• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Islam sebagai ad din
 

Islam sebagai ad din

on

  • 5,830 views

 

Statistics

Views

Total Views
5,830
Views on SlideShare
5,522
Embed Views
308

Actions

Likes
1
Downloads
120
Comments
0

3 Embeds 308

http://ustazsafwan.blogspot.com 306
http://ustazsafwan.blogspot.no 1
http://ustazsafwan.blogspot.ca 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Islam sebagai ad din Islam sebagai ad din Document Transcript

    • 1.0 PENGENALAN ISLAM SEBAGAI AD-DINPerkataan Islam berasal dari bahasa Arab iaitu “Salima” bererti selamat sentosa ataukedamaian.Dari perkataan “Salima” itu ini dibentuk perkataan “Aslama” yang bermaksudmemelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia bereti juga menyerah diri, tundukpatuh dan taat. Perkataan ”Aslama” inilah yang menjadi pokok asas kepada perkataanIslam iaitu “Salima-Aslama-Yuslimu”, yang membawa erti menyerah diri, patuh dantunduk kepada sesuatu(Muhd. Sulaiman bin Hj. Yasin : 1981). Contohnya dapat dilihatdari Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Ketika Tuhannya berkata kepadanya (NabiIbrahim) berserahlah, Ibrahim menjawab, aku telah menyerah diri kepada Tuhan alamini”. (Al Baqarah : 131)Islam berbeza dari agama lain yang ada di muka bumi, kerana perkataan ”Islam” tidakmempunyai hubung kait sama ada dengan individu-individu tertentu, golongan atautempat-tempat tertentu. Penurunan Islam kepada umat manusia merupakan hikmahtertinggi dari Allah s.w.t. maka Islam disebut sebagai agama wahyu. Dari segi pemilihannama, “Islam” merupakan nama istemewa yang diberikan oleh Allah kepada Dinnya. Al-Quran sebagai kalam Allahs.w.t. menyebut “Islam” sebagai Al-Islam(makrifah) untukditujukan kepada agama suci ini. Di antaranya ayat-ayat tersebut ialah:Firman Allahs.w.t. yang bermaksud : “Sesungguhnya agama di sisi Allah hanya Islam”. (Ali Imran :19)“Barang siapa mencari agama selain Islam, maka tidaklah akan diterima(agama itu).”(Ali Imran : 85)“Pada hari ini telah aku sempurnakan bagimu agamamu dan telah Kucukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redha Islam itu menjadi agamamu”(AlMaidah : 3)“Dia yang mengutuskan RasulNya(dengan membawa) petunjuk(AL-Quran)dan agamayang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik membenciNya”(Al Taubah : 33)Definisi Islam menurut Istilah/syara.a. Islam bererti patuh dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan penuhkesedaran dan kerelaaan tanpa paksaan(Ibid). Penyerahan secara terpaksa bukanlahbidang yang dibicarakan di sini, kerana penyerahan secara itu tidak akanmendatangkan balasan pahala, malah manusia tidak dapat membuta pilihan yangmengakibatkan mereka akan ke syurga atau ke neraka. Sama ada mereka tergolongyang beruntung ataupun yang rugi. Malah penyerahan secara ini tidak sesuai untukmakhluk manusia yang mempunyai akal fikiran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :“Barang siapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima daripadanya dan dia diakhirat kelak termasuk orang yang rugi”(Ali Imran : 85)
    • b. Islam adalah peraturan hidup(way of life), peraturan yang bersifat intergral danmengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak mulia, yangdisampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk seluruh umat manusia. Peraturan hidupini terkandungdidalam al kitab yang nyata dan telah dihayati oleh pesuruhNya iaitudalam kehidupan baginda Rasulullah s.a.w. yang menjadi teladan yang baik bagiseluruh manusia.Manusia tidak akan sesat selagi berpegang kepada kedua-dua peninggalan ini sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. sendiri yang bermaksud :“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagikamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul”(RiwayatBukhari)c. Definisi