SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
Cerita Pendek Kanak-kanak 
Pemotong Kayu Yang Jujur 
Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan 
miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang 
sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari 
tanpa dikurniakan anak. 
Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... 
Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak 
seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. 
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. 
Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... 
Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti..... 
Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu 
tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang 
menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia 
mengenangkan nasib... 
Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia 
bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"... 
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari 
telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku... 
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta 
terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari 
sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini 
bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini".... 
Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. 
Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu 
membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari 
membawakannya kapak besi yang uzur. 
Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si 
pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, 
perak dan gangsa turut dihadiahkan. 
Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada
isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya. 
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat... 
ARNAB YANG PEMALAS 
Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. 
Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan 
seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada 
suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah 
tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata 
awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan 
turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka 
basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah
begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan 
buat sarang,” kata arnab lagi. 
Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. 
“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi 
bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita 
pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat 
sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah 
kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” 
kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini 
sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan 
sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab. 
KERBAU BALAR 
Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, 
tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza 
warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak 
dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang. 
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu. 
Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan. 
Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka 
akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang 
merah. 
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang 
menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau
bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang 
sebenarnya terjadi. 
Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu 
melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih. 
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar 
yang susah untuk ditangkap lagi. 
KAWAN YANG TIDAK JUJUR 
Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. 
Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang 
kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya 
itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya 
menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie 
berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor 
singa. 
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk 
melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. 
“Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe 
berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya 
akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang 
lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan
kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali 
menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita 
pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu 
masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham 
keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa. 
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU 
Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony 
tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan 
mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, 
“Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan 
bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan 
kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan 
mereka tanpa belas kasihan. 
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! 
Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan 
rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun 
mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri 
rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba 
muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari 
kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan 
itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak
menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. 
“Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak 
usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu 
berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan 
oleh jerung itu. 
BUJANG TERBOYOI 
Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja 
melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. 
Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan 
menitahkan dia dibuang ke dalam hutan. 
Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan. Mereka 
mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya. 
“Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah 
emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya. Si ibu amat terharu 
tetapi apalah dayanya anak kecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang 
Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan 
tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu 
bapanya amat merindukannya. 
Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam 
perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular 
menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. 
Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.
Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan 
musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula 
menghadiahkannya sebentuk cincin sakti. 
Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang 
melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera 
dari manakah gerangannya? 
Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan 
permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi. 
“Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik 
kasihan melihat mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk ke arah 
sepasang suami isteri,pekerja istana. 
“Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa 
mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang 
indah-indah. Dia memberI mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, 
bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah 
istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan 
segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka. 
“Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya 
ibu dan ayah,” kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya 
amat gembira. Mereka menangis kegembiraan. 
Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan 
mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja. 
2
ISI KANDUNGANPENDAHULUAN 3BAB I DAN BAB II 4-5BAB III DAN BAB IV 5- 
6BAB V DAN BAB VI 6BAB VII DAN BAB VIII 7BAB IX DAN BAB X 8BAB XI DAN 
BAB XII 8-9BAB XIII DAN BAB XIV 9-10BAB XV DAN BAB XVI 10- 
11ULASAN SECARA KESELURUHAN 11 
KAJIAN ORANG LAIN BERKENAAN KARYA ZA’BA 
13 
TUJUAN PENYEMPURNAAN TULISAN DALAM SISTEM TULISANJAWI 14LANGKAH-LANGKAH 
PENYEMPURNAAN EJAAN JAWI (1981-1989) 15PENUTUP 17BIBLIOGRAFI 18 
3 
PENDAHULUAN 
Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya 
ialahZainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit 
Kerdas,Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan 
Minangkabau.Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, 
berpengetahuanagama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan 
menulis Jawi.Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an 
lagi.Sepanjang kerjayaan selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam 
bidangpenulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan 
penulisrencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu 
ataubahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa sastera, 
agama,pendidikan, ekonomi dan politik.Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh 
kerajaankolonial British, terutama sepanjang dia berada di MPSI. Walau bagaimanapun, dia 
tetap aktif dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umumdi Biro 
Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yangkhusus dan 
lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu.Beberapa buah buku penting 
tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan dimaktab dan institusi pengajian pada masa bagi 
mengisi kekosongan yang wujud. Antarakaryanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi 
(1929), Pelita Mengarang,Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi 
(1938), dan tiga jiliddalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949). Dalam ilmu 
kajian bahasa, TokohMelayu pertama yang benar-benar menganalisis system ejaan Arab 
Melayu dari segi prinsip 
dan segala permasalahannya adalah Zainal Abidin bin Ahmad (Za‟ba) dengan karyanya Jawi 
Spelling dan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi. Tokoh lainnya adalah Raja 
HajiMuhammad Tahir bin Al-Marhum Mursyid Riau dalam bukunya Rencana Melayu. 
4 
Bab I 
Manusia memerlukan bahasa dan percakapan untuk berkomunikasi antara sesama 
manusia.Dengan hal yang demikian terbitlah bahasa atau percakapan diantara manusia. 
Meskipunterdapat pelbagai bangsa di seluruh dunia, namun semuanya adalah sama 
keranamengeluarkan suara untuk berkomunikasi. Dalam bab ini juga membincangkan tentang 
asalkepandaian manusia menulis dan membaca. Setelah manusia mula bertambah maju, 
manusiatelah mencipta suatu tanda ataupun gambaran bunyi 
yang kini dikenali sebagai “huruf”.
Melalui wujudnya huruf munculnya kepandaian untuk menulis. Pada zaman 
dahulu,ketikapemerintahan raja yang beragama hindu sebahagian besar dari tanah melayu 
terpaksamempelajari dan meniru tulisan Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling 
awaldigunakan di kawasanKepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak diPulau Jawadan 
digunakan untuk menulis dalam bahasaSanskrit. Ketika itubahasa Sanskritmenjadi bahasa pentadbiran 
dan ilmu pengetahuan. Penyebarantulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan 
istana sahaja disebabkantiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca 
dan menulis. TulisanPallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk 
menulis dalamBahasaMelayu Kuno,yang mana banyak menerima pengaruh 
daripadaSanskrit.Bukti penggunaantulisan Pallava terdapat pada 
yupa 
(tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman,pertemuan antara Sungai 
Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaikibot laju ke hulu 
Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara. 
Yupa 
tersebut dijumpaioleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava 
berbahasa Sanskrit.Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan 
tentangpencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. 
Yupa 
tersebut berasal dari tahun 400merupakan tinggalan pemerintahanHindu. Pada awal kurun 
masihi, ramai di antara penduduk tanah melayu yang masuk islam keranamendapat dakwah 
dari pedagang-pedagang arab. Kemudian penduduk tanah melayumrngikuti tulisan orang-orang 
arab yang menggunakan tulisan jawi. Pada kurun ke-16 pula,tanah melayu telah mula 
dilawati oleh orang-orang Eropah untuk berniaga dan sebagainya.Setibanya orang Eropah di 
tanah melayu, orang melayu mula bertutur dalam bahasa melayudan menulis dalam tulisan 
rumi kerana mudah dipelajari dan di fahami. Huruf-huruf jawi dan

