Kes
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Kes

on

  • 989 views

 

Statistics

Views

Total Views
989
Views on SlideShare
989
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
8
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Kes Kes Document Transcript

  • Kes-kes gangsterisme di kalangan pelajar kita amatmendukacitakan. Mengapakah ini berlaku? Pakarmotivasi terkenal, Y.Bhg. Dato‟ Dr. Hj. Mohd. FadzilahKamsah mempunyai pandangan beliau tersendirimengenai gejala ini. (Temubual ini juga boleh diikutidi web tv).BM : Mengikut statistik Kementerian Pendidikan, seramai 76,300 orangpelajar di Malaysia menghadapi masalah disiplin dan ini termasuklahmereka yang terlibat dalam budaya gangsterisme. Bolehkah Dato‟terangkan apakah sebenarnya gangsterisme?DFK : Mengikut istilah, gangsterisme atau gangsterism adalah tindakan-tindakanjenayah (atau) salah laku yang menyalahi undang-undang. Ia melibatkan oranglain, menyusahkan (dan) menganiayai orang lain. Kalau menganiayai barang-barang, ia dipanggil vandelisme. (Gangsterisme pula) memang tindakan jenayahyang menyusahkan orang atau menganiayai orang. Itu yang saya faham dansaya lihat sebagai pentafsiran yang agak tepat untuk gangsterisme. Jangan menuding jari kerana gangsterisme di sekolah mencerminkan kebobrokan masyarakat.BM : Bolehkah Dato‟ menerangkan dengan serba ringkas apakah yangpunca-punca utama yang mendorong pelajar-pelajar kita terlibat dalamgangsterisme?DFK : Kalau kita nak cari punca kepada gangsterisme memang (ada) berbagai-bagai (punca) sebab semua pihak terlibat. Pada saya, untuk adil pada semua kitakena melihat ini sebagai satu perkara yang berkait rapat dengan berbagai-bagaifakor. Pertamanya saya lihat gangsterisme ini mencerminkan situasi atau senariomasyarakat. (Jika) masyarakat itu teruk, maka teruklah gangsterisme di sekolah-sekolah sebab suasana sekolah mencerminkan suasana masyarakat. Saya lihatsenario dalam masyarakat pun, kegiatan gangsterisme atau jenayah berleluasa(dalam) berbagai-bagai peringkat dan berbagai-bagai tahap. Ertinya memangbanyak kegiatan gangsterisme atau jenayah dalam masyarakat. Bunuh-membunuh, rogol-merogol, rompak-merompak, culik-menculik memang berlakudi Malaysia. (Ia) semakin meningkat setiap hari. Dan masalah ini diberatkan lagidan diterukkan lagi dengan menyiarkan berita-berita tentang jenayah ini di mukadepan berita-berita perdana. Ini satu situasi yang serba salah sebab beritatentang jenayah atau kegiatan gangsterisme dalam masyarakat menjadi satupokok berita sensasi. It is news. Saya dulu belajar journalism. Perkara yangburuk itu sebenarnya berita, perkara yang baik itu bukan berita. Saya diajar olehguru saya dulu, apabila anjing gigit orang, itu biasa (dan) bukan berita tapi kalau
  • orang gigit anjing, itu berita. Itu yang (menyebabkan) saya kadang-kadangsedih. Itulah sebabnya saya sendiri akan mengelakkan membaca berita, suratkhabar atau menonton berita pagi-pagi untuk tidak mempengaruhi pemikiransaya secara negatif. Kalau saya baca surat khabar, muka surat depannya beritabunuh, rompak, gempa bumi, mati, rogol dan kebakaran. Mungkin 60-70 peratusberita buruk akan dipaparkan di muka surat depan atau muka surat kedua dansebagainya.Satu tujuan berita di akhbar perdana ini untuk mengingatkan masyarakat untukberwaspada (dan) sebagai sempadan agar jangan terlibat dengan perkara-perkara seperti ini. Tetapi untuk orang muda, remaja (dan) pelajar sekolah, bila(mereka) menonton, membaca atau melihat perkara-perkara seperti ini sebagaisatu rutin tiap-tiap hari. Jadi mereka sudah lali dengan masalah gangsterisme.Lali dalam erti kata „biasalah!‟. Dah biasa. Kalau setiap hari ada bunuh-membunuh, tikam-menikam, gaduh-bergaduh, potong-memotong, tetak-menetak, cincang-mencincang, jadi kalau bertumbuk, (mereka akan kata)„biasalah!‟, sebab dah biasa dan bukan benda yang luar biasa.Yang saya takuti salah satu punca gangsterisme di sekolah ialah memang banyakgangsterisme berlaku dalam masyarakat dan diwar-warkan atau diberitakan diakhbar-akhbar dan di saluran-saluran perdana, maka masyarakat terdedah.Lama-lama (mereka) akan jadi mangli, lali, biasa, rutin dan menormalkangangsterisme dalam masyarakat oleh berita. Itu satu punca gangsterisme yangpenting.Sebab lain yang saya lihat ialah gangsterisme di sekolah ini sebenarnya bermuladi luar sekolah. Saya yakin semua orang setuju (termasuk) polis, guru-guru(dan) pengetua bahawa gangsterisme tidak berlaku dalam sekolah secaramendadak. Ia sebenarnya rentetan kepada gangsterisme di luar sekolah dengan(wujudnya) geng-geng, budak nakal di luar dan sebagainya. (Mereka)melepaskan geram (dan) tension di luar sekolah (hingga) terbawa-bawa ke dalamsekolah. Saya lebih cenderung untuk membuat satu rumusan bahawagangsterisme banyak di luar sekolah tapi kadang-kadang terbawa-bawa ke dalamsekolah kerana situasi-situasi tertentu.Jadi dalam konteks ini, punca gangsterisme di luar sekolah ada banyak(antaranya) ibu bapa yang longgar dari segi proses keibubapaannya, NGO yangtidak menjalankan peranan dengan berkesan, pihak polis yang mungkin kurangmemberi perhatian kepada kumpulan ini sebab ini di luar bidang tugas mereka.Polis tidak boleh menangkap budak-budak sekolah yang ponteng contohnya atauyang terlibat di pusat snuker waktu sekolah (kerana) mereka tidak ada hak untukmenangkap. (Polis) tidak ada jurisdiction, cuma sekadar menakutkan,menggertak dan memberi nasihat (sahaja). Polis (ini) orang segan (dan) takut.Jadi, budak-budak akan lari. Mereka (polis) tidak boleh buat apa-apa. Budak-budak pun tahu polis tidak boleh tangkap mereka dan lokapkan mereka.Yang ketiga ialah di mana rumahtangga yang semakin lama semakin mencabar.Kalau kita lihat gangsterisme banyak berlaku di sekolah-sekolah di bandar-bandar (dan) kurang sikit di luar bandar. Kenapa? Mungkin ibu bapa yangterlampau sibuk, ibu dan bapa bekerja. Kadang-kadang ibu bapa yang kurangendah, bukan tidak kisah (tetapi) mungkin kurang endah secara luaran tentanghal anak-anak, kurang berinteraksi, berbual, pesan-memesan, nasihat-menasihati (dan) kurang membelai anak-anak secara langsung. Mengikut kajianyang saya buat, ramai ibu bapa di bandar tidak sampai 10 minit balik dari kerjaakan terus buka tv. Kalau tengok tv, bila masa mahu berinteraksi dengan anak?Sepatutnya bila balik dari kerja, (mereka) pergi ke bilik anak, berbual dengananak selama lima minit dan tengok tv selepas setengah jam balik (dari kerja).
