SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
-
                                                                             www.lamanbahasa.wordpress.com


SULIT                                                                               1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
2 Yzjam
September
2010



              PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA
                    PKPSM PULAU PINANG

                           PERCUBAAN SPM 2010




                                   BAHASA MELAYU
                                         Kertas 2

                                 Dua jam tiga puluh minit


         JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

   1.     Kerlas soalan ini mengandungi empat soalan.
   2.     Jawab semua soalan.
   3.     Jawaban bagi Soalan 2 (b), So alan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan
          leks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
   4.     Jawaban boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.




                      Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak.




                                                                    [Lihat halaman sebelah



110312 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang                                           SULIT
-
                                                                               www.lamanbahasa.wordpress.com

SULIT                                         2                                         1103/2



                                      So alan 1 : Rumusan
                                           [30 markah]

Baca pelikan di bawah ini dengan lelili, kemudian buat satu rumusan ten tang peranan remaja
untuk merealisasikan '1Malaysia' dan kekangan yang dihadapi. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

   Gagasan 'lMalaysia' bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum. Identiti setiap kaum yang berbeza itu dianggap sebagai aset dan asas
utama konsep ini ialah keadilan untuk semua kaum. Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri
daripada golongan remaja dan belia sebenarnya cerminan kepada 'lMalaysia'. Sehubungan
dengan itu, semua remaja dan belia perlu mempunyai misi dan visi yang sarna dengan
kepemimpinan negara.

   Perbezaan budaya dan agama bukan penghalang kepada perpaduan, sebaliknya perbezaan itu
dilihat sebagai suatu keistimewaan dalam masyarakat majmuk di negara kita. Remaja kita,
khususnya perlu menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum
selama ini. Keadaan ini perlu dilestarikan demi keharmonian dan keamanan negara. Perpaduan
antara kaum perlu disepadukan dengan mengetepikan masalah peribadi dalam kalangan rakyat.
Perpaduan kaum juga mungkin tidak akan tercapai jika kita tidak mempunyai warganegara yang
berkualiti dan aktif dalam menunaikan tanggungjawab mereka.

   Sejajar dengan itu, remaja juga mestilah mempunyai kemahiran berfikir dan kemah iran
menyelesaikan masalah, sesuai dengan peranan mereka sebagai bakal pemimpin dan penentu
masa depan negara. Remaja yang cemerlang dalam mengejar ilmu pengetahuan mempunyai sifat
dan ciri yang dapat menjadikan mereka berminda kelas pertama. Orang muda perlu berjuang
demi masa depan dengan ciri kewarganegaraan satu bangsa, satu bahasa, dan satu negara. Bagi
memastikan aset terpenting negara ini terus bersinar, remaja perlu menumpukan usaha ke arah
menggilap potensi dan menyerlahkan bakat yang ada. Hal ini penting kerana mereka yang
berbakat dan mempunyai nilai serta kualiti yang tinggi dapat menyumbang ke arah
merealisasikan hasrat murni ini.

   Sebagai generasi pelapis negara ini, remaja tiada pilihan lain kecuali meletakkan prestasi
akademik sebagai keutamaan. Mereka perlu berusaha dan beriltizam pada setiap masa serta
bersaing secara sihat dalam mengejar ilmu. Pelibatan lebih aktif dalam bidang sukan juga
membantu menjayakan gagasan 'lMalaysia'. Sukan merentasi semua sempadan dan setiap
kejayaan merupakan hasil komitmen sebagai sebuah pasukan atau institusi yang diwakili. Sukan
juga menjadi landasan untuk meningkatkan kerjasama bagi mencapai kejayaan secara
berpasukan.

