Your SlideShare is downloading. ×
SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT         JESUS (1) MELAKA        FOLIO SIVIK            TAJUK:    NAMA:Saidatul Najihah ...
     TAHUN:2013         NAMA GURU:Puan Zamzura binti      Azis          ISI KANDUNGAN           PERKARA           MUKASU...
6. Rumusan   13-14
~ SEKALUNG BUDI ~    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadaguru Sivik iaitu Puan Zamzura binti Azis kerana tela...
o NAMA:Saidatul   Najihah binti Shadano UMUR:12  tahuno NAMA BAPA:Shadan bin Othmano NAMA IBU:Suriyati binti Yaaparo TARIK...
Pendahuluan   RENUNGAN BEBERAPA BERITA DAN ISU TENTANG PENDERAAN   KANAK-KANAK           NURIN JAZLIN JAZIMIN          "ma...
Wajib buat aduan kes dera kanak-kanakKUALA LUMPUR 10 Nov. _ Guru sekolah, pegawai perubatan swasta danpenjaga di bawah kel...
Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak  Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi  masa hadapan.Oleh itu, menjadi tanggungjawab  ...
Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnyatidak mengetahui dengan jelas bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini.Pen...
Apa itu Hak Kanak-kanak?Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yangberumur di bawah 18 ...
Tanggungjawab         bagi         memastikanperlindungan terhadap hak-hak ini terletakkepada kerajaan Negara-negara Pihak...
berkhasiat daripada memakan makanan   ringan yang kurang berkhasiat.ii. Perkembangan   Hak kepada pembangunan potensi   in...
ibu bapa akan membuatkan mereka berasadihargai. Dengan ini mereka bersediauntuk meluahkan perasaan atau masalahkepada ibu ...
iii. Perlindungan    Hak kepada perlindungan daripada    pengaruh-pengaruh tidak baik seperti    penderaan, eksploitasi da...
iv. Penyertaan    Hak kepada penyertaan sepenuhnya    dalam keluarga, budaya dan kehidupan    sosial masyarakat setempat.K...
baik.Kesedaran terhadap hak kanak-kanak         perlulah dipupuk ke dalam diri setiap         individu agar mereka mengert...
ii. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.    Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya    tetapi inginkan kejayaan itu diha...
vii.   Keinginan untuk pencapaian kreatif.  Kanak-kanak gemar mengalami perkara  baru melalui aktiviti kreatif.viii.  Kein...
D. Cara Kanak-kanak Diberi Perlindungan  Usaha untuk memastikan perlindungan,  pemulihan dan pembangunan kanak-kanak  dite...
kanak melaporkan   kes   penderaan   kanak-kanak.ii. Mahkamah Kanak-kanakSehubungan ini, kes penderaan kanak-kanakyang dil...
iii. Pasukan Perlindungan Kanak-KanakPelbagai usaha diambil untuk menangani isukeganasan terhadap kanak-kanak termasukmeni...
iv. SCAN          (Pasukan        untuk    Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan    Kanak-Kanak Terabai)Di     samping      i...
ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai3,197 penyedia khidmat penjagaan kanak-kanak       diberi       latihan      un...
organisasi berasaskan  masyarakat    yangmemberi manfaat kepada 240 kanak-kanak.Selaras dengan Konvensyen Mengenai HakKana...
E. Tujuan Kanak-kanak Ke SekolahSekolah merupakan pusat pendidikan yangbertujuan untuk memperkembangkan kemahiranasas dan ...
sangat penting untuk membentuk kanak-    kanak yang berkeperibadian yang tinggi.ii. Selain itu, kanak-kanak juga akan diaj...
F. Tujuan Kanak-kanak menyertaisesuatu aktiviti1. Aktiviti sukanKanak-kanak amat digalakkan untuk menyertaiaktiviti teruta...
bekejasama dengan rakan sepasukan yang lain.Mereka perlu bersikap “bagai aur dengan tebing”jika ingin mencapai kemenangan....
G. Hak Setiap Kanak-kanaki. Untuk dilahirkan dan mempunyai nama dan    kewarganegaraanii. Untuk mempunyai keluarga yang ak...