  • Kalau ini budaya di bandar, maka bila masa (ibu bapa) berinteraksi dengan anak?(Akibatnya) anak-anak akan rasa terbiar, maklumlah budak-budak.Satu lagi perkara yang saya buat kajian sambil bertanya dan kes-kes yang sayakaunsel, saya jumpa ribuan atau ratus ribu ibu bapa, atau mungkin (mencecahangka) juta, saya dapati bahawa anak-anak ini bila rasa terbiar, mereka akanmencari perhatian dan kasih sayang daripada kawan-kawan kerana ibu bapatidak mempamerkan kasih sayang. (Keadaan) ini mungkin lebih serius di bandar-bandar. Ibu bapa yang sibuk, pergi (kerja) awal untuk mengelakkan kesesakan(dan) balik lewat kerana tugasan atau kerja tambahan. Kadang-kadang asasnyauntuk membahagiakan rumahtangga dan anak-anak jadi mereka tidak ada masauntuk berinteraksi dan mempamerkan kasih sayang maka anak-anak terbiar.Anak-anak inilah yang mungkin (tidak semestinya) akan terlibat atau terjebakdalam kes-kes gangsterisme.Kadang-kadang undang-undang rumahtangga yang terlampau longgar. (Ibubapa) terpaksa mengimbangi ketidak mampuan mereka mempamerkan kasihsayang dengan memberi sedikit kelonggaran (dan) kemewahan. All these thingsmay lead towards gangsterism. Ada juga kadang-kadang ibu bapa yangterlampau ketat (atau) strict. Inipun anak-anak rasa tertekan. Bila tertekan,(mereka) akan lepaskan di luar dengan berbagai-bagai cara, termasuk mungkin(melakukan) kegiatan-kegiatan tidak sihat yang akhirnya membawa kepadagangsterisme.Kadang-kadang budak-budak kalau dah biasa mewah, mungkin ibu bapa takmampu memberi (kemewahan) sepenuhnya. Budak-budak sekarang sudah pakaihandphone. Untuk dapatkan (meminta handphone) daripada ibu bapa, iamelampaui batas. Jadi mereka mungkin terlibat dengan benda-benda yang tidaksihat. Akhirnya terjebak dengan kes-kes gangsterisme.Saya nampak juga dalam rumahtangga (di mana) amalan kerohanian yang agaklonggar. Ini perlu diperiksa dengan korolasi yang lebih serius. Adakah benarmereka yang terlibat dalam gangsterisme ini longgar dari segi amalankerohanian? Pada saya, (perkara) itu ada benarnya sebab solat itu mencegah darifahsyad dan mungkar. Jadi kalau solat tidak dilaksanakan dengan sempurnamaka kurang kecenderungan untuk terjebak dalam kes-kes gangsterisme.Yakinlah, kalau ibu bapa yang ada anak akil baligh atau tingkatan lima, setiapmalam dia doakan kepada anak-anaknya, dibacakan Fatihah, ayat Qursi, Al-Insyirah serta doa-doa yang ulama ajar untuk menenangkan jiwa anak (dan)memantapkan wibawa dan sakhsiah anak untuk menjadikan mereka orang yangberfikir dan bijaksana. Ini semua doa-doa kalau dihembuskan ke kepala anak-anak setiap malam contohnya, saya yakin tak (banyak) kes-kes gangsterisme.Punca keempat yang saya lihat ialah budaya dan suasana sekolah yang tidakbegitu kondusif. Banyak sekolah yang saya ziarah masa saya memberi kursuskepada pelajar-pelajar mungkin paling kurang 100 sekolah setahun. Jadi (saya)adalah sedikit pengalaman. Rata-rata sekolah mempamerkan “SekolahPenyayang”. Bagus, slogannya cantik. Tetapi adakah pengetuanya mempamerkankasih sayang dalam ucapan atau taklimat mingguan dalam perhimpunan? Adakahsetiap guru mempamerkan kasih sayang kepada anak muridnya? Adakahhukuman yang diberikan kepada pelajar mempamerkan sayang? Merotanpunkerana sayang? Ini persoalannya. Mengikut kengalaman saya berinteraksi denganpelajar-pelajar dan guru, saya rasa budaya sayang-menyayang ini tidak berapawujud dalam kebanyakan sekolah-sekolah. Kalau adapun tidak semua guru-gurumempamerkan sayang. Sebab saya yakin guru-guru mempamerkan sayang,budaya sayang menyayang ini begitu tebal, saya ingat pelajar tidak tertekan
