembelajaran berasaskan elektronik atau alam maya. 5
  6. 6. 2.0 Tinjauan Literatur Portal Web mula popular pada akhir tahun 1990 (Wikipedia, 2013). Pelbagai definisi dikemukakan oleh para ilmuan antaranya Ismain Zain; 130, mengatakan bahawa portal ialah ‘pintu gerbang’. Portal berasal dari perkataan Latin iaitu Portale yang bermaksud “City gate” (Moloney, 2004). American Heritage Dictionary pula mendefinasikan portal sebagai laluan masuk maklumat besar. Web portal juga ditafsirkan sebagai gerbang maklumat yang boleh dimodifikasi oleh pengguna secara automatik melalui web. Ia menawarkan enjin carian dan pautan kepada halaman yang berguna seperti berita terkini, ruang sembang dan calendar aktiviti (Zhou, 2003). Menurut Sweet (1997), istilah portal dikenali sebagai suatu aplikasi yang biasanya berasaskan Web. Aplikasi ini menyediakan akses suatu titik tunggal untuk informasi teragih dalam talian, seperti dokumen yang diperolehi melalui pencarian dan pautan kepada maklumat khusus. Fokus utama portal adalah penguna itu sendiri dan bukan laman web yang disediakan. Selain itu, definasi portal boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu portal teknikal dan pengguna. Portal teknikal adalah perkhidmatan rangkaian yang membawa bersama maklumat dari sumber-sumber teragih menerusi teknologi seperti cross searching, harvesting, alerting dan collates kepada bentuk amalgamated untuk di paparkan kepada pengguna. Persembahan data ini adalah menerusi web browser. Manakala portal pengguna pula boleh dipersonalisasi di mana capaian di buat merentasi pelbagai sumber maklumat dan hasil carian tersebut boleh dipaparkan. Maklumat tersebut akan di sampaikan melalui pelbagai teknik antaranya perkhidmatan pemberitahuan menerusi mail elektronik atau pautan kepada cetakan elektronik dan bahan pembelajaran (Hublin dan Stubbing, 2003). Walaubagaimana pun, kajian terhadap portal lebih tertumpu kepada penggunaan portal perpustakaan yang menjadi tumpuan para pelajar untuk memperolehi maklumat untuk menyelesaikan tugasan yang diterima. Kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Razeq (2002) menunjukkan 87.0% responden dari Universiti Jordan mengesahkan penggunakan web perpustakaan untuk carian dalam talian, perkhimatan rujukan, email dan melayari web perpustakaan. Kajian oleh Janes (2002) mengenai perkhidmatan perpustakaan berasaskan web mendapati permintaan pelajar-pelajar terutama pelajar jarak jauh adalah sangat tinggi dan perubahan ini dilihat dengan pertambahan bilangan pengunjung menerusi portal perpustakaan. Populasi laman web perpustakaan semakin meningkat di Malaysia apabila Menteri Pendidikan melancarkan ‘Jaringan Ilmu’. Jaringan Ilmu merupakan rangkaian komputer tempatan yang 6
  7. 7. menghubungkan semua pangkalan data di perpustakaan tempatan dan Internet. Projek ini telah berjaya menggabungkan 14 buah perpustakaan negeri dan 31 buah perpustakaan di pelbagai Kementerian dan Jabatan Kerajaan (Azharin, 1996). Menurut McLean (2002) kebanyakan pelajar lebih bergantung kepada carian melalui tajuk namun adalah lebih mudah untuk menggunakan teknik carian melalui subjek. Carian melalui tajuk ini adalah kekuatan bagi sesebuah portal perpustakaan. Persoalan yang timbul ialah adakah perlu pengguna dilatih untuk mengoptimumkan penggunaan portal dan pada masa yang sama memberi lebih banyak informasi kepada pengguna. Oleh yang demikian, Unit Teknologi Maklumat Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dipertanggungjawab untuk membina dan mengawal setiap portal yang dibangunkan. Portal MyGuru2 adalah platform e-Pembelajaran dalam Sistem Maklumat Bersepadu (IMS) yang diguna pakai untuk interaksi