KAMARIAH MOHD AMIN                                                 HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 51. Pendahuluan    ...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                  HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5Sabda Rasulullah ...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5         Darul U...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                         HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 53. Objekti...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                    HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5Keputusan pemil...
KAMARIAH MOHD AMIN                        HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN  DARUL ULOOM ...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 6. Logo        ...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                      HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 57. Struktur O...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                     HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5       iii.   ...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 55.30 – 6.20 peta...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 510.1 Kaedah Tala...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5bacaannya dan di...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                  HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5              dit...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                   HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5       vi.     S...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                 HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5timbul ini menyeba...
KAMARIAH MOHD AMIN                                                HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5Habibah @ Artini Ra...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Assignmt t.5

2,405 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,405
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
55
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Assignmt t.5

  1. 1. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 51. Pendahuluan AI-Quran adalah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada NabiMuhammad s.a.w secara mutawatir dan membacanya adalah suatu ibadah yangbermula daripada surah Al-Fatihah dan berakhir dengan surah Al-Nas. Ia merupakankitab terakhir yang diturunkan dan sekaligus memansuhkan kitab-kitab suci yangterdahulu daripadanya. Tujuan utama penurunannya adalah bukan hanya untuk dibacatetapi sebagai panduan hidup yang lengkap bagi seluruh umat manusia dalam semuaaspek kehidupan. Ulama telah menetapkan garis panduan yang masyhur dalampengriwayatan dan rukun bacaan Al-Quran. Rukun bacaan Al-Quran perluberkesinambungan sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati salah satumushaf Othmani. Membaca Al-Quran rasanya tidak lengkap tanpa mempelajari caramembacanya. Ilmu membacanya biasa disebut dengan ilmu tajwid. Tajwid ini sangatpenting bagi kita sebagai seorang muslim, kerana kita diperintahkan Allah s.w.t.untuk membaca Al-Quran dengan baik dan tartil. Pada masa kini, Institusi pendidikan al-Quran tumbuh dan berkembang diserata tempat.Perkembangan ini amat sihat bagi meninggikan syiar Islam dalamkonteks mendedahkan kanak-kanak celik al-Quran di peringkat usia yang masihmuda. Penekanan kepada pembacaan al-Quran merupakan satu usaha ke arahpembentukan insan kamil dan untuk membimbing pelajar ke arah petunjuk Allah s.w.tyang bersumberkan al-Quran dan hadis sebagai pegangan hidup yang utama. Al-Quran adalah kalam Allah dan petunjuk kepada sekelian manusia.Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril a.s danmembacanya adalah ibadat. Allah Taala telah menjanjikan pahala yang baik kepadasemua pembacanya. 1