More Related Content

What's hot

Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakSabrina Eyna
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuku d pulau Mahsuri
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakMohammad Yaqin
 
Rusa yang bongkak
Rusa yang bongkakRusa yang bongkak
Rusa yang bongkakWong Lee
 
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)Stephanie Unsil
 
Cerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauCerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauSatiya Vani
 
Arnab yang pemalas
Arnab yang pemalasArnab yang pemalas
Arnab yang pemalaspejajusoh
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Zalina Razali
 
Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Linda Zain
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung ceritasairee
 
Sajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daunSajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daunHanifDanial
 
Gajah yang sombong dan mencari raja rimba
Gajah yang sombong dan mencari raja rimbaGajah yang sombong dan mencari raja rimba
Gajah yang sombong dan mencari raja rimbaAini Firdaus
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanBong Shuying
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Bong Shuying
 
Singa yang sombong
Singa yang sombongSinga yang sombong
Singa yang sombongTan Pei Lian
 

What's hot (20)

Cerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanakCerita kanak-kanak
Cerita kanak-kanak
 
Teks bercerita bm
Teks bercerita bmTeks bercerita bm
Teks bercerita bm
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 
Rusa yang bongkak
Rusa yang bongkakRusa yang bongkak
Rusa yang bongkak
 
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
Teks Bercerita BM Tahap 1 (Bani dan Belang)
 
Cerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbauCerita malang tidak berbau
Cerita malang tidak berbau
 
Arnab yang pemalas
Arnab yang pemalasArnab yang pemalas
Arnab yang pemalas
 
Cerita tahap 1
Cerita tahap 1Cerita tahap 1
Cerita tahap 1
 
Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)Program nilam (sinopsis)
Program nilam (sinopsis)
 
Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2
 
Arnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kuraArnab dengan kura kura
Arnab dengan kura kura
 
Menyambung cerita
Menyambung ceritaMenyambung cerita
Menyambung cerita
 
Bandingan semacam
Bandingan semacamBandingan semacam
Bandingan semacam
 
Sajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daunSajak kita umpama sehelai daun
Sajak kita umpama sehelai daun
 
Gajah yang sombong dan mencari raja rimba
Gajah yang sombong dan mencari raja rimbaGajah yang sombong dan mencari raja rimba
Gajah yang sombong dan mencari raja rimba
 
Karangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakanKarangan berbentukk tindakan
Karangan berbentukk tindakan
 
Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)Esei tahun 6 (latest)
Esei tahun 6 (latest)
 
Singa yang sombong
Singa yang sombongSinga yang sombong
Singa yang sombong
 
Penjodoh Bilangan
Penjodoh BilanganPenjodoh Bilangan
Penjodoh Bilangan
 

Similar to Cerita pendek kanak

Ahmad hizqil tugasan
Ahmad hizqil   tugasanAhmad hizqil   tugasan
Ahmad hizqil tugasanDAINURI Net
 
Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violetmrfuji
 
Arnab dengan buaya
Arnab dengan buayaArnab dengan buaya
Arnab dengan buayaGaya Mahmud
 
CERITA -BUAYA YANG MEMENTINGKAN DIRI.pdf
CERITA -BUAYA YANG MEMENTINGKAN DIRI.pdfCERITA -BUAYA YANG MEMENTINGKAN DIRI.pdf
CERITA -BUAYA YANG MEMENTINGKAN DIRI.pdfPunithaMalarKrishnan
 
Kumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anakKumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anakAnang Febrianto
 
Dongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusDongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusWarnet Raha
 
Ketika si kancil makan singa
Ketika si kancil makan singaKetika si kancil makan singa
Ketika si kancil makan singaramon harmoni
 
Ayam jantan yang berani
Ayam jantan yang beraniAyam jantan yang berani
Ayam jantan yang beraniRozita Yusoff
 
Kumpulan cerita dongeng anak 2
Kumpulan cerita dongeng anak 2Kumpulan cerita dongeng anak 2
Kumpulan cerita dongeng anak 2Fikri Azwari Hyt
 
Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2Azahra2010
 
Cerita anak bergambar
Cerita anak bergambarCerita anak bergambar
Cerita anak bergambarYanz Smangat
 
Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)
Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)
Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)Andri Goodwood
 

Similar to Cerita pendek kanak (20)

crita kanak-kanak
crita kanak-kanakcrita kanak-kanak
crita kanak-kanak
 
Ahmad hizqil tugasan
Ahmad hizqil   tugasanAhmad hizqil   tugasan
Ahmad hizqil tugasan
 
