• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Psv 1
 

Psv 1

on

  • 4,072 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,072
Views on SlideShare
4,072
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
172
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Psv 1 Psv 1 Document Transcript

    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)TAJUK 1 PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTAKONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR• SINOPSISMatlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalahuntuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusipemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantuguru meningkatkan rasa kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluanbidang seni yang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami perkembangan serta kronologiperkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan selepas Merdeka agardapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum Pendidikan Seni di negaraserta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan murid-murid di sekolah.• HASIL PEMBELAJARAN• Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSVKBSR• Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR• Mengaitkan kepentingan perkembangan Kurikulum• Merancang dan mereka bentuk aktiviti seni visual dalam pengajarandan pembelajaran• Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain1
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)1.0 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di MalaysiaJadual 1 :Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni VisualJadual 2 :Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual2Transisi merentasikurikulum PSVerentasi kurikulumPendidikan InstitusiPenerbitan Penubuhan kelab seniSebelumMerdekaAwalMerdeka Sekarang
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)a) Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia1.1 Laporan Winstedt- Zaman BritishTujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Neger-negeri Selat 1885 adalah; Cukup untuk kehendak-kehendak biasabudak-budak Melayu, yang kelak akan menjadi pemandu keretalembu, penanam padi dan nelayan. Tujuan kerajaan bukanlahuntuk mewujudkan segelintir pemuda yang berpendidikan baik.Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan, kerana iahanya akan menimbulkan kesulitan nanti1.2 1916 – Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendahdi Tanah Melayu-Sekolah Melayu dan maktab mengajar matapelajaran lukisan. Anyaman diletakkan di bawah mata pelajaransains pertanian1.3 Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeriSelat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:-Lukisan adalah mustahak untuk “Latihan yang amat baikmemerhati alam” yang didapati darinya, dan ia dapatmenimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih merekaketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengankerja- kerja mandur. Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4.Menyediakan matapelajaran Kerjatangan seperti membuat bakul.1.4 Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam8.00 pagi hingga 12.00 tghMata pelajaran :-Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu,Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan, Senaman,Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistemPersekolahan Melayu lebih mirip kepada kampung-anjuranR.O.Winstedt1.5 Penyata Rahman TalibPada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semulaimplementasi dasar pendidikan di bawah ordinan pendidikan 1957yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman TalibAntara syor yang dikemukakan:3
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkanhad umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaranpercuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah mulai1962. Memperbanyakkan kemudahan pendidikan teknik danvokesional. Mengadakan pendidikan agama Islam.Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannyasebagai bahasa kebangsaan.1.6 Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikandi negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)telah diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-gurudana dipelajari oleh murid-murid dalam KLSR antaranya ialahBahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Tawarikh, IlmuAlam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan AgamaIslam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani danlain-lain.1.7 Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikutkehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga1979 oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihatkesesuaian KLSR ini.1.8 Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapatibahawa KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengankurikulum yang baru. Implikasi daripada laporan ini ialahpengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) padatahun 1982.1.9 Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pastikelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenalipada asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarmenjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segikurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia adamengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaranmasa depan termasuklah Pendidikan Seni Visual.1.10 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yangpositif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulumPendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakanterhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telahbeberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahantersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan,4
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangankurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabilakurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School denganmemberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahirdalam kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya MdNasir bin Hj. Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum PendidikanSeni Visual).1.11 Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian PelajaranMalaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baruini, murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar duakumpulan mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajibdan mata pelajaran elektif.1.12 Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah denganpenekanan kepada melengkapkan perkembangan diri seseorangindividu melalui nilai peribadi individu dan pemupukan kesedaranterhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalammenghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budayadan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah,matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebihmantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.1.13 Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaranwajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaranPendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkinike arah mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran PendidikanSeni Visual sekolah rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPKpada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasakesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alampersekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapatmenyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat danNegara, selaras dengan hasrat FPK.Terdapat empat bidang yangterkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sepertiberikut :(a) Melukis dan membuat gambar(b) Membuat corak dan rekaan5