   Golongan remaja perlu menyertai pelbagai bentuk program dan aktiviti yang merangkumi
aspek politik, ekonomi, budaya dan sosial. Program pembangunan belia juga tidak boleh lagi




1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang·                                             SULIT
-
                                                                            www.lamanbahasa.wordpress.com



SULIT                                        3                                       1103/2



dilaksanakan melalui persatuan berbentuk perkauman. Sasaran program juga tidak semestinya
terbatas kepada keahlian dalam persatuan sahaja. Maka, program yang melibatkan semua kaum
perlu dipertingkatkan agar remaja dapat berinteraksi dan bermesra. Mereka juga dapat
mengenali budaya kaum lain. Keadaan ini akan meningkatkan persefahaman antara remaja yang
berlainan kaum. Oleh itu, remaja perlu mengambil inisiatif untuk mengenali nilai, norma dan
budaya kaum lain.

     Jelaslah, remaja berperanan penting dalam menjanakan agenda membina negara bangsa.
Untuk memajukan negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan keadaan ini dimulakan
dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum.

                                    (Dipetik dan diubah suai daripada 'Merealisasikan 'Satu
                                   Malaysia' oleh Ismail Sualman, Dewan Siswa, Ogos 2009)




                                  Soalan 2 : Pemahaman

                                       [35 markah]

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

Soalan 2(a) - Petikan Vmum



(i)    Apakah maksud rangkai kata menjanakan agenda?
                                                                                [2 markah]

(ii)   Bagaimanakah penyertaan dalam pelbagai bentuk program dapat merealisasikan
       gagasan IMalaysia?
                                                                      [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah dalam memahamkan pelajar tentang
      gagasan ' 1Malaysia'?

                                                                                [4 markah]




1103/2 @2010HakCiptaPKPSMPulauPinang                                                 SULIT
-
                                                                                www.lamanbahasa.wordpress.com
SULIT                                          4                                         110312



Soalan 2(b) - Petikan Drama
Raca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudianjawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

UMAR           lni bukan soal suka tak suka ke luar negeri Piah. Kalau jadi guru pun bukan tak
               mungkin I ke luar negeri.
SAFIAH         Ke luar negeri sebulan dua melawat-Iawat sahaja, buat apa?
UMAR           Habis apa maksud you?
SAFIAH      : I mahu duduk di luar negeri, bekeIja di luar negeri.(Memandang ke kejauhan,
               matanya penuh impian, bangga dan bergaya) Di Paris, di London, di ....
UMAR        : (Sinis) Di United States, di Hollywood ....
UMAR        : (Sedikit kesal) You terlalu memikirkan diri sendiri, I suka jadi guru dan kita pun
              memap.g kekurangan guru.
SAFIAH      : (Tak sabar) You ni nasionalis sangat ......
UMAR        : (Memandang penuh pada Safiah) Ya, nasionalis tak nasionalis, cuba you, tengok.
              Tiap tahun beribu-ribu murid masuk sekolah, tapi beberapa orang guru yang
              bertambah? Berapa orang mahasiswa-mahasiswa yang mahu jadi guru?
SAFIAH      : (Cepat geram) You terlalu statis!
UMAR        : (Rerpaling dari Safiah, perlahan tapi pahit) You terlalu ingin main salji sahaja,
              mahu duduk-duduk di London atau Amerika (membisu beberapa lama).
SAFIAH        (Terdiam, memandang Umar, kemudian membongkok ke hadapan, menyentuh
              sedikit tangan Umar, dan berkata dengan nada baru, logik dan lembut) I tahu You
              nak berkhidmat dalam negeri, I tahu you bercita-cita nak berjasa kepada bangsa. I
              hargai. Tapi I bercakap sebagai tunang you, yang ikut sarna memikirkan masa
              depan kita .... Dan di luar negeripun you dapat berkhidmat dengan bangs a, you
              boleh memperkenalkan negeri kita di luar negeri ....


                                 (Dipetik daripada drama 'Serunai Malam', oleh Osman Awang
                                        dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka)

   (i)   Apakah impian Safiah dalam petikan di atas?
                                                                                     [2 markah]

   (ii) Pada pendapat anda, apakah reaksi yang patut ditunjukkan oleh Safiah apabila Umar
        menyatakan keinginannya untuk menjadi guru di dalam negara? Jelaskan.