Folio sivik
Folio sivik
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Folio sivik

23,730

Published on

Published in: Education
1 Comment
4 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
23,730
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
274
Comments
1
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Folio sivik"

  1. 1. SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT INFANT JESUS (1) MELAKA FOLIO SIVIK TAJUK:  NAMA:Saidatul Najihah binti Shadan  KELAS:6 Merah
  2. 2.  TAHUN:2013  NAMA GURU:Puan Zamzura binti Azis ISI KANDUNGAN PERKARA MUKASURATIsi Kandungan iSekalung Budi iiBiodata 11. Latarbelakang Projek A. Pernyataan Masalah 2 B. Cadangan Projek 32. Objektif Projek 43. Lukisan Projek A. Lakaran Projek 5 B. Gambar Projek 64. Alatan Tangan dan BahanYang Digunakan Alatan 7-9 Bahan 10-115. Masalah Yang Dihadapi 12
  3. 3. 6. Rumusan 13-14
  4. 4. ~ SEKALUNG BUDI ~ Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepadaguru Sivik iaitu Puan Zamzura binti Azis kerana telah banyakmembantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagimenyiapkan folio ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada ibu bapa saya iaitu En Shadan bin Othman danPuan Suriyati binti Yaapar kerana telah memberi sayacadangan dan pendapat untuk mendapatkan bahan bagitugasan ini. Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari kelas 6 Merah yang banyak membantu danmemberi komen membina. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikanoleh semua pihak menggerakkan saya menyiapkan tugasanini dengan sempurna.Sekian terima kasih. Saidatul Najihah binti Shadan
  5. 5. o NAMA:Saidatul Najihah binti Shadano UMUR:12 tahuno NAMA BAPA:Shadan bin Othmano NAMA IBU:Suriyati binti Yaaparo TARIKH LAHIR:20 Januari 2001o TEMPAT LAHIR:Hospital Besar Melakao CITA-CITA:Doktor Perubatano HOBI:Melayari Interneto BIL.ADIK-BERADIK:2 Orango ALAMAT:696-1 Jalan Semabok Dalam, Semabok 75050 Melaka.o KAUM:Melayuo AGAMA:Islam
  6. 6. Pendahuluan RENUNGAN BEBERAPA BERITA DAN ISU TENTANG PENDERAAN KANAK-KANAK NURIN JAZLIN JAZIMIN "mangsa keganasan manusia" KUALA LUMPUR: Kes penderaan termasuk penderaan seks terhadap kanak-kanak mencatatkan peningkatan apabila 754 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu, berbanding 670 kes pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, 700 kes membabitkan kanak-kanak perempuan menjadi mangsa penderaan dan ia membimbangkan kerana golongan berkenaan perlu diberi perhatian oleh masyarakat dan bukannya sebagai alat penderaan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata keselamatan kanak-kanak ialah isu serius kerana perlindungan golongan itu penting bukan saja memberi perlindungan daripada panas dan hujan. Menurutnya, perlindungan kanak-kanak membabitkan emosi supaya sentiasa selamat dan dalam keadaan terkawal bagi menghalang golongan terbabit hilang semangat serta keyakinan diri. Katanya, pendidikan awal juga perlu diberikan kepada anak mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa penderaan serta gangguan seksual. Ibu bapa perlu diberikan pendedahan belajar mendengar dan melindungi anak mereka supaya kes penderaan dapat dihalang, katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyerahan cek oleh artis, Melissa Indot kepada dua pusat penjagaan kanak-kanak, di sini semalam. Dua pusat itu ialah Pertubuhan Perlindungan dan Penyelamat Kanak-Kanak Selangor dan Kuala Lumpur serta Yayasan Salam Malaysia Pusat Jagaan Nur Salam. Pada majlis itu, kedua-dua pusat berkenaan masing-masing menerima cek bernilai RM64,070 dan RM62,170 hasil kutipan derma oleh Melissa, seorang penyanyi baru. Sumber : MyMetro 21 May, 2008.