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)(c) Membentuk dan membuat binaan(d) Mengenal kraf tradisional1.14 Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatianaktif, interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasiaspek seni. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagaipengimbang kepada mata pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arahperkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi,estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasapengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan senisebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran,dan seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (MazlanMohamad.1996)1.15 Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual peringkat menengah.Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat SijilTinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagimenggantikan Kertas Peperiksaan Lukisan yang digubal olehUniversity of Cambridge Local Examintin Syndicate tahun 1982.1.16 Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan kepada pembelajaranyang berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebihberorientasikan kepada peperiksaan semata-mata bagi mengujikemahiran calon dari aspek melukis dan pertukangan menerusi enamkertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan pelajaran.1.17 Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalamisebarang perubahan selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuatbagi dijadikan syarat kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidakmemberansangkan apabila persepsi yang direndah dan salahkhususnya dikalangan pihak sekolah dan masyarakat yang melihatmatapelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidakmempunyai prospek serta dipertikai dari aspek nilai komersialnya.1.18 Melalui perbincangan Jawatankuasa yang diketuai Prof Madya DrMohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatankuasa telahmembahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatankuasa danMPM bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan di gantikandengan Sukatan Pelajaran Seni Visual. Ianya merupakan satukesinambungan dari Matapelajaran Pendidikan Seni Visual diperingkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran6
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)Malaysia (SPM) dan juga menjadi jambatan ilmu ke program-programseni lukis dan seni reka serta yang berkaitan di Institusi PengajianTinggi (IPT). Pemurniaan sukatan pelajaran sekali lagi mengalamiperubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan.Maka pada tahun 2005 pemurniaan oleh jawatankuasa yang samamenggubal beberapa aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual danpenghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga komponeniaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek PenghasilanKarya7AspekPendidikan SebelumMerdekaPendidikan SelepasMerdekaMatlamat danObjektifIsi kandunganPendekatanLatihan 1Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelumMerdeka dan selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.Latihan 1Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelumMerdeka dan selepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)b) Kelahiran Institusi Seni1.1 1922 – Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris-Memberi latihanperguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajarantermasuk lukisan, pertanian dan pertukangan. Melahirkan tokohpelukisan yang mempunyai ‘sudut pandangan Melayu’Mengetengahkan hal benda tempatan. Anatara tokoh seperti Mohd.Said Hj. Hussain dan Idris Hj. SalamAntara matapelajaran :Pekerjaan tangan- kerja membuat ragadianggap paling sesuai kerana: Seni pertukangan asliBahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan mudah,Bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab1.2 Sukatan Pelajaran Tahun pertama* penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka jugadikehendaki mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotandan buluh. Tahun Kedua, sambungan kerja tahun pertama.Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas1.3 1960-Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala LumpurDibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-masing antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikanjasmani. Selain itu, Pendidikan guru kelas buta dan cacatpendengaran, Kaunseling dan kerjaya, Teknologi pendidikan dansebagainya Peter Harris mengendalikan kurikulum JabatanPendidikan Seni bagi latihan guru dan antara kakitangan awal MPIKadalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee JooFor, Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran senihalus, seni grafik dan kraftangan diberi penekanan. Sukatan mata pelajaranyang ditawarkan adalah seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni8
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)seramik, Seni tekstil (batik), Seni anyaman/tenunan Kursus wajib –lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan Seni, Latihanpraktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah sepertiAhmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail HashimBagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkanpelajaran ke peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an).1.4 1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui LaporanRahman Talib. Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu,logam, seni bina dan lukisan teknik dimasukkan ke dalam kursus seni1.5 1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA)Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam,Seni tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni rekatembikar, Seni reka kasut.1.6 Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru pendidikanseni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, ChongKam Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telahmengambil alih peranan kakitangan MPIK yang sebelum inimemainkan peranan penting dalam bidang seni lukis avant-gardenegara. Mereka telah menanamkan semangat yangmemberangsangkan di kalangan pelukis muda serta memupukkewujudan masyarakat seni secara keseluruhannya pada tahun-tahun1970-an.Antara pelukis yang mencipta nama ialah Syarifah FatimahSyed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli Buyong dan ramailagi.1.7 1971-Universiti Sains MalaysiaDi bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidangSeni lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik,arca, fotografi, sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni.Melahirkan tokoh-tokoh seperti Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan RezaPiyadasa.9Latihan 2Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat keatas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu,apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajarterhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai olehpelajar?Latihan 2Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat keatas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu,apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajarterhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai olehpelajar?