                                                                                     [3 markah]

   (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada
         keseluruhan drama.
                                                                                    [4 markah]




1103/2 @2010HakCiptaPKPSMPulauPinang                                                     SULIT
-
                                                                              www.lamanbahasa.wordpress.com



SULIT                                          5                                       1103/2



Soalan 2(c) - Petikan Pros a Klasik


Baca pelikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayal anda sendiri.

   Maka kata Hang Jebat, "Apatah dayaku? Sekalian itu dengan kehendaknya juga; tiada dengan
kuasaku perbuat itu, supaya namaku masyhur pada segala negeri." Maka kata Hang Jebat,"
Adapun aku tiada mahu turun dari istana ini berlawan dengan engkau, kerana engkau hulubalang
besar lagi temama; tiada boleh kupermudahkan seperti lawan yang dahulu itu dan engkau
saudara tua padaku; tiada baik. Jika engkau hendak bertikam dengan aku, marilah naik." Maka
sahut Laksamana, "Bukakanlah pintu itu." Maka kata Hang Jebat, "Nantilah aku seketika lagi;
aku hendak berlangirkan kerisku."
   Maka Hang Jebat pun menutup pintu istana empat puluh itu. Setelah sudah maka Hang Jebat
pun menghunus kerisnya, maka ditikamnya segala perempuan isi istana yang tujuh ratus itu,
seorang pun tiada tinggal. Maka darah pun seperti hujan yang lebat turun ke bawah istana. Maka
Laksamana berseru-seru, katanya, "Hai Si Jebat, pekerjaan apa kau kerjakan ini? Alangkah
dosanya." Maka sahut Hang Jebat, "Inilah pekeIjaan yang sempuma. Sepala-pala jahat dengan
kepalang, seperti perumpamaan Melayu, rosak bawang ditimpa jambaknya." Maka Laksamana
berkata pula, "Hai Si Jebat, segeralah bukakan aku pintu ini!"

                                            (Dipetik daripada 'Pertarungan Tuah dengan Jebat',
                                       dalam antologi Anak Laul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

   (i)   Apakah maksud rosak bawang ditimpajambaknya?
                                                                                   [2 markah]

   (ii) Apakah tindakan Hang Jebat apabila dia diminta oleh Hang Tuah untuk membuka
        pintu agar mereka bertikam?
                                                                               [3 markah]

   (iii) Pada pendapat anda, apakah yang harns dilakukan oleh Hang Tuah untuk mengelakkan
         pertumpahan darah?
                                                                                [3 markah]




1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang                                              SULIT
-
                                                                                    www.lamanbahasa.wordpress.com

SULIT                                             6                                         1103/2



So alan 2(d) - Puisi
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

          SYAIR KELEBIHAN ILMU

          Ilmu itulah gemala sakti,
          Sinarnya cerah cahaya sejati,
          Asal puncanya lamun didapati,
          Sukar bercerai sehingga mati.

          Harganya tidak dapat dinilaikan,
          Sebuah dunia belinya bukan,
          Kuasanya besar sukat digunakan,
          Di laut di darat di rimba di pekan.

          Masa seorang ialah taulan,
          Ternan berbeka suluh berjalan,
          Masa berhimpun ia pengenalan,
          Hias penyata polan si polan.

          Bagi yang duka ia penghibur,
          Ia penerang bagi yang kabur,
          lalah kandil di dalam kubur,
          Lamun dengannya beramal subur.

          Ia penerang jalan ke syurga,
          Ia pemuas tekak yang dahaga,
          Ialah sungai ialah telaga,
          Laut yang luas ialah juga.

          lalah alat sangat berguna,
          Idaman orang yang bijaksana,
          Hamparnya luas amat saujana,
          Tepinya ajal sempadannya fana.

                                                         (Dipetik daripada 'Syair Kelebihan Ilmu' ,
                                                dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka)


   (i)   Berikan maksud baris syair Ilmu itulah gemala sakti.                          [2 markah]

   (ii) Pada pendapat anda apakah kesannya kepada negara jika remaja hari ini tidak
        menguasai ilmu pengetahuan?                                               [4 markah]

   (iii) Nyatakan tiga pengajaran yang ingin disampaikan melalui syair di atas?
                                                                                       [3 markah]
                       Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang'                                                 SULIT
-
                                                                                www.lamanbahasa.wordpress.com


SULIT                                             7                                       110312



                                             [30 markah]
                                      Jawab semua soalan
(a)   Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk
      menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda
      tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
      itu sebagai peribahasa atau nama khas.

