Teori pembelajaran kognitif
Upcoming SlideShare
Loading in...5

Teori pembelajaran kognitif

on

• 2,116 views

Statistics

Views

Total Views
2,116
Views on SlideShare
2,112
Embed Views
4

Actions

Likes
1
Downloads
62
Comments
0

1 Embed 4

http://yongkibudis.blogspot.com 4

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
• Full Name Full Name Comment goes here.
Are you sure you want to
Your message goes here
Processing…
Post Comment
Edit your comment

Teori pembelajaran kognitif Teori pembelajaran kognitif Document Transcript

• Teori Pembelajaran Kognitif - Document Transcript
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT GAGNE p Pembelajaran dikenali sebagai proses input-proses-output. p Organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tak sedar. p Setiap individu menilai input dari persekitarannya, merekodkannya dan memindahkannya kepada tindak balas tertentu. p Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka pendek. p Setelah dikodkan, maklumat yang penting dihantar kepada ingatan jangka panjang. p Ingatan jangka panjang ialah bahagian otak di mana pengalaman tertentu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman lama untuk memudahkan proses pembelajaran. p Jika kod adalah betul maka tindak balas juga adalah tepat dan begitu juga sebaliknya. Jangkaan Kawalan Eksekutif P Pelaksanaan Pengerak E Tindak R balas S E K I T Stor Stor Penerimaan A Perakam Ingatan Deria Ingatan R Jangka Jangka A Panjang pendek N Pengiktirafan/ perhatian
Maklumat tidak penting hilang Dipanggil semula Ingatan Sensori -> 2 bentuk: 1) Ingatan Iconic : Berbentuk visual (gambaran) Memori yang hanya bertahan kurang dari satu detik Contoh: masa kitani berjalan kitani hanya ingat sekilas muka orang kitani jumpa semasa berjalan atu. 2) Ingatan Echoic : berbentuk pendengaran (pantulan) Bertahan lebih lama sekitar 3 – 4 detik Contoh: masa kitani bercakap dengan kawan den ada orang lain myebut nama kitani, secara automatik kitani bertanya sapa yang menyebut nama kitani atu.
Terdapat beberapa peringkat spesifik dalam model pemprosesan maklumat. Peringkat pertama (Ingatan atau memori sensori): Ingatan atau sensori memori berlaku dalam masa yang amat singkat (1/2 saat hingga 4 saat). Pada masa ini, otak menentukan sama ada rangsangan perlu diberikan perhatian atau tidak. Peringkat kedua (Pengiktirafan dan Penilaian): Peringkat ini akan menentukan sama ada maklumat dalam ingatan sensori dapat diproses selanjutnya. Pengiktirafan: interaksi rangsangan yang diperolehi dengan membuat perkaitan dengan maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Perhatian: tumpuan pancaindera adalah tinggi terhadap rangsangan tersebut. Peringkat ketiga (Ingatan Jangka Pendek): Ingatan jangka pendek ialah merupakan ‘Ingatan yang berkerja atau ingatan yang sedar’. Berupaya menyimpan tujuh item untuk masa yang terhad. Maklumat yang diberi perhatian dikodkan untuk disimpan dalam saraf pusat. Ingatan jangka pendek yang tidak diulang akan kekal selama 15 saat. Ingatan jangka pendek jika sentiasa diulang akan dipindahkan pada ingatan jangka panjang. Jika maklumat digabung melalui ‘Chunking’ atau pengumpulan daya ingatan bertambah. Ulangan atau raptai adalah satu cara yang boleh menambahkan kekuatan ingatan jangka pendek.