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)c) Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis1.1 1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkanmata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalambahasa Cina1.2 1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru PulauPinang dan ahli Penang Impressionist1.3 1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorangpengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusansekolah seni dari United Kingdom. Beliau telahmemperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatanguru sebagai pelukis banyak membantu perkembanganpendidikan seni di sekolah-sekolah tanah air.Terusberkembang dengan penubuhan sekolah kelab melukis antaraperkara yang diajar :Antaranya Kelas potret – Mohd. Hossein10
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)Enas, Kelas Arca – Idris Salam, Kelas Grafik – Zakaria Nordan Kelas seni dalaman – Habibah Baharudin1.4 1954 – Malay Teachers Union-Perkembangan seni visualPulau Pinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54hingga 29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guruMelayu telah diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikanoleh J.N. Davies, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang disertai 20orang guru seni.1.5 1956-Majlis Kesenian MalayaPengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal AbidinHj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongankepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjagakredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan,kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiridaripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris1.6 1957- Thursday Art Group –Rentetan dari penubuhan WAGdengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktivitibanyak berbentuk potret yang disesuaikan dengan budaya danidentiti kebangsaan melalui pakaian, adat resam, kebudayaandan kerjaya.1.7 1966-Penang Teachers’ Art Circle-Latihan pendidikan seni diluar negara. Terdiri daripada guru-guru seni tujuan :membetulkan kaedah dan tatacara pembelajaran pendidikanseni.d) Penerbitan1.1 Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art andCrafts iaitu buku pertama mengenai sejarah seni dan senipertukangan.1.2 1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkankaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan1.3 1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakanoleh guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai matapelajaran termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan disekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.Kitab Pedoman Guru Penggal II disusun oleh O.T. Dussek dan11
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yangditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaranLukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat pentingdigunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini disekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.1.4 1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For SeniorSchools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolah-sekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, PulauPinang. Merupakan buku teks Lukisan dan PertukanganTangan. Bab-bab yang terkandung di didalam buku Craft Workantaranya ialah Corak pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan /kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan stensil, Cetakan lino, Cara-cara menjilid buku dan alat yang digunakan.1.5 “Kitab Rajah-Rajah Anyaman oleh guru anyaman –Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilihkemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuatperabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dansebagainya. Mejilid buku: untuk penuntut tahuntiga. Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaanpermainan bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanahliat: penuntut terpilih1.6 1957- Buku Panduan Guru– Kementerian PelajaranPersekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenaiMengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untukmembangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanak-kanak, menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dankecerdasan kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka.Selain itu, objektifnya menjurus kepada pembinaankebolehan menghargakan dan menciptakan keindahan,Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak, Penyuburankecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti yangterkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti lukisanbiasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagianiaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar,Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan.1.7 1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kananseni lukis Sekolah Victoria, Singapura) dan W.T.Swinbanks12
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)(pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura).Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siriteknik menghadapi peperiksaan lukisan untuk SchoolCertificate.1.8 1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh CambridgeSeries for Schools and Training Colleges oleh Blythe yangmenjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentukgeometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruhMalaya.2.0 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan SeniVisuala) Matlamat Pendidikan Seni VisualRancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysiatelah disusun semula supaya selaras dengan perkembangan terkiniagar dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Tujuannya untuk melengkapkan kamahiran murid ke aras pencapaiankeilmuan yang tinggi dari aspek kesenian, reka bentuk, teknologi, danalam kehidupan selepas persekolahan.Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbanganpenekanan kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan SeniVisual, beberapa kemahiran generik, perkembangan potensi diri dankeupayaan diri sebagai seorang murid yang inovatif dan produktifdalam seni visual. Contoh modul yang dihasilkan oleh PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia adalahmenjadi rujukan kepada guru-guru di sekolah.13Latihan 3Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelumMerdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan andatentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hariini yang telah dibentuk?Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.Latihan 3Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelumMerdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan andatentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual pada hariini yang telah dibentuk?Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu;1. Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alampendidikan dengan aktif.2. Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan sertapenghasilan seni visual.3. Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budayamenerusi sejarah dan apresiasi seni visual.Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendahadalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif danproduktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungankurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuranterhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahanseni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arahpembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras denganhasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Rajah 2.1 :Matlamat Pendidikan Seni Visual14CelikBudaya/harmonisNilai estatik tinggi KreatifInovatifInventif/produktifImaginatifKritis
