Your SlideShare is downloading. ×
SULIT                                                                  02/1SULIT02/1BAHASA MELAYUKertas1Masa 1 jam        ...
SULIT                                                                      02/1Soalan 1 – 7Lengkapkan ayat-ayat yang berik...
SULIT                                                                        02/16. Ibu sangat gembira kerana pada pada ha...
SULIT                                                                      02/113. Emak membancuh air sirap setelah menjer...
SULIT                                                                     02/117. I Nilai kereta itu semakin kusut setelah...
SULIT                                                                   02/1Soalan 22 – 24   Pilih ayat yang mempunyai mak...
SULIT                                                                               02/1Soalan 25 – 27Pilih ayat-ayat yang...
SULIT                                                                         02/129. Asyraf berjaya mendapat pekerjaan di...
SULIT                                                                               02/1lalu menyelam. Maka sembah Pak Bel...
SULIT                                                                      02/135. Bagaimanakah kesudahan cerita ini?   A ...
SULIT                                                                        02/137. Perkara-perkara yang berikut ingin di...
SULIT02/1Bahasa MelayuOgos 2009                PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3                             SKEMA JAWAPAN...
PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3                    BAHASA MELAYU                         Kertas 1SKEMA JAWAPANNO       J...
SULIT02/2Bahasa MelayuKertas 22 jam             PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2009                            BAHASA MEL...
SULIT                                                                          02/2                                    Bah...
SULIT                                                                            02/2                                 Baha...
SULIT                                                                    02/2                                       Bahagi...
SULIT                                                                       02/2                                        Ba...
SULIT                                                                    02/2                                     Bahagian...
02/2Bahasa MelayuOgos 20092 jam                 PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR                  NEGERI PAHANG TAHUN 2009_______...
SKEMA PEMARKAHAN                        BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2)                       PEPERIKSAAN PERCUBAN PMR 2009B...
Memuaskan              3–5          - Bahasa kurang lancer                                    - Terdapat kesalahan yg keta...
Cara penulisan markah ringkasan1.      I       =       5x2 = 10        B                  = 10                        J = ...
Soalan 2 - Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah)– menjawab berdasarkan isi dalam petikan (4 m)- kemukakan sekura...
SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN)                 Karangan Respons Terhad (20 markah)1. Jawapan mestilah dalam...
- Penggunaan kata dan ayat yang kurang gramatis     Memuaskan          - Penggunaan kosa kata terhad      06-10 m         ...
KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS   KRITERIA                                       DESKRIPSI1. BAHASA          - Kegramat...
PERINGKAT PEMARKAHAN KARANGAN SOALAN BAHAGIAN C         Soalan Bahagian C : Karangan Respons Terbuka (40m) Peringkat      ...
Penguasaan Minimum - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap      (01 - 08)    dan lema...
Markah Isi1. Maksimum : 4 isi contoh peristiwa2. Setiap contoh peristiwa tepat 1 1/ 2 markah3. Contoh peristiwa kurang len...
BAHAGIAN A (i) : RINGKASANCadangan isi Ringkasan Bahagian A ( i )                - Membina akhlak pelajar                -...
BAHAGIAN B – KARANGAN BAHAN RANGSANGANCslon dikehendaki menulis semua isi yang terdapat pada soalan.                     B...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Bm k1 2009

3,870

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
3,870
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
95
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "Bm k1 2009"

  1. 1. SULIT 02/1SULIT02/1BAHASA MELAYUKertas1Masa 1 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan aneka pilihan.2. Jawab semua soalan3. Semua jawapan anda hendaklah dihitamkan pada kertas jawapan yang disediakan4. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap- tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak@PKPSM Pahang
  2. 2. SULIT 02/1Soalan 1 – 7Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.1. Beras yang tumpah _________ di atas lantai itu disapu oleh kakak. A berguguran B bersepahan C berhamburan D berserakan2. Orang buta itu ________ dilanggar kereta ketika dia hendak menyeberang jalan raya. A hampir-hampir B dekat-dekat C akan-akan D tepat-tepat3. Disebabkan beberapa masalah, mesyuarat bulanan persatuan itu terpaksa _______ ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak. A dibubarkan B ditangguhkan C dihentikan D diberitahu4. Para penonton terpeseona _______ kemerduan suara penyanyi itu mendendangkan lagu nasyid.. A dengan B tentang C kepada D oleh5. Setelah bertahun-tahun menghilangkan diri, akhirnya ia ________ di kampungnya.. A muncul B timbul C tampil D wujud