      (i)     berkuat kuasa         menguatkuasakan
      (ii)    berputar belit        memutarbelitkan
      (iii) berlipat ganda          melipatgandakan
                                                                                      [6 markah]


(b)   Tukarkan ayat bentuk cakap ajuk di bawah ini kepada ayat bentuk cakap pindah tanpa
      mengubah maksud asalnya.

      (i)      "Rupa-rupanya panggilan telefon tentang kebakaran yang kami terima pada pagi
               tadi ialah panggilan palsu," kata pegawai bomba itu.

      (ii)     "Bagaimanakah perasaan kamu apabila diumumkan sebagai Tokoh Pelajar pada
               tahun ini?" tanya Amin kepada Iskandar.

      (iii)    "Janganlah kamu bersedih lagi kerana setiap peristiwa yang berlaku pasti ada
               hikmah di sebaliknya," kata Mak Cik Limah kepada Aisyah.

                                                                                      [6 markah]


(c)   Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
      penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
      boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
      penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

      (i)      Inspekter Azman telah mengarahkan beberapa orang anggota polis mengisi bahan
               bukti yang ditemukannya ke dalam beg plastik itu.

      (ii)     Murtabak ayam istimewa yang terjual di restoran itu sangat laris kerana rasanya
               sangat sedap sekali.

      (iii)    Para penyelidik itu sanggup menjelajahi ke seluruh pelusok kampung untuk
               mengkaji masalah yang dihadapi oleh rakyat termiskin.

                                                                                      [6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunapn kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap


1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang                                                    SULIT
-
                                                                              www.lamanbahasa.wordpress.com


SULIT                                         8                                        110312



ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

      (i)     Peserta Program Latihan Khidmat Negara telah menyenaraikan keperluan-
              keperluan yang hendak dibawa sepanjang tempuh berada di kern.

      (ii)    Setiap orang anggota masyarakat haruslah meminimumkan penggunaan air pada
              musim panas agar bekalan air tidak perlu dikawal.

      (iii)   Kerja-kerja menyiapkan projek pembinaan rumah pangsa yang tertangguh itu akan
              dipercepat demi untuk kebaikan pemiliknya.

                                                                                  [6 markah]


(e)   Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang
      sama maksudnya dengan peribahasa yang terdapat dalam setiap ayat di bawah.

      (i)     Sekiranya seseorang melakukan sesuatu biarlah sampai mencapai maksudnya
              kerana alang-alang berdakwat biarlah hitam.

      (li)    Seseorang yang terkena tipu muslihat akan lebih berhati-hati pada hari muka
              kerana sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu.

      (iii)   Kita perlu lebih berhati-hati dengan orang yang bersikap bagai gunting makan di
              hujung kerana mereka melakukan pengkhianatan secara senyap-senyap.


                                                                                  [6 markah]




1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang                                             SULIT
-
                                                                           www.lamanbahasa.wordpress.com

SULIT                                            9                                   110312




                                       So alan 4 : Novel

                                             [15 markah]


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


         (i)     Terminal Tiga karya Othman Puteh

         (U)     Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof

         (iii)   Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

         (iv)    Bukit Kepong karya Ismail Johari

         (v)     Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

         (vi)    Julia karya Abu Hassan Morad

         (vii)   Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad



   (a) Sesebuah novel akan memperlihatkan sesuatu peristiwa yang mampu menyentuh
       perasaan pembaca.
       Jelaskan dua peristiwa yang menyentuh perasaan dalam novel yang anda kaji.
                                                                                [7 markah]

   (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu penstlwa yang
       menunjukkan kebijaksanaan watak utama menyelesaikan masalah dalam setiap novel
       tersebut.
                                                                          [8 markah]