  2. 2. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5Sabda Rasulullah s.a.w ‫من قرقأ حر فا من كتاب ال فله به حسنة والحسنة بعشر قأمثا لها لقأقول الم‬ ‫حرف ولكن الف حرف‬ ‫)ول م حرف وميم حرف – رواه الترمذى )حديث حسن صحيح غريب‬ Maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah, makabaginya satu kebaikan dan satu kebaikan dengan sepuluh seumpamanya. Aku tidakkatakan Alif, Lam dan Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf danMim satu huruf”. Di samping membacanya Allah menggalakkan kita supaya berfikir danmengambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah serta meneliti akan makna-maknayang terkandung di dalamnya bagi menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup didunia dan di akhirat. Oleh kerana membaca al-Quran itu merupakan satu ibadat yangdiberi ganjaran pahala yang banyak. Maka Allah telah menetapkan bagi setiappembaca al-Quran beberapa garis panduan atau kaedah yang tertentu ketika membacaal-Quran sebagaimana Firman Allah s.w.t : surah al-Muzammil ; ayat;4 yangbermaksud : "Bacalah Al-Quran secara tartil. Sehubungan dengan itu NabiMuhammad s.a.w telah memperdengarkan (menyemak) bacaan al-Qurannya dihadapan Jibrail a.s pada setiap tahun sekali dalam bulan Ramadhan dan dua kali padatahun kewafatannya.2. Latar Belakang Dan Sejarah Penubuhan Institusi Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut adalah sebuah institusi pendidikan Islamswasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz al-Quran sebagai subjek teras. Darul Uloom Al Islamiyyah ini ditubuhkan pada 1 Jun1999 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 4.5 hektar di KM 15, Jalan Jerantut –Jengka, Sungai Salan, Jerantut. Pahang Darul Makmur. Darul Uloom Al Islamiyyahini mempunyai beberapa blok bangunan untuk surau, kelas, kediaman tenagapengajar, asrama pelajar, pejabat, perpustakaan, koperasi dan stor. Ia mempunyaikemudahan prasarana dan peralatan yang berkualiti lengkap dan sempurna. Antarakemudahan asas yang disediakan adalah seperti pejabat / bilik guru, ruang tamu,kelas, asrama, musolla,dapur padang permainan, komputer, al-Quran dan sebagainya. 2
  3. 3. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 Darul Uloom Al Islamiyyah ini telah dipelopori oleh Maulana Juhari B.Mohamad Ali.dengan dibantu oleh 13 orang tenaga pengajar lelaki dan 4 orang guruperempuan. Manakala jumlah pelajar sekarang adalah 150 lelaki dan 56 pelajarperempuan. Kebanyakan pelajar adalah terdiri dari masyarakat setempat yang beradadi sekitar daerah jerantut. Walau bagaimanapun, kini telah terdapat pelajar-pelajardaripada Negara luar seperti dari Thailand seramai 15 orang, Filipina seramai 7 orang,Algeria seramai 3 orang dan 1 orang pelajar dari Negara Perancis. Kebanyakanpelajar tersebut fasih berbahasa Inggeris dan bahasa Arab. Bilangan pelajar di DarulUloom Al Islamiyyah ini semakin bertambah setiap tahun ekoran daripadakepercayaan dan keyakinan penuh daripada ibu bapa yang mengharapkan anak-anakmereka dapat menghafaz al-Quran dengan baik dan dapat menamatkan pengajianmereka. Dan pihak pentadbir Darul Uloom Al Islamiyyah ini sedang berusaha untukmenambah bilangan tenaga pengajar dan menyediakan kemudahan prasarana yangmencukupi supaya dapat menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Faktor penubuhan Maahad Tahfiz persendirian ini adalah pengaruh lepasantahfiz al-Quran dari India dan Pakistan. Apabila mereka pulang ke Malaysia denganmembaawa sijil tahfiz al-Quran dari India dan Pakistan, mereka telah menubuhkanmaahad tahfiz persendirian untuk mengembangkan pengajaran al-Quran di tempatmasing-masing.Justeru banyak maahad tahfiz persendirian dan kebanyakan lepasanmereka menyambung pelajaran ke India dan Pakistan. Dan kebanyakan guru-guruyang mengajar di sini adalah lepasan dari India dan Pakistan. Antara sumbanganmereka ialah pelajar-pelajar digalakkan menjadi imam terawih dan mengkhatamkanbacaan mereka dalam bulan Ramadhan. Setelah hampir 11 tahun beroperasi, DarulUloom Al Islamiyyah ini telah berkembang pesat bagi memenuhi keperluanmasyarakat setempat dan telah menubuhkan beberapa cawangannya di daerah KualaLipis. 3
  4. 4. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 53. Objektif Penubuhan Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut ini menggariskan matlamatdan objektif seperti berikut: i. Untuk melahirkan qari-qari dan hafiz al-Quran ii. Dapat melahirkan bakal-bakal Imam yang arif dan mahir dalam pembacaan al-Quran untuk memimpin masyarakat tempatan iii. Sebagai asas untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang al-Quran dan Hadis di dalam dan luar Negara iv. Sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani, Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut dapat menyumbang ke arah matlamat tersebutDengan sokongan dari semua pihak, kesungguhan dan dedikasi tenaga pengajar dankomitmen dari setiap individu yang terlibat pihak pentadbiran yakin bahawa DarulUloom Al-Islamiyyah Jerantut ini akan dapat merialisasikan objektif tersebut,Insyaallah.4. Syarat-Syarat Pengambilan Pelajar Sejajar dengan cita-cita dan inspirasi pihak pengurusan Darul Uloom AlIslamiyyah Jerantut, telah menetapkan beberapa syarat bagi setiap pemohon yangberhasrat untuk mengikuti program tahfiz ini. Antara syarat-syarat adalah sepertiberikut: i. Khatam dan boleh membaca al-Quran ii. Berumur 12 tahun ke atas iii. Kelulusan UPSR 2A iv. Kelulusan KAFA v. Keutamaan kepada penduduk tempatan vi. Tidak ada sakit atau cacat anggota vii. Kedua ibu bapa bersetuju menanggung pembelajaran anak mereka hingga tamat pengajian viii. Setiap pemohon akan di temuduga dan diuji melalui bakat, kemampuan serta kemahiran pembacaan al-Quran masing-masing 4
  5. 5. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5Keputusan pemilihan pemohon adalah tertakluk kepada pentadbiran Darul Uloom AlIslamiyyah Jerantut. Kebanyakan pelajar yang terpilih adalah yang mempunyai minatmendalam dan mempunyai kebolehan membaca al-Quran dan juga memiliki sijilkelukusan KAFA.5. Kurikulum Pengajian Setiap pelajar adalah diwajibkan supaya mengikuti kesemua mata pelajaran.Ia juga merupakan syarat kelulusan bagi setiap pelajar yang ingin menamatkanpengajian di Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut. Pihak pentadbiran akanmengadakan imtihan (peperiksaan) untuk menguji kebolehan pelajar tersebut Bagimata pelajaran serta menganugerahkan sijil pengiktirafan setelah menamatkanpengajian di Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut. Sebelum menghadapi peperiksaanpelajar-pelajar dikehendaki mengulangi dan menghafaz setiap surah yang telahditentukan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan. Pengulangan bacaan bolehdi lakukan di hadapan ketua di dalam setiap kumpulan masing-masing. Sistem peperiksaan adalah suatu perkara