  7. 7. Wajib buat aduan kes dera kanak-kanakKUALA LUMPUR 10 Nov. _ Guru sekolah, pegawai perubatan swasta danpenjaga di bawah kelolaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diwajibkanmembuat aduan sekiranya terdapat kes penderaan terhadap kanak-kanak.Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihak-pihak berkenaandiwajibkan membuat laporan kepada polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) sekiranya mengetahui perkara tersebut.Menurut Shahrizat, perkara itu dicadangkan dalam Pindaan Akta Kanak-Kanak2001 yang akan dikemukakan kepada Kabinet pada awal tahun depan selepasAkta Orang Kurang Upaya (OKU) dibentangkan dalam mesyuarat KabinetDisember ini.“Cadangan mewajibkan pihak-pihak tersebut membuat laporan berikutan ramaiyang mengambil sikap „lepas tangan‟ dan tidak ambil tahu tentang kes penderaanterhadap kanak-kanak,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis sambutanHari Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Ke-53 bertema „Keselamatan danPerlindungan Kanak-Kanak Keutamaan Kita‟ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur(KLCC) di sini, hari ini.Majlis itu dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, DatinSeri Jeanne Abdullah dengan kehadiran kira-kira 2,000 kanak-kanak dari seluruhnegara.Terdahulu berucap di majlis itu, Shahrizat memberi amaran keras kepada ibu bapayang cuai dan menjadikan anak-anak mereka sebagai mangsa penderaan akandikenakan tindakan tegas.“Kita akan menggunakan akta ini dalam menangani kes penderaan ke atas kanak-kanak,” jelasnya.Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat, kata Shahrizat, kes penderaankanak-kanak agak membimbangkan dengan 1,656 kes yang dilaporkan pada 2004meningkat kepada 1,800 kes (2005) dan 1,999 kes pada 2006.Beliau menambah, kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang dilaporkanmeliputi kes penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan kes buangbayi.Berikutan peningkatan kes itu, kerajaan telah menggubal Dasar PerlindunganKanak-Kanak yang meliputi semua aspek.Shahrizat berharap, pelaksanaan dasar tersebut dapat menjamin keselamatankanak-kanak dalam semua keadaan seperti di taska, tadika, sekolah, hospital dandi institusi kebajikan.Sumber: Utusan Malaysia
  8. 8. Hak Dan Tanggungjawab Kanak-Kanak Kanak-kanak merupakan pemimpin generasi masa hadapan.Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, guru, pemimpin dan setiap individu dalam memastikan kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran yang harmoni, berkesefahaman dan penyayang. Kanak-kanak juga mempunyai hak sepertimana orang dewasa.Tambahan lagi, keadaan mereka yang masih belum matang dan tidak dapat membuat keputusan dengan sendiri, menyebabkan mereka memerlukan perlindungan dan penjagaan khas, termasuk disediakan perlindungan undang-undang yang sewajarnya. Mereka berhak ke atas perlindungan, hak untuk tidak didiskriminasi, hak ke atas perlindungan, hak untuk menyuarakan pendapat serta pelbagai hak-hak lain yang termaktub di dalam perjanjian antarabangsa, undang-undang serta dasar negara.
  9. 9. Malangnya, masyarakat Malaysia secara amnyatidak mengetahui dengan jelas bahawa kanak-kanak mempunyai hak istimewa ini.Pendapatkanak-kanak sering tidak diberikan perhatian dantidak diberikan perlindungan yang sewajarnya.Berapa banyak kes yang dilaporkan oleh mediamassa tentang kes penderaan dan pembuanganbayi? Bagaimana pula dengan kes-kespenganiayaan dan pengabaian kanak-kanak yangtidak dilaporkan?
  10. 10. Apa itu Hak Kanak-kanak?Menurut Akta Kanak-kanak 2001, kanak-kanak didefinisikan sebagai individu yangberumur di bawah 18 tahun. Hak kanak-kanakpula adalah hak-hak yang telah disenaraikan didalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (Convention on the Rights of theChildren).Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanakmerupakan instrumen antarabangsa yangmempunyai ratifikasi paling banyak antarainstrumen PBB yang lain. Konvensyen initelah diterima pakai pada Perhimpunan AgungPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20November 1989 bagi mengiktiraf hak kanak-kanak. Malaysia telah meratifikasikonvensyen ini pada 17 Februari 1995, namunmasih mengekalkan reservasi kepada Perkara1, 2, 7, 13, 14, 15, 28(1)(a) dan 37.Konvensyen ini menuntut agar kita menjadilebih peka terhadap keperluan kanak-kanakdan mewujudkan persekitaran yang harmonidan penyayang.Ia menggariskan hak kanak-kanak di seluruh dunia tanpa mengira jantina,agama, bangsa, kefahaman atau perbezaan.