  3. 3. SULIT 02/16. Ibu sangat gembira kerana pada pada hari jadinya, ayah telah menghadiahkan _______ kalung berlian. A sebentuk B seutas C seuntai D seurat7. Puan Ziah bercadang untuk _______ perniagaan kainnya dengan membuka cawangan di Kuala Lumpur. A membesar B memperbesarkan C membesari D memperbesarSoalan 8 – 14 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.8. Belakangan ini pemantauan pascaprojek pembangunan perlu dilakukan bagi A B mempastikan keberkesanannya. Tiada kesalahan C D9. Apabila menghadapi apa-apa jua masalah dalam kehidupan, kita hendaklah A B Berdoa pada Yang Maha Esa. Tiada kesalahan C D10. Ucapan tahniah atas perlantikan sebagai ketua pengarah bertalu-talu A B diterimanya sejak pagi tadi. Tiada kesalahan C D11. Semua kanak-kanak di situ dinasihati supaya tidak mandi dan bermain di A B C lombong tinggal itu. Tiada kesalahan D12. Aktivis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam A B C kerja-kerja kemasyarakatan. Tiada kesalahan DSULIT 02/1
  4. 4. SULIT 02/113. Emak membancuh air sirap setelah menjerang nasi untuk dihidangkan kepada A B C tetamu. Tiada kesalahan D14. Dalam majlis itu sultan telah mencemar duli apabila baginda berkenan untuk A B C santap bersama-sama dengan rakyat jelata. Tiada kesalahan DSoalan 15 - 17Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.15. I Sesiapa yang bercita-cita hendak menjadi angkasawan haruslah berani menongkah arus. II Orang muda tidak sepatutnya menongkah perbualan orang-orang tua. III Mohd Muqri sentiasa menongkah dagu apabila guru sedang mengajar. IV Roslaiha tidak pernah menongkah arahan gurunya. A I dan II B I dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV16. I Pihak Inggeris dikatakan tidak bersedia ketika perlanggaran tentera Jepun terhadap Tanah Melayu dalam Perang Pasifik dahulu II Motosikal yang ditunggangi oleh Abdul Rahim terbabas lalu perlanggaran tiang elektrik. III Perlanggaran peraturan sekolah oleh pelajar pada hari ini semakin membimbangkan pihak sekolah. IV Kes-kes perlanggaran sering berlaku di jalan-jalan utama di negara kita akibat kecuaian pemandu. A IV B I dan II C III dan IV D I, III dan IV
  5. 5. SULIT 02/117. I Nilai kereta itu semakin kusut setelah digunakan beberapa tahun. II Tubuhnya kelihatan kusut akibat demam yang dialaminya beberapa lama. III Setelah mengadakan perbincangan, perkara yang kusut itu telah dapat diselesaikan. IV Keadaan benang itu telah kusut menyebabkan sukar untuk mencari puncanya. A I dan II B I dan IV C III dan IV D II, III dan IVSoalan 18 – 21 Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.18. Terjawab juga oleh kami soalan-soalan yang sangat sukar itu. A Dijawab juga kami B Terjawab kami juga C Dijawab juga oleh kami D Terjawab juga oleh kami19. Pelancong itu sedang menanyakan akan polis jalan menuju ke Muzium Negara. A bertanya polis B menanyai polis C bertanyakan polis D menanyakan akan polis20. Askar-askar itu berjuang demi untuk negara yang mereka cintai. A demi negara yang mereka cintai B demi negara yang dicintai mereka C untuk negara yang mereka cintai D demi untuk negara yang mereka cintai21. Kedua-dua orang adik-beradik itu ialah anak kepada Pak Man. A Kedua adik –beradik itu B Kedua-dua adik-beradik itu C Kedua orang adik-beradik itu D Kedua-dua orang adik-beradik itu
  6. 6. SULIT 02/1Soalan 22 – 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.22. Pihak pemaju perumahan digesa agar membina lebih banyak rumah kos rendah untuk keperluan golongan berpendapatan rendah. A. Golongan miskin sentiasa mengharapkan pemaju perumahan membina rumah kos rendah dengan lebih banyak. B Rumah kos rendah hendaklah didirikan oleh pemaju perumahan kerana diperlukan oleh golongan berpendapatan rendah C Golongan berpendapatan rendah memerlukan rumah kos rendah, yang banyak dibina oleh pihak pemaju perumahan.. D Demi kepentingan golongan kurang berkemampuan, pemaju perumahan diminta supaya banyak mendirikan rumah kos rendah.23. Malaysia sebagai negara yang sedang membangun tidak harus terlalu mengharapkan tenaga buruh asing. A Sebagai negara yang sedang meningkat maju, Malaysia tidak sewajarnya bergantung kepada tenaga kerja luar. B Malaysia tidak perlu mengharapkan tenaga buruh asing untuk membangunkan negara ini. C Pengambilan buruh asing di negara yang sedang membangun tidak patutnya dilakukan oleh Malaysia. D Malaysia sebagai negara maju tidak sepatutnya mengharapkan tenaga kerja asing untuk membangunkannya.24. Kempen inflasi sifar tidak berjaya sepenuhnya kerana kurang mendapat kerjasama daripada para peniaga. A Sokongan yang kurang daripada peniaga-peniaga menyebabkan kempen inflasi sifar gagal mencapai matlamat keseluruhannya.. B Sikap para peniaga yang mahu mengaut keuntungan yang tinggi telah menggagalkan kempen inflasi sifar. C Kurangnya kerjasama yang sepenuhnya daripada para peniaga menyebabkan kempen inflasi sifar telah gagal. D Keberkesanan kempen inflasi sifar hanya akan berjaya jika para peniaga memberikan sokongan.