yang amat penting dilaksanakan disesebuah institusi pengajian untuk menilai prestasi pelajar dari semasa ke semasa.Tempoh pengajian di Darul Uloom ini terbahagi kepada dua iaitu peringkat tahfiz al-Quran selama tiga tahun dan peringkat yang kedua ialah setiap pelajar yang berjayamenamatkan pengajian pada setiap peringkat akan dianugerahkan syahadah / sijil.Peperiksaan akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pada awal tahun – Bulan Safar danakhir tahun – Bulan Sya’aban mengikut kalendar Islam. Peperiksaan ini akandijalankan berterusan sehinggalah bagi sesi pengajian tersebut untuk menentukankecemerlangan keseluruhan pengajian pelajar. Pelajar-pelajar yang telah tamattempoh pengajian mereka akan ditawarkan supaya menyambung pengajian padaperingkat yang tinggi sama ada di dalam atau di luar Negara seperti Pakistan, Mesir,Jordan . Indonesia dan sebagaiya. Kebanyakan pelajar keluaran Darul Uloom AlIslamiyyah ini telah dapat menamatkan pengajian mereka dengan kejayaan yangcemerlang, serkaligus memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka belajar di maahad tahfiz. 5
  6. 6. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 CARTA ORGANISASI PENTADBIRAN DARUL ULOOM AL ISLAMIYYAH JERANTUT PAHANG PENGERUSI MAULANA JUHARI B. MUHAMAD ALI NAIB PENGERUSI USTAZ ADNAN B. MAMAT SSETIAUSAHAUSTAZ AHMAD NAZRI B. MOHD NAZAM BENDAHARI USTAZ ZULKIFLI B. MOHD YUSUF AHLI JAWATANKUASA USTAZ HISYAMUDDIN B. MOHAMADUSTAZ AHMAD REDZUAN B. ABU BAKAR USTAZ AZIZUL B. ABDUL KARIM USTAZ MU’AZ B. MUJAHID USTAZ MOHAMAD ARIS B. JASMI USTAZ FIRDAUS B. ABDULLAHUSTAZ KAMAL NAWAWI B. MAT SHAM 6
  7. 7. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 6. Logo Logo ini mengambil sumber utama imej bentuk kubah masjid yang melambangkan tempat yang suci untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t.Al Ilmu al-Quran yang sentiasa tersedia untuk mereka yang mendalami dan mengkajinya.Bulatan berbentuk kubah masjid yang seolah-olah bercahaya yang melambangkanal-Quran yang menjadi penerang kepada kegelapan dunia.Bentuk bulat yang berwarna hijau melambangkan warna yang sejuk dan memberiketenangan dalam menjalankan ibadat setiap waktu, terutam ketika membaca ayat-ayatsuci al-Quran yang mulia itu.Bentuk kubah enam jalur berwarna putih di bawah kubah kecil bermaksud rukuniman mengandungi enam perkara. Dan antaranya percaya kepada kitab ai-Quran yangsuci. Dan para huffaz al Quran sebagai pemelihara al- quran dan pemerintah bumi.Slogan logo “Darul Uloom” bermaksud tempat mencari ilmu dan memperdalami ilmual-Quran Kalam Allah SWT Yang Maha Bijaksana. Huffaz al-Quran ialah yangbijaksana layak sebagai khalifah bumi.Secara keseluruhan bentuk logo kubah masjid yang membawa slogan dan namaMaahad bagi menggambarkan kebulatan (komitmen) Maahad dalam mendaulatkan alQuran sebagai sumber utama insan dalam pembangunan material dan rohani. 7
  8. 8. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 57. Struktur Organisasi Guru dan KakitanganBIL. NAMA UMUR JAWATAN KELULUSAN01 Juhari B. Muhammad Ali 45 Thn Penyelaras M.A (Hadis), Pakistan02 Mohd Sofian B. Rejab 35 Thn Pengetua M.A (Hadis),Pakistan03 Mohd Asri B. Yusuf 41 Thn P.K .1 M.A (Hadis)A. Selatan04 Tadri B. Mazir 36 Thn P.K.2 Dip. Syariah05 Mohd Pakhruddin B. Mahmud 38 Thn P.K.3 M.A(Hadis) Miftahul06 Khairul Amri B Khalid 33 Thn Warden Syahadah Tahfiz, Jtt07 Mohd Sabri B. Salleh 30 Thn Guru Syahadah Tahfiz, Jtt08 Azmuley B. Abd Aziz 31 Thn Guru Syahadah Tahfiz, Jtt09 Siti Fatimah Bt. Mohamed 33 Thn Guru B.A Usuluddin10 Mohd Hafiz B. Abdullah 30 Thn Guru/Kerani B.A