pengajaran dan pembelajaran di antara pensyarah dan pelajar UPSI (Dasar E-Pembelajaran Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2012). Ia bertujuan bagi merealisasikan pembelajaran berasaskan elektronik di mana e-Pembelajaran adalah bentuk pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan secara atas talian melalui sistem rangkaian komputer bertujuan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jaya Kumar C. Koran (2002), mendefinisikan e-learning sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN, atau internet) untuk menyampaikan isi pembelajaran, interaksi, atau bimbingan. Ada pula yang menafsirkan e-learning sebagai bentuk pendidikan jarak jauh yang dilakukan melalui media internet. 3.0 METADOLOGI KAJIAN 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji penggunaan Portal MyGuru 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai media interaktif maya dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web. Rekabentuk kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Maklumat dari responden diambil menggunakan borang soal selidik yang disediakan secara atas talian (online). 7
  8. 8. 3.2 Sampel Kajian Kajian ini merupakan kajian tinjauan di mana instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik yang disediakan secara atas talian (online). Responden adalah terdiri daripada 39 pelajar sarjana yang mengambil kursus KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web. Walaubagaimana pun, pengkaji hanya memilih responden secara rawak dengan menggunakan sampel kajian sebanyak 25 orang sahaja dalam kajian ini. 3.3 Instrumen Kajian Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik secara online yang diedarkan melalui email para pelajar sarjana yang mengikuti kursus KPTR 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web. Borang online ini disediakan dengan menggunakan perisian google drive yang disediakan secara percuma kepada pengguna. Ia bukan sahaja menjimatkan masa dan wang malah ia dapat mempraktikkan proses pembelajaran berasaskan elektronik atau e-learning dalam kehidupan seorang pelajar. Soalan yang direka adalah secara berstruktur di mana jawapan disediakan dan responden menjawab dengan memilih daripada jawapan yang disediakan. Cara ini memudahkan pemahaman responden dalam memberi jawapan yang tepat. Borang soal selidik atas talian (online) ini terdiri daripada lima bahagian iaitu Bahagian A: Maklumat latar belakang respondan, Bahagian B: Kesedaran dan penggunaan kemudahankemudahan yang disediakan oleh portal MyGuru 2, Bahagian C: Portal MyGuru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam proses pembelajaran pelajar, Bahagian D: Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal MyGuru2 UPSI dan Bahagian E iaitu cadangan penambahbaikan portal MyGuru2 terhadap proses pembelajaran pelajar. Soalan-soalan yang dibina adalah berdasarkan kajian lepas dan pendapat pengkaji terhadap perkara yang perlu dikaji berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan. 3.4 Kaedah Penganalisisan Data Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Socia Science) kerana ia mudah digunakan untuk menentukan hasil dapatan terhadap penggunaan portal MyGuru2 UPSI mengikut bahagian objektif yang ditetapkan. 8