Sungai jodoh
Sungai jodohSungai jodoh
Sungai jodoh
 
Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violet
 
Fabel 1
Fabel 1Fabel 1
Fabel 1
 
Arnab dengan buaya
Arnab dengan buayaArnab dengan buaya
Arnab dengan buaya
 
CERITA -BUAYA YANG MEMENTINGKAN DIRI.pdf
CERITA -BUAYA YANG MEMENTINGKAN DIRI.pdfCERITA -BUAYA YANG MEMENTINGKAN DIRI.pdf
CERITA -BUAYA YANG MEMENTINGKAN DIRI.pdf
 
Bukit merah
Bukit merahBukit merah
Bukit merah
 
Kumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anakKumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anak
 
Dongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikusDongeng singa dan tikus
Dongeng singa dan tikus
 
Ketika si kancil makan singa
Ketika si kancil makan singaKetika si kancil makan singa
Ketika si kancil makan singa
 
13 march
13 march13 march
13 march
 
Ayam jantan yang berani
Ayam jantan yang beraniAyam jantan yang berani
Ayam jantan yang berani
 
Cerita anak 2
Cerita anak 2 Cerita anak 2
Cerita anak 2
 
Kancil dan buaya dalam bahasa inggris
Kancil dan buaya dalam bahasa inggrisKancil dan buaya dalam bahasa inggris
Kancil dan buaya dalam bahasa inggris
 
Kumpulan cerita dongeng anak 2
Kumpulan cerita dongeng anak 2Kumpulan cerita dongeng anak 2
Kumpulan cerita dongeng anak 2
 
Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2
 
Cerita anak bergambar
Cerita anak bergambarCerita anak bergambar
Cerita anak bergambar
 
Dongenganak anak
Dongenganak anakDongenganak anak
Dongenganak anak
 
Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)
Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)
Di kampung, tak ada kunang kunang (indrian koto)
 

More from Salasiah Hassan Bahari (19)

Kertas kerja 1
Kertas kerja 1Kertas kerja 1
Kertas kerja 1
 
Kertas kerja program cemerlang upsr 2
Kertas kerja program cemerlang upsr 2Kertas kerja program cemerlang upsr 2
Kertas kerja program cemerlang upsr 2
 
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
1 bahasa melayu pemahaman cemerlang
 
Tahun3
Tahun3Tahun3
Tahun3
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Bahan thn 1
Bahan thn 1Bahan thn 1
Bahan thn 1
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Bahan thn 1
Bahan thn 1Bahan thn 1
Bahan thn 1
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp0128437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
28437185 soalan-bm-bahasa-melayu-penulisan-tahun-3-130319081321-phpapp01
 
09 isi-pelajaran-4 (1)
09 isi-pelajaran-4 (1)09 isi-pelajaran-4 (1)
09 isi-pelajaran-4 (1)
 
1. kurikulum bmelayu
1. kurikulum bmelayu1. kurikulum bmelayu
1. kurikulum bmelayu
 
01 kulit-modul1 (1)
01 kulit-modul1 (1)01 kulit-modul1 (1)
01 kulit-modul1 (1)
 
47234007 lari-berganti-ganti
47234007 lari-berganti-ganti47234007 lari-berganti-ganti
47234007 lari-berganti-ganti
 