  7. 7. SULIT 02/1Soalan 25 – 27Pilih ayat-ayat yang betul.25. I Hanisah menyatakan yang dia tidak akan menyertai rombongan tersebut walaupun telah dipujuk oleh gurunya. II Basikal itu dibeli ayah untuk saya kerana kejayaan saya dalam peperiksaan PMR lalu. III Amirah menangis oleh kerana anaknya yang hilang itu belum ditemui lagi. IV Bas ekspres itu bolak-balik dari Kuantan ke Kuala Lumpur pada setiap minggu. A I dan II B II dan III C II dan IV D I, III dan IV26. I Udara kotor di kawasan itu mencemarkan alam yang bersih. II Encik Razak mengambilkan isterinya ubat demam untuk dimakan.. III Azizan membawakan gurunya hadiah pada hari guru. IV Petani itu sedang mengisi padi dalam guni untuk dibawa pulang. A I dan III B II dan III C II dan IV D I, II dan IV27. I Bapanya bukan pergi ke pejabat pada hari ini. II Kedua suami isteri itu bekerja keras demi masa depan anak-anaknya. III Pelajar yang kena hukum oleh gurunya itu telah menginsafi kesilapannya.. IV Kita harus berwaspada agar tidak diperalatkan oleh orang lain. A III B I dan II C III dan IV D I, II dan IVSoalan 28 – 30Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat-ayat yang berikut.28. Walaupun kehidupannya susah tetapi Pak Amri telah melakukan pelbagai kerja dan berjimat cermat dalam berbelanja untuk menyekolahkan anak-anaknya. ini kehidupannya berubah setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya masing- masing. Usaha Pak Amri boleh dikatakan seperti peribahasa berikut kecuali A Di mana ada kemahuan di situ ada jalan B Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain C Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak D Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
  8. 8. SULIT 02/129. Asyraf berjaya mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur tetapi ibunya mahu dia terus tinggal di kampung untuk membantunya. Situasi ini menyebabkan Asyraf berasa tertekan untuk membuat pilihan. Peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi di atas ialah A hilang di mata, di hati jangan B rambut sama hitam, hati lain-lain C ditelan mati emak, diluah mati bapak D yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran30. Emak menasihati adik supaya belajar bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan dalam pelajaran. Pernyataan di atas sesuai dipadankan dengan peribahsa A Diam ubi berisi, diam penggali berkarat B Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih C Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna D Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunyaSoalan 31 - 35Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang, pagi-pagi hari, maka juragan pun bersiaplah naik ke darat diiringkan oleh anak-anakperahunya membawa naik anak itik itu. Maka baginda pun sudah hadir di atassinggahsana takhta kerajaan dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida,bentara, rakyat bala, hina dina hendak melihat temasya itu. Hatta baginda punmenitahkan seorang biduanda memanggil Ahlil Nujum Belalang dengan segeranya.Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan ke rumah Ahlil Nujum Belalang.Maka katanya, "Titah tuanku memanggil Ahlil Nujum; Juragan dan sekalian orangtelah berhimpun di balai semuanya." Maka Ahlil Nujum pun bersiap-siapkan sirehnya lalu menghadap baginda. Makasampailah di balairung seri. Maka titah baginda, "Marilah ke mari." Ahlil NujumBelalang pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda, "Apakah hal AhlilNujum, hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya?" Maka sembah PakBelalang, "Ampun tuanku beribu-ribu ampun, jenuh patik mencari di dalam buku tibpatik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja ada di dalam dua baris tertulisdi situ mengatakan demikian. Bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itikjantan betinanya dengan air. "Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatuterenang emas. Maka dibawa oleh dayang-dayang dipersembahkan kepadabaginda. Maka titah baginda, "inilah air, Ahlil Nujum." Maka sembah Pak Belalang, "Kemudian dilepaskan seekor; mana-mana yangdahulu menyelam, itulah betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya."Maka titah baginda, "Lepaskanlah." Sembah Pak Belalang, "Silakanlah tuanku melepaskannya. "Titah baginda. "Betatia tahu." Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan anak itikitu. Maka apabila dilepaskannya seekor di dalam terenang, maka anak itik itu pun