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)• Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkanaspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaanestetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.• Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendahadalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, danproduktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual.• Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasakesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alampersekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapatmenyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dannegara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid :- Memupuk minat- Memperkembang keperibadian- Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilaikesenian dan alam sekitar.b) Objektif Pendidikan Seni Visual* Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni dikreatif dan menyeronokkan- Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera- Mengenali asas seni reka dan olahannya sertadapat menggunakannya- Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagaikegiatan seni visualc) Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual- Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama sepertiberikuta) pemerhatian secara aktif15
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)b) interaksi yang kristis dan kreatif dengan alatdan bahanc) apresiasi Seni Visual secara mudah; danb) menghargai nilai baik dalam semua aspekkehidupani. Pemerhatian secara aktifAspek ini melibatkan senitiviti deria. Semasamenyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepadaperkara berikut ;• Pengetahuan sedia ada murid• Benda yang konkrit• Minat, kecenderungan dan latar belakang murid• Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan• Mencetus idea dan imaginasiii. Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat danbahanAspek yang melibatkan penerokaan danpenghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaandijalankan sebelum aktiviti penghasilan. Semasamenyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatiankepada perkara berikut;• penerokaan- aktiviti kecil mudah ringkas;- cuba mencuba, suaikenal denganbahan;- mencari alternatif, variasi dankemungkinan lain;- bebas daripada jawapan tetap, muridsenang dan ingin mmencuba;- aktif melibatkan pelbagai kecerdasan;dan- menggunakan kemahiran berfikir danpengurusan grafik16
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)• penghasilan/membuat- Penggunaan alat bahan dan teknik;- Tatacara, langkah dan prosesmembuat;- Amalan tertib kerja;- Keselamatan semasa bekerja; dan- Penyampaian kandungan subjek,idea, halbenda dengan bentuk hasil.iii. Apresiasi Seni Visual secara mudah;Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif,terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktivitiyang dirancang khas untuk projek apresiasi danaktiviti mudah yang dirancang di akhir setiappelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah,perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ;• Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilahseni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton,rupabentuk dan bentuk;• Aspek bahasa yang berkaitan denganmanipulasi, alat bahan dan teknik;• Penghargaan hasil kerja dan menghormatipembuat karya;• Perasaan, penghargaan dan refleksi diri;dan• Penyerapan pengetahuan dan penerapannilai yang berkaitan dengan kandunganiv. Menghargai nilai baik dalam semua aspekkehidupan17
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)• Nilai, idea dan kandungan dikaitkanselanjutnya dengan perkara lain di dalamkegiatan;• Nilai, idea dan kandungan dikaitkanselanjutnya dengan perkara lain di luarkegiatan dalam kehidupan seharian;• Tindakan susulan;• Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalamHuraian Sukatan Pelajaran; dan mencintaialam kehidupan;• Nilai patriotisme dan nilai murni lain;• Kemahiran perlakuan, pengetahuan budayadan perkembangan persepsi yang terkandungdalam 4 aspek dalam organisasi kandungantersebut dihuraikan secara lebih terperincidalam Huraian Sukatan Pelajaran; dan• Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi,dan penilaianOrganisasi KurikulumPENANG FREE SCHOO MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut duniapendidikan barat18
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)Carta 2.2 :Carta Organisasi Kurikulum19
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)Carta 2.3:Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV20
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)3.0 Kepentingan Terhadap Struktur Perubahan Dasar PerkembanganKurikulum3.1 Sosial3.2 Ekonomi3.3 Politik3.4 TeknologiAspek-aspek(Sosial) (Ekonomi) (Politik) (Teknologi)Senibina Kraf tangan Propaganda PerkongsianpintarPeralatan rumah Pelancongan Isu PeragaanPakaian Ornamen Tema PengiklananKebudayaan Promosi e-dagangNilai sejagat PenyebaranmaklumatKepercayaan/adatistiadatDimensi baru Kemanusiaan Lalu lintasMuzium, galeri,bazar, pasar seni,komplek kraf danlain-lain.Jaringankeusahawanan21Latihan 3Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi danmultimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologidan multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual,sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undang-undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya.Mohd Johari Ab.Hamid, 2006Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah perananTeknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikanfaktor-faktor yang dimaksudkan?Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumattersebut melalui inkuiri penemuan.Latihan 3Pakar-pakar pendidikan mengakui bahawa sains teknologi danmultimedia boleh merentasi kurikulum. Ertinya, sains teknologidan multimedia boleh membicarakan bahasa, seni visual,sejarah, geografi, kajian tempatan, matematik, undang-undang, ekonomi dan disiplin lain dari sudut grafiknya.Mohd Johari Ab.Hamid, 2006Berdasarkan penyataan tersebut, bagaimanakah perananTeknologi dalam Pendidikan Seni Visual mampu merealisasikanfaktor-faktor yang dimaksudkan?Bincangkan hujah anda berdasarkan pengumpulan maklumattersebut melalui inkuiri penemuan.