  • akhirnya memberontak atau terterjebak ke dalam perkara-pekara yang bolehmembawa kepada gejala-gejala gangsterisme atau amalan-amalan yang tidaksihat.Satu lagi ialah budaya kumpulan. To be in a group Semua orang nak berkawan.Nabi SAW bersabda „Kamu adalah siapa kawan-kawan kamu‟. Kalaukebetulan saya sebagai pelajar tingkatan empat atau lima, berkawan denganbudak-budak nakal, mungkin ada kecenderungan saya akan jadi nakal. Tidaksemestinya (jadi nakal), cuma ada kecenderungan (sahaja). Sometimes to be ina group, (kita) kena berkorban. Kadang-kadang berkorban ini melibatkanperkara-perkara yang mungkin berbentuk jenayah atau gangsterisme.Satu lagi faktor menyebabkan gangsterisme ialah renggangnya atau tidakakrabnya hubungan antara ibu bapa dan sekolah. PIBG mungkin tidak berfungsidengan cemerlang. Mereka berfungsi dengan baik tetapi tidak cukup cemerlang.Mengikut kajian di Malaysia, kalau hubungan ibu bapa dengan sekolah dan guru-guru rapat, dua perkara berlaku (iaitu) prestasi akademik meningkat (dan)masalah disiplin akan menurun, ertinya jenayah dan budak-budak nakalberkurangan. Rapat ertinya selalu bertemu, banyak projek-projek bersama, ibubapa meminta nasihat guru-guru, guru-guru (pula) memanggil ibu bapa untukmenyampaikan berita baik atau buruk, buletin-buletin sekolah digunakanmemberi maklumat atau maklum balas kepada ibu bapa, (sama ada secara)bulanan atau dwi-bulanan. Benda ini sebenarnya amat penting. Kajian telahmempamerkan bahawa semakin rapat ibu bapa dengan guru, semakin kurangmasalah disiplin. Tetapi ibu bapa di bandar amat sibuk (dan) tiada masa terpaksahantar anak-anak ke sekolah (dan) tuisyen untuk mengimbangi ketiadaan masaibu bapa dengan anak-anak.Satu lagi ialah program kemasyarakatan yang belum begitu berjaya. Programkemasyarakatan pendidikan dijalankan di Malaysia saya tidak tahu sudah berapalama, mungkin sudah 10 tahun, maknanya menjadikan pendidikan itu sebagaitanggungjawab semua orang. Ertinya NGO, pihak polis, agensi kerajaan perlubersama-sama sekolah untuk mendidik anak-anak. Ini adalah satu pendekatanyang amat baik tetapi dari segi penguatkuasaannya mungkin belum berjalandengan sempurna. Kalau pihak polis (atau) NGO (contohnya) PEMADAM, PIBG(dan pusat ibadat contohnya) masjid, kuil (atau) gereja rapat dengan sekolahsaya ingat kurang masalah gangsterisme di sekolah-sekolah. Programkemasyarakatan ini perlu digembleng dan dipertingkatkan.Yang paling akhir yang saya lihat ialah program atau usaha kaunselor ataukaunseling di sekolah belum memadai (dan) belum berkesan. Mungkin dikebanyakan sekolah menengah cuma ada seorang kaunselor (dan) sudah adacadangan untuk mengadakan tiga orang kaunselor di sekolah-sekolah.Sepatutnya bukan sahaja kaunselor-kaunselor yang memberi nasihat kepadapelajar-pelajar yang bermasalah tetapi juga guru-guru lain. Kita patut bertindaksecara proaktif, ertinya we nip the problem at the butt. Kita cantas masalahsebelum ianya berputik dengan „meriahnya‟.Inilah punca-punca yang saya lihat yang mungkin menyumbang kepada masalahgangsterisme di sekolah.BM : Penyingkiran 20 pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) danenam orang pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) membuktikanbahawa bukan sahaja pelajar-pelajar sekolah biasa tetapi juga dariSekolah Berasrama Penuh turut terlibat dalam gangsterisme. Apa komenDato‟ dalam hal ini?