Raptai adalah tingkah laku berulang untuk membiasakan dengan sesuatu maklumat. Pengkodan adalah cara memproses maklumat untuk menyimpan dalam ingatan jangka masa panjang. Ulang maklumat juga adalah satu cara untuk mengulang maklumat dengnan menyebutnya selalu. Satu lagi cara untuk mengulang ialah latihan elaboratif. Peringkat keempat (Ingatan jangka panjang): Ingatan jangka panjang merupakan stor di mana pengalaman2 tertentu itu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman2 baru bagi memudahkan pembelajaran baru berlaku. Maklumat boleh disimpan selama beberapa minit atau tahun. Contoh pengalaman yang disimpan dalam ingatan jangka panjang ialah seperti: Peristiwa yang menarik perhatian, bermakna dan yang sukar dilupakan. 2 jenis memori : 1) Memori Explicit : yang dapat dikeluarkan secara sedar 2) Memori Implicit: yang tidak dapat dikeluarkan secara sedar. Ingatan jangka panjang boleh dikategorikan kepada: 1. Ingatan episodic: pengalaman peribadi atau peristiwa yang berkaitan dengan masa, tarikh dan tempat.
2. Ingatan semantic: maklumat yang digunakan untuk rumusan, membuat generalisasi, hukum dan rumus. 3. Ingatan hafazan: penyimpanan maklumat dalam bentuk mental dan dikeluarkan semula tanpa pengubahsuaian. 4. Ingatan logik: menerima maklumat rasional dan logik. 5. Ingatan intelektual: berkaitan dengan idea konsep dan maklumat yang abstrak. Semua maklumat, data, rangsangan, pengalaman atau input ini diproseskan untuk melaksanakan tugas pemprosesan dan Gagne mengemukakan dua komponen yang dinamakan: 1. Majlis kerja atau executive council. 2. Jangkaan atau expectancies. Bertanggungjawab bagi mengkodkan maklumat atau rangsangan apabila maklumat ini memasuki stor ingatan jangka panjang. Bertugas mencari sesuatu data atau maklumat yang telah dikodkan di dalam stor ingatan jangka panjang bila keadaan memerlukan. Dalam diri individu wujud jangkaan2 tertentu dan dengan inilah individu itu melihat dan menilai input dari persekitarannya, mengkodkannya dan kemudiannya memindahkannya menjadi tindak balas tertentu. Strategi kognitif – proses2 yang terlibat di dalam kawalan maklumat oleh majlis kerja dan jangkaan yang merangkumi semua aspek sebelum, semasa dan selepas. Aspek sebelum (aspek input) penentuan2 Aspek semasa (aspek proses yang akan melakukan tertentu)
Aspek selepas (aspek output yang berkait dengan tindak balas yang akan dilakukan) Tindakan belajar yang menyeluruh (total learning action) Keadaan sebelum – peristiwa penting – peristiwa yang menyusul. Peringkat kelima (keusangan atau Gangguan) Ada maklumat yang hilang daripada ingatan jangka pendek melalui gangguan dan keusangan atau kerana tidak digunakan. Keusangan: apabila perhatian tidak diberi dan kadar aktif maklumat menurun. Gangguan: pembelajaran baru mengganggu pembelajaran yang lama.
Pengertian ingatan Fein (1978): ingatan merupakan pemerosesan maklumat yang bermula dari kebolehan otak mendapatkan maklumat memproses, menyimpan dan mengeluarkannya. Hamzah (1970): ingatan merujuk kepada keupayaan seseorang mengeluarkan semula pengalaman yang lama atau yang telah lalu. Atan Long (1968): ingatan ialah kebolehan seseorang untuk memilih dan menerima rangsangan. Vernon (1980): segala maklumat yang bermakna akan disimpan dalam bentuk kesan ingatan untuk menjadi pengalaman di masa hadapan. Ee Ah Meng (1994): mengatakan bahawa ingatan merujuk kepada proses mental yang menekankan pengalaman yang bermakna, menyimpannya dan mengeluarkan kembali pengalaman tersebut ketika diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Rumusannya: ingatan ialah kebolehan manusia unutk menerima maklumat, memproses dan menyimpan serta mengeluarkan segala maklumat itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
