• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Attachments 2011 12_5
 

Attachments 2011 12_5

on

  • 1,336 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,336
Views on SlideShare
1,336
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
42
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Apple Keynote

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Attachments 2011 12_5 Attachments 2011 12_5 Document Transcript

    • 13 CERITA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Semasa kamu dan kawan-kawan kamu sedang menunggu bas, kamu ternampak seorang tua terjatuhdi atas jalan raya, semua barang yang dibawanya bertaburan.Ceritakan tindakan yang kamu ambil untuk membantunya.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. lelaki kecil peralatan menahan barang mengutip menghidangi pondok mempelawa pulang SEDIA MENGHULURKAN BANTUAN Saya dan kawan-kawan saya menuju ke …(1)… perhentian bas. Kami bercadang hendak pergi ke bandar Sitiawan, Manjong. Saya berhasrat untuk membeli barang-barang keperluan sekolah dan buku rujukan UPSR. Semasa saya menunggu bas, saya terpandang seorang …(2)… tua. Dengan tidak semena- mena, lelaki tua itu terjatuh. Semua …(3)… yang dibawanya bertaburan di atas jalan raya. Saya segera membantunya, saya ...(4)... barang-barang yang bertaburan di atas jalan raya. Saya memimpin lelaki tua itu ke pondok perhentian bas. Namun demikian, dia bernasib baik kerana mengalami luka ...(5)... sahaja. Lelaki tua itu memberitahu saya bahawa dia dalam perjalanan ...(6)... ke rumah anaknya. Saya berjanji untuk menghantarnya pulang. Saya ...(7)... sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah saya dan pak cik tiba di rumah anaknya, dia ...(8)... saya masuk ke dalam rumah. Dia ...(9)... saya segelas minuman sejuk. Kami minum bersama-sama. Dia mengucapkan terima kasih atas pertolongan saya kepadanya. Sungguhpun rancangan untuk membeli ...(10)... sekolah dan buku-buku rujukan tidak kesampaian, namun saya berasa sungguh gembira kerana dapat membantu orang yang dalam kesusahan. Saya melangkah dengan hati yang gembira. 30UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 13 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 14 SITUASI ATAU KEPERIHALAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Pada cuti persekolahan penggal yang lepas, kamu telah menyertai program gotong-royongmembersihkan kawasan tempat tinggal kamu dan persekitarannya.Ceritakan suasana semasa program gotong-royong itu berjalan.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kumpulan sibuk berkumpul kerja bersatu ikatan balai kelihatan sempena menjayakan PROGRAM GOTONG-ROYONG DI TEMPAT SAYA Pada hari minggu yang lalu saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang penduduk kampung telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan ...(1)... Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini. Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampung sudah ...(2)... di luar balai raya. Mereka membawa bersama-sama peralatan yang sesuai untuk ...(3)... aktiviti gotong-royong. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang, dan pongkis. Kami diagih-agihkan kepada beberapa ...(4)... kecil. Tujuannya adalah untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antara kawasan yang dibersihkan termasuklah taman permainan, surau, parit, dan ...(5)... raya. Pada masa yang sama, kaum wanita ...(6)... menyediakan makanan dan minuman di perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Mereka kelihatan ...(7)... hati menjayakan program gotong-royong ini. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua ...(8)... pembersihan telah pun selesai. Petugas-petugas telah berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun ...(9)... letih, namun mereka menunjukkan kemesraan dan suasana muhibah. Saya berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalin ...(10)... silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni dapat dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan juga dapat diperkasakan. 30UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 14 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 15 FAKTA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Tulis suatu karangan yang bertajuk “Pusat Sumber Gedung Ilmu”.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. diasuh diperoleh dimanfaatkan khazanah meneroka ruang rujukan selesa proses bantu PUSAT SUMBER GEDUNG ILMU Pusat sumber terdapat di semua sekolah. Peranan pusat sumber amat besar dalam membantu melicinkan ...(1)... pengajaran dan pembelajaran. Di dalam pusat sumber terkumpul pelbagai jenis bahan bacaan seperti novel, fiksyen, dan sejarah. Pelbagai maklumat boleh ...(2)... di pusat sumber. Murid-murid juga boleh meminjam buku- buku tertentu sebagai rujukan tambahan. Mengulang kaji pelajaran lebih ...(3)... di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita. Pusat sumber ada menyediakan ...