  9. 9. 4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Soal Selidik ini terdiri daripada empat (4) bahagian iaitu latar belakang responden, kesedaran dan penggunaan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh portal MyGuru 2, portal MyGuru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam proses pembelajaran pelajar dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal MyGuru2 UPSI. 4.2 Analisis Dapatan 4.2.1 Bahagian A: Latar belakang responden Bahagian ini meliputi soalan-soalan mengenai latar belakang responden. Bilangan responden yang terlibat terdiri daripada 25 orang pelajar sarjana yang mengambil kursus KPT 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web. Terdapat 5 soalan yang dikemukakan di dalam bahagian ini iaitu jantina, semester, kesedaran wujudnya portal MyGuru2, lokasi mengakses portal yang terdiri daripada perpustakaan fakulti, rumah dan di mana sahaja serta kekerapan mengakses portal MyGuru 2. 1. Jantina Jadual 4.1: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Jantina Bilangan Lelaki 3 (12%) Perempuan 22 (88%) Dapatan hasil menunjukkan 88% dengan bilangan 22 orang adalah pelajar perempuan dan 3 orang (12%) merupakan pelajar lelaki. Ini bermaksud majoriti pelajar kursus KPT6044 Pembelajaran Berasaskan Elektonik dan Web adalah terdiri daripada pelajar perempuan. 9
  10. 10. 2. Semester Jadual 4.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Semester Semester Bilangan 1 0 (0%) 2 12 (48%) 3 8 (32%) 4 4 (16%) 5 dan ke atas 1 (4%) Dapatan hasil menunjukkan tiada pelajar semester 1 yang mengambil kursus ini. Bagi semester 2 adalah yang paling ramai iaitu 12 orang (48%). Manakala bagi semester 3 adalah seramai 8 orang (32%) dan 4 orang (16%) bagi semester 4. Walaubagaimana pun, masih terdapat pelajar bagi semester 5 dan ke atas iaitu seramai 1 orang (4%) yang mengambil kursus KPT6044. Hal ini menunjukkan, kursus ini terbuka kepada semua peringkat semester. 3. Sedar kewujudan portal MyGuru2 Jadual 4.3: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kesedaran kewujudan Portal MyGuru 2 Kesedaran kewujudan portal MyGuru2 Bilangan Ya 23 (92%) Tidak 2 (8%) Dapatan menunjukkan 23 orang bersamaan 92 % pelajar menyedari kewujudan portal MyGuru2 yang disediakan oleh UPSI. Manakala terdapat pelajar 2 orang (8%) yang tidak mengetahui kewujudan portal ini. Oleh yang demikian, kesedaran terhadap adanya portal ini perlu diperluaskan agar semua pelajar dapat menggunakannya. 10
  11. 11. 4. Lokasi mengakses portal. Jadual 4.4: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Lokasi Mengakses Portal MyGuru 2 Lokasi 1. Perpustakaan Ya Tidak 2. Fakulti Ya Tidak 3. Rumah Ya Tidak 4. Di mana sahaja Ya Tidak Bilangan 9 (36%) 16 (64%) 20 (80%) 5 (20%) 25 (100%) 0 (0%) 22 (88%) 3 (12%) Dapatan hasil menunjukkan rumah adalah lokasi yang selalu digunakan oleh pelajar sarjana untuk mengakses portal MyGuru2 dengan kadar 100% mengatakan ya. Manakala perpustakaan kurang menjadi pilihan lokasi mengakses portal ini kerana hanya 9 (36%) mengakses portal di perpustakaan. Ini menunjukkan portal MyGuru2 boleh diakses bila-bila masa dan di mana sahaja pelajar berada. 5. Kekerapan mengakses portal MyGuru 2 Jadual 4.5: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kekerapan Mengakses Portal MyGuru 2 Kekerapan mengakses portal MyGuru2 Setiap hari Sekali seminggu Lebih sekali dalam seminggu Sebulan sekali Beberapa kali dalam sebulan 11 Bilangan 0 (0%) 5 (17% ) 17 (71%) 0 (0%) 2 (8%)
  12. 12. Apabila ada tugasan sahaja Tidak pernah 0 (0%) 1 (4 %) Dapatan menunjukkan seramai 17 (71%) pelajar sarjana mengakses portal MyGuru2 lebih sekali dalam seminggu. 5 (17%) responden mengatakan sekali seminggu dan masih terdapat pelajar yang tidak pernah mengakses portal MyGuru2 dengan kadar 1 orang (4%). Oleh yang demikian, statistik ini menunjukkan pelajar sarjana KPT6044 sentiasa mengakses portal MyGuru 2 untuk mendapatkan maklumat terkini yang disampaikan melalui media tersebut. 