                                KERTAS SOALAN TAMAT




1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang                                           SULIT

More Related Content

Featured

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by HubspotMarius Sescu
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTExpeed Software
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsPixeldarts
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthThinkNow
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfmarketingartwork
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024Neil Kimberley
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)contently
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024Albert Qian
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsKurio // The Social Media Age(ncy)
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Search Engine Journal
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summarySpeakerHub
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Tessa Mero
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentLily Ray
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best PracticesVit Horky
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementMindGenius
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...RachelPearson36
 

Featured (20)

2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot2024 State of Marketing Report – by Hubspot
2024 State of Marketing Report – by Hubspot
 
Everything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPTEverything You Need To Know About ChatGPT
Everything You Need To Know About ChatGPT
 
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage EngineeringsProduct Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
Product Design Trends in 2024 | Teenage Engineerings
 
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental HealthHow Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
How Race, Age and Gender Shape Attitudes Towards Mental Health
 
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdfAI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
AI Trends in Creative Operations 2024 by Artwork Flow.pdf
 
Skeleton Culture Code
Skeleton Culture CodeSkeleton Culture Code
Skeleton Culture Code
 
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
PEPSICO Presentation to CAGNY Conference Feb 2024
 
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
Content Methodology: A Best Practices Report (Webinar)
 
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
How to Prepare For a Successful Job Search for 2024
 
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie InsightsSocial Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
Social Media Marketing Trends 2024 // The Global Indie Insights
 
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
Trends In Paid Search: Navigating The Digital Landscape In 2024
 
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
5 Public speaking tips from TED - Visualized summary
 
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
ChatGPT and the Future of Work - Clark Boyd
 
Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next Getting into the tech field. what next
Getting into the tech field. what next
 
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search IntentGoogle's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
Google's Just Not That Into You: Understanding Core Updates & Search Intent
 
How to have difficult conversations
How to have difficult conversations How to have difficult conversations
How to have difficult conversations
 
Introduction to Data Science
Introduction to Data ScienceIntroduction to Data Science
Introduction to Data Science
 
Time Management & Productivity - Best Practices
Time Management & Productivity -  Best PracticesTime Management & Productivity -  Best Practices
Time Management & Productivity - Best Practices
 
The six step guide to practical project management
The six step guide to practical project managementThe six step guide to practical project management
The six step guide to practical project management
 