(4)... untuk perbincangan. Perbincangan adalah satu daripada cara perkongsian pintar maklumat yang amat berkesan. Semasa perbincangan juga murid-murid ...(5)... berkomunikasi lisan secara ilmiah. Selain daripada itu, pusat sumber juga menyediakan perkhidmatan audio visual. Alat bantu ini boleh ...(6)... dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Peralatan yang canggih dapat membantu menarik minat murid-murid untuk ...(7)... ilmu. Guru-guru pula boleh menggunakan pusat sumber sebagai tempat ...(8)... bagi mendapatkan pelbagai bahan pengajaran yang terkini. Alat ...(9)... mengajar seperti carta, kad imbasan, video, dan slaid disimpan di pusat sumber. Pusat sumber merupakan sebuah gedung yang sarat dengan ...(10)... ilmu yang perlu didampingi. Manfaatkanlah pusat sumber sebagai ejen pencetus minda gemilang. Jadikanlah pusat sumber sebagai sahabat setia anda. 30UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 15 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 16 PERIBAHASA (BENTUK CERITA) Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Tuliskan suatu karangan cerita berdasarkan peribahasa “Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal KemudianTidak Berguna”.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. belajar menjadi menyuntik bijak video berasa dicipta perahu berfikir menyesal SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIDAK BERGUNA Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik. Peribahasa dihasilkan bertujuan untuk ...(1)... nasihat, membimbing, dan menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik. Antara beribu-ribu peribahasa yang ...(2)... ialah “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya supaya kita tidak ...(3)... jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada hari kemudian. Sebagai contoh, Ali sangat malas ...(4)..., semua kerja sekolahnya tidak selesai. Setiap hari, dia bermain permainan ...(5)... dan menonton cerita kartun. Semasa ujian, dia tidak dapat menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat. Ali gagal dalam peperiksaan. Dia ...(6)... malu pada kawan-kawannya. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanya telah terjadi, nasi sudah ...(7)... bubur. Ali tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Benarlah kata peribahasa Melayu “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Kita mesti berhati-hati dan …(8)… terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Terlajak …(9)… boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya. Kesimpulannya, peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” mampu mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu ...(10)... membandingkan sesuatu yang ada di alam fana ini dengan diri manusia. 30UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 16 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 17 SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang ceritakanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kejayaan membaca sedih sempena bidang kagum berazam diselitkan salam diingati SURAT MENYATAKAN UCAPAN TAHNIAH No. 5, Jalan Budi 1, 25/21A, Taman Sri Muda, 46000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 12 Januari 2006. Menemui sahabatku Alia Farhana yang ...(1)... selalu, semoga saudari berada dalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat. Saudari, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas ...(2)... cemerlang saudari memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak peringkat kebangsaan ...(3)... sambutan Hari Guru pada tahun ini. Saya mengetahui berita ini melalui akhbar Berita Harian. Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah …(4)… esei saudari dalam majalah Mekar. Esei itu sungguh menarik dan mencuit hati. Jalan ceritanya ada …(5)… babak humor dan saspens. Sesungguhnya, saya ...(6)... akan hasil penulisan saudari yang bertajuk “Tekal Menempuh Hidup”. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang ...(7)... dan menyayat hati. Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam …(8)… penulisan ini. Saya ...(9)... untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti. Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan ...(10)... saya kepada keluarga saudari. Saya yang benar, NurliyanaHusnaUJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 17 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 18 SURAT KIRIMAN RASMIKelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamudikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. sejak suasana segala ucapan cuaca aduan tindakan segera keadaan lampu SURAT ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS Ketua Kelas. Tahun Enam Bestari, SK Sungai Tungku, 36000 TELUK INTAN. Guru Besar, SK Sungai Tungku, 36000 TELUK INTAN. 14 Januari 2006. Tuan, ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS Dengan ...(1)... hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu …(2)…. Aduan saya ialah tentang kerosakan …(3)… dan kipas angin di kelas kami. 3. Untuk pengetahuan tuan, kerosakan ini berlaku ...