Islam menurut Hadith Rasulullah s.a.w. Jibril datang bertanya Rasulullahs.a.w. tentang Islam : “Ceritakan padaku (Wahai Muhammad) tentang Islam, Rasulullahs.a.w. menjawab: Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalahhambaNya dan Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulanRamadhan dan berhaji ke Baitullah jika engkau kuasa”(Riwayat Bukhari) Jibrilmembenarkan keterangan Rasulullah s.a.w. di atas. Dalam hadith di atas Rasulullahs.a.w. telah menerangkan beberapa asas penting yang terkandung di dalamIslam(Abdul Karim Zaidan : 1987). Asas Islam itu dapat dihuraikan seperti berikut :i. Sistem kerohanian yang terbit dalam bentuk ucapan syahadah. Ini menunjukkanIslam bukanlah agama yang jumud dan kaku, malah ia merupakan agama yang lurus,benar dan harmoni.ii. Di atas kerohanian yang mantap terbina pula sistem perundangan yang luasskopnya, samada dalam konteks individu maupun dalam konteks kolektif. Hal initergambar dalam ibadah-ibadah asas yang disyariatkan.iii. Di atas sistem kerohaniannya yang mantap dan sistem syariatnya yang menyeluruh,suatu perkara yang tidak dapat dipisahkan ialah perlaksanaan kedua-dua sistem inisecara serentak. Dalam hal ini, Islam telah meletakkan satu garis dasar bagiperlaksanaan kedua-dua sistem ini, iaitu melalui sistem akhlak Islam yang menyeluruhdan mantap.Dengan perlaksanaan ketiga-tiga sistem ini secara serentak maka lahirlah, apa yangdikatakan ibadah dalam konteks yang menyeluruh. Menjadi seluruh aktiviti kehidupanini ibadah adalah sasaran Islam dan menjadi fungsi penciptaan manusia itu sendiri.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkanuntuk mengabdikan kepadaKu”(AL-Zariyat : 56) Islam sebagai sistem yang luasmempunyai strukturnya yang tersendiri. Dengan struktur inilah pengabdian yang total
    • dan padu kepada Allah s.w.t. dapat dilaksanakan secara terurus dan terancang, tepatseperti mana yang dikehendaki di dalam itu sendiri.PENGERTIAN AD-DINMenurut pendapat Ibn Faris dalam bukunya “Maqayis al Luqhah” perkataan Ad-Dinmerupakan perkataan buku yang mempunyai banyak erti diantaranya ialah pasrah,menyerah, tunduk, perhitungan dan lain-lain. Orang-orang Arab mempergunakannyauntuk berbagai-bagai maksud dan tujuan. Dalam peristilahan bahasa Melayu perkataanagama boleh diertikan kepada Ad-Din.Perkataan „Din‟(dalam bentuk nakirah) bererti suatu cara hidup, sedang Ad-Din(dalambentuk makrifah) bermaksud, cara hidup yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Iamerupakan suatu yang khusus terdapat di dalam Al Quran. Walau bagaimanapunperkataan Din apabila dirangkaikan dengan perkataan Allah Al haq seperti dinullah,dinulhaq maka ia bereti agama yang datang dari Allah atau agama yang benar.Jadi, perkataan Din apabila dilihat sebagai suatu istilah yang khusus dalam Al Quran iamencangkupi seluruh aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat, ia merupakansuatu istilah yang terdiri daripada empat bahagian :· Kekuasaan yang mahamutlak(Allah s.w.t. ).· Penyerahan diri lahir dan batin disertai dengan ketaatan dankesetian kepada kekuasaan yang maha mutlak.· Iman dan amalan di bawahpengawasan pihak yang maha mutlak kekuasaannya.· Ganjaran yang diberi sama adabaik atau buruk dari pihak Yang Maha Berkuasa.Keempat-empat bahagian ini sesuaidisebut dengan istilah yang diberikan oleh Allah s.w.t. terhadap “Dinulhaq” yang manaia mengandungi tiga ciri terpenting:· Iman kepada Allah, sebagai yang mutlakkekuasaanNya, dimana setiap muslim menyerah bulat kepada kekuasaaNya.· Imankepada hari kemudian(akhirat), ia merupakan hari dimana Allah melimpahkan anugerahdan kurniaNya, juga menimpa azab dan derita.