  9. 9. SULIT 02/1lalu menyelam. Maka sembah Pak Belalang, "Itulah betina, tuanku. "Kemudiandilepaskan pula seekor lagi, lambat menyelam. Titah baginda, "Lambat pula menyelam itu." Sembah Pak Belalang, "yang lambatmenyelam itu jantan, tuanku." Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu. Titah baginda,"Apakah benar juragan, betulkah seperti kata Ahlil Nujum beta itu?" Maka jawabjuragan itu seraya menyembah, "Benarlah tuanku seperti kata Ahlil Nujum ini. Dimanakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini?" Dipetik daripada. "Pak Belalang" (Antologi Anak Bumi Tercinta)31. Mengapakah baginda memanggil Ahlil Nujum ke istana? A Baginda telah menyanggupi untuk bertaruh dengan juragan kapal B Baginda ingin mendapatkan pandangan Pak Belalang tentang cara menentukan jantina anak itik C Baginda mahu Pak Belalang mencari jawapan untuk baginda D Baginda ingin mengetahui jawapan tentang cara menentukan jantina anak itik32 Di manakah hendak patik simpangkan perkataan yang sebenar ini? Ungkapan di atas menggambarkan juragan seorang yang A tidak berpura-pura B tidak bercakap bohong C tidak membohongi raja D tidak mahu menyembunyikan jawapan33. Berikut merupakan nilai-nilai yang terkandung dalam petikan, kecuali A jujur B bijaksana C taat setia D bercakap benar34. Pilih urutan peristiwa berikut dengan tepat berdasarkan susunan peristiwa dalam cerita Pak Belalang. A Juragan menghadap raja persetujuan dicapai nyatakan pertaruhan rahsia bocor B Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocor persetujuan dicapai C Juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan persetujuan dicapai rahsia bocor D Persetujuan dicapai juragan menghadap raja nyatakan pertaruhan rahsia bocor
  10. 10. SULIT 02/135. Bagaimanakah kesudahan cerita ini? A Juragan terpaksa menyerahkan kapal dan segala muatannya B Pak Belalang dapat menjawab soalan yang dikemukakan C Juragan menyesal kerana bertaruh dengan raja D Juragan dihantar pulang berserta dengan bekalan makanan ke negerinyaSoalan 36 - 40Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.NEGERI CINTAAlam adalah sebahagian daripada kitaalam adalah syurga kamicinta kepadanya cinta jutaan bunga-bungacinta kepadanya cinta jutaan jiwa manusiawiDi sana negeri tercantiknegeri terlindung di luar penglihatannegeri kerinduan, negeri penghijrahandari buruan kehidupan yang mencekik.Ini laut kita, lindungilah dari pencemaranini hutan kita, lindungilah dari pemusnahanini langit kita, lindungilah dari keracunanini sungai kita, lindungilah dari pembuangan.Malaysia negeri alam dunia sebelah sininegeri impian, negeri gemerlapanlindungi dari keganasan-keganasan modenisasinegeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan. Nahmar Jamil (Dipetik daripada Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 1, DBP)36. Harapan penyajak kepada pembaca A menghargai negeri yang cantik B melindungi alam daripada kemusnahan dan pencemaran C menghargai apa-apa sahaja yang tumbuh di muka bumi ini D mengekalkan keamanan dan keharmonian supaya terhindar daripada sebarang ancaman
  11. 11. SULIT 02/137. Perkara-perkara yang berikut ingin dipertahankan oleh penyajak kecuali A keamanan B kekuatan C kebudayaan D perpaduan38. Nilai yang berikut terdapat dalam sajak kecuali A cinta akan alam semula jadi B cinta akan tanah air C kerjasama D prihatin39. Berdasarkan petikan "kehidupan yang mencekik" ialah gaya bahasa A metafora B perlambangan C personifikasi D paradoks40. Pengajaran yang berikut terdapat dalam sajak, kecuali A Kita hendaklah menentang proses modenisasi B Kita hendaklah memelihara keindahan alam untuk kesejahteraan C Kita hendaklah menjaga kedamaian dan keharmonian antara kaum D Kita hendakalah merancang pembangunan yang menitikberatkan alam sekitar KERTAS SOALAN TAMAT
  12. 12. SULIT02/1Bahasa MelayuOgos 2009 PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU Kertas 1 [Lihat sebelah SULIT02/1 © 2009 Hak Cipta JPNP
  13. 13. PEPERIKSAAN PERCUBAAN TINGKATAN 3 BAHASA MELAYU Kertas 1SKEMA JAWAPANNO JAWAPAN NO JAWAPAN 1 D 21 D 2 A 22 D 3 B 23 A 4 D 24 A 5 A 25 C 6 C 26 B 7 D 27 A 8 C 28 B 9 C 29 C10 A 30 D11 D 31 A12 A 32 B13 B 33 C14 D 34 C15 B 35 D16 A 36 B17 C 37 B18 D 38 C19 B 39 C20 B 40 A
  14. 14. SULIT02/2Bahasa MelayuKertas 22 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR TAHUN 2009 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Masa : 2 jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian : Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian :Bahagian A(i) dan Bahagian A(ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk bahagian D. _____________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak@PKPSM Pahang
  15. 15. SULIT 02/2 Bahagian A ( i ) [ Masa dicadangkan : 40 minit ] [ 20 markah ]Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah menyertai kegiatan kokurikulum kepada pelajar. Panjang ringkasan andahendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakanayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Kokurikulum merupakan satu bentuk pendidikan tidak formal di luar bilik darjah.Kokurikulum terbahagi kepada tiga kategori iaitu unit beruniform, kelab dan persatuanserta sukan dan permainan. Aktiviti yang diadakan melalui kegiatan ini jelas memberikan manfaat kepadamereka yang terlibat atau mengambil bahagian. Salah satu faktor rosaknya akhlakpelajar-pelajar masa ini disebabkan mereka tidak terbabit dalam aktiviti yang berfaedah.Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum juga dapat mencerna minda pelajar-pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulan pula membolehkan mereka belajarhidup bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.Cara ini akan menjadikanpelajar lebih bertanggungjawab. Selain itu, pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulumdi sekolah dapat memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik-baiknya. Oleh halyang demikian, mereka tidak ada lagi ruang untuk terlibat dalam kegiatan-kegiatannegatif. Kegiatan kokurikulum juga dapat dijadikan medan untuk melahirkan bakalpemimpin pada masa hadapan. Selain itu, sikap bertanggungjawab juga terbentuk dalam kalangan pelajar yangbergiat aktif dalam kokurikulum. Sikap bertanggungjawab ini bukan sahaja kepada dirisendiri, keluarga dan sekolah, bahkan juga kepada negara. Hal ini dapat dibuktikanmelalui penyertaan pelajar dalam aktiviti silat, tae kwan do, dan sebagainya. Kemahirandan pengetahuan ini dapat digunakan semasa mereka berada di luar sekolah atau setelahtamat persekolahan. Aktiviti kokurikulum juga menjadikan seseorang pelajar itu cergas dan cerdas darisegi fizikal dan mental. Pelajar-pelajar yang menganggotai unit beruniform sepertiPengakap, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, dan sebagainya sering mengikuti aktivitiyang lasak yang akhirnya pengalaman itu dapat membentuk mereka menjadi berani. Di samping itu, pelajar juga dapat menghabiskan masa mereka dengan melakukanperkara-perkara yang berfaedah. Mereka dapat mengisi masa lapang mereka denganmenjalankan aktiviti persatuan, kelab permainan, dan badan beruniform. Semangatbekerjasama antara rakan,,bermuafakat, dan perpaduan turut terbentuk apabila pelajarmelakukan aktiviti-aktiviti tersebut. http://dahliajournal.blogspot.com 2 LIHAT SEBELAH
  16. 16. SULIT 02/2 Bahagian A ( ii ) : Pemahaman [ 10 markah ]Berdasarkan petikan Bahagian A ( i ), jawab soalan-soalan yang berikut denganmenggunakan ayat anda sendiri.1 Berikan maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang dalam petikan di atas. [ 2 markah ]2 Apakah bukti bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum berguna kepada mereka? [ 4 markah ]3 Nyatakan dua langkah yang pada pendapat anda dapat memupuk minat pelajar agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. [ 4 markah ] http://dahliajournal.blogspot.com 3 LIHAT SEBELAH
  17. 17. SULIT 02/2 Bahagian B [ 20 markah ]Rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang. sumbangan persatuanBulan Sabit Merah Malaysia kepada masyarakat Panjangnya huraian anda hendaklahtidak melebihi 120 patah perkataan. Sumbangan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (PBSM) MERAWAT RAWATAN AWAL BANTUAN KECEDERAAN MANGSA RAWATAN KECIL AHLI KEMALANGAN MANGSA SUKAN BENCANA ALAM http://dahliajournal.blogspot.com 4 LIHAT SEBELAH
  18. 18. SULIT 02/2 Bahagian C [ 40 Markah ]Tulis sebuah karangan tentang satu daripada perkara di bawah. Panjangnyakarangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.1 Kepentingan menguasai pelbagai bahasa amat dititikberatkan dalam diri seseorang pelajar sejajar dengan perkembangan ilmu sains dan teknologi. Kemukakan pendapat anda.2 Anda menuntut disebuah sekolah berasrama penuh dan berkesempatan menyertai lawatan sambil belajar ke tempat peranginan. Tulis sepucuk surat kepada keluarga untuk menceritakan pengalaman anda itu. .3 Persatuan Sejarah Sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah Muzium . Sebagai setiausaha persatuan, anda dikehendaki menulis satu laporan tentang lawatan itu. Tulis laporan tersebut selengkapnya.3 Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini kian terhakis. Huraikan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan.5 Sektor pertanian semakin mendapat tempat dalam usaha memajukan negara. Jelaskan langkah-langkah untuk memajukan sektor ini. http://dahliajournal.blogspot.com 5 LIHAT SEBELAH
  19. 19. SULIT 02/2 Bahagian D [ 10 markah ]Jawapan mestilah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1 danTingkatan 2. (i) Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh. ( ii ) Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin Semangat cinta akan tanah airBerikan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan Satu dan dua contohperistiwa daripada novel Tingkatan Dua berdasarkan pernyataan di atas. KERTAS SOALAN TAMAT http://dahliajournal.blogspot.com 6 LIHAT SEBELAH
  20. 20. 02/2Bahasa MelayuOgos 20092 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR NEGERI PAHANG TAHUN 2009________________________________________________________________ BAHASA MELAYU Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN 1
  21. 21. SKEMA PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2) PEPERIKSAAN PERCUBAN PMR 2009Bahagian A (i) – 20 markahBahagian A (ii) – 10 markahBahagian B – 20 markahBahagian C – 40 markahBahagian D – 10 markah -----------------JUMLAH : 100 markah ___________ BAHAGIAN A (i) – RINGKASAN (20 Markah)Markah Isi : 10 markah BILANGAN ISI MARKAH 5 9 – 10 4 7–8 3 5–6 2 3–4 1 1–2Markah Bahasa : 10 markah- Kesalahan bahasa ditanda seperti penandaan karangan- Bahasa dinilai secara impression- Kriteria pemeringkatan markah seperti di bawah : Peringkat Markah Deskripsi Cemerlang 9 – 10 - Bahasa baik dan lancar - Guna ayat sendiri, pemilihan kata tepat, ayat gramatis dan penanda wacana sesuai - Ejaan dan tanda baca betul Baik 6-8 - Bahasa baik dan lancer - Masih berupaya guna ayat sendiri, pemilihan kata agak terhad, ayat masih gramatis dan penanda wacana masih sesuai - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum 2