(4)... awal tahun. Perkara ini telah menimbulkan ...(5)... kelas yang kurang selesa. Perkara ini amat dirasai pada awal pagi dan pada waktu tengah hari. 4. Lampu yang rosak menyukarkan kami belajar ketika …(6)… mendung. Kipas angin yang tidak berfungsi pula menyebabkan …(7)… dan iklim di dalam kelas yang kurang selesa. Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar. 5. Harapan saya agak pihak sekolah dapat mengambil ...(8)... yang sewajarnya. Semoga kesulitan yang kami alami, akan ...(9)... berakhir. Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului dengan ...(10)... terima kasih. Sekian. Saya yang benar, Rizalman (RIZALMAN BIN KHUSAIRI) Ketua Kelas, Tahun Enam Bestari.UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 18 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 19 CATATAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktivitisambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. perutusan sambutan ucapan jamuan drama cerah sukaneka juadah antara dimulakan CATATAN SAMBUTAN HARI GURU 2005 JUMAAT, 20 MEI 2005 7.45 pagi Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2005. Semuanya kelihatan ceria. Cuaca juga …(1)… pada hari itu. 8.00 pagi Acara dimulakan dengan ...(2)... daripada Guru Besar. Diikuti Cikgu Azman membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Lim pula membaca ...(3)... Datuk Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Utusan Ketua Pengarah Pelajaran Perak pula dibacakan oleh Puan Rohaya Karim 8.45 pagi Sukaneka ...(4)... dengan acara meniup belon. Seterusnya acara lari bawa lilin dan lari kasut gergasi pula dijalankan. Perlawanan bola jaring turut diadakan ...(5)... murid dan guru. 9.45 pagi Persembahan …(6)… Hari Guru 2005 dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga menyanyikan dua buah lagu nasyid. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan …(7)… yang berjudul “Guru Agung”. 11.00 pagi Majlis berhenti rehat, kami menikmati ...(8)... yang disediakan. Kami makan bersama-sama guru, kaki tangan sekolah, dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua ...(9)... yang tersedia membuka selera kami. 11.45 pagi Upacara penyampaian hadiah acara …(10)… mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Adnan bin Haji Abu. 30UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 19 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 20 BERITA Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Kamu telah menyaksikan suatu pameran buku di tempat tinggal kamu. Sebagai wartawan majalahsekolah, kamu ditugaskan menulis satu berita tentang pameran buku tersebut.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. pameran bacaan istimewa melukis menyertai menerima bercerita dirasmikan kategori memupuk BERITA PAMERAN BUKU 2005 KOTA BHARU, 25 Disember – Suatu pameran buku telah diadakan pada 24 Disember 2005 bertempat di Dewan Utama, Pusat Sumber Pendidikan Negeri Kelantan di Pengkalan Chepa. Pameran ini telah ...(1)... oleh Datin Doktor Nor Hayati binti Abdul Rashid, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak syarikat dan kedai buku ...(2)... pameran ini. Pameran yang diadakan selama seminggu ini dibuka dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pelbagai jenis bahan ...(3)... dipamerkan, antaranya ialah buku cerita, novel, buku rujukan, dan majalah. Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk menggalakkan dan ...(4)... minat membaca di kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, ...(5)... itu juga merupakan satu daripada langkah untuk menyahut dan merealisasikan Program NILAM di sekolah. Sempena pameran buku ini, pertandingan …(6)… dan melukis turut diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu manakala satu …(7)… lagi dikhaskan kepada murid-murid tahap dua. Bahan bacaan, buku cerita, dan alat tulis untuk ...(8)... disediakan bagi kedua-dua kategori pertandingan. Para pemenang akan ...(9)... hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan oleh syarikat-syarikat buku terkemuka. Sempena pameran ini juga, pembeli diberi potongan harga ...(10)... sehingga 50%. Suasana pameran sungguh meriah dan keadaannya riuh-rendah. Pameran buku yang diadakan juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai. Semua pihak berpuas hati dengan kejayaan pameran pada kali ini. 30UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 20 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 21 LAPORAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskanlaporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. mendirikan berehat mengadakan bertolak ceramah patrol tamat diarahkan ditetapkan anggota LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI TUNGKU Pada hari Jumaat, 10 Mac 2006 yang lalu, seramai 40 orang ...(1)... pengakap dan enam orang guru dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, Teluk Intan telah ...