  • DFK : Itu satu perkara yang amat menyedihkan. Gangsterisme berlaku di sekolahelit, Sekolah Berasrama Penuh di mana pelajar-pelajarnya bijak, pandai (dan)terpilih. Kita lihat banyak faktor yang berkaitan. Satu (faktor) yang saya lihat,saya ulang, ialah budaya sekolah yang kurang penyayang, kurang endah (dan)agak menekan. Warden (asrama perlu memberikan) penuh kasih sayang, rapat(dan) mendidik anak murid macam mendidik anaknya sendiri. Warden ini perluramai. Kalau sekolah berasrama penuh, katakanlah (contohnya) ada 600 atau700 orang pelajar, warden cuma enam orang atau tidak cukup. Katalah(contohnya) setiap pelajar ada bapa angkat di sekolah, (iaitu) 20 pelajar(menjadi anak angkat kepada) seorang guru, maka guru-guru ini akan dapatmenyelia, follow through, merapati anak-anak ini (dan) dapat mempamerkankasih sayang. Bayangkanlah anak-anak umur 13-17 (tahun), membesar dalamsuasana diwardenkan, tanpa ibu bapa. Ibu bapa paling kerap (pun), sebulansekali (datang melawat). Itu (bagi ibu bapa) yang dekat. Kalau yang jauh,(contohnya anak) belajar di Kuala Lumpur, ibu bapa di Kelantan, Johor, Sabah(atau Sarawak). Inilah yang kadang-kadang saya nampak budaya sekolah yangkurang penyayang menjadi punca asrama penuh menjadi „sarang‟ gangsterisme.„Sarang‟ mungkin ketat sangat, mungkin kita (boleh panggil sebagai) tempatbercambahnya gangsterisme yang agak kerap berlaku. Itu sebab yang pertama.Yang keduanya, bila saya memberi ceramah motivasi di sekolah berasramapenuh, soalan yang akan saya terima ialah “Cikgu, jadual kami ketat sangat.Kami belajar dari pagi sehingga tengahari. Lepas itu berhenti makan tengahari(dan) sambung balik prep pukul 2.30 (petang) sampai 4.30. Kami boleh mainsekejap sebelah petang. 7.00 malam-9 malam, (ada) di surau. Selepas itu prepsampai pukul 11.00. Kami tak ada masa, tertekan, tak tahu macamana nak studysebab (contoh) subjek ada 10, kalau SPM. Masa kami terhad untuk prep (dan)study”. Pada saya, (ini) satu perkara yang semua pihak perlu berfikir. Bagaimananak mengatasi masalah penjadualan yang amat ketat di sekolah berasramapenuh. Budak-budak di sekolah biasa, walaupun mungkin jadualnya sama ketatatau kurang sikit ketatnya, tapi mereka ada sokongan moral dan kasih sayangibu bapa dan ahli keluarga di sekeliling mereka. Ini amat besar kesannya.Dalam konteks yang sama, saya menyeru kepada semua mereka yangbertanggungjawab dalam pendidikan, tolong izinkan mereka yang boleh (dan)munasabah untuk balik ke rumah tiap-tiap minggu. Ini akan memulihkan emosi(dan) memantapkan EQ. EQ sebenarnya adalah emotional intelligence (dan)inilah yang menyebabkan budak-budak tertekan (dan) akhirnya terjebak dengankegiatan gangsterisme. Itu (gangsterisme) sebenarnya mencerminkan tekanan.Ingatlah, budak-budak ini sebenarnya pandai tapi tertekan. Mereka juga pandaibuat nakal. Be careful. Untuk menjinakkannya pun, perlu menggunakanpemikiran yang tegas. Pengalaman saya melihat manusia, ada budak-budak yangnakal semasa sekolah berasrama penuh, kena gantung sekolah, detention (atau)hukuman yang berat, tapi bila dewasa, mereka jadi orang yang bijaksanamalahan ada yang jadi menteri. Maksudnya, budak ini pandai (dan) kreatif.Kreativiti yang tidak terbendung akan menyebabkan mereka terjebak dalamaktiviti yang salah (dan) jenayah. Benarlah sabda Nabi SAW „Anak-anak yangnakal waktu kecil (pandai) akan membesar jadi orang dewasa yangbijaksana‟. Itu satu hakikat. Kalaulah mereka diberikan kasih sayang (dan)peluang untuk balik ke rumah, of course ibu bapa yang berkemampuan tolongmenziarah anak di sekolah berasrama penuh setiap minggu, berbual, bawamakanan (dan) sentuh kepala anak. Sayapun ada anak yang tinggal di asramadan saya datang (melawat) tiap-tiap minggu. Saya (pernah) nampak ada anakyang baring di riba ibunya. Saya cukup terkesan. Inilah senario yang patutnyaberlaku (bila) ibu bapa memapamerkan kasih sayang untuk merawat tekananemosi anak yang terkongkong dalam asrama yang jadual (dan) undang-undangnya ketat. (Mereka) dikejutkan (dari tidur), disuruh makan (dan) mandi
  • dengan loceng. All with the bell. Di rumah tidak ada begitu. Cuma (ada) teguran(dan) nasihat ibu bapa. Ini pada saya suasana yang less humanistic (dan)menjadikan mereka lebih tertekan. Ini perkara yang kadang-kadang kita terlepaspandang.Saya nampak di asrama ketika saya mengkaunsel kes-kes yang berat (di mana)budak-budak yang nakal dikumpulkan dalam satu kumpulan untuk dimotivasikan.Ini cabaran yang saya terima dengan hati terbuka sebab mungkin asbab(dengan) kita memberikan motivasi, rangsangan (dan) nasihat mungkin (akan)terbuka hati anak-anak ini untuk menjadi orang-orang berguna (dan) hebat.Dalam sekolah patut diwujudkan budaya ukhuwwah yang lebih berkesan. Sayapernah berbual dengan Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)Labu, Negeri Sembilan. Ketika itu, ada budaya (di mana) setiap pelajar akanmasuk satu kumpulan (yang terdiri dari) 10 orang pelajar. Ia seperti study group(atau) satu halaqah. Mereka macam adik beradik, tolong menolong, semuamasalah diselesaikan dalam kumpulan. Kalau tak dapat diselesaikan baru(mereka) minta bantuan guru-guru. Saya dapati prestasi mereka mendadakmeningkat (dan) keduanya masalah disiplin amat berkurangan. Di sekolah-sekolah yang berorientasikan agama, dibuat solat hajat setiap minggu untuk(memohon menjadi) pintar (dan) membentuk sakhsiah yang mulia. Ini yang kitakena warisi, war-warkan (dan) jadikan satu budaya. Jadi, semua sekolahberasrama