Your SlideShare is downloading. ×
Fadhilat Surah YaasinKERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA)Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..Ayat 1 - 9 ...
amalan.Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang danurut dada, bacalah ayat tsbt.Ayat 78 - 79 -...
FatihahRead 3 Qul (three times each)Ayat KursiAyat 29 - "In kanat illa...."Untuk mendiamkan orang yang selalu melemparkata...
merekadan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca,agar orang yang sakit berada dalam kesenang...
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekaliganjarannya sama dengan...
Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali     pada waktu pagi dan petang...
5. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah AlMulk pada mana-mana malam, nes...
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescayapermintaannya di perkenankan, jika sakit leka...
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala balabencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah in...
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akanterhindar dari perbuatan-perbuatan sy...
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barangsiapa membaca ayat 35 dari surah ini...
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapatkemuliaan dan kehormatan sejati. Dan b...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Fadhilat al quran

1,752

Published on

Published in: Spiritual
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,752
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
22
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Fadhilat al quran"

  1. 1. Fadhilat Surah YaasinKERBERKATAN YAASIIN (DR FATMA ELZAHRAA)Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang..Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diriAyat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayatini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dankejahatan mulut.Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita.Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Mu hammad, Kitaorang Islam dll.Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuktanam. Tanaman akan subur.Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia inidijadikan berpasang-pasangan.Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya dipertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada mukasetiap pagi sebelum keluar rumah.Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yangkering akan hidup semula.Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t.yang satu.Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal -Elok dibaca sewaktumenaiki kenderaan.Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkanfitnah dalam hidup.Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.Ayat 49 - Mencer itakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama -Datang dengan tiba-tibaTiupan ke-dua - HancurTiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padangMahsyar.Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dansapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.( amat mujarab buat sakit kepala dan flu amalkan insyallah baik, Ivepracticed this method subhanallah, effective)Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan
  2. 2. amalan.Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang danurut dada, bacalah ayat tsbt.Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doabermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat)menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79) -Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital puntanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yangmenciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segalamakhluk."Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca padaair dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulangbacaan tsbt sehingga 40 hari.Caranya:Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoaapa sahaja hajat.Wallahualam.1. Selepas sembahyang subuh2. 3 Jumaat berturut-turut3. Ayat 1 - Yassin baca 7x4. Ayat 38 - 12x5. Ayat 58 - 7x6. Ayat 82 - 14x7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6.Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajatidan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.Wallahualam.Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:Yasin is the jantung of Al-QuranKnow the meaning of ayat-ayat in Al-QuranYasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:Child is sickFeeling troubled.Memudahkan urusanMemudahkan perjalananAs selusoh (to ease pain when giving birth)Read Yasin (3x) over waterRead 3 Qul (three times each)FatihahBaca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekiramatidalam tidur, dosa diampunkan.Ayat 9 - "Wajaalna... ."Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..Lindungi diri dari dianiayaBagi perlindungan diri dan rumah semasa tidurBaca Ayat 9
  3. 3. FatihahRead 3 Qul (three times each)Ayat KursiAyat 29 - "In kanat illa...."Untuk mendiamkan orang yang selalu melemparkata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.Ayat 36 - "subhanallazi. ."Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dansapu ke muka pada pagi hariYa Wadud (3x)Ayat 58 - "Salamun..."Jika sakit anggotaTak tenang hatiBaca (7 x) dan gosok pada tempat sakit ( amat mujarab buat sakit kepaladan flu amalkan insyallah baik, Ive practiced this method subhanallah,effective)Ayat 76 - "Falayahzun. ."Bila rasa sedihUntuk menenangkan hatiGosok jantung sambil bacaAyat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."Tulang patahSakit sendiSakit lututAyat 82 - "Innama amruhu.."Jika mandulUntuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badanDry methodSembahyang tahjudSembahyang hajatDoa minta hajatBaca ayat 100 x dengan yakinAmalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuhpenyakit dalam badan)Seperti di atasBila baca ayat, tiup dalam airMinum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda laino Doa sambil minumo Untuk 41 pagiWallahualam.Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamalaamaalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.Dalam YASSIN merangkum:Ø Ilmu Pertanian < BR>Ø Ilmu FalakØ Ilmu LautØ Ilmu KiamatØ Ilmu Ciptaan ManusiaØ Ilmu BinatangØ Ilmu KenabianSurah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orangsakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi
  4. 4. merekadan bukannya di kubur.(terutama ayat 12) -- sebab kenapa kita perlu baca,agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidupinsaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.***** sekadar informasi *******Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalamAl-Quran adalah:Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulitØ Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubatyang mujarab.Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.Khasiat Surah Al-IkhlasSurah Al IkhlasAu zubillah himinashsyaitannirrajim...bismillahirrahmannirrahim"Mesej BergambarTafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagiMaha Mengasihani.Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dansyaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacingkepanasan.Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali..Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah alam kepada anggota rumah dansekiranya tada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kitamenjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukarmenjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akanmembusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akanmembawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikianditerangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :siapakah antara kamu yang dapatkhatam Quran dalam jangka masa dua-tigaminit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. MalahSaiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil boleh mengatam Quran dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawaSaiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Alimembaca surah Al-Ikhlas 3 kali.
  5. 5. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekaliganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyaktiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya Rasulullah SAW) israk ke langit,maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnyasetiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnyapahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupunperempuan.Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itutertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walamyuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a..s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikatIsrafil a.s. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.” Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.” Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit. Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain: Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya. Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah. Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki. Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.