(2)... perkhemahan pengakap di Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Di lokasi perkhemahan, ketua …(3)… memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami pun …(4)… khemah. Di samping itu, ada yang menyediakan peralatan untuk memasak. Waktu makan tengah hari telah ...(5)... pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk riadah dan ...(6)... selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi-manda di tepi pantai Teluk Batik dengan pengawasan guru-guru pengiring. Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, majlis ...(7)... diadakan. Ceramah disampaikan oleh Imam Masjid Manjong. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria Rohani”. Ceramah ini …(8)… pada pukul 11.30 malam. Selepas itu, kami masuk ke khemah masing- masing untuk berehat dan tidur. Ahad, 12 Mac 2006, berakhirlah perkhemahan anggota pengakap pada kali ini. Kira-kira pukul 2.30 petang, kami ...(9)... supaya mengemas barang masing-masing dan alat-alat perkhemahan. Setengah jam kemudian, kami ...(10)... meninggalkan Teluk Batik untuk pulang ke rumah masing-masing. Laporan disediakan oleh, 20 Mac 2006. Shafiq Nabil (SHAFIQ NABIL BIN MOHD ROSLI) Setiausaha Pertubuhan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku. 30UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 21 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 22 DIALOG Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Rakan kamu terlantar di hospital akibat kemalangan jalan raya. Kamu menziarahi rakan kamu itu dihospital, kamu ingin tahu tentang kejadian tersebut. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu itu.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. melawat perjalanan basikal menjenguk menghantar bantuan menjalani terlantar seluruh kemalangan PERBUALAN DENGAN RAKAN YANG TERLANTAR DI HOSPITAL Saya mengunjungi sahabat saya, Karim yang sedang ...(1)... di hospital. Karim terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Yang berikut adalah perbualan kami. Ramli : Apa khabar, Karim? Karim : Khabar baik. Terima kasih kerana sudi ...(2)... saya di sini. Ramli : Boleh saya tahu. Bila dan di mana ...(3)... itu berlaku? Karim : Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan kawan-kawan baru selesai ...(4)... kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di simpang tiga, berhampiran warung Wak Leman. Ramli : Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku? Karim : Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam ...(5)... pulang ke rumah. Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar ...(6)... saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas jalan raya, basikal saya putus dua. Sungguh dasyat kemalangan tersebut. Ramli : Apakah kecederaan yang awak alami? Karim : Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir ...(7)... badan saya mengalami luka dan calar-balar. Ramli : Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang ...(8)... awak ke hospital? Karim : Semasa kejadian itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan ...(9)... sebuah van yang lalu ketika kemalangan itu berlaku. Ramli : Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah. Karim : Terima kasih, Ramli. Jika ada masa lapang sudilah lagi ...(10)... saya di sini. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan sekelas kita. Ramli : Sama-sama. Baiklah, salam kamu saya akan sampaikan apabila ke sekolah nanti. 30UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 22 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 23 UCAPAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Sekolah kamu telah mengadakan majlis jamuan perpisahan kerana pertukaran guru kelas kamu kesekolah lain. Selaku ketua kelas, kamu telah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.Tulislah ucapan kamu itu selengkapnya.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. terharu tugas dahulu serangkap tingkah mengajar berjumpa membimbing bertukar mengambil UCAPAN SEMPENA MAJLIS JASAMU DIKENANG Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SK Behrang, Puan Norehan binti Kamaruddin, barisan penolong kanan, guru yang diraikan, guru-guru dan rakan-rakan. Selamat sejahtera. Terlebih ...(1)... saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini. Hadirin yang dihormati, Sebagaimana yang kita sedia maklum, Puan Zaleha binti Ahmad akan ...(2)... ke sekolah lain. Saya dan rakan-rakan berasa sedih dan ...(3)... atas pertukaran beliau. Pertukaran beliau menyebabkan kami kehilangan seorang guru yang kami sayangi. Beliau telah ...(4)... di sekolah ini selama sepuluh tahun. Selama beliau di sini, beliau telah bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau selalu ...(5)... dan menasihati kami. Segala nasihat beliau akan kami ingat dan kami jadikan panduan hidup. Jasa dan pengorbanan beliau mengasuh dan mendidik tetap kami kenang hingga ke akhir hayat. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Marikh ...