penuh, setiap malam Jumaat (perlu) baca Yasin, solat hajat (dan) airYasin untuk diminum untuk merawat sakhsiah jadi budak yang soleh dan solehah.Saya rasa sekolah-sekolah juga patut cari jalan untuk merapatkan hubungandengan ibu bapa. Ibu bapa patut diberi ruang dan peluang untuk banyakmemberi pandangan (dan) interaksi dengan pelajar-pelajar. Saya lihat setakat inibiasanya pelajar-pelajar dibenarkan pulang sebulan sekali, jadi kalau boleh(mereka) dibenarkan pulang lebih kerap ini akan mengelakkan masalahgangsterisme, lesbianisme, dan homoseksualisme yang saya lihat ada kaitandengan kekerapan berinteraksi (dan) berjumpa dengan keluarga.BM : Apa pandangan Dato‟ mengenai dakwaan bahawa gangsterismesebenarnya berasal daripada budaya ragging?DFK : Itu mungkin satu penyumbang kecil. Pada saya ragging itu bukan puncagangsterisme yang penting. Ragging secara dulu-dulu memang tidak dibenarkan.(Sekarang) mungkin (yang dibenarkan) ialah orientasi. Kadang-kadang budak-budak ini terlalu kreatif dan tidak terbendung (akan) menggunakan majlisorientasi dengan meragging secara tidak rasmi. (Contoh meragging ialah) bangunpukul 2-3 pagi, disuruh telanjang bulat, disuruh mandi dan duduk di bawah kipasselama sejam, disuruh berkokok. Budak yang kena ragging akan berdendam,(dan) ada geng-geng di luar (akan) disuruh membantai (memukul) budak-budaksenior yang meraggingnya. Atau dia sendiri bila sampai (naik) tingkatan limaakan meragging budak-budak junior dengan berlebih-lebihan untuk melepaskangeramnya yang dulu. Maka (ini) menjadikan satu kitaran negatif vicious cycle.Ada sekolah berasrama penuh (yang berlaku kejadian ragging ini) mungkin pihaksekolah marah pada saya tapi saya tahu secara langsung sebab saya memangberbual dengan pelajar, guru kaunseling (dan) pengetua. Kadang-kadangpergeseran atau konflik antara tingkatan. (Contohnya) tingkatan empat dantingkatan lima mesti bergaduh sebagai satu budaya, tradisi. Bekas sekolah sayadulupun ada, ada masanya tingkatan empat dan tingkatan lima mesti bergaduh.Kalau main ragbi (atau) bola antara tingkatan, (mereka) mesti bergaduh. Padasaya budaya ini perlu dibendung (dan) dimansuhkan serta-merta. (Kita perlu)cari jalan untuk menghancurkan tradisi yang tidak sihat ini.BM : Kes-kes seperti ugut, merokok, memukul pelajar-pelajar lain
  • kebanyakannya dilakukan oleh pelajar tingkatan empat dan pelajartingkatan lima. Apa komen Dato‟?DFK : Bila saya berbincang (dan) berbual dengan pengetua (dan) guru-gurukaunseling, pelajar yang paling „nakal‟ ialah pelajar tingkatan dua. Pelajartingakatan dua ini baru kenal dunia. Semasa tingkatan satu, dia baik, hisap rokoktidak tahu (kerana dia) paling junior. Bila naik tingkatan dua ertinya dia sudahdapat kebebasan, dia bukan paling junior dan dia tidak menghadapi peperiksaanbesar, PMR atau SPM. Ramai guru mengadu pada saya, (pelajar) tingkatan duapaling ramai budak nakal, tetapi belum sampai ke tahap gangsterisme. Sudahada pukul-memukul semasa tingkatan dua. Very rampant. Anak saya tingkatanduapun ada mengadu. Sampai tingkatan tiga, mereka kekang kenakalan sebabnak mengambil peperiksaan yang penting. Kata guru-guru, mereka jadi baiksedikit. Bila sampai tingkatan empat, (mereka) dah bebas balik (sebab) tidak adapeperiksaan besar. Lagipun (mereka) sudah akil baligh. Sometimes they call itthe honeymoon year (sebab) tidak ada peperiksaan yang besar. Kadang-kadangyang cerdik (atau) yang nakal, mereka keluarkan (kenakalan mereka) ditingkatan empat. Bila (naik) tingkatan lima pula, ada yang terus nakal, tapi ramaiyang nakal ini tone down, kurang sedikit sebab dia akan menghadapi peperiksaanyang penting, SPM. Tapi kekangan itu (kadang kala) menjadi satu tekanan,maklumlah dia ada unsur-unsur nakal, nak bebas dan dia pula yang paling seniordi sekolah, kalau (sekolah tersebut) tidak ada tingkatan enam, dia mula nakmenekan tingkatan bawah kerana sudah ada tradisi (atau) lagendanya. Kadang-kadang tingkatan lima (adalah) masa terakhir untuk menunjukkan autoriti, kuasadan ke‟macho‟annya. Memanglah tidak dapat disangkalkan bahawa masalah yangberkaitan dengan gangsterisme mungkin melibatkan pelajar tingkatan empat danlima sebab mereka sudah agak besar dan dewasa, kononnya.Pada saya, semasa tingkatan dualah mereka perlu dikekang, dimotivasikan,dinasihat, dikaunsel, didoakan, kena dibentuk budaya-budaya cemerlang sebelummereka naik tingkatan tiga dan tingkatan empat. Tetapi masalahnya banyaksekolah berasrama penuh mengambil pelajar tingkatan empat, MRSM misalnya.Semasa tingkatan empat, mereka telah membawa budaya-budaya, kebaikannyabudaya baik tetapi ada budaya tidak sihat (seperti) budaya merokok, bergeng-geng, pukul-memukul dari sekolah biasa dan dibawa ke sekolah berasrama. Olehkerana sekolah ini hanya ada tingkatan empat dan tingkatan lima sahaja, makamereka tidak cukup masa untuk mengenali antara satu sama lain. Itu sebabnyakadang-kadang ada krisis atau konflik antara tingkatan empat dan tingkatanlima. Jika mereka bersama sejak tingkatan satu, biasanya mereka akan lebihrapat, sayang (dan) hormat-menghormati. Tak kenal maka tak cinta. Bila merekadah kenal, akan kurang tendency untuk bertengkar, bergaduh atau buli-membuli.Jadi ini semua (masalah) kena difahami oleh pihak sekolah. Mereka faham, cumanak ditengok semula apa yang boleh dilakukan untuk membendung danseterusnya menghakis (dan) menghapuskan budaya gangsterisme atau kegiatan-kegiatan (tidak sihat) di dalam sekolah. Insya-Allah.
