Thaharah
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Thaharah

on

  • 7,856 views

 

Statistics

Views

Total Views
7,856
Views on SlideShare
7,845
Embed Views
11

Actions

Likes
2
Downloads
369
Comments
0

1 Embed 11

http://www.slideshare.net 11

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Thaharah Thaharah Presentation Transcript

  • AHLI KUMPULAN: -UMMEE FATIHAH -SITI RODHIAH -NASYRATUL FATHIAH
  • THAHARAH & PEMBAHAGIAN NAJIS
  • Ertinya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah Al-Baqarah ayat 222)
  • Pengertian bersuci: Pada Bahasa:     Membersihkan diri atau sesuatu daripada sebarang kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tidak. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain. Erti pada Syarak:      Menghilangkan halangan beribadat kerana ada hadas atau najis atau menghilangkan halangan memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis.
  • Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulumuddin bersuci itu terbahagi kepada empat tingkat iaitu: 1.    Mensucikan anggota-anggota lahir daripada hadas-hadas, anasir-anasir jahat dan kelebihan-kelebihan yang tidak perlu. 2.    Mensucikan anggota-anggota badan dari perbuatan-perbuatan salah dan dosa. 3.    Mensuci kan hati dari akhlak yang terkeji dan kelakuan-kelakuan yang dibenci dan terkutuk. 4.    Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala, dan ini adalah cara bersuci para Nabi salawatullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.
    • Taharah zahir dan batin.
    • Taharah yang bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat.
    • Caranya ialah dengan bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat. Dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu dan dosa besar, juga daripada ujub, riya.
    • Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. Serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.
    • Taharah yang bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas , membersihkan kotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.  
  •    Jenis-Jenis bersuci. 1.   Menyuci badan daripada hadas kecil: Iaitu menyuci badan daripada hadas kecil dengan berwuduk atau bertayamum. Orang-orang yang berhadas kecil diharamkan mengerjakan solat dan menyentuh Al-Quran. 2.   Menyuci badan daripada hadas besar. Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Orang yang berhadas besar diharamkan mengerjakan solat, mengerjakan haji, duduk di dalam masjid, menyentuh dan membaca Al-quran. 3.  Istinjak. Iaitu bersuci selepas keluarnya kotoran daripada dua jalan iaitu air kencing atau tahi.  4.   Menyucikan pakaian, alatan dapur (pinggan , mangkuk) dan masjid. Pakaian hendaklah dibersihkan daripada segala najis. antara Syarat sah solat ialah pakaian dan tempat solat mestilah bersih daripada najis.
    • NAJIS
    • Najis ialah suatu benda yang kotor dan jijik . Najis menurut pengertian  syarak ialah segala yang kotor yang membatalkan solat seperti tahi, nanah, darah dan sebagainya.  
    • Bagaimanapun benda yang jijik tapi pada syariat tidak membatalkan solat seperti kahak, hingus dan lain-lain tidak dikira sebagai najis.
    •                                 
    Menurut hukum aslinya sesuatu benda itu adalah suci selama tak ada dalil yang menunjukkan bahawa benda itu najis.
  • Benda-benda Najis 1.  Bangkai haiwan darat yang berdarah. (kecuali mayat manusia tidak najis) bahagian-bahagian bangkai seperti daging, kulit, urat, tulang, bulu dan sebagainya semuanya adalah najis. 2.  Air kencing. 3.  Tahi. 4.  Darah. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa. 5.  Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental atau cair. 6.  Muntah 7. Arak atau tuak ( masam) . Setiap minuman keras yang memabukkan. 8. Anjing dan babi serta keturunannya Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang. Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Begitu juga dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak
  • PEMBAHAGIAN NAJIS NAJIS MUKHAFFAFAH (RINGAN) NAJIS MUTAWASSITAH (PERTENGAHAN) NAJIS MUGHALLAZAH (BERAT)
    • Najis Mukhaffafah . (Ringan).
    • Seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu.
    • Untuk mensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir.
    • Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.
    • Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan).
    •   Memadai dengan merenjiskan air pada benda atau tempat yang terkena najis sehingga rata.
    • Najis Mutawassitah. (Pertengahan)
    • najis yang selain daripada najis mukhaffafah.
    • Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian;-
    •      i) Najis Hukmiah ; iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata zatnya, baunya , rasanya serta warnanya  seperti kencing yang sudah lama kering, sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. Cara mensuci najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu.
    •      ii) Najis Ainiah ;  Najis yang nampak dan kelihatan najisnya seperti tahi, darah dan lain-lain
  • Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan). 1. Najis Ainiyah.     i.  Buangkan najis itu terlebih dahulu.     ii.  Basuh bekas itu sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan air mutlak. 2.  Najis Hukmiyah.     i.  Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak pada tempat yang terkena najis.
    • Najis Mughallazah . (berat)
    • iaitu anjing dan babi.
    • Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya hendaklah dicampur dengan tanah.
    • Sabda Rasullullah (SAW);
    • “ cara mencuci bejana seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali, air pertama hendaklah dicampur dengan tanah." (Riwayat Muslim).
    • Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat)
    • * Anjing dan babi serta keturunan salah satu daripadanya. - termasuk dagingnya, lemak, tulang, darah, liur, tahi, kulit serta bulunya serta seluruh bahagian badannya.
    • Peringatan!!
    • 1.  Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan najis. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah, maka dikira najis dan ianya wajib disamak.
    • 2.  Menyentuh babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib disamak).
    • Cara Menyucinya.
    • Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu yang tersentuh.
    • Basuhan pertama menggunakan air lumpur (Selut).
    • Kemudian dijirus dengan enam kali air mutlak. Basuhan ini hendaklah menghilangkan bau, rasa dan warnanya.
  • Perkara yang tidak dikira sebagai najis. Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah: 1.  Mayat manusia sama ada Islam atau kafir. 2.  Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan. 3.  Belalang. 4.  Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya makruh. 5.  Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya tetap dilarang.