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
 

Bm2 pulau pinang

  • 1. - www.lamanbahasa.wordpress.com SULIT 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2 Yzjam September 2010 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PKPSM PULAU PINANG PERCUBAAN SPM 2010 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kerlas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawaban bagi Soalan 2 (b), So alan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan leks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawaban boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah 110312 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang SULIT
  • 2. - www.lamanbahasa.wordpress.com SULIT 2 1103/2 So alan 1 : Rumusan [30 markah] Baca pelikan di bawah ini dengan lelili, kemudian buat satu rumusan ten tang peranan remaja untuk merealisasikan '1Malaysia' dan kekangan yang dihadapi. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Gagasan 'lMalaysia' bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Identiti setiap kaum yang berbeza itu dianggap sebagai aset dan asas utama konsep ini ialah keadilan untuk semua kaum. Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja dan belia sebenarnya cerminan kepada 'lMalaysia'. Sehubungan dengan itu, semua remaja dan belia perlu mempunyai misi dan visi yang sarna dengan kepemimpinan negara. Perbezaan budaya dan agama bukan penghalang kepada perpaduan, sebaliknya perbezaan itu dilihat sebagai suatu keistimewaan dalam masyarakat majmuk di negara kita. Remaja kita, khususnya perlu menghayati falsafah muhibah dan kerukunan serta keharmonian antara kaum selama ini. Keadaan ini perlu dilestarikan demi keharmonian dan keamanan negara. Perpaduan antara kaum perlu disepadukan dengan mengetepikan masalah peribadi dalam kalangan rakyat. Perpaduan kaum juga mungkin tidak akan tercapai jika kita tidak mempunyai warganegara yang berkualiti dan aktif dalam menunaikan tanggungjawab mereka. Sejajar dengan itu, remaja juga mestilah mempunyai kemahiran berfikir dan kemah iran menyelesaikan masalah, sesuai dengan peranan mereka sebagai bakal pemimpin dan penentu masa depan negara. Remaja yang cemerlang dalam mengejar ilmu pengetahuan mempunyai sifat dan ciri yang dapat menjadikan mereka berminda kelas pertama. Orang muda perlu berjuang demi masa depan dengan ciri kewarganegaraan satu bangsa, satu bahasa, dan satu negara. Bagi memastikan aset terpenting negara ini terus bersinar, remaja perlu menumpukan usaha ke arah menggilap potensi dan menyerlahkan bakat yang ada. Hal ini penting kerana mereka yang berbakat dan mempunyai nilai serta kualiti yang tinggi dapat menyumbang ke arah merealisasikan hasrat murni ini. Sebagai generasi pelapis negara ini, remaja tiada pilihan lain kecuali meletakkan prestasi akademik sebagai keutamaan. Mereka perlu berusaha dan beriltizam pada setiap masa serta bersaing secara sihat dalam mengejar ilmu. Pelibatan lebih aktif dalam bidang sukan juga membantu menjayakan gagasan 'lMalaysia'. Sukan merentasi semua sempadan dan setiap kejayaan merupakan hasil komitmen sebagai sebuah pasukan atau institusi yang diwakili. Sukan juga menjadi landasan untuk meningkatkan kerjasama bagi mencapai kejayaan secara berpasukan. Golongan remaja perlu menyertai pelbagai bentuk program dan aktiviti yang merangkumi aspek politik, ekonomi, budaya dan sosial. Program pembangunan belia juga tidak boleh lagi 1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang· SULIT
  • 3. - www.lamanbahasa.wordpress.com SULIT 3 1103/2 dilaksanakan melalui persatuan berbentuk perkauman. Sasaran program juga tidak semestinya terbatas kepada keahlian dalam persatuan sahaja. Maka, program yang melibatkan semua kaum perlu dipertingkatkan agar remaja dapat berinteraksi dan bermesra. Mereka juga dapat mengenali budaya kaum lain. Keadaan ini akan meningkatkan persefahaman antara remaja yang berlainan kaum. Oleh itu, remaja perlu mengambil inisiatif untuk mengenali nilai, norma dan budaya kaum lain. Jelaslah, remaja berperanan penting dalam menjanakan agenda membina negara bangsa. Untuk memajukan negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu dan keadaan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum. (Dipetik dan diubah suai daripada 'Merealisasikan 'Satu Malaysia' oleh Ismail Sualman, Dewan Siswa, Ogos 2009) Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Soalan 2(a) - Petikan Vmum (i) Apakah maksud rangkai kata menjanakan agenda? [2 markah] (ii) Bagaimanakah penyertaan dalam pelbagai bentuk program dapat merealisasikan gagasan IMalaysia? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah dalam memahamkan pelajar tentang gagasan ' 1Malaysia'? [4 markah] 1103/2 @2010HakCiptaPKPSMPulauPinang SULIT