  • Dari segi psikologi merotan hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun dengan cara yang betul, tidak memalukan mereka, dengan hasrat kasih sayang, di tempat yang tersembunyi seperti di bilik guru besar atau bilik khas dan bukan di khalayak ramai.BM : Adakah Dato‟ bersetuju dengan pandangan Kesatuan PerkhidmatanPerguruan (NUTP) bahawa kesibukan guru-guru dan pengetuamenghadiri perjumpaan dan kursus di luar sekolah adalah faktorpenyumbang kepada meningkatnya kes-kes gangsterisme di sekolah?DFK : Tengok keadaan. Kalau ramai guru dan pengetua yang pergi (menghadiri)ke kursus atau mesyuarat di luar (dan) meninggalkan sekolah dan gurupenggantinya tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Kalau inilah gurupenggantinya, maka hancurlah sekolah (dan) berlakulah kisah-kisahgangsterisme seperti yang disebut oleh NUTP.Keduanya, bila ada guru-guru pergi mesyuarat atau meninggalkan sekolah atauberkursus yang menjadi mangsa kebanyakan kelas-kelas yang mungkin terbiarialah kelas hujung. Ini pandangan saya (secara peribadi), mungkin ia tidak tepatuntuk kebanyakan sekolah tapi mengikut apa yang saya kaji sedikit-sedikit. Kalauada 10 kelas, kelas-kelas no. 9 dan 10 akan terbiar. Guru-guru akan beritumpuan pada kelas-kelas 1, 2, 3 dan 4. Walaupun cikgu tidak cukup,(menghadiri) mesyuarat, kursus kelas yang dianggap baik akan diberi tumpuan(tapi) kelas yang dianggap kurang baik akan terbiar. Budak-budak (kelas hujung)ini walaupun pandai tapi mungkin ada masalah akademik (akan) dianggap (atau)dilabel budak-budak bermasalah, (dan) terbiar pulak bila cikgu pergi kursus ataumesyuarat, maka what do you expect?Akan berlakulah seperti yang disebut tadikalau kelas-kelas yang „berisiko tinggi‟ (diabaikan). Bukan sebab mereka ini jahat(atau) bodoh. Semua pelajar, pada saya, adalah pandai cuma ada pelajar yanglemah akademik. (mereka ini) memerlukan bantuan yang lebih mantap tapikumpulan inilah biasanya terbiar bila cikgu-cikgu pergi mesyuarat.Satu lagi yang saya lihat ialah keinginan untuk menghabiskan syllabus (sukatanpelajaran). Cikgu perlu pergi kursus, itu penting untuk pentadbiran (dan) tidakdapat dielakkan. Tetapi masalahnya, kalau semua cikgu ini mengajar kelas Ayang terbaik dari segi akademik dan kelas G yang kurang baik dari segiakademik, tapi masih dengan kadar yang sama untuk menghabiskan syllabus,maka hancur. Pada saya, kelas yang hujung ini, cikgu tidak perlu menghabiskansyllabus tapi memberikan mereka asas yang mantap dengan penuh kisah, endahdan kasih sayang, maka budak yang di kelas hujung dengan bantuan yang rapiboleh menandingi kelas yang terbaik. Ini banyak kita dengar telah dibuat.Dengan memberikan kasih sayang dan effort yang berbeza. Mungkin kelas yangpertama A, B, C, D dengan cara membaca audio dan visual tapi kelas yanghujung bukan (dengan cara) membaca dan diskusi tapi banyak praktikal,kegiatan (dan) kaedah yang dilebihkan. Bila kaedah berbeza digunakan, maka
  • kelas yang hujungpun akan menandingi prestasi kelas yang terbaik. Kenadiberikan rawatan-rawatan (dan) pendekatan-pendekatan tertentu.Mungkin sebab pentadbiran sekolah memang begitu, kelas banyak, pelajar ramai(contohnya) 40 orang satu kelas, mungkin sukar sedikit untuk membuat inovasi-inovasi tertentu dalam mendidik kelas yang berbeza. Ini berkait rapat denganketiadaan guru. Kalau guru tidak ada, bolehkah digabungkan kelas-kelas ini?Kelas yang hujung dicampurkan sementara dengan kelas yang pandai untuksubjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia (atau) Kemahiran Hidup contohnya.Mungkin tidak boleh digabungkan dalam (subjek) Sains. (Kita boleh) tengok apakesan kepada budak dari kelas hujung (dari segi) menaikkan motivasi danesteem diri mereka. Mungkin ada sebab-sebab tertentu (yang menyebabkanpercampuran) tidak membolehkan ini dilakukan. Tapi ada guru-guru yangberinisiatif melakukan ini maka kesannya amat hebat.BM : Kes-kes gangsterisme yang dilaporkan kepada pihak berkuasaadalah kecil berbanding dengan jumlah yang sebenar. Banyak lagi kes-kes yang disorokkan oleh pihak sekolah atas alasan mereka tidak mahu„membuka pekung di dada‟. Apa pendapat Dato‟ mengenai pihak sekolahyang tidak memandang serius perkara ini?DFK : Inipun pada saya satu vicious cycle. Satu kitaran sengsara yang berlaku.Kalau kita (merujuk) kepada satu hadis „Yang baik dihebah-hebahkan, yangbaik disorok-sorok‟. Saya memang setuju dengan pihak sekolah yangmenyembunyikan kes-kes yang buruk yang berlaku di sekolahnya. Apa niatnya?Untuk menjaga imej sekolah. Tapi kalau disorok perkara ini (dan) mereka tidakberbuat apa-apa untuk menangani atau menghapuskan gejala ini, maka pihaksekolah telah membuat dua kesilapan. Pertama, menyorok (dari pengetahuanumum) itu mungkin bagus tapi kalau diwar-warkan, semua pihak akan datangmemberikan sorotan, tumpuan (dan) bantuan. Ibu bapa, pihak NGO dan badan-badan di