- 3 peringkat ingatan iaitu pengkodkan/ingatan deria, penyimpanana dan ingatan kembali. PENGKODAN (PERINGKAT RAKAMAN) - Input deria menerima rangsangan daripada persekitaran. - Menerima dan mengubah maklumat input deria ke dalam kod2 yang boleh diproses oleh ingatan untuk dirakam. - Maklumat tidak penting dilupai manakala maklumat yang bermakna dirakamkan dalam bentuk kod PENYIMPANAN - Peringkat ini merujuk kepada penyimpanan dan pemilihan maklumat oleh otak. - Kod yang bermakna disimpan dengan teratur. - Masuk ke ingatan jangka pendek ( untuk menyelesaikan masalah). - Masuk ingatan jangka panjang (untuk di kekalkan untuk masa yang lama). INGATAN KEMBALI - Peringkat ini merujuk lepada maklumat penting yang telah dikodkan yang diingat kembali untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
LUPAAN - Merupakan kesukaran untuk mengingatkan atau mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yang telah dialami. - Kebolehan mengingat adalah tidak sama bagi setiap pelajar kerana faktor perbezaan individu. Faktor2 yang menyebabkan Lupaan - Minat - Perasaan takut dan bimbang - Peredaran masa dan keusangan (maklumat a2 semakit tdk aktif) - Pengalaman yang pahit (akan disimpannya pada alam tidak sedarnya, kdg2 pengalaman pahit itu akan timbul dan mengakibatkan kelakuan negatif berlaku) - Masa yang tidak mencukupi - Terlalu banyak maklumant untuk diingat. L Perkara yang dilupai adalah kerana ianya adalah tidak penting atau tidak berguna untuk individu (Mengikut Erikson 1963). L Lupaan juga boleh didefinisikan sebagai perubahan dalam persepsi atau pengamatan idea2 yang dipelajari.
HERMAN EBBINGHAUS - Menurut Herman Hebbinghaus, lupaan cepat berlaku sesudah perkara itu dipelajari tetapi kadar lupaan berkurangan selepas itu. Penurunan yang paling ketara adalah awal 20 minit dan selepas satu jam. - Pencapaian tugasan diikuti dengan keadaan letih dan pencapaian lebih ketara jika dibuat pada satu jangka waktu dan tidak disebarkan. - Rangsangan yang berbeza dari satu senarai perkara lebih senang diingati. - Perkara-perkara yang berada di awal dan di akhir senarai.
TEORI-TEORI LUPAAN 1) Lupaan sebagai kegagalan mengingatkan kembali (Retrieval) Kegagalan mengingatkan kembali (retrieval) bahan2 yang disimpan. Individu itu mungkin belum menyimpan maklumat yang mencukupi untuk mengingatkan kembali dengan jelas pengalaman tersebut. Kekurangan gambaran yang jelas besar kemungkinan berlaku jika pengalaman yang sudah ada. Individu hanya akan ingat gambaran sedikit sahaja berbanding gambaran keseluruhannya. 2) Lupaan sebagai kekaburan kesan ingatan (Fading) Bahan yang sering tidak dibawa ke minda (tidak dipakai) akan mudah pupus dari memori. Kegagalan meningkatkan kesan ingatan bererti kesan itu akan jadi kabur dan ingatan akan terus hilang. 3) Lupaan sebagai perubahan makna kepada kesan ingatan (Distorted) Teori ini menghujahkan bahan yang dimasukkan ke dalam ingatan itu adalah separuh betul dan label2 yang tidak betul dikaitkan dengan bahan2 tadi. Apa yang disimpan dalam ingatan mempunyai makna yang salah. Ini menyebabkan untuk mengingati bahan yang betul adalah mustahil. 4) Lupaan yang digerakkan (repression) Frued mencadangkan lupaan sebagai satu cara individu itu boleh mengawal personalitinya. Ingatan membangkit peristiwa pahit ditolak jauh ke ruang tidak sedar dan menjadi sukar untuk mengingat kembali.