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)4.0 Konsep 5P dalam PSV KBSRSinopsisKonsep 5P merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajarankerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalamrangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu danmenyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapanpengetahuan, penerapan nilai murni dan pengayaan.Hasil Pembelajarani. Memahami perkembangan kurikulum Pendidikan SeniVisual(PSV), Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran(HSP) PSV KBSR.ii. Memahami kepentingan perkembangan kurikulumiii. Memahami konsep 5P dalam PSV KBSRKerangka konsep pelaksanaan 5P dalam pengajaranRajah 4.1 :Kerangka Konsep 5P dalam Pendidikan Seni VisualJALINAN KEMAHIRa) Penggabungjalinan Kemahiran22
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)• Satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satupengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yangintergratif dan menyeluruh• Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaanpelbagai kemahiran secara serentak dalam proses pengajaran danpembelajaran• Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu:i. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaranii. Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lainiii. Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulumb) Penyerapan Pengetahuan• Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati danmenyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan daripadasuatu matapelajaran lain ke dalam isi pelajaran bagi satu matapelajaran yang diajar• Kelebihan penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visualialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarikwalaupun tajuk yang hendak dipelajari pada asalnya bersifatsebaliknya• Kelebihan kedua ialah meningkatkan aktiviti pengajaran danpembelajaran psv lebih produktif dan efektif. Kelebihan seterusnyaialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata pelajaranlain, murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif• Murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang dipelajarinyadengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari matapelajaran lain• Guru boleh menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakanserba sedikit mengenai sejarah seni visual serta tokoh-tokoh terkenaldalam seni. Oleh itu, guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran melukis dan mewarna sahaja.PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI• PENDEKATAN IMPLISIT – Pendekatan implicit seperti guru-gurusecara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai• PENDEKATAN EKSPLISIT – Mengadakan suatu peraturan, arahandan sebagainya yang bertulis tentang sesuaru perkaraPENGAYAAN23
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)• Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajardi samping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantupelajar ke arah perkembangan dan bakat diri• Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar berminat untuk belajarsendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan merekameneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan dayakreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerjamereka sendiri• Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untukmengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinanserta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,kumpulan dan juga masyarakat.• Aktiviti tersebut haruslah mencabar serta menguji kemahiran pelajarsupaya pelajar dapat melahirkan daya kreativiti tersendiri5.0 Konsep Integrasi dalam Pendidikan Seni VisualProgram intergrasi merupakan satu program yang amat popular di luar negarakhususnya Amerika Syarikat yang mana telah dimulai pada tahun 1900 an.Pada ketika itu penekanan pada mata pelajaran sains telah mula diintegrasikandengan mata pelajaran. Ini adalah disebabkan kerana dia telah mengganggapsains adalah asas dalam kehidupan seharian rakyatnya. Kemudian daripada ituterdapat juga perkara-perkara dan mata pelajaran lain diintegrasikan ke dalamkurikulum disekolah-sekolah. Dengan dapat dibuat secara kesimpulan bahawakonsep intergrasi dalam kurikulum adalah diamalkan dengan secara meluasdikebanyakan pelajar negara-negara maju.Bagi pendidik, kebanyakannya menggunakan konsep dan maknapengintergrasian dari pelbagai sudut antaranya sudut psikologi, sosiologi danpedagogi. Intergrasi dari sudut psikologi sentiasa berkait rapat denganpersonaliti total dimana ini bermaksud bahawa individu itu adalah insan totaldan segala unsur perkembangan pelajar yang mengandungi aspek-aspekjasmani, emosi, rohani, intelek dan social sentiasa berkait rapat dan salingbergantung antara satu sama lain. Dari sudut sosiologi, intergrasi mempunyailebih daripada satu makna. Pertama, ia boleh dilihat dari sudut perhubunganantara personaliti seperti antara seseorang pelajar dengan seseorang pelajar,dan antara pelajar dengan guru. Kedua, perlu ada rasa keinginan yang terjalin24