  11. 11. Tanggungjawab bagi memastikanperlindungan terhadap hak-hak ini terletakkepada kerajaan Negara-negara Pihak danjuga masyarakat.Perjanjian ini menggariskanempat penjelasan hak utama iaitu:-i. Kehidupan Hak kanak-kanak kepada kelangsungan hidup dan keperluan-keperluan asas untuk hak tersebut seperti makanan, air bersih dan tempat tinggal. Ibu bapa mestilah menyediakan keperluan-keperluan asas kepada kanak- kanak mengikut kemampuan mereka.Kanak-kanak memerlukan tempat tinggal yang baik, pemakanan yang seimbang dan air yang bersih, Persekitaran yang positif, harmoni dan penyayang perlulah diwujudkan bagi memastikan kanak-kanak dapat membesar dengan baik. Ibu bapa juga perlu menyediakan pemakanan seimbang dan berkhasiat yang mengandungi zat seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral dalam memangkinkan tumbesaran kanak- kanak.Ibu bapa harus mengajar kanak- kanak untuk memilih makanan yang
  12. 12. berkhasiat daripada memakan makanan ringan yang kurang berkhasiat.ii. Perkembangan Hak kepada pembangunan potensi individu menyeluruh seperti hak kepada pendidikan, hak untuk bermain dan hak untuk menyuarakan pendapat. Ibu bapa mestilah memberikan pendidikan kepada kanak- kanak.Pendidikan ini termasuklah mengenali tuhan, nilai-nilai murni dan persekolahan.Ibu bapa harus memupuk minat membaca dan cintakan ilmu kepada kanak-kanak.Ilmu-ilmu yang baik dan bermanfaat ini adalah untuk menyediakan kanak-kanak pada masa hadapan. Kanak-kanak juga diberikan kebebasan untuk bermain mengikut kesesuaian.Melalui interaksi bermain, kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu yang bermanfaat. Sebagai contoh, mereka dapat belajar menghormati orang lain; sesuatu yang mudah seperti beratur ketika bermain atau berkongsi alat permainan bersama-sama rakan. Kanak-kanak juga perlu didengari. Pendapat mereka yang diambil kira oleh
  13. 13. ibu bapa akan membuatkan mereka berasadihargai. Dengan ini mereka bersediauntuk meluahkan perasaan atau masalahkepada ibu bapa.Terdapat banyak kesyang menunjukkan kanak-kanak atauremaja yang lebih mempercayai rakansebaya daripada ibu bapa sendiri dalamberkongsi masalah.Ini disebabkan olehkurangnya komunikasi di antara kanak-kanak tersebut dengan ibu bapa merekasehingga menyebabkan kanak-kanak initidak berminat untuk menceritakanmasalah mereka kepada ibu bapa dankeluarga.
  14. 14. iii. Perlindungan Hak kepada perlindungan daripada pengaruh-pengaruh tidak baik seperti penderaan, eksploitasi dan sebagainya. Kanak-kanak berhak kepada perlindungan daripada sebarang keadaan yang berbahaya seperti penderaan, pencabulan dan eksploitasi.Kanak-kanak tidak seharusnya dijadikan mangsa kepada sesuatu masalah.Mereka perlu dilindungi daripada dicederakan dari segi emosi ataupun dari segi seksual. Mereka tidak seharusnya diabaikan dan dianiaya oleh sesiapa pun.Mereka juga tidak sepatutnya didiskriminasi hanya kerana perbezaan yang terdapat pada mereka.Jika terdapatnya salah laku terhadap kanak-kanak ini, pihak-pihak berwajib harus campur tangan dan melindungi mereka melalui undang- undang yang telah diperuntukkan.
  15. 15. iv. Penyertaan Hak kepada penyertaan sepenuhnya dalam keluarga, budaya dan kehidupan sosial masyarakat setempat.Kanak-kanak perlu diberi hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal dan pembesaran mereka.Contohnya mereka ingin mendapatkan sesuatu barangan, sekiranya difikirkan sesuai, ibu bapa perlulah menyediakan barangan tersebut.Ibu bapa juga perlu menyertakan kanak-kanak dalam aktivitikemasyarakatan supaya dapat memupuk sifat-sifat murni dalam diri kanak-kanak.Selain itu, kanak-kanak juga perlu dididik untuk berbuat baik dan bertoleransi dengan anggota masyarakat. Ibu bapa merupakan individu yang paling hampir kepada kanak-kanak.Seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan kanak-kanak ini dapat menjalani kehidupan yang
  16. 16. baik.Kesedaran terhadap hak kanak-kanak perlulah dipupuk ke dalam diri setiap individu agar mereka mengerti bahawa setiap dari kita mempunyai hak tersendiri.Kesedaran ini juga perlu dalam mengurangkan tindakan-tindakan tidak berperikemanusian sesetengah individu terhadap kanak-kanak.C. Keperluan Asas Kanak-kanak i. Keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal.