sekitar sekolah akan lebih peka dan lebih endah. Banyak kebaikannya,tetapi imej sekolah mungkin akan menurun (dan) memalukan pihak PIBG,sekolah dan sebagainya.Pada saya (adalah baik) kalau pihak sekolah menyembunyikan kes-kes yangberlaku tapi dalam diam mereka membuat berbagai-bagai usaha untukmembendung dan seterusnya menghapuskan gejala-gejala gangsterisme.Persoalannya adakah mereka buat begitu? Kalau Disorokkan daripadamasyarakat umum tetapi sekolah membuat kolokium (dengan) memanggil pakar-pakar kaunseling dan motivasi, memanggil ustaz untuk sembahyang hajat(contohnya) bertindak secara kreatif dan inovatif, pada saya tidak salah.Mungkin ada kewajaran diwar-warkan untuk semua pihak membuka mata. Sudahterhantuk baru terngadah. Ibu bapa mula sedar (dan) nampak keperluan ziarahanak di sekolah berasrama penuh, untuk selalu berhubung dengan guru-guru,dsb. Dalam konteks yang sama, ada 2-3 sekolah yang bertanya pada saya,bolehkah pelajar-pelajar dibenarkan ada handphone di sekolah berasrama penuh.Sayapun termenung (dan tanya) tujuannya untuk apa dan adakahpenggunaannya terkawal? Pada saya, pelajar-pelajar boleh ada handphone, tapidengan syarat semua handphone cikgu pegang. (Masa) nak pakai, minta dengancikgu. Kalau ibu bapa mampu, boleh. Telefon di sekolah (contohnya) ada 10,yang rosak 8 (buah), yang elok 2 (sahaja). (Pelajar-pelajar) kena beratur satujam untuk menelefon ibu bapa. Kalau ibu bapa tidak dapat datang, tapi anak-anak dapat menghubungi ibu bapa setiap hari, ini suatu yang penting untukmembentuk esteem diri, moral, sakhsiah, kasih sayang (dan) emosi yang sihat.Insya-Allah, perkara-perkara yang membawa kepada gangsterisme akanterbendung.
  • BM : Gangsterisme sudah pasti membawa kesan yang tidak baik bukansahaja kepada masa depan pelajar-pelajar yang merupakan generasipelapis bahkan juga kepada ibu bapa, masyarakat dan negara. BolehDato‟ ulas kenyataan ini?DFK : Pada saya, memang tidak dapat dinafikan gangsterisme akan memberikesan kepada semua pihak, (iaitu) sekolah, ibu bapa, masyarakat dan akhirnyanegara. Semua orang tahu, masa depan sesuatu masyarakat bergantung kepadaremaja, belia, budak-budak sekolah menengah. Imam Al-Ghazali, Saidina AliR.A., Nabi Muhammad SAW dan Hamka ada menyebut „Untuk melihat generasiyang mendatang, (kita) kena teliti generasi yang ada sekarang‟. Jadigenerasi yang akan datang menjadi pelapis kita ialah budak-budak sekolahmenengah ini. Kalau pelapisnya teruk, terlibat dalam gangsterisme, hancurlahnegara di masa akan datang. Itu memang jelas dan persoalannya ialah apa yangpatut kita buat? Di samping cadangan-cadangan yang telah kita sebut tadi, padasaya perlunya ibu bapa, PIBG, NGO, persatuan belia, Kementerian Belia (danSukan), KEMAS, PEMADAM, Rukun Tetangga perlu bersepakat untuk tolongmenolong. Jangan menuding jari sebab gangsterisme di sekolah mencerminkankebobrokan masyarakat. Makin teruk gangsterisme di sekolah, sama ada sekolahbiasa atau asrama penuh, itu tandanya masyarakat kita makin teruk. Itusebenarnya satu cerminan yang amat tepat yang ada keserasian atau korolasiyang tinggi. Untuk memastikan generasi pelapis ini benar-benar bolehdipertanggungjawabkan (untuk) menjaga, mengawal dan membangunkan negarakita, semua pihak kena ambil (tindakan).Jangan menuding jari pada Kementerian Pendidikan. Saya rasa KementerianPendidikan adalah Kementerian yang paling teruk sebab nak membangunkanberjuta-juta manusia. Pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah(berjumlah) 5 juta. Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan digelar ‘the madhouse’, ‘the crazy house’ sebab Kementerian ini yang paling susah. Guru-guruberjumlah 300,000 orang, satu jumlah yang besar. Kalau pelajar-pelajar maju,tidak dipuji Kementerian Pendidikan. (Bila) ada gangsterisme, semua (pihak diKementerian Pendidikan) kena (disalahkan). Sistem pendidikan teruk, MenteriPendidikan tidak betul. Saya cakap kerana Allah Taala. Pada saya, apa yangdibuat itu setakat kemampuan. Pihak lain kena bantu, (contohnya) KementerianPertahanan untuk Program Khidmat Sosial Negara. Pada saya, walau ramai orangmenentang tapi ada kebaikannya, cuma implementasinya kena betul-betulmenarik, berwibawa, tidak menekan, seronok dan berkesan. Itu saya rasa sangatbaik. Kementerian Belia (dan Sukan) kena membantu pihak sekolah. Tapisekarang susah. Dalam keadaan sekarang yang saya faham, tak boleh.Kementerian Pendidikan untuk hal-hal dalam sekolah dan Kementerian Belia (danSukan) tidak boleh masuk campur. Kementerian Belia (dan Sukan) untuk hal-haldi luar sekolah. Pada saya ini salah sebab luar sekolah (dan) dalam sekolahberkait rapat. Kalau di luar sekolah (termasuk masyarakat) teruk, maka akanteruklah (dalam) sekolah. Kementerian Pengguna (Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna) juga kena bantu sebab budak-budak sekolahmenggunakan rokok, vcd lucah, kondom-kondom.Ertinya semua pihak jangan menuding jari. Semua pihak kena bergabung untukmembantu pihak sekolah. Sebab akhirnya kita kena lihat remaja (adalah) pelapismasyarakat, belia (adalah) pembangun negara. Maaf cakap, Kementerian Belia(dan Sukan) lah Kementerian yang paling junior. Pada pandangan saya,(Kementerian) ini mungkin yang paling kurang diberi perhatian. Masa depannegara terletak di tangan belia. Kementerian Belia (dan Sukan) tidak mendapatbajet, usaha, martabatnya seperti Kementerian lain. Pada saya, KementerianBelia (dan Sukan) sepatutnya sejajar dengan Kementerian Pendidikan dari segi