  22. 22. Memuaskan 3–5 - Bahasa kurang lancer - Terdapat kesalahan yg ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca atau – menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih Penguasaan 1–2 - Keseluruhan jawapan menggamabarkan penguasaan Minimum bahasa yang lemah - Menyalin secara terus daripada petikanCadangan Cara Penandaan Ringkasan1. Isi minimum 5. Pemeriksa dikehendaki menanda / apabila terjumpa isi yang betul dan tulis 1 untuk isi yang pertama dan tulis 2 untuk isi yang kedua dan seterusnya (hingga isi kelima.) 1 2 3 4 5 Contoh : / / / / /2. Jawapan calon diperiksa sehingga 80 patah perkataan, tetapi dibenarkan sehingga habis perkataan dalam ayat terakhir. Buat satu garisan panjang selepas 80 patah perkataan.3. Kalau calon menulis berperenggan, periksa seperti biasa.4. Calon menyalin isi secara terpilih tanpa sebarang perubahan ayat asal, markah isi seperti biasa, tetapi markah bahasa – maksimum 5 markah.5. Calon menyalin isi secara terpilih tetapi ada wacana bahasa dan kosa kata yang sesuai sebagai penyambung ayat, diperiksa seperti biasa.6. Jika calon menyalin isi secara terpilih dan ditulis dalam bentuk poin, markah untuk isi adalah seperti biasa tetapi markah maksimum untuk bahasa ialah 4 markah.7. Calon menyalin terus daripada petikan tanpa membuat apa-apa perubahan – (menyalin bulat- bulat ) = Markah isi dibahagi dua dan markah bahasa maksimum 2 markah Buat catatan : Calon menyalin petikan. * Menyalin bulat-bulat bermaksud menyalin keseluruhan petikan yang diberikan atau keseluruhan daripada mana-mana perenggan.8. Isi yang tidak berturutan diperiksa seperti biasa.9. Jawapan dalam bentuk poin tetapi ayatnya lengkap – markah isi diberi seperti biasa tetapi markah bahasa – maksimum – 8 markah10. Penandaan jawapan calon seperti penandaan karangan tetapi tiada pemotongan markah untuk kesalahan ejaan. 3
  23. 23. Cara penulisan markah ringkasan1. I = 5x2 = 10 B = 10 J = 202. I = 5x2 = 9 (mungkin ada isi yang kurang lengkap) B =8 173. I = 5x2= 10 (calon menyalin isi secara terpilih) B = 5 (Markah bahasa maksimum 5) 15 * Menyalin isi secara terpilih4 I = 2x2= 4 (bahagi 2) = 2 (calon menyalin bulat-bulat) B = 2 (markah bahasa maksimum 2) 4 * Menyalin petikan BAHAGIAN A (ii) : PEMAHAMAN (10 MARKAH )1. Petikan pemahaman umum berdasarkan petikan ringkasan2. Jawab soalan pemahaman dengan menggunakan ayat sendiri3. Tidak ada markah setengah (1/2) bagi jawapan bahagian ini.4. Setiap isi yang diterima ditanda (/)5. Kesalahan bahasa , cth ejaan, frasa ditanda seperti biasa (penandaan karangan)Soalan 1 : Maksud rangkai kata (2 markah)- memberikan maksud rangkai kata berdasarkan konteks petikan- ayat jawapan mesti lengkap – subjek & predikat2 markah – Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis1 markah – Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap1 markah – Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja1 markah – Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata / ayatgramatis0 markah – Maksud tidak tepat mengikut konteks 4
  24. 24. Soalan 2 - Soalan pemahaman berdasarkan petikan (4 markah)– menjawab berdasarkan isi dalam petikan (4 m)- kemukakan sekurang-kurangnya 2 isi/jawapan- 1 jawapan yang betul – 2 markah, 2 jawapan yang betul – 4 markah- jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan4 markah – Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis3 markah – Isi cukup dan lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis2 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis1 markah – Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis0 markah – Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis0 markah - Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatisSoalan 3 : Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir (4 markah)- Jawapan berdasarkan pendapat sendiri yang berkaitan dengan petikan- 2 jawapan diperlukan – 1 jawapan /isi yang sempurna – 2 markah dan tanda (/)- jawapan mesti betul termasuk dari segi tatabahasa / ejaan MARKAH DESKRIPSI4 markah - Isi relevan mengikut tugasan dan ayat yang gramatis3 markah - Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis2 markah - Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis1 markah - Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis - Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis 5