  17. 17. ii. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai.iii. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain.iv. Keinginan untuk bersaing Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya.v. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.vi. Keinginan untuk meneroka Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan.
  18. 18. vii. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.viii. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.ix. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.
  19. 19. D. Cara Kanak-kanak Diberi Perlindungan Usaha untuk memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan kanak-kanak diteruskan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan mereka. i. Akta Sehubungan ini, Akta Kanak-Kanak 2001 digubal dengan menggabungkan Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991. Penggubalan Akta ini mengambil kira prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak- Kanak.Akta tersebut mewajibkan pengamal perubatan, ahli keluarga dan penyedia perkhidmatan penjagaan kanak-
  20. 20. kanak melaporkan kes penderaan kanak-kanak.ii. Mahkamah Kanak-kanakSehubungan ini, kes penderaan kanak-kanakyang dilaporkan meningkat daripada 1,036pada tahun 2001 kepada 1,656 pada tahun2005. Akta tersebut juga memberi penekanankepada tanggungjawab dan penglibatan ibubapa dalam pemulihan kanak-kanak danmenangani ketidakharmonian dalam keluargamelalui penyediaan bengkelinteraktif.Mahkamah khas dikenali sebagaiMahkamah Kanak-Kanak yang diketuaioleh seorang majistret dengan dua penasihatdaripada kalangan orang awam ditubuhkanpada tahun 2002 untuk mendengar kesberkaitan kanak-kanak.
  21. 21. iii. Pasukan Perlindungan Kanak-KanakPelbagai usaha diambil untuk menangani isukeganasan terhadap kanak-kanak termasukmeningkatkan penyertaan masyarakat dalammelaksanakan program pencegahan danpemulihan.Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak danPusat Aktiviti Kanak-Kanak ditubuhkan diperingkat negeri dan daerah untuk memberiperkhidmatan terutamanya kepada keluargadan kanak-kanak yang terdedah kepadakeganasan di kawasanberkenaan.Perkhidmatan tersebuttermasuk aktiviti berkaitan kanak-kanak,kaunseling untuk kanak-kanak dan ibu bapa,kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak bertujuan memberi sokongan psikologidan motivasi. Dalam tempoh Rancangan,sejumlah 131 pasukan Perlindungan Kanak-Kanak dengan keahlian aktif seramai 1,572orang serta 135 Pusat Aktiviti Kanak-Kanakditubuhkan.
  22. 22. iv. SCAN (Pasukan untuk Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai)Di samping itu, pasukan untukMengesan Penderaan Kanak-Kanak danKanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan dihospital daerah dan negeri untuk menyelia danmemantau kes penderaan kanak-kanak yangdirujuk kepada hospital. Sejumlah 14 pasukanSCAN ditubuhkan di hospital negeri dan 690kes penderaan kanak-kanak dilaporkan.v. Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1984 yangbertujuan memastikan standard minimumpenjagaan kanak-kanak di pusat penjagaandikaji semula pada tahun 2005 bagimenetapkan langkah penguatkuasaan yanglebih ketat dan meningkatkan kualitipenjagaan kanak-kanak.Di samping itu, sektor awam dan swastadigalak untuk menubuhkan kemudahanpenjagaan kanak-kanak di tempat kerjamelalui penyediaan pelbagai insentif sepertipemberian bantuan secaralangsung dan rebatcukai. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 86pusat penjagaan kanak-kanak berdaftar telah
  23. 23. ditubuhkan di tempat kerja manakala seramai3,197 penyedia khidmat penjagaan kanak-kanak diberi latihan untukmeningkatkan keupayaan mereka dalammengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak.vi. Rumah Kanak-KanakKerajaan menyediakan institusi penjagaanuntuk anak yatim serta anak yangditinggalkan, didera dan diabaikan.Dalamtempoh Rancangan, tiga Rumah Kanak-Kanakyang baru dibina untuk memberi penjagaandan perlindungankepada 320 kanak-kanak.vii. Rumah Tunas HarapanDi samping itu, tujuh Rumah Tunas Harapanditubuhkan bagimembolehkan kanak-kanakyang memerlukan penjagaan danperlindungan tinggal dalam suasanakekeluargaan. Rumah tersebut disediakanmelaluiperkongsian dan kerjasama denganbadan korporat, kerajaan negeri sertaagensi lain yang berkaitan seperti YayasanKebajikan Kebangsaan, NGO dan
  24. 24. organisasi berasaskan masyarakat yangmemberi manfaat kepada 240 kanak-kanak.Selaras dengan Konvensyen Mengenai HakKanak-Kanak, usaha diambil untukmenggalakkan penyertaan lebih ramai kanak-kanak dalam penggubalan dan prosesmembuat keputusan. Usaha bina upaya danmemperkasa kanak-kanak mengenai isu danhak mereka telah diambil melalui programkesedaran dengan penyertaan seramai 163kanak-kanak dalam tempohRancangan.Bagi memastikan suara merekaterus didengar, kanak-kanak juga turutdilibatkan dalampenilaian Pelan Tindakan Negara (NPA)pertama dan merangka NPA keduabagi tempoh 2006–2020.NPA keduamengambil kira elemen yang terkandungdalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, iaitu keperluan hidup,perlindungan, pembangunan dan penyertaankanak-kanak.