4.2.2 Bahagian B: Kesedaran dan penggunaan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh portal MyGuru 2 Jadual 4.1: Deskriptif Statistik Kesedaran dan penggunaan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh portal MyGuru 2 Bil Item 1 Alamat portal mudah diingati 2 Portal MyGuru2 menyediakan 3 jenis bahasa pengantaraan Pernah melayari blog MyGuru2. (http://myguru2blog.blogspot.com/) Profil peribadi pelajar sentiasa dikemaskini Menggunakan Lecturer Support Tools dalam proses pembelajaran Sentiasa menggunakan Course Tools untuk memperolehi maklumat daripada pensyarah 3 4 5 6 STS 0 1 (4%) 2 (8%) 0 0 0 Bil (%) TS TP 1 3 (4%) (12%) 1 4 (4%) (16%) 0 8 (32%) 2 11 (8%) (44%) 1 8 (4%) (32%) 0 9 (36%) Min S 16 (64%) 11 (44%) 9 (36%) 10 (40%) 9 (36%) 5 (20%) SS 5 (20%) 8 (32%) 6 (24%) 2 (8%) 7 (28%) 11 (44%) 4.00 Sisihan Piawai 0.707 3.96 1.020 3.68 1.108 3.48 0.770 3.88 0.881 4.08 0.909 Keterangan. 1. Alamat portal mudah diingati. – Dapatan menunjukkan min bagi pandangan pelajar sarjana terhadap alamat portal MyGuru 2 yang mudah untuk diingati ialah 4.00. Seramai 16 (64%) orang mengatakan setuju. Manakala masih terdapat 1 (4%) 12
  13. 13. orang pelajar yang tidak setuju terhadap kenyataan tersebut. Ia berkemungkinan pelajar tersebut tidak pernah menggunakan portal MyGuru 2. 2. Portal MyGuru2 menyediakan 3 jenis bahasa pengantaraan – Dapatan menunjukkan min ialah 3.96 di mana 11 (44%) pelajar bersetuju dan 8 (32%) pelajar sangat bersetuju terdapat penyediaan 3 jenis bahasa pengantaraan yang digunakan oleh portal MyGuru 2. Ini menunjukkan mereka peka terhadap portal MyGuru 2 yang menyediakan 3 jenis bahasa pengantaraan untuk memudahkan pelajar melayarinya. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Arab. Walaubagaimana pun terdapat 4 (16%) tidak pasti, 1 (4%) tidak setuju dan 1 (4%) sangat tidak setuju. Ia menunjukkan mereka tidak peka terhadap kemudahan yang disediakan oleh portal tersebut. 3. Pernah melayari blog MyGuru2. (http://myguru2blog.blogspot.com/) – Dapatan menunjukkan min ialah 3.68 di mana pelajar sarjana pernah melayari blog MyGuru 2 adalah seramai 9 (36%) setuju dan 6 (24%) sangat setuju. Manakala 8 (32%) tidak pasti dan 2 (8%) pelajar sangat tidak setuju terhadap melayari blog tersebut. 4. Profil peribadi pelajar sentiasa dikemaskini – Dapatan menunjukkan bahawa min 3.48 terhadap pelajar mengemaskini data mereka di dalam portal MyGuru di mana seramai 10 (40%) setuju dan 2 (8%) sangat setuju. Walaubagaimana pun, 11 (44%) tidak pasti dan 2 (8%) tidak setuju. Ini membuktikan mereka tidak memberi perhatian terhadap maklumat profil mereka. 5. Menggunakan Lecturer Support Tools dalam proses pembelajaran - Dapatan menunjukkan 9 (35%) setuju dan 7 (28%) sangat setuju terhadap kemudahan dan penggunaan lecturer support tools yang disediakan dalam proses pembelajaran. Walaubagaimana pun, masih terdapat 8 (32%) tidak pasti dan 1 (4%) tidak setuju 13
  14. 14. terhadap penggunaan lecturer support tools dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian min yang diperolehi ialah 3.88. 6. Sentiasa menggunakan Course Tools untuk memperolehi maklumat daripada pensyarah – Dapatan menunjukkan min yang diperolehi ialah 4.08 di mana 11 (44%) sangat setuju, 5 (20%) setuju dan 9 (36%) tidak pasti terhadap penggunaan course tools dalam proses pembelajaran. Hal ini menunjukkan pelajar sarjana sentiasa menggunakan course tools untuk mendapatkan maklumat daripada pensyarah. 