Usuluddin11 Zurani Bt Harun 39 Thn Tukang Masak12 Zainol Abidin b.Mohamad 40 Thn Tukang Masak8. Sumber Kewangan Kebanyakan sumber kewangan di dapati daripada sumbangan orang ramaiyang berbentuk wang tunai atau barangan. Terdapat juga sumbangan daripada pihaksyarikat persendirian yang memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai atausumbangan barangan kering seperti bahan-bahan makanan untuk pelajar di sini.Manakala Pusat Pungutan Zakat dan Yayasan juga memberi bantuan setiap untukperbelanjaan pengurusan Darul Uloom Al Islamiyyah ini. Begitu juga terdapat projekekonomi secara kecil-kecilan oleh kakitangan Darul Uloom ini dengan menanampokok kelapa sawit bagi menampung perbelanjaan pengurusan pada setiap bulan. Dibawah ini di sertakan jumlah anggaran perbelanjaan pengurusan secara kasar DarulUloom. i. Makanan / minum pelajar :RM 5,000 ii. Bayaran bil elektrik, telefon dan air : RM 500 8
  9. 9. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 iii. Elaun kakitangan : RM 8,300 iv. Elaun tukang masak : RM 500 Jumlah : RM 14,300 v. Yuran pelajar RM 80 x 188 : RM 13,840 vi. Derma / sumbangan orang ramai : RM 3,000 Jumlah : RM 16,8409. Rasional Pemilihan Masa Pengajaran al-Quran Dalam usaha untuk memastikan kejayaan setiap pelajar, pihak Darul UloomAl Islamiyah Jerantut telah menetapkan satu jadual yang padat dan tersusun seawalpagi dan lewat malam. Setiap pelajar diwajibkan supaya mematuhi jadual sepertiberikut:Masa Aktiviti4.30 -5.30 pagi Bangun dan solat tahajjuj5.45- 6.30 pagi Solat subuh dan bacaan yasin6.30 – 7.30 pagi Kelas pengajian (pelajaran tasmik sabaq)7.30 – 8.30 pagi Khidmat umum dan sarapan pagi8.30 – 11.00 pagi Kelas pengajian hafazan11.00 – 11.30 pagi Kelas fardhu ain12,00 tengah hari Rehat dan tidur1.30 tengah hari Solat zohor2.00 – 2.30 petang Makan tengah hari2.30 – 4.30 petang Kelas pengajian al-Quran4.45 – 5.00 petang Solat asar5.00 – 5.30 petang bacaan hadis 9
  10. 10. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 55.30 – 6.20 petang Riadah6.20 – 7.00 petang Mandi dan makan petang7.00 – 9.00 malam Solat maghrib dan isyak9.15 – 10.45 malam Hayatus sahabah dan bacaan al-Waqiah11.00 malam Persiapan untuk tidur Berdasarkan jadual di atas, pemilihan masa yang sesuai untuk membaca danmenghafaz al-Quran adalah dari seawal pagi kerana waktu ini suasana yang tenangdan damai. Sebelum waktu subuh para pelajar akan dikejutkan oleh tenaga pengajarpada pukul 4.45 pagi. Setelah mempersiapkan diri, pelajar dikehendaki datang kemasjid untuk melaksanakan ibadah kerohanian sama ada untuk menunaikan solattahajjud atau solat sunat yang lain. Kemudian pelajar dikehendaki berada di safpertama, kedua dan ketiga di hadapan secara berdua-dua menghadap antara satu samalain untuk hafazan sendiri sama ada sabaq ulang (mengulang haafazan baru) atauamokhtah (mengulang hafazan lama) dan tidak dibenarkan sekali-kali berada di safbelakang dalam masjid. Ini untuk mengelakkan pelajar dari melakukan aktiviti lainselain dari mengaji al-Quran seperti berbual, tidur dan sebagainya untuk memudahkanpemantauan dilakukan oleh guru-guru. Dan setiap pelajar di kehendaki mematuhiadab-adab ketika membaca al-Quran. Pelajar yang telah dapat menghafaz ayat-ayatal-Quran akan dibaca secara berulang kali di hadapan guru untuk memastikan tidakada kesalahan bacaan dari segi makhraj huruf dan hukum-hukum tajwid. Sekiranyaterdapat kesalahan, maka guru akan terus memperbetulkan kesalah tersebut.10. Pemilihan Kaedah Bacaan al-Quran Untuk membantu mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran dalam kelas-kelas, mereka telah menggunakan pelbagai kaedah antaranya: 10