  25. 25. E. Tujuan Kanak-kanak Ke SekolahSekolah merupakan pusat pendidikan yangbertujuan untuk memperkembangkan kemahiranasas dan memupuk sikap positif kanak-kanakdalam aspek perkembangan yang merangkumiaspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual danSosial.Selain itu, kanak-kanak dapat menguasaikemahiran asas antaranya kemahiran membaca,menulis dan mengira.Kemahiran ini adalahkemahiran asas dalam pendidikan yang jugadikenali sebagai 3M.Objektif pendidikan di sekolah adalah supaya :i. Kanak-kanak mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik. Ini kerana kanak-kanak adalah ibarat kain putih yang akan di warnakan pada kain tersebut dan seterusnya menghasilkan warna-warna yang cantik atau tidak cantik. Oleh itu, perkembangan secara menyeluruh
  26. 26. sangat penting untuk membentuk kanak- kanak yang berkeperibadian yang tinggi.ii. Selain itu, kanak-kanak juga akan diajar menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi selain mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama.iii. Kemahiran untuk berfikir dan menyelesaikan masalah juga dapat dipertingkatkan. Ini adalah perkembangan yang penting untuk kanak-kanak bagi melahirkan pemikiran yang kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah.iv. Selain mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial ia dapat mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik dan objektif yang terakhir ialah mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
  27. 27. F. Tujuan Kanak-kanak menyertaisesuatu aktiviti1. Aktiviti sukanKanak-kanak amat digalakkan untuk menyertaiaktiviti terutamanya sukan.Sebagai contoh,kanak-kanak boleh menyertai olahraga,permainan bola sepak, bola jaring, hoki dansebagainya di sekolah.Aktiviti sukan banyak kebaikannya kepadakita.Menerusi aktiviti sukan, kita dapatmenyihatkan badan.Hal ini demikian keranadengan bersukan, kita dapat mengurangkanlemak yang terkumpul di dalam badankita.Jantung kita pula dapat mengepam darahdengan lancar. Seterusnya, pelbagai penyakitseperti sakit jantung, kencing manis dan darahtinggi dapat dihindarkan.2. Aktiviti berkumpulanSelain itu, aktiviti berkumpulan dapatmengeratkan perhubungan dan memupuksemangat setiakawan. Biasanya, apabilamenjayakan sesuatu aktiviti, setiap orang perlu
  28. 28. bekejasama dengan rakan sepasukan yang lain.Mereka perlu bersikap “bagai aur dengan tebing”jika ingin mencapai kemenangan. Sebagaihasilnya, semangat bekerjasama akan terbentukdan perhubungan menjadi lebih erat.Kesimpulannya, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkumpulan dan sukan merupakankegiatan yang berfaedah kepada kita.Namunbegitu, seseorang kanak-kanak perlu bijakmengatur masanya antara aktiviti riadah denganpelajaran.Hal ini penting agar murid dapatmemperoleh kebaikan dalam kedua-dua bidangtersebut.
  29. 29. G. Hak Setiap Kanak-kanaki. Untuk dilahirkan dan mempunyai nama dan kewarganegaraanii. Untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga danmenyayangiiii. Untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damaiiv. Untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihatv. Untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi dirivi. Untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadahvii. Untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahayaviii. Untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaanix. Untuk berupaya mengekspresi pandangan mereka sendiri

×