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)dalam perhubungan antara individu dengan pelbagai sagensi masyarakat danakhir sekali harus ada pengiktirafan terhadap perhubungan antara pelbagaiinstitusi masyarakat itu. Manakala dari sudut pedagogi, intergrasi melibatkankaedah dan teknik mengajar yang meliputi pelbagai isi pelajaran dankemahiran melalui unit pembelajaran dan bidang pelajaran yang khusus untuktujuan membantu dalam pendekatan menyelesaikan masalah sebagai satu carabelajar.a) Empat jenis integrasi yang boleh dijalankan dalam prosespengajaran dan pembelajaran (P&P)Terdapat pelbagai cara intergrasi dijalankan dalam pengajaranKurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSR,penegasan yang berkesan sangat dititikberatkan bagi mempastikankejayaan proses pembelajaran pelajar. Bagi mencapai hasrat dalamfalsafah, matlamat dan objektif pendidikan kebangsaan beberapakaedah perlu diguna pakai dalam proses pengajaran antaranya ialahkonsep intergrasi. Dalam KBSR juga konsep integrasi lebih dikenalisebagai kesepaduan. Untuk itu konsep bersepadu dalam KBSRmembawa maksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran,bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara intergrasidan menyeluruh. Ini kerana dalam KBSR pendidikan adalah bagipembangunan individu insan yang seimbang dan harmonis dari segiintelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk itu beberapa konsep perluditegaskan sebagai asas dalam proses P&P KBSR yang mengandungiaspek.Antara jenis-jenis intergrasi yang boleh dijalankan dalam P&P ialah :i) Penggabungjalinan25
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidangkemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif danmenyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagaikemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapamata pelajaran.Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktivitiP&P yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana prosesP&P yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini membolehkanpelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitandengan cara bersepadu.Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai denganperkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaranitu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakanteknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankanpelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran danpembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, danminat murid-murid.Strategi penggabungjalinan ini memainkan peranan penting dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Melalui prosespenggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dancara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam prosespembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama adakemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran ataukemahiran-kemahiran daripada satu mata pelajaran yangdigabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran.Jenis-jenis Penggabungjalinan :Penggabungjalinan sebagai yang berlangsung dalam aktiviti P&Pboleh dilihat daripada tiga sudut seperti :26
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)• Penggunaan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran• Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain kedalam sesuatu mata pelajaran• Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulumContoh Aktiviti dalam P&PMata Pelajaran : Matematik (Tahun2)Topik : Nombor Bulat 0 Sehingga 100Kemahiran : Menolak sebarang nombor bulat 0sehingga 100Pengintegrasian Bidang Seni Dalam Pendidikan (Penggabungjalinan)Muzik : Nyanyian lagu ‘Sepuluh Budak Hitam’.Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronokdan difahami, guru telah menggabungjalinkan seni dalam pendidikanyang merangkumi bidang seni muzik dalam tajuk mata pelajaran yangdiajar.Dalam mata pelajaran Matematik, guru memilih untuk menggunakancara penggabungjalinan bidang seni muzik dengan memilih lagu rakyat“Sepuluh Budak Hitam” untuk operasi menolak nombor bulat. Gurumenyanyikan lagu tersebut sendirian dengan diiringi muzik danmeminta murid mendengar dengar teliti. Seterusnya meminta muridmenyatakan operasi apakah yang digunakan dalam lirik lagu tersebut.Contohnya lirik : “Sepuluh budak hitam main tepi kolam, seorangtergelincir tinggal lagi Sembilan”.Aktiviti ini boleh dilakukan semasa set induksi sesuatu pengajaran.Antara contoh lagu kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan adalahseperti berikut:27