  • 4. - www.lamanbahasa.wordpress.com SULIT 4 110312 Soalan 2(b) - Petikan Drama Raca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudianjawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. UMAR lni bukan soal suka tak suka ke luar negeri Piah. Kalau jadi guru pun bukan tak mungkin I ke luar negeri. SAFIAH Ke luar negeri sebulan dua melawat-Iawat sahaja, buat apa? UMAR Habis apa maksud you? SAFIAH : I mahu duduk di luar negeri, bekeIja di luar negeri.(Memandang ke kejauhan, matanya penuh impian, bangga dan bergaya) Di Paris, di London, di .... UMAR : (Sinis) Di United States, di Hollywood .... UMAR : (Sedikit kesal) You terlalu memikirkan diri sendiri, I suka jadi guru dan kita pun memap.g kekurangan guru. SAFIAH : (Tak sabar) You ni nasionalis sangat ...... UMAR : (Memandang penuh pada Safiah) Ya, nasionalis tak nasionalis, cuba you, tengok. Tiap tahun beribu-ribu murid masuk sekolah, tapi beberapa orang guru yang bertambah? Berapa orang mahasiswa-mahasiswa yang mahu jadi guru? SAFIAH : (Cepat geram) You terlalu statis! UMAR : (Rerpaling dari Safiah, perlahan tapi pahit) You terlalu ingin main salji sahaja, mahu duduk-duduk di London atau Amerika (membisu beberapa lama). SAFIAH (Terdiam, memandang Umar, kemudian membongkok ke hadapan, menyentuh sedikit tangan Umar, dan berkata dengan nada baru, logik dan lembut) I tahu You nak berkhidmat dalam negeri, I tahu you bercita-cita nak berjasa kepada bangsa. I hargai. Tapi I bercakap sebagai tunang you, yang ikut sarna memikirkan masa depan kita .... Dan di luar negeripun you dapat berkhidmat dengan bangs a, you boleh memperkenalkan negeri kita di luar negeri .... (Dipetik daripada drama 'Serunai Malam', oleh Osman Awang dalam Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah impian Safiah dalam petikan di atas? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah reaksi yang patut ditunjukkan oleh Safiah apabila Umar menyatakan keinginannya untuk menjadi guru di dalam negara? Jelaskan. [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan drama. [4 markah] 1103/2 @2010HakCiptaPKPSMPulauPinang SULIT
  • 5. - www.lamanbahasa.wordpress.com SULIT 5 1103/2 Soalan 2(c) - Petikan Pros a Klasik Baca pelikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayal anda sendiri. Maka kata Hang Jebat, "Apatah dayaku? Sekalian itu dengan kehendaknya juga; tiada dengan kuasaku perbuat itu, supaya namaku masyhur pada segala negeri." Maka kata Hang Jebat," Adapun aku tiada mahu turun dari istana ini berlawan dengan engkau, kerana engkau hulubalang besar lagi temama; tiada boleh kupermudahkan seperti lawan yang dahulu itu dan engkau saudara tua padaku; tiada baik. Jika engkau hendak bertikam dengan aku, marilah naik." Maka sahut Laksamana, "Bukakanlah pintu itu." Maka kata Hang Jebat, "Nantilah aku seketika lagi; aku hendak berlangirkan kerisku." Maka Hang Jebat pun menutup pintu istana empat puluh itu. Setelah sudah maka Hang Jebat pun menghunus kerisnya, maka ditikamnya segala perempuan isi istana yang tujuh ratus itu, seorang pun tiada tinggal. Maka darah pun seperti hujan yang lebat turun ke bawah istana. Maka Laksamana berseru-seru, katanya, "Hai Si Jebat, pekerjaan apa kau kerjakan ini? Alangkah dosanya." Maka sahut Hang Jebat, "Inilah pekeIjaan yang sempuma. Sepala-pala jahat dengan kepalang, seperti perumpamaan Melayu, rosak bawang ditimpa jambaknya." Maka Laksamana berkata pula, "Hai Si Jebat, segeralah bukakan aku pintu ini!" (Dipetik daripada 'Pertarungan Tuah dengan Jebat', dalam antologi Anak Laul, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah maksud rosak bawang ditimpajambaknya? [2 markah] (ii) Apakah tindakan Hang Jebat apabila dia diminta oleh Hang Tuah untuk membuka pintu agar mereka bertikam? [3 markah] (iii) Pada pendapat anda, apakah yang harns dilakukan oleh Hang Tuah untuk mengelakkan pertumpahan darah? [3 markah] 1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang SULIT