4.2.3 Bahagian C: Portal MyGuru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam proses pembelajaran pelajar Jadual 4.2: Deskriptif Statistik Portal MyGuru 2 bertindak sebagai bahan bantuan dalam proses pembelajaran pelajar Bil Item 1 2 3 4 5 Modul Announcement sebagai cara berkomunikasi dengan pelajar bagi memudahkan penyebaran maklumat terkini berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Mudah untuk memuat turun bahan pembelajaran dalam format digital yang telah dimuat naik oleh pensyarah. Boleh memuat turun bahan pembelajaran pada bila-bila masa Sesuatu topik boleh dibincangkan dalam kumpulan forum yang disediakan Perbincangan melalui kumpulan forum dapat menggalakkan perkembangan idea dan interaksi sesama pelajar dan pensyarah. Bil (%) TP S 6 7 (24%) (28%) 4.24 Sisihan Piawai 0.831 14 (56%) 4.44 0.712 6 (24%) 7 (28%) 18 (72%) 14 (56%) 4.68 0.557 4.36 0.860 6 (24%) 15 (60%) 4.44 0.768 STS 0 TS 0 0 0 3 (12%) 8 (32%) 0 0 1 (4%) 3 (12%) 4 (16%) 1 (4%) 14 Min SS 12 (48%)
  15. 15. 6 7 Pelajar boleh berkongsi maklumat melalui file sharing Maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan cepat 1 (4%) 3 (12%) 2 (8%) 8 (32%) 5 (20%) 14 (56%) 17 (68%) 4.44 0.712 4.52 0.823 Keterangan:1. Modul Announcement sebagai cara berkomunikasi dengan pelajar bagi memudahkan penyebaran maklumat terkini berkaitan pengajaran dan pembelajaran. – Dapatan menunjukkan min adalah bernilai 4.24 di mana 6 (36%) tidak pasti, 7 (42%) setuju, dan 12 (48%) sangat setuju bahawa modul announcement adalah cara berkomunikasi yang mudah untuk menyebarkan maklumat dalam proses pembelajaran pelajar sarjana. 2. Mudah untuk memuat turun bahan pembelajaran dalam format digital yang telah dimuat naik oleh pensyarah. - Dapatan menunjukkan min adalah bernilai 4.44 di mana 3(12%) tidak pasti, 8 (32%) setuju, dan 14 (56%) sangat setuju bahawa portal MyGuru 2 mudah untuk memuat turun bahan pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah. 3. Boleh memuat turun bahan pembelajaran pada bila-bila masa. - Dapatan menunjukkan min adalah bernilai 4.68 di mana 1 (4%) tidak pasti, 6 (24%) setuju, dan 18 (72%) sangat setuju bahawa dengan adanya portal MyGuru 2 ini, bahan pengajaran boleh dimuat turun pada bila-bila masa. Ia dapat memudahkan pelajar untuk memperolehi bahan ini sebelum atau selepas menghadiri kuliah. 4. Sesuatu topik boleh dibincangkan dalam kumpulan forum yang disediakan. Dapatan menunjukkan min ialah 4.36 di mana 1 (4%) tidak setuju 3 (12%) tidak pasti, 7 (28%) setuju, dan 14 (56%) sangat setuju bahawa sesuatu topic boleh dibincangkan dalam kumpulan forum yang disediakan untuk memudahkan proses pembelajaran pelajar sarjana. 15
  16. 16. 5. Perbincangan melalui kumpulan forum dapat menggalakkan perkembangan idea dan interaksi sesama pelajar dan pensyarah. – Seramai 6 (24%) setuju dan 15 (60%) sangat setuju bahawa perbincangan kumpulan forum dapat menggalakkan perkembangan idea dan berinteraksi sesame pelajar dan pensyarah. Walaubagaimana pun, 4 (16%) tidak pasti terhadap kenyataan tersebut. Oleh itu, nilai min yang diperolehi ialah 4.44. 6. Pelajar boleh berkongsi maklumat melalui file sharing. – Seramai 14 (56%) sangat setuju dan 8 (32%) setuju bahawa pelajar boleh berkongsi maklumat melalui file sharing. Walaubagaimana pun, 3 (12%) tidak pasti terhadap kenyataan tersebut. Oleh itu, nilai min yang diperolehi ialah 4.44. 7. Maklumat dapat disampaikan dengan mudah dan cepat – Dapatan menunjukkan seramai 17 (68%) sangat setuju dan 5 (20%) setuju bahawa penggunaan portal MyGuru 2 mudah dan cepat untuk menyampaikan maklumat. Walaubagaimana pun, 2 (8%) tidak pasti dan 1 (4%) tidak setuju terhadap kenyataan tersebut.Ini menunjukkan mereka kurang menggunakan kemudahan yang disediakan oleh portal MyGuru 2. Oleh itu, nilai min yang diperolehi ialah 4.52. 4.2.4 Bahagian D: masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal MyGuru2 UPSI Jadual 4.3: Deskriptif Statistik Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan portal MyGuru2 UPSI Bil Item 1 2 3 Kesuntukan masa untuk melayari potal MyGuru2 Tidak tahu atau tidak pernah menggunakan portal MyGuru2 Tidak diberi pendedahan atau latihan terhadap penggunaan STS 1 (4%) 16 (64%) 5 (20%) Bil (%) TS TP S 7 5 6 (28%) (20%) (24%) 8 1 0 (32%) (4%) 11 4 4 (44%) (16%) (16%) 16 Min SS 6 3.36 (24%) 0 1.40 1 (4%) 2.40 Sisihan Piawai 1.254 0.577 1.118
