Sistem Suria
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Sistem Suria

on

  • 3,604 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,604
Views on SlideShare
3,559
Embed Views
45

Actions

Likes
2
Downloads
110
Comments
1

4 Embeds 45

http://saniahsamsudin.blogspot.com 28
http://mbc0060.1bestarinet.net 13
http://lipinthen.blogspot.com 2
http://aba0001.1bestarinet.net 2

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • best bljaq psai sstem suria ??
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Sistem Suria Sistem Suria Presentation Transcript

  •  SistemSuria terdiri daripada Matahari, 9 buah planet, asteroid, komet, meteor dan meteoroit. Matahari adalah pusat Sistem Suria dan jasad-jasad yang lain dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.
  •  Matahari adalah jasad yang terbesar dalam Sistem Suria. Matahari mengandungi lebih daripada 99 % jumlah jirim dalam Sistem Suria. Matahari terletak pada pusat Sistem Suria dan semua jasad dalam Sistem Suria beredar mengelilinginya. Matahari bukan satu sfera pejal. Matahari dibentukkan oleh gas-gas yang amat panas, hampir semuanya hidrogen dan helium.
  •  Permukaan Matahari mempunyai tompok-tompok hitam.Tompok hitam adalah kawasan yang lebih sejuk. Di sekeliling tompok hitam, terdapat letusan gas yang disebut nyal suria. Nyala suria berlaku secara tiba-tiba dan hanya kekal selama beberapa minit. Adakala Matahari juga menghasilkan pancutan gas yang boleh mencapai jarak beribu-ribu kilometer. Pancutan gas ini disebut prominen. Matahari membekalkan haba dan cahaya iaitu keperluan asas bagi hidupan di Bumi. Cahaya Matahari amat penting kepada hidupan kerana cahaya Matahari memberikan tenaga kepada tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan.
  • Planet ialah nama yang diberikan kepada jasad besar berbentuk sfera yang beredar mengelilingi Matahari.Terdapat sembilan planet dalam Sistem Suria.
  •  Utarid ialah planet yang paling dekat dengan Matahari dan merupakan planet yang kelapan besar dalam Sistem Suria. Diameter Utarid adalah 4 870 km. Permukaan Utarid adalah amat panas dan mempunyai banyak kawah seperti permukaan Bulan. Suhu pada tengah hari adalah 420 ⁰C dan suhu pada tengah malam boleh mencapai ─180 ⁰C iaitu 180 ⁰C di bawah takat beku ais. Utarid tidak mempunyai atmosfera dan tiada Bulan.
  •  Zuhrah adalah planet yang kedua dari Matahari dan merupakan planet yang keenam besar dalam Sistem Suria. Diameternya berukuran 12 100 km. Permukaan Zuhrah tidak dapat dilihat dari Bumi kerana diseliputi awan-awan yang tebal. Lapisan tebal atmosfera Zuhrah merangkap haba daripada cahaya Matahari dan menjadikan suhu permukaan Zuhrah paling panas dalam Sistem Suria. Suhu di permukaan Zuhrah adalah di antara 430 ⁰C dan 480 ⁰C. Atmosfera zuhrah adalah terdiri daripada karbon dioksida dan titisan-titisan asid sulfurik. Zuhrah tidak mempunyai Bulan.
  •  Bimi ialah planet yang ketiga dari Matahari dan merupakan planet yang kelima besar dalam Sistem Suria. Bumi dibentukkan kira-kira 4.5 hingga 4.6 bilion tahun dahulu. Bumi kita ialah planet tunggal di Sistem Suria yang menyokong kehidupan dan mempunyai air dalam bentuk cecair pada permukaannya. Bumi mempunyai satu Bulan. Bulan adalah objek tunggal di luar Bumi yang pernah didarati oleh manusia Atmosfera Bumi terdiri daripada 78 % nitrogen dan 21 % oksigen serta sedikit karbon dioksida, argon dan air.