· Mengamalkan perintah Allah danmeninggalkan larangannya.Keserasian yang ada di antara pengertian Din sebagai suatuistilah yang khusus di dalam Al Quran dengan peristilahan Dinullah dan Dunulhaq yangmengandungi tiga perkara penting tadi dapat dilihat melalui ayat-ayat Al Quran dansunnah Rasulullah s.a.w.ISLAM SEBAGAI SUATU SISTEM(DINULLAH) HIDUP CIPTAAN ALLAHIslam merupakan agama yang benar yang datang dari Allah s.w.t. diturunkan untukseluruh makhluk dan alam semesta. Tidak ada agama lain yang diakui kebenarannyamelainkan Islam. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:“Sesungguhnya agama disisiAllah ialah Islam”. (Ali Imran : 19) Islam adalah agama yang diturunkan kepada pararasul sejak Nabi Allah Adam hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w. Agama yang benardan kekal sudah tentu ia bersifat sempurna dan menyeluruh. Sempurna dari segi nilai-nilai dan sistem-sistem yang terkandung di dalamnyadan menyeluruh dari segi
    • konteksruang lingkupnya. Sebagai satu sistem, Islam mampu mengatur dan mentadbirhidup dan kehidupan seluruh makhluk, samada makhluk yang terdiri dari alam nabat,alam haiwan dan lebih-lebih lagi makhluk yang dikatakan alam manusia.Islam sebagai agama atau sistem hidup yang mengatur seluruh kehidupan alamsemesta mempunyai peraturan-peraturan dan pengajaran yang merupakan asas-asas,prinsip-prinsip dan hukum-hakam. Dasar-dasar ini termaktub di dalam kitab suci AlQuran dan As Sunnah yang sahih. Keseluruhan dasar-dasar itu merupakan perintah-perintah, larangan-larangan, petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraandan kebahagianhidup manusia di dunia dan di akhirat. Untuk mencapai tujuan ini, Islam mengajarkanhal-hal yang berhubung kait dengan duniawi dan juga hal-hal yang bersangkutandengan unsur ukhrawi. Oleh itu, ajaran Islam berpaksikan kepada dua bentukhubungan :. Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan Allah, ia meliputi tentangkepercayaan dan penyembahan. Oleh itu, Islam mengajarkan tentang sistem iman dansistem ibadah. Kedua-dua ajaran ini bersifat vertikal ataupun menegak.2. Ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusiadengan alam. Oleh itu, Islam mempunyai ajaran-ajaran yang mencangkupi bidang-bidang politik, undang-undang, ekonomi, sosial, kebudayaan dan sebagainya. Kedua-dua ajaran ini bersifat horizontalataupun mendatar(Nasaruddin Razak : 1986).Kedua-dua ajaran ini dilaksanakan secara harmoni tanpa adanya pemisahan diantarasatu sama lain. Sebarang pemisahan akan mengakibat kemusnahan dan kerugian yangberkekalan kepada pelakunya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:“Ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada melainkan mereka yang membuathubungandengan Allah danmembuat hubungan dengan manusia”(Ali Imran : 112)Islam bukan hanya berupa sistem keagamaan yang berbentuk ritual semata-matamalah ia merupakan sistem hidup yang luas ruang lingkupnya, dimana ia dikatakanagama universal(Muhd Sulaiman Yasin : 1981).ISLAM SEBAGAI SUATU SISTEM SECARA UMUM DAN KHUSUS4. 1 Sistem Umum/Hukum Alam SemestaSistem secara umum bermaksud; sistem atau peraturan/hukum umum ciptaan Allahs.w.t. yang bersifat universal. Seluruh alam ini termasuk manusia terikat denganperaturan ini dan peraturan yang bersifat umum ini dikenal sebagai hukum alamsemesta. Hukum ini tidak ada suatu makluk pun dapat mengelak diri daripadanyasamaada secara redha maupun terpaksa. Dengan sistem/hukum umum inilah Allahs.w.t. mencipta dan mengatur seluruh alam. Ia bersifat pasti, objektif dantetap(Nasaruddin Razak : 1986). Firman Allah s.w.t yang bermaksud :“Dan(Allah) telahmenciptakan tiap-tiap sesuatu lalu ditetapkan padanya hukum-hukumnya”( AL Furqan :