  17. 17. 4 5 6 7 portal MyGuru2 Tempoh yang terhad untuk melayari portal MyGuru2 Terpaksa login semula apabila had tempoh penggunaan telah tamat Sukar untuk melayari portal MyGuru2 apabila ramai pelajar yang menggunakannya. Hanya terhad pada kursus yang diambil pada satu-satu semester. 2 (8%) 1 (4%) 10 (40%) 3 (12%) 3 (12%) 4 (16%) 8 (32%) 5 (20%) 2 2.92 (8%) 12 3.96 (48%) 1.187 1 (4%) 8 (32%) 5 (20%) 8 (32%) 3 3.16 (12%) 1.143 1 (4%) 2 (8%) 7 (42%) 6 (36%) 9 3.80 (36%) 1.155 1.241 Keterangan:1. Kesuntukan masa untuk melayari portal MyGuru2 - Dapatan menunjukkan min bagi masalah yang sering dihadapi oleh pelajar sarjana iaitu kesuntukan masa untuk melayari portal MyGuru 2 ialah 3.36. Seramai 6 (24%) setuju dan sangat setuju. Manakala masih terdapat 1 (4%) sangat tidak setuju, 7 (28%) tidak setuju dan 5 (20%) tidak pasti. Hal ini menunjukkan pelajar sarjana masih boleh mencuri masa untuk melayari portal MyGuru 2 ini walaupun dalam keadaan sibuk. 2. Tidak tahu atau tidak pernah menggunakan portal MyGuru2 - Dapatan menunjukkan min ialah 1.40. Seramai 16 (64%) sangat tidak setuju, 8 (32%) tidak setuju dan 1 (4%) tidak pasti. Hal ini dapat disimpulkan bahawa semua pelajar sarjana tahu dan pernah menggunakan portal MyGuru 2. 3. Tidak diberi pendedahan atau latihan terhadap penggunaan portal MyGuru2Dapatan menunjukkan min ialah 2.40. Seramai 5 (20%) sangat tidak setuju, 11 (44%) tidak setuju, 4 (16%) tidak pasti dan setuju serta 1 (4%) sangat setuju. Hal ini dapat disimpulkan bahawa semua pelajar sarjana diberi pendedahan atau latihan terhadap penggunaan portal MyGuru 2. 17
  18. 18. 4. Tempoh yang terhad untuk melayari portal MyGuru2 - Dapatan menunjukkan min ialah 2.92. Seramai 2 (8%) sangat tidak setuju, 10 (40%) tidak setuju, 3 (12%) tidak pasti, 8 (32%) setuju serta 2 (8%) sangat setuju. Hal ini menunjukkan tempoh yang terhad untuk melayari portal MyGuru 2 bukan masalah utama yang perlu diberi perhatian. 5. Terpaksa login semula apabila had tempoh penggunaan telah tamat. - Dapatan menunjukkan min ialah 3.96. Seramai 1 (4%) sangat tidak setuju, 3 (12%) tidak setuju, 4 (16%) tidak pasti, 5 (20%) setuju serta 12 (48%) sangat setuju. Hal ini menunjukkan masalah yang dihadapi segelintir pelajar dalam melayari portal MyGuru 2 dalam proses pembelajaran. 6. Sukar untuk melayari portal MyGuru2 apabila ramai pelajar yang menggunakannya.- Dapatan menunjukkan min ialah 3.16. Seramai 1 (4%) sangat tidak setuju, 8 (32%) tidak setuju, 5 (20%) tidak pasti, 8 (32%) setuju serta 3 (12%) sangat setuju. Ia menunjukkan terdapat masalah ketika melayari portal ini apabila terdapat ramai pelajar menggunakan portal MyGuru 2 dalam satu-satu masa. 7. Hanya terhad pada kursus yang diambil pada satu-satu semester. - Dapatan menunjukkan min ialah 3.80. Seramai 1 (4%) sangat tidak setuju, 2 (8%) tidak setuju, 7 (42%) tidak pasti, 6 (36%) setuju serta 9 (36%) sangat setuju. Kesimpulannya, masalah kursus yang terhad pada satu-satu semester sahaja yang dimasukkan ke dalam portal MyGuru2 boleh mengurangkan motivasi terhadap proses pembelajaran pelajar. 18