  6. 6. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil. Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh. Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya “Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja. Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya. Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali. Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.SURAH AL-MULKKelebihan Surah Al-MulkSurah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zamanRasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidakmenyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, merekatiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itudatangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di ataskubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam lalu bagindabersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindarpembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulisbentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yangmembacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampununutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."2. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itumemelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."3. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira,sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itutertulis di dalam hatinya."4. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membacasurah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
  7. 7. 5. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah AlMulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penggantiuntuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.6. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalamAl-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akandatang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah merekaselamat masuk ke dalam Syurga."7. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surahyang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah AlMulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dariNeraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam tidak akan beradumelainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya darikena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntutkelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."10. Saiyidina Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia padahari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnyabeberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebatpada pandangan makhluk."12. Saiyidina Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehinggamenjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahuwa Taala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan:"Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanyamengandungi surah Al Mulk." HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH DAN AYAT ALQURAN ALKARIM By - BISMILLAH (Dengan nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca. SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
  8. 8. Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescayapermintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk danditakuti oleh musuh. Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahayarohaninya.AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara daritipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadikaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakarandan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakankepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuklalu membaca sekali, nescaya Allah ! Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allahakan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, raya berdoa untuk sipembacasehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut se dalam hadith yang lain:Barangsiapamembacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginyahingga kesubuh, dan mengurniakankota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia padamalam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan:Barangsiapamembacanyaselepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut,dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahidyang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a.mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaranukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akanterselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapaikesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.SURAH AN-NISSA‟ (Perempuan)Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat darikejahatan para penjahat.SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hariberturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas air lalu diberi minumkepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.SURAH AL-AN‟AM (Binatang Ternak)
  9. 9. Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala balabencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamatdari karam dan tenggelam.SURAH AL-A‟RAAF (Benteng Tinggi)Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, laluberistighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membacaayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akanmendapat rahmat Allah.SURAH AL- ANFAL (Rampasan)Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormatioleh sekalian manusia.SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapaihakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,dikedai atau ditempat-tempatperniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.SURAH YUNUS (Yunus)Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya iamelahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa membaca ayat 64dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.SURAH AL-HUD (Hud)Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan sertaketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, padasetiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatangyang liar. Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiapsembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.SURAH YUSUF (Yusuf)Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaranhidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakankesalehan kepada anak-anaknya.SURAH AR-RA‟D (Petir)Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapamembaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
  10. 10. Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akanterhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida‟ah.SURAH AL-IIIJ‟R (Batu Gunung)Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selaluanak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagapinsya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika iapulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yangsetempat dengannya.SURAH AL-KAHF (Gua)Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapamembacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.SURAH MARYAM (Maryam)Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.SURAH THAAHAA (Hai Manusia)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuandan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas danakalnya akan sempurna.SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besarpangkat di sisi Allah s.w.t .SURAH AL-HAJ (Haji)Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.SURAH AL-MU‟MINUN (Orang-orang Mukmin)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minumminuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 darisurah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamatdari kecurian dan serangan musuh.SURAH AN-NUUR (Cahaya)
  11. 11. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barangsiapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescayadia akan disegani oleh orang ramai.SURAH AL-FURQAN (Pembaca)Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan didalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liardan ular-ular yang bisa.SURAH ASY-SYU A‟RA (Ahli-ahli Syair)Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.SURAH AN-NAML (Semut)Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuridan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescayaotaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya,nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.SURAH AR-RUM (Rum)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendakmenzaliminya.SURAH LUQMAN (Luqman)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama daripenyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat31 dari surah ini, nescaya akanterselamat dari bencana banjir.SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang barulahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
  12. 12. Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapatkemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 darisurah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.SURAHSABA„ (Saba„)Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya darirosaknya tanam-tanaman.SURAH FAATHIR (Pencipta)Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.SURAH YAASIIN (Hai Manusia)Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quranialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecualidosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: “Hendaklah kamumembaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescayaAllah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.” Dalam satu hadith yang lain pulaBaginda s.a.w bersabda : “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiapumatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dancita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoaistghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan olehTuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akanmaju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata iamati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiapsembahyang Jumaat,nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya olehseorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakankepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar di! dapati di dalam kitab-kitabhadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.SURAH SHAAD (Shaad)Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagiansejati.”Berdoalah kepadaKu, nanti Aku perkenankan permintaanmu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembah Aku, mereka akan masuk nerakajahannam dengan hina.”[Al-Mukmin: 60]

×