5) Lupaan disebabkan gangguan. Lupaan adalah hasil gangguan bahan pembelajaran lain, iaitu sekat laku proaktif dan sekatlaku retroaktif. Jikalau pembelajaran sebelumnya mengganggu pembelajaran yang sedang diingatkan maka sekatlaku proaktif berlaku (pembelajaran lama mengganggu pembelajaran baru). Jikalau pembelajaran yang sedang dijalankan mengganggu pembelajaran lepas sedang diingatkan, maka sekatlaku retroaktif berlaku (pembelajaran baru mengganggu pembelajaran lama). SEKATLAKU PROAKTIF - Belajar topik A kemudian belajar topik B = Ujian topik B SEKAT LAKU RETROAKTIF - Belajar topik A kemudian belajar topik B = Ujian topik A
CARA – CARA MENINGKATKAN INGATAN PELAJAR x Bahan pengajaran yang bermakna Mengkaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama. Memberi penumpuan pada makna dan kefahaman bukan sahaja kepada hafalan. x Isi pelajaran yang dikelolakan dengan teratur dan lojik. Dekat pada yang jauh, senang pada yang susah konkrit pada yang abstrak, fakta pada yang teori. x Menolong pelajar membezakan fakta yang penting dengan yang kurang penting. Sewaktu mengajar memberi tumpuan pada aspek yang penting (menukar nada suaram strategi hentian, font yang berwarna). x Faktor ulangan Menasihatkan pelajar supaya sentiasa mengulang isi pelajaran. Memberi latihan, ujian, kuiz untuk menguji minda pelajar. x Waktu rehat dalam pembelajaran. x Pengelolaan pembelajaran Mengajar konsep keseluruhan kepada bahagian yang lebih kecil. Penekanan pada pertalian dan perkaitan. x Menimbulkan minta pelajar
Menggunakan pelbagai teknik pengajaran untuk melibatkan semua deria pelajar. x Mengajar teknik hafalan Dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil untuk membantu hafalan. x Pembelajaran berkaitan dengan kehidupan sebenar Isi pelajaran lebih relevan jika dikaitkan dengan kehidupan seharian. x Menyesuaikan isi pelajaran dengan kebolehan mental pelajar. x Pastikan pelajar menguasai pelajaran yang sebelumnya. x Menegaskan motif ingatan. x Menggunakan kaedah nemonik (mnemonic) - Maklumat diorganisasi supaya proses meningkatkan kembali lebih berkesan. - 3 jenis pembelajaran nemonik. 1) Nemonik Peg Pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis penilaian PKAASP Violet, Indigo, Blue Green, Yellow, Orange, Red VIBGYOR 2) Nemonik berkaitan Mercury Venus Earth Mars Jupiter Saturn Uranus Neptune Pluto My very eager mother just sent us nine Pizza
3) Kata kunci Cara yang lebih banyak digunakan dalam pembelajaran bahasa, pembaca yang lemah dan cacat (kurang upaya). Contoh : Dalam bahasa Sepanyol ‘Pato’ bererti ‘duck’ atau ‘itik’ ‘Pot’ bererti pasu, membayangkan pasu berada di atas kepala itik. ‘Transhipment’ bererti pemindahan barang daripada kereta api kepada kapal laut ‘Train’ bererti kereta api.
Mengingati kembali melibatkan maklumat yang dibawa dari ingatan jangka panjang kepada ingatan jangka pendek untuk output. Ingatan Jangka I Pendek: N Ingatan Jangka Panjang 1) Mempunyai G keupayaan Tempat Penyimpanan A terhad. yang kekal T 2) Koding & A latihan N diadakan. 3) Mengawal Latihan koding mengingati D membawa ke kembali ingatan jangka E daripada panjang R ingatan I jangka A panjang. Gerak balas adalah output daripada ingatan jangka Kalau tidak ada latihan, pendek. bahan-bahan diganti dengan input baru dari ingatan jangka pendek. Lupaan dari ingatan jangka pendek