    • 2)Hukum umum ini dikenal juga sebagai Sunnatullah yang sifatnya tidak akan berubah.Allah s.w.t. menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud :“Yang demikian itu, adalahSunnatullah yang telah berlaku sejakdahulu, Dan kamu tidak sekali-kali akanmenemukan perubahan pada Sunnatullah itu”(Al Fath : 23)Ketundukan dan kepatuhanseluruh alam terhadap sistem ini merupakan suatu yang pasti dan tidak dapat disangkallagi, Al Quran dengan tegas menjelaskan dengan maksud:“. Dan kepadaNyalahmenyerah diri apa yang ada di langit dan di bumi, baik secara suka maupun terpaksa.”(Al Ra‟d : 15)Bagi maklukNya yang istimewa, tersusun dari unsur rohani dan jasmani,memiliki daya pilih, Allah menurunkan suatu sistem khusus yang dinamakan dinullahatau dinul Islam sesuai dengan status ebagai Khalifah Allah di bumi.4. 2 Islam Sebagai Suatu Sistem khususIslam sebagai satu sistem khusus bermaksud Islam sebagai Ad Din yang datang dariAllah s.w.t. merupakan peraturan yang mengatur hidup manusia, agar dapatmengabdikan diri dalam konteks yang sebenar”. Mengabdi merupakan fungsipenciptaan manusia yang dilakukan dalam keadaan sedar dan merupakan pilihan yangtepat dan benar berdasarkan persiapan dan unsur-unsur yang sedia ada pada dirimanusia sendiri, Allah s.w.t. berfirman degan maksud :“Tidak aku jadikan jin danmanusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu”(Al Zariyat : 56)Sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh manusia atau melakukan pilihan yangsalah akan mengakibatkan kemurkaan Allah dan di akhirat ia dikategorikan ke dalamgolongan orang-orang yang rugi, firman Allah s.w.t yang bermaksud :“Barang siapayang mencari agama selain Islam, Maka tidak akan diterima(agama itu) daripadanyadan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”(Ali Imran : 85)Islam merupakan sistem khusus yang mengatur kehidupan manusia dan mampumenangani seluruh persoalan hidup, baik yang menyangkut persoalan rohani maupunjasmani dalam seluruh aspek aktiviti kehidupan.KANDUNGAN ISLAMAkidahAkidah merupakan dasar penting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorangdi sisi Allah adalah bergantung kepada akidah yang dianutinya, Seluruhaktivitikehidupan yang lahir dari diri seseorang yang berpegang dengan akidah yangbenar akan dapat mencerminkan nilai akidah yang dipegangnya.Dari segi bahasa
    • Perkataan akidah berasal dari bahasa Arab bermaksud ikatan atau simpulan. Padakebiasaannya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang bersifat zahir sepertitaliatau seumpamanya. Walau bagaimanapun perkataan ini digunakan juga pada sesutuyang berbentuk maknawi, seperti perjanjian. Dari ikatan dan simpulan maknawi ini lahirperkataan “akidah”iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalamkepercayaan(Muhd. Sulaiman Yasin : 1981).Dari segi istilah/syara.Berpandukan dari diatas, akidah bolehdifahamkan sebagai kepercayaan yang terikaterat dan tersimpulkuat dalamjiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai oleh apa-apasekalipun(Ibid). Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :Maka sesiapa yang kafirkan taghut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telahberpegang dengan simpulan tali yang kukuh, yang tidak akan putus, dan Allah MahaMendengarlagi Maha Mengetahui”(Al Baqarah : 256)Dalam Islam, iman tidak boleh tertegak berdasarkan keraguan atau dipengaruhi olehprasangka, kerana ia ditetapkan dengan positif oleh Al Qurandan dijelaskan oleh AlHadis.Unsur-unsur Akidah/Rukun Iman.Berdasarkan keterangan Al Quran dan Al Hadis di atas dapat disimpulkan bahawaunsur-unsur akidah atau terasiman adalah seperti berikut:a. Kepercayaan kepada Allah.Kepercayaan kepada Malaikat. Kepercayaan kepada Kitab-kitabd. Kepercayaan kepadapara Rasule. Kepercayaan kepada hari Akhiratf. Kepercayaan kepada Qadar dan QadakAsa utama yamg mesti ada dalam akidah ini terjelma dalam penyaksian syahadah.Akidah adalah penentu pandangan umat Islam kepada makluk dan khalik, kepada duniadan akhirat dan kepada alam syahadah dan alam qhaib (Al Qaradhawi : 