Bedak
BedakBedak
Bedak
 
Kuda
KudaKuda
Kuda
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 

Cerita pendek kanak

  • 1. Cerita Pendek Kanak-kanak Pemotong Kayu Yang Jujur Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti..... Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib... Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"... Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku... "Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini".... Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur. Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada
  • 2. isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya. Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat... ARNAB YANG PEMALAS Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah
  • 3. begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi. Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab. KERBAU BALAR Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang. "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu. Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan. Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah. Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau
  • 4. bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi. Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih. Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi. KAWAN YANG TIDAK JUJUR Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. “Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana,” kata Joe dengan lemah lembut. “Baiklah, aku akan lepas kan
  • 5. kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat!” jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa. ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!” Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak
  • 6. menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu. BUJANG TERBOYOI Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan. Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan. Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya. “Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya,” katanya. Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya anak kecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya. Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.
  • 7. Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti. Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah gerangannya? Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi. “Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat mereka,” kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk ke arah sepasang suami isteri,pekerja istana. “Silakanlah, beta tiada halangan,” titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indah-indah. Dia memberI mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka. “Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah,” kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis kegembiraan. Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja. 2
  • 8. ISI KANDUNGANPENDAHULUAN 3BAB I DAN BAB II 4-5BAB III DAN BAB IV 5- 6BAB V DAN BAB VI 6BAB VII DAN BAB VIII 7BAB IX DAN BAB X 8BAB XI DAN BAB XII 8-9BAB XIII DAN BAB XIV 9-10BAB XV DAN BAB XVI 10- 11ULASAN SECARA KESELURUHAN 11 KAJIAN ORANG LAIN BERKENAAN KARYA ZA’BA 13 TUJUAN PENYEMPURNAAN TULISAN DALAM SISTEM TULISANJAWI 14LANGKAH-LANGKAH PENYEMPURNAAN EJAAN JAWI (1981-1989) 15PENUTUP 17BIBLIOGRAFI 18 3 PENDAHULUAN Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialahZainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas,Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau.Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuanagama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi.Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi.Sepanjang kerjayaan selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidangpenulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulisrencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu ataubahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa sastera, agama,pendidikan, ekonomi dan politik.Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaankolonial British, terutama sepanjang dia berada di MPSI. Walau bagaimanapun, dia tetap aktif dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umumdi Biro Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yangkhusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu.Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan dimaktab dan institusi pengajian pada masa bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antarakaryanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang,Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jiliddalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949). Dalam ilmu kajian bahasa, TokohMelayu pertama yang benar-benar menganalisis system ejaan Arab Melayu dari segi prinsip dan segala permasalahannya adalah Zainal Abidin bin Ahmad (Za‟ba) dengan karyanya Jawi Spelling dan buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi. Tokoh lainnya adalah Raja HajiMuhammad Tahir bin Al-Marhum Mursyid Riau dalam bukunya Rencana Melayu. 4 Bab I Manusia memerlukan bahasa dan percakapan untuk berkomunikasi antara sesama manusia.Dengan hal yang demikian terbitlah bahasa atau percakapan diantara manusia. Meskipunterdapat pelbagai bangsa di seluruh dunia, namun semuanya adalah sama keranamengeluarkan suara untuk berkomunikasi. Dalam bab ini juga membincangkan tentang asalkepandaian manusia menulis dan membaca. Setelah manusia mula bertambah maju, manusiatelah mencipta suatu tanda ataupun gambaran bunyi yang kini dikenali sebagai “huruf”.
  • 9. Melalui wujudnya huruf munculnya kepandaian untuk menulis. Pada zaman dahulu,ketikapemerintahan raja yang beragama hindu sebahagian besar dari tanah melayu terpaksamempelajari dan meniru tulisan Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awaldigunakan di kawasanKepulauan Melayu. Tulisan ini mula bertapak diPulau Jawadan digunakan untuk menulis dalam bahasaSanskrit. Ketika itubahasa Sanskritmenjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebarantulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkantiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. TulisanPallava juga merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalamBahasaMelayu Kuno,yang mana banyak menerima pengaruh daripadaSanskrit.Bukti penggunaantulisan Pallava terdapat pada yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman,pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaikibot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara. Yupa tersebut dijumpaioleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Pallava berbahasa Sanskrit.Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentangpencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Yupa tersebut berasal dari tahun 400merupakan tinggalan pemerintahanHindu. Pada awal kurun masihi, ramai di antara penduduk tanah melayu yang masuk islam keranamendapat dakwah dari pedagang-pedagang arab. Kemudian penduduk tanah melayumrngikuti tulisan orang-orang arab yang menggunakan tulisan jawi. Pada kurun ke-16 pula,tanah melayu telah mula dilawati oleh orang-orang Eropah untuk berniaga dan sebagainya.Setibanya orang Eropah di tanah melayu, orang melayu mula bertutur dalam bahasa melayudan menulis dalam tulisan rumi kerana mudah dipelajari dan di fahami. Huruf-huruf jawi dan