  11. 11. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 510.1 Kaedah Talaqqi Musyafahah Kaedah ini bermaksud bacaan secara bersemuka antara guru dengan pelajar.Pelajar mengikut bacaan guru dengan melihat pergerakan bibir guru. Kaedah inimerupakan kaedah yang paling lama telah digunakan oleh malaikat Jibrail a.s kepadaNabi Muhammad s.a.w semasa penurunan wahyu yang pertama di gua hira’. Kaedahini sesuai diaplikasikan di dalam kelas pengajian al-Quran. Guru membaca sebagaibacaan dan kemudian diikuti secara beramai-ramai atau secara individu. Kaedah iniamat berkesan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar terhadap hukum-hukumtajwid dalam bacaan al-Quran seperti makhraj huruf, sifat huruf dan sebagainya.10.2 Kaedah Tasmik (Bacaan) Kaedah ini juga digunakan dalam pembelajaran kemahiran hafazan padasetiap hari. Ini kerana kaedah ini amat sesuai dipraktikkan dalam kemahiran bacaanal-Quran untuk menguji bacaan pelajar yang telah mahir dalam penguasaan membacaal-Quran. Aktiviti hafazan sentiasa dilakukan untuk memperkemaskan ingatan.Biasanya ianya dilakukan pada sebelah pagi, petang dan malam. Jika pelajardikehendaki mentasmik pada keesokan harinya, maka mereka akan menghafaz ayat-ayat yang perlu ditasmik pada keesokan harinya pada dua atau tiga malamsebelumnya. Ini sebagai persediaan mereka supaya dapat mengingati dengan baik dantergesa-gesa atau kelam kabut. Dan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan olehpelajar, maka guru pembimbing akan memperbetulkan kesalahan tersebut. Pelajarjuga akan ditanya tentang hokum-hukum tajwid. Guru pembimbing akan mendengardan meneliti bacaan pelajar sama ada kumpulan atau individu secara bergilir-gilir.Pelajar yang telah lancar menguasai bacaan boleh mendengar bacaan daripada kawan-kawan yang lain10.3 Kaedah Tikrar (Ulangan) Kaedah ini digunakan dalam bacaan al-Quran sebagai kaedah ulangan ataulatih-tubi, secara berulang-kali. Kaedah ini guru memperdengarkan terlebih dahulu 11
  12. 12. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5bacaannya dan diikuti oleh pelajar. Pembacaan al-Quran ini juga dilakukan secaraberamai-ramai mengikut kumpulan secara berturutan dan berulang kali. SaidatinaAisyah r.a meriwayat hadis yang bermaksud: “Rasulullah s.a.w suka mengulang-ulang sesuatu perkara kepada para sahabat sehingga mereka mendapat fahaman yangsebenar”. Mengikut maksud hadis ini dinyatakan bahawa kaedah ulangan ini sesuaidilakukan sebanyak tiga kali berturut-turut dalam masa yang sama. Denganmenggunakan kaedah ini, guru pembimbing dapat mengenalpasti kemahiran yangdikuasai oleh pelajar dan sekaligus dapat membina keyakinan pelajar.11. Pembentukan Halaqat al-Quran Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut telah menetapkan pembentukan halaqatsecara individu dan juga kumpulan. Pembentukan halaqat ini mengikut peringkatumur yang telah ditetapkan oleh pihak pertadbir dan disertai oleh seorang gurupembimbing bagi setiap kumpulan. Setiap pelajar mesti mengikuti jadual yang telahditentukan dengan mengikut juzuk hafalan yang telah ditetapkan. Dan pelajar mestimenghafalnya dan didengari oleh kawan-kawan dalam kumpulan masing-masing.Setiap kumpulan huffaz terdiri daripada tujuh orang ahli, dan seorang ketua dilantikdaripada pelajar yang senior daripada ahli kumpulan. Satu tempoh masa diberikankepada setiap ahli kumpulan untuk menghafaz ayat-ayat yang telah ditetapkan.Program ini mengandungi tiga langkah yang perlu diikuti oleh pelajar iaitu: i. Sebelum menghafaz ayat, pelajar