2000). Oleh ituumat Islam digalakkan supaya menjaga akidah dan membataskan diri dari melakukanperkara-perkara yang boleh mencacatkan Islam itu sendiri.SyariahSyariah dari segibahasaBerasal dari perkataan Arab „Syir‟ah‟. Dalam bahasaMelayu bereti jalan, jalanyang lurus atau sumber air.Syariah mengikut istilah/syara‟Mengikut perundangan Islam,syariah adalah segala hukum-hukum yang diperundangkan oleh Alalh s.w.t. ke atshamba-hambaNya supayamereka beriman dan beramal dengannya agar dapatmencapai kebahagiaanhidup di dunia dan akhirat. Firman Allah yang bermaksud:“Kemudian Kami jadikan kamu di atas suatu jalan yang lurus(syariah) maka hendaklahkamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikut kehendak merekayang tidakmengetahui”( Al Jathiah : 18)Semua hukum-hukum yang diperundangkan inidikeluarkan samada dari Al Quran dan Al hadis, melalui ijtihad sahabat dan para fuqahayang didasarkan kepada dua sumber utama ini. Oleh itu sumber-sumber perudanganIslam yang masyhur terutama dikalangan jumhur ulamak adalah :a. AlQuran(Kitabullah)b. Al Hadith / As Sunnahc. Al Ijmakd. Al Qias Berdasarkan hukum-
    • hukum ini manusia berpeluang untuk membina kehidupannya dalam pelbagai aspekyang dapat menyumbang kepada kebahagian dan kedamaian. Syariah tidak tandusdalam membicarakan hubungan manusia dan Allah dan hubungan manusia sesamamakhluk. Begitu juga syariah telah menyediakan suatu kerangka konkrit tentangpersoalan politik, ekonomi, pentadbiran dan seterusnya kepada hubunganantarabangsa.Dalam hal inisyariah memberi luang yang luasbagi manusia membinatamaddunnya. Penjelasan mengenai mertabat ilmu, pengiktirafan terhadap unsur-unsurteknikal dan kesenian merupakan jawapan bagi seluruh hukum-hakam yang diturunkanoleh Allah s.w.t. itu dapat mengarahkan manusia membina suatu kehidupan yangmenjelmakan diri sebagai insan yang bertaqwa(Amin b. Amat : 1989)AkhlakAkhlak darisegi bahasa :Berasal dari bahasa Arab “Akhlaq” iaitu kata jamak dari khuluq bermaksudtingkah laku, tabiat, perangai dan bentuk peribadi.Akhlak dari sudut istilah/syara‟Akhlakberasaldari perbendaharaan istilah Islam. Lain istilah yang mirip dengan akhlak adalahmoral dan etika. Menuru Iman Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlakadalah sifat yang tertanamdalam jiwa seseorangyang dengannya lahir perbuatanhasildari pancaran hati sanubari dalamanya. Ia bersikap rohani yang melahirkan tingkahlaku perbuatan insan terhadap Allah dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluklain sesuai dengan suruhan dan larangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”(RiwayatMalik)DiriRasulullah s.a.w. sendiri menjadi model kepada akhlak Islam dan menjadiikutan ummah. Saidatina Aiyah pernah mengaku bahawa akhlak Rasulullah s.a.w.adalah Al Quran. Akhlak dalam Islam adalah penting, malah sama pentingnya denganIslam itu sendiri(Abdul Karim Zaidan : 1987)Sebagai kesimpulannya dapat dikatakanbahawa akhlak dalam Islam adalah menyeluruh, ia menjadidasar kepada tatacarakehidupan insan, baik dalam hubungan dengan Allah s.w.t. , manusia, mahupun alam.Oleh itu akhlak dapat dihuraikan dalam 3 bentuk hububgan iaitu:a. Akhlak manusiaterhadap Allahb. Akhlak manusia sesama manusiac. Akhlak manusia terhadap makhlukyang lain.Maka sinilah keistemewaan akhlak Islam yang mana ia dapat mencorakkankehidupan seseorang individu, masyarakat dan seterusnya umat keseluruhannya.CIRI-CIRI ISLAMIslam sebagai manhaj kehidupan mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat padaagama ciptaan manusia. Di antara ciri-cirinya ialah(Musa bin Fathullah Harun : 1996)1. Rabbani2. Syamil dan kamil3. Waqi‟e atau praktikal4.Tinggi atau agung5. Alami atau sejagat6. Insani7. Wasati8. Tetap dan anjal