  • 6. - www.lamanbahasa.wordpress.com SULIT 6 1103/2 So alan 2(d) - Puisi Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAIR KELEBIHAN ILMU Ilmu itulah gemala sakti, Sinarnya cerah cahaya sejati, Asal puncanya lamun didapati, Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat dinilaikan, Sebuah dunia belinya bukan, Kuasanya besar sukat digunakan, Di laut di darat di rimba di pekan. Masa seorang ialah taulan, Ternan berbeka suluh berjalan, Masa berhimpun ia pengenalan, Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur, Ia penerang bagi yang kabur, lalah kandil di dalam kubur, Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga, Ia pemuas tekak yang dahaga, Ialah sungai ialah telaga, Laut yang luas ialah juga. lalah alat sangat berguna, Idaman orang yang bijaksana, Hamparnya luas amat saujana, Tepinya ajal sempadannya fana. (Dipetik daripada 'Syair Kelebihan Ilmu' , dalam antologi Kerusi, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan maksud baris syair Ilmu itulah gemala sakti. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda apakah kesannya kepada negara jika remaja hari ini tidak menguasai ilmu pengetahuan? [4 markah] (iii) Nyatakan tiga pengajaran yang ingin disampaikan melalui syair di atas? [3 markah] Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa 1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang' SULIT
  • 7. - www.lamanbahasa.wordpress.com SULIT 7 110312 [30 markah] Jawab semua soalan (a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) berkuat kuasa menguatkuasakan (ii) berputar belit memutarbelitkan (iii) berlipat ganda melipatgandakan [6 markah] (b) Tukarkan ayat bentuk cakap ajuk di bawah ini kepada ayat bentuk cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya. (i) "Rupa-rupanya panggilan telefon tentang kebakaran yang kami terima pada pagi tadi ialah panggilan palsu," kata pegawai bomba itu. (ii) "Bagaimanakah perasaan kamu apabila diumumkan sebagai Tokoh Pelajar pada tahun ini?" tanya Amin kepada Iskandar. (iii) "Janganlah kamu bersedih lagi kerana setiap peristiwa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya," kata Mak Cik Limah kepada Aisyah. [6 markah] (c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. (i) Inspekter Azman telah mengarahkan beberapa orang anggota polis mengisi bahan bukti yang ditemukannya ke dalam beg plastik itu. (ii) Murtabak ayam istimewa yang terjual di restoran itu sangat laris kerana rasanya sangat sedap sekali. (iii) Para penyelidik itu sanggup menjelajahi ke seluruh pelusok kampung untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh rakyat termiskin. [6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunapn kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap 1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang SULIT
  • 8. - www.lamanbahasa.wordpress.com SULIT 8 110312 ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Peserta Program Latihan Khidmat Negara telah menyenaraikan keperluan- keperluan yang hendak dibawa sepanjang tempuh berada di kern. (ii) Setiap orang anggota masyarakat haruslah meminimumkan penggunaan air pada musim panas agar bekalan air tidak perlu dikawal. (iii) Kerja-kerja menyiapkan projek pembinaan rumah pangsa yang tertangguh itu akan dipercepat demi untuk kebaikan pemiliknya. [6 markah] (e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama maksudnya dengan peribahasa yang terdapat dalam setiap ayat di bawah. (i) Sekiranya seseorang melakukan sesuatu biarlah sampai mencapai maksudnya kerana alang-alang berdakwat biarlah hitam. (li) Seseorang yang terkena tipu muslihat akan lebih berhati-hati pada hari muka kerana sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu. (iii) Kita perlu lebih berhati-hati dengan orang yang bersikap bagai gunting makan di hujung kerana mereka melakukan pengkhianatan secara senyap-senyap. [6 markah] 1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang SULIT
  • 9. - www.lamanbahasa.wordpress.com SULIT 9 110312 So alan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Terminal Tiga karya Othman Puteh (U) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof (iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said (iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari (v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Julia karya Abu Hassan Morad (vii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad (a) Sesebuah novel akan memperlihatkan sesuatu peristiwa yang mampu menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan dua peristiwa yang menyentuh perasaan dalam novel yang anda kaji. [7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu penstlwa yang menunjukkan kebijaksanaan watak utama menyelesaikan masalah dalam setiap novel tersebut. [8 markah] KERTAS SOALAN TAMAT 1103/2 @ 2010 Hak Cipta PKPSM Pulau Pinang SULIT