perlu membacanya dengan sendiri. Jika bacaan pelajar tidak lancer dan terdapat kesalahan, pelajar perlu memperbaiki dan mengulang semula. Setelah yakin bacaannya betul, pelajar boleh berjumpa dengan guru pembimbing untuk mentasmik bacaannya. ii. Setelah itu pelajar perlu menghafaz 10 ayat-ayat al-Quran dalam masa 30 minit dalam waktu rasmi Program Huffaz. Semakan ayat-ayat hafazan yang baru ini boleh ditasmik dengan guru pembimbing masing-masing untuk mamastikan tiada kesalahan bacaan atau lupa sebelum berpindah kepada ayat hafazan baru. iii. Langkah terakhir adalah 10 ayat-ayat al-Quran yang telah dihafaz akan diulang setiap hari selepas waktu zohor. Asar dan malam. Ulaangan dilakukan mengikut tertib al-Quran. Satu jadual tasmik KUBRA telah 12
  13. 13. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 ditetapkan, dan pelajar dikehendaki tasmik surah yang ditetapkan di hadapan guru pembimbing dan tahap hafazan pelajar akan dicatatkan pada buku panduan huffaz. Sijil huffaz akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.Program Huffaz ini, bukan hanya tertumpu kepada kaedah menghafaz sahaja,malahan membina kaedah bacaan yang berkesan dengan menitikberatkan beberapakaedah berikut: i. Masalah kelupaan dalam kemahiran membaca al-Quran ii. Sebutan huruf dan sifat huruf iii. Kaedah pembacaan dan hafazanApabila pelajar-pelajar yang menghadapi masalah berkenaan akan dikelompokkan dibawah program alternatif iaitu Program Tahsin al-Quran bagi memperbaiki mutubacaan pelajar-pelajar yang lemah. Salah satu cara yang diperkenalkan oleh guru-gurutahsin adalah dengan menggunakan kaedah Iqra’ j-Qaf dan kuliah intensif tajwid12. Kelayakan guru Kebanyakan guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengajianal-Quran, tafsir dan hadis. Mereka pernah menjadi pendakwah bebas ke Negara-negara luar seperti Indonesia, Singapura, Brunai, Thailand, Sabah, Saarawak dannegeri-negeri di semenanjung. Begitu juga berpengalaman dalam mengimarahkanmasjid-masjid di daerah sebagai imam-imam masjid terutama pada bulan Ramadhan.Mereka juga bertugas sebagai fasilitator dalam kursus jemaah haji, seminar di bawahRisda, Felcra dan Jabatan Pendidikan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.Antara kelayakan guru yang mengajar di Darul Uloom Al Islamiyyah ini ialah: i. M.A (Hadis) New Town Karachi, Pakistan ii. M.A (Hadis) Khairul Madanis, Multan Pakistan iii. M.A (Hadis) Mahmoodiah, Spring Afrika Selatan iv. M.A (Hadis) Miftahul Ulum, Sri Petaling Kuala Lumpur v. M.A (Hadis) Jamiah Samsol Olom Pakistan 13
  14. 14. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5 vi. Syahadah Tahfiz Madrasatul, Quran Kubang Terengganu vii. Syahadah Tahfiz, Darul Uloom Al Islamiyyah Jerantut Pahang viii. Syahadah Tahfiz, Pasantren Annajah, Jawa Barat Indonesia13. Keberkesanan pengajaran guru Darul Uloom Al Islamiyyah ini telah melahirkan para huffaz, umpamanyadalam Musabaqah Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan ramai pesertanyaadalah dari kalangan maahad tahfiz ini. Faktor utama mengapa mereka mendominasisenarai peserta musabaqah dan memiliki kejayaan ialah kerana memasuki maahadadalah ketika berumur dua belas tahun, sebagaimana diketahui umum bahawamenghafaz ketika kecil ingatannya akan melekat umpama memahat di batu. Ini jugamenunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan oleh para guru dengan aktivitijadual yang padat dan juga disiplin pelajar dapat dapat diikuti dengan baik dansekaligus dapat mempercepatkan untuk mengingati ayat-ayat yang perlu dihafalkanoleh para pelajar. Justeru itu, Darul