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)Diamlah wahai adikPapaku pulang dari kotaTelefon berbunyiSepuluh botol kicapSilly billySatu pagi saya ke sekolahii) PenyerapanPenyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuanatau unsur isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalamisi pengajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Prosespenyerapan lebih kepada unsur-unsur isi kandungan daripada dua ataulebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, daripadamata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sainsbagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran BahasaMelayu. Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmu pengetahuan sainssemasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu.Ciri-ciri Penyerapan :i. Ia mengandungi beberapa unsur ilmu pengatahuandaripada berbagai-bagai pelajaranii. Unsur-unsur ilmu pengetahuan ini diserapkan secarabersepadu dalam satu mata pelajaraniii. Bilangan mata pelajaran yang boleh digunakan dalamproses penyerapan adalah fleksibel.iv. Organisasi unsur-unsur isi kandungan bergantungkepada unsur utama dan unsur sampingan. Walaubagaimanapun, unsur utama tetapt diberi penekananyang lebih.v. Proses penyerapan berlaku secara serentak denganproses penggabungjalinan. Unsur-unsur isi kandunganboleh diserapkan ke dalam aktiviti penggabungjalinan28
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)berbagai-bagai kemahiran seperti membaca, menulisdan mengira.Contoh Aktiviti dalam P&PSubject : Science Year 5Topic : Investigating Living ThingUnit 1 : Lesson 2- Friends or FoesPenyerapanBahasa Inggeris : Kemahiran MembacaDaripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atauartikel sains bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaranBahasa Inggeris.Dengan ini pelajar akan memperolehi ilmupengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaranBahasa InggerisContoh petikan : “ Tapai is a popular food in Malaysia. It is madefrom glutinous rice or tapioca. Yeast is added to make tapai”.Pengajaran ini dijalankan semasa langkah pertama iaitu menerangkanisi kandungan topic yang akan dijalankan.iii) PenerapanKonsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkannila-nilai dalam pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum.Nila-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai kemanusian,ketuhanan dan sebagainya. Penerapan nilai akan berlangsung melaluidua pendekatan iaitu :i. Pendekatan implisitGuru secara tidak langsung menerapkan sesuatu nilai.Segala perlakuan guru diperhatikan oleh kanak-kanakdan akan dihayati serta akan menjadi ikutan oleh kanak-kanak. Tindakan menyokong dan memberi pujian `kepada pelajar secara tidak langsung menyedarkanpelajar untuk menerima sesuatu nilai yang positifitu.29
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)ii. Pendekatan eksplisitPendekatan ini bermaksud dengan mengadakan suatuperaturan, arahan, pekeliling dan sebagainya yangbertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan dantidak diharapkan. Oleh yang demikian, penerapansecara eksplisit adalah lebih terancang, bermatlamat,dan cara pelaksanaannya serta penilaiannya yang jelas.Contoh Aktiviti Dalam P&PMata Pelajaran : Pendidikan Sivik Dan KewarganegaraanTahun 4Topik : Pengurusan DiriSub Topik : Jaga Kebersihan DiriPenerapanDalam mata pelajaran kajian tempatan, guru boleh menerapakanpendekatan implisit dan pendekatan eksplisit. Contohnya dalam topikpengurusan diri, cara menjaga kebersihan. Guru perlu bersedia terlebihdahulu dengan berpakaian kemas, berbau harum, dan sentiasa beradadalam keadaan segar. Ini menjadi contoh yang terbaik untuk parapelajar mengikut tingkah laku yang sihat terhadap gurunya.Selain itu, guru boleh menetapkan peraturan atau langkah-langkahyang perlu diikuti oleh pelajar untuk pengurusan diri di rumah.Contohnya, bangun pagi dengan gosok gigi,mandi,menyikat rambutdan berpakaian kemas. Segala pendekatan terkandung dalam aktivititersebut.iv) PemulihanSatu lagi aktiviti dalam jenis integrasi adalah aktiviti pemulihan.Pemulihan adalah satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untukmembantu pelajar yang mengalami masalah pembelajaran yang30