  •  Marikh ialah planet yang keempat dari Matahari dan merupakan planet yang ke tujuh besar dalam Sistem Suria. Diameternya lebih kurang 6 670 km. Marikh kelihatan merah kerana permukaannya mengandungi banyak karatan besi. Marikh mempunyai polar putih pada kedua-dua kutubnya yang dibentukkan oleh karbon dioksida pejal. Atmosfera Marikh amat nipis dan terdiri daripada karbon dioksida dan sedikit nitrogen. Marikh mempunyai dua Bulan yang dinamakan Phobos dan Deimos.
  •  Musytari ialah planet yang kelima dari Matahari dan merupakan planet yang terbesar dalam Sistem Suria. Diameter planet ini adalah lebih kurang 14 300 km. Musytari tiada permukaan pejal. Musytari dibentukkan daripada gas hidrogen dan helium. Atmosfera luar Musytari mempunyai jalur-jalur berwarna dan satu tompok merah besar ( tiga kali saiz Bumi). Musytari mempunyai 16 Bulan.
  •  Zuhal ialah planet yang keenam dari Matahari dan merupakan planet yang kedua besar dalam Sistem Suria. Diameternya berukuran 120 400 km. Zuhal mempunyai lingkaran-lingkaran lebar dan cerah mengelilinginya yang terbentuk daripada ketulan-ketulan ais. Permukaan Zuhal dibentukkan daripada gas hidrogen dan helium. Atmosfera Zuhal terdiri daripada gas hidrogen , helium dan sedikit metana. Planet yang berwarna kuning ini mempunyai banyak Bulan ( sekurang- kurangnya lebih daripada 23 Bulan).
  •  Uranus ialah planet yang ketujuh dari Matahari dan merupakan planet yang ketiga besar dalam Sistem Suria. Planet yang berwarna biru hijau ini mempunyai 15 Bulan. Planet Uranus mempunyai sekurang-kurangnya 24 satelit- satelit. Dua daripada mereka yang terbesar sekali dikenali sebagai Titania dan Oberon. Ia dikelilingi oleh beberapa gegelang halus yang terdiri daripada ais bergaris-pusat beberapa meter, yang gelap dan tidak begitu berkilat.
  •  Neptun ialah planet yang kelapan dari Matahari dan merupakan planet yang keempat besar dalam Sistem Suria. Atmosfera Neptun terdiri daripada gas hidrogen, helium dan metana. Planet yang berwarna biru ini mempunyai 8 Bulan.
  •  Pluto ialah planet yang paling jauh dari Matahari dan merupakan planet yang paling kecil dalam Sistem Suria. Pluto mempunyai 1 Bulan. Pluto ditemukan oleh Clyde William Tombaugh, seorang astronom muda di Observatorium Lowell, pada 18 Februari 1930
  •  Asteroid adalah batu atau logam yang beredar mengelilingi Matahari dalam satu jalur di antara Marikh dan Musytari.  Ada lebih kurang 100 000 asteroid dalam Sistem Suria.  Asteroid mempunyai pelbagai bentuk dan saiz.253 Mathilde, asteroid jenis-C berukuran 50 km . Gambar  Asteroid yang terbesar ialahdiambil pada 1997 oleh prob NEAR Shoemaker Ceres yang mempunyai diameter 1000 km.
  •  Meteor boleh dilihat dari Bumi sebagai “tahi bintang” pada waktu malam. Sebenarnya tahi bintang adalah sebutir batuan kecil dari angkasa lepas yang sedang jatuh ke Bumi. Geseran antara meteor dan atmosfera Bumi menyebabkan meteor itu berbara dan kelihatan sebagai satu coret cahaya. Satu meteor yang besar tidak dihapuskan dalam lintasannya melalui atmosfera Bumi dan dapat sampai ke permukaan Bumi. Meteor yang sampai ke Bumi disebut meteorit. Satu meteor besar yang menghempas Bumi boleh menghasilkan kawah yang besar pada permukaan Bumi. Meteorit adalah meteor-meteor yang sampai ke permukaan Bumi