Uloom telah mengeluarkan para huffaz yang dapatmenamatkan pengajian dan seterusnya melanjutkan pengajian mereka ke peringkatyang lebih tinggi seperti ke Negara Pakistan, Yaman, Indonesia. Thailand, Afrika dansebagainya. Ini menunjukkan berkat dengan bimbingan para guru-guru yangmengajar, mendidik dan memastikan prestasi para pelajar sentiasa cemerlang. Segalaurusan perbelanjaan pemergian para pelajar akan ditanggung oleh pihak pentadbirDarul Uloom. Manakala semua perbelanjaan pengajian akan ditanggung sepenuhnyaoleh keluarga pelajar itu sendiri sehingga tamat pengajian mereka.14. Masalah Yang Wujud Masalah yang wujud di Darul Uloom Al Islamiyyah ini hanya terdapatsegelintir sahaja pelajar yang menghadapi masalah seperti sikap malas menghafazayat-ayat yang telah ditetapkan. Apabila tertinggal disebabkan masalah lupa makaakan memberi sedikit tekanan kepada pelajar kerana mereka akan tercicir dengankawan-kawan yang lain. Tekanan keluarga yang memaksa anak-anak mereka dihantarke pusat Mahaad Tahfiz tanpa kerelaan anak-anak, akan menjadi masalah kepadapihak pentaadbir Darul Uloom kerana pelajar tersebut kurang berminat dan tidakmampu menghafaz al-Quran sebagaimana kehendak kedua ibu bapa. Jika keadaan iniberlarutan, akan memberi masalah kepada pihak pentadbir. Permasalahan yang 14
  15. 15. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5timbul ini menyebabkan pihak Darul Uloom tidak sekali-kali menggunakan sistempaksaan, sebaiknya semua terserah kepada pelajar sama ada mahu menghafaz atautidak Jika pelajar tidak mencapai sasaran hafazan (muqarra) yang telah ditetapkanoleh pihak Darul Uloom, maka pelajar tersebut akan ditamatkan pengajiannya.Amalan paksaan tidak dilaksanakan di Darul Uloom kerana tenaga pengajar tidakmemaksa para pelajarnya dalam bidang hafazan untuk mengelak pelajar tertekan.15. Penutup Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam.Penerapan nilai-nilai al-Quran adalah amat penting di dalam diri masyarakat Islam.Pendidikan al-Quran adalah bermatlamat untuk membina masyarakat yang bertaqwa,masyarakat yang adil berasaskan kasih sayang, belas kasihan persaudaraan danmasyarakat yang bertolak ansur, bertanggungjawab, berfikiran bebas, demokrasi,tidak zalim, tidak sombong dan masyarakat yang berjalan mengikut garis panduan al-Quran (Ahmad Mohd. Salleh, 1997:15). Matlamat terpenting pendidikan al-Quranialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Dalammasyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazanmampu menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakalmelahirkan generasi yang hafiz, alim, dai’e dan profesional sekaligus memenuhimatlamat pendidikan al-Quran.16. RujukanDr. H. St.Amanah. (1993). Pengertian Ilmu Al-Quran Dan Tafsir. Kuala Lumpur:Penerbit Asy Syifa’ Darul Fikir Sdn. Bhd. 15
  16. 16. KAMARIAH MOHD AMIN HBIS4303 Pendidikan Islam Tingkatan 5Habibah @ Artini Ramli & Syaryanti Hussin (2007). Pendidikan Islam Tahun 5.Kuala Lumpur: Universiti Terbuka Malaysia.Harun Arrasyid Tuskan. (1998). Ilmu Tajwid Praktikal Dan Berkesan. Kuala Lumpur:Darul Nu’man.Hasan Mahmud Al-Hafiz, (1993), Mengenal Qiraat Al-Quran Penerbit DarulNu’man Kuala Lumpur.Prof. dr. MAnsor Fadzil, Khairul Anuar Mohamad, Zulhilmi Mohamed Nor 2007,HBQE 2103 Al-Tajwid. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia.Prof. dr. Mansor Fadzil, Haji Norakyairee Mohd Raus, Khairul Anuar Mohamad Al-Hafiz 2007 dan 2008, HBQE 2203 Al-Qiraat. Kuala Lumpur: Open UniversitiMalaysiahttp://abuhuzaifah.blogspot.comwww.qari-qariah.blogspot.comwww.darul.uloom.comwww.rehal.org 16

×