(6)... kesempatan untuk memohon maaf atas segala kesalahan tutur kata dan ...(7)... laku kami selama ini. Jasa dan budi baik cikgu selama ini sukar untuk kami membalasnya. Jasamu ibarat permata yang menyinar. Kami doakan semoga cikgu bergembira di sekolah baru dan dapat menjalankan ...(8)... dengan selesa. Dengan tulus hati, kami memohon agar cikgu menghalalkan ilmu yang dicurahkan kepada kami. Harapan kami agar kita dapat ...(9)... lagi pada suatu hari nanti. Sebagai mengakhiri ucapan ini, terimalah ...(10)... pantun daripada saya. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Sekian, terima kasih.UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 23 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 24 SYARAHAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Kamu telah terpilih memasuki pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberiialah “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. dialirkan dibuang berbahaya disebabkan hidupan negatif keadilannya merugikan kegunaan pencemaran KESAN PENCEMARAN AIR KEPADA KEHIDUPAN Yang dihormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Penolong- penolong Kanan, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji ...(1)..., serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas baldu ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Hadirin yang dihormati, Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi ...(2)... oleh berbagai-bagai faktor. Antaranya ialah sampah-sarap dan sisa-sisa minyak ...(3)... ke dalam laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang dengan mudah ...(4)... ke dalam sungai dan ke dalam laut. Perkara ini mengakibatkan ...(5)... air yang berterusan. Kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air yang telah tercemar itu. Manusia menggunakan air untuk ...(6)... harian, pertanian dan perindustrian. Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang tercemar amat ...(7)... untuk kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit dan cirit-birit. Selain itu, pencemaran air juga boleh mengakibatkan …(8)… air, seperti rumpair, ikan, dan sebagainya akan pupus. Ini memberi kesan yang …(9)… kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan juga turut terjejas. Hadirin yang budiman, Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak ...(10)... kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut. Sekian, terima kasih. 30UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 24 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B
    • 25 PERBAHASAN Bahagian B [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [30 markah]Kamu telah dipilih memasuki pertandingan perbahasan peringkat kelompok. Sebagai pihak pencadang,kamu dikehendaki menyokong tajuk perbahasan “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada PerananGuru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Tuliskan hujah-hujah kamu selengkapnya.Isikan tempat-tempat kosong dalam karangan di bawah ini dengan pilihan jawapan yang betul. kelahiran pelbagai berpeleseran mengawasi mengasuh menentukan berakhirlah menyokong peranan menjejaki Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid Yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang bijaksana, guru-guru, barisan pembangkang yang saya hormati dan rakan sekalian. Berdirinya saya di sini adalah untuk ...(1).. tajuk perbahasan pada hari ini iaitu “Peranan Ibu Bapa Lebih Penting daripada Peranan Guru dalam Membentuk Disiplin Murid”. Ibu dan bapa ialah orang yang bertanggungjawab terhadap ...(2)... seseorang insan. Sebelum kanak-kanak itu ...(3)... alam persekolahan, mereka mengenali ibu bapa dan adik- beradiknya sahaja. Jika baik yang mereka lihat dan dengar maka baiklah yang mereka ikut. Murid-murid hanya berada di sekolah selama kira-kira lima jam. Dengan ...(4)... dan masa yang terhad, guru-guru tidak mampu untuk membentuk disiplin murid dengan lebih sempurna. Malahan, guru-guru juga terpaksa melakukan tugasan lain di samping berhadapan dengan ...(5)... kerenah anak didik mereka. Hadirin yang dihormati, Setelah tamat waktu persekolahan, ...(6)... peranan guru. Guru-guru sudah tentu tidak dapat memberi perhatian kepada anak-anak didik mereka. Ketika inilah, ibu bapa memainkan peranan penting ...(7)... anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna. Ibu bapa perlu memberi perhatian dan ...(8)... anak-anak mereka supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti merokok, melepak, merayau, dan ...(9).... Jika ibu bapa gagal memainkan peranan yang sewajarnya, masalah disiplin akan menjadi lebih teruk dan sukar untuk dibendung. Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa peranan ibu bapa lebih penting daripada peranan guru dalam membentuk disiplin kanak-kanak. Ibu dan bapalah yang boleh ...(10)... agar nasi tidak menjadi bubur. Fikirlah dan laksanakanlah peranan masing-masing. Sekian, terima kasih. 30UJANA LESTARI PENULISAN : TAHUN LIMA 25 ITEM FORMAT BAHARU UPSR : BAHAGIAN B