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti ini memerlukanperancangan yang betul untuk membantu murid mengatasi masalahpembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran. Dalammerancangkan aktiviti pemulihan, beberapa perkara atau aspek harusdiambil kira iaitu:i) Tumpuan kepada kelemahan murid yang telah dikesancontohnya melalui ujian diagnostik. Guru akan dapat mengenalpasti di mana kelemahan murid secara lebih tepat sepertikelemahan mengeja suku kata KVKKV. Maka guruseharusnya merancang untuk menambahbaikan masalahtersebut.ii) Pengajaran dan pembelajaran murid perlu diubahsuai dandipelbagaikanmengikut keperluan kognisi murid. Bermaksud murid yangtelah dikenalpasti memerlukan aktiviti pemulihan seharusnyadiberikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebihsesuai dengan tahap pemikiran mereka atau lebihmudah dikatakan aras yang lebih mudah supaya murid senangmemahami apa yang murid tidak faham pada pelajaran lalu.iii) Penggunaan pelbagai jenis bahan bantu mengajar termasukbahan bercetak dan bahan elektronik untuk membantu muridmemahami dan menguasai hasil pembelajaran. Ini pentinguntuk memastikan aktiviti pemulihan yang dijalankan akanlebih berjaya dengan adanya lebih bahan Bantu mengajar yangsesuai dan dipastikan berkesan. Selepas aktiviti pemulihan,pascaujian dijalankan secar pemerhatian, lisan atau bertulis.Pascaujian ini haruslah menekankan penguasaan konsep ataukemahiran yang perlu dikuasai.Contoh Aktiviti Dalam P&P31
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)Mata Pelajaran : Kajian Tempatan Tahun 5Topik : Geografi FizikalSub Topik : Tumbuh-tumbuhan semula jadi danhidupan liarPemulihanAktiviti pemulihan boleh dilaksanakan semasa langkah 3 pengajarandan pembelajaran.Guru telah mengenal pasti pelajar yang lemah dankemahiran yang tidak dapat dikuasai pelajar. Contohnya kemahiranmembanding beza habitat haiwan yang tinggal di hutan hujan tropikadengan hutan paya, guru boleh mencipta animasi pergerakan binatangserta bunyi-bunyian. Pembelajaran yang menyeronokan menarik minatserta mengukuhkan pemahaman pelajar.Gerak kerja dilakukan secara individu sehingga pelajar tersebutmemahami perbezaan habitat haiwan yang tinggal di tempat yangberbeza. Pengintegrasian akan tercipta dengan gabungan visual,muzikdan pergerakan binatang tersebut. Ini member kesan yang baik dalamaktviti pemulihan pelajar.Integrasi mempunyai banyak kelebihan yang ketara seperti iamempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentukunit-unit kerja. Integrasi juga akan memberi ruang untukmenampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan danseterusnya integrasi mempunyai ruang untuk menampung skopperpaduan yang luas.Integrasi juga seharusnya dinilai supaya ia masih berada dalamlandasan yang betul. Penilaian bagi pendekatan integrasi terbahagikepada dua iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif.Penilaian Formatif berlaku secara berterusan semasa pengajarandan pembelajaran sedang berjalan. Penilaian Sumatif pula dijalankansetelah satu tempoh pembelajaran tertentu, contohnya setelah satusemester, satu penggal, setengah tahun atau satu tahun penilaian akan32
    • (PSV 3104PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR)dilakukan. Penilaian ini akan mengukur pencapaian terhadap objektifyang lebih luas meliputi keseluruhan tajuk yang diajar dalam satujangka waktu tertentu yang lebih panjang.33Latihan 4Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapatmencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebihbersifat futuristik.Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depandengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasikurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalambidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi matapelajaran Pendidikan Seni Visual?Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni VisualTahun 6.Latihan 4Pendekatan Pembelajaran Kajian Masa Depan dapatmencungkil potensi murid ke arah penciptaan yang lebihbersifat futuristik.Bincangkan RPH pembelajaran Kajian Masa Depandengan menerapkan nilai-nilai intergrasi yang merentasikurikulum bagi merealisasikan kereta hyro tanpa petrol dalambidang Membentuk dan Membuat Binaan menerusi matapelajaran Pendidikan Seni Visual?Buat satu Rancangan Pelajaran Harian Pendidikan Seni VisualTahun 6.