  •  Komet adalah ketulan ais dan debu yang beredar mengelilingi Matahari.  Apabila suatu komet menghampiri Matahari, komet dipanaskan lalu melepaskan gas dan debu.  Pantulan cahaya Matahari daripada gas dan debu itu kelihatan sebagi ekor komet.Sebuah komet  Ekor sebuah komet sentiasa menghala menjauhi Matahari.
  •  Matahari berusia 5 bilion tahun.Jisimnya 332 000 kali jisim Bumi.Diameternya 1.4 juta km. Suhu permukaannya 6000 ⁰C. Matahari adalah 150 juta km dari bumi. Semua planet dalam Sistem Suria tidak memancarkan cahaya sendiri. Planet-planet kelihatan bersinar kerana memantulkan cahaya dari Matahari. Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun dinamakan “Raksaksa Bergas” kerana keempat-empat planet itu amat besar dan dibentukkan oleh gas terutamanya gas hidrogen dan helium.
  •  Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi Bumi. Kuar angkasa yang dihantar ke planet Zuhrah harus boleh tahan suhu sehingga 500 ⁰C iaitu suhu yang boleh meleburkan timah. Bulan Mac diterbitkan daripada Marikh. Uranus pertama kali ditemui oleh William Herschel pada 13 Mac 1781.
  •  Kewujudan Neptun diramalkan oleh ahli-ahli astronomi sebelum planet ini ditemui pada 23 September 1846. Pluto adalah lebih kecil daripada bulan kita. Dari manakah datangnya meteor-meteorit ? Kebanyakan meteorit dipercayai berasal daripada asteroid. Ada juga beberapa meteorit yang berpunca daripada komet. Komet yang paling terkenal ialah Komet Hally. Komet ini boleh dilihat dari Bumi sekali setiap 76 tahun.
  •  Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama dan pada waktu yang sama berputar pada paksi masing-masing dalam arah yang sama. Bumi mengambil masa satu tahun untuk membuat satu pusingan yang lengkap mengelilingi Matahari. Peredaran Bumi mengelilingi Matahari menyebabkan kejadian 4 musim ( Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk).
  •  Bumi mengambil masa satu hari untuk membuat satu putaran lengkap pada paksinya. Putaran bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam.
  • Jarak Bumi dari Matahari 150 juta kmTempoh setahun 365 hariTempoh sehari 24 jamDiameter Bumi 12 760 kmSuhu purata di permukaan Bumi 22 ⁰C
  • Planet Terdiri Jarak dari Bilangan Lingkaran daripada Matahari Bulan (km)UTARID Batuan 58 juta 0 TiadaZUHRAH Batuan 108 juta 0 TiadaBUMI Batuan 150 juta 1 TiadaMARIKH Batuan 228 juta 2 TiadaMUSYTARI Cecair dan 778 juta 16 Ada gasZUHAL Cecair dan 1427 juta 18 Ada gasURANUS Cecair dan 2800 juta 15 Ada gasNEPTUN Gas beku 4500 juta 8 AdaPLUTO Batuan dan 5900 juta 1 Tiada ais
  • TAHUN NAMA KUAR ANGKASA PENCAPAIAN1965 Mariner 4 dari Amerika Melalui Marikh Syarikat1971 Mariner 9 dari Amerika Mengelilingi Marikh Syarikat untuk kali yang pertama. Mengambil banyak gambar foto.1976 Vikings 1 & 2 dari Pendaratan pertama di Amerika Syarikat marikh. Mengumpul banyak data dan gambar foto.
  • TAHUN NAMA KUAR ANGKASA PENCAPAIAN1973 Pioneer 10 Melalui Musytari untuk kali pertama1974 Pioneer 11 Melalui sahajaMac 1974 Voyager 1 Terbang berdekatan Musytari untuk mengambil gambar foto planet itu dan 5 Bulannya.Julai 1979 Voyager 2 Sama dengan Voyager 1
  • TAHUN NAMA KUAR ANGKASA PENCAPAIAN1979 Pioneer 11 Melalui Zuhal untuk kali yang pertama.1980 Voyager 1 Terbang berdekatan planet untuk mengambil gambar foto planet,lingkaran dan Bulan.1981 Voyager 2 Sama dengan Voyager 1