    • Sesuai sifatnya sebagai agama akhir zaman yang Allah s.w.t. turunkan untuk alamseluruhnya, Islam mampu menyelesaikan apa juga persoalan yang muncul kerana iamemiliki ciri-ciri istemewa dan praktikal.TUJUAN ISLAMTujuan besar dinul Islam diturunkan adalah untuk mencapai kemaslahatan hidupmanusia di dunia maupun kemaslahatan hidup manusia di akhirat. Disamping menjagalima kemaslahatan penting manusia, tujuan utama Islam juga antara lain ialah :·Mendidik manusia supaya mengenal penciptanya.· Mengajar dan memandu manusiasupaya dapat mengerjakan ibadah dengan betul dan sesuai seperti yangdiperintahkan.· Mendidik dan melahirkan insan berkualiti.· Memberikan jaminan dankeselamatan diri dan harta.· Memberikan ruang dan tempat pergantungan.·Memberikan harapan dan peluang bagi mendapatkan balasan baik dan tempat kembaliyang berkekalan.KESIMPULANIslam sebagai ad-din merupakan manhaj kehidupan yang menyeluruh sifatnya. Makamenjadi kewajipan kepada manusia untuk memberikan pengisian yang berkualiti,bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran agar tamadun manusia dapat ditegak diatas dasarnya yang kukuh dan mendapat keredaan dari Allah s.w.t.1.1.1 CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAMIslam sebagai agama Allah mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agamaciptaan manusia.(1) RABBANIla bersifat rabbani kerana sumber utama syariah ialah Wahyu Allah swt. Wahyu iniditurunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan dua pendekatan. Pertama wahyudalam bentuk lafaz dan makna iaitu al-Quraan dan keduanya dalam bentuk maknanyasahaja iaitu al-sunnah. Oleh itu, Islam adalah berbeza dengan agama lain yang diciptaataudulhamkan oleh penciptanya yang bersifat lemah.(2) SYUMUL DAN LENGKAPSyariah Islam merangkumi segenap aspek hidup manusia, memenuhi segalakepentingan mereka samada dalam bentuk daruruyyat, hajiyyat danjuga tahsiniyyat.lajuga menyusun dan mengatur hubungan manusia dalam segenap rangkaiannyasamada dengan Allah, sesama manusia atau alam sekeliling mereka. Manakala agamaciptaan manusi tidak memiliki cirri-ciri ini kerana agama tersebut tidak menentukkanperaturan yang bersangkutan dengan akidah, ibadah serta akhlak dan tidak
    • menghubungkan agama dalam kontek kehidupan politik, ekonomi, social, sains danteknilogi mereka.(3) SEPADU DAN SEIMBANGSeluruh ajaran Islam dan sistemnya ditegakkan atas dasar sepadu dan seimbang.Setiap satu bahagian dengan bahagian yang lain saling berkaitan. Oleh itu syariah iniperlu diamalkan secara keseluruhannya oleh manusia., bukan sebahagian tertentusahaja. Apabila manusia hanya mengambil sebahagian tertentu sahaja danmeninggalkan sebahagian perintah yang lain maka cacatlah Islam mereka, sertapincanglah kehidupan masyarakat dan negara.Kesepaduan dan keseimbangan systemIslam ini bukan sahaja dalam aspek huku hakam bahkanjuga dalam semua ciptaanAllah termasuklah penciptaan langit dan bumi serta peredaran bulan, bintang danmatahari, semuanya bersifat sepadau dan seimbang. Seimbang bermaksud sama beratatau tidak berat sebelah. Keseimbangan juga dapat dilihat dari sudut rohanidanjasmani, dunia dan akhirat. Islam juga menjamin keseimbangan antara kehidupanindividu dan masyarakat.(4) WAQU ATAU PRAKTIKALIslam bukan agama yang berbentuk teori semata-mata iaitu yang menyangkut kepadapersoalan hati dan fikiran, bukan hanya berbentuk lisan yang memfokus kepadapertuturan sahaja, malah lebih dari itu kerana islam adalah agama yang mencakupiseluruh kejadian manusi dalam seluruh bidang kehidupannya.Dalam kontek ini seluruhsystem Islam samada yang berbentuk teori dan praktikal adalah amat sesuai dengankeadaan, sussana dan rupa bentuk kehidupan manusia yang tidak statis tetapisebaliknya praktis.(5) TINGGI DAN AGUNGIslam satu-satunya agama yang diakui dan diterima oleh Allah swt. Firman Allah swtyang bermaksud : " Sesungguhnya agama yang (diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam "{al-Imran:19}Ketingian Islam adalah bermula dari keyakinan bahawa islam itu datangdari Zat yang Maha Tinggi. Islam disifatkan sebagai satu-satunya agama yangmempunyai kedudukan yang tertinggijika dibandingkan dengan agama-agama lain.Malah adalah tidak wajar wajar rnembandingkan Islam dengan agama-agama budayaciptaan manusia.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: " Islam itu tinggi dan tidak adayang lebih tinggi darinya"(6) ALAMI DAN UNIVERSAL