  25. 25. SOALAN BAHAGIAN B (KARANGAN BAHAN RANGSANGAN) Karangan Respons Terhad (20 markah)1. Jawapan mestilah dalam bentuk karangan berperenggan – Pendahuluan – Isi – Penutup2. Jawapan bukan dalam bentuk rumusan – tiada isi tersurat dan tersirat3. Periksa secara golbal/holistik. Nilai dari segi idea dan bukan isi. Idea hendaklah dihuraikan sebaik mungkin.4. Gambar – sebagai rangsangan idea i. idea yang sesuai dan bebas bagi soalan respons terbuka ii. isu semasa/ faktor-faktor/punca/kesan/ cara menangani/kesimpulan5. Jumlah perkataan – tidak lebih 120 patah perkataan/100-120 pp6. Karangan lebih 120 pp – diperiksa seperti biasa – tiada kesalahan7. Karangan pendek = kurang 100 pp – impression turun8. Pemeriksaan secara impression : 4 perkara – 1. menjawab tugasan – 2. bahasa – 3. idea relevan – 4. pengolahan. Kemudian nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.9. Penandaan kesalahan seperti karangan Bahagian C. Skema Pemarkahan Karangan Bahan Rangsangan (Respons Terhad) Peringkat Deskripsi Pencapaian - Penggunaan kata dan ayat yang gramatis Cemerlang - Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat 16-20 m - Ejaan dan tanda baca yang betul - Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata.C1 = 18-20 m - Idea yang relevan berdasarkan tugasan.C2 = 16-17 m - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai serta berkembang - Pengolahan yang menarik dan berkesan - Penggunaan kata dan ayat yang masih gramatis Baik - Penggunaan kosa kata tepat/tidak luas 11-15 m - Terdapat kesalahan yang minimum dalam penggunaan kata, frasa dan ayat.B1 = 13-15 m - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimumB2 = 11-12 m - Idea masih relevan berdasarkan tugasan - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan kurang dikembangkan - Pengolahan masih menarik/kurang berkesan 6
  26. 26. - Penggunaan kata dan ayat yang kurang gramatis Memuaskan - Penggunaan kosa kata terhad 06-10 m - Terdapat kesalahan yang ketara dalam penggunaan kata, frasa dan ayat - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketaraM1 = 08-10 m - Idea kurang relevan berdasarkan tugasanM2 = 06-07 m - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan terhad - Pengolahan tidak menarik - Karangan bercampur aduk dalam peringkat ini. Penguasaan - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa minimum yang tidak cekap 01-05 m - Idea kabur/tidak berkaitan dengan tugasan SOALAN BAHAGIAN C Karangan Respons Terbuka (40 markah)1. Periksa karangan berdasarkan impression.Jumlah perkataan karangan tidak perlu dikira,2. Isi minimum :- 1 isi3. Penolakan markah berdasarkan ejaan: ½ markah ditolak bagi setiap ejaan yang salah, tetapi tiada penolakan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang. Contoh : disamping itu, di terima Maksimum markah ejaan ditolak ialah 2 markah. (4 kesalahan ejaan dan ke atas ). • Format: Tiada penolakan markah format (karangan berformat) mulai tahun 2005.4. Pemeriksa hendaklah membaca karangan calon terlebih dahaulu untuk mendapatkan kesan (impression) daripadanya. Perkara yang perlu diberi perhatian untuk memberi pertimbangan ialah menjawab tugasan, bahasa, idea yang relevan dan pengolahan. Kemudian, nilaikan dan tetapkan peringkat karangan berdasarkan kriteria penskoran.5. Baca karangan itu dengan teliti sekali lagi untuk pertimbangan yang muktamat. Sambil membaca karangan itu, tandakan kesalahan-kesalahan bahasa,ejaan dan tanda baca dan isi/fakta seperti yang berikut: ( ) Kesalahan isi ____ Kesalahan bahasa, perkataan / Kesalahan ejaan // Kesalahan ejaan yang berulang Kesalahan tanda baca 7
  27. 27. KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS KRITERIA DESKRIPSI1. BAHASA - Kegramatisan : Kata (Morfologi) dan Ayat (Sintaksis) - Ejaan dan tanda baca betul - Kosa kata luas dan tepat2. IDEA - Isi-isi yang sesuai (Bilangan isi tidak ditekankan) - Huraian isi yang jelas - Contoh yang sesuai3. PENGOLAHAN - Pengolahan menarik dan berkesan - Pemerengganan sesuai - Format menepati tugasan - Unsur keindahan bahasa (Cth- peribahasa/pantun/ungkapan/frasa yang menarik) PERINGKAT KARANGAN BAHAGIAN C PERINGKAT MARKAH Cemerlang 33 – 40 Kepujian 25 – 32 Baik 17 – 24 Memuaskan 09 – 16 Penguasaan Minimum 01 - 08 8
  28. 28. PERINGKAT PEMARKAHAN KARANGAN SOALAN BAHAGIAN C Soalan Bahagian C : Karangan Respons Terbuka (40m) Peringkat Deskripsi Cemerlang - Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat (33 - 40) - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. C1 (37 - 40) - Penggunaan penanda wacana yang betulC2 (33 - 36) - Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. - Penggunaan kosa kata luas dan tepat. - Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh yang sesuai. - Pengolahan menarik dan berkesan, pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan. - Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik dll. Kepujian - Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat (25 - 32) - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimumK1 (29 - 32) - Penggunaan penanda wacana yang sesuai.K2 (25 – 28) - Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul. . - Penggunaan kosa kata luas dan tepat. - Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta contoh yang sesuai. - Pengolahan menarik dengan pemerengganan sesuai dan format menepati kehendak tugasan. - Terdapat penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa/kata hikmat, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik. Baik - Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. (17 - 24) - Penggunaan pelbagai ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.B1 (21 - 24) - Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai.B2 (17 - 20) - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. - Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas. - Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai mengikut tugasan.Memuaskan - Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad (09 - 16) - Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat..M1 (13 - 16) - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.M2 (09 - 12) - Isi masih relevan / idea bercampur aduk dengan huraian yang tidak jelas. - Pengolahan kurang menarik, pemerengganan kurang sesuai dan format kurang tepat/format bercampur aduk. 9