  • seniority. Pada saya, kalau Kementerian Pendidikan tidak berkesan, semua orangsama-sama bertanggjawab. Kalau kaki kita sakit, kepala pun tidak boleh tidur.Saya rasa semua pihak patut ada think tank, grup pemikir yang dibentuk (untuk)berjumpa (dan) berbincang secara kerap. Allah akan menberikan hidayah (atau)idea yang tidak akan dapat kalau kita tidak fikirkan bersama. Semua jabatan,sekolah, Kementerian (perlu) ada think tank yang akan dapat membantumemberikan pandangan. Think tank ini termasuklah cendikiawan, ibu bapa, NGO(dan) pelajar-pelajar sendiri. Pelajar-pelajar ini jangan diabaikan. Mereka jugaada pemimpin yang boleh memberi cadangan yang kadang-kadang orang tuaseperti kita langsung tidak terfikir (dan) terlepas pandang. Include them in theirown planning.BM : Akhirnya saya memohon pandangan Dato‟ berhubung sarananKementerian Pendidikan untuk mewujudkan semula hukuman merotan dikalangan pelajar yang tidak berdisiplin. Adakah hukuman merotan inidapat mengurangkan kes-kes gangsterisme?DFK : Pada saya sebarang hukuman itu ada merit dan demeritnya. Ada baik danburuknya, termasuklah hukuman merotan. Saya seorang yang dilatih dalambidang psikologi dan komunikasi, jadi dari kaca mata psikologi, hukumanmerotan ini secara umumnya kesannya lebih banyak buruk dari baik. Ertinya iniakan menyebabkan anak-anak yang kena rotan fed up, dendam, rendah diri(dan) marah yang akan terpahat dalam minda bertahun-tahun. Ada kes-kes yangsaya temuduga, nasihat, kaunseling ada yang kes-kes yang bertahun lepaskepala mereka masih fed up, benci dan menyampah pada guru yang berkenaan.Bila saya tanya pelajar yang kena rotan kerana lewat beberapa minit keperhimpunan sekolah, mereka kata “rasanya nak bakar sekolah”. Kebanyakanorang yang kena rotan rasa nak memberontak, marah dan dendam. Dari segipsikologi, merotan banyak buruk dari baiknya. Dari kacamata agama pula, Ali RAmentafsir sabda Nabi SAW di mana “Kalau ada anak yang nakal, contohnyakalau umur dah 10 tahun - 14 tahun tidak sembahyang, boleh dirotantapi anak 15 tahun tak sembahyang atau nakal jangan dirotan” . Itu yangsaya pegang. Kenapa umur 15 tahun tak boleh rotan? Kerana ini umur akilbaligh. Mereka sudah ada nilai diri, maruah diri dan pendirian. Dari segi psikologimerotan hanya sesuai untuk kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun dengancara yang betul, tidak memalukan mereka, dengan hasrat kasih sayang, ditempatyang tersembunyi seperti di bilik guru besar atau bilik khas dan bukan dikhalayak ramai. Ertinya budak-budak tingkatan 3 ke atas tak patut dirotan nomatter what. Mungkin ada hukuman lain yang munasabah yang lebih berkesan.Merotan pula kalau untuk kesan yang positif mesti dilakukan dengan cara yangbijaksana dan berhikmah, contohnya kalau saya jadi guru yang diberitanggungjawab merotan atau guru disiplin, mesti ada seorang guru lagi sebagaisaksi di sebelah saya. Ini wajib. Ini prinsipnya. Sebab guru (saksi) ini akan sama-sama berzikir dan berdoa, kalau dia orang Islam dan melihat saya kalau sayamenggunakan amarah, nafsu untuk memukul. Maksud saya dia kena tahan atauperingatkan dengan kesabaran kerana kadang-kadang kita tension, penatmendidik anak-anak dah berbelas tahun dengan kasih sayang tapi pelajar tetapnakal. Saksi ini sangat penting kalau ada-ada kes yang ibu bapa bawa kemahkamah.Kalau saya nak kena rotan, orang Islam saya kena istghifar banyak-banyak, bacaBismillah banyak-banyak dan merotan pula hendaklah di tempat yang tidakmemberi sebarang cacat. Ikut kajian (merotan) kaki tak boleh, kalau bolehpun dipunggung yang berlapik. Itupun saya tak rekomen, itu kata pakar tapi saya taksetuju. Saya lebih bersetuju kalau merotan di tapak kaki. Ilmu refleksologimengatakan tapak kaki ini pusat untuk merawat hampir semua penyakit
  • termasuk penyakit psikologi. Budak nakal sebab ada psychological problem. Jadi,kalau dirawat di tapak kakinya, mengikut pendapat refleksologi tapak kaki amatsensitif sakit kena rotan tapi langsung tidak bahaya. Baring budak atas kerusi,baca Bismillah, Istighfar kemudian rotan tapak kaki kuat-kuat, sakit betul tapi(merotan cara ini) tidak bahaya. Lagipun mungkin rotan itu akan merawatjiwanya dengan asbab sebab ini tempat kita merawat semua penyakit di tapakkaki. </DIV<< font>