    • Islam adalah agama yang bersifat universal. Ertinya ia meliputi-semua tempat danmasa. Tiada batas geografi yang dapat mengasingkan Islam daripada manusiawalaupun mereka berada diplanet Marikh sekalipun.Firman Allah swt yang bermaksud: " Katakanlah (wahai Muhammad): " Wahai sekelianmanusia ! sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semua".{Al-Araf: 158}Atas sifat alami dan universal inilah, maka syariat Islam mampu menjaminkemaslahatan manusia serta segala keperluan mereka sepanjang masa.1.1.2 SUMBER-SUMBER AJARAN ISLAMSumber-sumber ajaran Islam boleh dibahagikan kepada dua kategori:1. Sumber-sumber asasi iaitu Al-Quran dan As Sunnah.2. Sumber-sumber ijtihadi yang terdiri daripada; Al-Ijma‟ dan Al-QiasSUMBER-SUMBER ASASIAL-QURAN:Al-Quran ialah nama terbitan daripada kata kerja Qa-ra-a, yaq-ra-u yang berertibacaan. Selain daripada panggilan Al-Quran iajuga disebut dengan Al-Furqan, Al- Kitab,Az-Zikr.Makna Al-Quran dari segi istilah ialah kalam Allah yang diturunkan kepada NabiMuhammad s.a.w dalam bahasa Arab yang disampaikan secara mutawatir danmembacanya suatu ibadah.PENURUNAN AL-QURANAl-Quran adalah hidayah Allah s.w.t kepada semua umat manusia. lanyajugamerupakan mukjizat yang menyokong kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Selain dari ituAl-Quran juga adalah perlembagaan kepada umat Islam yang menerangkan segala-galanya baik secara umum atau khusus.Penuruman Al-Quran telah dilakukan secaraberansur-ansur dalam jangka masa yang agak panjang iaitu selama 23 tahun. labermula dengan ayat 1-5 Surah Al-Alaq dan berakhir dengan ayat 3 Surah Al-Maidah.CIRI-CIRI KELEBIHAN Al-QURANAl-Quran mempunyai beberapa ciri khusus yang membezakannya dengan kitab-kitabyang lain:Pertama
    • la diturunkan dalam bahasa Arab. Ini membezakannya dari kitab-kitab Samawi yanglain. Tidak pemah terdengar wujudnya kitab yang lain diturunkan dalam bahasa Arab.Perkara ini dijelaskan oleh Allah swt dengan firmanNya yang bermaksud:"Sesungguhnya Kami turunkan dia, (sebgai) bacaan yang berbahasa Arab, supayakamu berfikir" {Yusuf:2}KeduaAl-Quran turun sebagai wahyu daripada Allah swt kepada Rasulullah s.a.w dengan lafazdan maknanya sekali.KetigaAl-Quraan menjadi mukjizat bagi Rasulullah s.a.w. Allah telah mencabar orang-orangArab agar membuat satu kitab yang sama seperti Al Quraan. Tetapi mereka tidakmampu melakukannya. Ini menjadi bukti yang jelas bahawa al-Quraan bukanlahciptaan Nabi Muhammad s.a.w, sebaiknya datang daipada Allah swt yang MahaMengetahui lagi Maha Bijaksana.KeempatA-Quraan disampaikan kepada kita melalui riwayat yang mutawatir dan dengan jalanpenulisan dari sisi Rasullah s.a.w hingga ke hari ini. Ketetapanya adalah diyakini, tidakdiresapi oleh pengubahan atau penukaran atau peminda Firman Allah: " SesungguhnyaKamilah yang menumnkan Al-Quraan dan sesungguhnya Kami benar- benarmemeliharanya" {Al-Hijr, 9}KelimaMembaca Al-Quraan di dalam sembahyang dan di luar sembahyang adalah dikiraibadah dan diberikan pahala. Allah swt mewajibkan kita membaca surah A-Fatihahdalam sembahyang. Nabi s.a.w memberitahu kepada kita bahawa seseorang muslimakan diberi ganjaran pahala bacaannya bagi setiap huruf dengan sepuluh kebaikan.AS-SUNNAHAs-Sunnah dari segi bahasa beerti "jalan" atau " cara", baik yang terpuji