  19. 19. 5.0 ULASAN DAN KESIMPULAN Daripada hasil dapatan yang diperolehi, terdapat beberapa kebaikan dan kelemahan yang perlu diberi perhatian. Antara kebaikan dalam menggunakan portal MyGuru 2 ialah ia dapat memotivasikan pelajar untuk menggunakan teknologi yang sedia ada dalam proses pembelajaran. Selain itu, ia dapat menjimatkan masa dan kos dalam sistem pembelajaran. Manakala kelemahan yang boleh di atasi ialah kemudahan portal yang disediakan perlu dikemaskini agar pelajar dapat menggunakannya dengan mudah dan cepat. Antara cadangan yang diberikan oleh responden ialah tempoh masa penggunaan perlu dipanjangkan dan melewatkan tempoh had penggunaan agar ia dapat memudahkan para pelajar menggunakannya dalam tempoh masa yang lama. Kesimpulannya, portal MyGuru 2 adalah salah satu media interaktif maya yang terbaik boleh digunakan oleh semua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam proses pembelajaran sekali gus ia dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran berasaskan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-learning. 19
  20. 20. Rujukan Abdul Razeq, M.Y. (2002). The perception and administrative effect of Internet usage in Jordanian university libraries. Online Information Review, Vol. 26, no. 3: 193-208. American Heritage Dictionary. Diakses November 18, 2013 daripada www.ahdictionary.com/. Azharin. 1996. What is the Internet? Tinta ( Jurnal Sains Perpustakaan dan Maklumat).p. 83-90. Bahagian Teknologi Pendidikan. Laporan awal pelan pembangunan pendidikan Malaysia 20132025. Diakses pada November 1, 2013, daripada http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf Brody,T. L. Carr and S. Harnad. (2002). Evidence of Hypertext in the scholarly archive. In Proceedings of ACM Hypertext 2002. p. 74-75. Dasar E-Pembelajaran Universiti Pendidikan Sultan Idris (2012). Diakses November 1, 2013, daripada https://myguru2.upsi.edu.my/myguruonline/dasar_el_upsi.pdf. Halimah Abas. (2007). Kajian keberkesanan penggunaan portal perpustakaan UMLib di kalangan pelajar-pelajar Fakulti Sains, Universiti Malaya. Diakses Oktober 31, 2013, daripada http://dspace.fsktm.um.edu.my/handle/1812/188. Hublin, Y dan Stubbings, R. (2003). The Implementation of Metalib and SFX at Loughborough University Library. Diakses November 1, 2013 daripada www.jisc.ac.uk/index.cfm?name=ie_portalsfaq Janes, J. (2002). Digital references: reference librarians’ experiences and attitudes. Journal of the American Society for Information Science and Technology, Vol. 53, no. 7: 549-566. Jaya Kumar C. Koran.(2002). Aplikasi ‘E-Learning’ Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah-Sekolah Malaysia: Cadangan Perlaksanaan Pada Senario Masa Kini, Pasukan Projek Rintis Sekolah Bestari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kling, R. dan E. Callahan. (2004). Electronic journals, the Internet, and scholarly communication. Annual Review of Information Science and Technology. Maksud portal web (2013). Diakses November 1, 2013 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Portal_web. McLean, N. (2002). Libraries and e-learning: organizational and technical interoperability. Diakses November 1, 20312 daripada www.colis.mq.edu.au/news_archives/demo/docs/lib_e_learning.pdf. 20
  21. 21. Moloney, Kylie. (2004). Portal For The People: A New Access Paradigm. Australas Public Library Information Service. Vol 6, no. 2: 11-16. Sweet, C. (1997). A Glossary of Computer Terms. New York: Penwell Publishing. Wilkinson, D. G. Harries, M. Thelwall dan E. Price. (2003). Motivations for academic Web sites interlinking: Evidence for the Web as a novel source of information on informal scholarly communication. Journal of Information Science, Vol. 29: 59-66. Zhou, J. 2003. A history of web portals and their development in libraries. Information Technology & Library, Vol. 22, no. 3: 119. 21

×