  29. 29. Penguasaan Minimum - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap (01 - 08) dan lemah. PM1 (05 - 08) - Karangan terpesong termasuk dalam peringkat ini. PM2 (01 - 04) BAHAGIAN D – NOVEL ( 10 MARKAH ) PERINGKAT PEMARKAHAN BAGI SOALAN BAHAGIAN D (NOVEL)Pemarkahan:- Markah penuh (maksimum) = 10 markah- Isi = 6 markah- Bahasa = 4 markah- Jawapan hendaklah dibuat dalam bentuk karangan - huraian dan disertakan contoh- Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis.- Berikan 1 markah bagi setiap pernyataan yang betul.- Berikan 1 markah bagi huraian atau contoh yang berkaitan.- Markah maksimum bagi pernyataan dan huraian atau contoh ialah 6 markah.- Markah maksimum bagi bahasa ialah 4 markah dan diberi berdasarkan impression.- Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tanpa huraian dan contoh, tolak markah isi 50% dan markah bahasa ialah 1 markah.- Kalau jawapan berbentuk ‘point-form’ tetapi ada huraian dan contoh – isi - terima seperti biasa tetapi markah bahasa 1 atau 2 markah-Jika calon menjawab bagi ketiga-tiga novel, pilih markah tertinggi sahaja.- Jika jawapan calon bercampur-campur novel, pilih satu novel sahaja.- Jika jawapan calon salah atau calon menyalin soalan, berikan 1 markah bahasa sahaja. Kriteria Markah Bahasa Peringkat Markah Deskripsi Cemerlang 04 - Bahasa baik dan lancar - Ayat gramatis - Ejaan dan tanda baca yang betul Baik 02 – 03 - Bahasa masih baik dan masih lancar - Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang menimum - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum Memuaskan 01 - Bahasa tidak cekap - Ayat tidak gramatis - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara 10
  30. 30. Markah Isi1. Maksimum : 4 isi contoh peristiwa2. Setiap contoh peristiwa tepat 1 1/ 2 markah3. Contoh peristiwa kurang lengkap : 1 markahCara Penandaan Bahagian D : Kajian Novel1. Tandakan ( /) untuk setiap contoh berserta huraian yang betul2. Calon hendaklah memberikan SATU persamaan dan SATU Perbezaan beserta huraian yang betul. Markah bagi SATU isi ( 1 ½ ) . Markah maksimum bahagian isi ialah 6 markah.3. Kurungkan jawapan calon dangan tanda ( ) jika calon memberikan contoh berserta huraian yang tidak tepat.Bentuk jawapan calon- Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap dan sempurna, ditulis dalam satu perenggan atau berperenggan (diterima seperti biasa)Jawapan dalam bentuk poin : 1. Jika jawapan calon betul, dan lengkap dengan huraian – diterima seperti biasa (Mak-10m)Cara menulis Markah(a) I - 06 B - 04 10/10Isi dan huraian yang tepat serta bahasa yang gramatis(b) I - 04 B - 02 06/10Jawapan calon dalam bentuk poin(c) I - 00 B - 02 02/10Jawapan calon tidak menjawab tugasan(d) I =4 B=1 5/10Bahasa lemah 11
  31. 31. BAHAGIAN A (i) : RINGKASANCadangan isi Ringkasan Bahagian A ( i ) - Membina akhlak pelajar - Mencerna minda pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis - Penglibatan dalam kerja-kerja berkumpulan membolehkan pelajar hidup bekerjasama dan saling membantu - Memanfaatkan masa yang terluang dengan sebaik- baiknya - Menjadi medan unntuk melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan - Membentuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar - Menjadikan seseorang pelajar cergas dan cerdas dari segi fizikal dan mental [Beri 2 markah bagi setiap isi yang tepat.] Bahagian A (ii) : Pemahaman 1. maksud rangkai kata tidak ada lagi ruang : - tidak berkesempatan 2. Buktinya ialah: - kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dapat digunakan semasa mereka berada di luar sekolah - pengalaman dapat membentuk mereka menjadi berani 3. Langkah-langkahnya: - Aktiviti menarik - Mengambil kira markah penglibatan dalam kokurikulum - Memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar yang aktif - Bantuan dan subsidi uniform kepada pelajar yang kurang berkemampuan - Galakan pihak sekolah [ terima mana-mana jawapan yang sesuai] 12
  32. 32. BAHAGIAN B – KARANGAN BAHAN RANGSANGANCslon dikehendaki menulis semua isi yang terdapat pada soalan. BAHAGIAN D – KAJIAN NOVELDiharapkan :Calon dapat memberikan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan 1dan dua contoh peristiwa daripada novel Tingkatan 2. Perhatian : Beri 1 ½ markah bagi setiap contoh peristiwa yang lengkap. Markah isi 1 ½ x 4 = 6 Markah bahasa =4 ------ 10 markah 13

×