atau tercela.Menurut peristilahan para Ahli Usul, al-Sunnah bererti segala sesuatu yang bersumberdari Rasulullah s.a.w baik dalam bentuk quail (ucapan), Fili (perbuatan), mahupunyataqrir (pengakuan).As-Sunnah adalah sumber asai yang kedua selepas al-Quran. laberperanan menerang dan memeperincikan isi kandungan al-Quraan secara praktikaldalam melaksanakan tuntutan al-Quraan.Dari pengertian di atas, as-Sunnah bolehdibahagikaa kepada tiga bentuk:i- Sunnah Qauliyyah ialah kata-kata yang diucapakan oleh Rasulullah s.a.w dalampelbagai keadaan untuk pelbagai tujuan. Umpamanya Sabda Nabi yang bermaksud"sesungguhnya amalan itu bergantung kepada niat"
    • ii- Sunnah Filiyyah ialah perbuatan yang dilakukan oleh Baginda s.a.w. UmpamanyaNabi melakukan ibadah solat dan haji, kemudaian menyuruh orang ramai melakukansepertimana yang dilakukannya.iii- Sunnah Taqririyyah ialah pengakuan Rasulullah s.a.w terhadap apa yang diucap dandilakukan oleh para sahabat r. a. Berlaku pengakuan ini apabila Rasulullah tidakmembantah atau mendiamkan ketika melihat para sahabat melakukan sesuatudihadapannya atau mendengar mereka menyebut sesuatu perkataan atau mengetahuimereka telah melakukan sesuatu dibelakangnya. Keadaan tidak membantah ataumendiamkan diri dikira sebagai pengakuan bahawa apa yang mereka lakukan itu betuldan tidak bercangah dengan syaruk. Contohnya Rasulullah tidak menegah sahabatmemakan dhab dengan mendiamkan diri.SUMBER-SUMBER IJTIHADI(1) Al-Ijma’Ijma dari sudut bahasa mempunyai dua pengertian. Pertama bennksud keazaman.Dalilnya ". . . . Dan buatlah leazaman kamu. . . . " {Surah Yunus : 71} Kedua iabermaksud persepakatan. Oleh itu ijma berdasarkan makna pertama boleh terhasildengan perlakuan seorang sahaja. Manakala ijma dengan makna yang kedua tidakmumngkin tercapai kecuali dengan wujudnya dua atau lebih. Menurut istilah ulamausul, ijma ialah persepakatan para mujtahid dari kalangan umat Muhammad s.a.wselepas kewafatan baginda dalam satu-satu zaman di atas satu-satu hukum syara. .Berdasarkan pengertian di atas makajelas bahawa ijma itu tdak akan berlaku kecuali iamemenuhi syarat-syarat berikut:i- Hendaklah persepakatan iut berlaku dikalangan para mujtahid, jika bukan daikalangan mereka, maka tidak dikira ijma.ii- Persepakatan tersebut mestilah berlaku dikalangan semua mujtahid. Jikasebahagiannya sahaja, maka tidak boleh dikira ijma, kerana masih ada yang tidasepakat.iii- Persepakatan mujtahid itu mestilah berlaku selepas kewafatan Nabi Muhammads.a.w. Ijma tidak perlu semasa hayat Baginda kerana memadai dengan Wahyu al-Quraan yang diutuskan dan Sunnahnya.iv- Persepakatan ini hanyalah mengenai hukum syara sahaja seperti wajib, haram,harus dan sebagainya.
    • v- Persepakatan ini mestilah dari kalangan umat Nabi Muhamad sahaja. Terkeluardaripadanya ketua-ketua agama lain kerana mereka mungkin dipengaruhi oleh akidahagama mereka.vi- Persepakatan ini mestilah dari kalangan semua mujtahid yang ada pada zamantersebut.AL-QIASQias dari segi bahasa brerti menyamakan, iaitu menyamakan esuatu dengan sesuatuyang lain. Menurut istilah ulama usul Qias ialah menyamakan sesuatu masalah yangtidak ada nasnya dengan sesuatu masalah yang sudah ada nas hukumnya keranaadanya persamaan illah antara kedua-duanya.Rukun QiasBagi membentuk sesuatu Qias ia hendaklah terlebih dahulu menyempumakan emaptrukun berikut;i- Asal (al-asi) iaitu perkara yang sudah ada hukumnya yang telah ditetapkan oleh nassyaraii- Furu (Al-faru) iaitu perkara baru yang tidak terdapat nas mengenai hukumnyasamada dari al-Quran atau as-Suimah ataupun ijma.iii- Hukum asal (Hukum al-asi) hukum perkara asal yang terdapat nasnya dalam al-Quraan atau as-sunnah.v- Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yang mengikat diantara perkara asal (alAsl) dengan yang baru (al-Faru).